Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 123
Ahli: 0
Jumlah: 123




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Suara Hatiku
Topik: Adik atau abang?...?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Adik atau abang?...?

Please Mendaftar To Post


Oleh Adik atau abang?...?

azie85
Warga Rasmi
Menyertai: 25.08.2005
Ahli No: 18445
Posting: 16
Dari: uum sintok

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 12:28


assalammualaikum...saya harap kawan-kawan dapat bantu saya..saya sebenarnya ada masalah mengenai kehidupan saya..tak tau mana nak pilih..tapi mungkin abang akan dipilih. di tempat belajar ini saya ada rapat dengan adikni.umurnya 20 tahun,saya 21 tahun. dia kalau ada masalah sayalah yang dicarinya,mungkin anggap saya sebagai akak. kemudian dia kenalkan dengan abang dia.sejak abang dia kenali saya,abang dia banyak berubah daripada nakal menjadi baik...abang dia dulu agak nakal kerana terlibat dalam dunia rempit,rokok,kurang sembahyang,namun sejak kenal dengan saya perubahan telah berlaku..alhamdulillah...abang dia cakap tak pernah ada orang bimbing dia selama ini...saya pun telah membuat keputusan untuk cuba menerima abgnya walaupun hati saya mencintai adik..bagi saya biarla saya berkorban demi kebaikan orang lain..lagipun pengorbanan saya ini membawa kebaikan dalam hidup abang dia...cuma abang dia busy sangat-sangat yela orang dah kerja..jadi terpaksala saya cuba memahaminya walaupun kadang-kadang hati ini memberontak juga..dahlah abang dia jauh.saya rasa saya berkorban pun demi agama tak salahkan..adik dia pun saya bimbing juga perlaha-lahan..pada pendapat kawan-kawan semua, adakah betul saya membuat keputusan ini?apapun lebih baik mencari orang yang menyayangi kita lebih dari kita sayangkan dia,betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For azie85Profil   Hantar PM kepada azie85   Quote dan BalasQuote

Pemuda_Islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25413
Posting: 24
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 13:57


Apakah sebab untuk saudari menerima si Abang dalam hidup saudari?kerana dia berubah ketika bersama saudari?Saudari kata dia bukanlah seorang yang baik sangatkan?...Bersadarkan cerita saudari,saudari lebih suka kepada si adik..Jadi Kenapa saudari ingin korbankan diri untuk sesuatu yang saudari tidak tahu apa kesudahannya..Maksud saya..saudari kata 'pengorbanan saya ini membawa kebaikan dalam hidup abang dia'.Tahukah saudari bahawa kesilapan mencari teman hidup boleh menyebabkan seseorang itu menderita.Adakah saudari yakin dapat mengubah si abang selepas kahwin nanti?disamping itu cuba merubah si adiknya sekali?Saya dah banyak dengar cerita kegagalan rumahtangga..jadi..inilah pandangan saya..Renungkanlah Ayat ini:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(AN-NUUR)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pemuda_IslamProfil   Hantar PM kepada Pemuda_Islam   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 15:24


aiwah.. azie ni.. siswi uum..hehe..

ok.. kak menjawab bagi pendapat kak..
em.. ni kes berat juga..
sebab tak tahu berapa kilogram.. hati tu..
hehe..

susah juga nak buat keputusan ni..
kalau kak in your position pun..huh.. ^-^

apapun.. adik kena fikir sedalam-dalamnye..
think in deep situation..
kerna berbalik pada HATi..

susah nak jaga hati orang ni..
sedangkan hati kita pun kita susah nak ramal..
ni lah susahnye.. bila kita berbudi..
dan bila kita termakan budi orang..

kalau dah tahap kiriktikall.. better adik
bagitahu each person... tentang hati dan perasaan adik..
kalau ianya rasa awal.. dik just teruskan ukhwah as usual..
mungkin soon ALLAH bagi petunjuk bila dik buat solat istikhrah..

kak pun tak boleh nak ngomen lebih sangat..heehe..
kerna memang kes ni berat.. walaupun dik pergi
makhamah tinggi pun.. hakim memang tak boleh nak buat
keputusan..ehehhe..

wallahualam'...

** sometin happen ada hikmahnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 17:25


dunia remaja

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

azie85
Warga Rasmi
Menyertai: 25.08.2005
Ahli No: 18445
Posting: 16
Dari: uum sintok

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 13:01


saya rasa walaupun hati saya terluka tapi sekurang-kurangnya saya dapat membimbing dia..kita berkorban untuk benda baik.mana tau dia akan memberi kebaikan kepada kita..saya bukan takut hendak berterus-terang kepada adik namun risikonya jika saya memberitahu dan jawapannya negatif hubungan saya dengan adik dia akan renggang.saya tak sanggup kehilangannya biarla saya berkorban.lagipun ini untuk kebaikan semua pihak..cinta kan boleh dipupuk asalkan niat kita ikhlas..bagi saya jika dah ditakdirkan hidup saya macam tu saya redha dengan takdir TUHAN..bukan semua orang dapat lalui semua ini. dulu pun pernah terjadi dalam hidup saya di mana bekas pakwe saya turut mencintai orang lain pada masa yang sama.saya telah berkorban dalam percintaan itu kerana ia membawa kebaikan kepada dia..lagipun saya tak nak abang rasa kecewa kerana saya pernah terluka dan cukup sakit perasaan itu..saya tak sanggup nak lukakan hati dia..saya yakin cinta itu akan datang kemudiannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azie85Profil   Hantar PM kepada azie85   Quote dan BalasQuote

raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.08.2006
Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam

Pahang  


posticon Posting pada: 18-09-06 14:09


Assalamualaikum..

