Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 1 hari, 17 jam, 33 minit yang lalu
Kang: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu
muslimin23: 30 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: TENGOK, INILAH MUSAH dalam SELIMUT ISLAM


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» TENGOK, INILAH MUSAH dalam SELIMUT ISLAM

Please Mendaftar To Post


Oleh TENGOK, INILAH MUSAH dalam SELIMUT ISLAM

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 31-08-06 10:22


assalamualaikum wbt

bila kita sebut sikit saja perkataan keramat ini...MUNAFIQ...mereka marah....kata fitnah orang lah, kutuk orglah.....

tapi bila tengok perangi mereka....memang menyerupai MUNAFIQ.

!!! QUOTE !!!

Kesal JAIS arah tutup surau    
Wed | Aug 30, 06 | 08:50:10 PM
Oleh Bedin bin Jusoh
Assalamualaikum!

SAYA sebagai Setiausaha Badan Bertindak Madrasatul Al-Ikhwan, Puchong Perdana kesal dengan pendirian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berhasrat menutup operasi madrasah dari sebarang aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah.

Isu ini semakin hangat diperkatakan akhir-akhir ini terutama sejak Masjid Terapung Puchong Perdana yang menelan belanja berjuta-juta ringgit telah siap dibina walaupun kontraktornya silih berganti.

Apa yang menyedihkan, arahan JAIS ini berpunca dari aduan yang dibuat oleh segelintir pihak berkepentingan yang kurang senang dengan kelancaran aktiviti agama terutamanya majlis-majlis kuliah yang diadakan di madrasah ini. Mereka berasa terganggu kerana corong-corong pembesar suara madrasah begitu lantang menembusi tembok rumah mereka yang terletak berhampiran.

Tanpa merujuk kepada penduduk dan jemaah surau, mereka mendesak JAIS untuk menutup surau itu. Tunduk kepada desakan itu, pihak JAIS telah mengeluarkan surat bertarikh 14 Februari 2006 bahawa madrasah yang kami makmurkan selama ini akan ditukar taraf kepada KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain) Integrasi.

......


click sini utk baca artikel lengkap

Apa itu munafiq???.....munafiq adalah gelaran untuk orang-orang yang beragama Islam....tetapi memusuhi Islam yang dianutinya....pendek kata.....musuh dalam selimutlah.

halang kerja2 dakwah Islam....ugut orang ramai supaya tidak mendekati majlis2 ilmu....ugut pegawai2 kerajaan supaya tidak mempelajari ilmu Islam....ugut pegawai2 bawahan supaya tidak menghadiri majlis2 ilmu, tetapi digalakkan pergi ke konsert2....mengugut akan dipindahkan jabatan....ditukarkan ke kawasan lain dan etc.

bagi tekanan kepada pendakwah2 Islam....mengoyakkan risalah2 Islam....mengoyakkan jadual2 kuliah pengajian di board2 kat masjid.

semua ini....adalah tabiat dan kelakuan orang-orang munafiq.

so...check diri sendiri....adakah aku tergolong dalam kumpulan munafiq....atau tergolong dalam kumpulan yang beriman.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 31-08-06 11:37


Operasi cegah maksiat diteruskan hingga jam 3.35 pagi dan akhirnya di pagi yang penuh 'kebebasan' bagi warga kota itu rombongan Pemuda PAS bertemu dengan beberapa pasangan 'tegar' yang bercumbu tetapi tidak mahu diganggu.

Seorang anak muda perempuan yang ditemui dengan pasangan kekasihnya yang sedang bermadu cinta 'terjal' melawan setiap nasihat yang diutara Ustaz Nazri dengan alasan kononnya mereka bedua duduk dalam gelap tanpa berbuat apa.

Anak muda perempuan berbaju merah paras pusat dan berseluar 'jeans' ketatitu memberitahu bahawa beliau pernah dinoda oleh lekaki durja yang juga bapa saudaranya.

