Oleh |
Karnival Nisfu Syaaban |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 29-08-06 13:46
Azmil (berdiri dua dari kanan) bersama anggota rabbani yang turut terlibat dalam Karnival Nisfu Syaaban. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, Karnival Nisfu Syaaban akan diadakan pada 7 hingga 10 September depan. Karnival kali kedua ini dianjurkan oleh Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Menurut Pengarah Operasinya iaitu Azmil Mustapha, tujuan utama karnival ialah untuk menarik minat masyarakat Islam mendekati masjid. “Ini salah satu cara agar golongan muda terlibat secara tak langsung dengan masjid. Kita cuba menarik mereka dengan mengadakan pelbagai aktiviti,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Karnival Nisfu Syaaban di Hotel Quality, Shah Alam, baru-baru ini. Pelbagai acara akan diadakan sempena karnival empat hari itu. Antaranya forum bersama pelakon Wardina dan Azmil sendiri, konsert Rabbani, pertunjukan busana Muslimah, pertandingan mewarna, tayangan filem berunsur Islam dan bermacam-macam lagi. Karnival tersebut diadakan dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam. Pada karnival tersebut juga akan diadakan pelancaran dana Pusat Sumber Al-Munawwarah di bawah naungan Yayasan Pembangunan Buku Negara. Mereka yang berminat bolehlah menderma apa sahaja jenis bahan bacaan di gerai yang disediakan.
|
umaira_sutera
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-08-06 18:42
bagus tu..rasanya tak ramai anak muda kita yang tahu apa nisfu syaaban tu...eloklah didedahkan. mudah-mudahan ALLAH permudahkan usaha murni ni...
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 31-08-06 18:44
pendekatan yang bagus..ALHAMDULILLAH
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 08-09-06 20:50
ada sesiapayg tahu pendetailan karnival ni?
|
aina_2410
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.09.2003 Ahli No: 3350
Posting: 45
Dari: j-town
|
Posting pada: 08-09-06 21:46
waaa..kat alam megah ini..ish..rugi pula tak dapat pergi..wawawa
|