Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Fakta dan mitos minuman isotonik


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Fakta dan mitos minuman isotonik

Please Mendaftar To Post


Oleh Fakta dan mitos minuman isotonik

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 13:33


Fakta 1: Minuman isotonik adalah lebih baik dalam menggalakkan penghidratan berbanding lain-lain minuman.

Perpeluhan merupakan cara badan mengekalkan suhu terasnya pada 37o celcius. Akibatnya, badan kehilangan cecair dan elektrolit iaitu mineral seperti klorida, kalsium, magnesium, natrium dan kalium.

Jika dibiarkan boleh mendorong kepada penyahhidratan dan lama-kelamaan menyebabkan kelumpuhan peredaran dan strok haba.

Terdapat dua faktor utama di dalam penyerapan cecair yang boleh memberikan kesan terhadap kepantasan cecair yang kita minum memasuki tubuh:

* Kepantasan cecair dikosongkan dari dalam perut

* Kadar cecair yang diserap melalui dinding usus kecil

Semakin tinggi tahap karbohidrat di dalam minuman, semakin perlahan kadar pengosongan perut.

Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat di antara enam dan lapan peratus dikosongkan daripada perut pada kadar yang hampir sama dengan air.

Elektrolit-elektrolit, terutamanya natrium dan kalium di dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan cepat, menggalakkan penyerapan daripada usus dan pembendungan cecair.

Keosmolarian cecair adalah ukuran jumlah partikel-partikel di dalam rumusan. Di dalam minuman, partikel-partikel ini akan terdiri daripada karbohidrat dan elektrolit.

Dalam plasma darah, partikel-partikel akan mengandungi natrium, protein dan glukos. Minuman dengan keosmolarian 270 hingga 330mOsm/kg (sama dengan keosmolarian darah) yang seimbang dengan cecair badan, dipanggil isotonik.

Minuman isotonik menggantikan cecair yang hilang dengan cepat melalui perpeluhan serta membekalkan karbohidrat yang bertambah.

Glukos merupakan sumber tenaga yang menjadi pilihan badan. Oleh itu, adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik di mana sumber karbohidrat adalah glukos dengan pekatan enam hingga lapan peratus.

Fakta 2: Teh atau kopi tidak membantu penghidratan

Teh atau kopi mengandungi kafeina. Penyahhidratan adalah salah satu hasil yang berkaitan dengan pengambilan kafeina secara berlebihan.

Kafeina menjejaskan buah pinggang dengan bertindak sebagai diuretik yang meningkatkan pengeluaran air kencing sekali gus meningkatkan kehilangan air dari badan.

Teh dan kopi boleh menjadi sumber cecair. Bagaimanapun, ia tidak mengandungi elektrolit yang hilang menerusi peluh dan diperlukan untuk meningkatkan penghidratan semula.

Adalah baik untuk mengambil minuman ini apabila status penghidratan kembali normal dalam jumlah yang disarankan.

Penghidratan yang mencukupi adalah penting bagi semua orang dan minuman isotonik menjadi pilihan cecair penghidratan semula bagi para pengguna yang menyukai kesegaran rasanya.

Ia juga sesuai untuk mereka yang berhasrat mengelakkan kalori atau mengambil kafeina, gula, kalori atau pelbagai bahan yang didapati di dalam lain-lain minuman dalam jumlah yang disarankan.

Fakta 3: Jika air kencing berwarna legap, itu bermakna anda sedang mengalami penyahhidratan.

Berdasarkan kajian, warna air kencing boleh mendedahkan banyak perkara mengenai kesihatan anda - satu teknik diagnosis yang terlepas pandang.

Bagi seseorang yang sihat, warna air kencing adalah dari hampir cerah ke kuning terang disebabkan oleh pigmen yang dikenali sebagai urokrom.

Tetapi, apabila urokrom menjadi pekat, air kencing boleh bertukar menjadi kuning kehitaman atau coklat, menandakan sudah sampai masanya untuk anda minum.

Ia merupakan petunjuk penghidratan yang boleh digunakan sebagai penanda sama ada anda minum air yang mencukupi, khususnya dalam cuaca yang panas lembap.

Jika anda berpeluh dengan banyak, air kencing akan menjadi lebih pekat kerana air kurang bersedia untuk membawa zat-zat terlarut.

Jika pengambilan air ditingkatkan, pekatan akan menjadi cair secara automatik sekali gus menjadikan warna air kencing kembali normal.

Tetapi, sekiranya anda mendapati air kencing masih berwarna kekuning-kuningan sekali pun selepas minum air dengan banyaknya, ada kemungkinan anda menghidapi penyakit kuning.