Memang benar terkadang ada wanita yang yang bernasib baik..dapat membimbing lelaki sedikit demi sedikit ke jalan Allah..itu rahmat yang diberi olehNya hanya kepada org yang bernasib baik...tapi perlukah kita letakkan diri kita dalam kelompok yang bernasib baik itu? ..sedangkan Allah S.W.T berkata : "Lelaki itu pelindung kepada Wanita "..tapi apa yang rakan-rakan ukhwah boleh buat kalau hati saudari sudah sayang padanya..sepatutnya saudari perlu mencari lelaki yang dapat membimbing saudari kerana fitrah kejadian hawa adalah lemah dari segi akal & pertimbangan..cinta pada manusia itu biasanya menjemukan..hati-hati lah..Al-Quran itu panduan kita..carilah lelaki yang boleh membimbing saudari bukan dibimbing..InsyAllah,semua untuk kebahagiaan & keharmonian rumahtangga saudari nanti..anggaplah bimbingan & tunjuk ajar saudari kepada mereka berdua selama ini betul-betul ikhlas kerana Allah dan bukan kerana mengharapkan cinta..dan tumpukan lah pada pelajaran dahulu tanda cinta saudari pada agama & ibu bapa.. Wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For raisul_muhaddissinProfil   Hantar PM kepada raisul_muhaddissin   Pergi ke raisul_muhaddissin's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 15:05


pilih adik!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-09-06 15:16


Setiap hari kita terpaksa membuat keputusan..biar kecil atau besar. Setiap keputusan akan mempengaruhi hidup kita kelak. Adakalanya kita berasakan keputusan kita adalah yang terbaik tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

Biar apa pun berfikirlah sebaiknya dan sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi akibat dari keputusan yang telah kita buat.

Ini adalah kerana, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik dan termampu kita hadapi.

Selamat berjaya.....

Wasssalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 15:25


ni sekadar pendapat ana lah..

1st thing yang kena buat...beristikharah dalam apa jua yang kita lakukan..tak kira lah bab nak pilih kawan ke..nak mulakan sesuatu pekerjaan ke..nak travel ke..nak pergi belajar ke...tu kena buat sebab kita tak tau apa yang terbaik untuk kita melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui...dan tujuan kita istikarah tu untuk memohon petunjukNya agar diberikan ilham sama ada melalui mimpi ke, naluri ke atau perbuatan kita seharian yang mana kita semestinya memohon kepada perkara yang mendatangkan rahmat dan keredhaanNya...dan minta dihindari dari perkara yang buruk dan mendatangkan kemurkaanNya..

so baik adik beristikharah..serahkan segalanya pada Allah..mohon yang terbaik dan akak doakan yang terbaik buat adik juga...insyaAllah Allah akan bagi petunjuk mana satu yang terbaik buat adik..

yang baik datangnya dari Allah 'Azzawajalla, yang buruk datang dari ana sebagai hambaNya.."


-----------------
~Don't ever leave the one you love for the one you like,because the one you like will leave you for the one they love~
[ Telah diedit oleh: zaitihamdan pada 18-09-06 15:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-09-06 16:18


pilihla yang beyul2 sesuai dengan kita.... yang dapat menerima diri kita seadanya, yang paling penting, yang dapat membimbing kita..

saya pernah ada pengalaman macam saudari.. memang kita berniat nak bimbing dia dan kita pilih dia agar dia berubah untuk menjadi yang terbaik.. namun, daripada pengalaman saya... bila dah lama, kita akan rasa kekosongan kerana sepatutnya, si dia yang patut membimbing kita, memberi pengisian yang sewajarnya... dia akan bergantung pada kita dalam banyak aspek...

so, fikirlah secara mendalam sebelum membuat keputusan yang muktamad.. .daripada pengalaman saya itu, kami hanya sahabat baik pun saya dah tak mampu untuk bertahan lama.. akhirnya, saya terus terang dengan dia dan ajar dia untuk berdikari. sedarkan dia bahawa dia tak perlu berubah kerana kita, tapi biarlah dia berubah kerana ALlah. kalau dia berubah kerana kita, tiada maknanya juga. kalau dia brubah kerana Allah, biarpun siapa pilhan kita sebagai teman hidup nanti, dia dapat menerima dengan hati yang terbuka.....

ingat, perkahwinan bukan perkara yang main-main... perlukan toleransi yang tinggi antara 2 pihak yang saling berhubung... kalau kita yang asyik memberi, bagaimana dengan kiri kita sendiri.....

belajarlah daripada pengalaman org lain.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

Lulue
Warga Rasmi
Menyertai: 27.05.2006
Ahli No: 24568
Posting: 13
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 18-09-06 16:28


saya setuju dengan zaitihamdan....
dalam apa jue perkara.... kita kena bergantung kepada Allah
pada pendapat saya, penyelesaian yang terbaik adalah dengan solat istikharah dan memohon petunjuk daripadaNya....

