Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Men are born to succeed, not fail.
-- Henry David

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 142
Ahli: 0
Jumlah: 142




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Hanya Untukmu


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Hanya Untukmu

Please Mendaftar To Post


Oleh Hanya Untukmu

ammiralmujahid
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20152
Posting: 13
Dari: russian federation

russia   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 03:52


AMAR MUJAHID
April 2001

“Tahniah, kau dapat tawaran pergi Taiping!”
“MRSM ke? Yes, yes, yes! Dah lama aku mengidam nak pergi sana. akhirnya….tak sia-sia usaha aku selama ni. Kau pun tahukan dari dulu lagi aku nak tingg…Kenapa kau ni?”
    Dia berhenti mengomel apabila melihat sahabat baiknya itu hanya berbaring selamba di atas katil tanpa menghiraukan ocehannya. Pelik budak ni, tadi dia yang beria-ia bagitahu aku.
    â€śKau Kenapa Farhan?”
    â€śKaulah..happy sangat aku tengok,”
    â€śMahunya aku tak gembira. Kau yang cakap tadi aku dapat masuk MRSM.”
    â€śBila masa aku cakap macam tu?”
    â€śTadi kau kata aku dapat pergi Taiping,”
Farhan tersenyum, mengangguk.
    â€śHa, MRSM lah tu. Kau jangan memain Han,”
Senyum lagi.
    â€śFarhan!”
    â€śOk, ok! Rilekslah dulu. Aku belum habis cakap lagi tadi. Kau yang memandai mandai potong buat apa,”
    â€śok. Aku diam,”
    â€śMemanglah kau dapat tawaran pergi Taiping. Tengok envelope ni, urusan         Seri     Paduka Baginda lagi. Maklumlah, selaku top student kat Yayasan             Bakti ni, menyandang gelaran pelajar cemerlang akademik PMR 2000,             pelajar contoh, malahan mempunyai keinginan yang cukup kuat untuk             study di kawasan yang paling lembap di Malaysia…jangan sampai kau             yang jadi lembap sudah….ok..aku sambung! Adalah layak dengan ini             diisytiharkan..ehem.ehem!..diam…jangan meyampuk! Kau ingat Taiping             ada MRSM saja ke?”
Farhan masih lagi tidak puas mempermainkan sahabatnya itu. Amar diam, mengetap bibir.
“Diisytiharkan, Amar yang gagah perkasa lagi macho layak menjejakkan kakinya ke tempat idaman sekian lama,”
“Baklah sini envelope aku tu,”
“ok, ok kau tak dapat tawaran MRSM, kau dapat tawaran SBP,”
“SBP?”
“SBP,”
o    
Dia mendaftarkan dirinya di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah lima hari lewat dari tarikh pendaftarannya yang sebenar, seperti yang tertera dalam surat tawarannya. Amar seorang pelajar yang pintar, dia memperolehi tawaran ke sekolah berasrama penuh ini hasil keputusan cemerlangnya dalam PMR yang lalu.
Dia benar-benar bersyukur dengan keputusan 9A nya, cukup untuk menggembirakan dirinya dan juga menggembirakan hati kedua ibu bapa angkatnya. Amar kehilangan kedua orang tuanya akibat kemalangan yang melanda mereka di Australia, 10 tahun yang lalu. Ibu dan bapanya ke sana untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan. Amar yang pada masa itu ditinggalkan dengan neneknya yang sudah tua, akhirnya diambil pula oleh jirannya sebagai anak angkat setahun selepas nenek kesayangannya menyahut seruan Ilahi. Dia tiada siapa lagi di dunia ini. Kedua ibu bapanya adalah anak tunggal keluarga masing-masing, kebetulan yang memaksa dirinya terpaksa menagih kasih orang lain.
             Namun, keluarga angkatnya cukup menyayanginya. Begitu juga dirinya, amat menghormati dan mengasihi mereka, juga seorang saudara angkatnya yang sebaya dengannya. Nur Zinnirah semenjak tingkatan satu lagi sudah pun menuntut di sekolah ini.
Dan, dengan hadirnya dia di sini meringankan beban keluarga angkatnya.
o    
             Selesai urusan pendaftaran dan melambai pemergian keluarga angkatnya, Amar melangkah menuju ke bangunan sekolahnya. Lawa jugak sekolah ni. 4 Musytari, mengikut apa yang diberitahu kepadanya oleh guru yang menguruskan pendaftarannya.
             “Mana pulak kelas ni? Hisy, takkan tak ada penyambut tetamu agaknya?” sempat lagi dia melawak. Dahlah datang lambat, gumamnya dalam hati. Matanya melilau melihat papan tanda yang menjadi petunjuk-petunjuk ke tempat tertentu. Makmal bahasa, bilik komputer, perpustakaan ….. tak ada pun 4 Musytari.
             “Abang Amar?”        
             Dia terus menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. Isy, baru sampai, siapa pula yang dah kenal aku ni.
             “Eh, Nur. Mujurlah Amar jumpa Nur kat sini. Pening kepala Amar cari kelas ni tak jumpa-jumpa,”    
             Kehadiran Zinnirah benar-benar melegakannya. Sekurang-kurangnya, tak perlulah dia mengusung buku teks yang sebeban ini untuk masa yang lebih lama. Zinnirah menghampirinya bersama seorang lagi sahabatnya.
             “Mak dan ayah dah balik?”
Angguk.
             “Abang Amar dapat kelas mana?”
             “Ehm… 4 Musytari cikgu tu cakap,”    
Zinnirah dan sahabatnya tersenyum.
             “Sebelah kelas Nur saja tu. Kami kelas 4 Waruna,”
Zinnirah menjelaskan kepadanya. Amar termonyeh.
             “Oh, lupa pulak nak kenalkan. Ainur, ni abang kembar aku, Amar. Abang Amar ini kawan baik Nur, Ainul Mardhiah.”
             Amar terangguk-angguk sambil tersenyum. Matanya tidak tertumpu kepada Ainul Mardhiah, tapi pada NurZinnirah. Abang kembar? Zinnirah menyedari reaksi Amar, mengenyitkan matanya.
             “Jom, Nur tunjukkan kelas abang,”
             “Marilah,”
             Zinnirah dan sahabatnya meninggalkannya di hadapan sebuah kelas. Seterusnya mereka masuk ke kelas yang berikutnya. Nak masuk, tak nak, nak masuk, tak nak, nak.. ah, masuk sajalah.
             “Assalamualaikum,”
             Tiba –tiba dia terasa semua pandangan mata tertumpu ke arahnya. Dia tersenyum, sambil melangkah masuk.
             “Assalamualaikum cikgu,”
             “Waalaikumussalam. Student baru ye? Sila-sila duduk kat mana awak suka,”
             Amar melangkah perlahan-lahan menuju ke bucu kelas itu. Mulutnya masih dengan senyuman, tidak mahu dianggap sombong. Matanya pula sibuk memerhatikan lantai, segan memandang muka rakan-rakan barunya. Dia duduk, dan mula menyiapkan dirinya untuk mengikuti pembelajaran pertamanya di sekolah ini.

