Oleh |
Suami pilihan hati...baca jangan tak baca |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 07-10-06 15:25
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung agaknya?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana? 1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati. 3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda. 4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda 5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia. Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
|
taisir
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...
|
Posting pada: 07-10-06 17:14
assalammualaikum... rimbabara terharu biru saya baca atikel ini..betullah apa yang dikatakan.. pastinya setiap muslimah mengharapkan sesuatu yang terbaik dan semestinya calon suami sebegini yang diharapkan..namun bukan mudah untuk didapati dizaman ini..agak2 satu dalam seribu..so kaum adam kat luar semua kena buat persediaan untuk jadi calon suami soleh..dan muslimah pulak buatlah persediaan untuk menjadi calon isteri solehah..insyaAllah jilsah rabbani mampu dilahirkan penegak ummah dimasa akan datang... moga ada lagi pewaris khadijah dizaman serba canggih ini... wa Allah hu a'lam.. ----------------- hidup ini jihad menuju ilahi
|
ayra
Warga Rasmi Menyertai: 15.09.2006 Ahli No: 26376
Posting: 13
Dari: ulu selangor
|
Posting pada: 11-10-06 19:18
isteri awak tntunya sangat btuah memang benar mgikut cerita awak,awak adalah suami pilihan hati..
|
bintubahariyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2006 Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm
|
Posting pada: 11-10-06 19:52
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 11-10-06 22:41
|
nique_hanna
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.
|
Posting pada: 11-10-06 22:53
 ...suami pilihan hati..... ----------------- 'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 12-10-06 09:22
bahagia nya Kalau dapat suami macam ni....
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 12-10-06 09:24
rasa macam dah pernah baca artikel ni kat forum..
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 26-11-06 22:55
ARTIKEL NI sudah 4 kali di bincangkan............. tapi baik juga..dakwah perlu berterusan...
|
p6_vi
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.04.2005 Ahli No: 15864
Posting: 29
Dari: haa?!i?
|
Posting pada: 04-01-07 01:09
|
jue_86
Warga Rasmi Menyertai: 02.01.2007 Ahli No: 27983
Posting: 14
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 04-01-07 08:49
suami pilihan hati yang sukar dicari....1 dalam 1000...
|
nurwahida
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM
|
Posting pada: 04-01-07 09:18
salam... huuhuh...terharaunyer baca kesah ini.... suami pilihan hati....sukar ditemui.... moga Allah pelihara....
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 04-01-07 09:19
yang banyak keluar artikel selalunya isteri solehah , muslimah impian , tapi tak banyak artikel pasal lelaki soleh , muslim soleh. tu pasal payah agaknya nak cari yang soleh sekarang ni.pasal tatau macam mana yang dikatakan lelaki soleh tu takkan perempuan saja yang kena solehah,laki pun kena juga.sesamalah kita berusaha untuk menjadi soleh dan solehah. insyaAllah... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 04-01-07 09:20 ]
|
sadiqah
 Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 04-01-07 09:21
layak ke ana dapat suami sebaik ini?
|
maya_sakura
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.06.2006 Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak
|
Posting pada: 04-01-07 10:36
aman rumahtangga dapat suami macam ni... ...................................................... CINTA ITU SUATU ANUGERAH, PELIHARALAH IA dengan SEBAIKNYA..
|
nuhasolehah
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.07.2006 Ahli No: 25365
Posting: 57
Dari: kedah
|
Posting pada: 04-01-07 12:45
moga-moga dapat suami yang soleh begini...amin...
|
nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2006 Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid
|
Posting pada: 04-01-07 15:08
mudah2an ana pun dapat suami yang sebegini.. insyaallah.. suami pilihan hati.. insyaallah bahagia hidupku..huhu..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 04-01-07 15:11
mudah-mudahan dapek isteri lelaki begini...
|
fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.07.2006 Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani
|
Posting pada: 04-01-07 15:34
kalau kita ikhlas dalam kehidupan... walau apapun yang jadi, pasti semua ni dapat kita harungi... banyak kisah kita masing-masing yang boleh dikongsi lagi kan...
