Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 198
Ahli: 0
Jumlah: 198




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: alahai perkahwinan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» alahai perkahwinan

Please Mendaftar To Post


Oleh alahai perkahwinan

khairulazmi06
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.07.2006
Ahli No: 25499
Posting: 53
Dari: pahang

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 07:32


assalamualaikum wbt

best jugak topik ni....

Perkahwinan menjadi wajib apabila cukup syaratnya...

tapi manusia ada macam-macam karenah dan perangai dan ada yang tak pernah cukup dengan apa yang ada....tapi Alhamdulillah pada sesiapa yang walaupun sederhana lebih2 lagi dalam soal perkahwinan merasa cukup dengan apa yang mereka dapat....adakah anda merasa cukup?

seringkali kita dengar pihak perempuan apabila merancang untuk mengahwinkan anak perempuan mereka meletakkan harga yang tinggi seolah-olah nak menjual anak, mereka memberi alasan anak2 mereka mempunyai lulusan yang tinggi dan sebagainya...ada jugak yang tak ada kelulusan tapi meletakkan harga yang tinggi dan adalah alasan yang diada-adakan...

Bagi saya, bukan perempuan yang meletakkan harga yang tinggi sama ada wang hantaran atau belanja perkahwinan tetapi pihak keluarga perempuan yang demand...

Jadi pihak2 tertentu perlulah bertimbang rasa sedikit dan perlu memahami kembali erti perkahwinan sebenar. bukan untuk mengambil kesempatan di atas pihak keluarga lelaki. Perkahwinan adalah kaedah yang betul dan terbaik untuk membina sebuah keluarga dan mengeratkan lagi tali silaturahim dan ukhwah antara umat islam. jadi mana-mana pihak yang sudi memberi pertolongan kepada pihak yang ingin mendirikan rumah tangga adalah satu sedekah dan juga kebajikan dan sudah pasti ada ganjaran pahala yang akan mereka dapat dan saya yakin dan percaya lebih baik dari meletakkan harga yang tinggi kepada pihak lelaki...

selain itu kita juga boleh mengurangkan sedikt sebanyak masalah2 sosial yang boleh timbul akibat kemungkinan ada pihak yang meletakkan harga yang tinggi sehingga pihak lelaki perlu berhutang atau bergadai harta atau mengambil jalan mudah kahwin lari.dan yang paling teruk ialah masalah penzinaan...

jadi pihak yang memikirkan soal kemaslahatan anak2 mereka pada masa akan datang akan lebih bertimbang rasa dan tidak meletakkan harga yang tinggi sewenang2nya...perkara ini adalah sedekah dan ada ganjarannya...

saya pun tidak akan memilih perempuan yang pihak mereka meletakkan harga yang tinggi dan berlebih2an walaupun mungkin bergaji tinggi...

bagi saya bukan kerana harta perlu dilihat atau dipertimbangkan tetapi pemahaman dan pengamalan agama itu yang lebih penting...

HARTA YANG BANYAK BOLEH MEMBUATKAN KITA LEBIH LAMA MENUNGGU PERHITUNGAN DI AKHIRAT DAN ORANG YANG FAKIR MISKIN AKAN LEBIH CEPAT PERHITUNGANNYA DAN LEBIH MUDAH DI AKHIRAT NANTI..

sabda Nabi Saw juga ada menyatakan sekiranya kita ingin memilih perempuan sebagai isteri kita perlulah melihat pada agamanya(termasuk keluarganya)

salam aidilfitri

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulazmi06Profil   Hantar PM kepada khairulazmi06   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 31-10-06 09:02


Pada 31-10-06 07:32 , khairulazmi06 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt

Bagi saya, bukan perempuan yang meletakkan harga yang tinggi sama ada wang hantaran atau belanja perkahwinan tetapi pihak keluarga perempuan yang demand...


bila keluarga dah tetapkan perempuan tak boleh buat apa...
family dah suka pada pilihan hati dia pun dah cukup baik dari dia kena kawin dengan orang lain


!!! QUOTE !!!


saya pun tidak akan memilih perempuan yang pihak mereka meletakkan harga yang tinggi dan berlebih2an walaupun mungkin bergaji tinggi...

walaupon pada perempuan yang awak suka,yang awak sayang????
awak rela lepaskan???????
semua kriteria yang awak nak dia ada,cmer masalah dengan family bab hantaran saja,awak rela lepaskan????????
bab agama memang cantik walaupon family dia bermasalah sikit...
Kalau saya,saya rela berkongsi duit hantaran dari saya lepas orang yang saya sayang....
tak salah berkongsi duit hantaran sebabb dah suka sama suka...
itupon kalau hantaran mencecah rm 10,000.00 ke atas ar....