"Semua lelaki sama sahaja.Lelaki memang jahat," katanya ketika memberi alasan untuk tidak mengangkat punggung setelahg Ustaz Nazri minta beliau dan pasangannya beredar.

Lantas Ustaz Nazri menggunakan kemahiran 'psiko'nya untuk mematah hujah dangkal anak muda tersebut yang akhirnya akur untuk beredar dari kawasan tempat mereka bercumbu.

Rata-rata pasangan yang ditemui sedang bercumbu bukanlah pasangan suami isteri, malah ada di antara mereka yang datang dari jauh seperti Nilai semata-mata untuk bertentang mata di malan 31 Ogos dengan pasangan masing-masing.

Tiada lagi erti merdeka yang sebenar kepada mereka ini yang sanggup menghirup udara nyaman kota di pagi hari semata-mata untuk melampiaskan nafsu serakah masing-masing lantas meninggalkan ajaran agama serta nasihat ibu bapa.

"Inikah yang ditanam pemimpin negara untuk sebuah pengisian kemerdekaan.Jika inilah caranya, ertinya bangsa Malaysia masih dijajah dengan satu bentuk penjajah baru yang menghancurkan jiwa anak muda generasi akan datang," kata Mazlan menyambung perbualannya dengan Harakahdaily di satu sudut kedai menjual minuman ringan di Taman Tasik Titiwangsa.

Tiada kelibat penguatkuasa agama?

"Saya pelik, dalam pada kita (Pemuda PAS) membuat operasi ini, kelibat penguatkuasa agama Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) lansung tidak dilihat.Apa mereka buat tatkala anak muda mabuk asmara bercumbu tanpa melihat batas agama," katanya sambil mempertikai peranan Jawi menyelesaikan masalah sosial di Kuala Lumpur.

Mazlan berharap, insiden pasangan berasmara dan anak muda berkeliaran di malam merdeka tidak akan berulang lagi pada tahun akan datang.Pemuda PAS berazam untuk terus mengadakan operasi yang serupa pada masa akan datang, katanya.

Operasi akhirnya tamat pada jam 3.40 pagi dan semua aktivis pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan yang bangga kerana mampu menyekat anak-anak muda kota dari larut dengan maksiat dan dosa.


full text
http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4039&Itemid=28


hairan....operasi macam ni tak nampak kelibat
mana orang yang nak tegakkan ISLAM ni????


-----------------
berjihad kerana Allah swt


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 13:10


Kisah benar:

Seorang yang prihatin mendirikan surau di parking kereta air terjun Ulu Yam (parking no 2) tujuannya untuk memudahkan muslim berkelah mendirikan solat fardhu. Sesudah surau itu dilengkapi, surau itu dirobohkan oleh majlis bandaran. Bukan ada ajaran sesat, bukan tempat maksiat tapi kemudahan untuk mendirikan solat.

Selangor, sejak pemerintahan doktor gigi (gian nak mencabut gigi agaknya) adalah negeri yang paling banyak meruntuhkan (mencabut) surau. Rasanya di Israel atau Amerika tak ada orang meruntuhkan surau.

Dalam masa yang sama Selangor adalah negeri yang paling banyak kuil hindu. Kuil haram kat mana-masa saja nak buat -- bawah pokok, busut, tepi jalan. Kemudian menghalalkan dengan menyuruh mereka mendaftar. Tidak ada satu kuil hindu pun yang dirobohkan jika hendak dibandingkan dengan banyaknya surau yang dirobohkan. Kenapa kuil hindu tak dirobohkan? Katanya, "kita sentiasa mengamalkan kebebasan beragama" (gaya suara bekas tukang cabut gigi).

