Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: sarashanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43127

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 4 jam, 43 minit yang lalu
z_tornado: 1 hari, 8 jam, 50 minit yang lalu
sarashanee: 8 hari yang lalu
CikIzzah1992: 10 hari yang lalu
Qiamulail: 26 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: saya nak kawin. tolong bagi pandangan


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» saya nak kawin. tolong bagi pandangan

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh saya nak kawin. tolong bagi pandangan

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 03:32


aslkm. saya budak baru belajar di sini. harap dapat bagi tunjuk ajar. daftar di sini semata2 untuk berkongsi pendapat semua tentang ujian ALLAH yang saya sedang hadapi ini.

ok. macam ni ceritannya.
saya seorang penuntut di sebuah ipt.
di pendekkan cerita saya dah kenal orang tua si gadis ni. lebih-lebih lagi mak si gadis. untuk pengetahuan, ayah si gadis ini kebarangkalian tak akan setuju. silap2 dia kata, mungkin dia akan disuruh berhenti daripada teurs sambung belajar

dia pun still study lagi. kami BENCI kan maksiat! tapi ALLAH uji dengan perkenalan kami. sms dan calling tak miss dalam sehari. memang ini akan dekat dengan maksiat.

kami berbincang sesama sendiri sama ada nak kawin sekarang atau nanti lepas habis study. kami mengaku tak dapat tahun nafsu! kami bersetuju untuk kawin secpt yang mungkin sebab makin lama setan makin cuba untuk rancang kami untuk lakukan maksiat.

masalahnya, saya dah bagitahu kat mak saya nak kawin. saya bagitahu yang saya dah kenal gadis tu. saya bagitahu tuuan saya nak kawin sebab dah tak tahan. nak tinggalkan maksiat. saya suruh mak berbincang dengan abah.

tapi sampai hari ni mak dan abah membisu. saya brbincang dengan gadis itu untuk terus sama-sama kita berusa untuk jelaskan dengan sejelas2nya untuk kitorang disatukan dengan segera.

kami cuma pikirkan masalah maksiat! kami tak tahan untuk kawin lagi beberapa tahun lagi! setiap hari dok berhubung memang lagi nak dekat dengan maksiat! kami sayangkan perhubungan kami! kami nakkan kerehaan ALLAH!

saya berharap sangat untuk semua bagi pendapat

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

amirez
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.01.2006
Ahli No: 21578
Posting: 54
Dari: Universiti Selatan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 03:59


berat juga masalah ni.
niat nak kawin tu bagus..tapi nak dapatkan persetujuan parents tu susah.
kalau parents kedua-duanya pihak dah setuju..xdelah timbul masalah ni kan.

saya cadangkan..sabar dulu. cuba renggangkan sikit hubungan saudara dengan si dia. mungkin boleh balas2 sms seminggu sekali. tu saja yang dapat saya beri pendapat. saya sendiri pun kurang pengalaman dalam hal ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirezProfil   Hantar PM kepada amirez   Pergi ke amirez's Website   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 04:10


dah berbincang dengan dia untuk berbuat demikian, tapi terus terang bgatu yang kami tak boleh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-07-06 04:25


Alhamdulilah..niat saudara baik untuk berkahwin bagi mengelakkan maksiat itu...hidayah yang ALLAH bagi kepada saudara juga cukup berharga..

ana pun setuju dengan apa yang amirez cadangkan itu..cubalah rengangkan sedikit hubungan saudara dengan nya..walaupun susah, tetapi saudara boleh cuba..kuatkan iman dan banyak-banyak minta doa dari ALLAH...

cuma ana terkejut apabila saudara mengatakan..yang 'kami tak boleh..' apa yang menghalang saudara? ada sesuata kah yang menghalang sauda berbuat demikian?? maaflah kalau soalan ini terlalu peribadi..ana tidak memaksa saudara menjawabnya di sini, tetapi untuk renungan saudara jua...

tetapi saudara jua yang berhak membuat keputusan bagi diri saudara...kami disini hanya mampu memberikan nasihat..terpulang kepada saudara untuk menilai dan membuat keputusan yang sewajarnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 08:50


ye saya paham. di sini kita nay boleh menerima pandangan. yang membuat keputusan akhirnnya diri kita juga.

oh tanya saja apa yang nak tanya. maksud saya yang kami tak boleh tu ialah kami tak boleh untuk kawal nafsu.

dah cuba berpuasa. solat dan berdoa. minta ALLAH tentukan yang ternaik bagi saya. actualy. saya more pada nak kahwin. sebab saya tak mahu dah dok buat maksiat ni. cukuplah setakat dosa yang dok berlambak ni. saya ada fikir soal nafkah, tapi bila berbincang dengan senior di tempat saya, dia pesan iyu boleh dibawak berbincang.

kita pentingkan lagi keredhaan ALLAH. Itu lagi utama. ini pandangan dari diala. sebab ada juga ustaz bgpndgn dia yang dia dulu kawin masa umur 20 sebab sama juga tak tahan. ustaz tu ada pesan yang semua2 tu boleh diusahakan. yang paling penting keredhaan ALLAH.

WALLAHUA"LAM

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 09:26


tahniah, adik dan bakal isteri adik berjiwa ISLAM!

alhamdulillah, sudah sampai seruan untuk adik melaksanakan separuh daripada tuntutan agama.
halangan daripada ibu bapa adalah salah satu daripada ujian yang Allah datangkan kepada adik.

ingat, orang mukmin itu dikuatkan dengan DOA! maka, berdoalah supaya Allah bukakan jalan dan lembutkan hati pihak yang menghalang jika perkara ini adalah perkara terbaik untuk adik lakukan.

di samping berdoa, usahakan juga ibadah2 sunat yang lain. Alhamdulillah, kita sekarang di bulan Rejab, laksanakan ibadah puasa sunat, berqiamulail, berzikir dan membaca AlQuran. Jika kita inginkan sesuatu maka kita kena usaha kan?
Jika ibu bapanya tidak setuju, mintaklah daripada Pemiliknya Allah SWT.

Doa akak, moga adik sentiasa ingat bahawa Allah takkan menjadikan sesuatu itu tanpa sebabnya yang berhikmah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 13:00


jika gadis itu dah memang jodoh sinah, moga-moga dipermudahkan urusan perkahwinan ..insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-07-06 14:02


Pada 30-07-06 08:50 , sinah posting:

!!! QUOTE !!!

ye saya paham. di sini kita nay boleh menerima pandangan. yang membuat keputusan akhirnnya diri kita juga.

oh tanya saja apa yang nak tanya. maksud saya yang kami tak boleh tu ialah kami tak boleh untuk kawal nafsu.

dah cuba berpuasa. solat dan berdoa. minta ALLAH tentukan yang ternaik bagi saya. actualy. saya more pada nak kahwin. sebab saya tak mahu dah dok buat maksiat ni. cukuplah setakat dosa yang dok berlambak ni. saya ada fikir soal nafkah, tapi bila berbincang dengan senior di tempat saya, dia pesan iyu boleh dibawak berbincang.

kita pentingkan lagi keredhaan ALLAH. Itu lagi utama. ini pandangan dari diala. sebab ada juga ustaz bgpndgn dia yang dia dulu kawin masa umur 20 sebab sama juga tak tahan. ustaz tu ada pesan yang semua2 tu boleh diusahakan. yang paling penting keredhaan ALLAH.

WALLAHUA"LAM


Alhamdulilah...saudara dan pasangan memang bertekad untuk mencari keredhaanNya..nasihat ana..teruskanlah berusaha memperbanyakkan amal ibadah dan berdoa kepadaNya..kerana sesuatu yang ALLAH jadikan itu ada hikmah yang tersembunyi...

kami disini mendoakan saudara sentiasa memperoleh keredhaanNya didunia dan akhirat...amiin

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 23:24


assalamualaikum...

cuba sinah bagitahu mak dan ayah sinah sekali lagi... kadang-kadang mak ayah nak tengok anak dia betul-betul nak mendirikan rumahtangga atau sekadar begitu-begitu saja... insyaAllah... saya doakan mak ayah sinah dibukakan pintu hati memudahkan pernikahan sinah... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 23:38


salam...

erm...mungkin ada banyak perkara dalam fikiran ibu bapa sinah yang menyebabkan mereka berdiam diri...ye lah..perkahwinan bukanlah cerita untuk sehari dua...tentu saja mereka nak yang terbaik untuk anak sendiri..
berbincanglah menggunakan pendekatan yang terbaik.. terangkan sebab2 utama saudara buat keputusan itu.. berdoa..minta Allah bukakan & lembutkan hati ibu bapa saudara..insyaAllah...

saya doakan yang terbaik untuk saudara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 00:08


EM..apa kata bawak sinah bawak pasangan sinah tu jumpa dengan family sinah ataupun sinah sendiri bawak family sinah jumpa pasangan sinah...bila dah berhadapan..senang berbicara..luahkan segala apa yang terbuku,usah malu..benda baik..bertenang..sambil berusaha,setiap malam sebelum tidur amalkan solat istikharah..bila keadaan nampak positif,minta family sinah jumpa family pasangan sinah..dan saya rasa untuk memperjelaskan keadaaan,better sinah perlu berhadapan dengan ayah pasangan sinah....ingat,FIRST WE TRY,THEN WE TRUST...

oh ye saya bagi sinah doa ni-Ya Tuhanku..
Terima kasih ku ucapkan buatMU kerana telah...
Menciptakan dirinya dan mempertemukanku dengannya...
Terima kasih untuk saat-saat indah..
Yang telah kami lalui bersama..
Terima kasih untuk setiap malam-malam yang lalu..
Kau berikan ku kesempatan..
Untuk datang bersujud dihadapanMu..
Sucikan hatiku Ya Allah..
Sehingga dapat melaksanakan kehendak dan..
RencanaMu dalam kehidupan seharianku...

Tuhanku yang Agung..
Jika diriku bukan pemilik tulang rusuknya..
Janganlah biarkanku merindukan kehadirannya..
Janganlah biarkanku melabuhkan hatiku dihatinya..
Kikislah pesonanya dari kelopak mataku dan..
Usirlah dia dari relung hatiku..
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang..
Bersemayam di hati ini dengan..
Kasih daripadaMu yang tulus dan murni..
Tolonglah diriku agar dapat mengasihinya..
Hanya Sebagai sahabat…

Tetapi jika Kau ciptakan dirinya untuk diriku..
Ya Allah….tolong satukan hati kami..
Bantulah diriku untuk mencintai,mengerti dan..
Menerima dia seutuhnya...
Berikanku kesabaran, ketekunan, dan..
Kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan
Mahu menerima diriku dengan segala kelebihan dan kekurangan..
Sebagaimana diriku telah Kau ciptakan...
Yakinkanlah dirinya bahwa diriku amat..
Mencintai dan rela membahagi..
rasa suka dan duka diantara kami berdua…

Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Dengarlah doa hambaMU ini...
Lepaskanlah diriku dari keraguan ini..
Menurut kasih dan kehendakMu...
Tuhanku pastinya Engkau senantiasa..
Memberikan yang terbaik buat diriku..
Luka dan keraguan yang kualami pasti ada hikmahnya...
Pertemuan ini mengajarku untuk hidup makin dekat padaMu..
Untuk lebih peka terhadap suaraMu yang membimbingku..
Menuju ke jalan yang diredhaiMu.
Bimbinglah diriku untuk tetap setia dan sabar menanti..
Tibanya waktu yang telah Engkau tentukan dalam hidupku..
Andai benar dia ditakdirkan untuk besamaku..
Satu kan lah hati kami…
Dalam restuMu..
Ya Tuhanku...............


saya doakan sinah tabah dalam apa jua keadaan yang berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

ibn_wanza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 31-07-06 02:16


bagus sekali doa dari ibnusina ni..kita sebagai hamba jangan sombong dengan Yang Maha Agung, perbanyakkan doa..

pendapat saya, ada baiknya sinah cuba bincang lagi sekali dengan parent sinah..cuba bagi pendapat sinah Kenapa sinah mahukan perkahwinan ini disegerakan.terangkan kepada mereka bahawa kita dizaman moden lagi canggih ini terlalu banyak onak dan duri dalam mengawal kehendak batiniah.tidak seperti zaman-zaman 80-an.
tapi, dalam masa yang sama, sinah perlu ingat tanggungjawab yang bakal dipikul kelak.hidup berumahtangga ni tidak seindah mata memandang,tidak semudah yang disangka.pasangan masing-masing perlu bersedia zahiriah dan batiniah.perlu difikirkan dari sudut nafkahnya, urusan rmhtagganya, dll.. ..disinilah diperlukan kesefahaman pasangan masing-masing..dan yang paling penting, jangan sesekali lupakan yang tanggungjawab kita sebagai pelajar masih belum berakhir..cuba berbincang, cari yang mana lebih, positifnya @ negatifnya pada situasi ini..

semoga Allah taala merahmati sinah dan si dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wanzaProfil   Hantar PM kepada ibn_wanza   Quote dan BalasQuote

matsuo
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2006
Ahli No: 25522
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 02:48


kahwin memang wajib bagi mereka yang rasa tidak dapat mengawal nafsu, dalam kes ni..saya rasa baik anda berfikir sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang akan terjadi sebelum kahwin dan selepas kahwin, ok kalau sebelum kahwin anda memang tidak dapat mengawal nafsu, Kenapa anda tidak menjauhkan diri dari gadis tersebut, apa yang kamu dah lakukan sehinggakan tidak dapat mengawal nafsu? bukankah dalam islam ada peruntukkan batas-batas pergaulan sebelum kahwin?
sekarang fikirkan kan bila dah kahwin nanti..kahwin waktu belajar, anda mungkin mampu dr segi batin tapi bagaimana pula dengan zahir? dalam perkahwinan ekonomi tu penting, time nak tumpukan pelajaran, kalau dah ada anak nanti macam mana nak tampung? menjadi suami adalah satu tanggungjawab yang besar, anda juga memikul tggjawab sebagai seorang anak, waktu tu anda kena tumpukan pada PELAJARAN, ISTERI, ANAK (kalau ada),DUIT NAK TAMPUNG KELUARGA, NAK TOLONG MAK AYAH, mampukah anda menanggung risiko tersebut. ingat redha ibu bapa tu adalah redha Allah!
ingat waktu remaja adalah waktu kita membentuk identiti, waktu inilah kita mengejar cita2, waktu inilah kita kena fikirkan ibu dan ayah, sebab waktu ni lah yang menetukan masa depan kita akan datang. Lupakan soal cinta, tumpukan pada pelajaran, cinta tak kan lari ke mana, sebaik-baik bercinta adalah selepas kahwin, jauhkanlah dr perkara2 yang boleh membawa kepada perzinaan!
sebaiknya-baiknya anda lakukanlah istikharah kerana sebaik-baik petunjuk datangnya dr Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For matsuoProfil   Hantar PM kepada matsuo   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 08:42


assalamualaikum

apa cerita dengan sinah ? dah kahwin ke ?
apa pun bro doakan yang terbaik
yang penting betl2 bersedia mental fizikal dll before kahwin ...
restu parents pun penting..
tapi kalau mentaliti parents tak sama macam apa yang kita fikirkan...susah jugak tu kan.
lagi baik kalau ada ustaz ke atau sesiapa yang lebih tua..yang paham sedara untuk terangkan pada mak ayah...atau dalam kata lain jadi orang tengah...
pasal rezeki pula...jangan bimbang...rezeki Allah swt ada dimana-mana..yang penting sedara berusaha untuk cari rezeki yang halal...

apa pun..bro doakan bahagia...moga kita sama-sama dilindungi olehNya dari setan yang direjam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 08:48


****************************************************





Kawin ketika masih belajar lagi tinggi risikonya..ikutkan hati, perasaan dan nafsu memanglah nak seronok selalu..........memanglah elok niat nak elak maksiat tapi kena fikir masa akan datang.......kalau lepas kahwin nanti macam mana nak uruskan masa untuk belajar..masa untuk family .....dan kalau rezeki cepat pulak dapat baby........dengan kerjaya pun belum tentu lagi.......macam2lah kena fikir bila dah kawin nanti...........nampak mudah dan senang.........kawin....tapi, banyak masalah kalau kawin ketika masih belajar lagi ni..........kalau bijak bahagi masa dan bijak tanggung risiko kawin saja lah..........


kawin ni pun kena dapat persetujuan dr kedua2 belah pihak keluarga lelaki dan perempuan....kalau keluarga tak restu macamna nak bahagia rumah nanti...sedangkan restu dari keluarga ni lah kunci utama rumahku syurga ku .........jangan duduk fikir ke sedap saja...............banyak benda dan perkara lain kena fikir dik oii...............



sabar2 saja dulu.....usah layan sangat persaan cinta ni....orang tua suruh belajar.....belajar....dengar sikit cakap orang tua ni ......mereka nak tengok kita berjaya.....dapat kerja elok-elok...........

