Oleh |
Naik motosikal bahaya? |
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 05-09-06 00:34
86 penunggang motosikal maut dalam 6 bulanKUALA LUMPUR: Sebanyak 86 kes kematian nahas jalan raya membabitkan penunggang motosikal di sekitar ibu negara dicatatkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 39 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Salleh Yusup, berkata peningkatan kes yang ketara itu sangat membimbangkan dan langkah drastik termasuk operasi sentiasa dilaksanakan polis trafik dalam menangani masalah itu. DEMI KESELAMATAN: Astaman memakaikan topi keledar kepada Nur Fatehah Mat Rejab di PPR Cochrance Perkasa pada majlis pelancaran Kempen Penggunaan Topi Keledar, semalam.Salleh yang juga Yang Dipertuan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, berdasarkan statistik yang sama seramai 149 pelumba haram ditangkap yang mana 54 daripadanya membabitkan individu di bawah umur. “Operasi yang dijalankan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dilaksanakan sepanjang masa terutama mereka yang menyertai perlumbaan haram. “Ibu bapa bertanggungjawab dalam memastikan anak remaja mereka yang tidak mempunyai lesen atau di bawah umur tidak menunggang motosikal atau memandu kenderaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Penggunaan Topi Keledar Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Kawasan Parlimen Titiwangsa di sini, semalam. Majlis pelancaran disempurnakan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abd Aziz. Pada majlis itu, Astaman turut mengagihkan lebih 60 topi keledar kepada penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa. Dalam pada itu, Salleh berkata, sejumlah 1,661 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar manakala 172 saman kerana tidak memakainya dengan kemas. “Tahun lalu, sejumlah 331 operasi mencegah lumba haram dijalankan dengan 298 tangkapan dibuat. Daripada jumlah itu 290 membabitkan penunggang motosikal dan 45 daripadanya adalah di bawah umur. “Kesalahan ketara yang kerap dilakukan penunggang dan pembonceng motosikal termasuk tidak memakai topi keledar ataupun tidak memakainya dengan kemas seperti mana dikehendaki udang-undang,” katanya. Sementara itu, Astaman berkata, kempen penggunaan topi keledar itu diadakan secara berperingkat di kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutama yang mempunyai majoriti penduduk menggunakan motosikal. Katanya, kerajaan mengambil beberapa langkah serta strategi untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya khususnya di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal. “Antara strategi dilaksanakan termasuk menerapkannya menerusi pendidikan dan menambah modul sedia ada, memperkasa teknologi kejuruteraan selain mengguna pakai tenaga pakar bagi mengurangkan masalah kecuaian di kalangan pengguna jalan raya. “Bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pengguna, kerajaan sendiri menganjurkan kempen keselamatan jalan raya secara berterusan berpandukan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010,” katanya. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060904090214/Article/---------------------------------- saya suka sesangat naik motosikal sebab jimat minyak dan boleh elak jam, tapi betul ke risikonya untuk kemalangan terlalu tinggi? setakat ni saya tak pernah accident lagi maybe sebab berhati-hati tapi kadan2 risau juga... apa pendapat sahabat2? jom bincang... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 05-09-06 00:35 ]
|
hyunckel_asyraf
WARGA SETIA Menyertai: 12.01.2005 Ahli No: 13668
Posting: 414
Dari: United Kingdom
|
Posting pada: 05-09-06 08:40
pada saya risiko naik motosikal ni sangat tinggi.as medical student saya dah pernah tengok dan dengar banyak kes yang melibatkan penunggang motosikal ni. kalau naik motor,bila accident kita akan jatuh dan risiko cedera tulang belakang sangat tinggi.dan semua orang tau kalau ada masalah kat tulang belakang boleh akibatkan lumpuh.then banyak lagi kecederaan lain yang boleh berlaku sebab penunggang motor ni memang tak ada perlindungan fizikal macam naik kereta. masalahnya banyak juga kemalangan yang bukan salah penunggang motor.so kalau macam mana kita berhati-hati pun boleh jadi orang lain yang rammed into us. memanglah tak banyak terjadi,cuma my point is bila dah terjadi kemalangan tu,risikonya kecederaannya tinggi.to me its better safe than sorry. just my 2 pence
|
hafiz86
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah
|
Posting pada: 05-09-06 09:16
betul cakap hyunckel_asyraf tapi kalau kita memandu motor kita dengan berhati-hati risiko untuk kemalangan rendah saya bawak juga motor ke kuliah
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-09-06 10:19
masih belum mampu nak pakai keter.. insyaAllah.. saya selalu hati-hati bawa motor...
