Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 18 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Niat jamak dan qasar


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Niat jamak dan qasar

Please Mendaftar To Post


Oleh Niat jamak dan qasar

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 22:42


assalammualaikum para sahabat...
boleh tak berikan cara niat solat qasar jamak ( takdim dan takhir ) dalam bahasa arab dan melayu.........
sekian terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-08-06 17:06


assalamualaikum wbt

niat ialah dihati...lafaz niat tidak diajar oleh rasulullah saw.

bila sahaja anda ingin solat, dan anda tau solat apa yang anda lakukan dan anda lakukan kerana Allah, maka itulah niatnya.

wasalam wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

jihad_sufi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19359
Posting: 23
Dari: kedah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-08-06 22:00


assalamualaikum...
ana nak tanya sikit berkaitan dengan solat jamak jugak...
hari tu teman lelaki kawan ana (A) ada datang kat kedah dari kuala lumpur...apa yang ana tau niat muslimin tu datang ke kedah semata2 untuk berjumpa kekasih dia...

ana tanya pendapat kawan ana (B) sebab setahu ana orang islam yang boleh solat jamak bukan hanya berjalan melebihi 2 marhala tetapi juga disertakan dengan niat mencari keredhaan Allah...

Daripada 2 hamba Allah ini buat jelas menunjukkan perbuatan maksiat..kawan ana (B) cakap yang muslimin tu tak boleh solak jamak...betul ke??
Minta pandangan sikit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jihad_sufiProfil   Hantar PM kepada jihad_sufi   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 07:32


Pada 30-08-06 22:00 , jihad_sufi posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...
ana nak tanya sikit berkaitan dengan solat jamak jugak...
hari tu teman lelaki kawan ana (A) ada datang kat kedah dari kuala lumpur...apa yang ana tau niat muslimin tu datang ke kedah semata2 untuk berjumpa kekasih dia...

ana tanya pendapat kawan ana (B) sebab setahu ana orang islam yang boleh solat jamak bukan hanya berjalan melebihi 2 marhala tetapi juga disertakan dengan niat mencari keredhaan Allah...

Daripada 2 hamba Allah ini buat jelas menunjukkan perbuatan maksiat..kawan ana (B) cakap yang muslimin tu tak boleh solak jamak...betul ke??
Minta pandangan sikit...


assalamualaikum wbt

berlaku perbezaan pendapat dalam hal ini dikalangan ulama' sama ada meraka yang bermusafir untuk tujuan bukan syar'ie sama ada mereka boleh atau tidak mengambil rukhsah. pendapat yang masyhur dikalangan masyarakat kita ialah tidak boleh.

disamping itu ada ulama yang berpendapat boleh antaranya shaikh utsaimain, ibn hazm dan beberapa orang ulama lagi menyatakan tidak kira musafir atas dasar syari'e atau tak, maka boleh mengambil rukhsah.

wallahu'alam
wasalam wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 07:38


http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1596&bagian=0
QASHAR SHALAT DALAM PERJALANAN


Oleh
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman bin Shalih Ali Bassam





Qashar di sini berlaku untuk shalat-shalat empat rakaat, yaitu Zhuhur, Ashar dan Isya. Dinukil dari Ibnul Mundzir adanya ijma’, bahwa tidak ada qashar dalam shalat Maghrib dan Shubuh. Tidak ada sebab untuk qashar ini kecuali perjalanan, karena ini merupakan rukhshah yang ditetapkan sebagai rahmat bagi musafir dan adanya kesulitan yang dialaminya

“Artinya : Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu anhum, dia berkata, ‘Aku menyertai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan beliau tidak melebihkan shalat dalam perjalanan dari dua rakaat, begitu pula yang dilakukan Abu Bakar, Umar dan Utsaman”.

MAKNA HADITS
Abdullah bin Umar menuturkan bahwa dia pernah menyertai nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam perjalan beliau, Dia juga pernah menyertai Abu Bakar, Umar dan Utsman dalam perjalanan mereka. Ternyata masing-masing di antara mereka senantiasa mengqashar shalat empat rakaat menjadi dua rakaat dan tidak lebih dari dua rakaat itu.

