Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 124
Ahli: 0
Jumlah: 124




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Kenderaan
Topik: asas turbo


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Kenderaan
    »» asas turbo

Please Mendaftar To Post


Oleh asas turbo

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-05-03 20:27


info's and specification/asas turbo





Turbochargers
Tugas turbo adalah untuk memaksa campuran angin/bahan api masuk ke enjin dalam keadaan tekanan yang tinggi daripada tekanan biasa (14.7psi). Cara turbo berfungsi agak mudah. Gas ekzos yang keluar dari enjin akan melalui turbo terdahulu. Pengecaj turbo ialah kombinasi Turbine dan Kompreser yang dicantumkan dengan sebuah shaf. Tugas kompreser adalah untuk menarik angin dan mengeluarkanya (blow) masuk ke dalam manifold, ini yang dinamakan boost. Dalam tekanan yang tinggi turbo akan berpusing dengan laju dan akan menghasilkan boost. Dengan ini enjin akan menerima banyak angin dan akan menolong pembakaran bahan api oleh itu lebih banyak tenaga akan dapat dihasilkan oleh enjin.




Intercoolers

Intercooler memainkan peranan penting dalam enjin turbo. Kegunan intercooler ini adalah untuk menyejukkan kompreser yang manghasilkan angin yang sangat panas. Angin yang panas ini menolong pembakaran bahan api tetapi jika tiada sesuatu alat yang mampu menyejukkan angin yang panas ini ia akan menghasilkan percikan api yang akan menyebabkan kerosakan pada enjin dan mungkin juga kebakaran akan berlaku. Inilah kegunaan intercooler, menyejukan dan disamping itu menstabilkan suhu enjin. Lebih stabil suhu enjin lebih banyak kuasa akan dapat dihasilkan oleh enjin. Buat masa sekarang ini intercooler yang paling popular digunakan ialah intercooler berasaskan angin (air-to-air) kerana keringkasan dan efisyennya intercooler jenis ini berbanding intercooler yang berasakan air. Ia biasanya diletakkan dihadapan bumper kereta bagi kemasukkan angin yang maksima untuk menyejukannya.

Blow off/ Pop off valves

Blow off valve direka untuk mengisar tekanan boost semasa pertukaran gear. Ini terjadi apabila tekanan melampau pada enjin semasa throttle diangkat. Dengan ini tiada ruang untuk boost yang tidak digunakan atau berlebihan untuk keluar, ini akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan terhadap turbo dan oleh itu ia akan mengakibatkan turbo menjadi perlahan (hilang kuasa). Ia juga akan mengakibatkan tekanan boost kehilangan kuasa secara perlahan-lahan. Mesej yang cuba disampaikan ialah blow off valve sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam penggunaan enjin turbo dan bukan sekadar untuk mendengar bunyinya sahaja. Apa yang penting disini ialah blow off valve hendaklah mampu menahan tekanan boost yang lebih daripada apa yang dialami oleh enjin jika tidak blow off valve ini akan terbuka secara tidak terkawal.

ini dia Blow off/ Pop off valves



[ Posting ini telah di edit oleh: isa-VR4 pada 2003-09-24 14:09 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-03 00:58


isk...bestnyer artikel ni !!! ana pun dah lama nak tahu pasal turbo ni....akhi Isa...satu lagi ana nak tahu...apa itu DOHC ??? dan apa bezanya dengan SOHC ???

wassalam...

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-03 01:03


Assalamualaikum....

satu lagi ana nak tanya...apa itu VTEC ??...sbb banyak keta Honda yg guna teknologi tu skarang....ana nak tahu camna ia berfungsi dan kelebihannya....leh kan????

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

SaLaFy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 341
Posting: 99
Dari: Taman Melawati, KuaLa LumpUR, BuMi A||aH SwT...

iraq   avatar


posticon Posting pada: 18-05-03 01:33


hurm...best artikel nI~>..ana minat sangat pasal keter keter ni...ehehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFyProfil   Hantar PM kepada SaLaFy   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-05-03 23:38


ape itu VTEC? VTEC adalah teknologi drp syarikat honda motor co. ..VTEC ialah singkatan drp Variable Valve timing Electronic Control..
dimana injap dapat dikawal dengan kawalan elektronik....sebuah elektronik box diperlukan untuk sistem ini...sesebuah anjin akan dapat berfungsi dengan lebih cekap...
tu yg bestnyer honda ni..walaupun pickup kurang,tapi kalau jarak jauh dialah juara..walaupun tanpa turbo,tetapi ia boleh bersaing dengan enjin lain...kalau pasang turbo lagi laa best..
enjin VTEC ini juga adalah salah satu "kegilaan" orgg org yg memiliki kreta..terutamanya honda