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 05-09-06 11:08
kalau naik moto memang mudah kita jatuh.. setiap orang mesti pernah jatuh moto kan..? walaupn tak serius,tapi kecil2 pun mesti kita pernah.. saya pun bawa moto.. apapun, sentiasa kita berhati-hati..
|
hafiz86
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah
|
Posting pada: 05-09-06 11:11
saya pernah jatuh motor sakit tu selamat tak ada apa-apa
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-09-06 22:20
saya pernah tumpang naik motor tak pakai helmet dari PWTC sampai PJ, pukul 11 malam.. (balik daripada International Islamic Fair-jadi AJK). hukhuk... mak ayah tahu ini matilah saya. pernah jugak balik daripada Ampang naik motor, pukul 11 malam juga. On the way balik, tayar pula pancit tgh2 highway...... mak ayah tahu ini pun matilah saya... huhuhuh dan banyak lagi pengalaman yang tak boleh diketahui mak ayah.
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 05-09-06 22:29
selalu naik tanpa lesen kat kampung tapi bukan kat jalan besar lah
|
husna_nasiha
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM
|
Posting pada: 05-09-06 23:13
Apa2pun, kalau dah ajal, tengah tidur pun boleh mati...tawakal..
|
azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara
|
Posting pada: 11-09-06 01:36
assalamualaikum...... moto ni memang bahaya.... maksud bahaya ni, boleh ditakrifkan sebagai risiko yang kita akan berdepan dengan menunggang motosikal dan membonceng motosikal lebih tinggi berbanding kereta... saya sendiri sekarang ni, tangan masih lagi bersimen dan menanggung kesakitan kerana kemalangan motosikal pertengahan bulan 8 yang lalu. tangan patah dan tulang yang patah tu hancur..... jadinya sekarang ni masih dalam tempoh pemulihan.. jadi, berhati-hatilah ketika memandu terutama diwaktu hujan kerana saya kemalangan waktu hujan. bahaya sangat-sangat... harap ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku pada saya.. memang lah mati tu kat mana saja boleh kalau ajal dah tiba. tapi, apa salahnya kita sentiasa beringat dan berusaha untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya... yang paling penting, ketika menaiki kenderaan, jangan lupa baca doa safar.. mohon perlindungan daripada Allah.. jadi lepas ni, apa nak jadi pun, mungkin ada hikmah dan tarbiyah dari Allah.... wallahu 'alam.......... ------------------------------- ** PILIHAN RAYA KAMPUS DAH NAK BERMULA.. AYUH BANGKIT SEMUA KITA TEGAKKAN YANG HAK DAN HAPUSKAN yang BATIL.....HAK-HAK MAHASISWA PERLU KITA FIKIRKAN DAN PELIHARA.. jangan JADIKAN DIRI KITA SEBAGAI BONEKA...."
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 11-09-06 06:34
Sepupu ana baru-baru ini dilanggar lari oleh sebuah kereta yang ingin membuat pusingan U. Pemandunya hanya melihat kepada lori dan langsung tidak mengendahkan kehadiran motosikal sepupu ana, yang juga pembayar cukai jalan. Kawan ana yang sedang menolak motornya yang kehabisan minyak di tepi jalan maut dilanggar sebuah kereta yang dipandu terlalu laju...
