Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 11 jam, 50 minit yang lalu
wadud: 5 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu
kasih_kekasih: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: MERCUN!!! salah siapa???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» MERCUN!!! salah siapa???

Please Mendaftar To Post


Oleh MERCUN!!! salah siapa???

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 09:26


Angkara mercun ‘bola’ pemuda mati ditikam
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM

GEMAS 15 Okt. – Hanya kerana sebiji mercun ‘bola’, seorang penoreh getah mati ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki dalam pergaduhan di Kampung Ulu Ladang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa, Mohd. Khairil Mohd. Nor, 26, yang mengalami kecederaan parah di bahagian tulang belikat kanannya dikejarkan ke Hospital Segamat, Johor untuk mendapat rawatan awal.

Bagaimanapun mangsa yang kritikal dan terpaksa dipindahkan ke Hospital Muar, Johor meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 5 pagi ini.

Abang mangsa, Mohd. Azli Mohd. Nor, 27, yang turut cedera dalam pergaduhan itu kini dirawat di Hospital Segamat, Johor dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Zull Aznam Haron berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa ke rumah suspek untuk bersemuka mengenai rasa tidak puas hati suspek terhadap tindakan mangsa bermain mercun ‘bola’.

‘‘Malam tadi dua beradik itu yang merupakan sepupu isteri suspek telah pergi ke rumah suspek untuk berbincang mengenai tindakan abang mangsa (Mohd. Azli) yang bermain mercun di kawasan rumah suspek.

‘‘Suspek dikatakan berang dengan tindakan Mohd. Azli yang bermain mercun dan dikhuatiri mencederakan anaknya walaupun telah diberi amaran sebelum ini,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zull Aznam, pada masa itu terdapat beberapa orang lagi termasuk seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan rakan suspek di dalam rumah tersebut.

‘‘Suspek dan mangsa telah bertengkar sebelum berlaku pergelutan dan semasa pergelutan itu, mangsa dan abangnya telah ditikam dipercayai dengan menggunakan senjata tajam oleh suspek,’’ katanya.

Ekoran kejadian itu katanya, polis hari ini telah menahan suspek yang berusia 42 tahun di rumahnya bagi membantu siasatan polis.





**********************************************


Di sini bukan ingin mengata, mengumpat atau memburukkan sesiapa tetapi kita ambil kisah ini sebagai iktibar…………..

pasal menrcun ni, terfikir saya siapa yang bersalah…………bermain mercun ni kalau bahaya pada diri sendiri tak kisahlah, nak terbakar seluruh badan pun takpelah, diri sendiri main, diri sendiri yang tangung…….tetapi jangan sampai menganggu jiran….kena fikir klu2 jiran kita tu nak solat ke .nak ngaji ke……………apatah kalau ada anak kecil…………ini kita main mercun, kita yang bagi masalah pada orang, bila ditegur…………..tak dengar kata………….dah jadi macam kejadian diatas………………puncanya dr siapa sebenarnya………….?
Kepada budak-budak yang suka sangat main mercun kalau berdarah , melecur sana sini……haa, padan muka tu……!!! DEGIL SANGAT….!!! :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 10:14


MERCUN!!! salah siapa???




mercun yang salah..hehehe :-di
org degil begitu lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 10:34


salah orang yang beli........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 09:10


Seperti lazimnya Ramadhan tahun2 lepas, isu mercun tetap akan timbul membuktikan betapa 'berani' dan 'hebat'nya melayu kita. Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, terdengar lagi berita putus kaki di radio akibat bermain mercun. Bilakah agaknya masalah ini akan berhenti. kalaulah keberanian ni disalurkan ke arah yang lebih membina kan lebih bagus..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 09:21


uiks...dokek dengan kampung den ni,,den taktau pun...anak sapo ni ha..nak bertikam2 pula,,,selalunya main tikam..beli seposen tikam kono 2 inggit,,,biaso begitu lah masa rayo..ni sampai berbunuh2 pula,,lain pula kenaikan eh..nasib den org palong....bukan ulu ladang...ni dokek dengan kidot ni..hehe..

nak salah sapo?salahkan dr sendiri lah,,nafsu payah bona nak kwl...anak melayu berbunuh2..cino golak kayo..



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 09:46


Pada 16-09-09 09:10 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat, terdengar lagi berita putus kaki di radio akibat bermain mercun.

Putus kaki? ni main mercun ke main bom? kuatnya mercun tu...
Ni bukan lagi diklasifikasikan mercun lagi dah ni.

Erm, kat kampung teman ni main meriam buluh tak ada pun dengor insiden yang tak baik. Malah kat area Kampung Talang pula, macam peperangan dan dah jadi macam adat musim malam raya.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 10:37


huh..nak salah kan siapa pula..masing-masing dah berakal, pandai2 lah beza kan mana yang baik dan mana yang buruk..mak ayah pun pantau lah anak-anak..apa yang mereka beli dengan duit belanja sekolah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 16:14


Kenapa nak perlu cari kesalahan siapa...
Kenapa tak cari jalan penyelesaian..

nak salahkan government ? mereka dah jalankan tugas..tapi ada yang terlepas..
nak salahkan peniaga.. mereka jual jika ada permintaan...
nak salahkan yang bermain... mereka mempunyai kehendak...
nak salahkan mak bapak... mereka tak boleh nak kontrol anak mereka 24 jam...

akhirnya jadilah kisah bangau oh bangau..


