Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai dan menjaga mata; dalam solat menjaga hati; dan dalam pergaulan menjaga lidah."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: PhoebeGordon
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43142

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
lizawati2302: 6 hari yang lalu
Kang: 6 hari yang lalu
sahabat_sejati: 12 hari yang lalu
sadiqah: 16 hari yang lalu
eme86: 20 hari yang lalu
al_hafizahgirl: 24 hari yang lalu
nice_pesan: 27 hari yang lalu
umy_1510: 32 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: KeNaLi WaNiTa.....


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» KeNaLi WaNiTa.....

Please Mendaftar To Post


Oleh KeNaLi WaNiTa.....

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 10:56


HADIS-HADIS NABI : MENGENALI WANITA
Oleh Faza-Miza (Petikan dari Majalah Perkahwinan)


Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak
lebih rendah.


-----------------
Alangkah susahnya menjaga hati
kerana...
hati itu menjadi rebutan
antara...
syaitan dan amalan


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 19-09-06 11:10


thank'z 4 info...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 19-09-06 14:32


bahagianya menjadi wanita kan...banyak kelebihan yang Dia bagi.....tapi kita kena ingat penghuni neraka kebanyakkan kaum kita juga.....nauzubillah. semoga kita dijauhkan menjadi sebahagian dari golongan tersebut.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-09-06 15:22


Wanita...

Boleh membuatkan lelaki berjaya dan juga gagal dalam kehidupan duniawi....

Boleh membahagia dan membuatkan lelaki derita....

Boleh menyenang dan menyusahkan hidup lelaki.....

Boleh membawa lelaki ke syurga atau ke neraka.....

Wanita itu suatu ciptaan yang paling istimewa....hanya lelaki yang tahu menghargai wanita sahaja tahu dimana dan apa keistimewaan wanita itu.

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 15:56


ALLAHualam bisawab,
Syukran jazilan ya ukhti... :-)

************************************

Wahai yang Karunia NYA senantiasa pada semesta alam
Wahai yang Maha Pemurah dengan pemberian-pemberian
Wahai Pemberi segala bantuan dan pertolongan
Cucurkanlah Selawat serta Rahmat MU kepada Nabi Muhammad
dan keluarganya (kerna mereka adalah) ciptaan MU yang memiliki budi terluhur...


Ya ALLAH, daku bermohon kepada MU dengan rahmat MU yang meliputi segala sesuatu
Dan dengan kekuatan MU yang dengannya Engkau taklukkan segala sesuatu
Dan yang dengannya merunduk segala sesuatu
Dan yang dengannya merendah segala sesuatu
Dan dengan keagungan MU yang mengalahkan segala sesuatu
Dan dengan kemuliaan MU yang tak tertahankan oleh segala sesuatu


Dan dengan kebesaran MU yang memenuhi segala sesuatu
Dan dengan kekuasaan MU yang mengatasi segala sesuatu
Dan dengan wajah MU yang kekal setelah fana segala sesuatu
Dan dengan asma MU yang memenuhi tonggak segala sesuatu
Dan dengan ilmu MU yang mencakup segala sesuatu
Dan dengan cahaya wajah MU yang menyinari segala sesuatu


Wahai Nur, Wahai Yang Maha Suci
Wahai Yang awal dari segala yang awal dan wahai yang akhir dari segala yang akhir
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang meruntuhkan penjagaan
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang mendatangkan bencana
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang merusak nikmat
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang merintangi doa
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku yang menurunkan bencana
Ya ALLAH ampunilah segala dosa yang telah kulakukan dan segala kejahatan yang telah kukerjakan...

Amin ya Rahman ya Rahim ya ALLAH... *~


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 19-09-06 16:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.08.2006
Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam

Pahang  


posticon Posting pada: 19-09-06 16:06


Dan..wanita lebih senang nak masuk syurga dari lelaki...kerana tuntutannya tak seberat laki2...antaranya :

1) Jaga Kehormatan diri
2) Puasa bulan Ramadhan
3) Solat 5 Waktu
4) Taat pada Suami..

Tapi yang no. 4 tu yang paling payah mereka nak dibuat..& itulah antara mengapa ramai wanita dineraka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For raisul_muhaddissinProfil   Hantar PM kepada raisul_muhaddissin   Pergi ke raisul_muhaddissin's Website   Quote dan BalasQuote

fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25632
Posting: 113

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-09-06 16:27


Pada 19-09-06 16:06 , raisul_muhaddissin posting:

!!! QUOTE !!!

Dan..wanita lebih senang nak masuk syurga dari lelaki...kerana tuntutannya tak seberat laki2...antaranya :

1) Jaga Kehormatan diri
2) Puasa bulan Ramadhan
3) Solat 5 Waktu
4) Taat pada Suami..