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 11-09-06 09:03
salam~ memang bahaya.. bahaya sungguh.. saya tak brni nak bawak moto.. hehe...pernah belajar bawak tapi kejap saja.. belajar tu pun abah tatau.. bila abah tahu dah kena.. adeh.. lepas itu tengok eksiden depan mata,fobia pula nak naik or bawak moto.. lesen kereta pun tak ambil sebab tak yakin.. tapi naik kereta tu yakin lah.. hmm.. wasalam~
|
anmahar
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 11-09-06 09:09
Kepada yang bermotor.... berhati-hati lah.... moga Allah melindungi...insyaAllah...
|
jutawanmuslimah
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM
|
Posting pada: 11-09-06 09:21
penunggang motosikal terdedah kepada bahaya sama ada dia berhati-hati ataupun tidak...
|
daei_fi_islam
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor
|
Posting pada: 11-09-06 10:43
memang bahaya kalau tak berhati-hati....TUNGGANG DENGAN CERMAT, INGAT ORANG YANG TERSAYANG......
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 11-09-06 12:22
sekarang ini macam-macam boleh jadi......so kita kena berhati-hati selalu...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
ghaznawi
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.08.2003 Ahli No: 2833
Posting: 158
Dari: taiping
|
Posting pada: 11-09-06 13:09
naik motosikal memang bahaya kena lah berhati-hati . kita berhati-hati orang lain pula yang cuai terjadi juga kemalangan dah takdirnya bergitu. naik motor banyak kelebihannya dari naik kereta tak ada nak tersangkut di kesesakan maklum lah jalanraya di kl ni.
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 11-09-06 13:12
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 11-09-06 13:27
bawak tu kena lah hati-hati...jangan ikut nafsu saja... tapi ramai juga penunggang moto yang mati akibat xcdent kan.... sebab kurang selamat....
|
umairah86
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.03.2006 Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 14-09-06 11:16
.. Ana pernah jatuh motor masa mula-mula belajar dengan adik dulu.. Sekarang ni, da jadi fobia..
|
Al-Aniesah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 14-09-06 11:24
naik motor pun masih lagi slow-slow...hehe...takut!!
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 14-09-06 13:34
kadang-kadang bahaya juga.....kita dah beringat,tapi org lain pula yang datang langgar kita...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 14-09-06 13:34
Jadi,ingatlah,IKAT JANGAN TAK IKAT.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
mysarra
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.12.2005 Ahli No: 20903
Posting: 91
|
Posting pada: 14-09-06 15:48
Kita memang seharusnya berhati-hati semasa membawa motor.........Bak kata pepatah 'Malang tak berbau' kan..............
|
permataputih
Warga Rasmi Menyertai: 02.10.2005 Ahli No: 19510
Posting: 10
|
Posting pada: 12-10-06 14:13
berhati-hati di jalan raya...ingatla org tersayang... [ Telah diedit oleh: permataputih pada 12-10-06 14:13 ]
|
permataputih
Warga Rasmi Menyertai: 02.10.2005 Ahli No: 19510
Posting: 10
|
Posting pada: 12-10-06 14:13
berhari2 di jalan raya...ingatla org tersayang...
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 12-10-06 14:17
Pada 12-10-06 14:13 , permataputih posting:!!! QUOTE !!! berhari2 di jalan raya...ingatla org tersayang... hehehe, berhati-hati kan... , orang yang naik motorsikal...ni macam timun....dia langgar orang pun, dia yang teruk....tapi Kalau orang langgar dia pun, dia teruk..... macam saya, naik mtr....ke lab. sebelum naik tu, atau semasa naik...kita baca bismillah, zikir ke...insyaallah, tak ada apa-apa yang penting, kat minta doa...dan tawakal padaNya
|
alin1605
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 12-10-06 22:45
alin sokong budak_melaka... alin pun naik motor dalam uum ini... bila kita dosa dan tawakal... insya allah kita selamat...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 12-10-06 22:58
pandulah ikut peraturan...bukan ikut suka saja...
|
nique_hanna
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.