o    
             Waktu prep di kelas, Amar tekun menyiapkan latihan Add Math yang diberikan oleh Encik Zakaria di sekolah sebentar tadi sebagai kerja rumah. Sebenarnya, dia sendiri malas untuk membuat latihan itu sebegini awal, tapi dia tidak ada benda lain yang dapat dibuatnya. Bosan.
             Rakan-rakannya yang lain sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ahmad, ketua kelasnya sibuk berbincang dengan anak buahnya yang lain, ahli jawatankuasa kelas untuk menceriakan kelas. Hajar pembantu ketua kelas, aktif orangnya. Di kerusi di depannya, Fahmi lena terlentok di atas meja. Di kanannya, tempat duduk seorang pelajar perempuan yang seingatnya baru sekali dia bercakap dengannya. Itupun kerana meminta tolong pelajar tersebut mengambil pennya yang terjatuh ke lantai dan bergolek ke bawah meja pelajar tersebut. Namanya, juga jika tidak salah ingatannya, Norazliza buat Abd. Aziz.
             Yang lain-lain, Faizal, Zul Helmi, Afham, Nadia, Sarah…….itu sahaja yang dikenalinya. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan bersendirian daripada bergaul dengan rakan rakan sekelasnya itu. Entah mengapa, dia rasa seolah olah tak serasi. Namun tidaklah sehingga dikatakan sombong mahupun kera sumbang. Dia masih lagi memelihara etika sosialnya dengan mereka semua. Namun, tidak seperti dahulu. Sebaik semasa dia di Yayasan Bakti dahlu.
                                                        
