Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Mahasiswa
Topik: pilihanraya kampus seluruh negara september ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» pilihanraya kampus seluruh negara september ini

Please Mendaftar To Post


Oleh pilihanraya kampus seluruh negara september ini

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-08-03 17:13


assalamualaikum.

assalamualaikum. saya terbaca satu tabloid api perjuangan mahasiswa yang menjangka bahawa pilihanraya kampus di seluruh negara akan diadakan serentak pada bulan september ini. ini dibuat utk menyelaraskan tarikh bagi pilihanraya kampus utk semua ipta diseluruh negara. setakat yg saya maklum setakat ini, tempat saya belajar iaitu UPM akan mengadakan pilihanraya pada bulan september ini dan UMS juga akan mengadakan pilihanraya pada bulan yg sama. tarikhnya saya tdk pasti. jadi di sini marilah kita sama2 memilih calon2 yg mahu melaksanakan islam dikampus kita dan mahu memperjuangkan kebajikan mahasiswa di kampus kita, insyaAllah

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 01:02


Waalaikumussalam...wth...wbh..

Ana juga mendapat maklumat tentang perkara tersebut. Di UIA Gombak, general election for SRC akan diadakan pada 4 September ni....mengikut handbill yang diedarkan, dan semua pelajar adalah compulsory untuk turun mengundi.

Berkenaan dengan tabloid Api Perjuangan Mahasiswa, ana pernah membelinya sekali Edisi Jun/Julai dan mendapati isi kandungan amat baik dan bermutu untuk tatapan mahasiswa. Kandungannya mantap, bernas, dan tidak cenderung ke arah 'timur mahupun barat'. Ana mencadangkan kpd. siswa-siswi agar mendapatkannya setiap bulan. Insya Allah ana juga akan bertindak sedemikian. Kpd student UIA PJ yang berminat, tabloid ada dijual di Kedai Popular Seksyen 14...PJ...SIla Dapatkannya!!

Sekian dulu, Ma'assalamah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 10:54


ana suka sangat bab undi mengundi ni...

insya-ALLAH ana akan undi pemimpin yang benar-benar berpegang pada ISLAM

sunan-faqih, insya-ALLAH ana akan dapatkan tabloid tu, API PERJUANGAN MAHASISWA.




Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 12:11


Ana sudah baca tabloid API PERJUANGAN MAHASISWA, dan ana agak kurang berkenan. Sesetengah fakta yang dikemukakan adalah tidak tepat, hasil cedokan bahan akhbar yang lain. Dan pada pandangan ana, sesetengah isinya kurang menyenangkan. Maaf ! Ini adalah komen peribadi...

Berkenaan dengan pilihanraya di UIA Gombak, semalam ana 'turun padang'. Suasana pilihanraya masih belum meriah memandangkan poster dan banner yang dinaikkan tidak begitu banyak lagi. InsyaAllah, mulai hari ini akan dinaikkan...

Beberapa prosedur pilihanraya di sini juga telah berubah berbanding tahun sebelumnya. Antaranya poster calon telah disatukan berdasarkan kerusi yang dipertandingkan. Kebanyakan pihak mendakwa bahawa prosedur ini agak kurang relevan....

Sebanyak 37 kerusi pertandingkan, dan sebanyak 13 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding. 11 kerusi dimenangi oleh WUFI dan 2 lagi kerusi 'belah sana'. (Sekiranya silap informasi, harap ada yang betulkan).

Teruskan menanti tarikh keramat 4 September. Semoga usaha-usaha yang dijalankan dengan penuh kesabaran akan membuahkan hasil yang terbaik. Panjatkanlah syukur ke hadrat Ilahi...

Kepada sahabat-sahabat di IPT seluruh tanah air, semoga terus tabah dalam meniti detik-detik penentu masa depan anda semua. Semoga yang berfikrah qudus akan mencapai kemenangan. Jangan lupa untuk mengundi ! Undi anda sangat penting...

InsyaAllah, Allah SWT pasti memberikan kemenangan kepada golongan yang ikhlas dalam usaha untuk menegakkan syiar dan syariat Islam di gelanggang mahasiswa, di bumi kampus...

P/s : Sedih di UIA PJ tiada pilihanraya...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 12:25


Pilihanraya UIA Gombak

KERUSI-KERUSI YANG TELAH DIMENANGI TANPA BERTANDING

3 International Constituency (Female)

3 Engin Constituency

3 IRK Constituency

2 KAED Constituency

1 Medical Constituency

1 Pharmacy Constituency

P/s : Ternanti-nanti untuk AIKOL Constituency...

