Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: Ubah cara urus FAM


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Ubah cara urus FAM

Please Mendaftar To Post


Oleh Ubah cara urus FAM

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 17:59


SAYA tertarik dengan isu berkenaan peranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memajukan mutu bola sepak negara. Terdapat juga saranan agar kepimpinan tertinggi FAM meletakkan jawatan mereka.

Perkara yang saya ingin ulas dalam ruangan ini bukanlah untuk mendesak atau menggesa mana-mana pihak untuk melepaskan jawatan. Saya amat memahami dan menghargai bahawa kepimpinan FAM telah banyak melakukan perubahan agar mutu bola sepak negara dapat ditingkat.

Sebenarnya, banyak peningkatan telah dicapai sukan bola sepak kita. Dari segi pentadbiran FAM, mutu pengadilan, mutu stadium, penajaan, pembangunan boleh dikatakan amat baik sekali. Kegagalan kita adalah cuma ketidakmampuan pasukan negara untuk merangkul sebarang kejohanan dalam tempoh yang agak lama.

Untuk membuka minda rakyat Malaysia, saya ingin berkongsi pendapat bahawa realiti atau hakikat di Malaysia ialah jika seseorang yang memegang sesuatu jawatan dalam persatuan, kelab, gabungan atau mana-mana kumpulan komuniti, bukan seorang yang berpengaruh (kerabat diraja dan ahli politik), maka jangka hayat persatuan itu boleh dikatakan amat pendek sekali.

Di Malaysia, persatuan diterajui oleh orang berpengaruh merupakan satu pemandangan biasa. Seringkali kita dengar cakap-cakap bahawa mereka ini hanya mengumpul kekuatan dari segi politik dan meraih populariti di kalangan rakyat seperti yang berlaku dalam krisis kepimpinan sebuah gabungan pelajar tidak lama dahulu.

Namun, ada juga kebaikannya persatuan ini diterajui oleh tokoh berpengaruh. Paling utama untuk menjana sumbangan daripada ahli politik lain, ahli perniagaan dan tokoh korporat. Dengan ini, kantung persatuan tidak akan kering dan sumbangan ini dapat digunakan untuk memajukan persatuan serta perjuangan yang diwakilinya.

Hakikatnya di Malaysia, inilah yang menjadi duri dalam daging kepada persatuan. Orang yang memberi sumbangan kewangan kepada persatuan ini juga ada agendanya sendiri. Untuk mendapat balasan tertentu. Jika teraju utama sesuatu persatuan itu lebih berkuasa, tentulah ganjaran akan berlipat ganda. Mungkin ada yang memberi sumbangan untuk mendapatkan gelaran tertentu umpamanya. Ini realiti yang harus diterima. Keikhlasan bersyarat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia itu sendiri.

Kita sebenarnya belum dapat membuka minda kita dan ruang kepada orang biasa atau tokoh sukan untuk menerajui satu persatuan sukan. Jika orang ini yang menerajui, mungkin tiada sumbangan kewangan dapat dijana kerana tiada faedah kepada pihak yang memberi sumbangan.

Tidak dapat dinafikan tokoh-tokoh sukan negara mempunyai banyak idea untuk memajukan sukan bola sepak, namun tempat dalam persatuan belum mampu diisi oleh mereka. Barang diingat, tokoh-tokoh sukan ini tiada kepentingan, tiada pengaruh dan sukar mengisi tempat dalam persatuan jika ada pertandingan. Malah, untuk mengisi tempat jawatankuasa juga amat tipis sekali.

Memandang lebih jauh, kita patut mencontohi orang Eropah. Bukan semua pemikiran orang Eropah tidak elok, kerana ada yang boleh dicontohi dari mereka.

Di Eropah, mereka begitu memandang tinggi tokoh-tokoh sukan dan sedia untuk menerima mereka menjadi pemimpin sesuatu persatuan sukan itu. Ini kerana pengalaman serta pemikiran mereka amat diperlukan sekali dalam terus memajukan sesuatu sukan.

