Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 202
Ahli: 0
Jumlah: 202




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sajak
Topik: Secangkir madah.. buat “temanku” dunia & akhirat..


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Secangkir madah.. buat “temanku” dunia & akhirat..

Please Mendaftar To Post


Oleh Secangkir madah.. buat “temanku” dunia & akhirat..

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 19:14


Kuntuman tawamu meleraikan seduku
Percikan senyumanmu menjernihkan keruhku
Lantunan kalammu bisa meruntunkan kalbuku
Derapan hayunan kakimu merentap semangatku..

Tatkala ku dirundung kecelaruan
Diselubungi kemurungan
Diselaputi kebingungan
Kau hadir dengan menghamparkan ketenangan
Menempelkan kerunsingan
Membilas kejernihan dari kelodakku
Menggarab ketenangan dalam kekusutan
yang membelenggu diri ini…

Di kalaku alpa dek mainan duniawi
dibuai nan gelombang hedonisme
kau hadir mengejutkan lamunan lenaku
kau pagari langkahku dengan bicara hikmahmu
kau lontarkan kiasan nan tersirat
dari kuterus terumbang-ambing dari landasan..

Teman..
Tuntuni hidupku dengan nasihatmu
Semaikan rohaniku dengan tazkirahmu
Tebarkan wasilah dengan lisanmu
Pantulkan pancaran mahmudah dari gerak perilakumu
Agar ku dapat menerap peribadi kamiLmu
Kelak kan persis sebati dalam jiwaku..

Ku rafakkan bersama bisikan doa & munajat padaMu,
tanda syukurku kerna masih lagi diberikan
kesempatan dalam kesempitan duniawi
Yang penuh dengan warna kehidupan
Penuh liku onak duri ranjaunya..
Dengan cabaran yang datang bertali arus..

Alhamdulillah….
Ku dipertemukan dengan insan
Yang dalam tawa duka.. setia bersama
Merasai, menyelami,mengungkaikan intipati sanubariku..
Lembut halus sentuhanmu membajai serta menyirami taman hatiku..
Membuatkan ku terpana..
dalam kekerdilan..
dalam keinsafan..
ku berteleku seketika..
fikirankau merewang..
teringatkan bait ungkapan..

teman yang baik.. adalah teman yang berkata benar...
akan tetapi bukan teman yang membenarkan sahaja perkataan kita..

"dalam kesakitan teruji kesabaran..
dalam perjuangan teruji keimanan..
dalam ukhwah teruji keikhlasan..
dalam tawaqal teruji ketaqwaan..
dalam kerinduan teruji kesetiaan..
dan " hargailah bila bersahabat,
maafkanlah bila terluka..
fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka,
tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..
itulah kehebatan ukhwafillah..

Irhamni Ya Allah, Faghfirlani Ya Allah
moga kau senantiasa menjadi
temanku dunia dan akhirat..
Amin..amin.. ya RABBAL ALAMIn…..

** dedicated ila antunna sahabat ukhwah.com

:lol: :lol: :lol: :-di :-di

// iLhAm cipTa simpLe-sHida //    


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 20:31


memang sempoi lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-06 14:25


Sajak yang baik...
Syukran jazilan simpLe_sHida kerna sudi berkongsi sama... :-di

hadiths

Wallahualam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

nuhasolehah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.07.2006
Ahli No: 25365
Posting: 57
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 06-08-06 15:03


penuh hikmah... :-)


-----------------
"AkHLaK MuLiA iBaRat SeKuNtUm BuNga WaLau Di MaNa BeRada PasTi SeMua OrAnG Suka"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuhasolehahProfil   Hantar PM kepada nuhasolehah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-08-06 18:22


Temanku..
Terima kasih kerana sudi meredah gerimis untuk sampai di perbatasan sawah bersama.. :)

*kenangan di kala gerimis pasti takkan terkubur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 09-08-06 14:22