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-09-01 14:59 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 18:00


assalamualaikum.

Ada sesetengah laporan dari tabloid api perjuangan mahasiswa (APM) yg kita boleh terima dan ada yang kita boleh terima, contohnya yg kita tak boleh terima liputan APM tentang kes wan nurhayati bekas pelajar UTM yg kita masih boleh pertikaikan. Apapun kita masih boleh menerima akhbar tersebut kerana sekurang2nya laporannya seimbang dan masih memegang kepada etika kewartawanan dan tanggungjawab sosial akhbar.

tahniah kepada calon2 yg menang tanpa bertanding. apapun, teruskan perjuangan, semoga islam akan menang, insyaAllah.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Edi_best
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 476
Posting: 43
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-09-03 18:27


assalamualaikum....er nih nak cakap sikit lah....
saper kat UTM kat fakuti sains dipersilakan memangkah Wan aizuddin b. Wan Razali..... erm
bukan nak promote tapi nak cakap skit jer ahak ... tak salah kan.... kalau salah tolong maafkan..



Bookmark and Share

    


  Member Information For Edi_bestProfil   Hantar PM kepada Edi_best   Quote dan BalasQuote

mawardah_solehah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1155
Posting: 100
Dari: Kuantan,Pahang Darul Mukmin

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 19:36


subhanallah...
Semoga pejuang-pejuang agama akan terus bangkit....Mahasiswa perlu lantang!!
Alhamdulillah..harapan ana , biarlah kerusi-kerusi tersebut diisi oleh pemimpin yang menegakkan Dinl Islam...

Congratulations!!! Kepada calon-calon yang menang tanpa bertanding!!



-----------------
"Hati ini milik Allah..
Diciptakan oleh Allah...
     Hanya untuk mencintai Allah.."



Bookmark and Share

    


  Member Information For mawardah_solehah85Profil   Hantar PM kepada mawardah_solehah85   Pergi ke mawardah_solehah85's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 20:00


Takbir............
Allah Akbar!!!!!!!!!!!

Sekarang kebangktan Gelombang Mahasiswa ke-3
Teruskan perjuangan...............
Mahsiswa madani, Negara Harmoni.........




-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 20:08


Wahhh ! Cukup bersemangat sahabat-sahabat kita ini ! Inilah mahasiswa dan mahasiswi harapan, insyaAllah...

Benar kata lidah-penghunus, sesetengah informasi yang dipaparkan di dalam tabloid API PERJUANGAN MAHASISWA masih boleh diterima...

Sama-sama kita terus berdoa agar kerusi-kerusi pimpinan pelajar di IPT seluruh negara akan diisi selayaknya oleh insan-insan yang berwibawa. Istilah berwibawa ini bukan sahaja dari sudut kepimpinan, tetapi juga dari aspek kerohanian, dihiasi dengan pentarbiyahan Islami, insyaAllah...

P/s : Semoga gema kalimah Allahu Akbar terus kedengaran di hari penentuan keputusan kelak.
Kepada yang kurang arif dengan pilihanraya di UIA Gombak, WUFI stands for WE UNITE FOR ISLAM...

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-09-01 20:11 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 22:04


bila lagi salafian nak bertanding? ana dah tak sabaq nak undi ni.....ahaks !
kan uia pj tadak pilihanraya....tatau la knape...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 22:23


a'ah kannnn!!!

undilah pihak yang benar dan BERWIBAWA

tahniah kepada yang menang tanpa bertanding tu

jawatan & tugasan satu amanah


-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-09-03 18:04


Jangan bersemangat hanya dalam kampus tetapi apabila keluar ke gelanggang pertempuran, sudah hilang taring,....kekuatan dan kebenaran adalah bersama jemaah.

BERANI KERANA BENAR BUKAN KERANA RAMAI!!!

SaLaM PerJUangan!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-09-03 18:18


Quote:

On 2003-09-01 12:11, SaLaFiaN wrote:
Ana sudah baca tabloid API PERJUANGAN MAHASISWA, dan ana agak kurang berkenan. Sesetengah fakta yang dikemukakan adalah tidak tepat, hasil cedokan bahan akhbar yang lain. Dan pada pandangan ana, sesetengah isinya kurang menyenangkan. Maaf ! Ini adalah komen peribadi...




