Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Dr M disembur gas pemedih mata....


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Dr M disembur gas pemedih mata....

Please Mendaftar To Post


Oleh Dr M disembur gas pemedih mata....

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 15:59


Ada usaha bahayakan nyawa Mahathir: Siapa dalangnya?     

Fri | Jul 28, 06 | 02:03:19 PM
Oleh Yusri Yusof


Menunggu ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah yang julung kalinya terjadi dalam hidup saya.Bagaimanapun, saya turut berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada hari ini, di mana Mahathir dijadualkan akan mempunyai agenda cukup padat di Kelantan sehingga lewat malam nanti.

Seawal 9.30 pagi, sesudah menjemput Ketua Pengarang Kumpulan Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Rashidi Hassan, Pengarang Harakahdaily, dari hotel penginapan,sepanjang laluan ke lapangan terbang nampak tenang.

Deretan kereta dipinggir jalan tidaklah menggambarkan sambutan sehebat era reformasi dulu. Bagaimanapun, pelbagai sepanduk dan banner yang menyanjung jasa Dr Mahathir menghiasi kawasan sekitar lapangan terbang serta bunyi paluan rebana kertok semakin nyaring apabila menghampiri bangunan terminal.

Kelibat kepimpinan dan penyokong-penyokong veteran Umno dan MTRK kalut menunggu ketibaan negarawan, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Menjelang 10.30 pagi, suasana bersesak-sesak di depan bilik ketibaan VIP, dengan kehadiran jurufoto dan wartawan dalam negeri dan antarabangsa menjadikan kotak fikir saya menerawang jauh ke era akhir 1990-an.

Tanpa publisiti dan gagasan sebesar agenda mereformasi negara, Mahathir yang kini bergelar Tun tetap punyai nilai dan peranan dalam arus perdana politik tanahair.

Seorang kenalan, yang merupakan mekanik di kampung yang turut hadhir dengan beberapa kawannya menyapa saya. Bila ditanya sebab dia berada di situ, jawabnya, "untuk memberikan sokongan moral kepada Tun, atas peranannya menegur kepimpinan negara".

"Inilah bukti dinamika politik Melayu Kelantan," kata saya kepada Lutfi. Beliau nampak agak penat berdepan suasana asak-mengasak, lalu kami minggir ke tepi.

Menjelang pukul sebelas pagi, kekecohan mengenai siapa yang akan menjemput Mahathir terlebih dulu anatara MTRK dan veteran Umno seakan- akan reda.

Sebaik Mahathir melangkah keluar dari pintu ketibaan khas, beliau memilih untuk melangkah segandingan dengan Ibrahim ahli, yang telah dilucutkan keahliannya oleh kepimpinan Umno. Wakil veteran Umno hanya mampu mengekor di belakang, sambil Mahathir menuju ke kenderaan pacuan empat roda Ibrahim.

Ketika ini berlaku kekecohan ketika Mahathir hendak melangkah ke dalam kenderaan itu, jelas ada pihak yang cuba menghalang beliau menaiki kenderaan itu.

Bagaimanapun, akhirnya, Mahathir masuk ke dalam kenderaan bersama Ibrahim. Apabila Mahathir menjongolkan kepalanya keluar melalui sun- roof kenderaan terbabit, bermulalah episod yang tidak sepatutnya terjadi keatas seorang negarawan ulung.

Mahathir sambil memegang pembesar suara, baru hendak membuka mulut memberikan ucapan, tiba-tiba disembur dengan pemedih mata dari jarak dekat.

Mahathir duduk semula dalam kenderaan, cuba bangkit sekali lagi untuk cuba berucap tetapi kelihatan mengalami kesukaran untuk bernafas. Suasana menjadi kecoh.

Dalam kelam-kabut itu, dua lelaki membuka pintu kenderaan dan menyeret keluar Mahathir dari kenderaan. Manakala kereta yang dinaiki Mahathir tadi nampak dihalang kenderaan polis.

Mahathir seterusnya dipapah masuk ke dalam sebuah kenderaan lain dan dibawa pergi, berlalu dari lapangan terbang.