PERBEDAAN PENDAPAT DI KALANGAN ULAMA
Para ulama saling berbeda pendapat tentang qashar, apakah itu wajib ataukah rukhshah yang disunnatkan pelaksanaannya ?

Tiga Imam, Malik, Asy-Syafi’i dan Ahmad membolehkan penyempurnaan shalat, namun yang lebih baik adalah mengqasharnya. Sedangkan Abu Hanifah mewajibkan qashar, yang juga didukung Ibnu Hazm. Dia berkata, “Fardhunya musafir ialah shalat dua rakaat”.

Dalil orang yang mewajibkan qashar ialah tindakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang senantiasa mengqashar dalam perjalanan. Hal ini dapat ditanggapi bahwa perbuatan tidak menunjukkan kewajiban. Begitulah pendapat jumhur. Mereka juga berhujjah dengan hadits Aisyah Radhiyallahu ‘anha di dalam Ash-Shahihaian, “Shalat diwajibakan dua rakaat, lalu ditetapkan shalat dalam perjalanan dan shalat orang yang menetap disempurnakan.

Hujjah ini dapat ditanggapi dengan beberapa jawaban. Yang paling baik ialah, ini merupakan perkataan Aisyah yang tidak dimarfu’kan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sementara Aisyah juga tidak mengikuti masa difardhulkannya shalat.

Adapun dalil-dalil jumhur tentang tidak wajibnya qashar ialah firman Allah.

“Artinya : Maka tidaklah mengapa kalian mengqashar shalat kalian”

Penafian kesalahan di dalam ayat ini menunjukkan bahwa qashar itu merupakan rukhshah dan bukan sesuatu yang dipastikan. Di samping itu, dasarnya adalah penyempurnaannya. Adanya qashar karena dirasa shalat itu terlalu panjang. Dalil lainnya adalah hadits Aisyah, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengqqashar dalam perjalanan dan menyempurnakannya, pernah puasa dan tidak puasa

Dalil-dalil jumhur dapat ditanggapi sebagai berikut : Ayat ini disebutkan tentang qashar sifat dalam shalat khauf dan hadits tentang hal ini dipermasalahkan. Sampai-sampai Ibnu Taimiyah berkata : “Ini merupakan hadits yang didustakan terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam”.

Saya katakan, sebaiknya musafir tidak meninggalkan qashar, karena mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sebagai cara untuk keluar dari perbedaan pendapat dengan orang yang mewajibkannya, dan memang qashar inilah yang lebih baik menurut mayoritas ulama.

Dikutip dari Ibnu Taimiyah di dalam Al-Ikhtiyarat, tentang kemakruhan menyempurnakannya. Dia menyebutkan nukilan dari Al-Imam Ahmad, yang tidak mengomentari sahnya shalat orang yang menyempurnakan shalat dalam perjalanan, Ibnu Taimiyah juga berkata : “Telah diketahui secara mutawatir, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam senantiasa shalat dua rakaat dalam perjalanan, begitu pula yang dilakukan Abu Bakar dan Umar setelah beliau. Hal ini menunjukkan bahwa dua rakaat adalah lebih baik. Begitulah pendapat mayoritas ulama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 15:46


!!! QUOTE !!!

disamping itu ada ulama yang berpendapat boleh antaranya shaikh utsaimain, ibn hazm dan beberapa orang ulama lagi menyatakan tidak kira musafir atas dasar syari'e atau tak, maka boleh mengambil rukhsah.

apa kata ulama' kita (mazhab 4)?

-----------------------

syarat sah solat qasar:

3: perjalanan yang dilakukan hendaklah perjalanan yang diharuskan oleh syarak (mubah). maka sekiranya pengembaraan yang dilakukan adalah haram seperti dengan tujuan untuk mencuri, merompak atau seumpamanya, maka pelakunya tidak boleh qasar solatnya, sekiranya dia qasar juga maka tidak sah solatnya, pendapat ini disepakati oleh mazhab Syafi`i dan Hanbali, manakala mazhab Hanafi & Maliki berpendapat sebaliknya.