Kadang-kadang kita hanya suka kepada sesuatu yang menyenangkan, mengindahkan, sedangkan belum tentu ia benar. Pujian amat disukai oleh setiap orang biarpun pujian itu belum tentu ikhlas dan benar....cacian amat dibenci oleh hampir setiap insan padahal cacian itu mungkin mengandungi sesuatu yang benar.

Pandangannya mungkin salah tetapi dia mungkin betul sedangkan pandanganku mungkin betul tetapi aku mungkin salah...

Tiada sesuatu dalam dunia ini yang memuaskan hati semua manusia....sedangkan Nabi pun dibenci..apatah lagi perkara-perkara lain. Kita dikurniai Allah dengan akal yang sihat dan fikiran yang tajam agar kita menggunakannya untuk menyaring sebarang maklumat yang diterima...soal berkenan atau tidak bukan masalahnya kalau ia satu kebenaran...

Hal ini tidak semestinya dalam menerima maklumat menerusi media massa malah melalui manusia sekalipun, kdg2 kawan sendiri pun bisa menipu. Sesiapa pun berhak untuk menyebarkan maklumat, dan sesiapapun berhak mencari apa-apa maklumat melalui mana-mana sumber mana sekalipun cuma tanggungjawabnya ialah memastikan maklumat tersebut bukanlah racun atau virus yang bisa membarah di kalangan manusia...

DON'T JUDGE THE BOOK BY ITS COVER...

ALLAH KNOWS THE BEST

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

mafal_katarsis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2169
Posting: 228
Dari: -:tAnAH nAn BeRtUaH:-

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 03-09-03 20:44


Assalamualaikum wbt

Esok akan bermulalah pilihanraya bagi seluruh IPTA.Kat UiTM nie bukan main ligat lagi poster ditampal masing2 nak promote calon fakulti memasing.Tapi kalu nak tengok sejarah yang lepas cam takda choice dalam pilihanraya.Yang bertanding adalah calon yang benar2 disokong dari belakang oleh pihak2 yang tertentu.Manakala ada sesetengah calon yang berhaluan kiri sket sudah tentu payah nak dapat sokongan.

Walaubagaimanapun yang penting masing2 tahu tanggungjawab bila dah dapat title MPP & sebagainya.Jangan setakat time pilihanraya jer nampak baik tegur orang sana sini...bila dah dapat pangkat dok jawatan tinggi2 dah lupa kawan kat bawah.

Yang bertanding selamat bertanding.Yang tak bertanding selamat mengundi.Pastikan anda tak menjadi menjadi the "phantom voters" noOoO
Semoga mahasiswa/i semua terus berjaya apatah lagi dalam mengangkat martabat bangsa,agama dan negara.Takbir ALLAHU AKBAR!!!!!

*sian nengok tabloid API PERJUANGAN MAHASISWA jadi alas duduk budak2 time nunggu bas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mafal_katarsisProfil   Hantar PM kepada mafal_katarsis   Pergi ke mafal_katarsis's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-03 20:45


Syukran jazilan buat sahabat ana, sunan-faqih untuk nasihat panjang lebar. Sebaiknya kita sebagai umat Islam lebih berhati-hati di dalam menerima suatu berita. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran Al-Aziz, surah Al-Hujuurat yang menyeru kita untuk menyemak sejauh mana sahihnya khabar yang diperolehi...

Cuba ana ingin jelaskan berkenaan dengan kenyataan awal ana. Apa yang ana maksudkan dengan "kurang menyenangkan" bukanlah adalah kerana kepentingan diri ana sendiri atau kepentingan politik pihak tertentu, sebaliknya apa yang dikatakan "kurang menyenangkan" itu adalah berita yang tidak tepat. Antaranya, berkenaan dengan pilihanraya di UIA Gombak pada tahun lepas. Cuba semak kembali tabloid berkenaan...

Kita kena akur, tidak semua manusia sempurna dan natijah dari itu, manusia tidak lari dari kesalahan. Itu yang perlu kita akur, tidak semua laporan media massa benar, dan tidak semua boleh kita percaya dan yakin bulat²...

Tidak salah untuk menyebarkan maklumat selagi mana kita yakin apa yang kita sampaikan itu dapat memberi manfaat kepada semua...

