Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 98
Ahli: 0
Jumlah: 98




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 4 hari yang lalu
Kang: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu
muslimin23: 33 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: B U T A


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» B U T A

Please Mendaftar To Post


Oleh B U T A

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 22:47


ALLAHuakbar!!!

As-Salammualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh wa Maghfiratuh...

Buat renungan kita bersama...


***************************************************

B U T A

Makkah pun sudah, Madinah pun sudah,
Namun badanku bertambah lemah,
Badar pun sudah, Khandak pun sudah,
Namun hatiku resah gelisah...


Ramai sahabatku mengorbankan diri,
Harta dunia, anak dan isteri,
Memperjuangkan kebenaran hak asasi,
Al Quran tajali ILLAHI...


Gurun pasir aku redahi,
Bersama temanku yang aku cintai,
Dari musuh kami menyelamatkan diri,
Bukan kerana gementar, itu aku pasti..


Didalam perjalanan. Aku menghayati,
Akan perjuangan yang aku hadapi,
Kepada ALLAH aku menyerah diri,
Kepada temanku. Aku yakini...


Hidupku, matiku untuk yang aku cintai,
Sanggup aku mengorbankan diri,
Supaya Al Quran dapat disebari,
Kepelusuk dunia, ciptaan ILLAHI...


Namun hatiku masih gelisah,
Bukan kerana perkara yang sudah,
Ku duduk terfikir, barulah aku pasti,
Akan masaalah yang akan dihadapi...


Sepeninggalanku pergi menatap wajah ILLAHI,
Kaum Islam yang aku cintai,
Akan bermusuhan, membunuh sama sendiri,
Kitab Al Quran dijual beli,
Sibodoh dan sibuta memegang tali,
Membawa ikutan abdi bukan abadi,
Kerana suasana Al Quran sudah menjadi sepi...


Kebenaran asas akan dilupai,
Kerana mengejarkan sesuap nasi,
Perbincangan hangat pada yang remeh,
Bacaan Al Quran menjadi temeh...


Wahai kaumku sepeninggalan aku,
Kembalilah kamu pada yang SATU,
Kalam ALLAH yang sebegitu jitu,
Perjuangkanlah Al Quran sampai akhir hayatmu...


Jadikanlah kami sebagai tauladan,
Untuk Al Quran, kami memperjuangkan,
Sehingga nyawa meninggalkan badan,
Jika benarnya kamu kasihkan TUHAN...


Kelihatan perbuatanmu kerana TUHAN,
Tutur katamu sungguh enak menawan,
Namun bila diseru mengembangkan Al Quran,
Mengapakah kamu lari bertempiaran?
Cuba berselindung disebalik alasan,
Seperti anak kecil didalam ketakutan...


Inikah cinta yang kamu banggakan?
Inikah Islam yang kamu sebarkan?
Perjuang-perjuang Al Quran, kamu malukan,
Yang korbankan hidup memperjuangkan Al Quran...


Apalah erti tuturan cinta, tanpa pengorbanan,
Walaupun sedikit, yang tetapnya perjuangan,
Janganlah dibutakan oleh kepalsuan,
Janganlah dilalaikan oleh perasaan...


Wahai kaumku yang cendekiawan,
Wujudkan suatu suasana Al Quran,
Bangkitkanlah kembali semangat perjuangan,
Kegemilangan Islam kerana Al Quran...


Jauhkanlah sifat kebanggaan diri,
Kalau bukan kerana Al Quran dan ILLAHI,
Bersatulah kamu, perkemaskanlah diri,
Untuk memperjuangkan hak yang asasi,
Kitab Al Quran, kebenaran abadi...

karya: hamba ALLAH
sumber inspirasi : ALLAH

ALLAHualam.
wassalam :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 01-09-06 15:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

khairi05
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2005
Ahli No: 19183
Posting: 35
Dari: Parit Buntar

Perak  


posticon Posting pada: 01-09-06 00:05


sajak ke apa ni?.... sekali syair dahhh....hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairi05Profil   Hantar PM kepada khairi05   Quote dan BalasQuote

umaira_sutera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 00:25


tak pelah sajak ke syair ke,yang pastinya kata-kata...tu boleh memberi kesedaran dan keinsafan.betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For umaira_suteraProfil   Hantar PM kepada umaira_sutera   Quote dan BalasQuote

uncle_paklang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.04.2006
Ahli No: 24275
Posting: 134
Dari: bumi barakah

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 06:47


syukran mas2ra, ini sajak sempena kemerdekaan ke

walau apapun ia tetap memberi manfaat buat ana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For uncle_paklangProfil   Hantar PM kepada uncle_paklang   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 15:34


afuan... :-)

"berpesan-pesanlah kepada kebenaran & kesabaran..."

ALLAHualam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 16:50


Pada 01-09-06 00:05 , khairi05 posting:

!!! QUOTE !!!

sajak ke apa ni?.... sekali syair dahhh....hehehe


:lol: gurindam....... :roll:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108786 saat. Lajunya....