Kalau tak silap sajak ni dah lama awak tulis dalam blog awak ... nasib baik tak ada orang lain yang copy dari blog tu and paste kat sini .. tapi kalau saya nak copy tak ada masalah kan ... kena bayar royalti ke ?? :-P
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 09-08-06 14:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-08-06 14:26


Assalamualaikum...penuh dengan penghayatan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 00:38


!!! QUOTE !!!



mas2ra..Sajak yang baik...
Syukran jazilan simpLe_sHida kerna sudi berkongsi sama...

nuha..penuh hikmah...


syukran jazilan...
hehe.. alhamdulillah.. berkat nikmat dariNYA.. :-di

!!! QUOTE !!!

Temanku..
Terima kasih kerana sudi meredah gerimis untuk sampai di perbatasan sawah bersama..

*kenangan di kala gerimis pasti takkan terkubur...


heehhe.. kak ismi.. memang ngak boleh lupa thingy..
time kasih... sediakan lunch...time kasih pada mak usu..etc..
winduu nak tengok sawah ijo....heheh.. maybe one day.
insyaallah..

:lol: :lol: :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 01:05


!!! QUOTE !!!

Kalau tak silap sajak ni dah lama awak tulis dalam blog awak ... nasib baik tak ada orang lain yang copy dari blog tu and paste kat sini .. tapi kalau saya nak copy tak ada masalah kan ... kena bayar royalti ke ??



eh.. perasan ek..hehe..
alahai.. ana bagi laluan pada nukilan sahabat ukhwah yang lain..
then, ana rasa nak publish di sini.. ana pun postinglaa.

kalau boleh.. bila nak posting
artikel yang bukan hak milik kita..
apa lah salahnye.. letakkan nama penulis..
pencipta di bhg nota kaki tu..

bukan apa.. itu dianggap mengambil hakcipta tanpa izin..
apa yang bahasa tu..alahai..lupa. budaya ciplak..PLAGIAT
kalau nak copy..ana alu-alukan..
cuma.. jangan lupa ilham cipta tu..
at least ada rasa hakcipta itu dihargai.. dan kalau tak kenal sekalipun..letaklaa nama orang yang mencipta that things..
tak kira lah mana-mana artikel yang antunna ambil..
informkan..ambil dari...sekian..sekian.

begitu juga nak buat assignment...kena ada bibliografi..
:roll:

ila transmissionline
alahai.. tak perlu sampai nak bayar royalti...
siapalaa ana ni....

moga ianya dapat dijadikan renungan...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 01:19


!!! QUOTE !!!

penuh dengan penghayatan


dapat banyak ilham ni.. masa cipta ni.. di masjid negara..
so..ana pun kusyuk wa tawadduk..

ku biar kalam berbicara..
menghurai maksudnya di jiwa..
agar mudah ku mengerti ..
segala yang terjadi sudah suratan Ilahi

ku biarkan pena menulis.. meluahkan hasrat di hati...
moga terubat segala..keresahan di jiwa..

:-di :-di


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 15:15


sedapnya sajak ni kak shida... very nice~

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 15:23


syukran jazilan shye..ehhe..
istimewa buat semua warga ukhwah.com..
hehe.. moga ukhwah fillah abadan..abada..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 10-09-06 20:16


SAYANGILAH SAHABAT ANDA...

tiada yang lebih baik melainkan
menyayangi sahabat anda kerana ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

eda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8563
Posting: 107
Dari: Di Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 15:57


sajak shida..
..sedap sajak awak ni..
boleh lah saya copy mana..
buat ingatan diri dan sahabat saya=]

Bookmark and Share

    


  Member Information For edaProfil   Hantar PM kepada eda   Pergi ke eda's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-11-07 12:43


!!! QUOTE !!!

sajak shida..
..sedap sajak awak ni..
boleh lah saya copy mana..
buat ingatan diri dan sahabat saya=]


syukran jiddan.. ( sambil tersipu-sipu )
eheheh.. :-P :kelip: :sopan: :sopan:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-11-07 12:57


Pada 05-08-06 19:14 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

Kuntuman tawamu meleraikan seduku
Percikan senyumanmu menjernihkan keruhku
Lantunan kalammu bisa meruntunkan kalbuku
Derapan hayunan kakimu merentap semangatku..