“betulkah kau nak pindah esok?”
“Betul lah,”
“Kenapa cepat sangat?”
“Tu pun dah lewat…”
“Siapa jemput kau nanti?”
“Mak bapak aku lah..”
“Nenek kau?”
Bedebuk! Farhan menepis bantal yang dihayunkan Amar ke mukanya. Sempat lagi dia melawak dalam kesedihannya untuk berpisah dengan sahabat baiknya itu.
“Kau tak sayang tempat ni lagi ke?”
Diam.
“Kau dah tak suka kawan dengan aku lagi ye?”
Terus diam.
“Ye lah..apa sangat lah sekolah ni. Buruk. Budak-budak dia pun bodoh-bodoh. Bengap pula tu. Cikgu ajar banyak kali pun tak paham paham jugak. Mana setanding dengan sekolah baru kau tu..”
Amar berhenti mengemas, memandang muka sahabatnya itu dengan perasaan sayu. Kalau lah kau tau perasaan aku sekarang ini..rakan-rakan mereka yang lain tiada di kamar ketika itu, sibuk bermain bola di padang, hanya tinggal mereka berdua di dalam kamar yang mereka diami semenjak form one dulu.
“Han. Aku sayang sekolah ni. Sayang sangat-sangat..tiga tahun aku tinggal kat sini. Kawan dengan kau, dengan rakan-rakan kita yang lain. Banyak benda yang kita buat bersama, tu semua jadi memori manis dalam ingatan aku. Tapi nak buat macam mana..memang lah aku nak sangat sekolah kat MRSM ke, SBP ke, sebab sistem pembelajaran kat sana lagi bagus, tersusun. Tapi bukan sebab tu saja..”
“Kalau bukan sebab tu sebab apa?”
Amar diam, meneruskan kerja kerja mengemas yang terbengkalai sebentar tadi sambil otaknya ligat menyusun ayat yang sesuai untuk menjawab soalan rakan baiknya itu.
“Adik aku pun sekolah kat situ, sejak dari form one lagi. Minta maaf sebab aku tak pernah cakap kat kau. Sebab tu lah aku nak sangat sekolah kat Taiping. Sekolah ni jauh sangat dari rumah aku. So, sekarang kebetulan aku dapat sekolah yang sama dengan adik aku, senanglah mak bapak aku, bukan nenek aku aa..parents aku hantar dan jemput kami. Kau pun tahu kan, keluarga aku bukan senang macam kelarga kau.”
Farhan terdiam mendengar penjelasan panjang lebar sahabatnya. Tiga tahun bersama Amar, memang disedarinya hakikat itu. Belum pernah sekalipun dia melihat keluarga Amar datang melawat Amar di sini. Rumah mereka yang terletak di utara menjadi penghalang mungkin. Amar pun setiap kali cuti semester mesti pulang sama ada menaiki bas atau keretapi.
“Kalau macam tu aku doakan kebahagiaan kau kat sana.”
“Thanks..”
“Tak ada lah lagi aku kawan kat sini..”
“Kawan kawan kita yang lain kan ada.”
“mereka lain.”
“Apa yang lainnya?”
“mereka pandai, hormat guru, berdisiplin. Tak macam kau, bodoh, kurang ajar, pemalas..”
Bedebuk! Kali ni bantal yang dihayun Amar tepat mngenai sasarannya. Farhan tidak membalas sekadar ketawa.
“Dahlah, kau jangan sedih sangat pulak”
“Tak..aku happy. Haa, baru aku ingat!”
“Apa dia?”
“Kau ada hutang dengan aku.”
“Kira halallah”
“Banyak cantik”
“Alah, berkira….”