Dalam isu ini, tiada siapa yang bersalah. Masing² mempunyai autoriti untuk melontarkan pandangan. Pandangan setiap manusia adalah berbeza, dan tidak semua pandangan selari dengan apa yang terlintas di dalam hati kita sendiri...

Harap sahabat sekalian dapat fahami apa yang ingin ana perjelaskan. Ana meminta maaf sekiranya kenyataan ana berkenaan tabloid Api Perjuangan Mahasiswa menyentuh sensitiviti mana² pihak...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

aimanwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 307
Posting: 151
Dari: Mansurah_Mesir

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-09-03 00:23


selamat mengundi
mengundilah calon yg boleh harap
jgn pilih calon cakap x serupa bikin

wsalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For aimanwanProfil   Hantar PM kepada aimanwan   Pergi ke aimanwan's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 04-09-03 08:55


Pangkah jgn tak pangkah
Pangkah jgn tak pangkah

Kampus atau umum tak kira..!!

Takbir...!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-09-03 16:16


Assalamualaikum warahmatullah...

Tibalah masa,waktu dan hari yang dinantikan........

Insya Allah..sama-sama kita doakan agar calon-calon yang benar-benar nak perjuangkan Islam yang menjadi pilihan dihati mahasiswa dan mahasiswi yang bakal memimpin dunia akan datang Insya Allah....

Kitalah yang akan pastikan...ISLAM terus GEMILANG dimuka BUMI ALLAH ini..

smile always

UNITE FOR ISLAM....

-----------------
"Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila kita berjaya memperolehi kemanisan IMAN dan CINTA ILAHI"

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_alazwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_alazwar   Quote dan BalasQuote

mafal_katarsis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2169
Posting: 228
Dari: -:tAnAH nAn BeRtUaH:-

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 04-09-03 21:12


Assalamualaikum wbt

~hari nie adalah hari pengundian bagi semua kawasan yang sewaktu dengannya.tak kurang hebatnya pihak2 yang bertanding sempat mempromosikan diri & manifesto masing2.
~Tapi yang paling best yang terjadi siap lecturer panggil student lagi suh gi ngundi...nak taknak walaupun berat kaki melangkah kenalah gak gi ke tempat membaling undi
~walaupun umur pun tak cukup lagi nak mengundi tapi nak ambik pengalaman noOoO...nak gi ngundi time pilihanraya bulan seploh nanti

Bookmark and Share

    


  Member Information For mafal_katarsisProfil   Hantar PM kepada mafal_katarsis   Pergi ke mafal_katarsis's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-09-03 23:02


Salam Pilihanraya buat semua mahasiswa...

Nampaknya di mana-mana kampus hari ini adalah hari gemilang kerana general election, sayangnya warga MCIIUM tak dapat merasai semua itu

Masa mengundi telah tamat, hayya bina kita lihat siapakah peneraju kampus masing-masing...kepada sahabat sahabiah yang mempunyai maklumat sila kemukakan di sini. Kita pantau sama-sama sejauh manakah keputusan pilihan raya kali ini.... ISLAM ATAU......?

SaLam Perjuangan BuaT SemuA yang terlibat dlm election....ALLAAHU AKBAR!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 11:03


hmm...macam mana dengan keputusan 'election' semalam yer...

kita tunggu laporan dari yang akan melapor

~WE UNITE FOR ISLAM~




[ Posting ini telah di edit oleh: littlemuslimah pada 2003-09-06 10:31 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

khaulah_alazwar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 927
Posting: 638
Dari: ::The Garden of Knowledge and Virtue::

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 15:54


Alhamdulillah.....
Dah selesai dah election di IPT di seluruh Malaysia...


Ana dah dapat makluman dari UIAM Gombak..., Tampuk pemerintahan disana jatuh kepada
WUFI

WE UNITE FOR ISLAM!!!!!

Smile always...

Syukur Alhamdulillah........

Ditempat-tempat lain macam mana?

