Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 107
Ahli: 0
Jumlah: 107




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 44 hari yang lalu
al-biruni03: 73 hari yang lalu


Jejak Sekolah
Topik: Murid balang oksigen belajar berpuasa


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Murid balang oksigen belajar berpuasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Murid balang oksigen belajar berpuasa

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 08:09


/
MOHAMAD Zulhilmi Yahya tabah mengerjakan ibadat puasa sambil menyiapkan kerja sekolah di rumahnya di Taman Makmur, Kulim, Kedah, semalam. – Gambar Shamsudin SalLeh.

ALOR STAR 27 Sept. - Meskipun penghidap penyakit paru-paru kronik, Mohamad Zulhilmi Yahaya baru berusia tujuh tahun, namun ia tidak menghalangnya berpuasa seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Zulhilmi yang menghidap jangkitan paru-paru Bronchiolitis Obliterans sejak berusia empat tahun, tetap menggagahkan dirinya untuk melaksanakan rukun Islam ketiga itu walaupun dengan penuh kesukaran termasuk terpaksa memakai satu tiub pernafasan pada hidungnya.

Apa yang menggembirakan, kanak-kanak yang pernah mendapat liputan akhbar ekoran keadaannya itu, berjaya berpuasa penuh semalam walaupun gagal melaksanakannya pada hari pertama, Ahad lalu.

ā€œPada hari pertama, dia hanya mampu ā€˜berpuasa’ separuh hari kerana tidak larat untuk menghabiskannya.

ā€œNamun semalam dia dapat berpuasa penuh. Inilah kali pertama dia berpuasa sejak menghidap penyakit tersebut kira-kira tiga tahun lalu,ā€ kata ibunya, Norizan Yeop, 39, ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah kesusahan dan penderitaan Mohamad Zulhilmi dari Taman Makmur, Lunas yang terpaksa menggalas balang oksigen seberat lima kilogram ke sekolah mendapat perhatian umum setelah Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenainya pada awal tahun ini.

Balang oksigen itu terpaksa dibawa setiap hari bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami jangkitan paru-paru Bronchiolotis Obliterans itu bernafas dengan selesa.

Berikutan laporan itu, pelbagai pihak yang prihatin tampil menghulurkan bantuan kepadanya termasuk pengurangan kos pembelian bekalan gas itu oleh Malaysia Oxygen Bhd. (MOX).

Menurut Norizan, anak tunggalnya itu beria-ia untuk berpuasa dan dia memberi sepenuh sokongan kerana menyifatkan Ramadan sebagai bulan penuh berkat dan rahmat yang perlu direbut oleh setiap individu.

ā€œMana tahu nanti penyakitnya akan sembuh sepenuhnya berkat bulan Ramadan ini,ā€ ujarnya.

Jelasnya lagi, semasa bersahur dia akan memastikan Zulhilmi yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang, Lunas, dekat sini mengambil kesemua ubatnya sebagai ā€˜bekalan’ untuknya berpuasa.

Selepas berbuka pula, katanya, dia akan memastikan Zulhilmi terlebih dahulu menggunakan penyedut (inhaler) sebelum menjamah makanan.

Norizan menjelaskan, dia tidak pernah memaksa Zulhilmi berpuasa kerana memahami kesihatan dan usia anaknya yang masih muda.

ā€˜ā€˜Setakat mana kemampuan Zulhilmi berpuasa adalah bergantung kepada kesihatannya dan saya akan meminta dia berbuka sekiranya tidak larat. Yang penting dia belajar berpuasa setakat yang termampu,ā€ katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 08:49


masyaALLAH,
alhamdulillah...

marha adik Zulhilmi,
moga semangat mu menyedarkan mereka yang masih terlena...

ALLAHualam :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 28-09-06 18:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 28-09-06 09:53


moga semangat adik akan membawa kepada keinsafan kepada semua sahabat-sahabat yang tak berpuasa...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 22:15


syabas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 30-09-06 12:38


alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-09-06 13:10


kiut..ngehngehngeh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-06 15:12


MasyaAllah....
Ramadhan penuh keberkatan...
mengajar erti kesabaran...
membina kekuatan...
mendapat keampunan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096149 saat. Lajunya....