......cinta boleh dicari.....tetapi tidak kepada kekecewaan yang mungkin akan terus terasa sampai ke mati ......



*************************************************************
[ Telah diedit oleh: nuraini pada 31-07-06 08:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 09:14


!!! QUOTE !!!

dia pun still study lagi. kami BENCI kan maksiat! tapi ALLAH uji dengan perkenalan kami. sms dan calling tak miss dalam sehari. memang ini akan dekat dengan maksiat.


kalau bencikan maksiat Kenapa adakan pertemuan antara lelaki dan perempuan.Kenapa masih lagi berhubung antara lelaki dan perempuan?bukankah itu sudah madah untuk bermaksiat?Jangan lupa,bisikan syaitan itu sangat halus.

!!! QUOTE !!!

kami berbincang sesama sendiri sama ada nak kawin sekarang atau nanti lepas habis study. kami mengaku tak dapat tahun nafsu! kami bersetuju untuk kawin secpt yang mungkin sebab makin lama setan makin cuba untuk rancang kami untuk lakukan maksiat


kan ke sudah lihat kesannya terhadap diri kita.apakah masih tidak sedar.fikir-fikirkan lah sama perkara asas yang menjadi penyebab terjadi sedemikian.

!!! QUOTE !!!

kami nakkan keredhaan ALLAH!


Surah An-Nuur ayat 30 dan 31..perhatikanlah maksudnya semoga kita mendapat keredhaan Allah.Bukankah Al-Quran itu panduan hidup manusia?Semoga apa yang ana pesan ini,sampai kepada diri ana juga.InsyaAllah....

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 09:17


Nak kata kat dia pun tak boleh syeikh...dia pun manusia juga..fitrah lah tu...cuma kita kena sama-sama nasihat,bagi pandangan agar dia dapat jalan yang terbaik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 31-07-06 10:15


Anta ni mesti selalu berdating..Tu lah sebab syaitan selalu kacau... Sendiri yang cuba nak buat maksiat, lepas tu pening pula... Tak payah lah berdating... Anta masih study, macam mana nak kawin... Mesti hari- hari makan megi.. Macam mana nak jaga anak dara orang... anta tak kan mampu.. Jadi, sekarang ni banyakkan puasa sunat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 14:03


Assalamualaikum akhi sinah..

Setiap masalah akan ada penyelesaian. Harap anta jangan putus asa dari berdoa pada Allah dengan selalu mendekatkan diri anta padaNya. Niat anta nak berumahtangga memang baik tapi ana minta anta renungkanlah sedikit hal2 yang ana ingin ketengahkan.
1. Anta sendiri masih belajar, bagaimana anta nak menanggung isteri anta nanti apabila berkahwin - setiap ibu bapa akan menyerahkan anak gadis pada suami untuk diurus mengikut kadarnya. Takkan dah kawin nak harapkan mak ayah juga yang menanggung perbelanjaan kalian yang masih belajar. Kalau keluarga mampu sekalipun, sampai bila nak mengharap kepada orang tua.
2. Dapatkah anta dan dia menumpukan pelajaran dengan baik.
Di sini ana nak anta fikir, kalau mampu tak kisah tapi renungkanlah, mak ayah anta dan mak ayah si gadis dah keluarkan perbelanjaan hingga peringkat pengajian tinggi. tiba-tiba anak terkandas dalam pelajaran. Mungkin baru-baru semua boleh,ya belaka tapi pikrlah, pernah berlaku pada sahabat ana, berumahtangga ketika belajar, tak dapat attend kelas sebab tumpah darah, anak tak ada pengasuh,ada masalah dengan mak mertua, bergaduh dengan suami yang juga belajar,rumah sewa tak berbayar dll.Jadi anta pikirlah.

Pikirlah semasak2nya.Bab nak memuaskan nafsu ni hanya sementara. Selepas ni akan datang yang lain pulak.fikir tak kehidupan hari2 mendatang yang perlu anta lalui dengan teman anta selepas berumahtangga.Tak bahagia juga dibuatnya jika sesuatu yang diusahakan itu tiada perancangan.

Renung2lah nasihat-nasihat sahabat dalam ukhwah ini. Jalan yang sebaik-baiknya, berdoalah minta petunjuk dari Allah apa yang sepatutnya anta bertindak. Insyaallah, jalan yang dipimpin olehNya akan mendapat keberkatan dan keredhaannya.Dia Pencipta kita, maka pada dialah kita memohon pertolongan.Lengkapkan diri secukupnya sebelum nak jadi pembimbing pada isteri. Kalau masalah sekecil ni anta dah gelabah, macam mana masalah yang lebih besar anta nak handle selepas bergelar suami..Bersabar dan banyakkan berdoa. Sesungguhnya Allah itu sentiasa dekat dengan hamba2Nya...wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 15:34


bagi yang belum terjebak dengan cinta, berhati-hati.... jangan dedahkan diri anda. bagi yang dah terbecinta kalau boleh tolak tepi...tolak tepi. tapi bagi kes sinah ni.... dah lain, orang dah terjebak dengan cinta dan dia dah berusaha dan usaha paling besar adalah perkahwinan ini. kita perlu menyokong sinah dan pasangan berkahwin.

jangan takut rezeki. itu dah tetapkan Allah, tapi jangan duduk diam kena cari jalan. sedangkan orang yang tak ada masalah... digalakkan kawin awal, apatah lagi macam mereka. setahu saya, hukum bagi mereka bukan lagi sunat tapi WAJIB. nak bangkang apa lagi?

cuma tolong bagi idea pada dia cari jalan yakinkan keluarga. sesungguhnya kahwin adalah ibadat.

pada sinah, awak kena tunjuk kesungguhan kepada semua orang. jalan ambil jalan pintas ya!. bagi sebab2 yang betul dan tepat untuk yakinkan mereka. di samping yang paling utama minta pada Allah. Saya suka kalau senario kahwin masa belajar yang banyak di asia timur mesir contohnya dapat diterima di Malaysia. Yang penting betulkan niat dan buat sehabis baik. berusahalah!. saya mendoakan kejayaan kalian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 31-07-06 16:30


Assalamualaikum saudara ku sinah...

Ok, saya nak bagi pendapat saya... Yang baik jadikan tauladan, yang kurang elok, jadikan sempadan ye...

Niat nak mendirikan rumahtangga, memang amat di galakkan kerana kita akan dapat menjauhi maksiat....Tapi, jika niat nak kahwin semata-mata kerana nafsu, adalah kurang digalakkan... Kita mendirikan rumahtangga bukan kerana nafsu, tetapi kerana tuntutan dan sunnah serta amalan Rasulullah....
Saya ada teman yang teramat rapat..Dia sebelum ini bergelumang dengan maksiat dan zina... rasa-rasanya hampir 10 wanita yang telah dinodai...Namun, dia bertekad, berazam dan berusaha...Sekarang dia berubah secara total.. Semua ini hasil dari kesungguhan beliau.. Jika sebelum ni, dia biasa dengan maksiat, namun, dia tak mahu kalah untuk kesekian kalinya... Dia bukan dari kalangan atau golongan alim ulama atau yang terlalu kuat pegangan agamanya.. Cuma "cukup2 makan saja"....
Jika benar-benar saudara tak dapat nak kawal nafsu, dan jika berpuasa , berdoa dan solat sunat gagal menjauhkan sudara dari rasa2 tersebut, HANYA ADA SATU SAHAJA JALAN YANG TERBAIK...... KURANG atau JANGAN BERJUMPA LANGSUNG buat sementara... Memang agak pedih dan berat jugak nak buat macam tu...Tapi, ingatlah....Itu sahaja yang terbaik.... Kalau boleh, sms mahupun call juga di kurangkan.. Saudaraku, ingatlah, kita sebagai lelaki akan menjadi pemimpin / ketua keluarga kelak,.... Jika kita tak kuat, susah hidup kita kelak... Cuba tegas dan jangan biarkan laknatullah menipu kita... Rindu dan sayang itu, kadang-kadang adalah senjata laknatullah... Dia hanya ada senjata itu sahaja bagi menipu kita.... Mula2 memang agak susah nak buat semua yang saya cakap ni, tapi, percayalah, lama-kelamaan, ianya pasti berhasil... "Simpanlah" semua rasa kasih dan sayang itu dan pamerkan serta "gunakanlah" segala rasa2 tersebut bila sah halal kelak....
    Tentang keluarga tu, rasanya ada baiknya, sauadar bawa gadis tersebut bersama dan jumpa ibu ayah saudara dan bincang serta suarakan hasrat tersebut...... Biasanya, hati ibu ayah akan jadi lembut jika tengok bakal menantu ada sama... Bagi pihak belah wanita pula, saudara telah menggunakan "jalan" yang betul... Biasanya ibu akan tahu dahulu tentang hubungan anak2 dengan wanita /lelaki lain.... So, bila dia dah setuju dan berkenan, si ibu akan pujuk si ayah agar menerima.... Ingatlah satu perkara " Wanita adalah racun dunia yang paling berbahaya , ianya boleh jadi madu dan boleh juga jadi hempedu bagi kaum Adam" ( Maaf ye pihak wanita, bukan niat saya menyinggung hati dan perasaan wanita .. Saya cuma ingin mebantu saudara sinah )... Maybe jika ibu si wanita tadi dah berkenan dengan saudara, dia akan pujuk si ayah dan ianya pasti berhasil...
Seterusnya, tentang berjumpa.. Jika boleh, kurang dan elakkan dari berjumpa.. Kalau tak boleh elak nak jumpa, jumpa dengaan kehadiran teman atau mahram kita seperti adik atau kawan-kawan...Elakkan dari berjumpa di tempat yang agak terpencil dan jangan jumpa lama2... kadang-kadang, kita ada macam-macam alasan untuk berjumpa..Sebenarnya kita tak sedar, itu semua adalah tipu daya sahaja.... Niat hati kita hanya nak lepaskan rindu....
JIKA SEBELUM KEHADIRAN SI DIA , KITA BOLEH LAKUKAN SEGALA TUGAS TANPA FIKIRKAN HAL LAIN, MENGAPA SELEPAS KEHADIRAN SI DIA, KITA TAK BOLEH ? ITU LAH DIA TIPU DAYA LAKNATULLAH.... JIKA KITA DAH GUNAKAN SEGALA rasa KASIH SAYANG ITU SEBELUM BERNIKAH, TIADA APA LAGI YANG TINGGAL UNTUK KITA PAMERKAN DAN CURAHKAN SELEPAS NIKAH KELAK.... SO, DI MANA MANISNYA KELAK? LEBIH BAIK KITA KONGSI SEMUA ITU SELEPAS "HALAL" NANTI...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 16:43


salam.....

kalau dah begitu kronik nya....KAWIN saja lah....kawin tu, buat akad saja dulu kalau tak mampu...yang bahagian kenduri tu, biarlah dulu....
ramai sahabat ana yang buat begitu...antara sebabnya, TAK TAHAN!

memang kenduri tu kena buat sebab nak hebahkan pada orang...tapi, kalau dah tak mampu nak buat kenduri, buat lah kawin gantung dulu...nikah dulu, kenduri kemudian....ini lebih baik dari menanggung dosa.

pujuklah dengan kata-kata yang lembut dan tegas mak ayah tu...kalau boleh, keluarkan semua dalil.... ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

q_a_l_b_i
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2006
Ahli No: 25538
Posting: 4
Dari: alamfana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 22:22


assalamu'alaikum... maaf, saya tak tahu, adakah patut atau tidak saya menonjolkan diri disini.. saya adalah pasangan sinah, yang sahabat2 tengah bincangkan. terima kasih, sahabat2, kerana sudi mmberi pendapat kalian. ada benar nya pendapat2 kalian. berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikulnya.tak dapat kami nafikan, ini adalah ujian yang sangat hebat bagi kami.. sahabat2 ada mencadangkan supaya kami jarang berjumpa, dan mengurangkan berhubung. disini saya memberitahu kepada sahabat2 ukhwah, bahawa kami belajar dalam kelas yang sama, dan hampir setiap masa berjumpa. kami jarang bercakap apabila terserempak, jadi, sms dan call menjadi penghubung.kami hanyalah manusia biasa, yang dikurniakan oleh-NYA perasaan,yang kadang-kadang, kami sendiri tak dapat kawal.. kami tahu, yang semua itu menjurus kepada maksiat. sebab itu kami meminta pendapat dan pandangan sahabat2, supaya membantu kami yang dalam kebuntuan. sama-sama kita berjuang atas landasan yang ALLAH redhai...
wallhu'alam.. kami hanyalah hamba yang kerdil disisiNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For q_a_l_b_iProfil   Hantar PM kepada q_a_l_b_i   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 22:36


Alhamdulillah syukran jazilan kepada semua yang baeri pendapat. sama ada yang secara perli atau ikhlas dari hati.

terima kasih kepada muslimah_johor.

bukan kerana dia muslimah, tapi kerna dia seolah-olah paham keadaan saya.

saya sekarang buntu lagi.
sahabat, dulu saya tak diuji macam ni.
tapi sekarang bila dah diuji, better saya nak selesaikan secara yang terbaik dalam ISLAM.

wallahualam.

saya dah bagitahu lagi pada mak saya. saya bagitahu yang saya tak mahu hidup macam ni. dom kerap bemsg, kol dan sebagainnya. mak paham. tapi itulah, dia suruh abiskan study dulu.

YA ALLAH... bantulah hambaMU ini... :/

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 23:08


assalamualaikum

nasihat ana, ikatlah hubungan tu dahulu sebagai tanda yang antum dah dimiliki dan akan berkahwin.
ana rasa penting hubungan tu diikat supaya antum berdua tak rasa ragu2 atau gusar. tambahan lagi, itu menjamin hubungan antum berdua dan tanda bahawa orang lain dah tak boleh masuk meminang...

step seterusnya, bila dah bertunang, kurangkan berhubung. walaupun sekelas..itu bukan alasan untuk kerap berhubung. kalau antum kata kerana sekelas antum semua tak dapat menahan diri dari berhubung, percayalah itu semua tipu daya syaitan dan nafsu semata-mata.

bertunang adalah jaminan yang hubungan antum berdua pasti juga disatukan sebagai suami isteri satu hari nanti. jadi, untuk apa perlu berhubung selalu kalau dalam hati dah dipasakkan keyakinan yang antum tetap akan bersatu juga. tambahan lagi, pasangan dah ada di depan mata, hari2 dah bersua muka...jadi untuk apa lagi bertanya khabar dan kerap berhubung....

segalanya kita serah pada Allah. jadi atau tak menjadi, biarlah Allah yang tentukan.

untuk apa jua tindakan, antum kena kaji teliti dan berhati-hati dalam membuat keputusan supaya tak timbul masalah di kemudian hari. perkahwinan bukan satu perkara yang mudah tambahan lagi memikul tanggungjawab sebagai pelajar. kita berkahwin bukan untuk sehari dua, tapi seumur hidup..kalau baik perkahwinan tu, insya Allah pasti akan bersambungan di syurga nanti.

yang penting sekali, untuk apa jua tindakan rujuklah pada Allah...kalau antum berdua serahkan segala urusan padaNya, yakinlah Dia pasti akan membantu. kena yakin pada Dia.. :)

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 23:37


macam tu rupanya...lainkali cerita biar detail sikit..senang orang nak paham...

kalau dah begitu...rasanya cadangan imtihan_insyirah tu sudah bagus...ataupun cuba lah bincang dengan ustaz mana-mana dan minta tolong ustaz tu terangkan kepada ibubapa.Mungkin akan menyebabkan ibubapa kalian terfikir tentang hal tersebut.

