Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 97
Ahli: 0
Jumlah: 97




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Jejak Sekolah
Topik: Mengapa belajar bahasa Arab?


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Mengapa belajar bahasa Arab?

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa belajar bahasa Arab?

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 13:45


HARI ini, kalau kita membeli kereta baru, komputer, televisyen, mesin basuh, peti ais dan lain-lain yang baru pasti kita akan dibekalkan sebuah buku panduan. Dalam buku panduan, dinyatakan berbagai nama komponen tertentu, fungsi dan cara menggunakan alatan tersebut dengan betul. Biasanya buku panduan ditulis menggunakan bahasa utama pengeluar alatan itu. Ini diikuti dengan terjemahan dalam bahasa-bahasa lain.

Persoalannya, bagaimana kita dapat menggunakan dan memperbaiki alatan tersebut jika kita tidak dapat memahami bahasa yang digunakan. Umpamanya, buku panduan tentang penggunaan enjin kereta dalam bahasa Jepun yang menggunakan 100 peratus tulisan Jepun? Sudah tentu seseorang yang tidak memahami bahasa Jepun tidak akan dapat membaiki enjin dengan betul. Yang mungkin difahami cuma bahagian yang melibatkan gambar sahaja.

Jadi, marilah kita renungkan bersama secara mendalam pula senario yang lebih besar daripada itu. Allah s.w.t. menjadikan muka bumi ini sebagai kegunaan khalifah-Nya iaitu makhluk bergelar manusia. Persoalannya, adakah Allah bekalkan buku panduan bagaimana menggunakan bumi dan prasarana alam yang terbentang luas ini?

Jawapannya sudah tentu ‘ya’. Panduan itu tidak lain dan tidak bukan ialah al-Quran. Di dalamnya terdapat pelbagai panduan dalam semua bidang kehidupan sama ada akidah, ekonomi, pengurusan, kemasyarakatan, keilmuan, kebudayaan, kemajuan dan sebagainya.

Pokok perbincangan ialah bagaimana kita dapat mengadaptasi apa yang terkandung dalam al-Quran jika kita tidak dapat memahami bahasa yang digunakan. Oleh kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, sama ada mahu atau tidak, kita perlu belajar bahasa Arab.

Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berusaha dengan segala kekuatan yang ada di samping prasarana yang semakin hari semakin canggih untuk sama-sama menguasai bahasa antarabangsa yang penting ini.

Marilah kita fikirkan ungkapan ringkas ini, “kalau kita menguasai bahasa Melayu kita boleh mendapat segulung ijazah. Kalau kita menguasai bahasa Inggeris kita boleh bersaing dengan negara maju. Kalau kita menguasai bahasa Arab (mampu menterjemahkan dan mengadaptasi ilmu-ilmu al-Quran dalam kehidupan) kita boleh mengatasi negara maju.â€

Ungkapan ringkas ini bukan bermaksud untuk memperkecil-kecilkan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi negara kita. Ungkapan ini sebenarnya satu motivasi yang dijangka dapat menyuntik semangat kepada kita untuk menguasai sekurang-kurang tiga bahasa tersebut sebagai asas permulaan.

Kalau kita menguasai Bahasa Melayu kita mungkin mampu mendapat segulung ijazah yang kita inginkan. Ini kerana kursus-kursus peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan di beberapa universiti di negara ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Justeru itu, kalau kita tidak dapat menguasai bahasa lain seperti bahasa Inggeris, maka kita masih mampu mendapatkan segulung ijazah tersebut.

Walau bagaimanapun, berbekalkan segulung ijazah tersebut belum memadai untuk kita memperoleh kerjaya yang diingini. Ini kerana kita perlu bersaing dengan ribuan siswazah lain yang turut memiliki segulung ijazah yang setaraf dengan kita. Oleh itu kemahiran menguasai bahasa Inggeris amat diperlukan.

