Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 107
Ahli: 0
Jumlah: 107




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 38 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Petua Warisan
Topik: senyumlah aahaii cek mek molek...


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» senyumlah aahaii cek mek molek...

Please Mendaftar To Post


Oleh senyumlah aahaii cek mek molek...

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 17:07


15 RAHSIA SENYUM & TAWA
                             (PENAWAR PENYAKIT)
Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu
sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun
mungkin
orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu
saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis
sehingga
memudaratkan kesihatan.
Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang
sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan
mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk
ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang
ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri
dan
tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang
sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah
senyum'
yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum.
Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah
"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda
mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.
Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah
pula
hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali
wajahnya
kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika
demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali
boleh
tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan
bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda
berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat
sesuatu
bagi meneruskan hidup.
Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada
masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu
tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap
rawatan
yang diberikan.
15 fakta menarik :
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak
kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut
'tersenyum'
dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan
aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus
(bahagian
yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan
dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan
fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan
diri
sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24
jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal
ini
terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu
lebih
rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang
dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400
kali
sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang
penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu
stress
yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan
kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan
sebagai
eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu
manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari
keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan
hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline'.
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan
akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein
melawan
penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel
B
(yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah
tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus
orang
yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang
sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan.
Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,
merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk
belajar.
Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak
lebih
peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga
yang
percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa
minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi
penawar
pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu
menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kawan-kawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak
kisah
lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu
jangan
keterlaluan pula cukup sekedar nya sahaja ok.
* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006
:-di :-di :-di :-di :-di :-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 22-09-06 17:16


senyum lah...
senyum itu sedekah
jangan pulak ketawa terdekah-dekah...
:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

DinnaFatiha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.12.2003
Ahli No: 5711
Posting: 106
Dari: kedah/selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 17:21


tajuk nilaa ayg dibentgkan masa public speaking hari itu...tapi kena comment dengan panel juri sebab muka dari sendiri yang serius pdhal cerita bab senyum dan ketawa...hehehehh tengah ketaqqq..

Bookmark and Share

    


  Member Information For DinnaFatihaProfil   Hantar PM kepada DinnaFatiha   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 05-10-06 12:23


senyuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuummmmmmmmmmmmmmm
:-di :-di :-di :lol: :lol:
[ Telah diedit oleh: kembara_girl pada 05-10-06 12:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

setanggisyurga22
Warga 5 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22216
Posting: 360
Dari: ~Kajang~

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 12:59


tapi senyum seikhlas hati
jatuh.......ke hati

senyum sedekah yang paling murah...:-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggisyurga22Profil   Hantar PM kepada setanggisyurga22   Pergi ke setanggisyurga22's Website   Quote dan BalasQuote

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 22:31


senyum itu sedekah yang percuma...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-06 22:42


:) :) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-10-06 08:56


Senyuman yang manis akan lahir dari hati ikhlas...serinya pula akan tergambar di wajah. InsyaALLAH :-) :-) :-)


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 10:51


betul tu nurhaida..ana setuju...:)

bila senyum...hati kan tenang...
orang yang pandang kita pun tenang...

senyuman yang ikhlas akan mengeratkan silaturrahim sesama kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

maya_sakura
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-10-06 11:00


mulakan senyum dan salam..
insyaallah sebuah ukhwah itu akan diberkati..^_^

Bookmark and Share

    


  Member Information For maya_sakuraProfil   Hantar PM kepada maya_sakura   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 18-10-06 14:44


:-P:-P:-P:-P

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 15:49


:-) Senyum Sokmo.....anda guano....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 16:20


senyum bukan untuk org lain sahaja...
selalulah senyum untuk diri anda sendiri....
senaman yang baik yang menenangkan hati org lain....
senyum..................=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 19:02


senyum adalah sedekah.....banyak kelebihan kalau sentiasa senyum.....awet muda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097043 saat. Lajunya....