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 17:19


Pada 16-09-09 16:14 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa nak perlu cari kesalahan siapa...
Kenapa tak cari jalan penyelesaian..

nak salahkan government ? mereka dah jalankan tugas..tapi ada yang terlepas..
nak salahkan peniaga.. mereka jual jika ada permintaan...
nak salahkan yang bermain... mereka mempunyai kehendak...
nak salahkan mak bapak... mereka tak boleh nak kontrol anak mereka 24 jam...

akhirnya jadilah kisah bangau oh bangau..



setuju benar lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 09:57


terbaru,
seorang pelajar PMR dimasukkan ke hospital sultanah bahiyah kedah akibat bermain mercun bola.. putus 5 jari..

p/s: selagi tak kena kat batang hidung sendiri,memang takkan serik..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 11:09


Pada 17-09-09 09:57 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

terbaru,
seorang pelajar PMR dimasukkan ke hospital sultanah bahiyah kedah akibat bermain mercun bola.. putus 5 jari..

p/s: selagi tak kena kat batang hidung sendiri,memang takkan serik..



adoii.. lahir dengan cukup sifat akhirnya jadi cacat. Sampai mati menyesal tak sudah.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 12:49


salah siapa ??

salah pemerintah yang berkuasa

adakah pemerintah benar-benar serius membenteras dan mengharamkan mercun ??
setakat muatkan cerita orang putus jari kat paper saja...tapi tindakan ke atas penghasilan, penjualan dan permainan mercun ibarat melepas batok di tangga...kastam yang rampas mercun pun boleh meniaga balik mercun tu dan bedak-bedak mercun tu kat saudara mara..kenapa ni ??

ada fatwa ulama mengatakan mercun itu HARAM kerna tiada suatu pun kebaikan yang ada pada mercun. bahkan keburukan dan bahaya adalah lebih banyak....bermain mercun itu membazir, mengancam keselamatan dan nyawa, mengganggu ketenteraman ramai dan lebih menepati budaya orang kafir.

kerajaan patut laksanakan kempen haram mercun...

2) mak bapak pun sama salah...fuh letih betul jiwa ini bila tengok bapak pun tumpang sekaki main mercun dengan anak.

3) masyarakat pun salah juga.....asal masuk ramadhan saja 'biasakan' diri dengan amalan mendengar dentuman mercun, kerana merasakan itu itu fenomena meriahnya ramadhan dan menggamatkan suasana raya...
sehingga sampai sekarang artis kita dendangkan

"dam dam dum...bunyi mercun...errr lupa lirik pula...Sorry :D

jadi bagi kita yang 'faham'...mari kita haramkan mercun ini sama sekali...mulakan dengan keluarga kita dulu.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 13:51


hehehe.. minta maaflah ye cik honey...saya bukan berniat nak mengikut dan mengkomen setiap posting dari cik honey..tetapi maybe kebetulan...

kerajaan melakukan tugas seperti berkempen mengenai bahaya mercun.
penggunaan mercun di malaysia juga telah diharamkan.

cuba kita renung kembali..kebanyakan mercun yang diseludup masuk ni dari mana?? saya rasa semua tau...sudah tentu thailand kan..

apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang berdekatan dengan sempadan dalam menangani perkara tersebut. kalau penguatkuasaan dibuat dari sempadan untuk memantau perkara tersebut.. pastinya tidak akan lepas masuk ke dalam negara.. takkan lah nak minta imigresen, polis dari negeri sembilan ke..perak ke memantau sempadan diatas ...


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 13:53


Keluarga saya dari kecik lagi, bunga api pun abah tak bagi main. Dah macam terbiasa dan tak teringin nak main pun. Kepada sesiapa yang ada adik abang yang kreatif sangat itu nasihat2kanlah jangan main mercun. Jari kaki tangan ni bukannya ada jual kat kedai..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 14:02


dulu ana kecil2..suka perang guna mercun...mercun selalu guna DAS...hehehe...
ana nakal sikit kecil2 dulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 14:07


hehe masa kekecik dulu main mercun dan bunga api... contoh : mercun das, tebuan, padi, lidi, thunder clap, dll....

sekarang ni main munge api saja...

tapi adik saya amat kreatif..dia buat meriam gunatin..dan sambung² jadi macam meriam buluh.. selain dia gunakan untuk memekak sambutan raya..dia gunakan juga untuk menghalau kera² di kebun mangga bapak saya...