Lazimnya, air kencing pada awal pagi adalah lebih pekat berbanding pada waktu-waktu lain memandangkan kita tidak minum air semasa tidur.

Jadi, untuk mengekalkan keseimbangan badan anda, kurang air dikumuhkan dan oleh itu, air kencing menjadi lebih pekat.

Sememangnya, minuman isotonik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan badan kita dalam keadaan yang lembap (terhidrat).

Dan sekiranya anda meningkatkan pengambilan pelbagai sumber cecair, air kencing anda yang pada mulanya pekat boleh menjadi cair manakala warnanya kekal jernih.

Untuk mencapai pengambilan cecair yang mencukupi, minumlah pelbagai jenis cecair seperti air, jus, minuman isotonik, minuman soya dan susu dalam jumlah yang dibenarkan.

Fakta 4: Minuman tenaga tidak boleh digunakan untuk penghidratan.

Matlamat penghidratan semula adalah untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang telah hilang di dalam badan anda, dalam keseimbangan yang betul.

Minuman isotonik dirumus khusus untuk meningkatkan penghidratan serta mengoptimumkan prestasi fizikal.

Kajian-kajian menyokong faedah meningkatkan prestasi hasil pengambilan minuman isotonik bagi senaman yang berlangsung sekitar lebih kurang 30 minit.

Meminum minuman isotonik selepas bersenam turut menggalakkan penghidratan semula di samping penambahan semula glikogen (karbohidrat yang terdiri daripada rantai-rantai bercabang unit glukosa).

Jumlah karbohidrat yang hadir di dalam minuman tenaga (misalnya 10 hingga 12 peratus) adalah bersamaan dengan minuman ringan dan jauh lebih tinggi berbanding minuman isotonik (biasanya di antara enam hingga lapan peratus seperti mana yang disarankan oleh Garis Panduan Antarabangsa).

Minuman tenaga sama ada mempunyai natrium yang terlalu sedikit atau terlalu banyak. Natrium merupakan elektrolit yang penting di dalam minuman isotonik. Ia membantu mengoptimumkan penghidratan dan mengekalkan rasa dahaga anda.

Minuman isotonik dirumuskan dengan campuran karbohidrat dan natrium yang tepat untuk penghidratan dan rasa yang optimum.

Minuman tenaga, tidak seperti minuman isotonik boleh jadi mengandungi kafeina atau guarana yang diuretik yang mana boleh menambah penghasilan air kencing dan meningkatkan risiko penyahhidratan.

Sesetengah minuman tenaga juga mungkin mengandungi ginseng, gingko biloba, asid amino taurina dan inositol iaitu sejenis alkohol gula yang tidak terbukti kesahihannya dalam mengekalkan penghidratan.

Fakta 5: Minuman isotonik sesuai bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Adalah penting bagi individu yang mengamalkan gaya hidup aktif untuk kekal dalam keadaan yang terhidrat.

Minuman isotonik yang terdiri daripada gabungan air, gula dan elektrolit adalah sesuai untuk penghidratan tubuh badan.

Bagi penghidap diabetes yang melakukan senaman secara intensif (bersungguh-sungguh), minuman isotonik boleh membantu mereka menggantikan semula cecair yang hilang serta menghalang hipoglisemia.

Adalah juga dinasihatkan bagi individu yang menghidap diabetes agar berunding dengan pakar dietetik sukan mengenai pelan pemakanan dan minuman mereka terlebih dahulu sebelum melakukan jadual senaman mereka.

Sementara itu, bagi penghidap tekanan darah tinggi, pengambilan natrium anda tidak boleh melebihi 2,400 moga sehari atau lebih rendah daripada jumlah ini.

Secawan minuman isotonik 240 ml mengandungi 115mg natrium klorida. Oleh itu, semua makanan dan minuman yang mengandungi natrium seharusnya diambil kira jika anda menghidapi hipertensi (tekanan darah anda tinggi).

Membaca label produk sebelum mengambil sebarang makanan atau minuman merupakan satu langkah bijak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

zahhra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.09.2006
Ahli No: 26216
Posting: 25
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 13:47


thanks 4 the info.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahhraProfil   Hantar PM kepada zahhra   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 14:04


em bagus info ni..gracias rimbara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 15:51


bagus bangat!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

sbgskaters
Warga Rasmi
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 26009
Posting: 3
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 11-09-06 16:04


perbanyak kan lagi lah info macam ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sbgskatersProfil   Hantar PM kepada sbgskaters   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 10:00


Minuman isotonik selalunya dikaitkan dengan sukan dan acara. Bolehkah individu yang tidak begitu aktif minum minuman isotonik?

