Oleh |
Mengharap cinta..... |
wazrie
Warga Rasmi Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3140
Posting: 6
Dari: Selangor
|
Posting pada: 01-09-03 01:33
Memang sebagai manusia kita tak boleh lari daripada niat untuk hidup berpasangan.....Malah Allah jua telah ciptakan kita untuk berpasang-pasangan....Tapi, untuk mengenali cinta itu bukannya mudah....Adakalanya cinta tertolak, tak diterima dan sebagainya.Maka akan datang rasa kecewa dalam jiwa.Inilah cinta manusia yang tidak kekal, dan cinta Allah itu jualah yang hakiki.....Kalau sudah hati terpaut pada seseorang...dan orang itu tidak menerima anda bagaimana perasaan anda....?Boleh kongsi idea tak....Hope all of u can give the matured answer la....Wassalam
|
Fatimah_azZahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 63
Posting: 87
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 01-09-03 13:45
assalamualaikum...
Tuhan telah menetapkan utk kita...,
mase utk kita belajar..,mase utk kita kerja dan mase utk kita bercinta ataupun kahwin...
masalahnya skrg, semua manusia sudah melampaui batasan..itu sebabnya terjadi perkara mcm tu...
soal cinta kita tak diterima dan bagaimana perasaanya?.....
memangla sakit..tp tak berpanjangan...sebab kita tahu mungkin itu bukan jodoh kita...sebab tu cinta kita ditolak...
sampai masanya kita akan berjumpa jugak dgn jodoh kita...yakinlah..,Tuhan itu Maha Adil..
wassalam...
|
liyana_83
Warga Rasmi Menyertai: 09.08.2003 Ahli No: 2895
Posting: 1
Dari: melaka
|
Posting pada: 24-09-03 12:36
assalamualaikum..
saya setuju dgn pendapat Fatimah_azZahra.. mungkin itu bukan jodoh anda..."kita akan berjumpa dengan beberapa orang yg salah sblm 1 yg betul"....
|
dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.07.2003 Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah
|
Posting pada: 24-09-03 13:25
bagi ana ada adalaaaa tak der pun tak per....
|
dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.07.2003 Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah
|
Posting pada: 24-09-03 13:28
bagi ana ada adalaaaa tak der pun tak per....sesungguhnya jodoh dan pertemuan ditentukan Allah.
|
shamosha
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.09.2003 Ahli No: 3576
Posting: 99
Dari: cheras
|
Posting pada: 26-09-03 17:58
assalamualaikum.
bagi sha ,bersabar jerlah mungkin bukan jodoh. mana tau di masa yang lain jumpa yang lagi baik.terserah pada takdir. kalau sha,memilih setelah dipilih...........
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 27-09-03 01:31
assalamualaikum..
yang pasti .....jangan mudah berputus asa...
tersukan berusaha dan berdoa..
pasti ada yang menanti di sana...
|
Qudwah_hasanah
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 121
Posting: 211
|
Posting pada: 27-09-03 10:00
ana hanya mengharap cinta yang satu...cinta Allah...itu yang paling agung dan abadi... ----------------- TIDAK AKAN KAMU MERASA GUNDAH WALAUPUN SEKALI JIKA KAMU TAHU APA YANG DICARI...
|
idea_31
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.08.2003 Ahli No: 3206
Posting: 182
Dari: kuantan,pahang
|
Posting pada: 27-09-03 10:06
emm betul tu mungkin cinta itu bukan utk seseorg itu...if ader jodoh...aderlah tu... ----------------- nur kasih
"it will take a minute to like someone,only an hour to have a crush on someone,and only a day to love someone,but IT WILL TAKE A LIFE TIME TO FORGET SOMEONE"
kasih sayang ku hanyalah kerana ALLAH....amin
|
nieza_mohd
Warga Rasmi Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 734
Posting: 7
|
Posting pada: 27-09-03 10:18
Assalamualaikum w.b.t.
Dari cintaNya kita berasal,
Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita...
Kerana cinta kita mendatangiNya,
Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya...
To love someone is nothing..
To be love by someone is something..
To be love by someone you love is exciting..
But to be love by Allah is everything..
Sabarlah, setiap yang berlaku itu telah Allah Taala tetapkan hikmahNya. Mungkin Dia telah tetapkan jodoh yang lebih baik untuk kita, Insyaallah.
Wassalam. ----------------- Tiada Mutiara Seindah Kata, Tiada Kata Sebenar Al-Quran...
|
wazrie
Warga Rasmi Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3140
Posting: 6
Dari: Selangor
|
Posting pada: 29-09-03 12:13
Memang cinta yang hakiki hanya milik Allah....sudah pastilah tiada tandingannya.....Untuk kehidupan dunia....Allah telah tetapkan hidup kita berpasang-pasangan.....Saya setuju dengan pendapat kawan2....mungkin bukan jodoh saya....Sudah tentu ada hikmah di sebaliknya....May be Allah want to give me the better one than before this.....tetapi di mana harus ku cari...?Kawan2 tolong cari boleh?...ok la...thanks to all 4 the support and advices......