Tatkala ku dirundung kecelaruan
Diselubungi kemurungan
Diselaputi kebingungan
Kau hadir dengan menghamparkan ketenangan
Menempelkan kerunsingan
Membilas kejernihan dari kelodakku
Menggarab ketenangan dalam kekusutan
yang membelenggu diri ini…

Di kalaku alpa dek mainan duniawi
dibuai nan gelombang hedonisme
kau hadir mengejutkan lamunan lenaku
kau pagari langkahku dengan bicara hikmahmu
kau lontarkan kiasan nan tersirat
dari kuterus terumbang-ambing dari landasan..

Teman..
Tuntuni hidupku dengan nasihatmu
Semaikan rohaniku dengan tazkirahmu
Tebarkan wasilah dengan lisanmu
Pantulkan pancaran mahmudah dari gerak perilakumu
Agar ku dapat menerap peribadi kamiLmu
Kelak kan persis sebati dalam jiwaku..

Ku rafakkan bersama bisikan doa & munajat padaMu,
tanda syukurku kerna masih lagi diberikan
kesempatan dalam kesempitan duniawi
Yang penuh dengan warna kehidupan
Penuh liku onak duri ranjaunya..
Dengan cabaran yang datang bertali arus..

Alhamdulillah….
Ku dipertemukan dengan insan
Yang dalam tawa duka.. setia bersama
Merasai, menyelami,mengungkaikan intipati sanubariku..
Lembut halus sentuhanmu membajai serta menyirami taman hatiku..
Membuatkan ku terpana..
dalam kekerdilan..
dalam keinsafan..
ku berteleku seketika..
fikirankau merewang..
teringatkan bait ungkapan..

teman yang baik.. adalah teman yang berkata benar...
akan tetapi bukan teman yang membenarkan sahaja perkataan kita..

"dalam kesakitan teruji kesabaran..
dalam perjuangan teruji keimanan..
dalam ukhwah teruji keikhlasan..
dalam tawaqal teruji ketaqwaan..
dalam kerinduan teruji kesetiaan..
dan " hargailah bila bersahabat,
maafkanlah bila terluka..
fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka,
tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..
itulah kehebatan ukhwafillah..

Irhamni Ya Allah, Faghfirlani Ya Allah
moga kau senantiasa menjadi
temanku dunia dan akhirat..
Amin..amin.. ya RABBAL ALAMIn…..

** dedicated ila antunna sahabat ukhwah.com

:lol: :lol: :lol: :-di :-di

// iLhAm cipTa simpLe-sHida //    




kelas...dunia akhirat...bukan senang cik shida nak jumpa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Nur_Fatma
Warga Rasmi
Menyertai: 23.11.2006
Ahli No: 27457
Posting: 11
Dari: dublin, ireland & kelate

malaysia  


posticon Posting pada: 22-11-07 13:08


asslmualaikum,
nak copy ni nak letak nama
nama penuh kak simpLE-sHida ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_FatmaProfil   Hantar PM kepada Nur_Fatma   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 11:48


nama penuh..hihi..

ismi NUrUL ashidah binti Johari..
min sitiawan Perak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Fatma
Warga Rasmi
Menyertai: 23.11.2006
Ahli No: 27457
Posting: 11
Dari: dublin, ireland & kelate

malaysia  


posticon Posting pada: 24-11-07 01:04


huhu,bagus2,
kasi nama penuh senang sikit,
sat lagi,trknal :D
selamat berkarya!
teruskan lagi mghasilkn puisi2 yang menarik & hebat2!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_FatmaProfil   Hantar PM kepada Nur_Fatma   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-04-08 18:35




suka design.. bila buring... ngadap pc.. create design add info..;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.150213 saat. Lajunya....