Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 175
Ahli: 0
Jumlah: 175




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Tilawah pupuk minat anak hayati al-Quran


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Tilawah pupuk minat anak hayati al-Quran

Please Mendaftar To Post


Oleh Tilawah pupuk minat anak hayati al-Quran

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 12:52


Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN (WARTAWAN UTUSAN)


MALAM ini akan berlangsung Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-48. Majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini adalah kesinambungan daripada tilawah peringkat kebangsaan pada 11 hingga 15 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Anehnya, biarpun waktu ia berlangsung kini kurang daripada 24 jam, promosi mengenai majlis yang saban tahun diadakan ini nampaknya masih lesu dan tidak bermaya.

Tidak banyak iklan televisyen atau di media cetak yang menguar-uarkan tilawah kali ini. Jurangnya amat ketara jika dibandingkan dengan sambutan terhadap program realiti seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia (AF) dan sebagainya.

Fenomena beginilah yang perlu diubah sesuai dengan prinsip Islam Hadhari yang menekankan teras pegangan dan rujukan adalah al-Quran dan sunah.

Sepatutnya umat Islam sentiasa menunggu-nunggu peluang keemasan seperti ini kerana al-Quran itu sifatnya mengandungi cahaya, petunjuk, peringatan dan pengajaran.

Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah, Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Malah, bukan hanya qari dan qariah yang membaca kitab suci itu diberi ganjaran pahala tetapi mereka yang mendengarnya juga turut diberi pahala oleh Allah s.w.t.

Apa yang lebih penting ialah untuk kita mencontohi bacaan para qari dan qariah yang mengambil bahagian kerana mereka ini fasih dari segi tajwid, aspek penting dalam pembacaan mukjizat Allah ini.

Lagipun inilah masa dan peluang bagi kita mendengar kemerduan bacaan al-Quran dari hampir seluruh pelosok negara Islam. Hal ini pastinya membenarkan lagi hakikat kesyumulan Islam dan perpaduan umat Islam yang membaca serta menghayati kitab yang sama walaupun berlainan bangsa.

Kesepaduan itu pula amat penting dijelmakan dalam bentuk hubungan sesama insan Muslim terutama dalam menghulur bantuan kepada saudara seagama kita di Lebanon dan Palestin yang diserang oleh musuh Islam, Israel.

Dalam masa yang sama, tilawah juga perlu dijadikan pemangkin kepada pembudayaan membaca al-Quran. Seterusnya menghayati segala perintah dan larangan yang terkandung di dalamnya.

Perbuatan menukar saluran lain apabila terpilih saluran tilawah yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen perlu dihentikan. Sebaliknya, menonton tilawah boleh memberi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka juga mendalami bacaan al-Quran.

Jiwa yang sentiasa dipenuhi dengan ayat al-Quran akan mudah dibentuk ke arah perkara kebaikan dan kebajikan sekali gus menjadi perisai kepada pelbagai gejala keruntuhan akhlak masa kini.

Tilawah ini juga membuktikan yang keperluan kepada membaca kitab suci itu bukan terhenti apabila seseorang itu khatam kali pertama. Sebaliknya, al-Quran adalah mukjizat sepanjang zaman yang perlu sentiasa kita baca dan dihayati.

Orang yang sentiasa membasahkan lidah dengan ayat-ayat Allah juga akan beroleh ketenangan dalam hidup. Ini ditegaskan menerusi firman Allah, Ketahuilah! Dengan zikrullah (al-Quran) tenang tenteramlah hati manusia. (al-Raad: 28)

Pendek kata, janganlah kita hanya membaca al-Quran apabila menghadapi kematian ibu bapa atau saudara-mara. Sebaliknya, ia harus dijadikan amalan setiap hari.

Apa yang penting ialah sifat istiqamah kerana al-Quran juga adalah penawar bagi segala penyakit hati dan senjata yang dapat mengikis sifat mazmumah dalam manusia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-08-06 14:34


Adakah dunia ini sudah hampir ke penghujung nya....MasyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 14:53


na'am!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099394 saat. Lajunya....