Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap awal tahun Allah SWT menghadiahkan 8760 hadiah amat berharga untuk setahun. Bagaimana anda menggunakan 8760 jam itulah yang menentukan kemajuan atau kemunduran hidup
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 10 hari yang lalu
lidah-penghunus: 12 hari yang lalu
muslimin23: 20 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Khasiat susu ibu dan kebaikan kepada bayi


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Khasiat susu ibu dan kebaikan kepada bayi

Please Mendaftar To Post


Oleh Khasiat susu ibu dan kebaikan kepada bayi

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 09:50


Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu.

Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentang penyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepas dia tidak lagi menyusu.

Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu.

Justeru, ia berupaya memberi bayi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalam satu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan meningkatkan IQ anak.

Kebaikan kepada ibu

Menyusukan bayi adalah sebahagian daripada kitar reproduktif wanita. Menerusi penyusuan bayi, ikatan kasih sayang antara ibu dan anak semakin dalam. Ibu yang menyusukan bayi berupaya menjarakkan kelahiran untuk sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah 98 peratus. Kaedah menjarakkan anak sebegini dikenali sebagai Laktational Amenorrhea Method (Laktasi Amenorrhea).

Selain itu, ibu yang menyusukan bayi berupaya menurunkan berat badannya dengan cepat selepas bersalin selain melindung diri dari masalah kesihatan seperti anemia, barah payu darah, barah ovari dan osteoporosis.

Risiko memberi susu formula kepada bayi dan kanak-kanak


Meningkatkan risiko asma


Meningkatkan risiko alahan


Mengurangkan pembangunan kognitif


Meningkatkan risiko penyakit pernafasan akut


Meningkatkan risiko jangkitan pada susu formula yang tercemar


Risiko kekurangan nutrisi


Meningkatkan risiko barah kanak-kanak


Diabetes


Penyakit jantung


Obesiti


Jangkitan jangkitan telinga tengah dan telinga


Jangkitan bahagian gastrointestinal

Risiko pemberian tidak memberi susu badan


Meningkatkan risiko barah payu dara


Risiko berhadapan dengan masalah terlebih berat badan


Berisiko terhadap barah ovari dan barah endometrial


Meningkatkan risiko osteoporosis


Mengurangkan peluang menjarakkan bayi secara normal


Meningkatkan risiko rheumatoid arthritis


Meningkatkan risiko tekanan dan kemurungan


Meningkatkan risiko maternal diabetes

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-08-06 10:15


sebaik-baik makanan bagi sikecil hingga usia 2 tahun adalah susu ibu, firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan ibu-ibu wajib menyusui anak-anak mereka selama 2 tahun yang sempurna yaitu bagi orang yang ingin menyempurnakan penyusuan itu."

sebahagian faedah air susu ibu:
1. penuh dengan segala zat makanan yang diperlukan anak.
2. sesuai bagi anak darisegi kehangatan, kamanisan dan kepahitannya.
3. bersih dari kuman-kuman dan penyakit.
4. didalamnya terdapat zat-zat yang mampu mencegah penyakit dan mematikan kuman yang merbahaya bagi anak.

fungsi penyusuan terhadap anak dan ibunya:
1. mengeratkan hubungan antara anak dengan ibunya dan memberi keoadanya sifat kasih sayang.
2. menjaga ibu dari penyakit kanser payudara.
3. dapat mengembalikan keaslian rahim seperti sebelum bersalin.
4. membantu ibu agar tidak mengandung dalam batas waktu penyusuan tersebut.

waallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087762 saat. Lajunya....