!!! QUOTE !!!


HARTA YANG BANYAK BOLEH MEMBUATKAN KITA LEBIH LAMA MENUNGGU PERHITUNGAN DI AKHIRAT DAN ORANG YANG FAKIR MISKIN AKAN LEBIH CEPAT PERHITUNGANNYA DAN LEBIH MUDAH DI AKHIRAT NANTI..

sabda Nabi Saw juga ada menyatakan sekiranya kita ingin memilih perempuan sebagai isteri kita perlulah melihat pada agamanya(termasuk keluarganya)

salam aidilfitri


memang betul pilih lah calon berdasarkan kriteria2 yang ada...
bila dah jadi isteri,sepenuhnya terjawab pada dr awak kan...
awak bentuk lah dia....awak pun boleh bentuk keluarga dia

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 10:03


salam...
yup...sebenarnya ikatan perkahwinan itu kan suci..
bagi saya harga hantaran itu tak sepatutnya jadi persoalan...
Agama Islam pun mengalakkan umatnya bersederhana dah segala hal..memang tak dinafikan zaman yang semakin maju ini barang2 manjadi mahal..
tapi saya fikir,kita kena fikirkan kemaslhatan pasangan kita..jangan memudaratkan sudahlah...
pengalaman yang saya lihat ada pasangan yang ingin berumahtangga terpaksa dan sanggup berhutang untuk menunaikan hasrat bagi pihak wanita bagi wang hantaran..apa dah jadi kan...
Sepatutnya kita ini lebih berfikir dan apa yang lebih penting adalah selepas kita berumahtangga yang mana kita sendiri akan memerlukan wang yang banyak untuk keperluan lain dan masa depan kita...
Bagi saya dan insyaallah..saya mementingkan keredhaan Allah semasa saya menjalani kehidupan baru...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

wahyuniKERK
Warga Rasmi
Menyertai: 18.10.2006
Ahli No: 27033
Posting: 20
Dari: dunia sementara

Johor  


posticon Posting pada: 31-10-06 11:48


salam..kalau tak silap ana sahabat ana pernah bagi tau bahawa hantaran itu hanyalah adat orang melayu (maaf,kalau silap tegurlah ana sebab ana bukan bangsa melayu)..
dan kalau tak silap ana juga dalam islam, hantaran tu tak wajibkan...yang wajib hanya mas kahwin saja kan..
so tak sepatutnya timbul masalah dalam soal hantaran ketika ingin menjalinkan ikatan yang murni tu...
sekadar peringatan buat diri ana dan para sahabat
sesungguhnya islam itu sangat indah,kalau kita betul-betul menghayati dan mengamalkan cara hidup islam sepenuhnya.insyaALALH

Bookmark and Share

    


  Member Information For wahyuniKERKProfil   Hantar PM kepada wahyuniKERK   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 12:54


lagi-lagi topik kawin...letih lah....
ana rasa dah banyak sangat topik pasal kawin ni...adakalanya ia berulang.....
letih sangat nak baca........



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 14:30


ahli dalam forum ukhwah ni, dah sesuai nak kahwin ke??
tak salah tahu pasal perkahwinan ni. ilmu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 15:10


apa yang susah sangat,kalau dah suka sama suka.bincanglah secara peribadi antara keduanya,tetapkan berapa duit hantaran..nak buat benda baik pun susah ke?lagipun duit tu bukan kemana...kalau sebelah perempuan letak harga tinggi,seperti mana yang dikatakan oleh kembara_girl,tak salah untuk berkongsi..lagi mudah dan boleh menjauhkan diri dari maksiat...
so fikir2kanlah.....


