Oleh |
apa hukumnya kalau lelaki ..... |
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 23-08-03 10:37
assalamualaikum...
lelaki kalau pakai gincu walaupun hanya untuk nak berlakon....boleh ke?? ustazah aza cakap lelaki walau apa pun tak boleh berpakaian atau bersolek menyerupai wanita.
pastu aza tanya kat ustazah, kalau macam kumpulan senario tu boleh ke? ustazah jawab tak boleh...tapi sekarang ni lelaki asal nak berlakon je mesti pakai gincu...kenapa??
berdosa ke kalau lelaki pakai gincu?? kalau ada sesiapa tahu..bagi tau lah...
|
adlan
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1053
Posting: 467
Dari: Planet Pumpkin
|
Posting pada: 24-08-03 05:21
assalamualaikum..
hmm..jarang pulak tgk senario...x perasan pulak diorg pakai gincu..
even if they did it on act purposed, was it ILLEGaL?
looks like i need more time to make sure about it by referring to my reference books.
anyone who has the answer plz do some explaination ekk.
-its became my concern since i'm also a man-
|
abusuffian
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 403
Posting: 134
Dari: Segamat
|
Posting pada: 27-08-03 17:12
kalau berlakon kena pakai gincu sebab kalau takpakaimukanampak pucat...
mmm...
ustaz-ustaz yang keluar TV pun rasanya kena pakai gincu untuk elakkan mukanampak pucat...
kalau pucat tak hensem pulak nanti
|
futurama
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor
|
Posting pada: 27-08-03 17:46
assalamualaikum..
soalan anta ni.. ana blh bagi opinion je.. nak bagi hukum.. tak berani. ilmu belum cukup.
lelaki haram berpakaian dan menyerupai wanita. begitulah sebaliknya. Allah dah jadikan kita seadanya, jadi terimalah seadanya. lagipun.. cerita tu.. tak baik tengok. benda lagho ni... buat kita lupa Allah.
sesungguhnya Allah Lbh. Mengetahui.
|
UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk
|
Posting pada: 30-08-03 17:01
hmmm....ana pun tak berani bagi hukum...nanti kalau tersalah susah pulak....
kalau berpakaian macam perempuan memanglaa diharamkan...tapi kalau pakai gincu pulak macamana???
well...pakai gincu dgn niat supaya tak nampak pucat ana rasa tak salah...lagipun, la ni namanya bukan gincu tapi lip gloss..iaitu utk melembabkan bibir...maklumlaa dok dlm air-con..nanti mulut pecah plak...ana penah tgk one of saujana members pakai gincu dlm video klip rahmat kasihmu...coz ana nampak bibir dia merah semacam...so???
ana rasa tak salah...asalkan niat tu betul...tapi kalau pakai sebab nak jadi or rasa macam perempuan...itu dah terang-terangan HARAM....
maaf kalau tersalah...
wallahuallam... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 31-08-03 00:44
akum..ana blom pernah dengar lagi pasal hukum ni...
yang ana tau...dari segi pakaian ada lah..
tapi pada pendapat ana la....kalau untuk belakon ke...berdrama ke...bernasyid ke (memang artis nasyid sendiri pun pakai gincu..knape x pecaya?) boleh kot...sebab...diorang pakai bukan untuk kekal....cuma..untuk masa tu je....wallahu'alam...
bagi ana...apa pun yg kita buat....semuanya bergantung kepada niat....kerana allah swt...demi mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya...InsyaAllah
|
islamic_princess
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI
|
Posting pada: 31-08-03 11:51
assalamualaikum...
erm..ntah lah yer....
tak berani nak beri komen sebab belum khatam bab ni....
wassalam ----------------- HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..
|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 01-09-03 12:41
Apa sahaja perbuatan seorang lelaki untuk menyerupai wanita, maka hukumnya adalah HARAM. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith sahih, mafhumnya...
"Allah melaknat lelaki menyerupai perempuan, dan perempuan yang menyerupai lelaki..." Tidak kira samada untuk berlakon dan sebagainya.
Kaedah fiqh : "Matlamat tidak menghalalkan cara." Niat untuk berlakon sebagai wanita tidak menghalalkan lelaki untuk bersolek menyerupai wanita...
Berkenaan pernasyid yang memakai gincu, bukan dengan niat untuk menyerupai wanita. Dan gincu dipakai adalah semata-mata untuk mengelakkan bibir tampak kering dan pucat, bukan untuk berhias seperti wanita...
Maka, bergantung pada niat juga. Sekiranya gincu dipakai untuk menyerupai wanita (atau sekadar berlakon), HARAM hukumnya tetapi sekiranya sebab pemakaiannya adalah seperti yang ana nyatakan tadi, maka ia adalah dibenarkan...