Allah pernah berfirman yang maksudnya lebih kurang begini

"kadangkala apa yang difikirkan baik untuk kamu sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kamu tetapi kadanagkala apa yang difikirkan buruk untuk kamu sebenarnya itulah yang terbaik bagi kamu"

jadi; banyakkan lah berdoa dan bertawakkal pada Nya

"ALLAH KNOWS BEST"

WAALAHUA'LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For LulueProfil   Hantar PM kepada Lulue   Pergi ke Lulue's Website   Quote dan BalasQuote

Nilam_sejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2005
Ahli No: 19480
Posting: 205
Dari: Tg Karang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 16:39


adat DILEMA dah tentu ada pro dan kontra.
yang abang dah tentu lebih 'kukuh', yang si adik pulak penuh dengan kasih sayang. pengalaman saya berkawan, biasanya lelaki muda memang lebih penyayang, dalam hati mereka, rasanya penuh dengan cinta dan angan2 dan kadangkala melampau2 sampai kita tak nampak logiknya. memang hati mudah terbuai dengan angan2 indah tu. Timbangla tentang masa depan, siapa yang lebih sesuai jadi suami dan ayah yang baik untuk anak2 kita, siapa yang boleh bimbing kita ke jalan Allah. kita terlalu banyak pilihan, buka hati buka minda, kosongkan hati, lapangkan fikiran, istikharahlah. jangan buat istikharah masa fikiran tengah buntu. tenangkan diri dengan zikir dan taubat, pasrahkan hati redhakan jiwa, untuk bersedia dengan setiap ketentuannya, yakinlah pilihan Allah adalah yang terbaik. InsyaAllah tak akan ada keluh kesah lagi.. :) semoga berjaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nilam_sejatiProfil   Hantar PM kepada Nilam_sejati   Pergi ke Nilam_sejati's Website   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 18:09


Istikharah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 18:39


:roll: Fenin.....fenin....macam mana nak selesaikan masalah ini....

;-) baik buta semayabg istikharah.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 18:40


Pada 18-09-06 18:39 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

:roll:

;-) baik buta semayabg istikharah.....



:oops: baik buat sembahyang istikharah....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 01:14


Pada 18-09-06 18:39 , eme86 posting:

!!! QUOTE !!!

:roll: Fenin.....fenin....macam mana nak selesaikan masalah ini....

;-) baik buta semayabg istikharah.....



kasihan kat eme86..dia fenin sampai spelling pun silap :P


-----------------
~Don't ever leave the one you love for the one you like,because the one you like will leave you for the one they love~


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 19-09-06 15:57


Pada 18-09-06 18:09 , nurman posting:

!!! QUOTE !!!

Istikharah...


sokong....
buat istikharah kalau rasa tak yakin dengan diri sendiri....
bila kita bergantung pada-NYA...
insyaallah kita akan mendapat keputusan yang terbaik....
sayang siapa ke,suka siapa ke terpulang pada diri anda...
Kalau rasa yakin dah dengan keputusan u trimer abang....yakin lah pada diri....
selangkah kita melangkh ke depan jangan sampai tersungkur,bila nak patah balik ke belakang dah payah....
:-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-09-06 23:08


tak kisahlah...pilihlah sesiapa yang berkenan di hati (elok pilih yang kuat agama...istiqamah....beramal soleh dan etc)....tapi....

tapi...yang penting....lepas kahwin....sila jaga hubungan dengan ipar....si adik atau si abang ...tak tahu lagi kan....tak tahu lagi siapa yang akan diambik jadi suami, siapa pulak yang akan jadi ipar.....so...berjaga-jagalah.

jangan nanti lepas kahwin....tak jaga hubungan dengan ipar....terjadi benda-benda "curang" atau "jahat"....Rasulullah SAW sendiri berpesan supaya berjaga-jaga dengan ipar duai sebab...selalunya hubungan dengan ipar duai ini mesra......so memang senang nak berlaku benda-benda "curang"....tengok sahaja kes2 dalam masyarakat kita....berkhalwat dengan ipar....curang dengan abang suami, adik suami....hubungan sulit dengan adik isteri, rogol adik isteri dan etc.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 21-09-06 23:13 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 22-09-06 17:37


buat solat istikharah doa pada Allah minta tolong dari Allah kan baik tu dari minta kat orang len...manusia ni memacam pendapat tapi tak semua betul...tapi Allah kata saya pasti semua betul...try lah...kalau dapat keputusan ikut jangan cuba lawan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 22-09-06 17:45


Allah swt knows the best for us....so..buatlah istikarah
mengadu, minta petunjuk dr Allah
Allah adalah sebaik2 tempat mengadu dan bergantung

wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.44238 saat. Lajunya....