Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 64 hari yang lalu
al-biruni03: 93 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 15 Rahsia Senyum & Tawa..........


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 15 Rahsia Senyum & Tawa..........

Please Mendaftar To Post


Oleh 15 Rahsia Senyum & Tawa..........

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 08:27


(PENAWAR PENYAKIT)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu
saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah
"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pula cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006


-----------------
iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 08:33


subhanallah..hebat betul Allah,yang mengawal dan yang berhak keatas makhluk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 08:42


Allahu Akbar

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

aleeya_athirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.08.2006
Ahli No: 25748
Posting: 128
Dari: Ipoh

malaysia  


posticon Posting pada: 26-09-06 08:51


bagus informasi di atas..terima kasih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleeya_athirahProfil   Hantar PM kepada aleeya_athirah   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 26-09-06 08:53


pas ni saya nak senyum saja ar.....
tak nak ar masam2....bior berseri2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-09-06 09:26


Kita memang selalu senyum..walaupun ada masalah tetap senyum..
tapi rang boleh juga nampak muka kita yang bermasalah dan tengah dilanda kesedihan..macam mana nak bagi tak nampak muka kita macam orang tegah berfikir ye walaupun senyum??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

mysarra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20903
Posting: 91

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 10:11


Dengan senyuman dapat.menghiburkan hati............

Bookmark and Share

    


  Member Information For mysarraProfil   Hantar PM kepada mysarra   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 10:12


Pada 26-09-06 09:26 , Iman_Hayati posting:

!!! QUOTE !!!

Kita memang selalu senyum..walaupun ada masalah tetap senyum..
tapi rang boleh juga nampak muka kita yang bermasalah dan tengah dilanda kesedihan..macam mana nak bagi tak nampak muka kita macam orang tegah berfikir ye walaupun senyum??


macam mana lah org tak perasan dik kalau asyik bekerut saja muka tu... hehehe.. adakalanya riak wajah memang melambangkan kita da masalah.. tu semua kuasa Allah kan... bila kita seyum, sedih, ketawa,marah... muka kita mesti berubah kan... pokok pangkalnya tanyalah hati adik k......


-----------------
iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 10:26


teringat meseg2 yang diterima dari sahabat-sahabat ana:-)

‘senyumlah dikala gembira kerana itulah terbaik utusan menggambarkan keriangan di hati..senyumlah dikala berduka kerana ia menggambarkan kerelaan hati menempuh ujian Illahi'

Ukirlah senyuman yang paling manis, kerana selain sedekah..senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati..dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit'


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
[ Telah diedit oleh: houri pada 26-09-06 10:29 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

amira_najihah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2006
Ahli No: 22568
Posting: 107
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 10:35


jadi senyum2 lah selalu...banyak kebaikan 2,dengan hati yang ikhlas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_najihahProfil   Hantar PM kepada amira_najihah   Quote dan BalasQuote

nuhasolehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25365
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 26-09-06 11:10


insyaAllah..pasnih nuha pun kena senyum selalu lah.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhasolehahProfil   Hantar PM kepada nuhasolehah   Quote dan BalasQuote

dhuha
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 6741
Posting: 28
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 11:24


:) Senyum..bak kata Raihan dalam lagunya senyum tanda mesra, senyum tanda sayang, senyumlah sedekah yang paling mudah, senyum di waktu susah tanda ketabahan, senyum itu tanda keimanan...senyumlahhhhh..senyumlahhhhh..senyumlahhh...
senyummmlahhh...senyumalahhhhh..senyumlahhhh :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhuhaProfil   Hantar PM kepada dhuha   Pergi ke dhuha's Website   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 11:44


Pada 26-09-06 08:27 , mawardah23 posting:

!!! QUOTE !!!

(PENAWAR PENYAKIT)

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


nak wujudkan sekelumit rasa ikhlas ketika senyum memang amat payah apabila situasi kita pada ketika itu agak tidak mengizinkan. Dalam keadaan tertekan, kita akan memaksa diri kita untuk tersenyum, memang sukar nak terbitkan rasa ikhlas pada waktu itu lebih-lebih lagi apabila kita ditimpa kesakitan yang memang teramat sakit sehinggakan tak terdetik di hati untuk senyum kerana lebih memikirkan rasa sakit yang ditanggung. Ini kerana ramai diantara kita yang meninggal dunia dalam keadaan yang tidak menguntumkan senyuman yang menampakkan kebahagiaan menghadap Tuhan. Pada hamba Allah yang tersenyum saat itu, tak tahulah apa sebenarnya yang arwah alami...wallahua'lam.