-----------------
"Tidak ada apa yang lebih manis dalam kehidupan ini melainkan apabila kita berjaya memperolehi kemanisan IMAN dan CINTA ILAHI"

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_alazwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_alazwar   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 17:37


Pilihanraya UIAM

KEPUTUSAN PENUH

General (Male) Malaysian Constituency :: 3 WUFI

General (Female) Malaysian Constituency :: 4 WUFI

General (Male) International Constituency (Tajaan) :: 3 WUFI, 1 SAHABAH

General (Female) International Constituency (Tajaan) :: 2 WUFI, 1 SAHABAH (Won Uncontested)

HS Constituency :: 4 WUFI

AIKOL Constituency :: 3 WUFI

ENM Constituency :: 3 WUFI

ICT Constituency :: 1 WUFI

SCIENCES Constituency :: 1 WUFI

ENGIN Constituency :: 3 WUFI (Won Uncontested)

IRK Constituency :: 3 WUFI (Won Uncontested)

MEDICINE Constituency :: 1 WUFI (Won Uncontested)

PHARMACY Constituency :: 1 SAHABAH (Won Uncontested)

KAED Constituency :: 2 SAHABAH (Won Uncontested)

Tahniah kepada yang berjaya melalui pemilihan yang adil !

Allahu Akbar !

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-09-05 17:40 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 18:07


Pilihanraya UIAM

Sesi pengiraan undi berlangsung semalam, bermula dari jam 8 malam. Pada mulanya, diumumkan keputusan E-Undi. Kemudian, barulah sesi pengiraan undi bertulis dijalankan bertempat di CAC...

Suasana pada mulanya agak terkawal. Namun seperti yang dijangka, ketika sesi berjalan, pasti wujud sifat tidak puas hati di kalangan juri² awam, terutamanya bagi kerusi yang begitu sengit, iaitu ENM Constituency dan HS Constituency. Tidak menjadi kesalahan bagi juri untuk membantah kertas undi yang dipaparkan, tetapi agak mengecewakan apabila bantahan dilakukan dengan cara yang tidak berhikmah dan sudah tentu masalah ini menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Inilah yang perlu diubah oleh sesetengah mahasiswa juga mahasiswi, memandangkan lazimnya yang terlibat dengan pilihanraya pastinya pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik. Sekiranya sikap sebegini yang ditunjukkan, fikir dua kali layak atau tidak untuk kita bertanding...

Setelah beberapa kontroversi dilalui, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman keputusan. Memang lama kami menunggu, lebih kurang dari jam 1.00 pagi sebaik sahaja di skrin dipaparkan 'The Official Result'. Tunggu punya tunggu (ada yang tertidur), pada jam 2.30 pagi, barulah keputusan diumumkan...

Tatkala keputusan diumumkan, memperlihatkan senario kedua belah parti. Sudah tentu, apabila perwakilan masing² menang, bertepuk dengan penuh semangat (sampai naik merah tapak tangan seronok bertepuk), dan bagi perwakilan yang tewas, sekadar tepukan hambar yang disajikan...

Akhirnya, keputusan membuktikan bahawa WUFI terus menjadi pilihan para pelajar UIAM, apabila memenangi semua kerusi yang dipertandingkan (tidak termasuk menang tanpa bertanding). Beberapa kerusi memperlihatkan WUFI menang mudah, manakala kerusi ICT dan ENM agak sengit. Manakala kerusi HS dan AIKOL yang menjadi 'idaman', ditawan mudah oleh WUFI. Seperti yang dijangka juga, General (Male) Malaysian Constituency dan General (Female) Malaysian Constituency juga berjaya 'disapu bersih' oleh WUFI...

Sekian laporan dari ana. Akhirul kalam, ALF MABRUK buat WUFI yang sekali lagi telah mengulang sejarah, apabila memenangi semua kerusi yang dipertandingkan dalam tempoh 2 tahun berturut-turut. Sekali lagi UIAM ditawan WUFI, yang bermatlamat untuk menegakkan syiar dan syariat Islam di muka bumi UIAM, seterusnya mewujudkan generasi yang patuh pada Al-Quran dan As-Sunnah, insyaAllah.

Jadikan kemenangan sebagai platform untuk memantapkan segenap aspek berkenaan SRC, UIAM atau apa sahaja. Kemenangan bukanlah untuk mengejar populariti, sebaliknya taklifan untuk memimpin dengan baik liLahi Ta'ala. Ingatlah abang² dan kakak², adik berpesan

Teruskan kecemerlangan ini buat selamanya, demi Islam...

Allahu Akbar !

* Posting ini tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana² pihak. Berdasarkan pandangan secara langsung serta komen dari perspektif penulis sendiri...

