Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 207
Ahli: 0
Jumlah: 207




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: Saingan Liga England bermula


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Saingan Liga England bermula

Please Mendaftar To Post


Oleh Saingan Liga England bermula

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 09:13


LONDON – Saingan bola sepak Liga Perdana England, yang disaksikan oleh berjuta peminat di seluruh dunia tetapi hanya dikuasai oleh sekumpulan kelab elit, kembali menjadi tumpuan hari ini dengan Chelsea memburu gelaran buat kali ketiga berturut- turut.

Seperti Manchester United, Chelsea tidak akan memulakan kempen mereka sehingga Ahad ini bermakna pasukan-pasukan seperti Liverpool, Arsenal dan Tottenham berpeluang menunjukkan belang mereka lebih awal.

Dan tiga pasukan yang baru dinaikkan – Reading, Sheffield United dan Watford juga tentunya berusaha memberikan saingan terbaik untuk terus kekal bersaing dalam liga utama.

Aksi pertama akan berlangsung di Bramall Lane, yang menyaksikan Sheffield United melayani penyandang juara Piala nothing, Liverpool yang mendapat suntikan selepas menumbangkan Chelsea 2-1 untuk memenangi Perisai Komuniti nothing.

Juara Eropah 2005, sudah menampakkan kehebatan mereka apabila memenangi perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-juara menentang Maccabi Haifa selain kemenangan ke atas Chelsea.

Bos pasukan Reds, Rafael Benitez mengakui bahawa percaturannya untuk mendapatkan khidmat pemain Craig Bellamy, Jermaine Pennant dan Mark Gonzalez ternyata berbaloi.

Arsenal pula agak terumbang- ambing sejak tewas kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Mereka kehilangan pemain legenda, Dennis Bergkamp yang bersara sementara Robert Pires dan Sol Campbell berhijrah dengan Jose Reyes dan Ashley Cole pula mahu meninggalkan kelab itu selain terpaksa menyesuaikan diri dengan stadium baru mereka, Emirates apabila bertemu Aston Villa.

Chelsea pula memulakan kempen dalam usaha memburu gelaran ketiga di tempat sendiri menentang Manchester City esok meskipun, ketua pasukan Jerman, Michael Ballack, satu daripada dua bintang utamanya selain penyerang Ukraine, Andriy Shevchenko, tidak dapat beraksi berikutan kecederaan di pinggang.

Dalam aksi lain esok, Manchester United bertemu Fulham.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 19-08-06 18:09


huhuhu
eh kalau nak tengok kena start pukul berapa ek?
tengok jadual games kat www.premierleague.com hari itu match start pukul 15.00, 1745..
kalau tukar ke waktu malaysia pukul berapa ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

Minur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 18:40


kalau nak tengok bola tu...

kena lah selesaikan apa yang penting dulu..

hehe...saja nak bagi nasiha tsket..

Go..go Arsenal....

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinurProfil   Hantar PM kepada Minur   Quote dan BalasQuote

diyan_huwaina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2005
Ahli No: 21127
Posting: 102
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-08-06 20:46


erk tak minat bola...better main frisbee..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For diyan_huwainaProfil   Hantar PM kepada diyan_huwaina   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 19-08-06 22:05


pas siapkan kerja lah kita tengok
kalau match start pukul 3 pagi kita bertahajud dulu lepas itu baru tengok...
hehehe

liverpoll the best....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 20-08-06 07:37


Fowler selamatkan maruah Liverpool


LONDON – Jaringan penyamaan Robbie Fowler menerusi sepakan penalti pada minit ke-70 menyelamatkan maruah Liverpool untuk sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Sheffield United dalam perlawanan pembukaan musim baru Liga Perdana England, semalam.

Sheffield yang baru dinaikkan ke Liga Perdana mencemaskan juara Perisai Komuniti itu lebih dulu apabila membuka jaringan menerusi tandukan Rob Hulse pada minit ke-46.

Namun, Liverpool kembali menarik nafas lega menerusi jaringan penalti Fowler selepas Steven Gerrard dijatuhkan dalam kotak penalti.

Beraksi kali pertama dalam masa 12 tahun di peringkat liga tertinggi England di tempat sendiri iaitu Bramal Lane, Sheffield United turun tanpa pengurus, Neil Warnock di tepi padang yang digantung berada di tempat duduk simpanan untuk dua perlawanan.

Hanya selepas 34 minit permainan berlangsung, Liverpool sudah kehilangan dua pemain utama, Jamie Carragher dan Jon Arne Riise yang cedera buku lali.

Ini memberi ruang kepada Sheffield merobek kubu Liverpool menerusi Hulse yang merebahkan badan untuk menanduk masuk sepakan percuma David Unsworth.

Namun selepas mengasak hebat, gol penyamaan Liverpool menjelma apabila Gerrard yang lepas masuk dalam kotak penalti berjaya menyepak lemah sebelum dijatuhkan untuk menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Fowler.

Sementara itu, Arsenal turut bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Aston Villa.