Tapi yang no. 4 tu yang paling payah mereka nak dibuat..& itulah antara mengapa ramai wanita dineraka..


nauzubillah.. semoga selalu dibawah payung rahmatNYA.AMEEN


-----------------
'tuhan ganjarkan upaya untukku menyusuri jalan Mu agar tak tersasar haluan kiblatku oh, tuhan"


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatimah-azzahraProfil   Hantar PM kepada fatimah-azzahra   Quote dan BalasQuote

nurulieman
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.08.2004
Ahli No: 10479
Posting: 27
Dari: uitm

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 17:03


Salam...
thanks for the info...
banyak iktibar yang boleh sama-sama
kat renungi & jadikan panduan...
[ Telah diedit oleh: nurulieman pada 19-09-06 17:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruliemanProfil   Hantar PM kepada nurulieman   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-04-10 20:14


Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah,
Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya kami memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami .
Engkaulah penolong kami,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir(al-baqarah:286)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-04-10 18:15


Pada 19-09-06 15:22 , comel posting:

!!! QUOTE !!!

Wanita...

Boleh membuatkan lelaki berjaya dan juga gagal dalam kehidupan duniawi....

Boleh membahagia dan membuatkan lelaki derita....

Boleh menyenang dan menyusahkan hidup lelaki.....

Boleh membawa lelaki ke syurga atau ke neraka.....

Wanita itu suatu ciptaan yang paling istimewa....hanya lelaki yang tahu menghargai wanita sahaja tahu dimana dan apa keistimewaan wanita itu.

Wassalam.


yup ada betulnya.....ana setuju


-----------------
achuyah..someone is still innocent untill has a proven guilty...


Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

sayaku
Warga Rasmi
Menyertai: 05.04.2010
Ahli No: 39618
Posting: 8

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-04-10 18:18


semoga semua tergolong dalam golongan muslimah yang solehah..

amin~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayakuProfil   Hantar PM kepada sayaku   Quote dan BalasQuote

Nur_Espace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2010
Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata

france   avatar


posticon Posting pada: 05-04-10 20:37


ada nasihat atau tips tak untuk isteri yang suka merajuk dengan suami.....
bagaimana nak kurangkan atau elak merajuk

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_EspaceProfil   Hantar PM kepada Nur_Espace   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 13-04-10 15:43


Pada 05-04-10 20:37 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!

ada nasihat atau tips tak untuk isteri yang suka merajuk dengan suami.....
bagaimana nak kurangkan atau elak merajuk


Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda.
Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 13-04-10 16:46


Pada 19-09-06 16:06 , raisul_muhaddissin posting:

!!! QUOTE !!!

Dan..wanita lebih senang nak masuk syurga dari lelaki...kerana tuntutannya tak seberat laki-laki...antaranya :

1) Jaga Kehormatan diri
2) Puasa bulan Ramadhan
3) Solat 5 Waktu
4) Taat pada Suami..

Tapi yang no. 4 tu yang paling payah mereka nak dibuat..& itulah antara mengapa ramai wanita dineraka..


Kalau sebaliknya bagaimana pula? :berfikir:


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 13-04-10 16:47


Pada 03-04-10 20:14 , ibtisam_nisa posting:

!!! QUOTE !!!

Wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah,
Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya kami memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami,dan berilah rahmat kepada kami .
Engkaulah penolong kami,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir(al-baqarah:286)


AMIN :)

Syukran atas info tersebut


-----------------








Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

Nur_Espace
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2010
Ahli No: 39588
Posting: 27
Dari: Tanah Rata

france   avatar


posticon Posting pada: 13-04-10 17:19


Pada 13-04-10 15:43 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!



Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda.
Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu.


saya tak mahu pandangan dari wuzaraa
saya mahukan jawapan dari isteri-isteri
ataupun memang sukar mencari isteri yang tak merajuk? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_EspaceProfil   Hantar PM kepada Nur_Espace   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-04-10 10:45


Pada 13-04-10 15:43 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-04-10 20:37 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!

ada nasihat atau tips tak untuk isteri yang suka merajuk dengan suami.....
bagaimana nak kurangkan atau elak merajuk


Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda.
Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu.



huaahhaha :lucu: ikut logik macam boleh saja..cuba try..
hehehe


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 13:36


Pada 13-04-10 17:19 , Nur_Espace posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-04-10 15:43 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!