|
FauziAnuar
Warga Rasmi Menyertai: 25.11.2006 Ahli No: 27477
Posting: 3
Dari: Selangor
|
Posting pada: 09-01-07 19:15
Assalamu`alaikum... Isteri bukan dicipta dari tulang kepala untuk dijunjung juga bukan dari tulang kaki untuk ditindas.Tapi dia dicipta dari tulang sisi kita(lelaki) untuk disayangi,dibelai serta dididik mengikut acuan ILAHI wa Rasuli... Pokok kekuatan kehidupan kita di dunia yang penuh dugaan&pancaroba pada diri adalah kekuatan IMAN.Dengannya membantu kita semua berjalan pada landasan menuju ILAHI dengan seperti yang ditunjukkan Rasul kita bagi kaehidupan kita di bumi... Salam `alaikum
|
arsyie
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus
|
Posting pada: 09-01-07 19:33
manalah nak dapat lelaki macam ni....subhanallah... ana paling suka dialog dalam satu filem melayu ni.. "isteri bukannya hak milik ,tapi adalah anugerah ....." wah2..cairrrrrrrrrrrrr.............................
|
saussan_saffanah
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~
|
Posting pada: 09-01-07 20:54
subhanallah.... ya Allah, kurniakanlah aku suami sebegini, agar aku bisa terus berjalan menyusuri pahit maung dan kesukaran dalam mencari kasihMu ya Allah.... :'(
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 10-01-07 13:10
Pada 09-01-07 19:33 , arsyie posting:!!! QUOTE !!! manalah nak dapat lelaki macam ni....subhanallah...
ana paling suka dialog dalam satu filem melayu ni..
"isteri bukannya hak milik ,tapi adalah anugerah ....."
wah2..cairrrrrrrrrrrrr............................. dah jumpa ke "lelaki" ?? kalau dah jumpa suruh lah dia jadi macam tu .. lelaki-2 lain pun belajar lah juga ...
|
fazleena
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 10-01-07 16:32
oh..sweentye..subhanaAllah..ada lagikah lelaki begini.. Kalau jumpealangkah bagusnya kan?. tapi susahnye nak jumpa..
|
fazleena
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26860
Posting: 214
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 10-01-07 16:34
"Semoga Engkau menganugerahkan yang terbaik untuk hamba-Mu ini'" AMIN~
|
eyu_extra
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.11.2006 Ahli No: 27251
Posting: 65
Dari: johor
|
Posting pada: 10-01-07 16:47
|
teratai_putih
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.12.2006 Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor
|
Posting pada: 10-01-07 19:22
Pada 09-01-07 20:54 , saussan_saffanah posting:!!! QUOTE !!! subhanallah.... ya Allah, kurniakanlah aku suami sebegini, agar aku bisa terus berjalan menyusuri pahit maung dan kesukaran dalam mencari kasihMu ya Allah.... :'( hee..cik saussan hasanah insyaAllah sama-sama berusaha agar dapat suami begini...
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 10-01-07 19:39
Berusaha jadi macam tu.. insyaAllah..  ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
ibnusina
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2004 Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA
|
Posting pada: 10-01-07 20:46
hm...boleh ke ana jadi suami yang macam ni?....hm...kena belajar ni..
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 15-01-07 10:27
Pada 10-01-07 16:32 , fazleena posting:!!! QUOTE !!! oh..sweentye..subhanaAllah..ada lagikah lelaki begini.. Kalau jumpealangkah bagusnya kan?. tapi susahnye nak jumpa.. kalau benar-2 berkeinginan doakan saja ... sebelum berkahwin memang sukar nak tau adakah bakal suami anda nanti akan berkelakuan sedemikian ... walaupun pernah bercouple dan kenal hati budi, itu pun sebenarnya masih belum cukup kerana belum lagi pernah duduk sebumbung ... ramai orang yang sebelum berkahwin, ketika bercouple atau bertunang, tidak menonjolkkan keperibadian dia yang sebenar ... tu terpulang pada sikap suami/isteri selepas berkahwin nanti dan sejauh mana suami/isteri mahu berikan yang terbaik .. Jadi doakan sajalah supaya segalanya baik dan selamat untuk kita ...
