Oleh |
Gempar!!!! Mee MAGGIE. sampai bila kita mahu diperbodohkan? Gempar!!!!! |
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 05-10-06 15:01
Di awal puasa dahulu, seorang rakan kecoh mempertahankan usulnya bahawa Mee Maggie tidak boleh dimakan walaupun ada tanda halal. Gesaan itu selaras dengan kenyataan CAP dalam buku Halal Haram yang diterbitkannya tahun lalu. Maka saya memang sejak awal lagi tidak makan Mee Maggie kerana berpantang kepada makanan-makanan seperti ini selain daripada air minumam berkarbonat dan segala macam cekedih. Cekedih itu bahasa dialek Terengganu dan Kelantan yang bermaksud makanan ringan, yang berencah macam Twisties dan yang seumpamanya. Saya juga berpantang daripada mengambil burger selepas hebohnya cerita tentang status halal makanan segera itu. Dan saya juga sudah lama memboikot kedai makanan segera seperti KFC, McD, Marrybrown dan yang seumpamanya. Hal ini tidak lain, kerana penting kepada minda dan hati orang seperti saya. Maka timbullah idea seorang sahabat untuk meyakinkan orang yang bertentangan pendapat dengannya. Beliau mengambil pek Mee Maggie dan membuat penyemakan status halal di hompej JAKIM. Alangkah terkejutnya! Keputusan menunjukkan bahaya produk dengan kod bar yang tercatat pada pek pembungkus Mee Maggie adalah KOD BAR bagi makanan ringan SMARTIES Crushed 4 tak 2kg MY. MY di belakang adalah piawai pengenalan negara iaitu Malaysia. Apakah data JAKIM salah dan mereka tidak menyedarinya atau bagaimana? Lihat bukti di sini, SILA KLIK!Sila klik imej yang menunjukkan bukti semakan untuk paparan dengan lebih jelas.----------------- Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/[ Telah diedit oleh: MohdHanafi pada 05-10-06 15:05 ]
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 05-10-06 18:02
 kalau macam itu teruk lah....saya dah banyak kali juga makan maggi ini.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
bintubahariyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2006 Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm
|
Posting pada: 05-10-06 19:15
ana tak faham ni. apa yang tak kena pada kod tu? apa yang jakim tersalah tu? apa yang bahaya?
|
azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara
|
Posting pada: 05-10-06 20:22
hmm... ni dah kira kes besar ni.. menggunakan kod yang salah dengan menipu fakta sebenar.... org yang nak untung semata2 memang selalu macam ni... ni lah jadinya kalau hanya berteraskan kapitalisme semata2
|
airbiru
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.01.2005 Ahli No: 13948
Posting: 52
Dari: Japan
|
Posting pada: 05-10-06 20:42
err..Sorry, saya tak faham sangatlah.. ada sesiapa boleh tolong sahkan perkara ini?
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 05-10-06 21:02
akhir zaman nanti banyak orang sanggup menjual agama untuk sedap yang sedikit(didunia sahaja)....insyaAllah kita doa nangis2 minx perlindungan daripada ancaman kafir laknatullah.....
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 05-10-06 21:08
nasib lah saya bukan kaki MAGGIE
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 05-10-06 22:01
 saya dapati benda ni kat website jakim...harap kaji betul jangan dok main percaya membuta tuli...Bila search melalui kod bar,sememangnya ada yang tertera adalah SMARTIES Crushed 4 tak 2kg MY.Maybe database masalah ke entah macam mana tak tahu lah.. -----------------
|
Kakngah
Warga 5 Bintang Menyertai: 06.01.2005 Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang
|
Posting pada: 05-10-06 22:17
aik? mee maggi boleh tukar jadi smarties pulak bahaya ini.. yang haram boleh jadi halal pula
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 06-10-06 01:57
saya memang tak makan mee maggie.