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 14:22


Pada 17-09-09 14:07 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

hehe masa kekecik dulu main mercun dan bunga api... contoh : mercun das, tebuan, padi, lidi, thunder clap, dll....

sekarang ni main munge api saja...

tapi adik saya amat kreatif..dia buat meriam gunatin..dan sambung² jadi macam meriam buluh.. selain dia gunakan untuk memekak sambutan raya..dia gunakan juga untuk menghalau kera² di kebun mangga bapak saya...



adik saya lagi kreatif..
dengan selambanya dia main mercun dalam rumah..hoho...
mahu gegar satu rumah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 14:30


kekk...kreatif sungguh..

masa duduk rumah bujang kat taman saga, ampang..
ada satu pagi tu..housemate tengah membuang dalam tandas...
datang seorang mamat ni...bakar mercun..baling dalam tandas tu..
hangin member..bingit telinga..kekekek
lepas itu siap ah kena maki hamun..


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 15:08


hehe..mahu berpinar dan berasap lah kawan tu...
kompem tu jadi kenangan yang paling tak boleh dilupakan... :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 22:25


Pada 17-09-09 13:51 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

hehehe.. minta maaflah ye cik honey...saya bukan berniat nak mengikut dan mengkomen setiap posting dari cik honey..tetapi maybe kebetulan...

kerajaan melakukan tugas seperti berkempen mengenai bahaya mercun.
penggunaan mercun di malaysia juga telah diharamkan.

cuba kita renung kembali..kebanyakan mercun yang diseludup masuk ni dari mana?? saya rasa semua tau...sudah tentu thailand kan..

apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang berdekatan dengan sempadan dalam menangani perkara tersebut. kalau penguatkuasaan dibuat dari sempadan untuk memantau perkara tersebut.. pastinya tidak akan lepas masuk ke dalam negara.. takkan lah nak minta imigresen, polis dari negeri sembilan ke..perak ke memantau sempadan diatas ...



salam ,

soalnya adakah kempen kerajaan sekarang ditahap paling efektif ?
penguatkuasaan juga adakah ditahap paling baik ??
orang yang tak boleh nak diconfirmkan bersalah dan tiada bukti mengancam keselamatan rakyat di sumbat ISA...yang jelas bersalah dan mengancam keselamatan awam dengan menjual dan bermain mercun....denda duit dan 'terima rasuah' saja.... dah 'terlepas' ke tanggungjawab pihak berkuasa kalau inilah bentuk penguatkuasaan undang-undang ????

ini yang kita minta perbaiki....dan kita tak letak 100% t/jawab pada kerajaan dan polis...sila tengok balik komen saya.

penguatkuasaan dan kawalan di sempadan mana-mana negeri oleh polis/imegresen/kastam adalah bidang kuasa kerajaan pusat bukan kerajaan negeri. bahkan yang menguasai institusi polis/imegresen/kastam negeri juga adalah di bawah tanggungjawab pusat bukan negeri. Maka kalau kawalan gagal di sempadan itu kegagalan pusat bukan kerajaan negeri.

rdwira kena tengok perlembagaan malaysia dan baca apa yang ada dalam 'senarai negeri' dan 'senarai persekutuan'.

sebenarnya saya lebih suka 'kita semua' faham 'dosa' bermain mercun dan mengambil sikap yang wajar dalam merasa bersalah bermain mercun...

bukan terus bangga dan seronok dengan kenangan lama 'main mercun'...

benda nampak kecik...tapi natijahnya besar :-(


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-09-09 16:58


rasa nya yang salah...pembeli..yang nak untung..yang buat mercun...


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-09 14:39


salah orang tu lah.. dah tau tak boleh main nak main jugak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-09 15:38


Pada 28-09-09 14:39 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

salah orang tu lah.. dah tau tak boleh main nak main jugak..


salah mercun lah.. siapa suruh dia meletup.. :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 12:50


kat kampung saya...bapa budak dan cikgu otainya...hehee..seronok sebenarnya main mercun ini....macam berada dalam peperangan pula bunyinya berdentam dentum..tapi hati-hati..


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 14:15


Biarlah mereka main mercun.. sekurang-kurangnya doktor ada kerja untuk potong jari-jari yang tak disyukuri tu.. degil tak bertempat sangat.. potong saja jari tu.. jadi OKU..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-09-09 21:21


orang yang menjual dan membeli mercun tu..dan yang paling saya pening ialah Kenapa penguatkuasaan sangat lemah..ate tak cukup kakitangan ke kastam dan pdrm?bagaimana boleh banyak terlepas...waktu tarawikh nak khusyuk pun dah tak dapat..macam-macam bunyi keluar..udah rasa macam di iraq dah..kalau rakyat melayu sangat hebat jom p palestin letupkan diri..baru hebat..


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 01:13


budak-budak suka main mercun..xksahla..tapi bila org dewasa main ni lain pula jadi..apapun jangan sampai mcederakan org lain..
#hari-hari join adik main..teman dia..huhu


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 01:14


#eh malam raya.satu malam itu saja


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139937 saat. Lajunya....