Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 17 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu


Awas!
Topik: Boikot Roti High 5!


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Boikot Roti High 5!

Please Mendaftar To Post


Oleh Boikot Roti High 5!

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 01-11-06 23:02


Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5.

Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan yang. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006.



Alhamdulillah berkat keikhlasan perjuangan dan kejujuran serta kewibawaan Ulamak yang kita kasihi yang. Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz kami berjaya duduk di satu meja dalam suasana mahabbah serta saling menghormati serta membentangkan fakta dan membandingkan nota dan maklumat di antara kedua belah pihak tanpa dipengaruhi sebarang emosi dan nafsu amarah.

Satu kesimpulan telah dapat diperolehi di mana kedua-dua belah pihak bersepakat saling bermaafan dan bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih intim demi maslahah dan kebajikan ummat Islam di Negara ini di masa hadapan. Segala kekeliruan, kekusutan serta duduk perkara dapat diurai, dibentang dan difahami kedua belah pihak dengan amat jelas, nyata dan penuh rasa insaf dan tawadduk.

Kami semua ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih, rasa bersyukur malah setinggi penghargaan dan salam takzim kesemua ahli PPIM di atas sikap professional yang telah ditunjukkan oleh yang.Bhg Datuk dan Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Sdr. Mahadzir bin Mazlan.

Hasil daripada perbincangan berkenaan kami merumuskan bahawa perkara-perkara berikut adalah nyata:
1. Dato’ Jackson Tan secara peribadi dan terancang sememangnya telah MEMANIPULASIKAN FAKTA sehingga mengheret yang. Bhg Datuk Abu Hassan ke kancah kemelut yang TIDAK DIJANGKA OLEH BELIAU SENDIRI.

2. Dato’ Abu Hassan Din Al Hafiz TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PERIBADI dalam isu berkenaan dan tindakan beliau adalah semata-mata atas dasar prihatin sebagai pengguna tulen yang ingin mendapatkan fakta-fakta sebelum memutuskan status roti yang telah di makan oleh beliau dan keluarga selama ini.

3. Dato’ Jackson Tan TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN di atas sikap JUJUR, PERIHATIN DAN KETULUSAN yang. Bhg Dato’ Abu Hassan Din berkenaan sehingga dilihat seolah-olah Dato’ Hassan memihak kepada syarikat dan menuding kepada ummat Islam sebagai zalim.

4. Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO’ HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato’ Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana.

5. Perbuatan berkenaan adalah satu sikap BIADAP, TIDAK BERETIKA MALAHAN MEMBERI KESAN MORAL YANG MENGHAKIS IMEJ BAIK yang. Bhg Dato’ Hassan selaku Ulamak yang amat dihormati dan ini amatlah DIKESALI oleh beliau. Tindakan segera akan diambil bagi memperbetulkan keadaan. Beliau juga akan meminta syarikat menarik balik PROMOSI PERCUMA TANPA SEBARANG KEBENARAN TERSEBUT.

6. PPIM ingin merakamkan rasa SIMPATI, TERHARU DAN MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SEPENUHNYA di atas segala penjelasan yang telah beliau berikan.

7. PPIM akan menerbitkan artikel khusus bagi MEMPERBETULKAN SEGALA SILAP TANGGAPAN yang selama ini banyak dilontarkan di dalam forum di laman web ini supaya yang. Bhg tidak lagi dijadikan sasaran kata-kata yang berbau ‘malice’ terhadap beliau.

8. PPIM DAN yang.BHG DATUK ABU HASSAN DIN ALHAFIZ BERSEPAKAT memaklumi bahawa wujud jurang komunikasi di antara kedua belah pihak yang menyebabkan berlaku sedikit rasa TIDAK SELESA di antara keduanya, tetapi semuanya telah diselesaikan dengan semangat ukhwah dan jihad Islam.

