Oleh |
KISAH JENAKA - Puteri Cair! |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 14-09-06 12:00
Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang memerintah di sebuah negara atas angin. Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik jelita. Malangnya, baginda kini sedang berduka kerana puteri baginda itu telah mengidap sejenis penyakit yang amat ganjil sekali. Apa sahaja yang disentuh dengan tangan oleh puteri tersebut akan menjadi cair. Tak kira kayu, besi, batu, dan lain-lain lagi, semuanya akan cair apabila disentuh oleh puteri tersebut. Akibatnya, semua lelaki, tidak kiralah sama ada putera raja atau orang kebanyakan tidak berani mengahwini puteri itu, walaupun mereka terpesona dengan kecantikannya. Maka raja merasa amat risau kerana puteri itulah satu-satunya waris tunggal baginda untuk memeritah negara atas angin itu. Pada suatu hari, baginda bertanya kepada ahli nujum negara yang bijak bestari. Ahli nujum itu memberitahu baginda bahawa penyakit tuan puteri akan sembuh sekiranya puteri itu menyentuh sesuatu yang tidak akan cair. Keesokan harinya, raja itu mengumumkan satu pertandingan di mana sesiapa sahaja di kalangan lelaki yang datang ke istana dan membawa suatu barang yang tidak cair apabila disentuh oleh puteri baginda, lelaki tersebut akan dapat berkahwin dengan puterinya dan seterusnya menjadi putera mahkota yang akan mewarisi tahta kerajaan baginda. Maka, ramai lelaki yang datang membawa pelbagai barangan. Ada yang membawa besi yang paling berat, ada yang membawa batu paling besar, dan ada pula yang membawa kayu paling keras. Malangnya, semuanya cair apabila disentuh oleh tuan puteri. Akhirnya, datang tiga orang putera raja dari negara jiran. Putera pertama membawa sekeping titanium yang didakwa besi yang paling keras di dunia. Tuan puteri menyentuhnya dan besi itu cair! Putera yang kedua pula membawa seketul batu intan yang didakwa batu paling keras di dunia. Apabila disentuh oleh puteri, batu itu pun cair juga! Putera terakhir datang dengan penuh senyuman yang meyakinkan dan membawa bersamanya sebuah karung kecil. Dia menyuruh tuan puteri menadah tangan dan dia menuangkan isi karung itu. Seketul benda sebesar ibu jari jatuh ke tangan tuan puteri itu dan ia tidak cair!!! Ini bermakna penyakitnya sudah sembuh. Raja merasa amat sukacita dan seluruh negara berpesta. Putera yang bertuah itu akhirnya berkahwin dengan tuan puteri dan menjadi putera mahkota negara itu. Anda ingin tahu apakah benda sebesar ibu jari yang tidak cair di tangan tuan puteri itu? JAWAPANNYA IALAH .... COKLAT M&M's!!! Ia hanya cair di dalam mulut, bukannya di dalam tangan!!! Kah! Kah! Kah!
|
aleeya_athirah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.08.2006 Ahli No: 25748
Posting: 128
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 14-09-06 12:29
sekali coklat m&m daaaaa......terima kasih..memang kelakar...
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 14-09-06 12:43
hehehehe...kelakarnya....
|
amirahni
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.06.2006 Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 14-09-06 12:51
terkena jua orang yang membaca... Bijak...bijak
|
zahhra
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.09.2006 Ahli No: 26216
Posting: 25
Dari: kedah
|
Posting pada: 14-09-06 12:51
kwang3x......kelakar nya...
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 14-09-06 13:28
Coklat punya hal....... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 14-09-06 13:48
baru nak suspen..coklat rupanya..memang kelakar...
|
guelderose
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.05.2006 Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh
|
Posting pada: 14-09-06 14:22
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 14-09-06 14:23
salam~ hmm..kali kedua baca tapi tetap kelakar juga.. huhu~ wasalam~
|
cintamadinah_82
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2005 Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 14-09-06 15:21
hehehe.. terkena jugak..suspen betul laaa... ----------------- 'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'
|
azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara
|
Posting pada: 14-09-06 15:47
|
fatimah-azzahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25632
Posting: 113
|
Posting pada: 14-09-06 16:08
hehehhe, coklat tu memang tak cair kat tangan...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 15-09-06 08:32
|
sikinshaharudin
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2008 Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0
|
Posting pada: 20-12-08 15:55
macam-macammm..... ----------------- senYum s0km0 =)
|
irfanmh
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.06.2006 Ahli No: 24748
Posting: 127
Dari: Mersing ---> Kuantan
|
Posting pada: 20-12-08 19:31
ceh. adooiii. mati lah putera tu pasal dia bukan coklat.
|
syedfaris95
Warga Rasmi Menyertai: 20.12.2008 Ahli No: 36429
Posting: 14
|
Posting pada: 20-12-08 22:13
ha ha ha ha haa ha aha aha ..... lol betul...
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 20-12-08 22:18
kelakar lah..ingatkan apa lah benda tu ek...rupanya coklat m&m's.. ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 20-12-08 23:47
amboi shimaku.. bukan main lagi aa.. hehe.. ketawa sampai terguling2
|
alornk
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2007 Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin
|
Posting pada: 08-02-09 23:29
Pada 20-12-08 19:31 , irfanmh posting:!!! QUOTE !!! ceh. adooiii. mati lah putera tu pasal dia bukan coklat. tu lah pasal..
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 09-02-09 10:05
Pada 20-12-08 23:47 , smile_roses posting:!!! QUOTE !!! amboi shimaku.. bukan main lagi aa.. hehe.. ketawa sampai terguling2 ala BB bukan selalu kan gelak sampai terguling2 ni...dah cerita ni lawak kan so support lah dengan gelak ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 12-02-09 20:09
lah... ingat benda tadi... buat suspen saja kan.... hahahaha...
|
silverwings
Warga Rasmi Menyertai: 21.12.2008 Ahli No: 36433
Posting: 11
Dari: Tumpat, Kelantan.
|
Posting pada: 13-02-09 01:21
kreatif betul lawak ni...sesuai dengan peredaran masa dan zaman...haha...
|
akasia
WARGA SETIA Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang
|
Posting pada: 13-02-09 07:45
hahaha.... cekelat lah pulokkk.... best..ma pebret itu
|