----------------
“Dalam surah ar-Rom ayat 21 Allah menyatakan , “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu.Sungguh,dalam yang denikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan akal fikiran”

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 15:33


moga bertemu jodoh dengan insan beriman

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-10-06 15:40


Perkahwinan itu senang yang menyusahkannya manusia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

malaqatilhuda
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.10.2006
Ahli No: 27142
Posting: 24

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 18:18


Pada 31-10-06 12:54 , Al-Aniesah posting:

!!! QUOTE !!!

lagi-lagi topik kawin...letih lah....
ana rasa dah banyak sangat topik pasal kawin ni...adakalanya ia berulang.....
letih sangat nak baca........



:)

mungkin ramai yang nak kawin sekarang ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For malaqatilhudaProfil   Hantar PM kepada malaqatilhuda   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 31-10-06 21:25


Pada 31-10-06 18:18 , malaqatilhuda posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-10-06 12:54 , Al-Aniesah posting:

!!! QUOTE !!!

lagi-lagi topik kawin...letih lah....
ana rasa dah banyak sangat topik pasal kawin ni...adakalanya ia berulang.....
letih sangat nak baca........



:)

mungkin ramai yang nak kawin sekarang ni


hahaha...mungkin juga tu...:-) lagipun sekarang ni sudah ada yang umur 20 pun,dah kahwin..:-) ada baik dan buruknya kahwin awal ni...pandai2la kita menilainya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 21:34


bila masuk saja umur 20 an asyik fikir pasal kawin saja...sikit-sikit pasal kawin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-10-06 21:42


saya nak copy paste satu cerita...

Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu berita yang agak kelakar dan
sedih,berita ini telah dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 18
Disember 2005 yang lalu.

==========================================
DITUDUH GUNA WANG PALSU BAYAR MAS KAHWIN
Oleh Yulpisman Asli


KOTA BHARU 18 Dis. - Seorang mekanik dituduh di Mahkamah Sesyen di sini
hari ini atas dakwaan menggunakan wang palsu sebanyak RM8,000 sebagai
wang hantaran mas kahwin kepada Axxxxi xxxxxx , 23, pada 11 Disember
lalu.

Tertuduh, Mohd. Axxx xxxxx, 37, berasal dari Taman Kinrara, Puchong,
Selangor didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung
Kubang Batang, Wakaf Bharu, Tumpat kira-kira pukul 4 petang.

...

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah menggunakan wang palsu
RM8,000 iaitu not RM100 sebanyak 80 keping sebagai wang hantaran mas kahwin
kepada Azlini.

Dengan itu, tertuduh melakukan kesalahan dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 489B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman
penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Tertuduh ditangkap pada malam 11 Disember lalu setelah pihak keluarga
pengantin perempuan membuat laporan polis.

Mengikut laporan, penipuan itu disedari oleh bapa saudara pengantin
perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam
Masjid Kubang Batang pada hari sama.

Kejadian itu menyebabkan keluarga wanita berkenaan terkejut apabila
mendapati semua wang kertas RM100 itu yang dimasukkan dalam sebuah album
gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan, sementara belakangnya
kertas putih.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat manakala imam masjid
yang menikahkan pasangan berkenaan menghubungi Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan pengesahan kedudukan
perkahwinan tersebut.

Imam berkenaan kemudian dimaklumkan pernikahan pasangan itu adalah sah
mengikut hukum syarak.

Bagaimanapun, pengantin lelaki dianggap berhutang dengan pengantin
perempuan.
=======================================

Setelah saya membaca berita ini saya menjadi agak bingung... saya tidak
tahu sama ada hendak ketawa, menangis, tersenyum atau bersedih. Saya
hanya mampu termenung panjang...

Apa yang sebenarnya berlaku?..Mengapa si bakal suami berbuat begitu?
Tiada duit ke? Mengapa tidak berbincang sebelum perkahwinan? Adakah ia
sudah berbincang tetapi tidak mendapat persetujuan keluarga bakal mertua?
Bagaimana pula perasaan si isteri? Baru sahaja nikah tetapi si suami
mungkin akan dipenjarakan? Apa pula perasaan kedua-dua buah keluarga?
Malu? Marah? Kecewa?

Terlalu banyak tanda tanya di kepala saya... adakah semua ini berpunca
daripada duit?