JAWAPAN: Semasa minuman isotonik mula dicipta, nama serta peranannya di dalam pasaran adalah untuk tujuan sukan dan ketahanan.

Minuman isotonik memang memberikan faedah langsung kepada mereka yang terbabit di dalam aktiviti fizikal dengan cara menyediakan penghidratan semula dengan segera.

Ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada pengambilan cecair harian anda bersama-sama dengan lain-lain minuman dalam had yang dibenarkan.

Adakah minuman isotonik sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif?

JAWAPAN: Adalah penting bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif untuk kekal berada dalam keadaan yang lembap atau dihidrasi pada setiap masa.

Minuman isotonik mengandungi kombinasi air, gula dan elektrolit yang padan untuk penghidratan tubuh.

Bagi pesakit diabetes yang bersenam secara intensif (bersungguh-sungguh), minuman isotonik boleh membantu mereka menambah lagi cecair yang telah hilang di samping mencegah hipoglisemia.

Adalah disarankan, individu yang menghidap diabetes agar berunding terlebih dahulu dengan pakar dietetik tentang pelan pemakanan serta minuman mereka sebelum merangka sebarang jadual senaman.

Bagi pesakit tekanan darah tinggi pula, pengambilan natrium anda seharusnya tidak melebihi 2,400 moga. atau kurang, sehari.

Secawan minuman isotonik 240 ml. mengandungi 115mg. natrium klorida. Jadi, semua makanan dan minuman yang terdiri daripada natrium perlulah diambil kira jika anda menghidapi penyakit ini.

Membaca label produk sebelum anda menentukan sebarang pengambilan makanan atau minuman sentiasa menjadi satu langkah yang bijak.

Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman isotonik?

JAWAPAN: Bahan-bahannya adalah natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.

Ini merupakan elektrolit-elektrolit yang pada dasarnya merupakan alat pemancar elektrikal di dalam badan anda. Anda boleh membandingkannya dengan partikel-partikel bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh.

Peluh yang menyejat daripada kulit anda mengandungi pelbagai elektrolit dan cecair.

Sekiranya berlaku kemerosotan berterusan elektrolit-elektrolit ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba.

Badan kita secara semulajadinya akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini dalam usaha mengekalkan keseimbangan jika berlaku perubahan-perubahan kecil.

Adalah disarankan untuk menggantikan semula elektrolit-elektrolit yang telah hilang dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit. Dengan cara itu, penghidratan semula berlaku pada kadar segera.

Berapa banyakkah minuman isotonik yang boleh saya minum sebagai sebahagian daripada pelan cecair? Sebaik sahaja saya membuka penutupnya, berapa lamakah minuman isotonik boleh disimpan?

JAWAPAN: Minuman isotonik boleh diminum mengikut keperluan pengambilan cecair harian anda iaitu sebanyak dua liter sehari.

Secawan minuman isotonik 250 ml. bersesuaian dengan pelan cecair anda.

Bagaimanapun, pelbagai jenis cecair seperti air, susu dan jus buah-buahan perlu juga dimasukkan dalam senarai pelan cecair anda.

Sekiranya anda mengambil minuman isotonik dari dalam tin, adalah lebih baik bagi anda untuk meminumnya sebaik sahaja ia dibuka. Jika tidak, karbon dioksida akan menyurai dari minuman tersebut.

Sebaliknya, jika diambil dari botol, pastikan anda mengetatkan penutupnya dengan kemas dan menghabiskan minuman tersebut dalam tempoh dua ke tiga hari.

Patutkah saya minum minuman isotonik yang sejuk atau pada suhu bilik sahaja? Berapakah jangka hayat simpanannya?

JAWAPAN: Berbeza dengan apa yang biasa kita dengar, minuman sejuk tidak diserap ke dalam badan dengan lebih cepat berbanding minuman hangat atau panas.

Bagaimanapun, minuman sejuk lebih sedap rasanya berbanding yang panas terutamanya semasa bersenam atau dalam keadaan cuaca yang panas.

Jadi, sekiranya minuman sejuk atau dingin itu membuatkan anda mengambilnya dalam jumlah yang banyak, biar sahaja minuman anda sejuk.

Kebanyakan minuman isotonik mempunyai hayat simpanan di antara sembilan ke-12 bulan dari tarikh pengeluarannya.

Minuman isotonik bertin tidak telap oksigen dan cahaya. Sehubungan itu, ia mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding yang disimpan di dalam botol.

Ini kerana, botol yang jernih membenarkan pemindahan oksigen dan cahaya kepada produk sekali gus mempunyai hayat simpanan yang lebih pendek.

Anda disarankan membaca labelnya dengan berhati-hati.