9. Kedua belah pihak sedar dan maklum bahawa banyak perkara telah TIDAK DIBERIKAN GAMBARAN SEBENAR DAN SEPENUHNYA oleh pengurusan syarikat ini dan menimbulkan banyak kekeliruan kepada umat Islam selaku pengguna produk berkenaan.

10. Syarikat, sehingga saat artikel ini disediakan TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN SEBARANG rasa KESAL, rasa BERSALAH DAN INGIN MEMOHON MAAF KEPADA PARA PENGGUNA YANG TELAH TERINAYA SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN KERANA MEMAKAN PRODUK MEREKA YANG AMAT KOTOR.

11. SYARIKAT TIDAK BOLEH MENAFIKAN KESALAHAN-KESALAHAN YANG TELAH TERBUKTI DILAKUKAN OLEH MEREKA DALAM PELBAGAI PERKARA SEPERTIMANA YANG TELAH DIBINCANGKAN SECARA PANJANG LEBAR DALAM LAMAN WEB INI. MALAHAN ISU MEMPERBAIKI DAN MENINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA IA TIDAK DIPATUHI SEBELUM INI.

12. Dalam isu-isu pendafataran perniagaan yang telah tamat tempoh selama 2 tahun, tidak mempunyai sijil halal dalam produk kaya, tidak mematuhi pelbagai peraturan PBT, Imigresen dan Kementerian Kesihatan adalah kesemuanya JELAS, BENAR DAN NYATA.

13. PPIM sekali lagi MENAFIKAN segala SMS berkenaan tuduhan minyak bab* dimulakan oleh pihak persatuan. Malahan diprecayai didalangi dan dirancang oleh SYARIKAT ITU SENDIRI atas helahnya untuk MENGALIH PERHATIAN terhadap isu sebenar yang sedang dihadapi. Perlu diingati syarikat ini mempunyai perniagaan telekominikasi / prepaid yang besar dan amat murah bagi mereka melakukan. Bayangkan kalau isu minyak bab* tidak wujud dalam kes serbuan ini!

14. Sehubungan dengan itu, PPIM sekali lagi menegaskan bahawa segala tuduhan berbaur fitnah terhadap PPIM selaku badan NGO yang bersikap professional dan mendokong budaya ikhlas, telus dan berasaskan fakta kerana itu kesemua perkara yang tidak bersifat demikian bukanlah daripada pihak kami dan dinafikan sekeras-kerasnya.
Sehubungan dengan paparan di atas kami mengharapkan para pelayar laman web ini khususnya dan para pengguna Islam semua amnya akan berpuas hati dan memahami duduk perkara sebenar di sebalik kemelut H5 Silverbird dan amalan buruk pihak pengurusannya.

Dengan rendah hati dan waras kami memohon kerjasama anda semua agar tidak lagi memperpanjangkan isu yang. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz ke kancah polemik yang akan menimbulkan dukacita kepada beliau lagi.

Bagaimanapun, di pihak yang lain kami semua ingin menyeru supaya TERUSKAN AGENDA KITA MEMBOIKOT PRODUK INI SEHINGGA MATLAMAT PERJUANGAN KITA TERCAPAI dan berjaya menghantar isyarat kepada mana-mana syarika lain supaya tidak lagi menipu atau berani menipu para pengguna Islam malah harus belajar menghormati mereka. Amalan penipuan dan tidak beretika akhirnya akan mengundang kerugian besar kepada para penipu..

Akhirkata sebagai ingatan kepada kita semua, jika kita ingin mengembalikan hak dan maruah, dihormati di dunia ini, perkukuhkanlah pakatan dan kerjasama di antara kita para pengguna dan teruskan agenda kita, keluarga dan masyarakat kita dengan prinsip GERAKAN PENGGUNA ISLAM.