“Amar! Amar!”
Amar tersentak daripada lamunannya. Kenangan saat akhir bersama sahabat baiknya hilang menjadi debu. Semua pandangan tertumpu ke arahnya. Apahal pulak mereka ni?
“Amar, ada orang nak jumpa kau. Dari tadi aku panggil, kau buat tak tau saja.”
Ocehan Ahmad ketua kelasnya itu dibiarkan berlalu ditiup angin kerana dia lebih berminat untuk mengetahui siapakah yang ingin bertemu dengannya. Dengan tenang, dia melangkah keluar.
“lah..Nur ke. Ainul pun ada. Apa hal nak jumpa Amar?”
Ainul Mardhiah dan Zinnirah tersenyum. Baru kini dia perasan wajah sahabat adiknya itu sepenuhnya. Cantik….Kenapa dulu aku tak perasan. Pertemuan mereka kali pertama dulu, dia tidak mengecam wajah gadis tersebut kerana dia terlalu cemas memikirkan kelas baru yang bakal didudukinya. Lawa jugak budak ni, tenang saja wajah dia..
“Oooi…abang! Tengok apa tu? Orang cakap dengan dia dia tengok tempat lain pulak!”
Teguran terbuka Zinnirah memalingkan mukanya daripada terus menatap wajah bersih di sebelah adikya itu. Ainul Mardhiah hanya tesenyum seperti tadi, tiada perubahan pada wajahnya. Amar tersipu-sipu.
Isy..budak ni. Tak patut sungguh.
“Ada apa nak jumpa Amar?”
“Nur bawak pesan daripada ketua warden. Dia kata nak jumpa abang. Amboi, baru berapa hari dok sini dah buat kes ke?”
Zinnirah tersengih.
Amar termonyeh.
Encik Sohor nak jumpa aku? Dia menelan air liur. Apa kesalahan yang telah dibuatnya? Dia memang selalu mendengar akan kebengisan ketua warden itu. Pernah sekali dia melihat ketua wardennya itu menampar muka seorang pelajar tingkatan satu kerana lewat ke prep petang. Isy..mana aku ada buat salah. Amar meraup wajahnya.
“Abang pergilah jumpa dia. Sekarang tau.”
Zinnirah berlalu meninggalkannya, juga Ainul Mardhiah yang masih tidak lekang dengan senyuman manis di wajahnya. Amar pula perlahan-lahan mengatur langkah menuju kamar warden di hujung bangunan sekolah blok C. Sesampai sahaja dia di sana…
“Assa…Farhan!”
o    
-bersambung-


-----------------
ammiralmujahid


Bookmark and Share

    


  Member Information For ammiralmujahidProfil   Hantar PM kepada ammiralmujahid   Pergi ke ammiralmujahid's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 10:16


Assalamualaikum. Saudara mujahid, sebelum ni saya dah baca cerpen ni di blog saudara tapi sampai sekarang masih tertunggu-tunggu sambungannya. Harap boleh lah dihabiskan ceritanya dalam portal ni ya. Wassalam.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 24-08-06 10:20


kenapa nak kan smbung pula????cerita lah bagi habis.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

ammiralmujahid
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20152
Posting: 13
Dari: russian federation

russia   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 18:29


minta maaf, ana sekadar ingin menunggu respon macam ini lah..InsyaAllah ana cuba habiskan. masa dan idea jarang bersatu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ammiralmujahidProfil   Hantar PM kepada ammiralmujahid   Pergi ke ammiralmujahid's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123289 saat. Lajunya....