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-09-05 20:49 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-03 18:20


Bagaimana dengan sahabat² di lain² IPT? Khabarnya ada yang berjaya dan ada yang kurang berjaya

Jangan terus bersedih. Pasti ada hikmah di sebalik kekalahan ini. Jadikan kekalahan sebagai pemangkin untuk menawan kembali kepimpinan pelajar, demi agama kita Islam ! Sekiranya kita tanamkan segalanya kerana Dia, insyaAllah kita tidak akan berputus asa, sebaliknya terus berusaha untuk kembali mengislahkan kepimpinan mahasiswa walau di mana sahaja kita berada. Dengan izin-Nya, pasti akan kita tawan semula. Bukanlah Islam yang ditawan, sebaliknya Islam yang perlu menawan ! Susun langkah satu demi satu, bukan langkah seribu ! Demi yang haq, kita pasti tampil...

Kepada yang berjaya, jangan terlalu gembira. Seharusnya kita lebih bersedia untuk menghadapi kemungkinan² yang bakal menjelma. Pihak musuh yang 'anti' dan 'alergik' dengan kepimpinan berteraskan Islam ada di mana sahaja, dan 'mereka' sentiasa berfikir dan tidak akan putus² berusaha untuk merampas apa yang kita miliki kini. Terpulang pada diri kita, samada berazam untuk terus menawan atau sebaliknya. Dan sudah tentu wahai pejuang Islam sekalian inginkan segalanya kekal di dalam genggaman kita, insyaAllah. Allahu Akbar !

Kita adalah mahasiswa juga mahasiswi Islam, dan kitalah generasi masa hadapan. Perlengkapkan diri dengan iman yang konkrit, ilmu yang bermanfaat, amal soleh nan istiqamah, akhlak mulia yang jitu serta kepekaan berkenaan isu semasa. Inilah ciri² mahasiswa berkualiti, insyaAllah !

Pesan dari mahasiswa yang kerdil. Semoga segalanya dapat ditempuhi dengan mudah, amin...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-09-03 10:38


ALFUN MABRUK ! kepada saff kepimpinan WUFI yang memenangi dan mengusai semua kerusi di UIAM.

jawatan adalah satu amanah.
laksanakanlah dengan baik.

~ WE UNITE FOR ISLAM ~

ALLAHU AKBAR !!!!!


-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-09-03 10:56


Allah Akbar...!!!
Pasti kemenangan menjadi kenyataan


..............
Tentang IPT lain..Prof ada dengar 'kalah paksa'...
....Kerna diberi tentangan hebat...dgn taktik kotor...
....UKM jatuh pada Aspirasi...habis manifesto..
berubah....

Wallahualam...


......................
p/s: Tahniah UIAM ...menang..
Allahu Akbar...!!!

-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

utusis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.08.2003
Ahli No: 2865
Posting: 79
Dari: kedai makan

cambodia  


posticon Posting pada: 06-09-03 16:32


dah september dah nie tak mengundi ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For utusisProfil   Hantar PM kepada utusis   Pergi ke utusis's Website   Quote dan BalasQuote

ikhwan_1403
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2003
Ahli No: 1216
Posting: 88

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-09-03 08:49


Assalamualaikum...

lain pula halnya kat UTM ni ..... kalau TAHUN LEPAS kepimpinanan diterajui oleh ' aspirasi universiti' tp untuk sesi akan datang sudah beralih kpd mereka yang ingin menjalankan pemerintahan secara adil , telus sesuai dengan tuntutan syariat... ALHAMDULILLAH..... menang besar juga mereka 30-15...... lestarikan perjuangan memartabatkan ketuanan islam ........ takbir

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_1403Profil   Hantar PM kepada ikhwan_1403   Quote dan BalasQuote

thinker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 781
Posting: 62

iraq  


posticon Posting pada: 08-09-03 11:28


huhuhu sedihnya. sejak 7 sesi Islam Penyelamat Ummah (IPU) memegang tampuk pemerintahan PMUKM akhirnya kalah pada tahun ni...23-9.sedih tul..
tapi pilihanraya tahun ni memang banyak penipuan dan konspirasi..takpe,bg peluang kat aspirasi memerintah.insyaAllah,barisan kepimpinan IPU akan menyusun semula strategi utk sesi akn dtg.moga kepimpinan berlandaskan Islam akan kembali ke bumi UKM.insyaAllah...
lagi sedih,Ikatan Studi Islam UKM(ISIUKM) sedang cuba diharamkan di UKM oleh pihak2 yang tak senang dengan segala aktiviti Islamik yang dbawa oleh ISIUKM.same2lah kite berdoa,moga Allah membantu kita terhindar dari sebarang rancangan jahat....