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 14:59


salam~
senyum lah dari hati....
wasalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 15:43


:-P Waaa....baguslah kalau macam itu....makna nya,tiap-tiap hari kita bersenam...tapi kita saja yang tak tahu.....

:-) lagi pun,senyuman itu sedekah yang paling murah.....FREE apa......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 23:05


kalau tengah jalan @ duduk seorang-seorang pun saya rasa nak senyum saja, tapi nanti org kata kita tak betul pula...
sebab kalau muka terlalu serius..akan rasa lenguh saja otot muka ni..hehe..betul tak?..tak tahulah, lain org lain caranya...
rasa muka macam sedang mengalami process computerisation kalau tak senyum..:)..:)..

senyum dapat me'releks'kan muka & minda..
jom2 kempen senyum..:)..:)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-06 23:15


Pada 26-09-06 10:26 , houri posting:

!!! QUOTE !!!



Ukirlah senyuman yang paling manis, kerana selain sedekah..senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati..dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit'



betul itu...hm..pada saya lah..bila tengah sedih & kalut itu...
senyum lah terapi yang paling baik nak kurangkan stress & rasa sakit kat hati... sejuk sikit hati yang tengah panas...


-----------------
'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'


Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 08:22


Alhamdulillah........ senyum sebaik2 sedekah yang paling ikhlas dan mudah di lakukan........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

qaisy_ida
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22014
Posting: 39
Dari: qElaTE

malaysia  


posticon Posting pada: 27-09-06 11:16


senyum itu sedekah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaisy_idaProfil   Hantar PM kepada qaisy_ida   Quote dan BalasQuote

maya_sakura
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-09-06 11:46


senyum seindah suria..(",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For maya_sakuraProfil   Hantar PM kepada maya_sakura   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-06 13:56


Pada 27-09-06 11:46 , maya_sakura posting:

!!! QUOTE !!!

senyum seindah suria..(",)


bayangkanlah kalau seseorang tu memang sukar nak senyum apatah lagi dengan ikhlas... bermakna mesti dia ada penyakit hati agaknya... senyum tukan datang dr hati... jglah hati anda agar senyum tu lahir dengan ikhlas ok...


-----------------
iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan di buktikan dengan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

InginTahu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2006
Ahli No: 25067
Posting: 116
Dari: malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-09-06 10:06


sentiasa memberikan senyuman kepada siapa sahaja... Islam atau bukan islam... tua atau muda... lelaki atau wanita(kena kaber2 sikit) ... semuanya kerana Allah swt... dan Allah Maha Mengetahui...

sebab ana dulu seorang yang 'berwajah serius'.. lah ni.. bila senyum, org yang menerima senyuman pula tersipu2 lebih2 lagi perempuan.. adehhhaii...

Bookmark and Share

    


  Member Information For InginTahuProfil   Hantar PM kepada InginTahu   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 28-09-06 10:19


senyum tu adalah sedekah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

FIRDAUSNUR
WARGA SETIA
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman

Kedah  


posticon Posting pada: 28-09-06 10:40


satu senyuman memberi satu ketenangan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIRDAUSNURProfil   Hantar PM kepada FIRDAUSNUR   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-09-06 15:33


senyuman itu lukisan rahsia hati... :-) :-di :-) :-di :-) :-di :-) :-di :-) :-di :-P :-P :-P


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

mawardah23
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26067
Posting: 312
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-06 10:43


ITULAH SENYUM yang MENDAPAT KELEBIHAN DARI ALLAH SWT...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah23Profil   Hantar PM kepada mawardah23   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 08:29


!!! QUOTE !!!