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 31-07-06 23:54


assalamualaikum...

cadangan ana untuk masalah sinah dan q_a_l_b_i

1.bawak berbincang dengan parents masing-masing untuk...bertunang dan kalau terpaksa...bernikah.

2.kalau tak boleh jugak, minta bapa saudara atau orang yang dihormati parents untuk berbincang contohnya imam ke,jurunikah ke,kadhi ke...

3.kalau tak boleh jugak, cuba renggangkan sikit hubungan (tapi bukanlah macam mawi dengan diana pulak)

4.kalau tak boleh jugak, nikah di Siam(tapi risiko besar)

sinah dan q_a_l_b_i boleh PM saya untuk pertanyaan lanjut.

P/S : ana imam dan jurunikah.
[ Telah diedit oleh: ABg_IMaM pada 31-07-06 23:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 00:03


ya ALLAH... bantulah kami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 07:06


sometimes....
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need -- pinjam ayat 'Spaghetigoreng'..heh..

according to A.H.Maslow (theory of needs), 'keperluan' & 'kehendak' adalah 2 benda yang berbeza...(but forget it, jst to show u the differences of 'wants and needs')

kemungkinan perkahwinan yang kamu inginkan ini bukan 'keperluan' bagi kamu berdua dimasa sekarang..kerana Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNya..
insyaAllah perkahwinan akan datang lebih baik bagi kamu berdua..hanya Allah yang maha mengetahui..

most of people, bila ditimpa kesusahan akan berdoa supaya kesusahan tu hilang, tapi jarang2 sangat berdoa agar dianugerahkn keSABARan dalam menangani kesusahan itu..


semua orang beriman akan diuji..berdoalah dengan penuh keSABARan... :-)

semoga kita semua dianugerahkn sifat 'SABAR' yang tinggi dalam mengharungi ujian dunia sini untuk menuju dunia sana..
[ Telah diedit oleh: myway pada 01-08-06 07:58 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 01-08-06 09:28


Nak tergelak pun ada baca masalah ini...ahahaha..gelak dulu lah..nak kawin sebab tak tahan nafsu? Adoi banyak lagi cara lain boleh kawal nafsu??dah puasa tapi tak tahan juga? dah baca Quran tapi tak tahan juga? Dah solat 5 waktu tapi tak tahan juga?? nampak sangat semua perbuatan baik kamu tu tidak menjadi benteng pada kamu !!! kalau betul-betul kamu buat dengan ikhlas dan mengharap keredhaan agar ALLAH membantu kamu..InsyaALLAH berjaya agaknya...cuba lah lagi..perbaiki ibadat2 tu dulu before dok fikir tak tahan saja...yang paling2 penting nak kawin jangan belakangi keluarga..keluarga adalah segalanya2..kalau parents kata NO...NO lah...YES yes lah..sebab mereka menjaga kita...mereka lebih tau apa yang terbaik untuk kita...even kadang-kadang ada permasalahnya yang rasa ibabapa cetek ilmu agama..mungkin ilmu mereka cetek dan xsehebat anak2 sekarang...tapi pengalaman mereka terlalu hebat untuk ditandingi..kurangkan lah berfantasi dan mendorong apa saja yang menaikkan nafsu....petikan dr kata-kata himah " berkawan dengan perempuan itu menambahkan lagi nafsu syahwat"...jadi elakkn diri...kalau dah jodoh berpisah bertahun pun boleh kawin..janganlah risau sangat..nampak macam baik nak kawin..tapi kena ingat ada benda baik pun syaitan tolong jugak untuk pastikan banyak benda xbaik disebalik benda baik itu...fikir2 kan lahh

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 09:46


!!! QUOTE !!!

Nak tergelak pun ada baca masalah ini...ahahaha..gelak dulu lah..nak kawin sebab tak tahan nafsu?


tak baikk gelakkan orang...kan orang ada masalah tu....manusia ni lain-lain..ada yang dapat tahan nafsu, ada yang tak dapat....bukan semua sama macam hafeezzul ...kalau semua sama macam hafeezzul dapat tahan nafsu, alamatnya ramai lah yang jadi andartu......



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 10:08


Rasanya semua nasihat telah diberi .. tak guna melihat ke belakang sebab apa yang dah terjadi dah pun terjadi ... kalau nak nasihatkan supaya "cuba lawan nafsu" pun tak guna juga sebab kecenderungan anda lebih kepada nak kahwin ... tak semua ibu bapa faham akan keperluan berkahwin ketika usia masih muda ... ramai juga yang berkahwin muda ketika belajar dan dapat restu dari ibu bapa kerana ibu bapa mereka faham ... kalau anda temui jalan buntu, satu cara lain mungkin anda boleh memberontak ....

agaknya anda berdua ni tak pernah bergaul dengan golongan bukan mahram sebelum ni dan barangkali ini adalah pengalaman bercinta anda yang pertama dalam hidup ...

Saya rasa cemburu sikit dengan anda berdua kerana anda boleh berkahwin dan punya alasan untuk berkahwin pada usia muda ... tambahan pula anda punya pasangan yang sangat sayangkan anda hingga sanggup kahwin ketika belajar ... sedangkan di luar sana masih ramai orang yang hanya mahu tumpu pada pelajaran dan masa depan dahulu tanpa mahu memikirkan hal perkahwinan ...

saya sendiri banyak obstacles, halangan yang bermain di fikiran ... masa muda-muda dulu pun saya cuba elak dari bergaul dengan perempuan walaupun ada keinginan .. Alhamdulillah sampai sekarang saya tak ada awek dan dah jadi macam tak ada felling pulak ... usia pun sudah lewat ...

boleh saya tahu berapa usia anda berdua dan tengah study apa ???
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 01-08-06 10:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 01-08-06 10:39


Pada 01-08-06 09:46 , Al-Aniesah posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Nak tergelak pun ada baca masalah ini...ahahaha..gelak dulu lah..nak kawin sebab tak tahan nafsu?


tak baikk gelakkan orang...kan orang ada masalah tu....manusia ni lain-lain..ada yang dapat tahan nafsu, ada yang tak dapat....bukan semua sama macam hafeezzul ...kalau semua sama macam hafeezzul dapat tahan nafsu, alamatnya ramai lah yang jadi andartu......



Maaf lah bukan nak gelak untuk mengata..cuma terhibur sedikit sebab pernah alami benda yang sama suatu masa dulu...jadi saya bercakap berdasrkan pengalaman saja..terpulang lah...lagipun ramai yang bersetuju saja spy kawin so apa salahnya saya defend hujah saya atas pengalaman yang hampir serupa dengan si empunya soalan ini..lumrah alam lah zaman remaja mudah untuk bercinta...untuk suka dan disukai memang senang sangat nak jadi...bagi yang ada ilmu agama lebih bahaya jika terjebak...sebab syaitan lagi suka goda gol2 orang yang berilmu tapi xamal dengan ilmu dia...jadi fikir sendirila...kita ambil masa yang lama untuk mempertahan iman dalam diri kita tapi jangan sebab bercinta kita sanggup gadaikan iman kita..bercinta dan melakukan maksiat2 menghabiskan masa berbual di telefon dan sms lama2 akan menghakis iman dalam diri kita sendiri tanpa kita sedari..jadi Kenapa persoalkan tentang tak tahan tapi dalam pada masa kita yang menghakis iman kita sendiri??perkawinan memang menyelesaikan masalah...tapi jika direstui...tapi adakah kita rasa berbaloi untuk kawin kerana tak tahan dan tidak direstui oleh keluarga?jika dah tak tahan sangat berbincang dengan keluarga dan minta mereka tolong..satu saja nasihat saya janganlah belakangi keluarga..itu saja..memang xberbaloi..berapa lama kita dengan keluarga dr kita dengan bakal isteri kita itu??takkan sebab bungan sekuntum tu kita sanggup bermakan hati dengan keluarga??
[ Telah diedit oleh: hafeezzul pada 01-08-06 10:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 11:25


tak payah nak posting kalau bukan nak nasihat
kasihan hamba allah tu
nak posting,nak tegur biar berhikmah lah sahabat...

jangan fikir apa yang kita rasa,lalui,dan apa yang kita fikir..same macam orang lain...dan ingat..
kadang-kadang apa yang kita cakapkan pun boleh mencerminkan diri kita sendiri...

nanti kita pulak yang jadi ketam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

seri_utama
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2006
Ahli No: 25293
Posting: 69
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 11:33


anda berdua ni lama lagi ke habis study?...bagi pendapat saya kalau tinggal setahun maybe boleh bersabar dulu dan habiskan study dulu...pejam celik kejap saja masa tu berlalu...lagipun banyak perkara kena fikir bila nak kawin jangan hanya disebabkan nafsu kita lupa pulak akan kemungkinan yang akan kita tempuhi bila dah berumahtangga nanti.Memang betul ramai orang yang berkahwin masa study bahagia rumahtangga dan berjaya dalam pelajaran tapi ingat bukan semua orang dapat mencapai itu semua kerana situasi masing-masing berbeza.dalam masalah anda ni jelas keluarga anda tak memberi keizinan untuk berkahwin dalam masa belajar..malah seperti yang anda bagitau ayah kepada pasangan anda sanggup memberhentikan persekolahan anaknya hanya kerana niat anda berdua untuk berkahwin..so apa yang anda berdua boleh buat dengan larangan yang begitu keras dari ahli keluarga..nasihat saya bersabarlah dengan dugaan tersebut dan cuba mengawal nafsu..banyak perkara yang anda boleh lakukan daripada memikirkan masalah anda contohnya aktif berpersatuan.Saya yakin anda dapat mengharungi dugaan ini dengan sebaik-baiknya..percayalah kalau kuat iman di dada insyaallah anda akan dapat mengawal nafsu...akhir sekali saya doakan anda dapat mencari penyelesaian kepada masalah anda..ingat bahawa restu keluarga amat penting dan jangan membelakangi mereka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For seri_utamaProfil   Hantar PM kepada seri_utama   Quote dan BalasQuote

princess_izny88
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2006
Ahli No: 25547
Posting: 19
Dari: Sg Petani, Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 01-08-06 11:39


kalau begitu...awak & dia berhentilah berhubungan antara satu sama lain..tu kan dapat mencegah maksiat... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For princess_izny88Profil   Hantar PM kepada princess_izny88   Quote dan BalasQuote

nur_aminah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.07.2006
Ahli No: 25345
Posting: 14

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 11:54


Tebalkan kembali rasa malu antara satu sama lain. Berhubung cuma bila perlu walaupun sekelas. SMS, cakap apa yang perlu sahaja. Bertegaslah dengan diri. Tak usahlah berdating.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_aminahProfil   Hantar PM kepada nur_aminah   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 13:38


bisalah teguran tak semua yang betul-betul pandai untuk memberi teguran. syukur sangat-sangat ada sahabat yang paham. hm... macam lah dalam setandan pisang tu takdak yang busuk langsung.

sahabat, kami bukan tak tahan nafsu untuk sex! kami bukan buat keputusan untuk kawin ni dengan menjadikan nafsu sex sebagai faktor utama.

tapi, kami nak jauh dr maksiat. nak dapat keredhaan ALLAH. nak berjuang sama-sama dalam agama ALLAH.

hm... pasal ayah dia tu kemungkinan besar dia akan berhentikan dia. pasal kami ni, mak dia dah tau. ayah dia tak tau apa-apa sebab jarang pulang ke rumah atas faktor kerja.

pasal tanggungjawab. pada pendapat saya saya akan tambah kagi 2 tanggungjawab yang besar iaitu tanggungjawab kepada isteri dan tanggungjawab untuk memberi nafkah.

pada pandangan saya, soal nafkah atau duit tu bolegh diusahakan. ALLAH MAHA KAYA.

saya sekarang ni mula kerap bagi mesej pada emak saya walaupun sebelum ni saya takpernah bermsg just kol saja. saya bagitahu yang saya nakkan keredhaan ALLAH. saya tak mahu hidup dengan macam ni. mak saya kenal sangat dengan saya.

umur kami hampir mencecah 21thn. lebih kurang 3 tahun lagi nak habis belajar.

wallahua'lam

saya inginkan lagi pandangan dari sahabat2

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 13:55


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah sekiranya dapat restu kedua belah pihak silakan untuk bernikah. Tetapi perkawinan itu biarlah ikut kaedah yang dirakamkan oleh Al Quran dan As Sunnah.

Jumpalah mereka yang mampu untuk memberi nasihat seperti Pak Imam atau para Ustaz agar mudah membantu. Nafsu boleh dikawal dengan Iman dan Taqwa. Kalau nak jaga Iman dan Taqwa perlu kepada ilmu. Apa lagi yang lebih penting dari Iman dan Taqwa pada Yang Maha Berkuasa?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Biarlah perkawinan yang bakal dilalui itu lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT bukan sebaliknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 15:15


Pada 01-08-06 11:25 , BrotherMon posting:

!!! QUOTE !!!

tak payah nak posting kalau bukan nak nasihat
kasihan hamba allah tu
nak posting,nak tegur biar berhikmah lah sahabat...

jangan fikir apa yang kita rasa,lalui,dan apa yang kita fikir..same macam orang lain...dan ingat..
kadang-kadang apa yang kita cakapkan pun boleh mencerminkan diri kita sendiri...

nanti kita pulak yang jadi ketam..


sabar tuan-tuan ... kita mungkin tak tau apa yang orang lain fikir dan rasa ketika menulis ... kita baca mungkin macam emosional jika cara kita baca posting tu juga emosional ... kita sepatutnya meraikan setiap pendapat kat sini .. biar orang yang minta pendapat tu menilai sendiri .. mana tau mungkin dengan kata-kata yang "keras" dapat memberi kesedaran .. kita tak tau .. hidayah ni kerja Allah ...

ni kan ukhwah.com ... harap-2 janganlah ada pertelingkahan ....

Sekian ... harap maaf ...

Pada 01-08-06 13:38 , sinah posting:

!!! QUOTE !!!

bisalah teguran tak semua yang betul-betul pandai untuk memberi teguran. syukur sangat-sangat ada sahabat yang paham. hm... macam lah dalam setandan pisang tu takdak yang busuk langsung.


Kita harus meraikan setiap pendapat yang diutarakan di sini ... setiap orang dari latar belakang berbeza dan punya pengalaman berbeza ...

Alhamdulillah .. nampaknya niat anda tu memang kerana betul-2 nak jaga pergaulan ... kalau orang lain tu setakat SMS saja tak ada apa lagi untuk mereka ... mungkin ada antara kita yang sering ber SMS dengan bukan muhrim tanpa rasa bersalah, tanpa menganggap itu juga sebagai bunga-2 maksiat ... sepatutnya kita rasa malu pada sinah .. dan juga malu pada Allah

pasal kahwin pulak kalau tak ada restu ibu bapa memang lah payah ... macam saya pernah cakap sebelum ni : tak semua ibu bapa faham akan keperluan berkahwin ketika muda ...

tapi untuk tempoh terdekat ni anda harus bermujahadah .. bagaimana caranya ??? boleh baca pandangan-2 sebelum ni ... buat solat tahajjud dan sunat taubat mungkin ???
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 01-08-06 15:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-06 15:25


Masya Allah.....

!!! QUOTE !!!

berat juga masalah ni.
niat nak kawin tu bagus..tapi nak dapatkan persetujuan parents tu susah.
kalau parents kedua-duanya pihak dah setuju..xdelah timbul masalah ni kan.

saya cadangkan..sabar dulu. cuba renggangkan sikit hubungan saudara dengan si dia. mungkin boleh balas2 sms seminggu sekali.


