Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 140
Ahli: 0
Jumlah: 140




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 7 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Nilai Kasih Ibu


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Nilai Kasih Ibu

Please Mendaftar To Post


Oleh Nilai Kasih Ibu

mohicans
Warga Rasmi
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1206
Posting: 4

blank  


posticon Posting pada: 28-08-03 17:35


Nilai Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan olehsi
anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma

UMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada mukasurat
yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya, 'Wahai
Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari
ku?"Rasulallah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudianayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.


-----------------
you never know just how you look through others people\'s eyes

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohicansProfil   Hantar PM kepada mohicans   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-08-03 21:29


Terharu saya baca artikel nie.....bila kenangkan jasa ibu bapa kita yang tak boleh di hitung dengan wang ringgit..tapi masih ada anak yang berkira itu semua..........nilai 9 bulan 40 hari....rasa seksa menyabung nyawa nak lahirkan kita......





Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

putrakedah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 810
Posting: 68
Dari: kedah

syria  


posticon Posting pada: 29-08-03 17:15


assalamualaikum,terimas atas artikel saudara kita tu ,ibu adalah insan yang amat menyayangi anak2nya lebih daripada dirinya sendiri ,seorang anak hanya dapat membalas jasa ibunya hanya untuk beberapa tahun sisa umur ibunya..oleh itu yang paling penting lakukan sesuatu agar seseorang ibu mahupun ayah dapat menikmati balasan pengorbananya terhadap anaknya kekal hingga akhirat nanti bukan sahaja di dunia ini .wassalam.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For putrakedahProfil   Hantar PM kepada putrakedah   Quote dan BalasQuote

banduan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2945
Posting: 79
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-08-03 05:55


betul semua post2 diatas. Kalau diberi pilihan samada ibu atau seisi dunia nie, saya sanggup pilih ibu saya tanpa sebarang ragu2 walaupun ibu saya cuma seorang petani yang miskin sekalipun...


Bagi anak2 yang terasa pernah derhaka kepada ibu mereka tu, cepat2lah minta maaf kepada mereka dan bertaubat sementara mereka masih hidup

Bookmark and Share

    


  Member Information For banduanProfil   Hantar PM kepada banduan   Pergi ke banduan's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-08-03 07:59


assalamualaikum wbt....
mak je satu2nya insan yg memahami saya....terharu ni...sobsobsob...
ingat lagi masa mak sakit hanya Allah je yg tau perasaan ni....mata ni dah x sanggup nak tengok muka mak yg sayu menahan sakit....

YA ALLAH LINDUNGILAH IBUKU DARI SEGALA MARABAHAYA...AMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

banduan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.08.2003
Ahli No: 2945
Posting: 79
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-08-03 08:28


saya doakan semoga ibu saudari, ibu saya, ibu mertua saya dan semua kaum ibu2 baik yg masih hidup dan yg telah meninggal semoga mereka sentiasa berada dibawah rahmat Illahi. Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For banduanProfil   Hantar PM kepada banduan   Pergi ke banduan's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-03 11:37


assalamualaikum....
shukran jazilan kpd saudara kita tu sebab berikan artikel tu......banyak pengajaran yg diberikan kpd insan2 yg bergelar anak....
oleh itu kita sebagai anak kenanglah jasa ibu yg tiada tolok bandingnya
bagi yg telah tiada ibu...sedekahkan lah alfatihah kepada mereka......
kenangilah lagu ke makam bonda-unic
wassalam

-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 01-09-03 22:12


ko tahu takl yang ibu ini amat menyayangi kita malah kasih sayang yang dia bagi kat kita melebihi kasih sayang yang dia tujukan untuk dirinya sendiri. tetapi kasih sayang allah terhadap hambanya yang beriman 70 x ganda daripada kasih ibu.
kasih ibu tak dapat dinilai ngan wang malah setitis air mata ibu lebih bernilai dari dunia ini.
untuk membalas kasih ibu adalah dengan doa anak yang soleh dan solehah.samalah kita berdoa untuk ibu kita.