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 06-10-06 02:19
megi haram ke? bukti dr mana? kadang-kadang tu telan juga adalah setahun 2 3 kali
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 06-10-06 02:25
betul tu syahid_zul..ada kemungkinan besar masalah database janganlah buat andaian buta tuli
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 06-10-06 08:43
erm..saya memang tak makan maggie... entahlah ..memang tak suka mee goreng boleh lah
|
InginTahu
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.07.2006 Ahli No: 25067
Posting: 116
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-10-06 12:07
mungkin ada sesetengah org dengan alasan 'nak cepat'... hingga mengabaikan status halal sesuatu makanan/minuman atau pun sebarang produk harian. mungkin juga ada yang beralasan 'mudah, jimat masa..' mudah dan jimat masa tanpa memikirkan 'semasak2nya apa yang anda sedang masak?? mungkin juga da yang memberi alasan 'nak cuba rasalah..' jenis ini langsung tidak memikirkan status halal produk ..HANYA bergantung semata2 dengan logo halal dari JAKIM!! (fikir secara logik, bukan semua pantauan mampu dilakukan oleh pihak Jakim.. untuk tujuan pemeriksaan mungkin lepas.. selepas itu?? dan selepasnya..?? bukan menidakkan kuasa Jakim, TAPI, individu itu sendiri fikirkan, jangan hanya menyerahkan bulat2.. daripada Jakim dengan status halalnya apa yang kita makan. (JAKIM hanya melakukan apa yang termampu..) sebagai contoh lain, lihat sebuah produk ubat gigi terkemuka di malaysia, Colxate, semenjak dua ni.. terpampang iklan2 mereka yang menunjukann bahawa produk mereka halal.. dan disahkan oleh badan yang diiktiraf JAKIM... (bukan Jakim sendiri??? tapi ada badan lain - ini ana tak pasti) tapi, itulah ayat dalam iklan mereka.. logo halal yang mereka gunakan.. hehe nak gelak pun ada... antum lihatlah sendiri... wahai sahabat sekalian, sekadar mencari makanan halal.. semuanya ada didepan mata, tapi Kenapa masih mencari makanan yang ragu dengan status penghasilannya?? bahan campuran.. sembelihan bagi ayam & daging.. pemperosesan produk.. mungkinkah kerana lazatnya makanan itu di mata ?? ana juga terliur kepada sesetengah makanan, tapi.. apabila memikirkan kembali statusnya walau pun yang menjual adalah melayu Islam.... ana fikir kembali, "tidak ada alasan lain untuk aku tidak memakan makanan ini.. jika keraguan(was-was) terhadap bahan dan penyediannya 'bersarang' dihati.." wahai sahabat sekalian, pilihlah makanan yang PASTI HALAL.. (janganlah kerana hendak cepat, mudah, jimat masa.. kita pertaruhkan apa yang kita masukkan dalam tubuh badan kita... masak sendiri lebih baik... walaupun sepinggan nasi dengan telur goreng sebijik!!!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 06-10-06 22:48
bnar apa yang sabda nabi diakhir zaman halal haram tak diambil kira
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 06-10-06 23:17
kan produk itu didaftarkan untuk pengesahan LOGO HALAL akan ditetapkan KOD BAR yang spesifik? Jadi kalau KOD bar Smarties diguna dan dicetak pada pek MAGGIE itu macam mana? yang ditunjukkan itu produk mana pula tu?
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 06-10-06 23:22
!!! QUOTE !!! mungkin ada sesetengah org dengan alasan 'nak cepat'... hingga mengabaikan status halal sesuatu makanan/minuman atau pun sebarang produk harian.
mungkin juga ada yang beralasan 'mudah, jimat masa..' mudah dan jimat masa tanpa memikirkan 'semasak2nya apa yang anda sedang masak??
mungkin juga da yang memberi alasan 'nak cuba rasalah..' jenis ini langsung tidak memikirkan status halal produk ..HANYA bergantung semata2 dengan logo halal dari JAKIM!! (fikir secara logik, bukan semua pantauan mampu dilakukan oleh pihak Jakim.. untuk tujuan pemeriksaan mungkin lepas.. selepas itu?? dan selepasnya..??
bukan menidakkan kuasa Jakim, TAPI, individu itu sendiri fikirkan, jangan hanya menyerahkan bulat2.. daripada Jakim dengan status halalnya apa yang kita makan. (JAKIM hanya melakukan apa yang termampu..)