Wassalam.
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-09-03 21:10
teruskan berusaha dan berdoa....
dangan hanya mengharap dan terus menanti tanpa sebarang tindakan atau usaha....
siapa yang berusaha dia pasti akan dapat...
insyaAllah...
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 02-10-03 03:30
|
wazrie
Warga Rasmi Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3140
Posting: 6
Dari: Selangor
|
Posting pada: 04-10-03 13:06
Kalau jodoh memang pasti dan pasti takkan ke mana..........tapi....di manakah jodoh itu?......bila kan kutemu....?Yang hanya pasti Allah sahaja yang mengetahui......
|
irda82
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah
|
Posting pada: 05-10-03 13:15
org kata cinta nih ibarat rama-rama yg cantik..makin dikejar tak dapat..tapi jika dibiarkan dia lama2 dia akan datang hinggap kat bahu kita...
tugas kita hari ni...mencari cinta ke? -----------------
|
aemanpsycho
WARGA SETIA Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC
|
Posting pada: 05-10-03 14:08
setiap kite mmg dah ditetapkan pasangan hidupnye...
mungkin x jumper lg kot atau yg menolak tu bkn ditakdirkan sbg pasangan hidup kite...
pasti akan jumpe yg lebih baik suatu hari nnti..
sabarlahh...dan teruskan usaha.....
insyaAllah berjaya...
|
espiranza
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 935
Posting: 192
Dari: negara akhirat kekal abadi
|
Posting pada: 05-10-03 17:43
|
amiela_8687
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.10.2003 Ahli No: 4524
Posting: 40
Dari: mountain seri garden
|
Posting pada: 05-11-03 09:34
akum......
mmg jodoh pertemuan ALLAH yg tentukan!!!!tape amiela raser kita yg perlu mencari cinta....bila dah sesuai itulah jodoh kita!amilea raser saper yg masih blajar....jgnlah terikut ngan kawan kita yg sdg bercinta.....takut cinta kita x sama ngan cinta mereka!kita juga yg merana!
percayalah cinta itu hadir tanpa diundang dan pergi tanpa dipinta!
|
syura
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 200
Posting: 109
Dari: :~:jalan sabak:~:
|
Posting pada: 15-11-03 15:57
semoga kita semua mendapat psangan yg betul yakni yg diredhai-NYA untuk selama2nya.
betul kata kalian.. berusahalah..dgn ape? tepuk dada tanya iman..
tiap kejadian adalah dengan izin-NYA.
----------------- "Maka Allah lah Pelindung yang terbaik dan Dia jugalah yang paling Penyayang di ntara yang Penyayang" (Yusuf : 64)
|
nur_malam99
WARGA SETIA Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 25-12-03 14:22
sudah menjadi fitrah manusia indin mengasihi dan dikasihi, ingin bercinta dan dicintai.
walaupun kadang kala kita menidakkan perasaan kita demi kebaikan bersama.
kadang kala kita menyintai orang yang langsung tidak menyintai kita...dan.. kita kecewa.....
kadang kala kita tidak dapat menerima cinta dari orang yang mencintai kita... dan... orang itu kecewa....
sebenarnya cinta itu akan hadir tanpa kita sedari. terpulanglah kepada individu masing masing, dalam mendidik hati kita untuk cinta yang hadir itu. agar tidak melanggar batas batas yang telah ditetapkan oleh ALLAH...
walau apa pun, sekiranya cinta belum jua hadir, tidak mengapalah.....kerana...bukankah kita sedang dicintai dan mencintai sesuatu yang lebih bernilai dari cinta manusia..... cinta itu ialah cinta ALLAH.
sekadar pandangan...
wallahu'alam bissawab...
wassalam...
|
insan_kerdil
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1958
Posting: 64
Dari: Damansara
|
Posting pada: 16-01-04 16:32
Bagi ana, bercinta tak salah, cuma salurkanlah pada saluran yang betul.
Bagi ana, cinta itu khusus untuk Yang MAHA AGUNG dan MAHA BERHAK ke atas setiap ciptaan-Nya. Itulah yang di namakan cinta sejati. Perkataan cinta tu tak berhak untuk diucapkan kepada manusia, ia hanya untuk ALLAH semata-mata.
Pada manusia, kita perlu BERKASIH SAYANG. Sayangilah saudara-saudara kita lebih dari diri kita sendiri, w/pun hanyalah saudara seIslam. Perasaan sayang itu akan menjadi lebih indah sekiranya di halakan kepada-Nya. Berkasih sayanglah HANYA KERANA-NYA. Maka sahabat sekalian akan terasa nikmat yang lebih hebat berbanding CINTA yang sering dilafazkan kepada sesama insan.