Apakah komponen yang menghilangkan dahaga di dalam minuman isotonik?

JAWAPAN: Minuman isotonik mengandungi gabungan karbohidrat iaitu glukos dan sukrosa, elektrolit seperti natrium, kalium dan fosfat (mineral hilang melalui peluh), serta air.

Semakin tinggi tahap karbohidrat di dalam minuman, semakin rendah kadar pengosongan perut.

Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat di antara enam dan lapan peratus dikosongkan daripada perut pada kadar yang sama dengan air.

Elektrolit, terutamanya natrium dan kalium di dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, oleh itu membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan pantas.

Ia seterusnya menggalakkan penyerapan daripada usus serta pembendungan cecair. Itulah perbezaannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 11:30


Kalau org gastrik sesuaike minum minuman2 isotonik? selalu bila selesema doktor galakkan kita minum minuman isotonik Kenapa ek??panjang bangat nak baca info rimba bara ni.hehe..nanti kelapangan saya baca..thanks for the info..interesting..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 12:26


Pada 10-07-08 11:30 , azemi posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau org gastrik sesuaike minum minuman2 isotonik? selalu bila selesema doktor galakkan kita minum minuman isotonik Kenapa ek??panjang bangat nak baca info rimba bara ni.hehe..nanti kelapangan saya baca..thanks for the info..interesting..

tu lah, 100+ dikatakan boleh menghilangkan selesema, saya pun kalau selesema mesti minum 100+, malah saya memang penggemar setia 100+, minum macam minum air masak saja :kelip:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

danial_muhd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23070
Posting: 212
Dari: Bukit Mertajam -> gambang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 14:15


ada Side Effect tak kalau minum berlebihan? Bukan apa, kadang-kadang rasa ragu2 nak minum banyak-banyak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For danial_muhdProfil   Hantar PM kepada danial_muhd   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 10-07-08 15:32


Assalamualaikum
saya suka excel...hm..dalam artikel tu ada perkataan 'keosmolarian'...betul ke tu?? :berfikir: bukan kemolaran eh...apa tu keosmolarian....osmosis yang malar kah?? :roll:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

soliha
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.07.2008
Ahli No: 33910
Posting: 25
Dari: bumi tuhan..

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-07-08 22:06


salam alaik..
mungkin ana nak sikit menambah..

mula-mula tentang fakta 3 (air kencing gelap)..
ye,boleh saja disebabkan oleh kuang minum air (dehidrasi)..
tapi,tak boleh menolak kebarangkalian org tu mengidap ikterus (ada masalah kat hati)..so,kalau air kencingnya warna gelap lama...tolong jumpa doktor ok??

100+ bagus untuk org selsema sebab dalam tu ada vitamin C..
vit C bagus untuk meningkatkan imun tubuh kita..

minum berlebihan? bak kata rimbabara..fakta 5..
kena berpada2..
lagipun,dalam air berkarbonat (air tin)..apa-apa pun,kena kurangkan,jangan berlebihan..
sebab kandungannye gula buatan..macam sakarin dll..
gula buatan ni bukannya alamiah,so ada side effect juga kalau berlebihan sangat..

kalau rasa salah,tolong betulkan(^o^)

wallahu a'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solihaProfil   Hantar PM kepada soliha   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 09:19


semua orang boleh minum air isotonik.. org sakit apa pun boleh! tapi. dengan kuantiti yang sedikit lah.. bukan kena gogok satu botol sampai habis.. :P
kalau pesakit gastrik, jangan lah minum time perut kosong.. atau masa masih kenyang.. nanti kan bertambah lah sakit!

itu kata doktor lah.. sebelum ni pernah juga tanya sebab saya ketagih sikit dengan air isotonik, tak kira 100+ (paling suka), revive, excel.. itupun, sebab selalu sangat demam semasa belajar dulu. Doktor tu cakap minum berlebihan tak elok, antara sebab kandungan gulanya kekal tinggi (bak kata soliha kat atas)meskipun tak setinggi air bergas yang lain...

ada lagi kesannya tapi tak berapa ingat dah sebab nasihat doktor tu berjela bagaikan nak bagi kuliah :P

anyway, kalau untuk ibu atau bakal ibu..memang tak dibenarkan pun minum air berisotonik ni.. terutama bagi mereka yang nak hamil lah.. kena ber"puasa" dr minumnya.. org-org tua pun kata begitu.. kata mereka ianya "tajam" bab nanas..

wallahua'lam..

nak lebih jelas, kena tanya doktor panel masing-masing.. kan kita digalakkan periksa kesihatan meskipun tak sakit! :welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108053 saat. Lajunya....