|
Posting pada: 12-10-06 23:19
Pada 14-09-06 13:34 , eme86 posting:!!! QUOTE !!! kadang-kadang bahaya juga.....kita dah beringat,tapi org lain pula yang datang langgar kita......
erm..betul itu...naik motor ini,kadang-kadang bila kita berhati-hati pun..orang lain cuai..kita juga yang kena teruk..ye lah...kenderaan lain semuanya besar2.. ----------------- 'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'
|
selangor
Warga Rasmi Menyertai: 24.08.2006 Ahli No: 26039
Posting: 17
Dari: selangor
|
Posting pada: 12-11-06 17:21
assalamualaikum...... moto ni memang bahaya.... maksud bahaya ni, boleh ditakrifkan sebagai risiko yang kita akan berdepan dengan menunggang motosikal dan membonceng motosikal lebih tinggi berbanding kereta... saya sendiri sekarang ni, tangan masih lagi bersimen dan menanggung kesakitan kerana kemalangan motosikal pertengahan bulan 8 yang lalu. tangan patah dan tulang yang patah tu hancur..... jadinya sekarang ni masih dalam tempoh pemulihan.. jadi, berhati-hatilah ketika memandu terutama diwaktu hujan kerana saya kemalangan waktu hujan. bahaya sangat-sangat... harap ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku pada saya.. memang lah mati tu kat mana saja boleh kalau ajal dah tiba. tapi, apa salahnya kita sentiasa beringat dan berusaha untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya... yang paling penting, ketika menaiki kenderaan, jangan lupa baca doa safar.. mohon perlindungan daripada Allah.. jadi lepas ni, apa nak jadi pun, mungkin ada hikmah dan tarbiyah dari Allah.... wallahu 'alam.......... ----------------- MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
|
sahibul
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.09.2006 Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 12-11-06 20:08
berhati hati dalam apa jua..doa kunci kita
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 12-11-06 20:44
Ana pernah berbincang panjang tentang tajuk ini. Pada ana, menunggang motosikal memang bahaya di Malaysia kerana sistem jalan raya kita lebih untuk kenderaan beroda empat atau lebih. Lihat sahaja kebanyakan jalan di Malaysia tiada laluan untuk penunggang motosikal. Anda terpaksa menumpang di laluan kereta. Sangat normal jika ana dihon oleh pemandu kereta, lori, bas, dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya hanya kerana ana menunggang motosikal pada laluan mereka. Persoalannya, penunggang motosikal juga membayar cukai jalan, dan berhak menggunakan laluan tersebut. Ana juga menunggang motosikal, dan ana tahu apa perasaan penunggang yang dihon. Kerana itulah dihadapan stering ana cuba untuk sekurang-kurangnya menghormati hak seorang penunggang motosikal berlesen yang membayar cukai jalan. Ana tidak bercakap kosong tentang pemandu yang tidak mengendahkan penunggang motosikal. Contoh terbaru berlaku pada cuti summer lalu: sepupu ana yang menunggang motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang keluar daripada simpang kerana pemandunya membutakan mata pada sebuah motosikal. Mungkin anda boleh berkata sepupu ana juga salah jika kemalangan itu berlaku depan-depan, tapi apabila dia dilanggar dari sisi, was was tiada lagi.
|
najdahsuraya
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35253
Posting: 36
Dari: sepanyol
|
Posting pada: 08-10-08 09:58
berhati-hati di jalan raya... anda mampu mengubahnyer....8-D
|
ardani
WARGA SETIA Menyertai: 24.06.2008 Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake
|
Posting pada: 08-10-08 10:43
Pada 05-09-06 08:40 , hyunckel_asyraf posting:!!! QUOTE !!! pada saya risiko naik motosikal ni sangat tinggi.as medical student saya dah pernah tengok dan dengar banyak kes yang melibatkan penunggang motosikal ni.
kalau naik motor,bila accident kita akan jatuh dan risiko cedera tulang belakang sangat tinggi.dan semua orang tau kalau ada masalah kat tulang belakang boleh akibatkan lumpuh.then banyak lagi kecederaan lain yang boleh berlaku sebab penunggang motor ni memang tak ada perlindungan fizikal macam naik kereta.