Itu hanya pendapat ana, kalau ada kesilapan ana harap pembetulan.
----------------- Sebening embun, Seputih salju, Seikhlas hamba-Mu. Insan kerdil di bumi sementara.......
|
norhanan
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4218
Posting: 116
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-01-04 09:23
'Tiadalah yang menimpa suatu kecelakaan di dalam bumi ini, atau di dalam dirimu sendiri,melainkan semuanya itu telah tertulis di dalam kitab, sebelu, ia terjadi dulunya, semuanya itu bagi Allah mudah saja. Supaya janganlah kamu sekalian berdukacita mengingat barang yang telah hilang dan janganlah pula kamu bersukacita atas barang yang datang kepadamu, dan Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri.'
(Al-Hadid:22-23)
Semua makhluk dicptakan berpasang-pasangan. Yakinlah kepada ketentuan Allah. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan. Andai telah tertulis takdir tiada jodoh untuk kita di dunia ini, mungkin jodoh kita telah ditetapkan di alam yang kekal ti. Insya-Allah.
Wassalam.
[ Posting ini telah di edit oleh: norha pada 2004-01-30 09:24 ][ Posting ini telah di edit oleh: norhanan pada 2004-02-06 08:04 ]
|
MAZRINAINA
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.02.2004 Ahli No: 7372
Posting: 22
|
Posting pada: 20-02-04 15:37
ASSALAMUALAUKUM. kita hanyalah manusia biasa yang hanya merancang tapi hanya ALLAHlah yang akan menentukannya.ambillah kesempatan ini untuk mendekatkan diri dangan ALLAH sesungguhnya ALLAH menciptakan kita berpasang-pasang.oleh itu, sabarlah sehingga berjumpa dengan insan itu...
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 05-03-04 11:45
kecewa rasa terhina awalnya.mgkin ade perasaan marah tp buat apa suka pada yg tak sudi.Bagi saya lebih baik daripada bercinta kemudian kecewa,Sedih sesangat!
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 08-03-04 16:08
DEFINASI CINTA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
ahahah.. kelako sehh.. baca aaa..
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar mel aui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........
[ Posting ini telah di edit oleh: hafeezzul pada 2004-03-08 16:09 ]
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-03-04 16:28
best ke bercinta??
sbb klu bercinta ngan TUHAN ni.. best nye susah nak dapat.. certain org je rasa best bercinta ngan TUHAN.. maybe sbb ada byk dosa yg tak terkifarah lagi..
|
Nasliyana-Wafa
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7355
Posting: 126
Dari: alor setar
|
Posting pada: 08-03-04 16:57
ehem...ana rasela mcm ukhwah ni kene open forum mencari jodoh ni...dah ramai sangat plak ahli ukhwah yang kecewa dgn cinta...mane la tahu ahli ukhwah bertemu jodoh dgn ahli ukhwah plak.kenyangle ahli lelain mkn kenduri tiap2 tahun kang...ahaks...ups..sensitif nye ayat....ampun
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 21-12-04 20:39
~dan aku telah memilihmu untuk diriku~ ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 21-12-04 22:05
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung......
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 21-12-04 22:10
Hmm...menarik cerita hafeezzul tu.....
Dan menarik juga cadangan Nasliyana_Wafa tu. Hikhik....
|
nilamsari82
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11716
Posting: 224
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 13-03-05 15:46
memanglah sedih bila org yg kita suka menolak kita, dan memilih org lain..itu kita lihat dari sesuatu segi...cuba fikir dari segi lain pula..mungkin ia memberi kits peluang untuk mengenali dan menyayangi org lain yg mungkin lebih serasi dan sesuai dengan kita..kita acapkali membuat perancangan yang terbaik dan mantap untuk diri sendiri..sehingga kita lupa Allah telah lebih dulu mmebuat perancangan untuk kita..bohonglah kalau kita tidak sedih dengan apa yg terjadi..tapi kita harus tekad, redha dan tabah......
|
PuteriDesa
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih
|
Posting pada: 19-03-05 11:36
salam
lupakanlah cinta terhadap manusia nie seketika... dapatkan cinta allah, insyaallah cinta manusia yang tulus & ikhlas senang diperolehi...
|
aduka_irwana
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2005 Ahli No: 14231
Posting: 141
Dari: dari mana nak ke mana??
|
Posting pada: 19-03-05 14:03
|
aduka_irwana
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2005 Ahli No: 14231
Posting: 141
Dari: dari mana nak ke mana??
|
Posting pada: 19-03-05 14:27
A BEAUTIFUL PRAYER
-----------------
|