Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 154
Ahli: 0
Jumlah: 154




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 7 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Peralatan
Topik: Gelang RFID membantu rawatan pesakit di hospital


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Peralatan
    »» Gelang RFID membantu rawatan pesakit di hospital

Please Mendaftar To Post


Oleh Gelang RFID membantu rawatan pesakit di hospital

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 13:52


JANGKITAN penyakit, kerahsiaan pesakit, kehilangan harta benda, penyelenggaraan bangunan hospital kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan teknologi terkini yang dibangunkan oleh Siemens.

Syarikat yang terkenal dengan pembangunan cip telah membangunkan cip yang boleh digunakan dalam banyak bidang terutama dalam bidang perubatan.

Masa kini, Siemens telah menjalankan penyelesaian menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi kegunaan di hospital dan klinik-klinik di beberapa negara Eropah.

Arkitek Sistem, Perkhidmatan Perniagaan Siemens, Daniela Schmieg berkata, RFID terdiri daripada tag yang mempunyai cip dan antena di sekelilingnya.

Bagi membaca data di dalam tag, seseorang memerlukan ‘pembaca’ dengan medan elektromagnet untuk membaca dan memindahkan data.

“Kini RFID telah mula digunakan dalam bidang perubatan bagi menyimpan maklumat pesakit,’’ katanya semasa ditemui di pameran Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa 2006 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Schmieg berkata, Siemens telah dilengkapi dengan teknologi know-how dalam industri penjagaan kesihatan sejak 1877.

Dengan penglibatan dalam pembuatan electro-medical dan peralatan fizikal lain, Siemens yang mempunyai pengalaman selama 128 tahun sentiasa berusaha menyediakan peralatan bagi penjagaan kesihatan pada masa depan.

Kini dengan meningkatnya permintaan bagi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan penyelesaian bagi pemprosesan klinikal, diagnostik dan prosedur terapeutik menggunakan penyelesaian teknologi maklumat (IT).

“Banyak masalah di hospital boleh diselesaikan menggunakan teknologi RFID,’’ kata Schmieg.

Pada permulaan RFID digunakan untuk menyimpan maklumat pesakit seperti nama, umur, jantina, berat, penyakit yang dialami, alahan, sejarah, tak-ray serta maklumat perubatan yang berkaitan.


Merawat

Biasanya RFID dipasangkan dalam bentuk gelang tangan pada pesakit dan doktor yang merawat boleh memuat turun (download) atau memuat naik (upload) data di dalamnya dari masa ke semasa.

Misalnya doktor boleh mengubah berat badan atau senarai ubatan yang diberikan mengikut keperluan pesakit.

“Semua ini tidak boleh dilakukan jika menggunakan kaedah barkod kerana data tidak boleh diubah selepas dimasukkan,’’ kata Schmieg.

Ini membolehkan data pesakit dikemaskini pada waktu sebenar (real-time) secara atas talian bagi hospital yang menggunakan teknologi tanpa wayar (wireless).

RFID juga boleh digunakan bagi mengesan pelbagai peralatan penting dan diperlukan semasa kecemasan.

Bagi mengesan pergerakan, tag jenis aktif yang menggunakan bateri dan boleh mengesan pergerakan dalam jarak 300 meter.

“RFID boleh digunakan bagi mengelakkan kecurian peralatan berharga atau mempunyai maklumat pesakit,’’ katanya.

Kadang-kala terdapat dokumen perubatan yang sensitif dan hanya boleh dibuka oleh pihak tertentu di sesebuah hospital.

Justeru RFID boleh digunakan dengan meletakkan tag di dokumen berkenaan supaya mudah dicari dan maklumat mereka yang melihatnya direkodkan.

Di hospital, ubatan merupakan sesuatu yang penting kerana ia diberikan kepada pesakit.

Tag RFID yang digunakan boleh mengesan keluar masuk ubat di dalam stor farmasi, mengenalpasti ubat tiruan, jangka hayat ubat dan mengelakkan daripada kecurian.

“Ini kerana hanya mereka yang mempunyai kata laluan saja yang boleh mendapat akses ke dalam setor berkenaan,’’ tambah beliau.

Selain itu, RFID juga boleh digunakan di Bank Darah bagi mengenalpasti keluar masuk darah serta maklumat mengenai darah yang ada di sana.

Maklumat berkenaan penting bagi menentukan darah yang telah dijangkiti tidak digunakan bagi pemindahan darah.

Bagi tujuan keselamatan RFID digunakan sebagai akses semasa berada di dalam kawasan hospital.

“Ini penting bagi menentukan hanya mereka yang diberi kebenaran saja boleh memasuki sesuatu kawasan.

“Kaedah ini penting bagi mengelakkan pencerobohan dan kes penculikan bayi di kawasan hospital,’’ katanya.

Shmieg berkata, beberapa hospital dan klinik di Amerika Syarikat (AS) dan Jerman telah menggunakan RFID.

Jacobi Medical Centre di New York, AS dan Klinik Pusat Saarbruecken, Jerman menggunakan RFID bagi menyimpan maklumat dalam tag di pergelangan tangan pesakit.

Di Klinik Pusat Biefield juga di Jerman, RFID digunakan bagi mengesan katil yang masih belum diselenggarakan selepas digunakan oleh pesakit sebelumnya.

Sementara di Hospital Munich, Jerman, cip berkenaan digunakan bagi mengesan peralatan pembedahan bagi mengelakkannya tertinggal di dalam badan pesakit semasa pembedahan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082144 saat. Lajunya....