Sekiranya perjalanan yang dilakukan adalah perjalanan yang makruh maka menurut mazhab Syafi`i harus dia melakukan qasar.

(diterjemah dari kitab Fiqh al-`Ibadah - Prof. Madya Dr. Anisah Abd Ghani, Pensyarah Jabatan Fiqh & Usul, APIUM)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 18:29


jihad_sufi sebut pasal solat qasar @ jama'?

cuba baca betul-betul


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 31-08-06 18:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

blanco
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25553
Posting: 35
Dari: Bumi ALLAH

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 19:36


blanco nak tanya juga...apa rukun niat untuk solat jamak? macam kalau solat fardhu kalau blanco tak silap ada 3. sahajakan diri, solat fardhu ke sunat and last sekali solat apa. (btulkan kalau salah). blanco dah sembahyang zohor (masa takbiratulihram tak ada niat jamak). pastuh pas salam baru teringat nak jamak dengan asar. blanco tak teringat lansung before salam. kalau blanco nak jamak, kena ke blanco niat nak jamak masa solat zohor itu? ke tak payah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For blancoProfil   Hantar PM kepada blanco   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 20:17


Pada 31-08-06 18:29 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

jihad_sufi sebut pasal solat qasar @ jama'?

cuba baca betul-betul


bila dah sebut syarat solat qasar maka secara automatik ia juga menjadi syarat solat jama`, atau secara mudahnya kita sebut solat musafir.

syarat2nya ada 5:

1- Hendaklah jarak perjalanan mencapai 2 marhalah iaitu bersamaan 84.5 kilometer atau 48 batu. ini adalah pendapat mazhab Syafi`i, Hanbali & Maliki.

2- Niat melakukan musafir.

3- Hendaklah perjalanan yang dilakukan dibenarkan syarak (seperti di atas).

4- Hendaklah dimulakan solat qasar selepas percubaan melakukan perjalanan (dah mula musafir) iaitu setelah meninggalkan tempat dia bermuqim dengan jarak yang sudah dikira musafir secara adatnya.

5- Hendaklah si musafir yang mengqasarkan solatnya tidak berimamkan dengan imam yang bermuqim (tidak musafir) ataupun dengan musafir yang melengkapkan sembahyang 4 rakaatnya, tetapi sekiranya dia melakukan demikian wajib ke atasnya melengkapkan solat tersebut sama ada ia dilakukan dalam waktunya atau di luar waktu.

WaLlahu Ta`ala A`lam.

p/s: biasanya kalau kita musafir, kita buat kedua-duanya serentak kan?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 31-08-06 20:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 20:27


Pada 31-08-06 20:17 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


bila dah sebut syarat solat qasar maka secara automatik ia juga menjadi syarat solat jama`, atau secara mudahnya kita sebut solat musafir.

syarat2nya ada 5:

1- Hendaklah jarak perjalanan mencapai 2 marhalah iaitu bersamaan 84.5 kilometer atau 48 batu. ini adalah pendapat mazhab Syafi`i, Hanbali & Maliki.

2- Niat melakukan musafir.

3- Hendaklah perjalanan yang dilakukan dibenarkan syarak (seperti di atas).

4- Hendaklah dimulakan solat qasar selepas percubaan melakukan perjalanan (dah mula musafir) iaitu setelah meninggalkan tempat dia bermuqim dengan jarak yang sudah dikira musafir secara adatnya.

5- Hendaklah si musafir yang mengqasarkan solatnya tidak berimamkan dengan imam yang bermuqim (tidak musafir) ataupun dengan musafir yang melengkapkan sembahyang 4 rakaatnya, tetapi sekiranya dia melakukan demikian wajib ke atasnya melengkapkan solat tersebut sama ada ia dilakukan dalam waktunya atau di luar waktu.