Antara amalan harian dan prinsipnya adalah seperti berikut:-
1. Fikir, lihat, semak, fahami, tanya. Apa yang kita lakukan haruslah memberi menfaat kepada Ummah;

2. Sentiasa ingat, Umat islam adalah bersaudara. Bersatu di atas persamaan dan ketepikan perbezaan yang kecil tapi merosakkan; Umat Islam harus saling bantu membantu dan kasih mengasihi;

3. Memberi keutamaan kepada usaha membantu menjana ekonomi pengusaha Islam walaupun agak susah sedikit;

4. Amalkan sedikit pengorbanan dalam kehidupan seharian dalam membantu sesama kita walaupu mengalami kesukaran (di mana mungkin). Amalan inilah yang membawa kejayaan kepada bangsa-bangsa yang berjaya di dunia;

5. Cari produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pengusaha Islam di mana mungkin;

6. Jangan beli produk yang kotor;

7. Jangan beli produk yang syarikatnya memusuhi umat Islam, menghina atau membantu musuh Islam;

8. Cari syarikat yang ”Muslim Friendly Organisation (MFO)” jika berurusan dengan syarikat. Menghormati pekerja Islam, ada surau yang baik dll;

9. Jangan beli produk yang syarikatnya TIDAK MENGHORMATI, tidak peka terhadap keperluan Islam;

10. Jangan sokong syarikat yang tidak beretika kerana kalau dulu mereka boleh menipu siapa kita nak jamin mereka tidak tipu lagi di masa akan datang!;

11. Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada syarikat roti 100% Islam.
Semak kembali apa yang kita beli seharian dan adakah kita dalam usaha membantu menjanan ekonomi atau tidak. Teliti pembelian rempah, sos, restoran, mee, kopi, insurans, minyak masak, gas masak, klinik doktor, peguam, surat khabar, kedai jahit, kek, kicap, .......

” Ingatlah, mencari yang halal itu fardu, mengembalikan hak dan maruah adalah jihad dan semua kejayaan perlukan pengorbanan yang besar...”

Sekian terima kasih.

- PPIM -


-----------------
Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

tereturubuzu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.11.2006
Ahli No: 27162
Posting: 191
Dari: JOHOR

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-06 23:03


nasib baik saya suka makan roti SEDAP..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tereturubuzuProfil   Hantar PM kepada tereturubuzu   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-06 23:39


walls jugak..

Berhubung mengenai aduan Aiskrim Wall’s yang dikatakan mengandungi lambang salib, pihak PPIM telah menghubungi pihak Wall’s bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan berhubung isu ini. Pada mulanya pihak Wall’s telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membincangkan perkara ini tetapi pihak Wall’s telah menukar fikiran dan tidak mahu berjumpa dengan wakil PPIM untuk membincangkan isu ini. Pihak pengurusan Wall’s juga dilihat bersifat angkuh dan sombong dan memandang isu ini sebagai isu yang remeh.

penjelasan mengenai isu aiskrim walls:
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php
[ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 01-11-06 23:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

zaidakhtar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool

jordan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-06 00:21


Saya suka makan roti Daily.
:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidakhtarProfil   Hantar PM kepada zaidakhtar   Pergi ke zaidakhtar's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-11-06 09:34


alhamdulillah....
dengan penjelasan ini, harap ia mampu mengembalikan kredibiliti Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz sebagai ulama yang disegani kerana sememangnya saya sendiri ada prasangka buruk terhadap beliau.
saya ingatkan beliau dibayar oleh pihak silver bird untuk mengeluarkan kenyataan di akhbar, tetapi alhamdulillah, beliau bukan begitu orangnya.....ini adalah bukti bahawa berita di akhbar itu tidak boleh dipercayai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 04-11-06 02:12


Pada 03-11-06 09:34 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah....
dengan penjelasan ini, harap ia mampu mengembalikan kredibiliti Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz sebagai ulama yang disegani kerana sememangnya saya sendiri ada prasangka buruk terhadap beliau.
saya ingatkan beliau dibayar oleh pihak silver bird untuk mengeluarkan kenyataan di akhbar, tetapi alhamdulillah, beliau bukan begitu orangnya.....ini adalah bukti bahawa berita di akhbar itu tidak boleh dipercayai.


sesungguhnya fitnah itu adalah RACUN kehidupan, jangan percaya sesuatu perkara selagi belum ada bukti yang nyata...