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

wan_pasir
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 37
Posting: 395
Dari: kuala terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-05-03 00:20


::ana cuma ader keter remote control jer::
::samer ker ngan keter biasa?hehe::
::V6,V8,V9,V10 tuu aper haa? jenis enjin ker?::

::terima kasih atas atikel nii::
-sebenarnya ana pun tak berapa faham atikel nii, tapi buat2 faham jer lah-

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_pasirProfil   Hantar PM kepada wan_pasir   Pergi ke wan_pasir's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-05-03 07:53


sory kang,gambar besar sangat..
V6,V8,V10 dan seterusnye tu bukan jenis enjin.. tapin bentuk silinder dan bilangan lubang /piston...
sebagai contoh, V6...
enjin adalah berbentuk V dengan 6 lubang piston.. kalau setiap piston menggunakan 4 Valve @ inajp dlm b.melayu((2 minyak,2ekzos)) ...maka jumlah valve 6 x 4=24 valve



biasanya unjin V ni dipasang pada kereta2 mewah..macam mercedes,BMW,Ferrari(V10)kalau formula 1.. V12 kalau tak silap saye...

tapi kereta malaysia pun ade V6..perdana
ia memerlukan ruang yang agak besar untuk pasang enjin ni....saye penah tengok proton wiran pasang V6..pening kpale mekanik...nak bukak head amat menyeksakan



Allah tuhan kami,Allah matlamat kami,Al Rasul ikutan kami,Al quran panduan kami,
berjihad,jihad jalan kami...mati dijalan Allah cita tertinggi kami...
Beramal kerana Allah,itu syiar kami...




-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">"http://www.ukhwah.com/images/signisa.gif">




[ Posting ini telah di edit oleh: isa-VR4 pada 2003-05-19 09:49 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: isa-VR4 pada 2003-05-19 09:59 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

pezal
Warga Rasmi
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 238
Posting: 14
Dari: Seksyen 7, Shah Alam

Selangor  


posticon Posting pada: 19-05-03 09:18


ape beza DOHC dengan SOHC? bole terangkan skit tak...

-----------------
ganbattene!!!
berusahalah!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pezalProfil   Hantar PM kepada pezal   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-03 15:07


Assalamualaikum....

waa,....makin best la topik ni.....rase cam nak beli je senuah keta..pastu modified..

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

SaLaFy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 341
Posting: 99
Dari: Taman Melawati, KuaLa LumpUR, BuMi A||aH SwT...

iraq   avatar


posticon Posting pada: 20-05-03 02:18


urm..tuh ar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFyProfil   Hantar PM kepada SaLaFy   Quote dan BalasQuote

Belalang_kampung
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-03 03:09


Alhamdulillah..mekasih Isa..jelass dan faham sistem Turbo Charger dgn Turbo Intercooler..ana suka dengar bunyi turbo charger tu kat enjin2 besar macam Trak Volvo FM10, Scania 360M..Iveco dan Bas berkuasa besar macam Scania320, Scania360(siri ni paling besar kuasanya yg ader kat Malaysia nie..buat masa skrg..)MAN 290, MAN 310, Nissan Diesel RB46.. dan banyak lagi..bagi Trak dgn Bas nie..TurboCharger byk bagi mampatan tinggi utk tingkatkan kuasa tork enjin..terutama ketika RPM enjin tgh tinggi..tapi halaju rendah (TurboIntercooler sgt penting time nie..)..ketika mendaki bukit..Turbo amat penting..

Wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Belalang_kampungProfil   Hantar PM kepada Belalang_kampung   Quote dan BalasQuote

insaflahdiri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 588
Posting: 64
Dari: nowhere

ussr  


posticon Posting pada: 20-05-03 03:17


waaaaaaaaa~~~
best nie...
so berapa kos utk buat sume tu...
enta pakai keta apa isa
wira kot
selalunya vr4 org letak dekat wira...
rasenye lah...betul tak?
best nye kalo kete ade blow off
bile nak tukar gear bunyi
pissstttttt...
kalo ade kete modified, dekat traffic light best la nak warm up...spin tyre sikit...
waaaa best gile ah
tapi ana masih belajar
tak mampu sume tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For insaflahdiriProfil   Hantar PM kepada insaflahdiri   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-05-03 09:46


turbo intercooler sangat berguna untuk mengimbang suhu angin yg di keluarkan oleh enjin...
bentuk dia macam radiator...duk kat depan

seye minat gak dengan trak besar ni..
terutamanya traler panjang masa ambil selekoh dan buat u.....

