Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 135
Ahli: 0
Jumlah: 135




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 5 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Memperingati peristiwa Deir Yassin


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Memperingati peristiwa Deir Yassin

Please Mendaftar To Post


Oleh Memperingati peristiwa Deir Yassin

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 09:20


TATKALA penduduk Lebanon mula berduyun-duyun pulang ke kampung halaman masing-masing dan sibuk membersihkan kawasan penempatan yang musnah akibat bedilan roket dan bom Israel, ribuan penduduk Palestin yang menjadi pelarian angkara keganasan rejim Zionis itu, terus menghitung hari bilakah kesengsaraan mereka akan berakhir.

Ini kerana, perjuangan mereka sejak berdekad lalu untuk mencapai kemerdekaan sebenar, terus menjadi igauan ngeri apabila saban hari digasak dengan bom dan peluru oleh askar-askar Israel.

Walaupun dikatakan telah mempunyai negara dan kerajaan sendiri, tetapi ia masih belum dapat menjamin kebebasan mutlak daripada tindak-tanduk ganas Israel.

Kesengsaraan mereka itu bagaimanapun reda seketika, di saat Israel menumpukan serangan ke atas selatan Lebanon, kononnya untuk membebaskan dua askarnya yang ditawan oleh pejuang Hizbullah.

Namun, kecederaan, kematian, tangisan dan raungan bakal kembali menjadi rutin penduduk Palestin selepas gencatan senjata dikuatkuasakan di selatan Lebanon yang membawa kepada pengunduran tentera Israel berkuat kuasa Isnin lalu.

Pengunduran Israel dari Lebanon itu bermaksud, Palestin kembali menjadi sasaran rejim Zionis yang mendakwa menentang pejuang-pejuang Hamas, Fatah dan kumpulan radikal Islam lain.

Bagaimanapun, nasib dan kesengsaraan beribu-ribu malah berjuta-juta rakyat Palestin itu seolah-olah semakin dipandang sepi oleh dunia, khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang boleh berbangga atas usaha menamatkan konflik Israel-Lebanon, masih gagal menamatkan penderitaan rakyat Palestin.

Wajah-wajah kanak-kanak Palestin ‘lebur’ akibat terkena bedilan roket dan peluru berpandu Israel bakal kembali ‘menghiasi’ dada-dada akhbar dan televisyen di seluruh dunia.

Begitu juga dengan wajah sayu dan suara tangisan wanita Palestin yang kehilangan suami dan ahli keluarga tercinta.

Namun, semua itu masih belum cukup nampaknya untuk menyatukan umat manusia khususnya umat Islam mengusahakan kedamaian yang menyeluruh, sekali gus membawa keamanan kepada bumi Palestin yang turut menempatkan Masjid al-Aqsa iaitu kiblat pertama umat Islam.

Apa yang jelas, sebaik sahaja berundur dari selatan Lebanon, Israel terus melancarkan gerakan ke atas sebuah bangunan di Palestin-menambahkan lagi kemusnahan bandar Tabing Barat dan Gaza.

Menurut tokoh wartawan Mesir, Mohammed Hassanein Haikal, sejak kewujudan negara Israel pada 1948, dianggarkan lebih 265,000 rakyat Palestin telah terkorban di tangan rejim Zionis itu.

Beliau berkata, sejak kejatuhan Palestin pada tahun tersebut, Israel terus mengukuhkan penguasaannya melalui dasar pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara perkampungan terawal yang ditawan oleh Israel ialah Deir Yassin iaitu pada 9 April 1948, dengan menyaksikan pembunuhan 254 penduduknya, sementara majoriti meninggalkan rumah kerana bimbang kekejaman Israel.

Antara propaganda yang digunakan Israel ketika itu ialah menakut-nakutkan penduduk Deir Yassin bahawa mereka akan memperkosa gadis-gadis di wilayah terbabit termasuk di hadapan anggota keluarga sendiri, sementara kaum lelaki pula akan dibunuh.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Memperingati Deir Yassin (DYR) Malaysia, Hishamudin Ubaidulla, penaklukan perkampungan tersebut sebenarnya membuka pintu kepada Israel memperluaskan gerakannya untuk menakluki dan menguasai lebih banyak wilayah Arab di Asia Barat.

Kejatuhan Deir Yassin bermula dengan tindakan dua kumpulan gerila bersenjata Yahudi yang menyerang perkampungan itu dan membunuh 100 penduduk tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan wanita. Peristiwa itu kemudiaannya mencetuskan pergolakan yang berpanjangan.

Ini kerana, perkampungan tersebut tidak termasuk dalam wilayah yang telah dipersetujui oleh PBB untuk dijadikan negara Israel pada masa hadapan.

Berikutan itu, usaha untuk menguasai perkampungan tersebut bagi dijadikan benteng telah mendorong kepada gerakan gerila oleh kumpulan-kumpulan tertentu Yahudi, mengakibatkan penghijrahan besar-besaran penduduk Baitulmaqdis.

Rentetan daripada peristiwa berdarah itu, Deir Yassin kini hilang dari peta dunia dan hanya tinggal kenangan.

Sehubungan itu, Institut Kajian Sosial Malaysia (MSRI) akan menganjurkan forum bertajuk ‘Hentikan Peperangan: Selamatkan Kanak-Kanak Palestin’ pada 26 Ogos ini di Auditorium Muzium Negara.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh dijadualkan akan menyampaikan ucaptama pada forum tersebut. Sementara antara penceramah yang dijangka memberikan ceramah pula ialah Presiden JUST, Dr. Chandra Muzaffar, Aliyah Fong Abdullah dan F.lah. Bhupalan.

‘‘Matlamat kita adalah untuk mengingatkan rakyat Malaysia khususnya tentang peristiwa dan keganasan Israel.

‘‘Ini kerana, dunia seakan semakin melupakan peristiwa yang berlaku dan kesengsaraan penduduk Palestin seluruhnya,’’ kata Hishamudin dalam satu pertemuan di pejabat MSRI baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif MSRI, Lia Syed turut mengakui dunia semakin ‘meminggirkan’ Palestin dan masih gagal mencari kedamaian untuk rakyat Palestin.

‘‘Bayangkan, penderitaan dan kesengsaraan masih terus dirasai oleh kanak-kanak Palestin sekarang yang merupakan generasi keempat,’’ katanya.

Mengimbas seketika tentang sejarah negara Israel, mengikut maklumat yang diperoleh daripada beberapa laman web, penubuhan negara Israel yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat dan Britain melalui Deklarasi Balfour pada tahun 1917, telah berjaya meluaskan wilayahnya sebanyak kira-kira 50 peratus lagi melalui Perang Arab-Israel pada 1948.

Peperangan itu menyebabkan lebih 700,000 penduduk Arab jadi pelarian sementara 800,000 lagi bangsa Yahudi mula berhijrah ke negara baru mereka.

Penentangan rakyat Palestin terhadap Israel berterusan termasuk melalui Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan gerakan intifada yang dimulakan pada tahun 1987.

Bagaimanapun, penentangan oleh PLO berakhir selepas kematian pemimpinnya, Yasser Arafat pada 11 November 2004.

Sebenarnya, usaha mencari kedamaian yang berkekalan antara Israel-Palestin telah banyak dilakukan antaranya melalui Perjanjian Gaza-Jericho pada Mei 1994, Perjanjian Pemindahan Kuasa dan Tanggungjawab pada Ogos 1994.

Tetapi, keamanan sebenar masih gagal dicapai berikutan tindakan rejim Yahudi itu yang seringkali mencabuli perjanjian atau persetujuan yang telah dicapai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.267385 saat. Lajunya....