isu ni timbul sebab kesilapan teknikal yang terdapat pada barcode tu saja kan, apa yang penting memang Jakim dah SAHKAN halal, bukan barcode tu penentunya, itu hanya untuk memudahkan saja. memang tak boleh bergantung 100% pada Jakim, tapi Kenapa ramai yang lebih suka percaya kepada khabar angin yang tiada bukti yang sah melebihi jaminan dari pihak yang ada autoriti dalam bab ni, yang ni memang saya pelik sangat-sangat. kalau nak boikot sebab ia product nestle tu lain cerita, tapi kalau bab halal haram ni, kita ada kaedah: asal sesuatu itu adalah harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya; dan tidak dikira berdosa jika melakukan secara tersalah, lupa dan dalam paksaan. kalau kita nak berhati-hati memang tak salah, ia memang baik dan dialu2kan, tapi jangan mengharamkan sesuatu yang kita tak ada bukti mengenainya, nanti jadi mengharamkan benda yang halal pula. !!! QUOTE !!! sebagai contoh lain, lihat sebuah produk ubat gigi terkemuka di malaysia, Colxate, semenjak dua ni.. terpampang iklan2 mereka yang menunjukann bahawa produk mereka halal.. dan disahkan oleh badan yang diiktiraf JAKIM... (bukan Jakim sendiri??? tapi ada badan lain - ini ana tak pasti) tapi, itulah ayat dalam iklan mereka.. logo halal yang mereka gunakan.. hehe nak gelak pun ada... antum lihatlah sendiri...
yang ni pun saya confuse juga, masa colgate tak ada tanda halal pakat marah walaupun Jakim sendiri dah sahkan halal, tapi bila mereka letak tanda halal bising pula, ramai yang ejek. memang ia tidak dipantau sendiri oleh Jakim, tapi kat negara lain juga ada badan seperti Jakim yang memantau barang2 halal, jangan ingat kat Malaysia saja ada, dan Jakim mengiktiraf badan2 tersebut dari beberapa buah negara secara kerjasama. kalau kita ragu2 dan taknak guna contohnya colgate ni, silakanlah sebab banyak lagi jenama lain, tak salah kita nak tapis dua kali ke tiga kali ke, tapi saya takut jika berlaku sampai kita mengharamkan benda yang halal, sedangkan ia dilarang dalam Islam. wassalam. p/s: saya bukan wakil dari Jakim, nestle, atau colgate ye  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 06-10-06 23:26 ]
|
rafieq
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.03.2006 Ahli No: 23522
Posting: 139
Dari: jordan
|
Posting pada: 07-10-06 22:04
org melayu cepat sangat pecaye benda-benda xelok ini....pdhalmende yang mudaratkan mereka..benda besar..taklah mereka pkr...melayu hampehhh
|
nick_sieq
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24044
Posting: 94
|
Posting pada: 07-10-06 22:27
JAKIM itu badan agame negara kita... kalau kita tak percaya kat mereka, kat siapa lagi kita nak percaya.... InsyaAllah JAKIM dah buat sehabis baik untuk menjaga status makanan umat Islam kat negara ini.....
|
UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk
|
Posting pada: 08-10-06 14:13
isu halal haram ni memang susah sikit...salah sikit, habis semua...
tapi...takkan kita nak uji sendiri halal haram sesuatu makanan tu, melainkan kita tau dari bahan²nya...kita tak ada peralatan yang lengkap nak uji semua tu...
so, di Malaysia ni, kita hanya bergantung kepada pengesahan JAKIM semata²....kalau haram katanya...haram lah...kalau halal katanya...halal lah...begitu lah kisahnya...
yang penting, kita yakin dengan pengesahan yang Jakim buat dan bertawakal kepada-Nya kepada selebihnya yang kita tak tau...betul tak???
wassalam...----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 08-10-06 16:03
Dah lama tak makan Maggie ni...cuba kurangkan atau elakkan...tak elok pun untuk kesihatan...jika makan kerap sangat...
|
farabi
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2004 Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya
|
Posting pada: 08-10-06 16:32
....nak kaburkan jakim agaknya...
|