Kalau tak percaya -- jika anda rakyat Selangor, binalah surau tanpa kelulusan. Tak lama kemudian ia akan dirobohkan, walaupun anda sudah berusaha mendapatkan kebenaran. Kalau tak jauh dari situ ada kuil hindu haram, tak mungkin ada yang hendak merobohkannya. Hikayat Negeri Selangor

Sejak sekian lama saya berkata, "Musuh Islam yang nyata adalah Nasrani dan Yahudi, kafir." Siapa agaknya musuh Islam yang tak nyata? Sudah terjadi di depan mata.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 14:05


berani juga mereka ni nak musnahkan surau,masjid..angin puting beling pun tak hancurkan masjid,surau apatah lagi kita..tengoklah kat acheh,tsunami pun hancurkan masjid..
kalau ada bala yang menimpa jangan menyesal pulak..harap harap tak jadi macam kat india suatu ketika dulu..musnahkan masjid bala yang datang..nauzubillah..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 31-08-06 14:11


manusia sering lupa
berapa kali lagi nak Allah swt ingatkan???

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 14:14


disebabkan pembangunan,rumah ibadat jadi mangsa..hanya pentingkan hal2 dunia..hal2 akhirat dilupakan..


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 31-08-06 14:22


astaghfirullah...apa nak jadi??
hari tu ana pergi kuliah israk mikraj kat pj. yang ana tekejut, bila ada jemaah surah habaq kat ana yang kuliah tu hampir di batalkan atas arahan JAIS. kononnya penceramah yang dijemput tak ada tauliah...huhu...akhir zaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 18:33


kalau boleh memang kita nak penceramah yang bertauliah.............cuma akibat ketaksuban politik,penceramah agama yang popular pun tak diberi tauliah .,........................yang rugi ,umat islam......................................................................

kadang-kadang saya kasihan kat penceramah agama dari parti pas.........................hanya disebabkan mereka PAS ,mereka tak dibenarkan ceramah...................akhirnya,penceramah yang tak reti method dakwah diberi tempat.habis orang ramai jauhi program agama./////////////lesu,lembik,

mereka beralih kepada hiburan melampau................melayuku sudah LAYU

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

Minur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 18:37


astaghfirullah...

tak kan benda yang menjadi santapan rohani kita dihalang oleh mereka....

apa lah nak jadi dengan manusia zaman sekarang....
kalau konsert bukan main lagi menyatakan sokongan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinurProfil   Hantar PM kepada Minur   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 31-08-06 18:48


ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....ada KE PATUT...???

LAGU ROCK PASANG dalam RUMAH KUAT2 tak mengapa...KUIKUI

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 31-08-06 23:51


!!! QUOTE !!!

arahan JAIS ini berpunca dari aduan yang dibuat oleh segelintir pihak berkepentingan yang kurang senang dengan kelancaran aktiviti agama terutamanya majlis-majlis kuliah yang diadakan di madrasah ini.


siapa aaa pihak yang berkepentingan tersebut???....apa udang disebalik batu sampai mereka tak suka pada majlis2 dan kuliah2 pengajian???....adakah mereka tak suka rakyat Islam kenal al-Quran???...adakah mereka benci orang-orang yang hendak mengenali Allah SWT??...adakah mereka takut rakyat tahu hal maksiat....takut rakyat dapat membezakan antara adil dan batil, zalim??

!!! QUOTE !!!

Tidak ada satu kuil hindu pun yang dirobohkan jika hendak dibandingkan dengan banyaknya surau yang dirobohkan. Kenapa kuil hindu tak dirobohkan?


Kenapa surau yang imarah dirobohkan....kuil haram tak dirobohkan???...kuil haram tepi jalan raya sampai ganggu lalu lintas....kuil didirikan kat tanah orang Islam...alasan bodoh mereka...sebab mlm tadi mimpi budha muncul suruh bina kuil atas tanah si pulan....

tulah....dengan saudara sesama Islam, zalim.....tapi dengan orang bukan Islam.....huuu, layan mereka sampai bagi jalan atas carpet merah.