WaLlahu Ta`ala A`lam.

p/s: biasanya kalau kita musafir, kita buat kedua-duanya serentak kan?



tak juga ibnu_musa. solat qasar khas untuk tujuan musafir saja, sdgkan solat jama' boleh dilakukan atas tujuan2 lain sebagai keringanan/ rukhsah

kalau tak silap ana, musafir dengan tujuan baik macam soalan kawan kita tu hanya ada dalam syarat qasarkan solat, kalau jama' tak ada masalah. itupun ada khilaf di kalangan fuqaha' (macam yang masri2 nyatakan)

wallahu a'lam


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 20:33


Pada 31-08-06 19:36 , blanco posting:

!!! QUOTE !!!

blanco nak tanya juga...apa rukun niat untuk solat jamak? macam kalau solat fardhu kalau blanco tak silap ada 3. sahajakan diri, solat fardhu ke sunat and last sekali solat apa. (btulkan kalau salah). blanco dah sembahyang zohor (masa takbiratulihram tak ada niat jamak). pastuh pas salam baru teringat nak jamak dengan asar. blanco tak teringat lansung before salam. kalau blanco nak jamak, kena ke blanco niat nak jamak masa solat zohor itu? ke tak payah?

tak faham lah apa yang blanco tulis ni

kalau waktu solat zuhur tu enta memang tak ada niat nak jama' kan solat, dah selesai solat baru terfikir nak jama' dengan asar, then tak boleh lah

wallahua'lam (kalau silap hopefully ada yang betulkan)


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

blanco
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25553
Posting: 35
Dari: Bumi ALLAH

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 20:54


tapi ada orang kata tak apa. itu blanco penin. tapi blanco baca contoh lafaz niat untuk jamak solat zohor and asar buku tulis kena niat jamak masa solat kedua-duanya solat yang nak dijamak.blanco jamak bukan sebab musafir tapi sebab keperluan lain (sebab mmbolehkan jamak ada banyak kan?) sebab itu tak terpikir memula nak jamak. and ada orang kata tak boleh bercakap antara dua solat yang kita jamak. (serius blanco tak pernah dengar pendapat ni).

Bookmark and Share

    


  Member Information For blancoProfil   Hantar PM kepada blanco   Quote dan BalasQuote

blanco
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25553
Posting: 35
Dari: Bumi ALLAH

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 21:40


huhu..tak boleh tak boleh.kena niat masa solat yang pertama kita buat..(melalui apa yang blanco baca setakat ini)...so abaikan soalan blanco..mungkin orang yang cakap boleh kat blanco tu tersilap..huhu..

syarat qasar ialah solat musafir. jamak untuk musafir juga tapi jangan lupa banyak lagi sebab yang membolehkan kita jamak solat. jamak masa musafir, jamak di waktu hujan lebat, jamak sebab sakit atau uzur, jamak sebab ada keperluan. sebab2 selain musafir ni perlu lebih penjelasan.jangan pula main suka-suka saja jamak. .

- sakit atau uzur
"orang yang ditimpa sakit teruk seperi sakit kepala, sakit perut atau cirit biritsehingga penyakit yang dideritainya itu menghalangnya menunaikan solat pada waktunya, maka bolehlah dia menjamak solat" (BIMBINGAN LENGKAP FARDHU AIN, AKMAL HAJI MUHAMMAD ZIN...penat nya baca jawi)


-kerana ada keperluan
"Dalam syarah Muslim NAwawi berkata: Beberapa imam membolehkan jamak bagi orang yang tidak musafir bila ia ada sesuatu kepentingan asak saja hal itu tidak dijadikannya kebiasaan. ini juga merupakan pendapat ibnu Sirin dan ASy-hab dr golongan Maliki dan menurut Al-Khaththabi juga pendapat Qaffal dan Asy-Syasyil Kabir dr golongan Syafi'i"
(Sayid Sabiq, Fikih Sunnah...nasib baik rumi)