-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 02-09-03 12:48


Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah hamdan lahu wassolatu wassalatu 'ala sayyidina mursalin, habibihil karim

saya rasa sangat terharu dgn kisah yang dibawakan oleh saudara mohicans. Terasa sedikit kesal dgn sikap anak2 sekarang, termasuklah saya sendiri, yang seringkali mengabaikan perasaan ibu. Saya ingin membawa satu kisah yang telah dikongsi bersama oleh salah seorang sahabat saya dalam satu sesi halaqah, saya harap saudara mohican tak marah dan semoga sahabat2 yang lain dan saya sendiri boleh sama2 mengambil iktibar daripada kisah ini.

Kisahnya, pada zaman dahulu, ada seorang ibu yang tinggal bersama anak lelaki tunggalnya. Kecintaannya terhadap lelakinya ini amatlah mendalam tambahan lagi tiada tempat lain untuk bergantung harap dan mengadu selain daripada anak lelakinya. Si anak mempunyai seorang kekasih yang berasal dari sebuah keluarga yang berada. Oleh kerana cemburu melihat kasih-sayang yang luhur antara ibu dan anak, kekasihnya telah membuat satu permintaan yang amat memeranjatkan sianak.

Kekasih: Jika benar kau mencintai aku, bunuhlah ibumu dan bawakanlah jantungnya kepadaku.

Si anak: Mana mungkin! Aku mengasihi ibuku lebih dari segala2nya.

Akan tetapi oleh kerana desakan dan paksaan yang diterima oleh sianak, akhirnya sianak telah mengambil keputusan untuk membunuh ibunya sendiri dan memberikan jantung ibu kepada kekasihnya.

Apabila malam telah larut, sianak masuk ke dalam bilik ibunya dan membunuh ibunya dalam keadaan gelap, dek tak sanggup melihat ibunya mati. Setelah mengambil jantung ibunya, sianak pun berlari menuju ke hutan, tempat biasa dia dan kekasihnya bertemu. Sedang sianak berlari dgn laju, kakinya tersadung akar pokok, lalu jatuhlah ia bersama-sama dgn jantung siibu. Sianak lekas2 mengambil jantung ibu dan meniupnya untuk membersihkan debu2 yang melekat. tanpa disangka2, jantung siibu berdenyut kerana tiupan sianak, lalu jantung ibu pun berkata" Hai anakku, sakitkah kau? lukakah kau nak?'

Begitulah luhurnya kasih seorang ibu, tiada tersimpan dendam dan kemarahan atas apa yg telah dilakukan anak terhadapnya, bahkan keselamatan anaklah jua yang aula.

Seperti ibu sianak, begitulah jua ibu kita. Kasih-sayang dan cinta yang ditumpahkan pada kita tak pernah luput dek kelakuan dan kata2 kita yg seringkali menghiris hati ibu. Ya Allah, ampunilah kami dan kedua ibubapa kami, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami di kala kami masih kecil. Semoga ibu tergolong dalam golongan solehah yang mendapat tempat di syurga, amin... terima kasih ibu...aku bersyukur menjadi anakmu. Wallahu 'alam...



-----------------
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-03 12:46


Assalammualaikum..
rindunye pade mak..sayangnye mak...
betapa diri ini sering melukai..
tapi dikau masih teguh dangna sayangmu pada ku.
mak ADIK SAYANG MAK...
TERIMA KASIH EMAK...


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

halawah_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 355
Posting: 83
Dari: TaNaH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-03 12:54


assalamualaikum..
kasih ibu tu x pernah terbayar. tapi..kenapa susah sangat nak dengar cakap ibu ek..? kesian diakan nak lahirkan kite.

-----------------
DoN'T SToP aT THe ToP,
oR You WiLL DRoP!

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawah_imanProfil   Hantar PM kepada halawah_iman   Quote dan BalasQuote

sebiru-laut
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.08.2003
Ahli No: 3107
Posting: 61
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 29-09-03 10:15


marila kita sesama mendoakan nya..amin


[AL-FATIHAH] HADIAHKAN SURAH INI KEPADAMEREKA YG TELAH PERGI.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sebiru-lautProfil   Hantar PM kepada sebiru-laut   Pergi ke sebiru-laut's Website   Quote dan BalasQuote

anjang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-09-03 10:37


terima kasih mohicans....
kasih ibu meme tak terbayar ngan wang ringgit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For anjangProfil   Hantar PM kepada anjang   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135105 saat. Lajunya....