Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 149
Ahli: 0
Jumlah: 149




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Perdana Menteri bentang Bajet 2007 1 September


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Perdana Menteri bentang Bajet 2007 1 September

Please Mendaftar To Post


Oleh Perdana Menteri bentang Bajet 2007 1 September

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 13:35


KUALA LUMPUR 16 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membentangkan Bajet 2007 semasa persidangan Dewan Rakyat 1 September ini pada pukul 4 petang.

Pegawai Perhubungan Korporat Parlimen, Rohana Amdan berkata, persidangan Dewan Rakyat ditetapkan selama 43 hari bermula 21 Ogos, berehat sepanjang bulan puasa bermula 24 September hingga 5 November dan disambung kembali sehingga 13 Disember.

Persidangan Dewan Negara pula ditetapkan selama 10 hari bermula 6 Disember hingga 21 Disember, katanya dalam satu kenyataan.

Tujuh rang undang-undang untuk bacaan kali kedua akan dibentangkan sepanjang mesyuarat ketiga, Parlimen Kesebelas itu.

Rang Undang-Undang berkenaan ialah Rang Undang-Undang Garis Pangkal Zon Maritim 2006, Rang Undang- Undang Ordinan No 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat (Pindaan) 2006 dan Rang Undang-Undang Zon Ekonomi Ekslusif (Pindaan) 2006.

Turut dibentangkan ialah Rang Undang-Undang Penduduk dan Pembangunan Keluarga (Pindaan) 2006, Rang Undang-Undang Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2006, Rang Undang-Undang Pusat Jagaan (Pindaan) 2006 dan Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2006.

Rohana berkata, sebanyak 1,096 pertanyaan lisan diterima daripada anggota Dewan Rakyat untuk dijawab dalam persidangan kali ini manakala 269 pertanyaan diterima untuk jawapan bertulis.

Dewan bersidang Isnin hingga Khamis mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang.

– Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 12:59


semoga golongan pertengahan dan rakyat yang miskin akan terbela..

naikkan harga rokok 100 peratus....
apa harapan anda pada bajet kali ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

baikhati
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25177
Posting: 77
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 18-08-06 13:42


tiap tahun memang ikut bajet ni...sentiasa ada perubahan...tapi masih tak nampak dan tak pasti perlaksanaannya...
semoga golongan pertengahan dan rakyat yang miskin akan terbela...harap2la, InsyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For baikhatiProfil   Hantar PM kepada baikhati   Quote dan BalasQuote

shoutulwardah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25412
Posting: 32

blank  


posticon Posting pada: 18-08-06 16:03


betul...ada apa pada rakyat sekarang? bangunan tinggi-tinggi ada pun tak guna jika nasib rakyat tak terbela...
ditambah-tambah lagi nak buat pulak Disney land kat malaysia, negara "Islam" kononnya...
masjid yang ada diroboh sewenang-wenangnya...
na'uzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shoutulwardahProfil   Hantar PM kepada shoutulwardah   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 16:30


:oops: Hhhmmmmmm....susah bila para pemimpin yang ada ini bukan dari orang yang mementingkan agama.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

empirez
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.07.2006
Ahli No: 25113
Posting: 30
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 16:57


harap sesiapa boleh tolong sahkan perkara ni...kalau ada anak ataupun adik baru lahir ke..minta tolong tengok..terima kasih...

Kuliah zohor - ustaz. Badrulamin di Intitusi Kewangan

Cuba lihat 'surat beranak' anak2 yang lahir mulai tahun ini (2006), ruangan agama anak tidak ditulis (dikosongkan). Lihat 'Mykid' anak2 kita, cuba lihat sama ada agama anak kita ada ditulis atau tidak. Permintaan pertama untuk 'kumpulan. IFC' telah ditunaikan. anak2 yang dilahirkan dalam keluarga ibu bapa islam tidak automatik islam.

Islam hadhari lah sangat...saya tidak redha kepada yang terlibat dan menteri yang menyokong IFC kalau ia betul-betul sudah berlaku..sibuk bentang bajet konon.boleh jalan lah....
[ Telah diedit oleh: empirez pada 18-08-06 17:01 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For empirezProfil   Hantar PM kepada empirez   Quote dan BalasQuote

shoutulwardah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25412
Posting: 32

blank  


posticon Posting pada: 20-08-06 09:43


masya-Allah... betul ke dah jadi begitu?

bajet lah betul-betul untuk aqidah umat islam...umat islam kat negara sendiri terancam..sibuk2 pulak nak kutip barangan Israel...nak2 lagi ketepikan ulama...sanjung artis lelebih....na'uzubillah...

benarlah ini negara Islam HAD     HARI...

jangan sibuk dengan bajet yang tak dop plaburan bisnes ukhrawi...
buat apa-apa pun, bersumberkan Al-Qur'an & sunnah..
jangan main redah&sesedap rasa....
wallahu'alam.

moga ALLAH memberi petunjuk kepada kita semua & sluuh umat islam...amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shoutulwardahProfil   Hantar PM kepada shoutulwardah   Quote dan BalasQuote

sahabat83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 14:11


betul itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat83Profil   Hantar PM kepada sahabat83   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 18:09


:-( kalau boleh...buat lah lebih sikit IPTA kat kelate, nak harap kan kepada UiTM,USM tak cukup.....sebab dekat IPTA di luar sana,majoriti anak2 kelate yang ramai.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 13:56


BAJET 2007 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 September ini digambarkan oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menarik.

Adalah menjadi harapan semua agar ia akan menjadi bajet yang terus proaktif dalam memesatkan kegiatan ekonomi negara dan pada masa yang sama mesra perniagaan serta prihatin kepada rakyat.