Oleh itu, jadikanlah kisah di atas sebagai iktibar... usahlah melakukan
perkara-perkara yang tidak wajar di dalam mencapai impian cinta anda,
dan yang paling penting, usah biarkan duit menjadi penghalang mahligai
perkahwinan anda.

P.S : Ura-ura yang didengar, sebenarnya, pengantin lelaki dan pengantin
perempuan telah berpakat untuk menggunakan wang palsu tersebut. Tetapi
nasib malang, usaha mereka itu telah di"kantoi"kan oleh bapa saudara
pengantin perempuan.

P.s : Nama dirahsiakan bagi menutup aib pihak yang terlibat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 31-10-06 21:44


mm,macam-macam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-11-06 14:41


Pada 31-10-06 07:32 , khairulazmi06 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt

saya pun tidak akan memilih perempuan yang pihak mereka meletakkan harga yang tinggi dan berlebih2an walaupun mungkin bergaji tinggi...

bagi saya bukan kerana harta perlu dilihat atau dipertimbangkan tetapi pemahaman dan pengamalan agama itu yang lebih penting...



bagi saya, terpulanglh pada budi bicara kedua-dua pihak...pihak lelaki mahupon perempuan perlulah berbincang dengan telus & capai kata sepakat termasuk berkaitan wang hantaran...biar semua pihak berpuas hati...

tak perlu menyalahkn 1 pihak saja...sama2lh bersepakat..

wallahua'lam..


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 08:55


terpulang pada pendirian masing-masinglah, ikut kemampuan dan tolenrasi kedua-dua pihak.
sesungguhnya yang rendah maharnya lebih baik dari membebankan pasangan.
Yang penting kesetiaan dan ketaqwaan kepada Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 09:41


Pada 07-11-06 08:55 , hangkas posting:

!!! QUOTE !!!

terpulang pada pendirian masing-masinglah, ikut kemampuan dan tolenrasi kedua-dua pihak.
sesungguhnya yang rendah maharnya lebih baik dari membebankan pasangan.
Yang penting kesetiaan dan ketaqwaan kepada Allah.


:-) Bismillahirrahmanirrahim...

ye...benar sekali.wanita yang rendah maharnya lebih baik dari yang membebankan pasangan..janganlah kita membebankan pasangan kita..biarlah semuanya sederhana...

terima kasih sahabat kerana menginggati sahabat2 yang lain...!!!

wallahua'lam... :roll:

tambahan: kejujuran serta keikhlasan kita menerima pasangan kita seadanya..setiap manusia ada kekurangan..


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 11-11-06 10:02


"Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan, berilah kami isteri-isteri & anak-anak yang menggirangkan hati kami & jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang bertaqwa" (AlFurqan:74)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 11-11-06 11:24


moga bertemu jodoh dengan insan beriman

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 14:32


Pada 31-10-06 09:02 , kembara_girl posting:

!!! QUOTE !!!



walaupon pada perempuan yang awak suka,yang awak sayang????
awak rela lepaskan???????
semua kriteria yang awak nak dia ada,cmer masalah dengan family bab hantaran saja,awak rela lepaskan????????
bab agama memang cantik walaupon family dia bermasalah sikit...
Kalau saya,saya rela berkongsi duit hantaran dari saya lepas orang yang saya sayang....
tak salah berkongsi duit hantaran sebabb dah suka sama suka...
itupon kalau hantaran mencecah rm 10,000.00 ke atas ar....


Nak buat macam mana kalau dah tak ada jalan lain...Takkan lah nak ambil keputusan yang akan menyusahkan diri sendiri...Dia kena fikirkan keluarga dia juga...Lebih-lebih lagi kalau anak sulung...kena lah bantu ibubapa pula...Kalau kerja sebagai Jurutera dekat Petronas tak mengapa lah letak hantaran sampai 10,000...Kalau setakat kerja kilang susah lah lelaki tu nak kumpul duit..nak bantu ibubapa dia lagi...Pihak perempuan kena lah bertimbang rasa dalam hal ni...Jangan fikirkan duit saja...Fikirkan juga masa depan anak menantu kita...Daripada buat duit hantaran baik disimpan duit tu untuk kegunaan masa depan...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 15:44


Bertolak ansur titik penyelesaiannya...tapi apa yang lebih penting utamakan keredhaan Allah.


-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai


Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122027 saat. Lajunya....