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Whhooaa... Tak sangka senyuman pun akan menghasilkan endorphine eekk...
Terima kasih atas info tersebut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 09:15


Senyum sokmo lah.. :-) :-)

Suka tersenyum.. Suka tersengih.. Suka ketawa..
Memang hobi aku..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

zafifa
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2008
Ahli No: 32939
Posting: 19
Dari: malaysia

bahamas  


posticon Posting pada: 27-02-09 09:51


senyumlah..senyumlah..ahai cek mek molek..
saya ni suka ketawa tapi hari ini pasaan berdebar2 saja..
senyum pun macam tak ikhlas..


-----------------
zafifa raudhah


Bookmark and Share

    


  Member Information For zafifaProfil   Hantar PM kepada zafifa   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-02-09 10:02


Pada 26-09-06 08:27 , .

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.




ketawa2 jugak jangan sampai kena attack asthma related to emotion (happy sangat)
huhuhu



-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 21:58


baca artikel ni pun dah tersenyum seorang-seorang depan laptop
hehehe
thanks sebab buka topik

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

mutmainah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37471
Posting: 96
Dari: sbh-kedah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 12:01


:-)    :sopan: :kelip: HMM...BILA BANGUN PAGI TERUS SENYUM...ITU SATU CARA UTUK MEMULAKAN HARI dengan BAIK..SENYUM kerana MAC dapat BERNAFAS D BUMI ALLAH INI.... :-) :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mutmainahProfil   Hantar PM kepada mutmainah   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 12:05


:lol: sesuai ke??

:oops: macam tak ikhlas saja?

:sopan: sopan sangat takut tegoda pulak...

:-D wah memang mesra..

**so senyum lah selalu


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2005
Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 13:20


senyumlah seikhlas hati...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 14:40


senyum itu sedekah :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 15:10


senyum ni memang dahsyat...sebab senyum-senyum orang akan kata anda gila..(kalau senyum seorang-seorang..)

ketika anda sakit berat...cobalah untuk menatap langit yang luas..pejamkan mata sekejap..dan tersenyumlah..anda akan merasa nikmatnya sakit...
anda akan merasakan lega..

coba fahami hidup dan takdir..insyaallah anda akan mampu tersenyum dalam setiap keadaan..

teringat dulu ketika saya menghadapi masalah terbesar dalam hidup saya...beberapa bulan masalah tu menghimpit jiwa..
tapi kawan-kawan rasa pelik kat saya..sebab saya selalu senyum..ketawa..sampai2 ada yang kata saya ni dah streess...he..he..sampai ada sahabat saya yang tak bagi saya pegang hp saya sendiri..handphon saya kawan yang simpan..kalau ada mesej or call, merekalah yang menjwbnya..

saya pun tersenyum dengan keindahan persahabatn yang saya terima dari mereka berdua...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 11-11-09 08:37


Senyum dengan keindahan dan anugerah yang Allah berikan kepada umatnya dengan penuh rasa kesyukuran :)


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

putri_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.11.2008
Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-09 17:32


senyum-senyumlah ketika berurusan dengan manusia kerana senyuman itu mampu mengundang kesenangan pada yang melihat.
senyumlah dari hati kerana senyum itu satu sedekah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_imanProfil   Hantar PM kepada putri_iman   Quote dan BalasQuote

Saudagar_Senja
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.04.2007
Ahli No: 29585
Posting: 58
Dari: Malaysia

Pahang  


posticon Posting pada: 12-11-09 12:46


suka senyum macam baby dalam teletubbies tu...kiutnye ... :-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For Saudagar_SenjaProfil   Hantar PM kepada Saudagar_Senja   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-11-09 14:37


Pada 27-02-09 09:51 , zafifa posting:

!!! QUOTE !!!

senyumlah..senyumlah..ahai cek mek molek..
saya ni suka ketawa tapi hari ini pasaan berdebar2 saja..
senyum pun macam tak ikhlas..



teringat pakcik dalam iklan senyum nyanyian m.daud kilau...
hehehe... :-D :-D

senyum itu terbit dr hati yang ikhlas.. :kelip:
tapi ada juga yang buat-buat senyum.. :jangan:


-----------------
ISLAM is my life, my life is for ISLAM.... takbir!!! ALLAHUAKBAR


Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137644 saat. Lajunya....