-----------------
Cukuplah Allah bagiku, dan Allah lah sebaik-baik penolong..


Bookmark and Share

    


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-11-08 17:13


dah lama boikot sejak tengok edisi siasat serbuan kilang roti high5 di nilai.. sungguh menjijikkan.. pekerja asing dengan sarung tangan hitam susun roti2 atas rak sebelum dibungkus,penggunaan minyak untuk acuan yang diimport dr german dan tak dapat pengesahan halal jakim... banyak lagi. sapa yang sempat tengok edisi siasat 2thn lepas pasti tau, kalau xsempat tengok, tengok saja laman web pengguna islam ada video dia.

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 26-11-08 21:53


sekarang hi5 mengorak langkah buat muzium roti kat kilangnya di shah alam... pandai mereka buat strategi nak tarik balik pelanggan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 05-01-09 13:53


Pada 26-11-08 21:53 , azzak posting:

!!! QUOTE !!!

sekarang hi5 mengorak langkah buat muzium roti kat kilangnya di shah alam... pandai mereka buat strategi nak tarik balik pelanggan.
yang paling sedih tahun lepas tabung haji pula melabur dalam syarikat silver bird (syarikat roti high 5)... sekali lagi kesilapan yang dibuat tahu setelah dahulu melabur dalam syarikat pjudian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:09


memang xmakan roti high5..dok makan gardenia.. ooo oo enak dmakan begitu saja
hehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:09


memang xmakan roti high5..dok makan gardenia.. ooo oo enak dmakan begitu saja
hehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

nizam_maniz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32740
Posting: 65
Dari: S'gOr-terGaNu-M'kA

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:18


KITA SELALU TERTIPU DENGAN STATUS LOGO HALAL JAKIM...

kadang-kadang LOGO HALAL JAKIM ADA, TAPI BILA CHECK SMS HALAL, TIADA DALAM SENARAI...

KADANG TU PULAK LOGO HALAL TU DAH TAMAT TEMPUH...

apa-apa PUN BUAT PILIHAN BERLANDASKAN SYARAK DAN TIDAK ADA KERAGUAN... INSYA ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For nizam_manizProfil   Hantar PM kepada nizam_maniz   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 05-01-09 14:40


memang makan roti GARDENIA dengan MIGHTY WHITE saja sejak kes silver ini...huhu tak sanggup nak bayangkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 14:45


!!! QUOTE !!!

TAPI BILA CHECK SMS HALAL

macam mana nak check ini....???
ada sesiapa boleh inform......??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-01-09 16:52


ana rasa sepatutnya kita orang islam seharusnya
lah banyak memperkenalkan produk islam..yang halal...
tapi reality sekarang memang susah yang cari produk islam yang betul-betul
ada kat pasaran sekarang....sebutlah apa saja barangan keperluan harian majoriti mana
barangan buatan non muslim yang bersijil halal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 05-01-09 18:27


Pada 05-01-09 14:45 , Jue_Effendy posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

TAPI BILA CHECK SMS HALAL

macam mana nak check ini....???
ada sesiapa boleh inform......??

Layari laman web www.halal.gov boleh cek status halal,tapi hanya produk yang di sahkan jakim sahaja lah.Kalau untuk badan luar negara kenalah cek melalui badan tersebut.

So mailah kita orang islam sekalian start keluarkan produk sendiri...pengguna utama umat islam, pengeluar utama non-muslim..so, kehalalan tak terjamin.Kalau orang islam pakat ramai-ramai buka perniagaan penghasilan produk makanan kan sonang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099518 saat. Lajunya....