Setiap ibu bapa ingin melihat anak nya berjaya dalam pelajaran dulu sebelum melangkah ke alam rumah tangga...dimana alam rumah tangga adalah alam yang cukup banyak ujian dari Allah untuk para bakal pengantin... mereka(mak ayah tak kan menghalang kehendak anak nya, jika permintaan anak itu sesuai dengan keadaan) oleh itu fikirkan lah tentang harapan ke-2 ibubapa kita...tanpa mereka siapa lah kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 16:12


dekatkan diri dengan Allah...banyakkan solat2 sunat dan ibadat2 sunat yang lain...insyaAllah terlindung dari maksiat...cuba kurangkan call/sms...benda-benda tu memang mendekatkan diri kita dengan maksiat...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...jangan cakap tak boleh...dengan keizinanNya semuanya boleh...cuma terpulang pada diri kita...Allah dah bagi akal dan kudrat untuk berusaha...syaitan ni sangat-sangat halus godaan dia...dugaan untuk saudara didatangkan dalam bentuk "wanita"...jadi kuatkan benteng keimanan saudara...kawal diri masing-masing...insyaAllah...saya doakan saudara ketemu jalan kluarnya secepat yang munking...ameen!

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

seri_utama
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2006
Ahli No: 25293
Posting: 69
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 17:36


Pada 31-07-06 23:54 , ABg_IMaM posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

cadangan ana untuk masalah sinah dan q_a_l_b_i

1.bawak berbincang dengan parents masing-masing untuk...bertunang dan kalau terpaksa...bernikah.

2.kalau tak boleh jugak, minta bapa saudara atau orang yang dihormati parents untuk berbincang contohnya imam ke,jurunikah ke,kadhi ke...

3.kalau tak boleh jugak, cuba renggangkan sikit hubungan (tapi bukanlah macam mawi dengan diana pulak)

4.kalau tak boleh jugak, nikah di Siam(tapi risiko besar)

sinah dan q_a_l_b_i boleh PM saya untuk pertanyaan lanjut.

P/S : ana imam dan jurunikah.


kalau sinah berkeras jugak nak berkahwin dan tak dapat lagi terima apa-apa pandangan dan nasihat supaya tangguhkan perkahwinan,elok awak ikut saranan ABg_IMaM..hanya itu sahajalah jalan yang terbaik...kami disini hanya beri pandangan/nasihat supaya awak dapat berfikir semasak-masaknya..dan nampaknya awak TETAP DENGAN KEPUTUSAN NAK KAWIN..so buatlah seperti saranan diatas..
kami doakan kebahagiaan awak berdua.. Ok.. good luck!

Bookmark and Share

    


  Member Information For seri_utamaProfil   Hantar PM kepada seri_utama   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 01-08-06 17:47


andai ini memang keputusan muktamad yang anta nak buat...mohonlah petunjukNYA...semoga dibuka jalan dan ditunjukkan ruang2 untuk anta dan pasangan anta meneruskan niat kalian. munajatlah padaNYA selalu, banyakkan solat, banyakkan doa...sesungguhnya DIA yang MAHA MENGETAHUI dan DIA MAHA PEMBERI REZEKI...apa pun yang diberikan olehNYA merupakan rezeki untuk kalian.

disaat2 seperti ini, hanya DIA yang mampu mengubah segalanya...melembutkan hati orang tua, mempermudahkan jalan dan urusan anta, dan membantu anta menyelesaikan semua ni. kami warga ukhwah cuma dapat memberi pendapat yang berbeza mengikut pengalaman dan pemikiran masing-masing...

sesungguhnya ini dugaan buat kalian (mungkin juga dugaan kepada sahabat2 kita di luar sana yang mungkin juga mempunyai masalah seperti ini...). semua ni ALLAH berikan mengikut kemampuan kita...

berusahalah sahabat...mohon petunjukNYA, rayu belas simpatiNYA...tapi dalam masa yang sama, tunaikanlah hak2NYA, jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba, jangan tangguhkan apa jua hak yang patut kita tunaikan sebagai hamba padaNYA...

JIKA KITA HARAPKAN IZIN dan BELAS DARI-NYA...TUNAIKAN DULU HAK2-NYA, SEMPURNAKAN dan jangan SEKALI2 TANGGUHKAN TANGGUNGJAWAB KITA PADA-NYA...

p/s: sekadar pandangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

nur_aminah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.07.2006
Ahli No: 25345
Posting: 14

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 17:51


Rasanya dah jelas pandangan sahabat-sahabat kat sini buat sinah dan pasangan.

Sinah & pasangan kena mujahadah melawan nafsu (nafsu tak semestinya sex tapi juga sexual; nafsu ingin berpasang-pasangan)

Sahabat-sahabat dah nyatakan renggangkan hubungan. Kenapa tak boleh.. itu permasalahan nafsu. Selagi layan nafsu itu selagi tuelah nafsu bergelora dan terus bergelora dan makin bergelora.

Rasulullah SAW dah nyatakan, kalau tak mampu kahwin kena puasa dan perlu kita fahami, hadami puasa bukan setakat tak makan, tak minum tapi turut mengawal diri, mengawal nafsu dalam aspek lain.

Nafsu boleh dikawal. Sebagaimana saranan sahabat-sahabat, renggangkan hubungan. Jangan sering berhubung dan membincangkan hal-hal yang membangkitkan keinginan nak kahwin cepat-cepat. Kahwin cepat tua amat bagus tapi kena melihat keadaan diri dan pasangan juga.

Kalau sinah & pasangan betul-betul nak elakkan maksiat, buktikan dengan menjaga adab, batas hubungan selagi tidak diijabkabulkan ini. Bukan terus berhubung, melayan perasaan.

Semua sahabat-sahabat kat sini bagi pandangan atas sebab ingin menolong sinah, jadi renungilah sebaik mungkin bukan menerima pandangan-pandangan yang bersesuaian dengan nafsu kita.

Kalau nak sangat kahwin memang boleh seperti kahwin kat siam (macam cadangan abg_imam) dan kahwin itu memang sah mengikut syarat kalau cukup syaratnya contohnya jarak dengan wali yang tidak mengetahui akan perkahwinan sedemikian. Namun, apakah kesan selepasnya di atas perkahwinan yang terburu-buru (mengikut hawa nafsu) sedemikian.

Betapa ramai yang lebih tua daripada sinah & pasangan yang belum berkahwin dan teringin nak kahwin tapi persoalannya bagaimana kita nak mengawal keinginan berkenaan. Selagi kita mengikut perasaan selagi itulah ia membuak-buak.

Maaf ya sinah kalau terasa. Saya menyatakan kerana ingin membantu sinah. Redakan gelora berkenaan dengan mengadu padaNYA, rapatkan diri padaNYA dan bataskan hubungan dengan pasangan. Lagi elok stop berhubung untuk suatu tempoh sehingga perasaan itu dapat dikawal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_aminahProfil   Hantar PM kepada nur_aminah   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 01-08-06 18:01


b]Pada 01-08-06 17:51 , nur_aminah posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau nak sangat kahwin memang boleh seperti kahwin kat siam (macam cadangan abg_imam) dan kahwin itu memang sah mengikut syarat kalau cukup syaratnya contohnya jarak dengan wali yang tidak mengetahui akan perkahwinan sedemikian. Namun, apakah kesan selepasnya di atas perkahwinan yang terburu-buru (mengikut hawa nafsu) sedemikian.


jangan...memang senang kawin kat siam, sah dan cukup syarak. tapi ingat, negara kita masih ada undang2. biarla semua ikut prosedur yang betul...supaya senang di kemudian hari. takut2...da kawin kat siam kang, kena turun naik mahkamah sebab nak urus sijil nikah saja dan masalah2 yang lain. proses tu kena bayar dan macam-macam lagi. takut2 pengantin baru pening nak urus masalah baru pula...
bersusah2 lah dulu...bersenang2 kemudian ye...

p/s: sekadar pendapat...inteprem kejap...


-----------------
kepada si MaWaR iDaMaN..semoga dikau sentiasa MeKaR di taman..diakari rasa berTUHaN..dihiasi haruman aKhLaK&iMaN..kerana disitulah UkUrAn..JeLiTaNyA seorang perawan
[ Telah diedit oleh: bintu_ruQaiah pada 01-08-06 18:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 01-08-06 18:03


kahwin lah jangan tak kahwin....
kahwin lah kerana Allah... untuk kembangkan perjuangan, daawah dan tarbiyyah

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 01-08-06 18:05


Pada 01-08-06 18:03 , yamina posting:

!!! QUOTE !!!

kahwin lah jangan tak kahwin....
kahwin lah kerana Allah... untuk kembangkan perjuangan, daawah dan tarbiyyah


betul...buatla lillahi ta'ala...semoga berkat dan mendapat redhaNYA


-----------------
kepada si MaWaR iDaMaN..semoga dikau sentiasa MeKaR di taman..diakari rasa berTUHaN..dihiasi haruman aKhLaK&iMaN..kerana disitulah UkUrAn..JeLiTaNyA seorang perawan


Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 18:07


bismillah...

alssalamualaikum...

ana ada penglaman....

ana kenal perempuan ini bbrape tahun...
ana usha untuk bnikah (kira dah btunang) dengan perempuan dalam tahun2 pkenaln kami...
kesannya...macam anta juga...banyak maksiat daripada yang baik (konon hubungan Islamik..)
banyak yang buruk daripada yang baik bknlan dan bcinta ni...sebab tu lah..ibu bapa kita kena berikan keizinan untuk anak2 lelaki/perempuan untuk benikah. dan jangan disekat merka ini...
ana baru saja baca artikel tentang nikah kahwin dalam masa mude ni...but ana dah lupa sumber daripada mana tetapi menarik...
apa yang diberitau dalam artikel tu..ialah kahwinkan anak2 yang bujang jika bkeinginan untuk berkelamin, dan jngn disekat kemahuan merka. asbab apa??kita tak tahu perasaan merka..apa-apa pun dalam artikel tu beritau kita (parentz) beri sedikit nasihat untuk merka yang ingin kahwin muda, tak kira lah masih belajar. tak ada kerjaya dsbnya..malahan dalam artikel tu kata kena bantu merka untuk meralisaikn penikahan itu...

cuba beritau kepada parentz keinginn antum..dengan alasan yang menyakinkan..contoh ..dah boleh berdikari, mampu bahagi masa kerjaya, pelajaran dll (jangan beritau tentang nafsu syahwat tu)...

apa-apa pun..buat masa ni..antum kerna renggangkan hubungan (macam kawan-kawan netter beritau) itu lebih baik...memang sukar...tetapi 'JIKA NAK SERIBU DAYA..JIKA TAKNAK SERIBU DALIH'


bebalik daripada pngalamn ana, maka hubungn kami putus dengan izin Allah jua..
iktibarnya...'ssungguhnya ajal maut, rezeki jodoh itu kerja ALlah Taala...'

semoga berjaya...wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 01-08-06 18:15


PERKAWINAN ADALAH FITRAH KEMANUSIAAN

Agama Islam adalah agama fithrah, dan manusia diciptakan Allah Ta'ala cocok dengan fitrah ini, karena itu Allah Subhanahu wa Ta'ala menyuruh manusia menghadapkan diri ke agama fithrah agar tidak terjadi penyelewengan dan penyimpangan. Sehingga manusia berjalan di atas fithrahnya.

Perkawinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, karena nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah yaitu perkawinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syetan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam.
Firman Allah Ta'ala.

"Artinya : Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Ar-Ruum : 30).
A. Islam Menganjurkan Nikah
Islam telah menjadikan ikatan perkawinan yang sah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai satu-satunya sarana untuk memenuhi tuntutan naluri manusia yang sangat asasi, dan sarana untuk membina keluarga yang Islami. Penghargaan Islam terhadap ikatan perkawinan besar sekali, sampai-sampai ikatan itu ditetapkan sebanding dengan separuh agama. Anas bin Malik radliyallahu 'anhu berkata : "Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam :

"Artinya : Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi". (Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim).
B. Islam Tidak Menyukai Membujang
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan untuk menikah dan melarang keras kepada orang yang tidak mahu menikah. Anas bin Malik radliyallahu 'anhu berkata : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kami untuk nikah dan melarang kami membujang dengan larangan yang keras". Dan beliau bersabda :

"Artinya : Nikahilah perempuan yang banyak anak dan penyayang. Karena aku akan berbangga dengan banyaknya umatku dihadapan para Nabi kelak di hari kiamat". (Hadits Riwayat Ahmad dan di shahihkan oleh Ibnu Hibban).
Pernah suatu ketika tiga orang shahabat datang bertanya kepada istri-istri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tentang peribadatan beliau, kemudian setelah diterangkan, masing-masing ingin meningkatkan peribadatan mereka. Salah seorang berkata: Adapun saya, akan puasa sepanjang masa tanpa putus. Dan yang lain berkata: Adapun saya akan menjauhi wanita, saya tidak akan kawin selamanya .... Ketika hal itu didengar oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau keluar seraya bersabda :
"Artinya : Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka. Aku shalat dan aku juga tidur dan aku juga mengawini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku". (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang yang mempunyai akal dan bashirah tidak akan mahu menjerumuskan dirinya ke jalan kesesatan dengan hidup membujang. Kata Syaikh Hussain Muhammad Yusuf : "Hidup membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, hidup yang tidak mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggung jawab".
Orang yang membujang pada umumnya hanya hidup untuk dirinya sendiri. Mereka membujang bersama hawa nafsu yang selalu bergelora, hingga kemurnian semangat dan rohaninya menjadi keruh. Mereka selalu ada dalam pergolakan melawan fitrahnya, kendatipun ketaqwaan mereka dapat diandalkan, namun pergolakan yang terjadi secara terus menerus lama kelamaan akan melemahkan iman dan ketahanan jiwa serta mengganggu kesehatan dan akan membawanya ke lembah kenistaan.

Jadi orang yang enggan menikah baik itu laki-laki atau perempuan, maka mereka itu sebenarnya tergolong orang yang paling sengsara dalam hidup ini. Mereka itu adalah orang yang paling tidak menikmati kebahagiaan hidup, baik kesenangan bersifat sensual maupun spiritual. Mungkin mereka kaya, namun mereka miskin dari karunia Allah.

Islam menolak sistem ke-rahib-an karena sistem tersebut bertentangan dengan fitrah kemanusiaan, dan bahkan sikap itu berarti melawan sunnah dan kodrat Allah Ta'ala yang telah ditetapkan bagi makhluknya. Sikap enggan membina rumah tangga karena takut miskin adalah sikap orang jahil (bodoh), karena semua rezeki sudah diatur oleh Allah sejak manusia berada di alam rahim, dan manusia tidak bisa menteorikan rezeki yang dikaruniakan Allah, misalnya ia berkata : "Bila saya hidup sendiri gaji saya cukup, tapi bila punya istri tidak cukup ?!".

Perkataan ini adalah perkataan yang batil, karena bertentangan dengan ayat-ayat Allah dan hadits-hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Allah memerintahkan untuk kawin, dan seandainya mereka fakir pasti Allah akan membantu dengan memberi rezeki kepadanya. Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang nikah, dalam firman-Nya:

"Artinya : Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(An-Nur : 32).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menguatkan janji Allah itu dengan sabdanya :
"Artinya : Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya". (Hadits Riwayat Ahmad 2 : 251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits No. 2518, dan Hakim 2 : 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu 'anhu).
Para Salafus-Shalih sangat menganjurkan untuk nikah dan mereka anti membujang, serta tidak suka berlama-lama hidup sendiri.
Ibnu Mas'ud radliyallahu 'anhu pernah berkata : "Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka menikah daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang bujangan". (Ihya Ulumuddin dan Tuhfatul 'Arus hal. 20).

