~Kau adalah tulang rusuk ku~
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia
ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA
dengan pasti).
Kamu, adalah tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat
menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa
yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai
tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Hidup mereka menjadi
membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka
mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan
pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada
akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar dari rumah.
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu
tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidak
dewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali dengan
perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk
beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,
tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-
barangnya, bertekad untuk
berpisah.
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya
pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-
masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi
berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.
WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan
seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA
tidak menunggun, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum
kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui
bahawa dia merindukan
WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di
airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka
dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang
rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York
dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau
kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang
berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung
lafaz "Selamat tinggal..."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar
WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali
lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya
dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri
yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.
....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
kepada orang yang paling kita
cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan.
Seringkali penyesalan itu datang
di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari
kesalahan kita, semua
sudah terlambat....
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang
dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah
dahulu, apakah kata kata
yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang
dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah
dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan
dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima???
-----------------