Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 278
Ahli: 0
Jumlah: 278




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 30 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Dapur
Topik: MARI BELAJAR MEMASAK:)


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» MARI BELAJAR MEMASAK:)

Please Mendaftar To Post


Oleh MARI BELAJAR MEMASAK:)

aqli
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19625
Posting: 83

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 14:23


Assalamualaikum kepada sahabat2 ukhwah...
saya nak ajak sahabat-sahabat semua belajar memasak lah..
saya pun tak pandai..apa kata kita berkongsi ilmu dapur..maklumlah kita kan anak perempuan:) sahabat2 lelaki juga boleh menyumbang idea dan ilmu2 yang anda semua tahu..

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam (di bersihkan dan di potong mengikut suka)
3 sudu besar cili kering (di kisar)
1 senduk tomato puri
1 senduk jus tomato
10 ulas bawang merah (di kisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
3 macam halia (dikisar)
2 batang serai di ketuk
2 biji bawang besar di potong nipis
Daun ketumbar,daun pudina,daun sup dann daun saderi (di kisar)
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya :)

1.Gaul ayam dengan garam dan kunyit kemudian di goreng.
2.Tumis cili kering,bawang merah,bawang putih,bawang besar,halia dan serai.Setelah naik bau,masukan tomato puri dan jus tomato.
3.Masukan empat jenis daun yang di kisar tadi.
4.Akhir sekali masukan ayam dan gaul rata.
5.Ketika hendak menghidang,taburkan dengan kacang pis.

SELAMAT MENCUBA...erm nyum nyum nyummmmm...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqliProfil   Hantar PM kepada aqli   Quote dan BalasQuote

aleeya_athirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.08.2006
Ahli No: 25748
Posting: 128
Dari: Ipoh

malaysia  


posticon Posting pada: 29-08-06 15:37


resipi lain tak ada ke??
bagus juga..
ruangan memasak or resipi ada tak kat portal ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleeya_athirahProfil   Hantar PM kepada aleeya_athirah   Quote dan BalasQuote

aqli
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19625
Posting: 83

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 16:24


nak resepi apa?
nanti saya boleh tolong carikan dalam internet..
itu bukan resepi saya tau...
copy paste saja :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqliProfil   Hantar PM kepada aqli   Quote dan BalasQuote

aqli
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2005
Ahli No: 19625
Posting: 83

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 16:25


nak resepi apa?
nanti saya boleh tolong carikan dalam internet..
itu bukan resepi saya tau...
copy paste saja :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqliProfil   Hantar PM kepada aqli   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 29-08-06 17:38


assalamualaikum
jom masak ikan stim berkuah..abang ipar ana yang ajarkan..

1-ikan air tawar (ikan talapia would be nice)
2-serai 3-4 batang (hiris halus2)
3-bawang besar seulas (potong dadu)
4-halia (2-3 hiris)
5-bawang putih 2-3 ulas (dihiris halus)
6-daun limau purut (2-3 helai)
7-cili (1 @ 2 biji) (dihiris)
8-asam keping (2-3 keping)


cara masaknya :

tumiskan bawang besar yang dah dipotong dadu bersama serai dan bawang putih serta halia yang dah dihiris tu.bawang besar dan serai mestilah dipotong kecik2 dan ditumis dengan minyak yang sedikit sahaja dalam kuali.biarkan dalam seminit dua.lepas tu masukkan air dan juga daun limau purut yang dah dicarik2kan.lepas 2-3 minit,masukkan ikan yang telah dibersihkan.kemudian masukkan garam,gula dan ajinomoto secukup rasa dan juga cili yang dah dihiris juga asam keping jangan lupa masukkan sama.tutup kuali.kalau tak nak tutup pun tak apa.ikan tu biasanya tak potong kepada kepada pieces.masukkan seekor yang dah dikelar dengan satu kelaran saja.tunggu hingga dia mendidih dan masak.bolehlah dihidangkan.. :-)

ana: selalu masak ni kalau ana balik rumah.


-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-
[ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 07-09-06 11:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 18:45


ana nak resepi spaghetti goreng, boleh?



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 23:19


masyaALLAH...
syukran jazilan diatas resipi yang dikongsi kan bersama... :-)

************************************************

Pada 29-08-06 18:45 , Al-Aniesah posting:

!!! QUOTE !!!

ana nak resepi spaghetti goreng, boleh?

tentu sahaja boleh ukhti... :-)


Spaghetti Goreng Berdaging Ayam


Bahan-Bahan

6 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 mangkuk daging ayam (dipotong)
10-15 tangkai kacang buncit
2 camca besar sos tomato
Sedikit gula

½ bungkus spaghetti
(dimasak bersama air panas,
campur sedikit minyak justeru spaghetti nya tidak melekat)
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
½ camca teh lada sulah

Hiasan :
1 biji tomato (dipotong bulat)

Cara Cara

Panaskan minyak didalam kuali.
Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan ayam, kacang buncis, kicap cair, gula & goreng selama 10 minit.
Tuangkan stok ayam, garam & spaghetti. Kacau sebati.
Masukkan sos cili, sos tomato & lada sulah. Gaulkan.
Hiaskan dengan tomato & hidangan sewaktu panas.

Selamat mencuba! :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 29-08-06 23:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 30-08-06 15:37


wau.....best nya.....
nanti balik cuti ni boleh lah try buat!!

syukran mas2ra!



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-08-06 16:06


Pada 30-08-06 15:37 , Al-Aniesah posting:

!!! QUOTE !!!

wau.....best nya.....
nanti balik cuti ni boleh lah try buat!!

syukran mas2ra!


afuan ya ukhti... :-)
wassalam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110575 saat. Lajunya....