saye minat scania,dan volvo...sape nak beli traler tu,jangan beli laa jenis mercedes benz..sebab enjin dia manje skit..tak segagah volvo dan scania

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

Belalang_kampung
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-05-03 12:58


Emm..anta suke gak ker pasal trak berkuasa tinggi nie..heheh ..emm memang pun Mercedez Benz punyer trak kurang power, enjin kurang lasak macam Volvo,Scania..tapi Mercedez model 911/901 tue (yg sesetengah driver panggil Merc kepala kasut..) yang angkut balak tue..wpun enjin kecik..tapi kuat dan lasak..

Kalau bas..Mercedez memang lebih teruk dari Hino..pickup rendah sgt2..wpun dia guna pneumatic assisted gear,pneumatic brake system dia pun bising.. Scania 320/360 untk trak rasa ana gear dia sehingga 12 speed..dan untuk bas sehingga 8 speed..menggunakan konsep pneumatic assisted gead engage..plus button gear system yang sepenuhnya kawalan elektronik..
Kalau anta biase ulang alik pantai timur-KL..Ekspres Mutiara guna hampir semua Scania320..dan model jenis nie..canggih sgt..kalau kereta/kenderaan biasa..kita masukkan gera sambil tekan klac..tapi Scania320/360 nie..kita leh tolak ke posisi gear yg dikehendaki dulu..pastu bila dah betul2 nak change..barulah tekan klac..
hehehe..ana minta maaf..berjela2 lak..masuk bab lain lak..hiehie

Bookmark and Share

    


  Member Information For Belalang_kampungProfil   Hantar PM kepada Belalang_kampung   Quote dan BalasQuote

insaflahdiri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 588
Posting: 64
Dari: nowhere

ussr  


posticon Posting pada: 20-05-03 13:22


soalan ana enta tak jawab lagi isa...?
lagi satu
selalunye berapa kos nak buat bumper custom depan dan belakang?
kat kedai fibre kan?
kalau enta tahu tulung la jwb
kalau tak tahu takpe la
nak budget nih

Bookmark and Share

    


  Member Information For insaflahdiriProfil   Hantar PM kepada insaflahdiri   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-05-03 19:16


tima kasih la vr4 atas info tu. saya sebenarnya dari dulu tercari2 cemana turbo ni berfungsi. selalu asyik dengar pasal vr4 la, nose la, intercooler turbo la, twin cam la. sebenarnya saya kalau enjin biasa ni pun tak brapa reti sgt cuma apa yg saya tahu masalah turbo ni senang overheating berbanding dgn vtech. betul ke. lagi satu dia punya maintannence mmg tinggi tak kira la pakai enjin recons ke, potong ke.

-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-05-03 23:21


Quote:
saya tahu masalah turbo ni senang overheating berbanding dgn vtec. betul ke. lagi satu dia punya maintannence mmg tinggi tak kira la pakai enjin recons ke, potong ke.



memang betul enjin turbo senang overheating sebab mampatan nye lebih kuat dari enjin VTEC....sebabtu laa kena pastikan intercooler betul2 berfungsi..
sebelum bergerak kereta ni mesti dipanaskan ejin terlebih dahulu..penjagaan yg rapi amat diperlukan...cos memang tinggi...tu laa kalau nak kepuasan..kalu tak der duit pakai enjin biasa pun cukup...contohnya VTEC...

kalau nak pakai turbo pastikan mempunyai masa tg cukup untuk bersama kereta anda

minyak pelincir pun bukan minyak biasa yg kita boleh dpt dengan harga RM30 4 liter...tapi enjin tubo ni kena pakai minyak pelincir sintetik (harga dia mungkin beratus ringgit) yang dapat berfungsi pada suhu dan tekanan tinngi..piston kena tukar,cam shaf kenatuka....banyak lagi kena buat

-----------------


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-05-03 23:38


Quote:
waaaaaaaaa~~~
best nie...
so berapa kos utk buat sume tu...
enta pakai keta apa isa
wira kot
selalunya vr4 org letak dekat wira...
rasenye lah...betul tak?
best nye kalo kete ade blow off
bile nak tukar gear bunyi
pissstttttt...