Faktor-faktor seperti kenaikan harga minyak, kadar faedah, inflasi dan kedudukan geopolitik antarabangsa yang secara amnya memberi tekanan kepada rakyat di setiap peringkat sosioekonomi sememangnya wajar diambil kira secara serius.

Diharap Bajet 2007 mampu memberi kelegaan kepada rakyat dan sebagai contoh kesan kenaikan harga petrol sebanyak 18 peratus, elektrik 12 peratus dan tarif air yang bakal dinaikkan amat dirasakan hari ini terutamanya oleh mereka yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, amat wajar kerajaan mempertimbangkan usul yang dibawa oleh Cuepacs yang menuntut kenaikan gaji sebanyak 40 peratus untuk kakitangan berpendapatan rendah yang mana gaji mereka sekarang ini sekitar RM550 sebulan.

Itulah jumlah yang dibawa pulang ke rumah setiap bulan untuk menyara keluarga dengan anak yang mungkin sedang membesar dan bersekolah.

Kehidupan keluarga tersebut akan menjadi lebih perit lagi jika mereka tinggal di bandar besar.

Sebagai rakyat sebuah negara yang sedang pesat membangun, kelompok ini harus diberi keutamaan kerana majoriti mereka adalah orang Melayu dan antara penyumbang utama kepada penghasilan modal insan negara.

Menurut pakar ekonomi pembangunan, Profesor Jeffrey S. Sachs dari Columbia University, Amerika Syarikat baru-baru ini bahawa beliau yakin Malaysia boleh merealisasikan Wawasan 2020 jika dapat menyediakan sumber manusia bermutu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi serta sektor perkhidmatan.

Dengan kata lain, usaha membina melahirkan modal insan kelas pertama harus dilakukan dan dilihat dari semua aspek perancangan negara.

Insentif-insentif untuk golongan berpendapatan rendah yang mempunyai anak-anak cemerlang dalam pelajaran perlu dibentuk oleh kerajaan kerana pelajar cemerlang ini adalah aset terbaik sesebuah keluarga itu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan untuk tempoh jangka panjang.

Guru boleh menjadi perantara terbaik untuk memastikan pelajar-pelajar berpotensi terus cemerlang.

Insentif seperti pengecualian yuran di semua peringkat pengajian rendah, menengah dan universiti untuk mereka yang benar-benar cemerlang di samping kemasukan secara automatik ke sekolah berasrama penuh wajar diwujudkan.

Usaha ini dijangka dapat merealisasikan agenda satu keluarga mempunyai seorang profesional dan modal insan kelas pertama.

Dari sudut perniagaan pula, Menteri Kewangan Kedua menggambarkan bahawa Bajet 2007 akan terus memberi tumpuan kepada usaha-usaha membangunkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Insentif-insentif baru dijangka diperkenalkan sejajar dengan usaha kerajaan yang menginginkan sumbangan PKS kepada ekonomi negara dipertingkatkan daripada kadar semasa iaitu antara 60 peratus ke 70 peratus sahaja ke tahap lebih tinggi.

Kerajaan dijangka terus memberi tumpuan terhadap industri berorientasikan teknologi, perkhidmatan dan asas tani.

Potensi sektor ini untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negara adalah amat besar dan secara khususnya di sini jugalah terletaknya pola terbesar masyarakat perniagaan dan perindustrian bumiputera.

Dalam pada itu, dana modal teroka di negara telah meningkat 14 peratus kepada RM2.6 bilion tahun lalu berbanding tahun sebelumnya dan hampir 40 peratus adalah dana yang disediakan kerajaan.

Untuk industri asas tani satu pelan tindakan program pembangunan usahawan asas tani seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini adalah amat perlu.

Sejajar dengan itu adalah diharapkan agar Bajet 2007 akan mencetuskan kesungguhan tinggi di kalangan usahawan bumiputera untuk mempersiapkan diri dengan ilmu perniagaan dan sentiasa bersedia untuk bersaing merebut peluang yang wujud.

Kerjasama strategik antara usahawan, agensi kerajaan dan swasta harus dikenal pasti kerana menerusi perkongsian bijak yang dibentuk akan meningkatkan lagi daya saing mereka.

Namun demikian usahawan bumiputera tidak harus berasa selesa (zon selesa) dengan bantuan-bantuan yang sedang dan bakal diberikan.

Adalah amat perlu buat mereka melihat sokongan dan insentif yang diberikan kerajaan itu sebagai kelebihan bersifat sementara.

Mereka harus melipatgandakan usaha dalam membentuk kelebihan kompetitif dan berdaya saing serta mampu memperluaskan pasaran ke peringkat serantau dan antarabangsa dalam jangka masa singkat.

Semua tidak mustahil untuk dicapai jika mereka membuat perancangan yang baik, pelaksanaan dan pemantauan yang bersungguh-sungguh.

Sejajar dengan itu kerajaan juga diharap dapat mengurangkan kadar cukai korporat sekarang ini iaitu pada 28 peratus ke paras lebih rendah.

Penurunan secara berperingkat-peringkat mungkin pendekatan terbaik. Penurunan ini penting kerana kadar cukai korporat yang tinggi berbanding negara serantau akan menjadikan Malaysia kurang kompetitif dalam konteks menarik pelabur asing melabur.

Sebagai perbandingan kadar cukai korporat negara jiran seperti Singapura ialah 20 peratus, Hong Kong 17.5 peratus dan Taiwan 25 peratus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 02:15


hmmm tiap2 tahun macam tu juga.....tapi pasti minyak akan naik tahun depan cayalah cakap saya

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091987 saat. Lajunya....