Kita boleh lihat bahawa kejayaan sesuatu persatuan sukan diterajui oleh tokoh-tokoh sukan ini lebih baik dari yang dipimpin oleh tokoh-tokoh kenamaan. Tokoh- tokoh sukan ini tahu apa yang pemain perlukan kerana mereka juga pernah beraksi di pentas yang sama.

Di Malaysia, terdapat persatuan-persatuan sukan yang dipimpin oleh orang yang tidak pernah bermain sesuatu sukan pun. Jika ini senarionya, bagaimana idea-idea serta buah fikiran yang bernas dapat dihasilkan. Mereka tidak merasai sendiri apa yang pemain-pemain perlukan.

Pada masa yang sama, tokoh-tokoh sukan yang pernah mengharumkan nama negara satu ketika dahulu dilupakan dan dipinggirkan oleh persatuan-persatuan ini. Paling tidak pun sekadar melantik mereka menjadi jurulatih. Selepas kegagalan demi kegagalan, nama mereka terus dilupakan dan sumbangan mereka tidak lagi diperlukan.

Orang Eropah juga tidak lokek untuk memberi sumbangan kepada sesuatu persatuan sukan. Kita boleh lihat penajaan untuk sesuatu persatuan sukan di Eropah begitu banyak sekali tidak kiralah siapa yang memimpin. Mereka amat mementingkan kepada apa yang disumbang, bukan kepada siapa yang disumbang.

Oleh itu, semua pihak haruslah bersedia untuk membuka ruang kepada tokoh-tokoh sukan ini untuk menerajui sesuatu persatuan itu. Mereka merupakan pakar dalam bidang mereka. Kebolehan mereka tidak harus disia-siakan. Dengan mengumpulkan mereka dalam satu jawatankuasa mampu untuk mewujudkan idea baru dalam memajukan sukan negara.

Kita tidak perlu membuang masa bermesyuarat setiap minggu namun penyelesaiannya tidak juga kelihatan. Pada masa yang sama, negara yang lebih maju akan terus ke depan. Namun, kita hanya mampu menjadi jaguh di negara sendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 22:25


salam...

ana tumpang lalu saja...ana tak lah minat sangat dengan perkembangan sukan negara mahupun luar negara,namun banyak persatuan2 di malaysia memepunyai masalah dalaman yang serius..kalau berterusan macam ni,macam manelah orang islam nak bersatu...masyaALLAH...ana minta diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_Qiee
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 785
Posting: 762
Dari: Serdang, Selangor

Kedah  


posticon Posting pada: 01-08-06 11:54


Salam`alaik..
Article yang agak menarik..
Kalau ikut pendapat saya pucuk pimpinan
FAM perlu di olah semula..
biar jenerasi yang baru cuba untuk mengubah
segala aktiviti yang dirasakan rasional sikit
supaya tak jadi kelam kabut dan tak menjadi seoarang yang suka memperlekehkan
umat manusia yang lain..
oh FAM..FAM...oh FAM...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_QieeProfil   Hantar PM kepada Hafiz_Qiee   Pergi ke Hafiz_Qiee's Website   Quote dan BalasQuote

hadiazeediaz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.12.2005
Ahli No: 21062
Posting: 63
Dari: bumi melaka

Johor  


posticon Posting pada: 01-08-06 12:02


kalau perubahan demi kebaikan, apa salahnya kan?

lain pemimpin, lain ideologi dan lain pendekatannya.

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hadiazeediazProfil   Hantar PM kepada hadiazeediaz   Pergi ke hadiazeediaz's Website   Quote dan BalasQuote

Minur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 11:00


alaa....sebenarnya pemain bola Malaysia ini takut untuk mencuba nasib di luar (bigger stage)... ada yang habis training terus balik ke negara.... Kalau boleh ,teruskan mencuba di dalam liga kat oversea tu.... barule ada pengalaman...

kalau tak, upahle Alex Ferguson jadi coach pun, tukar FAM ke, masih jugak begitu kita punya taraf permainan...

maaf jika ada kekasaran bahasa sikit :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinurProfil   Hantar PM kepada Minur   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094795 saat. Lajunya....