Suruh suami anda pula merajuk, lagi kuat dari anda.
Pasti anda tak sampai hati nak merajuk selalu.


saya tak mahu pandangan dari wuzaraa
saya mahukan jawapan dari isteri-isteri
ataupun memang sukar mencari isteri yang tak merajuk? :berfikir:


hahahahaha .... :lucu:

nurespace kuat merajuk ke ??...

awal-awal kawin memang wanita kuat merajuk....maklumlah masih di episode kush kush hotahe lagi masa ni .... lagipun masa menyesuaikan diri, orang asing tiba-tiba menjadi begitu akrab dengan kita ini, agak 'berat' kerana banyak yang tak nampak sebelum ni nampak belaka....hahahaha .... yang lebih yang kekurangan semuanya kita nak kena terima dengan redha.

isteri merajuk itu biasa .... antara sifat 'manja' yang kita ada. tapi janganlah berlebihan pula kerana itu mengada-ngada namanya....jangan selalu merajuk kerana itu menjemukan.... bayangkan ketika merajuk suasana rumah pasti akan suram...

tapi akak rasa.....sifat merajuk isteri akan berkurang bersama lamanya masa perkahwinan.....pengalaman akan menjadikan kita matang dan menipisnya sifat keanak-anakan.

bagi isteri yang kuat merajuk...akak nasihatkan, suami silalah pujuk kerana mereka sekadar inginkan perhatian dan ingin test adakah suami masih 'sangat sayang'. Tapi kalau kerap benar merajuk....elok biarkan dia sejuk sendirian.....penting sebagai pengajaran, jangan sikit-sikit asyik nak merajuk saja ... tentu menyusahkan.

dan bagi wanita..... kuat merajuk tanda kurang matang...kalau pun berkecil hati, luahkan jika berkemampuan. Sabarlah jika rasa itu lebih mendatangkan kebaikan.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-10 14:42


!!! QUOTE !!!

Pada 16-04-10 13:36 , myhoney posting:

hahahahaha .... :lucu:

nurespace kuat merajuk ke ??...

awal-awal kawin memang wanita kuat merajuk....maklumlah masih di episode kush kush hotahe lagi masa ni .... lagipun masa menyesuaikan diri, orang asing tiba-tiba menjadi begitu akrab dengan kita ini, agak 'berat' kerana banyak yang tak nampak sebelum ni nampak belaka....hahahaha .... yang lebih yang kekurangan semuanya kita nak kena terima dengan redha.

isteri merajuk itu biasa .... antara sifat 'manja' yang kita ada. tapi janganlah berlebihan pula kerana itu mengada-ngada namanya....jangan selalu merajuk kerana itu menjemukan.... bayangkan ketika merajuk suasana rumah pasti akan suram...

tapi akak rasa.....sifat merajuk isteri akan berkurang bersama lamanya masa perkahwinan.....pengalaman akan menjadikan kita matang dan menipisnya sifat keanak-anakan.

bagi isteri yang kuat merajuk...akak nasihatkan, suami silalah pujuk kerana mereka sekadar inginkan perhatian dan ingin test adakah suami masih 'sangat sayang'. Tapi kalau kerap benar merajuk....elok biarkan dia sejuk sendirian.....penting sebagai pengajaran, jangan sikit-sikit asyik nak merajuk saja ... tentu menyusahkan.

dan bagi wanita..... kuat merajuk tanda kurang matang...kalau pun berkecil hati, luahkan jika berkemampuan. Sabarlah jika rasa itu lebih mendatangkan kebaikan.




Assalamualaikum

Benar. Si suami juga kena lah understanding dan banyakkan bersabar terutamanya pada tahun pertama perkahwinan. Salah satu perkara yang perlu untuk kebahagiaan bersama ialah saling memahami antara suatu sama lain.

Suami kena belajar dah tahu akan kerenah perempuan (seperti merajuk... emosi tak stabil.. dan sebagainya) dan belajar untuk tangani dan bersabar dengannya.

Begitu juga dengan si isteri, perlu juga belajar tentang kerenah lelaki (seperti ego... dan sebagainya) dan bersabar dengannya.

Paling penting.. banyakkan bersabar dan bersangka baik. Insya-Allah bahagia...


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.03.2010
Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-04-10 15:11


Pada 05-04-10 18:18 , sayaku posting:

!!! QUOTE !!!

semoga semua tergolong dalam golongan muslimah yang solehah..

amin~


amin ya allah,Kau perkenankanlah permintaan kami

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibtisam_nisaProfil   Hantar PM kepada ibtisam_nisa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 18-04-10 10:22


Pada 16-04-10 13:36 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Tapi kalau kerap benar merajuk....elok biarkan dia sejuk sendirian.....penting sebagai pengajaran, jangan sikit-sikit asyik nak merajuk saja ... tentu menyusahkan.

dan bagi wanita..... kuat merajuk tanda kurang matang...kalau pun berkecil hati, luahkan jika berkemampuan. Sabarlah jika rasa itu lebih mendatangkan kebaikan.



Haaaa... dengar tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111839 saat. Lajunya....