|
hanan_nur
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2007 Ahli No: 28138
Posting: 110
|
Posting pada: 15-01-07 10:50
Ya Allah, kurniakan kami pasangan serta zuriat yang menjadi penyejuk di mata dan jadikan kami sebagai pemimpin di kalangan oarang2 yang bertaqwa....
|
sadiqah
 Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 15-01-07 12:53
|
ainabalqis
Warga Rasmi Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14346
Posting: 5
Dari: kelantan
|
Posting pada: 15-01-07 15:48
assalamualaikum... emm...memang terharu m'bacanye...
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 15-01-07 15:55
sapa yang tak nak suami macam ni...
|
Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.05.2005 Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-01-07 15:10
Pada 10-01-07 16:32 , fazleena posting:!!! QUOTE !!! oh..sweentye..subhanaAllah..ada lagikah lelaki begini.. Kalau jumpealangkah bagusnya kan?. tapi susahnye nak jumpa.. insyaAllah.. sama-sama lah berdoa..smge Allah menemukan kita dengan jodoh yang soleh, beriman, bertanggungjawab..insyaAllah..mudah-mudahan 'wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..  [ Telah diedit oleh: Nadiahsolehah pada 19-01-07 00:36 ]
|
fiezan
Warga Rasmi Menyertai: 14.10.2004 Ahli No: 11836
Posting: 13
|
Posting pada: 16-01-07 16:28
bahgienye dapat suami begini... kalau lah semua lelaki kat dunia macam rimbara.. bahagia nya perempuan2 kat dunia ni.. terharunye.. insyaallah kekal bahagia selamanye...
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 19-01-07 00:42
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 19-01-07 01:15
Hehehe...Perkara yang baik memang semua orang nak tapi payah nak dapat...Kalau dapat suami sebagus tu syukur Alhamdulillah...Tapi kalau dapat yang 'kurang sikit' terima sajalah kekurangannya dengan hati yang terbuka...Tak ada manusia yang 'perfect'... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 19-01-07 07:28
mudahan ditemukan dengan suami yang dapat jadi pembimbing pada diri ini dan menjadi ketua keluarga yang cemerlang..insyaallah...
|
MuzzamMiL1444
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26950
Posting: 90
Dari: Selangor
|
Posting pada: 19-01-07 11:13
!!! QUOTE !!! Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. !!! QUOTE !!! Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.
Jakallah akhi RimbaBara, ana sebenarnya segan nak reply topik ni sebab ana bukan kaki jiwang karat.. Cuma iktibar buat diri sendiri.. banyak yang saya belajar. Jika kisah ni adalah pengalaman sebenar akhi, ana ucapkan tahniah kerana beroleh 'bintang timur'. Hmm, cuma berkongsi rupanya nasib enta lebih hebat banding ana. Ana pun ada hobi merenung bintang waktu malam, terutama bila bulan Ramadhan, dan pasang angan-angan yang entah tercapai entahkan tidak.. Wallahualam. Undur diri. ----------------- "Kemenangan abadi adalah kemenangan yang bermaruah"
|
Afina
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26223
Posting: 219
Dari: Perak
|
Posting pada: 19-01-07 11:37
Pada 15-01-07 10:50 , hanan_nur posting:!!! QUOTE !!! Ya Allah, kurniakan kami pasangan serta zuriat yang menjadi penyejuk di mata dan jadikan kami sebagai pemimpin di kalangan oarang2 yang bertaqwa.... Amin... Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami, bimbing lah kami, jadilah kami diantara golongan orang-orang yang soleh/solehah...semoga kami layak mendapat suami/isteri yang baik lagi bertakwa..... Amin....
|