Sebegitu ramai anggota keselamatan yang berada di pekarangan lapangan terbang hanya mampu memerhati. Tiada nampak usaha untuk menangkap atau memastikan siapa sebenarnya yang menyebur gas pemedih mata kepada bekas Perdana Menteri itu.

Ibrahim Ali mengalami sesak nafas untuk beberapa ketika sehinggalah beliau berucap meminta pihak keselamatan membuat siasatan memastikan siapakah yang terlibat merencanakan insiden terbabit.

Saya yang berada hanya sekitar 10 kaki dari jarak lokasi di mana berlaku kejadian Mahathir disembur gas dan dilarikan kini mulai berfikir mengenai kewajaran terjadinya insiden terbabit.

Alangkah bacul dan celanya cara pihak terbabit menangani potensi seorang warga emas seumpama Mahathir. Apa dosanya hingga menyebabkan Mahathir diperlakukan sebegitu rupa.

"Insiden menggemparkan pagi ini pasti membuatkan sokongan dan simpati orang ramai terhadap Mahathir meningkat," kata Lutfi. "Sekurang- kurangnya aku sendiri," tambahnya sambil ketawa kecil.

"Memandangkan umur Mahathir sudah 82 tahun, dan kesihatannya pun mudah dijejaskan, maka apa yang berlaku itu cukup dahsyat dan boleh mengancam nyawanya. Pihak polis tidak sepatutnya memandang enteng tragedi itu. Lebih dari itu, Mahathir dinafikan hak untuk berucap kepada rakyat," ujar Lutfi lagi.

"Anwar mendapat perhatian ramai kerana beliau merupakan mangsa kezaliman, bukan sangat disanjung sebagai wira keadilan. Maka ia kini tertumpah kepada Mahathir pula. Saya pasti pandangan Mahathir kepada Umno semakin berubah, dia pasti lebih melawan lagi," ujar Lutfi semasa kami menuju balik ke pejabat Harakah, di Kota Bharu, sambil menunggu kejutan petang nanti pula.

Sumber:
harakahdaily


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 16:08


Dr Mahathir disembur gas pemedih mata sebaik tiba di Kota Bharu

Fri | Jul 28, 06 | 01:56:53 PM
Oleh Mazlan Jusoh


PENGKALAN CHEPA, 28 Julai (Hrkh)- Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Dato' Ibrahim Ali melahirkan rasa kesal terhadap pihak mensabotaj mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, pagi tadi.

Beliau berkata, pihak terbabit disifatkan berniat jahat kerana cuba mengganggu hasrat Dr Mahathit untuk berucap di atas kenderaan khas yang disediakan pihak penganjur.

"Tun telah disabotaj di mana pihak terbabit telah melepaskan gas pemedih mata sehingga saya dan Tun pedih mata mata di dalam kereta. Perbuatan ini adalah berniat jahat dan saya sungguh kesal dengan tindakan tersebut.

"Saya berharap pihak berkuasa menyiasat segera perkara ini kerana ia telah mencemarkan program yang telah siap kita atur," katanya pada ucapan ringkas di lapangan terbang sebaik sahaja Tun beredar dibawa pihak lain ketika suasana kelam kabut berlaku.

Keadaan kelam kabut itu kelihatan berlaku sebelum ketibaan Dr Mahathir di mana difahamkan kumpulan bekas pemimpin Umno Kuala Krai, Nik Sufian bertelagah dengan Ibrahim dan Tan Sri Abdullah Ahmad.

Nik Sufian dengan diringi beberapa pegawal yang berpakain jaket hitam dlihat berunding beberapa kali dengan Ibrahim dan Abdullah. Suasana tegang seketika.

Kira-kira 3,000 hadir menyambut ketibaan Dr Mahathir. Turut kelihatan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Yaakub, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim dan bekas pemimpin-pemimpin Semangat 46.

Sebaik tiba jam 11 pagi dengan jet khas orang ramai yang menunggu di luar bilik VIP melaungkan perkataan 'Hidup Tun' dan tepukan tangan yang gemuruh.

Suasana ketika itu menjadi kelam kabut apabila masing-masing mahu menyerbu ke arah Dr Mahathir. Keadaan menjadi seperti tidak terkawal apabila jurugambar menyerbu ke arah Pajero yang dinaiki Dr Mahathir.