TUJUAN PERKAWINAN DALAM ISLAM

1. Untuk Memenuhi Tuntutan Naluri Manusia Yang Asasi

Di tulisan terdahulu kami sebutkan bahwa perkawinan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi kebutuhan ini yaitu dengan aqad nikah (melalui jenjang perkawinan), bukan dengan cara yang amat kotor menjijikan seperti cara-cara orang sekarang ini dengan berpacaran, kumpul kebo, melacur, berzina, lesbi, homo, dan lain sebagainya yang telah menyimpang dan diharamkan oleh Islam.

2. Untuk Membentengi Ahlak Yang Luhur

Sasaran utama dari disyari'atkannya perkawinan dalam Islam di antaranya ialah untuk membentengi martabat manusia dari perbuatan kotor dan keji, yang telah menurunkan dan meninabobokan martabat manusia yang luhur. Islam memandang perkawinan dan pembentukan keluarga sebagai sarana efefktif untuk memelihara pemuda dan pemudi dari kerusakan, dan melindungi masyarakat dari kekacauan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya". (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).
3. Untuk Menegakkan Rumah Tangga Yang Islami
Dalam Al-Qur'an disebutkan bahwa Islam membenarkan adanya Thalaq (perceraian), jika suami istri sudah tidak sanggup lagi menegakkan batas-batas Allah, sebagaimana firman Allah dalam ayat berikut :

"Artinya : Thalaq (yang dapat dirujuki) dua kali, setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara ma'ruf atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil kembali dari sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khawatir tidak akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh istri untuk menebus dirinya. Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang dhalim". (Al-Baqarah : 229).
Yakni keduanya sudah tidak sanggup melaksanakan syari'at Allah. Dan dibenarkan rujuk (kembali nikah lagi) bila keduanya sanggup menegakkan batas-batas Allah. Sebagaimana yang disebutkan dalam surat Al-Baqarah lanjutan ayat di atas :
"Artinya : Kemudian jika si suami menthalaqnya (sesudah thalaq yang kedua), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya hingga dikawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami yang pertama dan istri) untuk kawin kembali, jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui ". (Al-Baqarah : 230).
Jadi tujuan yang luhur dari pernikahan adalah agar suami istri melaksanakan syari'at Islam dalam rumah tangganya. Hukum ditegakkannya rumah tangga berdasarkan syari'at Islam adalah WAJIB. Oleh karena itu setiap muslim dan muslimah yang ingin membina rumah tangga yang Islami, maka ajaran Islam telah memberikan beberapa kriteria tentang calon pasangan yang ideal :
a. Harus Kafa'ah
b. Shalihah
a. Kafa'ah Menurut Konsep Islam
Pengaruh materialisme telah banyak menimpa orang tua. Tidak sedikit zaman sekarang ini orang tua yang memiliki pemikiran, bahwa di dalam mencari calon jodoh putra-putrinya, selalu mempertimbangkan keseimbangan kedudukan, status sosial dan keturunan saja. Sementara pertimbangan agama kurang mendapat perhatian. Masalah Kufu' (sederajat, sepadan) hanya diukur lewat materi saja.

Menurut Islam, Kafa'ah atau kesamaan, kesepadanan atau sederajat dalam perkawinan, dipandang sangat penting karena dengan adanya kesamaan antara kedua suami istri itu, maka usaha untuk mendirikan dan membina rumah tangga yang Islami inysa Allah akan terwujud. Tetapi kafa'ah menurut Islam hanya diukur dengan kualitas iman dan taqwa serta ahlaq seseorang, bukan status sosial, keturunan dan lain-lainnya. Allah memandang sama derajat seseorang baik itu orang Arab maupun non Arab, miskin atau kaya. Tidak ada perbedaan dari keduanya melainkan derajat taqwanya (Al-Hujuraat : 13).

"Artinya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang-orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (Al-Hujuraat : 13).
Dan mereka tetap sekufu' dan tidak ada halangan bagi mereka untuk menikah satu sama lainnya. Wajib bagi para orang tua, pemuda dan pemudi yang masih berfaham materialis dan mempertahankan adat istiadat wajib mereka meninggalkannya dan kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah Nabi yang Shahih. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam :
"Artinya : Wanita dikawini karena empat hal : Karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya. Maka hendaklah kamu pilih karena agamanya (ke-Islamannya), sebab kalau tidak demikian, niscaya kamu akan celaka". (Hadits Shahi Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).
b. Memilih Yang Shalihah
Orang yang mahu nikah harus memilih wanita yang shalihah dan wanita harus memilih laki-laki yang shalih.
Menurut Al-Qur'an wanita yang shalihah ialah :
"Artinya : Wanita yang shalihah ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri bila suami tidak ada, sebagaimana Allah telah memelihara (mereka)". (An-Nisaa : 34).
Menurut Al-Qur'an dan Al-Hadits yang Shahih di antara ciri-ciri wanita yang shalihah ialah :
"Ta'at kepada Allah, Ta'at kepada Rasul, Memakai jilbab yang menutup seluruh auratnya dan tidak untuk pamer kecantikan (tabarruj) seperti wanita jahiliyah (Al-Ahzab : 32), Tidak berdua-duaan dengan laki-laki yang bukan mahram, Ta'at kepada kedua Orang Tua dalam kebaikan, Ta'at kepada suami dan baik kepada tetangganya dan lain sebagainya".
Bila kriteria ini dipenuhi Insya Allah rumah tangga yang Islami akan terwujud. Sebagai tambahan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menganjurkan untuk memilih wanita yang peranak dan penyayang agar dapat melahirkan generasi penerus umat.
4. Untuk Meningkatkan Ibadah Kepada Allah

Menurut konsep Islam, hidup sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah dan berbuat baik kepada sesama manusia. Dari sudut pandang ini, rumah tangga adalah salah satu lahan subur bagi peribadatan dan amal shalih di samping ibadat dan amal-amal shalih yang lain, sampai-sampai menyetubuhi istri-pun termasuk ibadah (sedekah).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Artinya : Jika kalian bersetubuh dengan istri-istri kalian termasuk sedekah !. Mendengar sabda Rasulullah para shahabat keheranan dan bertanya : "Wahai Rasulullah, seorang suami yang memuaskan nafsu birahinya terhadap istrinya akan mendapat pahala ?" Nabi shallallahu alaihi wa sallam menjawab : "Bagaimana menurut kalian jika mereka (para suami) bersetubuh dengan selain istrinya, bukankah mereka berdosa .? Jawab para shahabat :"Ya, benar". Beliau bersabda lagi : "Begitu pula kalau mereka bersetubuh dengan istrinya (di tempat yang halal), mereka akan memperoleh pahala !". (Hadits Shahih Riwayat Muslim 3:82, Ahmad 5:1167-168 dan Nasa'i dengan sanad yang Shahih).
5. Untuk Mencari Keturunan Yang Shalih
Tujuan perkawinan di antaranya ialah untuk melestarikan dan mengembangkan bani Adam, Allah berfirman :

"Artinya : Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu itu pasangan suami istri dan menjadikan bagimu dari istri-istri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?". (An-Nahl : 72).
Dan yang terpenting lagi dalam perkawinan bukan hanya sekedar memperoleh anak, tetapi berusaha mencari dan membentuk generasi yang berkualitas, yaitu mencari anak yang shalih dan bertaqwa kepada Allah.
Tentunya keturunan yang shalih tidak akan diperoleh melainkan dengan pendidikan Islam yang benar. Kita sebutkan demikian karena banyak "Lembaga Pendidikan Islam", tetapi isi dan caranya tidak Islami. Sehingga banyak kita lihat anak-anak kaum muslimin tidak memiliki ahlaq Islami, diakibatkan karena pendidikan yang salah. Oleh karena itu suami istri bertanggung jawab mendidik, mengajar, dan mengarahkan anak-anaknya ke jalan yang benar.

Tentang tujuan perkawinan dalam Islam, Islam juga memandang bahwa pembentukan keluarga itu sebagai salah satu jalan untuk merealisasikan tujuan-tujuan yang lebih besar yang meliputi berbagai aspek kemasyarakatan berdasarkan Islam yang akan mempunyai pengaruh besar dan mendasar terhadap kaum muslimin dan eksistensi umat Islam.

TATA CARA PERKAWINAN DALAM ISLAM

Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tata cara perkawinan berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah yang Shahih (sesuai dengan pemahaman para Salafus Shalih -peny), secara singkat penulis sebutkan dan jelaskan seperlunya :

1. Khitbah (Peminangan)
Seorang muslim yang akan mengawini seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, karena dimungkinkan ia sedang dipinang oleh orang lain, dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq 'alaihi). Dalam khitbah disunnahkan melihat wajah yang akan dipinang (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi No. 1093 dan Darimi).

2. Aqad Nikah
Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi :
a. Adanya suka sama suka dari kedua calon mempelai.
b. Adanya Ijab Qabul.
c. Adanya Mahar.
di. Adanya Wali.
e. Adanya Saksi-saksi.

Dan menurut sunnah sebelum aqad nikah diadakan khutbah terlebih dahulu yang dinamakan Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat.

3. Walimah
Walimatul 'urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya
diundang orang-orang miskin. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja berarti makanan itu sejelek-jelek makanan.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadits Shahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).
Sebagai catatan penting hendaknya yang diundang itu orang-orang shalih, baik kaya maupun miskin, karena ada sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :
"Artinya : Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang taqwa". (Hadist Shahih Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim 4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa'id Al-Khudri).

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 01-08-06 18:17


maafla ye...'ter'paste semua lah pula...ana pun tak ingat dapat dari mana...tapi ada dalam pendrive ana...jadi ana just copy dan paste untuk tatapan sahabat kita, sinah dan sahabat2 lain. tak sempat nak potong2 mana yang perlu...ana ada kls jm6.30...da lambat...baca saja lah yee...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

q_a_l_b_i
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2006
Ahli No: 25538
Posting: 4
Dari: alamfana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 18:34


assalamu'alaikum...
terima kasih kepada sahabat2 ukhwah.. alhamdulillah, kami masih berfikiran waras dalam hal ni. ISLAM itu indah.. kami tak sanggup mencemari nya hanya kerana CINTA. jadi, kami bercadang untuk lebih mmperindah kan ISLAM itu, dengan jalan ISLAM juga, iaitu BERKAHWIN.. sebelum kami bertemu, saya sendiri mengaku, kami tiada kekuatan untuk memperjuangkn ISLAM.. kami tiada kekuatan diri.. alhamdulillah, kami jumpa kekuatan tersebut dalam diri masing-masing... mungkin ini adalah salah satu ujian ALLAH bagi kami berdua.. amat susah untuk kami tanggung. tapi, ini lah apa yang kami sedang hadapi buat masa sekarang..
ALLAH masih lagi membuka jalan kepada kami, dengan meminta pendapat dari sahabat2... memang tak dinafikan, lebih banyak simpati, dari empati.. memang mudah untuk melihat masalah orang, tapi, bukan mudah untuk masuk, dan rasa apa sebenarnya nya yang kami alami... anyway, syukran jazilan kepada sahabat2 ukhwah..
walau apa pun keputusan parents, kami tak akan ketepikan mereka.. mungkin perlu berkorban.. kami sedang berusaha untuk menjelaskan hal yang sebenar, yang kami alami.. yang penting, KAMI TAKKAN KETEPIKAN IBUBAPA... kami takkan ambil jalan singkat, dalam hal ni. kami bukan mahu berkahwin untuk hidup sehari dua, tapi hingga akhir hayat kami, insyaALLAH..
semoga ALLAH permudahkan urusan kami...
WALLAHU'ALAM...
semua perkara boleh berlaku dengan izin dari-NYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For q_a_l_b_iProfil   Hantar PM kepada q_a_l_b_i   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 18:40


assalamualaikum
wah..banyak betul komen dan nasihat-nasihat yang diberikan sahabat2.. untung betul antum berdua kerana masalah antum ni dapat perhatian ramai. saudara sinah, ana harap saudara terima dengan baik segala nasihat yang diberikan oleh sahabat2 kita tu... berlapang dada dengan setiap nasihat walaupun nasihat yang diberikan tak seperti mana yang diharap atau menyebelahi hajat sebenar saudara. berdasarkan umur antum, baru nak masuk 21 tahun..bagi ana ia agak muda.. apapun umur bukan masalahnya... yang penting kematangan masing-masing.

analisis masalah antum betul-betul. jangan terburu-buru dalam membuat keputusan.. ana doakan moga segala urusan antum dipermudahkan. dan jangan putus meminta petunjuk dari Allah...Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya..dan jika ditakdirkan antum bernikah bukan pada masa sekarang, terimalah hakikat itu. kita merancang, Allah merancang juga namun perancangan Allah lah yang benar-benar tepat.

soal dapat atau tak dapat mengawal diri dari terjebak dengan maksiat..sebenarnya ia terpulang pada diri kita sendiri... segala masalah ada penyelesaiannya..

                                            
pengajaran yang ana dapat dari posting sahabat2 semua. syukran kerana banyak memberi kesedaran :)


Pada 01-08-06 11:54 , nur_aminah posting:

!!! QUOTE !!!

Tebalkan kembali rasa malu antara satu sama lain. Berhubung cuma bila perlu walaupun sekelas. SMS, cakap apa yang perlu sahaja. Bertegaslah dengan diri. Tak usahlah berdating.


ana setuju sangat....bila kita dah terlalu kerap atau rapat dengan golongan lain jantina ni, sedar atau tak sedar rasa malu akan terhakis sedikit demi sedikit... dan ia akan berlarutan menjadi semakin teruk hingga akhirnya rasa malu akan terus tercabut dari diri. waktu tu tiada lagi pakaian haya' yang dapat melindungi diri dari melakukan perbuatan maksiat... hati akan jadi keras dan gelap...dan kemudian rasa sensitif pada dosa takkan hadir sama sekali dan natijahnya, dosa2 saja yang menjadi makanan harian kita. perbuatan maksiat dirasakan seperti perkara biasa.. malah lagi teruk kalau bangga bila melakukannya.

nauzubillahiminzalik

benar sungguh, haya'( sifat malu) adalah sebahagian dari iman

wallahua'lam


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 01-08-06 19:16


huh... janganlah bercinta... tak ada pekdahnya....
banyak yang buruk dari yang baik.... elakkanlah diri anda....

kalau betul dah sampai jodoh pun... dalam masa nak taaruf antara satu sama lain.... elakkanlah berhubung secara terus antara satu sama lain, walaupun surat, email atau ym.... apatah lagi sms, atau call dan dah tentu jumpa2an... bukan apa... takut nanti berlaku perkara yang tidak syara'.... terperangkap dengan emosi, akhirnya termakan fitnah syaitan dan sebagainya....

tentu ada yang pening bukan? dulu ana pun pening juga, kalau tak bercontact2, bagaimana nak kenalnya....
alhamdulillah, akhirnya Allah buka mata ana, dan nampak caranya..

ana tak pasti... mungkin dah ada orang tulis kat atas... tak larat pula nak baca semua.

ada satu cara yang pada ana cukup soleh dan insyaAllah menjaga syariat.... andai nak bertaaruf, gunakanlah orang tengah (dr golongan orang atau sahabat kita yang soleh yang kita percayai atau, mahram kita yang berjantina serupa dengan pasangan kita)
dengan menggunakan orang tengah iaitu wakil kita itulah kita cuba taaruf orang itu, dengan syarat wakil kita itu pun ikhlas kerana Allah semata....
[ Telah diedit oleh: yamina pada 01-08-06 20:05 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

nur_aminah
Warga Rasmi
Menyertai: 22.07.2006
Ahli No: 25345
Posting: 14

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 20:20


Pada 01-08-06 18:34 , q_a_l_b_i posting:

!!! QUOTE !!!

assalamu'alaikum...
terima kasih kepada sahabat2 ukhwah.. alhamdulillah, kami masih berfikiran waras dalam hal ni. ISLAM itu indah.. kami tak sanggup mencemari nya hanya kerana CINTA. jadi, kami bercadang untuk lebih mmperindah kan ISLAM itu, dengan jalan ISLAM juga, iaitu BERKAHWIN.. sebelum kami bertemu, saya sendiri mengaku, kami tiada kekuatan untuk memperjuangkn ISLAM.. kami tiada kekuatan diri.. alhamdulillah, kami jumpa kekuatan tersebut dalam diri masing-masing...