-----------------
"iman bukanlah penjara dijiwa,
yang selamanya bersembunyi,
tapi kemerdekaan yang hakiki..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For thinkerProfil   Hantar PM kepada thinker   Quote dan BalasQuote

aharisya
Warga Rasmi
Menyertai: 23.06.2003
Ahli No: 1625
Posting: 12
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-03 14:49


assalamualaikum..
alhamdulillah..election di universiti malaya berlangsung dengan aman dan licin...di Um suasana pilihanraya mmg terkawal dan seperti thn2 lepas..ade yg ana dengar menang majoriti...tahniah laa...tahniah buat GAGASAN...menang setiapkali pilihanraya...GAGASAN ini pro-student...moge2 calon2 yg menang kali ini akan terus meggandakan usaha dan memantapkan kepimpinan MPMUM...semoge terus gah varsiti perdana ini...insyaAllah...
pada hari election, disetiap fakulti penuh poster..memang perang poster la antara GAGASAN dan pembangkang...tapi alhamdulillah GAGASAN menang juga...........tahniah buat semua...wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aharisyaProfil   Hantar PM kepada aharisya   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-09-03 18:50


buat student ukm dan upm sabar!! Allah akan balas balik penipuan yang dilakukan mereka..


Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-03 00:51


Assalamu'alaikum...

first of all, TAHNIAH pada barisan calon yg bertanding atas perjuangan menegakkan Islam....
pada yang kurang berjaya, banyakkan bersabar dan temuhilah dugaan dgn sabar... pasti ada hikmah y tersembunyi di sebalik segala yg tersurat...
moga barisan pimpinan di semua ipt akan menegakkan perjuangan demi kebajikan semua...

p/s:akak rindukan saat2 memangkah calon2 di um dulu... uwaa, dah tuaaa... musim pilihanraya di um mmg best dan sentiasa havoc... hehehe... ahh, really missed my student life!!!!

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

mafal_katarsis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2169
Posting: 228
Dari: -:tAnAH nAn BeRtUaH:-

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-03 17:15


Assalamualaikum wbt

~Sabarlah atas apa yang berlaku lagipun ada khabar wallahu'alam betoi tak sedang membawa isu ni ke pengadilan sebab pilihanraya yang dijalankan didukungi oleh orang2 tertentu...
~walauapapun sebagai pelajar teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.moga ilmu yang kita perolehi kelak akan diberkati Allah,insyallah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For mafal_katarsisProfil   Hantar PM kepada mafal_katarsis   Pergi ke mafal_katarsis's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-09-03 17:37


Assalamualaikum wth wbh...

Salam perjuangan buat semua, tahniah kepada barisan Islam yang berjaya menguasai di sesetengah IPTA seperti IIUM, UTM, UM dsb. Tidak lupa juga salam ujian buat barisan mahasiswa di UKM dan UPM yang selama ini mendominasi tampuk kepemimpinan kini diuji dengan kekalahan.

Sesungguhnya kekalahan dan kemenangan masing-masing merupakan ujian terhadap manusia. Kepada yang menang, kotakan apa2 yang telah dijanjikan, dan kepada yang kalah berilah sokongan kpd yang menang dalam hal yang positif dari pandangan Islam dan teruskan perjuangan.

ALLAAHU AKBAR!! ALLAAHU AKBAR!! ALLAAHU AKBAR!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

zamirsham
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14483
Posting: 77
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 21:54


teringin nak jadikan kustem seperti uia. insyaallah usaha kami ke arah kemenangan. UNDI KAI!
bersihkan pelampau2 yang tak tahu nilai kebajikan dan keislaman.
serang selagi terdaya!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamirshamProfil   Hantar PM kepada zamirsham   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-09-05 21:57


risau macam mana pilihanraya dekat UM nanti, sesi lepas dah cukup haru-biru..... ntah2 kali ni pun sama:-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

goldfish
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16967
Posting: 17
Dari: indonesia

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-09-05 00:50


sapa sini pro-as-p-ra-c?

Bookmark and Share

    


  Member Information For goldfishProfil   Hantar PM kepada goldfish   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.507509 saat. Lajunya....