ini lah dia sifat yang jijik umat Islam yang bergelar munafiq.....zalimi Islam yang dianuti....sokong perjuangan kumpulan. bukan Islam.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 31-08-06 23:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 01-09-06 00:12


saya nak berkongsi satu ceritalah
berlaku semalam, waktu kami pergi office MAS

sebab ramai orang, terpaksa tunggu lama
bila urusan selesai dah pun pukul 2
perut dah berbunyi, tapi solat belum lagi

kami pun pergilah nak tumpang solat kat surau disalah sebuah hotel kat sini
kami selalu solat kat surau tersebut sebab setiap kali pergi beli tiket mesti lambat...ramai orang...

kami tiba-tiba ditanya oleh seorang pegawai bertugas
saya pun jawab lah..nak tumpang solat
dia jawab tak boleh...
kami tak DIBENARKAN masuk

saya tak mahu menuduhlah...tapi sambutan merdeka kat sini menyebabkan ramai VIP menginap
mungkin mereka sibuk...jadi....tahlah...
saya pun tak tahu

p/s: kami masuk ikut pintu belakang....bila dah kat dalam..ok saja
salah ke kami curi2 masuk???
saya terkejut...!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

umaira_sutera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 00:40


dunia akhir zaman....ana respect saudari noraisha...curi2 masuk untuk mendapatkan pahala..tak apa lah..kan!

susahlah nak cakap sekarang..harap-harap ALLAH tak kan timpa bala lagi pada negara kita ni..dah terlalu banyak kemungkaran di depan mata..

takkan tak ada agaknya para sahabiyah di ukhwah ni yang berminat nak beramal makruf dan nahi mungkar ni?maksud ana turun padang.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umaira_suteraProfil   Hantar PM kepada umaira_sutera   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-09-06 16:44


lagi satu....contoh2 kumpulan. manusia Islam tetapi bencikan Islam yang dianuti...

satu kes di salah sebuah hospital di malaysia....pengarah kesihatan negeri Islam...pengarah hospital jugak Islam....tapi bila kumpulan.2 jururawat Islam mengsyorkan, mencadangkan (complete dengan kertas proposal) fesyen pakaian jururawat yang menutup aurat...diorg2 yang Islam yang duduk atas kerusi empuk ini tak terima....kononnya pakaian tak standard dengan piawaian kesihatan sedunia....hairan...hospital2 kat kelantan ok saja jururawat2 pakai menutup aurat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-09-06 17:05


/

kat atas ini...satu lagi contoh musuh dalam selimut kepada Islam..

ada kuasa....penganut agama Islam...tapi nak anjurkan balik benda-benda maksiat.

ini tak lain dan tak bukan.....salahgunakuasa.....gunakan kedudukan untuk hancurkan generasi akan datang dengan hiburan yang berlebihan dan melampau....

akhirnya....remaja2 akan lalai...dan terus lalai....dan akan terus mengundi mereka2 yang membenarkan maksiat ini....sebabnya remaja2 dah ketagih kepada maksiat....suka dan gembira dengan maksiat....suka kepada konsert, suka kepada club2 malam.....benci kepada agama, benci kepada alim ulama', benci kepada masjid

/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 11-09-06 21:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 22:37


maybe mereka ingat mereka boleh hidup lama kat dunia ni....
kat akhirat nanti baru nyesal...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 11-09-06 23:15


Pada 11-09-06 16:44 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

lagi satu....contoh2 kumpulan. manusia Islam tetapi bencikan Islam yang dianuti...

satu kes di salah sebuah hospital di malaysia....pengarah kesihatan negeri Islam...pengarah hospital jugak Islam....tapi bila kumpulan.2 jururawat Islam mengsyorkan, mencadangkan (complete dengan kertas proposal) fesyen pakaian jururawat yang menutup aurat...diorg2 yang Islam yang duduk atas kerusi empuk ini tak terima....kononnya pakaian tak standard dengan piawaian kesihatan sedunia....hairan...hospital2 kat kelantan ok saja jururawat2 pakai menutup aurat.


perkara ni sangat-sangat betul...
kami seolah tak diberi pilihan..kena ikut protokol..takut nanti tak ikut standard piawaian kesihatan
sehingga kami, cari inisiative sendiri...
biarlah melanggar peraturan manusia....siksa Allah swt lebih pedih

p/s:nanti kerja, mesti nak balik kelantan!!!