Maaf. Apa yang enti dan pasangan maksudkan dengan perjuangkan Islam?

!!! QUOTE !!!


memang mudah untuk melihat masalah orang, tapi, bukan mudah untuk masuk, dan rasa apa sebenarnya nya yang kami alami...


Maaf ana ingin mencelah ya ukhtie. yang bagi pandangan, nasihat kat sini usianya 20-an bahkan ramai yang lebih tua berbanding enti dan pasangan. Bahkan juga ramai di sini yang dah punyai calon suami/ isteri. Insan yang 'normal' akan lalui peringkat usia ingin berpasangan sebagaimana kalian hadapinya. Namun, persoalannya bagaimana kita hadapinya dengan baik. Tidak terburu-buru. Bagi ana, tidak timbul sahabat-sahabat di sini tak memahami.

Sahabat-sahabat di sini prihatin dengan permasalahan enti dan pasangan dan permasalahan kalian adalah permasalahan yang biasa dihadapi. Kalau enti teliti betul-betul, pandangan daripada sahabat-sahabat dan mencakupi pelbagai aspek yang boleh melengkapkan pandangan, nasihat untuk kalian renungkan, fikirkan.

Bagi ana, sahabat-sahabat di sini tidak menghalang di usia muda bahkan bagus cepat-cepat kahwin. Pandangan, nasihat yang diutarakan ialah berkenaan kesesuaian berkahwin dengan keadaan kalian juga berkenaan perasaan yang bergelora itu. Mengapa ia bergelora, bagaimanakah untuk meredakan gelora itu. Cukup jelas di sini dinyatakan berkenaan adab, batas pergaulan yang perlu kaian titik beratkan.

Usahakan kahwin secepat mungkin bagus dalam masa sama jagalah adab, batas pergaulan. SMS, call dan sebagainya. Nafsu takkan membuak-buak kalau kita pandai mengawalnya. Mujahadahlah. Moga kalian dapat yang terbaik. Sahabat-sahabat kat sini sayangkan enti.

Ana ulangi sekali lagi, lebih baik stop dulu perhubungan untuk redakan perasaan itu. Jangan dilayan perasaan. Nanti lesu diri. Perasaan itu membuak sebab ada pasangan, sebab dilayan perasaan dengan pasangan. Jodoh takkan ke mana dengan diiringi usaha yang sepatutnya. Sebagaimana yang dinyatakan oleh yamina dalam menjaga batasan perhubungan dengan calon teman hidup. Allah Maha Bijaksana atas segala aturanNYA termasuk susah senang urusan jodoh kalian.

ISLAM memang indah. Maka kita jagalah keindahannya dengan menurut aturanNYA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_aminahProfil   Hantar PM kepada nur_aminah   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 22:23


assalamualaikum..
ana setuju dengan ukhti yamina dan nur_aminah

biar ana ceritakan serba sedikit kisah benar dari pengalaman ana sendiri dan beberapa sahabat ana...moga-moga dapat dijadikan iktibar.
untuk pengetahuan sinah dan q_a_l_b_i, bukan antum berdua saja yang berpasangan dan menghadapi masalah begini. ana ceritakan ni bukan untuk seronok2..tapi sebagai peringatan bersama.

beberapa sahabat ana sendiri ramai juga yang dah berpasangan, namun yang menariknya..walaupun pasangan masing-masing ada di depan mata, tak kiralah sama kelas atau bekerja bersama dalam dalam satu lajnah, atau persatuan.. mereka cukup menjaga batas pergaulan. sahabat2 ana tu semuanya rakan serumah ana jadi ana tahu bagaimana cara hidup mereka dan apa yang mereka lakukan. walaupun masing-masing dah berteman, yang nyatanya mereka tidak bercinta.... kalau nak dikirakan jarang sekali mereka berutus sms apatah lagi berbual di telefon dengan pasangan masing-masing. kalau nak berhubung pun, cukup bertanya dan menjawab hal yang penting2 saja untuk urusan gerak kerja ISLAM.

betapa banyak hikmah yang diperolehi jika kita bertegas dengan hal2 ikhtilat (batas pergaulan sesama bukan mahram). pergaulan sesama bukan mahram ni selalunya melemahkan jiwa dan semangat juang dalam diri..menjadikan kita malas dan akan membuatkan hidup terasa sempit. dunia yang luas menjadi kecil. betapa banyak masa yang terbazir disebabkan kita melayan kerenah cinta. berutus sms, call, berjumpa dan sebagainya hanya mencuri masa kita. sepatutnya masa yang kita miliki kita gunakan ke jalan Allah, tapi kita dah salah gunakannya. cinta yang selalu mencuri masa berharga kita.

betapa ramai yang tersungkur awal disebabkan masalah cinta. fitnah bagi lelaki ialah perempuan. walau sehebat mana lelaki tu, yang pasti mereka tetap kalah dengan satu iaitu WANITA. betapa bahayanya fitnah wanita ini.

dalam hal ni kedua-duanya kena bertegas. usah dilayan sangat rasa cinta yang bergelora tu. dan banyak mohon pertolongan dari Allah supaya diberi kesabaran dalam menahan godaan syaitan dan nafsu. percayalah, bila adik berdua meletakkan pergantungan pada Allah, adik berdua akan rasa segala tindakan antum dipandu Allah. kalau kita bersungguh menjaga batas pergaulan, Allah akan menjaga segala tindakan kita. ana teringat kata-kata salah seorang sahabat ana.. "tak payah risau2 sebab Allah sendiri dah jaga kita. walaupun kadang-kadang dalam hati terlintas nak berhubung dengan si dia, pasti akan ada naluri kuat untuk mengatakan jangan. sahabat2 pula selalu beri peringatan dan menegur kalau terbuat silap". nah, nampak bukan bahawa dah jelas Allah menjaga hamba2Nya yang betul-betul mahu menolong dan menjaga diri mereka dari maksiat..

untuk pengetahuan antum berdua, antara sahabat ana tu ada yang selamat berumah tangga pun baru-baru ni. dari asal mereka tak kenal secara detail pun dengan pasangan masing-masing, namun akhirnya bersatu juga. hanya doa dan tawakkal saja yang menjadi kekuatan mereka. tak semestinya tak berkawan, tak berkahwin..

maaf banyak2 kalau ada kata-kata yang menyinggung perasaan. ana memandang masalah ni agak serius jadi ana mahu bantu sedaya mampu.. ana doakan moga urusan antum dipermudahkan.

wallahua'lam


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME
[ Telah diedit oleh: imtihan_insyirah pada 01-08-06 22:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 22:29


mujahadah itu sememangnya pahit, namun yang pasti, dihujungnya ada kemanisan menanti :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 01-08-06 22:35


Kalau sungguh benci maksiat Buat apa start bercinta, kalau sungguh ada jodoh tak payah nak risau2.bagi habis belajar sok kawin lee. kalau ikut nafsu semua rangpun nak kawin. puasa bebanyak. jangan asyik jiwang. Pandangan saya saja. ampun maaf sekira terkasar bahasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

q_a_l_b_i
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2006
Ahli No: 25538
Posting: 4
Dari: alamfana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 23:14


terima kasih, sahabat2, atas keperihatinan anda semua.. ada certain tu, pedas sikit, tapi, terima kasih jugak, sebab sudi memberi perhatian dengan masalah kami.. anda semua adalah sahabat kami, dunia dan akhirat =)semoga ALLAH merahmati kalian semua..
wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For q_a_l_b_iProfil   Hantar PM kepada q_a_l_b_i   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 00:11


syukran jazilan.
apa pendapat sahabat sekalian kalau kami ingin ambil keputusan untuk jelaskan sejelas2nya kepada orang tua kami? jut nak minta pandagan mereka. nak depa tau keadaan kami.

kami rasa dalam masa yang terdekat ni kami akan jelaskan pada mereka.

lepas tu, walau apa-apa pun kami akan dengar dan patuh kepada pandangan ibu bapa kami. keredhaan ibu bapa jauh lebih penting dari segala2nya.

ALLAH saja yang tau macam mana perasaan sebenar kami ini.
wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 06:34


assalamualaikum...

banyak kali nampak topik ni.. tapi tak pernah pula rasa nak klik.. tiba-tiba pagi terdetik pula nak tengok isi kandungan.. nak bagi pendapat.. dah macam-macam pendapat yang dilontar.. saya setuju dengan butir bicara imtihan_insyirah..

kita tau bercinta tu salah.. tapi, kita tetap berdegil untuk nak salurkan rasa cinta pada yang tak layak.. tapi, perkara dah berlaku.. Kalau belum bercinta, memang boleh elak.. tapi, Kalau dah bercinta.. dah terjebak.. susahla nak tarik diri..

saya kagum dengan niat sinah dan qalbi untuk mendirikan rumahtangga.. alhamdulillah, itula yang terbaik.. dan sepatutnya berlaku sebaik hati mula terpaut.. cuma, permasalahan timbul atas banyak perkara-peraka yang menghalang.. dan halangan-halangan tu.. tetap terus menjadi halangan selagi ikatan pernikahan belum terlaksana..

kat sinilah pentingnya kesedaran kedua-dua belah pihak.. baik sinah dan qalbi.. jangan terlalu membelenggukan fikiran dengan tentangan keluarga, sebab apa yang mereka bimbangkan amat berasas.. kalian tetap perlu berusaha.. berusaha dan terus berusaha agar hati kedua ibu bapa kedua belah pihak dapat memberi kebenaran.. TETAPI dalam masa yang sama, kalian juga WAJIB untuk memastikan diri masing-masing tidak menjadi penyebab antara satu sama lain terlalu mengikut kehendak syaitan..

syaitan sentiasa mengelirukan kita.. TAKUTLAH ALLAH.. niat nak kawin tu memang baik, tapi, ingat! MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA. hentikan dari saling bersms, hentikan saling call., hentikan saling berbalas renungan.. walaupon sekelas, sekumpulan atau 'seapa' sekalipon.. tanamkan dalam hati.. qalbi belum jadi hak sinah, begitu juga sebaliknya. MUJAHADAH MELAWAN NAFSU.. ingatkan diri.. APABILA HAK ALLAH BERTEMBUNG DENGAN HAK MANUSIA, HAK ALLAH WAJIB DIBERI KEUTAMAAN..

yakinlah dengan ALLAH.. DIA sentiasa tau APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.. janganlah kejam dengan ALLAH.. tiap apa yang diberi, pasti ada hikmahNya.. teruskan berdoa, mohon kekuatan luar biasa dari dalam diri.. tunaikan solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, istikharah.. tiap kali teringatkan pasangan.. tarik nafas.. istighfar banyak-banyak.. tu semua godaan syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan..

ketepikan semua tu.. utamakan pelajaran.. utamakan keluarga.. utamakan Allah dalam segala hal.. tanamkan takut pada maksiat.. walaupon perasaan terlalu kuat.. JODOH TETAP DITANGAN ALLAH.. berusahalah yang terbaik..

jangan terlalu bertindak mengikut jiwa remaja dan perasaan cinta yang membara.. yang pasti.. jangan sesekali niat berkahwin untuk elak maksiat semata-mata.. sinah, pastikan diri tak hubungi qalbi kecuali urusan yang benar-benar penting.. dan qalbi juga berusaha memastikan diri tak berhubung dengan sinah.. walau bagaimana rindu sekalipon.. jauhkan diri, selagi belum dapat restu dari keluarga.. tiap kali rasa nak call, sms.. ingat Allah cepat-cepat.. istighfar laju2.. tanamkan takut pada Allah.. dan fahamkan diri.. berkasih sayang tu fitrah.. tapi, jangan sampai jadi fitnah..

dalam apa jua keputusan.. selamat berjaya.. mohon selalu padanya.. andai benar dia jodohku.. permudahkanlah urusan kami.. :)

p/s: sorik ar terpanjang lebar pula.. maafla Kalau ada yang menyinggung perasaan.. :)

wallahualam..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 02-08-06 06:38 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

TZM_Racing
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.09.2004
Ahli No: 11240
Posting: 63

Johor  


posticon Posting pada: 02-08-06 09:13


Assalamualaikum..........hai sinah dan qalbi....saya ada pendapat sikit nieh...

apa kata sinah dan qalbi nikah gantung dahulu,tapi sebelum buat, kena buat buat surat perjanjian(pasang lawyer) tak mahal pun dalam 2-3 ratus saja.,bincang dengan ibu-bapa baik2.

contoh isi surat perjanjian,menerangkan dalam tempoh 2 tahun si sinah hendaklah buat majlis perkahwinan untuk mereka berdua dan si sinah hendaklah ada perkerjaan tetap. dan selebihnya fikirkan lah sendiri .sebab no idea dan kurang reti nak nyusun ayat...hehehehhe

cuba tengok pasangan yang sudah bertunang,seolah-olah dah dapat lesen besar dari ibu dan ayah untuk keluar kesana-sini(maksiat itu) kalau nikah gantung(dah halal terus)

orait harap dikembangkan idea ini....wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For TZM_RacingProfil   Hantar PM kepada TZM_Racing   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-08-06 09:33


kahwin saja setelah dapat restu ibu bapa. itu lebih baik. duit boleh cari, kerja part time banyak cuma perlu usaha lebih. muga dapat nikah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

q_a_l_b_i
Warga Rasmi
Menyertai: 31.07.2006
Ahli No: 25538
Posting: 4
Dari: alamfana

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 09:39


assalamu'alaikum...
terima kasih, sahabat2, kerana sudi luangkan masa anda, dan menyumbangkan idea2 untuk selesaikan masalah kami..
alhamdulillah, ALLAH dah tunjukkan jalan kepada kami berdua..
terima kasih, sahabat2.. semoga ALLAH merahmati kita semua, insyaALLAH...
wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For q_a_l_b_iProfil   Hantar PM kepada q_a_l_b_i   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 09:52


Budak-budak main kotak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 10:03


Pada 02-08-06 09:13 , TZM_Racing posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..........hai sinah dan qalbi....saya ada pendapat sikit nieh...

apa kata sinah dan qalbi nikah gantung dahulu,tapi sebelum buat, kena buat buat surat perjanjian(pasang lawyer) tak mahal pun dalam 2-3 ratus saja.,bincang dengan ibu-bapa baik2.

contoh isi surat perjanjian,menerangkan dalam tempoh 2 tahun si sinah hendaklah buat majlis perkahwinan untuk mereka berdua dan si sinah hendaklah ada perkerjaan tetap. dan selebihnya fikirkan lah sendiri .sebab no idea dan kurang reti nak nyusun ayat...hehehehhe

cuba tengok pasangan yang sudah bertunang,seolah-olah dah dapat lesen besar dari ibu dan ayah untuk keluar kesana-sini(maksiat itu) kalau nikah gantung(dah halal terus)

orait harap dikembangkan idea ini....wassalam


salam...
bagus jugak idea kat atas ini...rasanya sinah dan qalbi boleh pertimbangkan...tapi kena bincang baik2 dengan family..saya tahu sinah dan qalbi anak2 yang baik...insyaAllah restu parents yang paling penting dan insyaAllah kebahgiaan kita terletak di atas restu mereka...

sinah dan qalbi harap jangan putus asa...banyakkan doa dan solat sunat...minta petunjuk,kekuatan terhindar dari maksiat dan minta dilembutkan hati parents...

setiap dugaan kan tarbiyyah dari Allah...kuatkan diri kalian...hadapi dugaan ini dengan penuh hikmah...insyaAllah pasti ada hikmah tersirat...walau apapun kembali pada DIA...mintaklah pada DIA...hanya DIA MAHA MENGETAHUI segalanya...



Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 10:05


allah menguji pada apa yang kita ucapkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 10:05


allah menguji pada apa yang kita ucapkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-08-06 10:07


Assalamualaikum
erm..mflah mencelah...saya rasa ramai juga yang mengalami situasi macam sinah dan q_a_l_b_i termasuk lah saya...erm...tapi alhamdulillah..masih cuba mengawal diri dan nafsu...tu semua semata2 dr rahmatNYA..wallahua'lam..kepada sinah dan q_a_l_b_i...teruskan usaha memujuk ibu bapa kalian..jelaskanlah kepada mereka sejelas2nya..kalau boleh masa nak jelaskan...biarlah kedua2 belah pihak ada dalam satu majlis...senang nak dengar pendapat masing-masing...byk2kan berdoa semoga hati ibu bapa kalian lembut dan memahami kehendak kalian...insyaAllah..saya kagum dengan kalian yang begitu berani menyuarakan hasrat...saya rasa memang kalian patut disatukan wp secara nikah gantung memandangkan kalian masih lama lagi untuk menamatkan pengajian...pasal rezeki,insyaAllah jangan dirisaukan...hanya DIA yang tahu...apapun,semoga kalian tabah dalam menghadapi dugaanNYA...jangan putus asa k?maaflah jika pa yang saya katakan tak berguna pun...saja nak bagi pendapat...all da best! :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

nurkasih87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3434
Posting: 133
Dari: Kemaman!..

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-08-06 10:42


ermm.. maybe ada sebab ibu bapa belum bersedia nak kahwinkan anak mereka.. banyakkan bersabar saja.. insyaAllah.. jod0h tak ke mana akhirnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkasih87Profil   Hantar PM kepada nurkasih87   Pergi ke nurkasih87's Website   Quote dan BalasQuote

seri_utama
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.07.2006
Ahli No: 25293
Posting: 69
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 11:43


Pada 02-08-06 00:11 , sinah posting:

!!! QUOTE !!!

syukran jazilan.
apa pendapat sahabat sekalian kalau kami ingin ambil keputusan untuk jelaskan sejelas2nya kepada orang tua kami? jut nak minta pandagan mereka. nak depa tau keadaan kami.

kami rasa dalam masa yang terdekat ni kami akan jelaskan pada mereka.

lepas tu, walau apa-apa pun kami akan dengar dan patuh kepada pandangan ibu bapa kami. keredhaan ibu bapa jauh lebih penting dari segala2nya.

ALLAH saja yang tau macam mana perasaan sebenar kami ini.
wallahua'lam


Eloklah kalau macamtu.Bincanglah elok-elok dengan parents tentang rancangan anda nak kawin.Kalau boleh both parties pun kena ada dalam majlis perbincangan tu..biarlah semua terang dan jelas..buat persediaan yang sebaik-baiknya untuk menghadapi apa-apa tentangan dan bantahan dari parents,sediakan hujah yang benar-benar dapat meyakinkan parents..moga Allah lembutkan hati kedua orang tua anda...
apa-apa pun kami menunggu perkembangan seterusnya :-)
Sekiranya dah dapat lampu hijau cepat2lah bernikah untuk mengelakkan fitnah tapi jika lampu merah maka anda berdua kenalah buat sesuatu untuk mengelakkan fitnah sepertimana nasihat sahabat2 yang lain..rasanya tak perlulah saya sebutkan lagi apa yang perlu anda buat sebab ramai sahabat2 kat portal ni telah memberikan panduan kepada anda...moga Allah permudahkan urusan anda berdua dan semoga segala masalah dapat diselesaikan secepat mungkin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For seri_utamaProfil   Hantar PM kepada seri_utama   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 02-08-06 14:04


untuk adik2 sinah dan q_a_l_b_i.. memag bagus ada niat untuk kahwin sebab tak tahan nafsu... tapi kita harus fikir juga, adakah kita kahwin ni untuk nafsu semata-mata..banyak tanggungjwab menanti kita.Memang Allah dan janjikan rezeki pada hambanya, tapi fikirlah semasak2, takut nanti masalah yang kita hadapi...

mungkin mak ayah tak benarkan berkawen lagi, disebabkan mereka nak jugak tengok anak2 berjaya dulu..penting kita mendapat restu mak ayah..jangan hampakan mereka.

nak cakap lebih tak boleh jugak, sebab perasaan yang wujud semasa bercinta memang bermacam2, walaupun kita tak nak jadi macam ni, tapi perassan yang wujud memang tak boleh halang.

apapu, mintalah restu mak ayah dulu, kalau still tak dapat nak terima, adik habiskan lah study dulu, tak lama, sekejap saja sebenarnya,,, dan kalau takut tak dapat kawal nafsu, kurangkanlah berjumpa. memang sukarnya sebenarnya,tak jumpa sehari, boleh buat tidur tak lena, mandi tak basah... tapi itu HANYA SEMENTARA,... cubalah mana tahu berkesan..

walaupun kelas sekali, buat bodoh saja.. jangan timbulkan perasan tu sangat. InSyaAllah, kita akan dapat kawal sebenarnya, ia terletak pada hati kita juga.

Cuma Kalau dah sayang berjanjilah untuk hidup bersama...tapi jangan terlalu ikut perasaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 02-08-06 16:12


Pada 01-08-06 23:14 , q_a_l_b_i posting:

!!! QUOTE !!!

terima kasih, sahabat2, atas keperihatinan anda semua.. ada certain tu, pedas sikit, tapi, terima kasih jugak, sebab sudi memberi perhatian dengan masalah kami.. anda semua adalah sahabat kami, dunia dan akhirat =)semoga ALLAH merahmati kalian semua..
wallahu'alam


selalunya orang yang alami masalah boleh terima nasihat yang diberikan..mungkin pedas sekali sekala...bukan menunjukkan tak suka jika berkahwin tu...tapi sebagai lambang nak tunjuk benda tu penting sangat yakni tidak membelakangi keluarga dalam isu perkahwinan..tapi yang pelik ada orang lain pula yang lebih terasa dr empunya soalan..ish2 macam-macam orang betul lah ye..apa pun pada yang menanggung masalah ini diharap mampu untuk berfikir kembali dengan waras sebelum membuat keputusan paling besar dalam hidup ini. Perbuatan hari ini hanyalah benih yang ditanam untuk masa hadapan kerana masa depan itu tiada siapa yang tahu. Jika baik benih itu maka baikla masa depan itu namun jika rosak benih itu maka rosak lah masa depan itu.

Wallahu'alam
[ Telah diedit oleh: hafeezzul pada 02-08-06 16:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 02-08-06 16:15


iNI LAGI SUSAH... bELAJAR TEMPAT SAMA..wAKTU YANG SAMA.. kelas PUN SAMA... pAYAH NI.. nAMUN, BAGUSLAH, ANDA BERDUA DAPAT Kawal diri dan tak terjebak dengan maksiat... Tapi, persoalannya, sampai bila kita dapat bertahan? sampai bila kita boleh gagah mengawal diri dan nafsu?
jangan kerana hal ini, ianya menjejaskan pelajaran anda... Dalam hal ini, rasanya saudara sinah perlu lebih kuat... Saudara, satu persoalan saya : Saudara nak kahwin untuk sepanjang hayat atau kahwin segera? Kalau nak hubungan sepanjang hayat, ada baiknya saudara control nafsu.... jangan lah cepatt kalah..Adakah nak kahwin semata2 kerana nafsu? Sampai bila nak biarkan nafsu menguasai kita? jangan hanaya peringkat permulaan kahwin sahaja seronok, esok2 bila dah bosan, timbul macam-macam maslah...
Cuba anda berdua sibukkan diri dengan aktiviti2 seharian dan riadah... Saya yakin anda berdua mampu... Tentang jumpa tu, susah nak cakap sebab anda berdua belajar satu tempat dan masa yang sama... Sekarang ni, segala keputusan terletak pada anda berdua.... Ibu serta ayah kita tak pernah mahu kita mewarisi kesusahan yang pernah mereka lalui... Sebba tu mereka tak benarkan anda berdua kahwin cepat-cepat.. Memang betul pun tindakan mereka... Mungkin anda berdua boleh merancang dan suarakan rancanagn tersebut pada mereka... Dan yakinkan mereka dengan kesungguhan anda berdua....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 18:17


kalau inginkan keredhaan Allah, Kenapa perlu ada option bernikah di sempadan? percayalah, rumahtangga tanpa restu ibubapa sukar nak bertahan lama, apatahlagi nak dapat redha Allah

ana pernah mengalami keadaan yang lebih sukar & dugaan persekitaran yang jauh lebih teruk serta mencabar daripada situasi di Malaysia. disebabkan tiada restu daripada ibubapa, putuslah juga

so untuk sinah & q_a_l_b_i, kalau parents suruh tangguh tu sabar sajalah. tak boleh tahan nafsu tu sebenarnya alasan kita saja. anda boleh melakukannya, cuma kena ada kesabaran yang kuat. utamakan pengajian anda dahulu

pernikahan adalah untuk jangkamasa yang panjang, benarlah kata Akhi_Arab tu. lagipun mana ada parents yang tak mahu kebaikan untuk anak2 mereka


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 02-08-06 18:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 21:00


1.
apa kata bawa ustaz anda kat ipt,jumpakan ustaz anda tu dengan parent anda dan parent bakal mertua anda tu...ceritakan masalah anda kat ustaz bagi habis...lepas itu aturkan pertemuan ustaz tu dengan parent..biar ustaz tu pulak'belasah' mak bapak anda dan mertua anda tu....macam mana??
make sure ustaz tu dah faham benar perangai anda dan makwe anda,faham benar perangai parent anda dan bakal mertua anda...
dan make sure ustaz pandai 'trick' orang lah..maknanya ustaz tu bijak berkata2 dan lembut bicara...

2. belikan sahaja buku-buku ceita yang menulis tentang indahnya pernikahan islami dan hadiahkan kepada parent masing-masing....

3. tulis surat kepada parents tentang hasrat anda untuk cepat menikah tapi make sure isi surat tu kaitkanlah dengan isu-isu semasa budak-budak remaja sekarang ni...seperti keruntuhan akhlak remaja..dan nyatakan anda takut betul dengan keadaaan sosial yang teruk ni...so..minta cepat kahwinlah..
tapi ayat kena kemaslah..jangan emo.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 21:38


4.
mungkin mak bapak anda fikir anda belum matang....anda ni macam budak-budak?cuba anda tunjukkan anda ni dah matang,dah boleh hidup berdikari,ada wawasan tinggi,ada kepimpinan yang berkualiti..cuba tunjukkan kepada parent anda...!!anda ada tak bentangkan perancangan anda secara bertulis kepada parent anda apabila dah kahwin nanti??ada ke anda detailkan belanjawan hidup selepas kahwin?macam mana dengan nafkah hidup,belanja dapur,belanja rumah,belanja henpon,motor..ada anda buat belanjawan macam tu dan bentangkan depan mak bapak anda...cuba anda buat apa yang saya tulis ni..sure parent anda tersedar bahawa anak dia ini dah pandai atur hidup sendiri...anda ada buka bussiness sendiri??cuba buka business sendiri dan buktikan kepada ibubapa yang anda ni pandai berdikari dan boleh cari duit...mungkin parent anda fikir anda tak mampu lagi cari duit sendiri time study ni???cuba ubah mind setting parent anda tu..bussinesslah kawan!!
anda join tak persatuan2 kat ipt anda tu??pernah tak handle program2 besar..kat situ kepimpinan anda diuji...jika anda aktif berpersatuan,then biasa handle program2,anda boleh buktikan kepada parent anda yang anda ni bukan lagi budak kecik...tunjukkan sijil2 anda tu kat mereka!!! main psikolah sikit...

yang penting kat sini..jangan kalah berusaha...tunjukkan kepada parent anda yang anda bukan lagi budak kecik,terrror berniaga-cari duit sendiri,dah matang,dah pandai memimpin orang lain,dah ada karisma nak uruskan rumah tangga,dah pandai uruskan kewangan sendiri...mungkin masalah2 ni saja yang merunsingkan ibubapa anda...bukannya mereka hendak tengok anda terus bermaksiat.....

cuba anda terus yakinkan mereka...macam mana anda dulu terror meyakinkan buah hati anda tu bahawa andalah pilihan yang tepat...Kenapa tidak untuk parent anda sendiri...
once anda dah yakinkan mereka,insyallah,anda akan berjaya..
main psiko saja beb!tapi jangan lupa terus jaga hubungan dengan allah dengan ikut perintah allah dan jauhi maksiat....
kalau tak nak follow rule allah,merancang macam mana cantik pun takk an jadi kalau allah tak berkehendak...so,follow rule allah dan tak kalah dalam berusaha, selari dengan syariat allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 21:48


salam....

ana tidak dapat tolong. tapi kita tak boleh lupa, Allah akan sentiasa menguji hambaNYA.

takkan nak bagi yang ringan. mestilah dugaan tu hampir2 tak tertanggung oleh penerimanya. bukan apa, disitulah klimak kita minta tolong dengan Tuhan. kita rasa kehadiran Tuhan.

bukankah saat itu yang paling indah?

semua kita bercita-cita untuk menjejak syurga Tuhan, tapi adakah kita berusaha kearah itu. yang lebih menakutkan, dia nak masuk syurga tapi beramal dengan perbuatan ahli neraka. sudah pasti dia akan ke neraka.

dalam kita mencari keredhaan Tuhan, biarlah keinginan kita itu benar-benar ditahap maksimum. bukan hanya dimulut. kuatkan diri menuju cita2.

ana tak mampu bagi nasihat kerana dugaan tu belum terkena kat ana. moga kita semua tabah menghadapi dugaannya.

memang kita tak boleh bunuh nafsu, kerana tanpanya hidup tak bererti, tapi kekanglah ia, baru dapat rasa nikmat berTuhan.

cinta manusia bukan satu2 tujuan kita, tapi cinta Tuhan lebih utama.

kadang-kadang Tuhan menjatuhkan kita dalam dosa kerana mahu kita rasa terhina dihadapannya. wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 02:08


Pada 01-08-06 18:34 , q_a_l_b_i posting:

!!! QUOTE !!!

sebelum kami bertemu, saya sendiri mengaku, kami tiada kekuatan untuk memperjuangkn ISLAM.. kami tiada kekuatan diri.. alhamdulillah, kami jumpa kekuatan tersebut dalam diri masing-masing... mungkin ini adalah salah satu ujian ALLAH bagi kami berdua.. amat susah untuk kami tanggung. tapi, ini lah apa yang kami sedang hadapi buat masa sekarang..
ALLAH masih lagi membuka jalan kepada kami, dengan meminta pendapat dari sahabat2...


terima kasih banyak-banyak wahai sahbat sekalian.

alhamdulillah keserasian antara kami ini ALLAH kurniakan lagi walaupun disaat2 genting ini. Itulah impian kami untuk sama-sama berjuang dan mangamalkan system mesyuarah kalau ada apa-apa. Bab kawin, setakat ni, kami berpendapat untuk habiskan dulu study. wallahu a'lam.

hanya ALLAH yang lebih memahami hati dan perasaan ku sekarang ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 02:08


Pada 01-08-06 18:34 , q_a_l_b_i posting:

!!! QUOTE !!!

sebelum kami bertemu, saya sendiri mengaku, kami tiada kekuatan untuk memperjuangkn ISLAM.. kami tiada kekuatan diri.. alhamdulillah, kami jumpa kekuatan tersebut dalam diri masing-masing... mungkin ini adalah salah satu ujian ALLAH bagi kami berdua.. amat susah untuk kami tanggung. tapi, ini lah apa yang kami sedang hadapi buat masa sekarang..
ALLAH masih lagi membuka jalan kepada kami, dengan meminta pendapat dari sahabat2...


terima kasih banyak-banyak wahai sahbat sekalian.

alhamdulillah keserasian antara kami ini ALLAH kurniakan lagi walaupun disaat2 genting ini. Itulah impian kami untuk sama-sama berjuang dan mangamalkan system mesyuarah kalau ada apa-apa. Bab kawin, setakat ni, kami berpendapat untuk habiskan dulu study. wallahu a'lam.

hanya ALLAH yang lebih memahami hati dan perasaan kami sekarang ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 02:16


ada yang tanya tadi saya lupa nak jawab. saya nak beristerikan dengan dia tu bukan semata2 kerana nafsu. tapi ukt berjuang bersama2 kerna keserasian dan semanagt saya nyata berbeza setelah ALLAH ketemukan dengan saya.

sekadar untuk pengetahuan yang kami dulunya tak pernah bertegur sapa selama 1 semester dari mula2 masuk sambung study. dengan susana di sini saya tak tahan dan terus terang JATUH selama 2 semester berturut2. jatuh dari segi study dan ibadah.

tapi setelah bertemu dengan dia, totaly saya berubah serta merta dari semua segi.
Tak budak sapa boleh ubah diri kita kecuali diri kita sendiri.
Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-08-06 08:32


Tu makna nya anda sesuai dengan dia, study score tak masa kenal dengan dia tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 09:56


assalamualaikum...Hakikat Pernikahan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? coba kita lihat... dan manakah pilihan kita

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Wallahualam... .