------------------------------------------
tentang cos ia bergantung kpd selera tuan punye kreta tu sendiri..ade RM3k,ade RM 10k,sampai RM100k pun ade....
tentang kreta saya tak ade lagi duit tak de lagi..masih blaja...cuma tengok member buat sikit2 je..pasal ade member yg keje mekanik...
memeang betul VR4 ni biasanya dipasan pada wira.. tak kira lah intercooler,enjin

Quote:

soalan ana enta tak jawab lagi isa...?
lagi satu
selalunye berapa kos nak buat bumper custom depan dan belakang?
kat kedai fibre kan?
kalau enta tahu tulung la jwb
kalau tak tahu takpe la
nak budget nih



maaf laa sahabatku insaflahdiri,saya tidak dpt memberi jwpn tu sebab ia bergantung kpd Jenis kenderaan,keadaan,workshop,dan lain sebab lain workshop lain lah harganya...lain tempat lain lah harganya.....

saya cadangkan awk tanye dulu kat workshp yg buat sebelum bikin


-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

insaflahdiri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 588
Posting: 64
Dari: nowhere

ussr  


posticon Posting pada: 20-05-03 23:55


xpe la cenggitu
moga2 kita dpt test keta sesama bila ada keta sendiri sok
aminn

Bookmark and Share

    


  Member Information For insaflahdiriProfil   Hantar PM kepada insaflahdiri   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-05-03 22:08


assalamualikum belalang kampung
say nak tanye skit ni.....ade tak lori yg gear dia 16 speed,yg pakai plus button gear system...dulu kawan saye cakap ade lori volvo....dulu2 masa form 3 penah jugak tengok member angkat enjin fuso dengan nissan diesel... lori perwaja



-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">"http://www.ukhwah.com/images/signisa.gif">
---------------


[ Posting ini telah di edit oleh: isa-VR4 pada 2003-05-21 22:09 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-06-03 23:05


sape yg ade duit tu boleh laa buat sikit2..make up kreta dia..biar nampak cemel sikit



[ Posting ini telah di edit oleh: isa-VR4 pada 2003-06-27 23:05 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

BuDaK_SpiDeR
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1427
Posting: 131
Dari: DiMaShQ

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-07-03 23:50


isa vr4 ko ni bestlah....kalau boleh ko teranglah laghik tentang turbo ni aku nak tau jugak....dalam tu boleh gak kite kongsi pengetahuan tentang turbo ni........aku pun tahu gak sedikit sebanyak bab turbo ni....sebab ramai member aku yang pakai kete berinjin turbo.....kalau anta kenal bengkel comat autosport kat kubang jela manir......kat situ ramai member aku lepak...kat situ diorang buat kete diorangturbo mahupun v-tec.....tapi aku minat enjin v-tec integra type-R....sebab menurut member2 aku dalam banyak2 enjin...enjin v-tec yang paling tahan sekali......

Bookmark and Share

    


  Member Information For BuDaK_SpiDeRProfil   Hantar PM kepada BuDaK_SpiDeR   Quote dan BalasQuote

faridsd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.06.2003
Ahli No: 1756
Posting: 169

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-07-03 23:54


ooo patut le bile keta turbo tukar gear ada bunyi macam kentut phus phussss rupa²nya kluar angin memang terkentut pun keta tu kekekeke

Bookmark and Share

    


  Member Information For faridsdProfil   Hantar PM kepada faridsd   Pergi ke faridsd's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-07-03 21:52


Quote:

On 2003-07-13 23:50, BuDaK_SpiDeR wrote:
isa vr4 ko ni bestlah....kalau boleh ko teranglah laghik tentang turbo ni aku nak tau jugak....dalam tu boleh gak kite kongsi pengetahuan tentang turbo ni........aku pun tahu gak sedikit sebanyak bab turbo ni....sebab ramai member aku yang pakai kete berinjin turbo.....kalau anta kenal bengkel comat autosport kat kubang jela manir......kat situ ramai member aku lepak...kat situ diorang buat kete diorang turbo mahupun v-tec.....tapi aku minat enjin v-tec integra type-R....sebab menurut member2 aku dalam banyak2 enjin...enjin v-tec yang paling tahan sekali......



memang enjin vtec tu ok...teknologi vtec ni boleh bersaing dengan enjin turbo lain...isa-VR4 tri doh vtec ni...best!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-10-03 01:59


komponen tubo





[ Posting ini telah di edit oleh: isa-VR4 pada 2003-10-19 02:16 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.373288 saat. Lajunya....