Bab hujan lebat itu tanya orang lagi alim.
[ Telah diedit oleh: blanco pada 31-08-06 21:42 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For blancoProfil   Hantar PM kepada blanco   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 22:10


Pada 31-08-06 20:27 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

tak juga ibnu_musa. solat qasar khas untuk tujuan musafir saja, sdgkan solat jama' boleh dilakukan atas tujuan2 lain sebagai keringanan/ rukhsah

kalau tak silap ana, musafir dengan tujuan baik macam soalan kawan kita tu hanya ada dalam syarat qasarkan solat, kalau jama' tak ada masalah. itupun ada khilaf di kalangan fuqaha' (macam yang masri2 nyatakan)

wallahu a'lam


saya baru rujuk kitab Fiqh al-Manhaji, dinyatakan tentang syarat2 yang diletakkan adalah untuk kedua2 jenis solat iaitu qasar & jama`, dalam kitab ini dinyatakan 3 syarat qasar & jama` iaitu:

1- jarak perjalanan melebihi 81 kilometer.

2- hendaklah ditentukan destinasi perjalanan yang hendak dituju.

3- hendaklah tujuan musafir bukan untuk melakukan apa-apa maksiat, jika berlaku demikian ia tidak dianggap sebagai musafir pun.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 22:18


!!! QUOTE !!!

tak juga ibnu_musa. solat qasar khas untuk tujuan musafir saja, sdgkan solat jama' boleh dilakukan atas tujuan2 lain sebagai keringanan/ rukhsah

memang betul solat jama` tak semestinya dalam musafir saja, tetapi itu bukanlah termasuk dalam syarat jama` tetapi itu adalah keadaan2 yang dibolehkan melakukan solat jama`:

1- solat jama` di `Arafah dan Muzdalifah

2- solat jama` kerana musafir

3- solat jama` kerana hujan

4- solat jama` kerana sakit atau uzur

5- solat jama` kerana hajat

saya sebut secara ringkas sebab pendetailannya agak panjang, kalau sahabat2 nak buat pastikan bertanya dahulu kepada yang mengetahui, jangan main redah saja ye... wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 02-09-06 02:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 22:34


assalamualaikum wbt

sebagai maklumat tambahan.

anda boleh melawat link ini http://www.al-firdaus.com/musafir/index.htm

di dalam nya diterangkan cara2 beribadah untuk musafir.

buku ini ada dipasaran terbitan Jahabersa, tulisan Saudara Hafiz Firdaus Abdullah dengan tajuk 'Panduan Ibadah Musafir Penerbangan'

dan buku yang berkaitan terbitan jahabersa juga ialah yang bertajuk 'solat jamak dan qasar: sedeqah daripada Allah'. Penulisnya Abu Iqbal Mohd Yaakub. harga buku ni xsamapai rm 10 pun

selamat membaca dan membeli

wasalam wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 23:37


syukran ibnu_musa & masri sebab betulkan kenyataan ana tu

blanco, bezakan antara niat & lafaz niat. apa yang ada dalam hati tu lah yang diambil kira sebagai niat


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

blanco
Warga 1 Bintang
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25553
Posting: 35
Dari: Bumi ALLAH

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-08-06 23:48


i know...terima kasih anyway...kalau guna lafaz mati lah blanco kena angkat takbir banyak kali sebab tak sempat lafaz niat.huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For blancoProfil   Hantar PM kepada blanco   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 03:06


Pada 30-08-06 17:06 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum wbt

niat ialah dihati...lafaz niat tidak diajar oleh rasulullah saw.

bila sahaja anda ingin solat, dan anda tau solat apa yang anda lakukan dan anda lakukan kerana Allah, maka itulah niatnya.

wasalam wbt


na'am....baca niat tu bukanlah cara nabi S.A.W dan para sahabat..bacaan niat tu diajar oleh ulama2 kita asbab sifat manusia yang cepat lupa dan cepat berasa was2...jadi apa yang nabi buat kita ikut...insyaAllah


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 03:18


:-)


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.27824 saat. Lajunya....