Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 139
Ahli: 0
Jumlah: 139




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Dapur
Topik: Krim Puff dan Cokelat Éclair


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» Krim Puff dan Cokelat Éclair

Please Mendaftar To Post


Oleh Krim Puff dan Cokelat Éclair

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-09-06 12:55


Krim Puff dan Cokelat Éclair


Bahan untuk Pastry ‘Choux’ :
(Kelongsong Krim Puff dan Cokelat Éclair)

330 ml air
190 gram mentega
240 gram tepung gandum
9 biji telur
sedikit esen vanila
secubit garam


Bahan untuk Krim Kastard:
(Inti Krim Puff dan Cokelat Éclair)

55 gram tepung kastard
2 biji telur
1 tin susu cair – dibahagikan dua
225 ml air
160 gram gula
1/2 sudu makan mentega
sedikit garam
sedikit esen vanila
* 450gram krim putar (double whipped cream) – untuk inti Cokelat Éclair.


Hiasan untuk Cokelat Éclair :

1 blok dark chocolate (dicincang kasar-kasar)
kacang badam (dicincang sederhana)



Cara Cara

*Panaskan ketuhar dengan suhu 200c.*

** Alaskan tin pembakar dengan kertas alas kuih atau gunakan yang ‘non-stick’ **


Cara membuat Pastry ‘Choux’
(kelongsong Krim Puff dan Cokelat Éclair)

1. Jerangkan air bersama mentega dan garam.
2. Apabila sudah mendidih, masukan tepung dan kacau hingga rata.
3. Biarkan adunan ini sejuk sebelum menyalinnya ke mangkuk pemukul.
4. Dengan menggunakan pemukul “Kâ€, masukan telur satu persatu dan pukul hingga rata. Masukan esen vanila.
5. Masukan adunan ini ke dalam beg paip dengan menggunakan muncung bentuk bintang.
6. Dan picitkan bulatan kecil-kecil ke atas tin pembakar yang telah dialas dengan kertas alas kuih / non-stick.
*untuk ratakan muncung supaya pastry kelihatan menarik, basahkan jari anda dengan air atau susu.*
7. Bakar di ketuhar selama 25 minit dengan suhu 200 darjah.

*pastikan anda tidak membuka pintu ketuhar ketika pastry sedang dibakar*
**apabila sudah tempoh, pastry kelihatan ‘golden brown’, biarkan pastry di dalam ketuhar dengan pintu direnggang,
agar pastry kering dalam masa 10-15minit. **

8. Alihkan pastry tadi keatas tempat jaring untuk disejukkan.
9. Apabila sudah sejuk, belahkan dua (jangan sampai putus) dan isikan dengan krim kastard.

creampuff

Cara membuat Krim Kastard

1. Bancuh serbuk kastard dengan telur dan setengah tin susu cair.
2. Tapis dan ketepikannya.
3. Air, setengah tin susu cair dan gula dimasak atas dapur sehingga mendidih.
4. Apabila sudah mendidih, masukan bancuhan telur dan kastard tadi
dan masak lagi sehingga adunan ini pekat.
5. Apabila sudah pekat, masukan mentega dan esen vanila.

*sejukkan krim kastard ini sebelum diisikan ke dalam kelongsong krim puff tadi*
**lebih enak jika diisikan krim kastard sebelum sejurus dihidangkan**

eclair

Adunan Eclairs Cokelat

Gunakan pastry yang sama tetapi picitkan adunannya memanjang seperti jejari.


Inti Cokelat Éclair

1. Sejukkan krim kastard yang sudah dimasak.
Ambil 450 gram krim putar (double whipped cream) dan pukul dengan tinggi kelajuan sehingga pekat (berkilat).
2. Masukkan krim kastard tadi ke dalam krim putar ini dan kacau adunan sehingga rata
dengan sederhana kelajuan.
3. Isikan ke dalam kelongsong Éclair.
3. Cairkan sedikit cokelat dengan cara ‘double boil’ dan kemudian sapukan ke atas Éclair
yang berinti tadi
dan tabur sedikit badam cincang.


p/s: ‘choux’ disebut ‘shoe’ :-di

Selamat mencuba!


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 08-09-06 15:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-06 13:08


erm..yummmy..

teringat masa mula-mula buat krim puff..adunan inti jadi elok..tapi, adunan tepung keras teramat..tapi tetap habis di makan..

anyway...tengok gambar krim puff...erm..terliur jadinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-09-06 14:25


salam~
adeh kak mas2ra ni...
sokmo bagi yang sedap2...
isk..tengok saja pun dah terliur..
hmm..
thanks kak mas2ra..
wasalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

umaira_sutera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-09-06 14:39


ana dah bnyak kali mencuba resepi krim puff ni....tapi tak pernah menjadi...syukran ..mas2ra ana nak try resepi anti pulak..kalau tak jadi juga..malas dah rasanya nak mencuba.

Bookmark and Share

    


  Member Information For umaira_suteraProfil   Hantar PM kepada umaira_sutera   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 08-09-06 14:39


wah sedapnya
nak rasa boleh tak
hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-09-06 14:49


alaikum salam / salam alaik

kepada semua ana ucapkan,
"pratice make perfect".

perhatikan yang mana telah ana 'bold' dan 'bintang' kan,
itulah petua dari ana.

Selamat mencuba untuk semua.
Wassalam. :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 08-09-06 14:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-06 15:20


emmm...sedapnyeee... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-09 12:05


Biasanya saya akan buat bentuk itik untuk pastry choux ni.. nampak sangat comel tapi saya kurang minat hehe..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-09 21:24


Pada 08-09-06 13:08 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!



anyway...tengok gambar krim puff...erm..terliur jadinya..


sokong!!~ sedapnya....~ selalu orang yang jual krim puff ni, mesti jual mahal2.. sebiji=50sen ++

p/s: kak.. saya nak copy ek.. buat koleksi.. :)


-----------------
Surah Muhammad: 7


Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

simi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2008
Ahli No: 34474
Posting: 119
Dari: bumi ciptaan Ilahi

bahrain  


posticon Posting pada: 09-01-09 02:47


salam
mak ana buat cream puff juga
setakat tahun lepas 2 rggit untuk 7 biji
dibungkus dan dihntr ke kedai
sekarang tak pasti sebab da lama mak ana tak buat kuih tu
tumpu pada membuat kek coklat, marble kek dan piza pula
best...
:terliur: :terliur: :terliur:

p/s:bele2 promote etek ini hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For simiProfil   Hantar PM kepada simi   Quote dan BalasQuote

Syairadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.02.2009
Ahli No: 37067
Posting: 39
Dari: Malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 07-02-09 15:44


Wah!!!! sedapnya..... nak makan cepat.. wah.... mak..masakkan untuk kita... nak cuba!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyairadhanProfil   Hantar PM kepada Syairadhan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09372 saat. Lajunya....