Ada di antara mereka yang memanjat kereta tersebut sehingga ada pihak yang tidak dikenali telah melepaskan gas pemedih mata. Ketika itu Dr Mahathir kelihatan menunduk kepala dan kepedihan.

Orang ramai yang berada di sekitar kenderaan itu juga mulai beredar dari Pajero itu sehingga ramai terbatuk-batuk dan mengesat mata.

Bekas Perdana Menteri menaiki kereta khas dipercayai milik Nik Sufian. Rombongan Dr Mahahtir diiringi kenderaan polis menuju ke Hotel Renaisance, tempat penginapannya.

Ketibaan Dr Mahathir sebelum itu disambut dengan paluan gendang silat. Kereta Kancil dan pemuda menunggang motosikal juga turut mengiringi kenderaan membawa bekas perdana menteri tersebut. - mr

sumber:harakahdaily.net


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 16:34


topik burulang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

zaidharisah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2004
Ahli No: 8057
Posting: 65
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 28-07-06 17:05


baru kau rasa apa yang aku rasa.. macam mana kau buat kat pembangkang sebelum ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaidharisahProfil   Hantar PM kepada zaidharisah   Pergi ke zaidharisah's Website   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 28-07-06 17:12


NO KOMEN

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

jundul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2005
Ahli No: 21365
Posting: 81
Dari: unima kl

Selangor  


posticon Posting pada: 28-07-06 18:10


hahahahah!!!

baru kena sembur air dan gas pemedih mata saja..

belum lagi kena sepak terajang dek siput bab* dan penangan cota bab* hutan..

kita orang dah kena semua tu....

apa pung takziah...

teruskan perjuangan...

perjuanganmu belum selesai....


-----------------
laaaa ilaaha illallaahu wahdahuu laasyariikalah. lahulmulku walahul hamdu yuhyii wayumiitu wahuwa 'alaa kulli syai ing qadir.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jundulProfil   Hantar PM kepada jundul   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 18:42


Pada 28-07-06 18:10 , jundul posting:

!!! QUOTE !!!

hahahahah!!!

baru kena sembur air dan gas pemedih mata saja..

belum lagi kena sepak terajang dek siput bab* dan penangan cota bab* hutan..

kita orang dah kena semua tu....

apa pung takziah...

teruskan perjuangan...

perjuanganmu belum selesai....



ya ALLAH..kenapa perlu ada perasaan sinis terhadap apa yang berlaku...kalau benar dia berada ditempat yang salah..biarlah ALLAH saja yang membalas...bukannya gembira dengan apa yang berlaku...tunjukkan lah islam itu harmoni..bencikan setiap kezaliman..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

nuzul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.12.2005
Ahli No: 21199
Posting: 48
Dari: pahang

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 28-07-06 19:16


Pada 28-07-06 18:10 , jundul posting:

!!! QUOTE !!!

hahahahah!!!

baru kena sembur air dan gas pemedih mata saja..

belum lagi kena sepak terajang dek siput bab* dan penangan cota bab* hutan..

kita orang dah kena semua tu....

apa pung takziah...

teruskan perjuangan...

perjuanganmu belum selesai....



apa ni?

sepatutnya perkara seperti ini tak perlu berlaku...ana memang tak suka dr M.tapi sikap terbuka beliau memberi teguran kepada pimpinan abdullah adalah satu langkah yang wajar.



Bookmark and Share

    


  Member Information For nuzulProfil   Hantar PM kepada nuzul   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 09-10-06 10:00


Pada 28-07-06 18:10 , jundul posting:

!!! QUOTE !!!

hahahahah!!!

baru kena sembur air dan gas pemedih mata saja..

belum lagi kena sepak terajang dek siput bab* dan penangan cota bab* hutan..

kita orang dah kena semua tu....

apa pung takziah...

teruskan perjuangan...

perjuanganmu belum selesai....



kaso nya bahasa...
:-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-06 10:39


:roll: harap-harap dia (Dr. M) sedar pastuh terus masuk PAS.....sebab dalam negeri kelate sekarang ini tengah berlakugelombang hijau dimana ramai ahli2 UMNO dah loncat masuk PAS.....orang-orang kelate saja yang tahu...sebab benda ini tak tersebar......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104604 saat. Lajunya....