-----------------
berjihad kerana Allah swt


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-06 23:19


:) seronok dok kelate (kampung).. kuliah hadith, tafsir, tasawwuf dan aqidah.. boleh didengar diberanda rumah tanpa pergi ke masjid.. alangkah beruntungnya wanita yang sedang 'bercuti' huhu.. kat selangor ni.. masjid cuma dipenuhi waktu solat jumaat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-06 00:56


islam diancam dr pelbagai sudut..nauzubillah..
musuh dalam selimut, orang islam sendiri jugak..sama ada mereka betul-betul tak tahu hukum hakam @ buat-buat tak tahu...
segalanya bergantung pada iman..
semoga Allah merahmati kita semua dalam memperjuangkan agamaNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-09-06 20:45


adakah kita musuh dalam selimut kepada Islam yang kita anuti??

check balik diri masing-masing.....muhasabah diri masing-masing....adakah kita benci kepada Islam yang kita sendiri anuti...atau kita CINTAKAN Islam??

sekali lagi naruto-san minta....agar semua sahabat check balik diri masing-masing...tanya soalan2 ini pada diri masing-masing.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 22:00


assalammualaikum wbt.

macam-macam pendapat ada kat sini. bagi saya, jais ke, jawi ke, jaipp ke semuanya sama. pekerja yang makan gaji tiap-tiap bulan. patutnya masa interview diberikan satu situasi dengan masalah yang berlaku. minta pandapat mereka. lepas itu bolehlah tengok ketulusan depa ini nak bekerja untuk apa? untuk agama atau untuk duit.

bab penceramah pula...ini pun satu hal. ada penceramah bertauliah, depa tak nak mai sebab duit. dah mai pula asyik2 cerita pasal ISLAM rekaan baru. bila panggil penceramah bebas pula, tak ada tauliah. itu mesti pas lah. penceramah pas pun sama. panggil bagi ceramah lepas itu dalam pelan kenen orang lain. so semuanya sama. jadi mana yang betul-betul penceramah sebenar?

wassalam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-09-06 22:06


check balik diri masing-masing....sama ada tergolong dalam kumpulan. yang bersama-sama ingin memperjuangkan Islam di malaysia....atau pun berada dalam kumpulan. yang berharap Islam hancur dan tidak berkembang di malaysia.

check iman masing-masing

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-09-06 22:18


satu lagi contoh org Islam sendiri memusuhi Islam.....dia adalah seorang peguam....dia ini memang confirm, jelas depan mata musuh dalam selimut kepada Islam.
_____________________________________________

Maka berkatalah Zaid Ibrahim dalam satu program SUHAKAM di Hotel Renaisance sempena Hari Hak Asasi,

/

"Kita tidak boleh berlagak macam Tuhan dengan mengatakan itu dosa ini pahala... Dalam parlimen, ada ahli yang mengatakan mesti ada undang-undang berkenaan murtad jika tidak, kita berdosa kerana membenarkan murtad. Itu bodoh...!"

Tambahnya lagi, "Isu Lina Joy bukannya bermaksud agama Islam sedang diancam. Ia tidak ada kaitan dengan agama. Dia (Lina Joy) hanya memohon agar perkataan Islam dibuang dari kad pengenalannya dan biarkan mahkamah yang menentukan. Ia adalah isu undang-undang, bukan isu agama!"

komen daripada pakdi : Hari ini ada peguam bodoh kata kes Lina Joy tak ada nak kacau kedudukan Islam pun, dan jangan terkejut satu hari para peguam durjana begini akan mempertahankan orang tidak bersolat atas nama hak asasi dan peribadi.