masalahnya banyak juga kemalangan yang bukan salah penunggang motor.so kalau macam mana kita berhati-hati pun boleh jadi orang lain yang rammed into us.
memanglah tak banyak terjadi,cuma my point is bila dah terjadi kemalangan tu,risikonya kecederaannya tinggi.to me its better safe than sorry.
just my 2 pence salam..setuju dengan pdapat sahabat-sahabat di atas..dulu masa mula-mula dok bangi abang bagi motor untuk gerak p mn2..terima kasih abag..masa 2mmg tak ada lesen, tapi nak p kerja punya pasal, sanggup bawa..tapi ikut jalan taman perumahan sebab sedar diri tak ada lesen..berbulan2 juga lah tak ada lesen 2..dah lah roadtax mati huhuuu... nak dijadikan cerita berlaku kemalangan masa otw p mengajar..di langgar kereta yang baru keluar dari simpang 3... syukur alhamdulillah, tak ada apa-apa kaki saja sakit ket...nasib baik kkk yang bawa kereta 2 xmarah2 or nak tengok lesen..naya wehh...tapi yang geram nya, kkk 2 salah kan saya lakk...panjang lebar juga lah dia bebel...org nak cepat p sekolah jadi makin lambat.. tapi sekarang ni dah ok lesen dah ada tapi mampu lagi nak beli kereta bila try2 bawa kereta gigil semacam saja kaki..nak p mn2 jadi lagi lambat bila bawa kereta :-p so, nak mudah bawa motor.. kepada semua rider, kalau di fikirkan bahaya, memang bhy naik mtr seorang-seorang bila malam2 terutamanya perempuan..tapi yang penting hati-hati, bawa dengan berhemat, pakai topi keledar, ikat kemas..ingat orang tersayang..anda mampu mengubahnya..insyaAllah..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 08-10-08 12:29
hmm.. memang berbahaya membawa motor... tapi.. itulah saja yang mampu buat masa ni... itupun atas ehsan ayah... adess.. paling menggerunkan, bila jalan raya dipenuhi lori-lori kontena... (dah namanya pelabuhan)... adess... terbayang2 eksiden motor kena seret dengan kontena... uhuk... bila nak p port klang saja... rasa nak demam... p/s: bilalah nak ada lesen B2 ni... lambat betul sekolah memandu ni...
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 08-10-08 21:26
A'a...bagi ana memang naik motosikal lebih bahaya dr naik kereta..Spanjang hdup ana, dah 2 kali ana eksiden time naik mtor..satu teruk, satu biasa-biasa...Alhamdulillah Allah masih nak panjangkan lagi umur ana sampai sekarang... Harap pihak berkuasa percepatkan pembinaan lorong untuk motosikal di jalan raya...Sedih tengok makin hari makin ramai yang menjadi korban jalan raya.. ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 10-10-08 14:32
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 10-10-08 16:19
moto moto moto..ish2...hati-hati lah ketika nek moto 2..
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 11-10-08 02:01
kadang-kadang penunggang motor ni dah berhati-hati ketika membawa motor, tapi disebabkan sikap driver kereta yang langsung tak hiraukan keselamatan orang lain telah mnyebabkan yang tak bersalah menjadi mangsa. Pada malam raya baru ni di tempat ana seorang penunggang motor telah terbunuh bila motosikal yang dia bawa dilanggar oleh sebuah kereta yang mana pemandunya tengah mabuk time tu. Arwah telah dilanggar di atas jambatan hingga terjatuh ke atas tanah di bawah jambatan. kejadian ni berlaku di atas jambatan Kuala Ibai, Terengganu. Al-Fatihah untuk arwah...
|
Abahh
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.09.2007 Ahli No: 31212
Posting: 33
Dari: kl
|
Posting pada: 14-10-08 15:16
motor ni umpama mentimun.... melanggar dia punah.....dilanggar dia musnah.... dari tu hati-hati bawa moto......
|