Allahu Ta'ala a'lam... ----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 01-09-03 15:32
akum..fuh..mantap...!! ustaz dhany kia..kalau dah mula pegang mic....mmg sedap ceramahnya....  dhany tak mau try pakai gincu ka ? ehehe
|
akuzakie
WARGA SETIA Menyertai: 23.06.2003 Ahli No: 1623
Posting: 448
Dari: Muar Tanah Air T'Cinta
|
Posting pada: 01-09-03 19:08
pendapat akuzakie laa... bukan nak bg hukum... pemakaian gincu utk b'lakon adalah haram... sama spt memakai rambut palsu.. utk tujuan menyerupai perempuan... tp.. penggunaan gincu utk tujuan melembabkan bibir(spt: LIP ICE) x salah... tp,kalau dah niat terang2 nak menyerupai wanita... hukumnyer ttp haram...
p/s: mcmmana lak kalau lelaki pakai gelang tangan(perak).. adakah menyerupai wanita? adakah hukumnyer haram? cincin ? -----------------
[B] "Apa yang Kita Paling Nak.. Itu Yang Kita Takkan Dapat" -KARTINI- [/B]
|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 01-09-03 19:58
Pemakaian cincin adalah SUNNAH sekiranya kena pada gayanya. Selagi mana niat pemakaian adalah untuk menurut sunnah RasuluLlah SAW, bukan untuk mengikut mana-mana budaya dan material cincin adalah daripada bahan yang dibenarkan di dalam Islam, maka itulah yang dianggap sebagai sunnah RasuluLlah...
Berkenaan dengan bentuk dan rupa cincin, tiada dalil yang menyatakan dengan spesifik. Ada pun, hukum memakai cincin perak tanpa batu di atasnya, maka hukumnya kembali pada yang asal iaitu MUBAH (HARUS), tetapi jika inginkan pahala sunnah, digalakkan mencari cincin yang berbatu 'aqiq...
Apa pun, pemakaian gelang perak TIDAK BOLEH diqiaskan dengan cincin perak. Menurut fiqh Syafi'ie, maka TIDAK BOLEH lelaki memakai perhiasan perak KECUALI cincin...
Allahu Ta'ala a'lam... ----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi. [ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-09-01 19:59 ]
|
Prof_Muslim
 Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 01-09-03 21:30
Kalau psl lelaki dah bising boleh tak boleh pakai gincu....dah boleh kekirukan pemikiran.
susah.
Ok, kalau perempuan oakai gincu pun susah...
krn boleh timbul fitnah
kalau ada bljr bab hukum.tentang tabarruj..
Waalahualam.........
MAaf asalah kata
..........................
Prof_Muslim -----------------
::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 02-09-03 10:38
assalamualaikum...
terima kasih semua...kalau pakai celak???boleh ke?? maksud aza lelaki....
|
SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur
|
Posting pada: 02-09-03 10:49
Pemakaian celak adalah sunnah RasuluLlah SAW, hatta pemakaian celak adalah sebelum kedatangan Islam lagi...
Dalil² berkenaan celak...
"Bercelaklah kalian dengan Itsmid (batu celak), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata." Sungguh Nabi saw mempunyai tempat celak mata yang digunakannya untuk bercelak pada setiap malam. Tiga olesan di sini dan tiga olesan di sini (mata kanan dan mata kiri)." (At-Tirmidzi)
"Selalulah kalian bercelak mata dengan Itsmid sewaktu akan tidur, kerana sesungguhnya Itsmid itu menjernihkan pandangan dan menumbuhkan bulu mata." (At-Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah) Apa pun, niatkan memakai celak untuk menurut sunnah, bukan mengikut trend barat...
Allahu Ta'ala a'lam... ----------------- Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 02-09-03 12:37
oOo... macam tu rupanya.
baru clear kekaburan ni syukran pada yang memberi jawapan.
kekadang tu mmg pening bab-bab lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki ni ----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi
|
alang_1701
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.08.2003 Ahli No: 2792
Posting: 70
Dari: terenjaanu
|
Posting pada: 02-09-03 13:00
ooo...begitu rupanyer..
syukran jaziilan
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 04-09-03 08:32
terima kasih semua....apa lagi nak tanya ek?? nantilah aza nak pikir dulu....
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 04-09-03 11:40
semua perkara yang kita buat ni berdasarkan dengan nawaitu kita,kalau nawaitu kitra salah maka haram lah hukumnya...tapi kalau baik disisi Allah maka baik lah dia..dalam hal ni memang diharamkan lelaki menyerupai perempuan..terdapat banyak hadis memperkatakan bab ini...tapi walau apa pun pandangan kita...hanya Allah saja yang tahu..sesungguhnya Allah itu maha mengehtahui
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 05-09-03 23:23
assalamualaikum...
ada lagi satu soalan aza nak tanya...macam mana pulak kalau lelaki ni simpan rambut panjang dan perempuan buat rambut macam lelaki?
|
UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk
|
Posting pada: 05-09-03 23:47
kalau rambut panjang pada lelaki dan rambut pendek pada perempuan....itu ana tak pasti...tapi ana penah dengar dari satu sumber yang mengatakan rambut itu dapat menyelamatkan kaum wanita dari neraka.....tapi itu ana tak pasti...dulu kawan kepada makcik ana..(perempuan la)..dia botakkan kepala dia atas alasan sebab dia tension...walaupun dia pakai tudung tapi seorang lagi makcik ana...(yg selalu pergi kelas agama) bagitau kalaupun seorang perempuan itu hendak memptong rambut, kenalah tidak kurang dari secekak rambut..ish! macamana ana nak terangkan ni? wallahuallam.... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk
|
Posting pada: 05-09-03 23:52
eh...betul ker celak dapat mencerahkan penglihatan...kalau macam tu, ana nak suruh mama ana belikan celaklaa dan insyaallah nak mula amalkan sebelum tido...
wallahuallam... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|