Sehubungan itu dalam arus globalisasi ini, kalau kita menguasai bahasa Inggeris kita boleh bersaing dengan negara maju. Tahukah kita apakah yang dimaksudkan dengan boleh bersaing? Itupun berapa orang di kalangan rakyat Malaysia yang betul-betul boleh menguasai bahasa Inggeris? Kalau pun boleh, kita masih lagi hanya bersaing!

Bersaing maknanya masih seiring. Kalau lumba lari acara pecut 100 meter, kita hanya boleh bersaing dan tidak ketinggalan jauh ke belakang berbanding pelumba pertama. Namun kita masih lagi belum boleh menjadi pelumba yang pertama.

Persoalannya, bagaimana kalau kita mampu menguasai bahasa Arab? Adakah kita boleh mengatasi negara maju? Jawapannya sudah tentu ‘ya’ tetapi dengan satu syarat. Syaratnya, kita menguasai bahasa Arab supaya mampu menterjemahkan dan mengadaptasi ilmu-ilmu al-Quran dan dapat mempraktikkannya dalam kehidupan kita.

Maksudnya di sini, kita boleh membawa al-Quran ke kilang-kilang bukan sekadar membawa mashafnya untuk dibaca tetapi lebih daripada itu. Kita sepatutnya menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama untuk meningkatkan produktiviti kilang. Bagaimana caranya? Sudah tentulah memerlukan penyelidikan yang berterusan.

Untuk menafsir al-Quran dalam bidang yang diceburi sangat memerlukan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan. Salah satu ilmu yang merupakan kuncinya miftahul ilmi ialah ilmu bahasa Arab.

Jadi, menguasai bahasa Arab dengan baik adalah salah satu syarat yang diperlukan untuk kita menterjemah al-Quran dalam bidang yang kita ceburi. Tanpa penguasaan yang baik sudah pasti hasil yang diperoleh juga kurang memberangsangkan. Untuk menguasainya sudah tentu memerlukan perancangan dan persiapan rapi.

Oleh itu mahu atau tidak, kita terpaksa belajar menguasai bahasa Arab. Seterusnya, belajar bagaimana menguasai bahasa tersebut dan menggunakan kepakaran itu untuk meneroka ilmu Allah yang Maha Luas ini.

Akhirnya, renungkanlah dan sahutlah cabaran kata-kata ini. “Hari ini kebanyakan orang Islam masih lagi belajar membaca ketika orang Barat sudah jauh ke hadapan iaitu membaca untuk belajar.â€

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 08:37


salam...
tuan yang mulia..adalah penting untuk kita belajar bahasa arab untuk lebih mendalami maksud sebenar yang terkandung didalam al-Quran...pencemaran terhadap bahasa arab sekarang semakin serius..sebab tulah zaman rasulullah dulu,nabi dihantar kekampung dan dibesarkan dikawasan pedalaman bagi memelihara ketulinan bahasa arab...

bersamalah kita menpelajari dan memelihara bahasa arab...insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Minur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 11:02


kita mesti lah sensitif sikit dengan kepentingan bahasa arab ni..

belajar bahasa arab adalah salah satu kunci untuk kita khusyuk dalam solat...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinurProfil   Hantar PM kepada Minur   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-08-06 02:02


masyaALLAH, untuk renungan bersama...

syukran jazilan rimbabara... :-)

"anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda
tidak menjadi pembaca terlebih dahulu..."


ALLAHualam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 07:43


teman mula belajo bahasa Arab sejak sekolah rendah lagi, tapi tak formal. mula secara formal bila masuk tingkatan satu sampai tingkatan 5....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

fantasi87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2008
Ahli No: 35300
Posting: 77
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 08-10-08 21:48


belajar lah bahasa arab untuk diri sendiri..........
belajar lah bahasa arab sama dengan belajar bahasa yang lain.......
bahasa arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa syurga...
jadi bljrlah bahasa arab......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fantasi87Profil   Hantar PM kepada fantasi87   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-11-08 12:43


dulu bahasa arab adalah bahasa yang memeningkan kepala ana..ana belajar bahasa arab dr tingkatan1 hingalah ambil diploma...syukurlah atas anugerah Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091367 saat. Lajunya....