baca seterusnya

baca seterusnya 2
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 14-09-06 22:22 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 02:33


erm.. ustaz cakap.. 'manusia nak bercakap tentang hak asasi manusia.. tunggulah di saat Allah menuntut hakNya'

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 03:26


erm.. sebelum salahkan orang.. salahkan diri kita dulu.. sebab..

dalam mengusahakan dakwah, kita perlu sama mentarbiyah diri.. tiap kata-kata ibarat jari telunjuk menghala ke mad'u dan tiga jari menghala diri sendiri..

semasa ustaz terjemahkan ayat yang saya bold tu.. katanya.. apabila kita terlihat kesalahan orang, (jari telunjuk) ini bermakna, 3 nikmat Allah telah kita miliki, (3 jari dari jari hantu hingga kelingking) harus kita syukuri dan insafi.. iaitu.. 1. nikmat ilmu - yang mampu membezakan yang haq dan batil, dosa dan pahala, larangan dan suruhan.. 2. nikmat iman - yang mampu menerbitkan rasa benci pada kemungkaran, sama ada terlahir dari hati, percakapan, mahupon perbuatan.. bergantung pada tahap iman kita untuk mencegahnya.. 3. nikmat islam - yang menerbitkan rasa kasih kita pada saudara.. rasa tanggungjawab kita untuk menyelamatkan, rasa cinta kita kepadanya kerana Allah..

dan.. ibu jari.. yang paling utama.. yang ditunjuk entah ke mana-mana ditafsirkan sebagai, 'wallahualam' 1. Allah lebih mengetahui.. lintasan yang terbit dari hati.. adalah lintasan dari malaikat (menyeru kebaikan) atau lintasan dari syaitan (menerbitkan prasangka, hasad, 'ujub, riya', takabbur) 2. Allah lebih mengetahui.. adakah dia, atau kita yang lebih taqwa di sisiNya.. 3. Allah lebih mengetahui.. apakah niat kita ini ikhlas.. atau syirik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

nor_2118
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22238
Posting: 66
Dari: seberang perai

Pahang  


posticon Posting pada: 19-09-06 09:24


assalamualaikum....
saya dengar pm kata Malaysia negara ialam tapi kadang-kadang bila dfikirkn balk tak tahu kat ini negara islam kat sudut mana???!!!!
ancm kita ni datang dalam bentuk rohani...xcaya tengok lah anak remaja sekarang.
kes lina joy memang satu penghinaan terhadap islam bagi saya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nor_2118Profil   Hantar PM kepada nor_2118   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 10:36


seorang ustaz memberitahu dalam ceramahnya, beliau dihubungi oleh pihak JAIS agar JANGAN pergi memberi ceramah di surau tersebut.

Ustaz tu nak jadi org tengah, tapi pihak JAIS tak hendak berunding...

apa dah jadi.. apa nak jadi.. inikah islam hadari.. apa dah jaadii..
[ Telah diedit oleh: tumpang pada 19-09-06 14:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 14:51


nila agaknya lah semua orang macam ni nak diberi nnalasan...semoga mereka sedar yang mereka akan kembali kepada Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 19-09-06 15:16


Semoga kita tidak dihukum olehNya sepertimana yang berlaku di Bosnia&Lubnan&Acheh......bukan apa, banyak benar kita kat Malaysia buat salah....terbitkan Islam Hadhari....kelab malam tumbuh bagaikan cendawan....kawan-kawan kita dah tak segan silu untuk melakukan maksiat....kes Murtad lagi............

cuma saya terbayang.....Kalau mereka yang kuat...dan dilihat dari pandangan saya, berada di barisan hadapan perjuangan mula acuh tak acuh...dan ada juga lari dalam perjuangan dan banyak yang tewas .......macam manalah nasib saya di barisan paling belakang .....Allahu'akbar.....pilu di hati......

masih lagi terkial2 untuk menangani ujian Nya dalam peringkat pengajian....macam mana lah kelak ya......HUWAAAAAAAA

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.195979 saat. Lajunya....