Villa mendahului menerusi tandukan Olof Mellberg pada minit ke-53 sebelum Gilberto Silva menyamakan kedudukan pada minit ke-84.

Keputusan lain:

Everton 2, Watford 1

Newcastle 2, Wigan 1

Portsmouth 3, Blackburn 0

Reading 3, Middlesbrough 2

West Ham 3, Charlton 1

– AP


hehehehe jangan marah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 09:56


MANCHESTER – Manchester United perlu memperbaiki keputusan perlawanan di Old Trafford jika mahu mencabar juara dua kali, Chelsea dalam merebut gelaran bola sepak Liga Perdana England, kata Alex Ferguson.

United melepaskan 13 mata dalam perlawanan di gelanggang sendiri musim lalu, berbanding Chelsea yang hanya melepaskan dua mata dan memenangi 18 daripada 19 perlawanan di Stamford Bridge.

β€˜β€˜Jika anda melihat kepada rekod Chelsea di gelanggang sendiri sejak dua tahun lalu, ia sama sekali amat menakjubkan.

β€˜β€˜Kami telah mengenal pasti bahagian yang perlu diperbaiki dan percaya lima keputusan seri yang dicatatkan di gelanggang sendiri musim lalu boleh dibaiki.

β€˜β€˜Ia adalah sesuatu yang mengecewakan apabila peningkatan kami hanya mula berlaku pada hujung musim. Persembahan kami di tempat lawan musim lalu sangat hebat jadi kami mahu merubah daripada seri kepada menang,’’ kata pengurus pasukan itu.

Kali terakhir Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana adalah pada 2003, mereka menang 16 kali, seri dua serta kalah sekali di Old Trafford.

Ferguson juga percaya, kecederaan yang membelenggu Roy Kean, Gary Neville, Gabriel Heinze dan Ryan Giggs tahun lalu antara punca aksi goyah pasukannya pada awal musim.

Pengurus Manchester United itu berharap dapat mengelak senario yang sama daripada berulang dan berkata, pasukannya mampu mengatasi kecederaan kecil yang mungkin mengganggu.

United akan beraksi tanpa sebahagian pemain utama apabila bertemu Fulham, hari ini termasuk pemain yang baru dibeli, Michael Carrick, yang cedera buku lali ketika menentang Ajex Amsterdam dalam perlawanan pra musim.

Carrick dijadual kembali ke sesi latihan minggu depan, manakala tonggak pertahanan Serbia, Nemanja Vidic, yang cedera lutut juga semakin hampir kembali kepada kecergasan asal.

Penyerang, Alan Smith pula memerlukan beberapa hari lagi untuk membuat penampilan semula selepas patah kaki pada perlawanan Februari lalu.

Heinze pula tidak dipertimbangkan untuk berada dalam kesebelasan utama sehingga bulan depan. Tonggak pertahanan Argentina itu masih berusaha menguatkan otot meskipun beraksi pada Piala Dunia, bulan lalu.

– Reuters
Glory..Glory...Glory... M.U

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 13:50


LONDON - Wayne Rooney menjaringkan dua gol ketika Manchester United memulakan kempen bola sepak Liga Perdana England penuh bergaya apabila membenam Fulham 5-1, kelmarin.

Kemenangan besar United itu membolehkan skuad Red Devils menduduki tangga teratas selepas penyandang juara, Chelsea menang 3-0 ke atas Manchester City yang bermain 10 orang pada setengah jam terakhir permainan di Stamford Bridge.

Rooney, yang melupakan seketika hukuman penggantungan tiga perlawanan ke atasnya, menjaringkan gol ketiga United daripada empat gol yang diperoleh dalam tempoh 12 minit pada awal permainan sebelum menjaringkan gol kelima pasukannya selepas sejam permainan hasil hantaran lintang pertahanan, Wes Brown.

Penyerang England itu akan memulakan penggantungan tiga perlawanan pada 23 Ogos ini selepas dibuang padang semasa kejohanan pra-musim di Amsterdam.

Pemain Perancis, Louis Saha yang diberi keyakinan oleh pengurus, Alex Ferguson yang menjual pesaingnya di bahagian serangan, Ruud van Nistelrooy, menanduk masuk gol pembukaan pada minit ketujuh hasil hantaran lintang Ryan Giggs untuk gol ketiganya ke atas kelab lamanya itu.

Pemain pertahanan Fulham, Ian Pearce menambah gol kedua United apabila tertolak bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-14 ketika berusaha menghalang satu hantaran oleh Saha kepada Rooney.

Rooney kemudian menjaringkan gol ketiga United hasil susulan daripada bola yang melantun selepas ditepis penjaga gol, Antti Niemi hasil rembatan Saha pada minit ke-16.

Penyerang England itu mencipta gol keempat United tiga minit kemudian apabila bola hantaran cantiknya kepada Ronaldo dirembat masuk oleh pemain Portugal itu.

Penyerang Fulham, Heidar Helguson mengurangkan jurang gol kepada 4-1 apabila rembatannya dari luar kotak penalti mengenai badan Rio Ferdinand dan melepasi penjaga gol United, Edwin van ada Sar.

Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh ketua pasukan, John Terry pada minit ke-11, Frank Lampard (26) dan Didier Drogba (70).

Pemain Manchester City, Bernardo Corradi yang dibeli dari kelab Sepanyol, Valencia, dibuang padang pada minit ke-63 selepas mengasari Michael Essien yang menyebabkannya menerima kad kuning kedua.

– Agensi

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 05:23


kalau nak tengok EPL kena setting jam... tapi siapa ada astro tak ada masalah punya... sebab astro dah bagi time dah akan.. tapi siapa tak tau baca time sila lah kira sendiri.. heheh..
kalau UK main pukul 1245tgh : Malaysia waktunya 745 mlm ( magrib dulu ye... )
            ''     245/300 ptg : waktu mesianye 1000 mlm
            ''             kalau pukul 7 makna eh kat Malaysia area2 pukul 12 ke atas.
            ''            kalau pukul 8 UK makna nya kat Malaysia dah pukul 2-3 pagi.. heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 09:59


LONDON – Manchester United mencatat kemenangan ketiga daripada tiga perlawanan pertama dalam bola sepak Liga Perdana England selepas menewaskan pasukan baru liga, Watford 2-1, semalam.

Pemain pertahanan, Mikael Silvestre dan pemain sayap, Ryan Giggs masing-masing menjaringkan gol United itu bagi memastikan mereka mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dan kelebihan dua mata di tangga teratas di depan pasukan tangga kedua, Everton.

Everton yang bermain 10 orang selama sejam permainan selepas Kevin Kilbane dilayangkan kad merah, berhak menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur di White Hart Lane.

Everton mendapat gol menerusi jaringan sendiri pemain lawan, Calum Davenport dan rembatan Andy Johnson.

Dalam perlawanan sebelum itu, Liverpool menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit untuk bangkit daripada ketinggalan dan menewaskan West Ham United 2-1.

Penyerang, Bobby Zamora menjaringkan gol keempatnya dalam tiga perlawanan untuk meletakkan Hammers di depan, sebelum pemain pertahanan dari Denmark, Daniel Agger menyamakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi satu rembatan dari jarak 30 meter.

Peter Crouch menjaringkan gol kemenangan empat minit kemudian. Liverpool mengumpul empat mata selepas dua perlawanan.

– Reuters

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Cda_Ibtihal
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26225
Posting: 87
Dari: Sungai Besar,Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-06 16:30


cayok...cayok MU

Bookmark and Share

    


  Member Information For Cda_IbtihalProfil   Hantar PM kepada Cda_Ibtihal   Quote dan BalasQuote

jauhtapi_dekat
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.11.2006
Ahli No: 27220
Posting: 24
Dari: indera kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 06-11-06 16:53


liverpool the best..u 'ill never walk alone

(aku,DIA dan kamu)

Bookmark and Share

    


  Member Information For jauhtapi_dekatProfil   Hantar PM kepada jauhtapi_dekat   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 06-11-06 17:49


Chelsea the BEST...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 06-11-06 17:49


Chelsea the BEST... cayalah

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 06-11-06 19:34


Chelsea.
Ana juga suka permainan Arsenal, for the reasons purely and simply sportifs.
Hanya kerana permainan cantik.

Ana (mungkin juga Aiman) tak kisah tentang apa yang berlaku di luar padang.
Bukan ana sahaja. Orang lain pun:
- boikot Arsenal kerana ada link dengan Israel.
- tidak pula boikot Liverpool yang ke hulu hilir menjunjung nama syarikat arak.
- tidak juga boikot Piala Tiger yang terang benderang penajanya ialah Tiger Beer.
etc.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

nurman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15612
Posting: 278
Dari: Dimana bumi dipijak disitu Islam dijunjung!

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 20:53


Man Utd....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurmanProfil   Hantar PM kepada nurman   Quote dan BalasQuote

puteri_islamiah04
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.09.2005
Ahli No: 18815
Posting: 116
Dari: alor setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 23:01


manchester.......!!!!! manchester.......!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_islamiah04Profil   Hantar PM kepada puteri_islamiah04   Quote dan BalasQuote

akak_zura
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18876
Posting: 52

Kedah  


posticon Posting pada: 10-11-06 13:11


huhuhuhuhuhu

12/11/2006 liverpool bertemu arsenal... huhuhuhuhu perit tu

game pukul 1600 @ 1200 tghmlm kat malaysia.....(13/11/2006)

mg2 liverpool mng.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For akak_zuraProfil   Hantar PM kepada akak_zura   Quote dan BalasQuote

jauhtapi_dekat
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.11.2006
Ahli No: 27220
Posting: 24
Dari: indera kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 25-11-06 18:06


hidup liverpool....you'ii never walk alone....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jauhtapi_dekatProfil   Hantar PM kepada jauhtapi_dekat   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-11-06 23:15


LIVERPOOL.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115024 saat. Lajunya....