.. sekadar renungan bersama :)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 04-08-06 09:46


Renungkan pesanan yang di selitkan oleh al-biruni03... Pilihlah anda berdua di peringkat yang mana.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-08-06 21:43


huhu agak banyak pendapat...nak cakap apa pun dah tak tau....ingat,jangan terlalu mencintai seseorang,mungkin suatu hari kamu akan membencinya,dan jangan terlalu membenci seseorang,mungkin satu hari kamu akan mencintainya pula....

yang penting relax....saya pun bercinta juga,semua ada matlamat..yang penting matlamat mesti diredhai...baru hubungan kekal abadi....

ok wassalam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

fauz_siddiq
Warga Rasmi
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3660
Posting: 18
Dari: sg petani

Kedah  


posticon Posting pada: 05-08-06 05:51


ikut lah mana-mana cadangn tu.. jangan terlampau ghairah!!


-----------------
bangunkan iman dan minda...sucikan hati dan emosi...
http://jone.blogdrive.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For fauz_siddiqProfil   Hantar PM kepada fauz_siddiq   Pergi ke fauz_siddiq's Website   Quote dan BalasQuote

rabiatul_dhiyah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.03.2006
Ahli No: 23849
Posting: 3
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 06-08-06 14:10


assalamualikum wbt..perkara yang sinah ceritakan itu pernah terjadi pada kawan ana.. kawan ana pun fikir demikian, tapi selepas itu mereka telah berjumpa dengan seorang ustaz untuk meminta pandangan... ustaz tersebut menerangkan, untuk 3bulan cinta pertama cinta itu adalah NAFSU, cinta 3bulan kedua adalah MENGENALI hati masing-masing, dan 3bulan ketiga lebih kepada TANGGUNGJAWB iaitu cite2 untuk membina masjid atas keredhaan Allah,, jadi, dimanakan letaknya kamu. sinah? dan kebiasaan zina terjadi dalam 3bulan pertama percintaan....ingat lah , jangan kamu membelakangkan ibubapa dan bertindak mengikut batas syariat... cuba baca..artikel yang bertajuk:tips mencari cinta..seorang wanita yang solehah.. dalam ini laman ini jugak..adkah dia seperti itu?.. apa-apa pun, ana doakan kebahagian ntum berdua diiringi keredhaan Allah. mf, seandainya terlanjur kata dan terkasar bahasa.wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatul_dhiyahProfil   Hantar PM kepada rabiatul_dhiyah   Quote dan BalasQuote

iNsyirah84
Warga Rasmi
Menyertai: 12.04.2006
Ahli No: 24130
Posting: 11
Dari: kuALa LumPUr

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-08-06 11:13


macam ni lah..awak diskus betul-betul dengan parents..tanya pendapat mereka..mana ada parents nak anaknye buat maksiat kan?
lepas itu awak teng0k lah keadaan diri awak itu..cukup ke nak bagi anak 0rang makan?atau awak sendiri yang ditanggung 0rang?
nak kawwin banyak tanggungjawab..sanggup ke dan dah sedia ke?
apa-apa p0n tanya diri..Kalau dah betul semuanya dah setle..kawin saja lah..
untuk elak maksiat...,jauhi lah maksiat!..lawan nafsu adalah jihad yang paling besar..fikir2 lah untuk mendapat keredhaanNYA.



Bookmark and Share

    


  Member Information For iNsyirah84Profil   Hantar PM kepada iNsyirah84   Quote dan BalasQuote

ezacomeyy
Warga Rasmi
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25723
Posting: 1
Dari: pasir mas

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-08-06 02:28


salam..
moga sinah bahagia..
moga kekal sampai anak cucu..
insyaALLAH..
ALLAH akan bantu sinah..
apa-apa jangan lupa kongsi dengan sahabat ye..


-----------------
aKu tETaP Aku


Bookmark and Share

    


  Member Information For ezacomeyyProfil   Hantar PM kepada ezacomeyy   Quote dan BalasQuote

nur_islam88
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22181
Posting: 65
Dari: pasir puteh,kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 17:29


SALAM ukhwah...
no komen dari saya...
itu satu ujian dari Allah...
usah risau,jika benar dia jodoh kita...Allah dah tetapkan segalanya...tak lari gunung di kejar...
wallau'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islam88Profil   Hantar PM kepada nur_islam88   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 12:14


Pada pandangan saya pihak keluarga saudara haruslah bawa berbincang dengan pihak perempuan...selesai dengan secara yang mengikut syariat Islam...bernikah dahulu majlis walimah kemudian ...untuk elak maksiat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

hipopomomo
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.08.2006
Ahli No: 25810
Posting: 33
Dari: k.l

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-08-06 22:06


assalamualaikum...
pada hajar sinah slow talk dengan orang tua awak...
jodoh tak kemana kan??
kalau mak bapak tak suka susuh nanti...
minta petunjuk dr ALLAH..
2 semua ujian untuk awak...
kuat k...
salam.. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For hipopomomoProfil   Hantar PM kepada hipopomomo   Quote dan BalasQuote

irfaz_87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2006
Ahli No: 21780
Posting: 146
Dari: banting

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 09:36


oooo..nak kawin ye...kawin tu memang baik...sebab dalam islam pun ia merupakan satu sunnagh rasulullah...kawin tu juga menyebabkan syaitan semua menangis...kerana mereka tak lagi dapat kacau kita..xlagi goda kita untuk buat maksiat...tulx....tapi kalau nak kawin tu kenela sedia betul-betul...jangan fikir nak seronok saja...biar ekonomi kita stabil dulu...baru pinang anak orang...mak mentue mana yang nak tengok anak nya susah...sebelum kain memang seronok...lepas kawin macam-macam timbul....jadi fikir lah elok-elok...sebelum tu istikharah yang penting...minta allah bagi petunjuk...itu sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irfaz_87Profil   Hantar PM kepada irfaz_87   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 16:53


Pada 15-08-06 09:36 , irfaz_87 posting:

!!! QUOTE !!!

oooo..nak kawin ye...kawin tu memang baik...sebab dalam islam pun ia merupakan satu sunnagh rasulullah...kawin tu juga menyebabkan syaitan semua menangis...kerana mereka tak lagi dapat kacau kita..xlagi goda kita untuk buat maksiat...tulx....tapi kalau nak kawin tu kenela sedia betul-betul...jangan fikir nak seronok saja...biar ekonomi kita stabil dulu...baru pinang anak orang...mak mentue mana yang nak tengok anak nya susah...sebelum kain memang seronok...lepas kawin macam-macam timbul....jadi fikir lah elok-elok...sebelum tu istikharah yang penting...minta allah bagi petunjuk...itu sahaja...


good idea... :lol:


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

areniece
Warga Rasmi
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13563
Posting: 19
Dari: johor

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 14:31


assalamualaikum sinah..

saya tak pastila awak masih alert atau tak kat ukhwah ni...tapi saya ada sedikit pendapat...untuk pengetahuan saudara saya juga sedang melalui situasi yang sama...cuma alhamdulillah dari awal p'hubungn saya sudah menetapkan syrt yang kami hanya berjumpa sekali 1 sem...(actually di awal p'kenalan memang selalu jumpa,pas declair baru mula buat ni)...memang payah nak lalui...rindu tu tak dapat nak cakaplah...tapi bila terdetik nak langgar syrt tu...kami ingatkan balik...untuk apa p'hubungan ni?nafsu @ lebih dari tu...kami fikir...kalau kami buat something yang tak elok...bagaimana dengan anak2 kami??kita mesti nak anak2 yang baikkan?..so kita mesti jadi baik dulu....buat baik memang SANGAT SUSAH TAPI BOLEH KALAU NAK...

kami pun nak kahwin gk...tapi macam saudara lah...family suruh abeskan belajar dulu...so sekarang ni belajar kuat2...abeskan belajar cepat-cepat...lepas itu kahwin lah...insyaAllah tak ada apa halang lagi....cara saya cakap memang nampak senang...tapi kalau saya boleh buat kenapa tidak saudara?saya pun manusia biasa yang tak lari dari melakukan dosa...




Ya Allah....Ampunkanlah hambaMu ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For arenieceProfil   Hantar PM kepada areniece   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 24-08-06 08:58


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak lojik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi

Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan ' wan-wan' lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-***** perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, Apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...

5 tanggungjawab suami:
menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
mengajarkan:
ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.
memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.

tidak menzalimi isteri iaitu dengan:

memberi didikan agama yang sempurna
memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan kesalahan.
bila memukul jangan sampai melampau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

daLL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15609
Posting: 148
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-06 13:02


saya setuju dengan semua pendapat2 katatas ni..kawin bukan sehari dua..banyak yang nak kena fikir..tapi yelah..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..macam ada sahabat yang cakap tadi cuba renggangkan sikit hubungan tu...penuhkan masa dengan aktiviti lain..kalau jodoh dengan dia insyaALLAh tak kemana...banyakkan buat solat hajat dan solat istikharah..minta petunjuk dari ALLAH...buat berterusan sampai hati tu jadi tenang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For daLLProfil   Hantar PM kepada daLL   Quote dan BalasQuote

daLL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.04.2005
Ahli No: 15609
Posting: 148
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-06 13:06


Ni saya petik sikit kata-kata yang saya baca dalam email saya....

    "Hidup yang berkat adalah dengan menyerahkan segala urusan kita hanya kepada Allah semata. Untuk menjadi insan yang beriman dan wanita solehah itu ialah dengan menjalankan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Jika ketentuan dan aturan Islam itu dapat kita amalkan maka Insya Allah, kita akan dijaga oleh Allah daripada segala sesuatu yang membahayakan diri kita.
    Lakukanlah amalan-amalan wajib dan tambahkanlah dengan amalan-amalan sunat. Kemudian setelah solat berdoalah dengan mengharapkan rahmat-Nya agar segala gangguan yang menghantui pemikiran kita dapat disingkirkan, cukup berdoa dengan bahasa kita sendiri yang kita fahami keinginan dan maksudnya. Begitu lengkapnya ajaran Islam sehingga ketika ingin tidurpun ada doa yang mesti kita amalkan sehingga diri kita tidak diganggu oleh pengaruh buruk dari luar. Disamping membaca doa tidur, kita juga dianjurkan membaca surah al Fatihah, ayat Kursi, surah al Ikhlas, surah al Falaq dan surah An Nas. Dengan mengamalkan surah-surah tersebut, insya Allah dapat berperanan sebagai pendinding orang mukmin dari gangguan manusia mahupun makhluk halus.
    Begitu jugalah dengan masalah yang anda hadapi, boleh mengamalkan surah-surah tersebut sebagai pendinding, namun jika ingatnya anda kepada seseorang itu kerana cinta anda yang mendalam atau rasa kasih sayang, sedangkan anda berharap kepada Allah agar dijodohkan dengannya, maka berdoalah kepada Allah agar minda anda menjadi tenang dan tidak terlalu menuruti perasaan. Wallahu A'lam."

Bookmark and Share

    


  Member Information For daLLProfil   Hantar PM kepada daLL   Quote dan BalasQuote

Farveen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2006
Ahli No: 27631
Posting: 256
Dari: Bangi

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-06 13:14


Pada 30-07-06 03:32 , sinah posting:

!!! QUOTE !!!

aslkm. saya budak baru belajar di sini. harap dapat bagi tunjuk ajar. daftar di sini semata2 untuk berkongsi pendapat semua tentang ujian ALLAH yang saya sedang hadapi ini.

ok. macam ni ceritannya.
saya seorang penuntut di sebuah ipt.
di pendekkan cerita saya dah kenal orang tua si gadis ni. lebih-lebih lagi mak si gadis. untuk pengetahuan, ayah si gadis ini kebarangkalian tak akan setuju. silap2 dia kata, mungkin dia akan disuruh berhenti daripada teurs sambung belajar

dia pun still study lagi. kami BENCI kan maksiat! tapi ALLAH uji dengan perkenalan kami. sms dan calling tak miss dalam sehari. memang ini akan dekat dengan maksiat.

kami berbincang sesama sendiri sama ada nak kawin sekarang atau nanti lepas habis study. kami mengaku tak dapat tahun nafsu! kami bersetuju untuk kawin secpt yang mungkin sebab makin lama setan makin cuba untuk rancang kami untuk lakukan maksiat.

masalahnya, saya dah bagitahu kat mak saya nak kawin. saya bagitahu yang saya dah kenal gadis tu. saya bagitahu tuuan saya nak kawin sebab dah tak tahan. nak tinggalkan maksiat. saya suruh mak berbincang dengan abah.

tapi sampai hari ni mak dan abah membisu. saya berbincang dengan gadis itu untuk terus sama-sama kita berusa untuk jelaskan dengan sejelas2nya untuk kitorang disatukan dengan segera.

kami cuma pikirkan masalah maksiat! kami tak tahan untuk kawin lagi beberapa tahun lagi! setiap hari dok berhubung memang lagi nak dekat dengan maksiat! kami sayangkan perhubungan kami! kami nakkan kerehaan ALLAH!

saya berharap sangat untuk semua bagi pendapat


salam, bro sinah..
perkahwinan bukan semata2 untuk lepaskan nafsu..
bro kena ingat, bro laki..

bila jadi suami, kena bagi nafkah kat isteri..
nafkah yang saya maksudkan ialah nafkah duit duit duit

belajar belum habis, nak bagi duit apa kat isteri?
duit ptptn?
duit mak bapak..
dari kecik sampai dah bebini, mak bapak kena tanggung?

bro, apa kata Kalau bro puassaaaaa tiap-tiap hari
tunggu sampai habis belajar
kerja
lepas itu kahwin

stop jumpa the girl
stop stop stop

jangan selfish sangat, bro..
sian your parents,
mesti mereka diam sebab serba salah
kang tak kasi kawin, bezina pula anak aku
Kalau kasi kawin, tambah lagi satu beban aku

tolongla bro
berpuasalah
sampai bro betul-betul mampu dari segala segi untuk kawin

your girl, lainla..dia perempuan...Kalau dia still belajar pun, Kalau you dah kerja, boleh tanggung dia..kan..

walaupun memang boleh buat pejanjian dengan isteri
untuk minta isteri tanggung diri isteri sendiri
sampai you kerja
tapi, get real lah, bro..
kawin sebab tak tahan nafsu???
nampak sangat tak iklhas..

walla hu alam..


-----------------
http://360.yahoo.com/farwynafaroque


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarveenProfil   Hantar PM kepada Farveen   Pergi ke Farveen's Website   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-11-07 16:28


wah3x..
best tajuk ni.. ana pun hadapi masalah ni..
tapi malu nak tanya hehe.. sekarang dah kurang sebab masing-masing exam dan saya cuba sibukkan diri dengan buat kerja lain.. semoga Allah tetapkan pendirian ana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» saya nak kawin. tolong bagi pandangan

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.193015 saat. Lajunya....