Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: studiosmilesnyc
Hari Ini: 0
Semalam: 3
Jumlah Ahli: 43104

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 20 jam, 16 minit yang lalu
dentistinhouston: 22 jam, 12 minit yang lalu
ezequielvince: 23 jam, 34 minit yang lalu
shanejohnson: 4 hari yang lalu
wadud: 9 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Kuliah Tahun 5 (Vol. 2)


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Kuliah Tahun 5 (Vol. 2)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Kuliah Tahun 5 (Vol. 2)

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 16:49


KT5_Vol2_Ep1

Episod: Introduction to KT5 Vol. 2
==============================================

“Assalamualaikum…” Jenal mengetuk-ngetuk pen biru di jarinya ke atas meja.
“Waalaikumussalam warahmatullah…”
“Tengah buat apa?” Jenal bertanya. Tersengih-sengih sendiri di tepi tingkap.
“Erm… tengah basuh baju ini… eh tak.. tak.. tengah anyam tikar mengkuang… Kenapa?” suara manis di hujung talian mencuit rasa hati Jenal.
“Wah.. wah.. awak dah pandai buat lawak lah…” Jenal mengusik isterinya Izzah
“Awak pun apa kurangnye… dah tak tau malu… dulu jangankan nak call, hantar SMS pun terketar-ketar… sekarang ini dah berani ye…” balas Izzah
“Eh dulu lain… dulu awak coursemate saya.. sekarang ini soulmate saya… hehe” balas Jenal.
“Tau tak apa…” balas Izzah.
“Dah solat?” Tanya Jenal.
“Alhamdulillah… baru kejap tadi… awak?” Izzah membalas soalan.
“Alhamdulillah… dah tadi…” balas Jenal. Senyum tersengih di tepi tingkap.
“Ada apa awak call?” Tanya Izzah. sebenarnya dia tak tau nak cakap apa. Masih malu-malu kucing siam lagi tu.
“Saja… nak kaco awak… Kenapa? Tak boleh ke?” balas Jenal selambe.
“Erm… ha… apa lagi… kaco lah… kata nak kaco sangat…” balas Izzah.
“Jom…” sepatah saja dari Jenal. Sengaja nak buat Izzah tertanya-tanya lah tu.
“Ha? Nak pergi mana?” Soalan standard lah ini.
“Makan…” pendek jawab Jenal.
“Saya baru makan tadi… kenyang lagilah… awak…” balas Izzah serba salah.
“Temankan saya makan…” balas Jenal.

……

“Erm… yum yum.. sedapnya…” Jenal mengunjuk-ngunjuk sesudu nasi goreng cina.
“Eleh… setakat nasi goreng cemtu, Usu tak heranlah…” balas Usu sambil membelek-belek pamphlet di tangannya. Langkawi… Pangkor… Karambunai… Tioman… Bukit Fraser… Phuket… Bali… Medan… Padang… Australia… London… Paris… Sarawak??! Erk.. Sarawak?
“Cemner? Any suggestion?” Tanya Jenal.
“Hmm… dalam negeri ke luar negeri?” Tanya Usu semula.
“Entah… Along belum fikir lagi…” balas Jenal sambil menyedut teh ais limau di dalam gelas panjang di sebelah kanannya.
“Long… Sarawak??! Kan Along dengan Kak Long studi kat Sarawak…” Tanya Usu pelik.
“Ala… Along ambik saja tadi… tak semestinya nak pergi… erm… best apa Sarawak…” balas Jenal.
“Ah… tak romantic langsung lah Along ini… eh.. bajet berapa?” Tanya Usu lagi.
“Along rasa nak pergi dalam negeri saja lah… murah sikit…” balas Jenal.
“Dasar Haji Bakhil betul lah Along ini… nak bawak isteri sendiri pergi honeymoon pun berkira lagi ke?” gumam Usu. Jenal tersengih kambing.


----------------------bersambung------------------------- ;-)


Apa? Mana KT5 Vol 1??? Di sini >>>Kuliah Tahun 5 Vol 1


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 13-07-06 17:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

masya_brywest
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2317
Posting: 107
Dari: TeLuK InTaN

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 19:14


assalamualaikum...best cerita ini...tak sabar nak tau yang seterusnya...macam ni lah student unimas gemilang...bangganyaaaaaaaaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For masya_brywestProfil   Hantar PM kepada masya_brywest   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 08:13


Pada 13-07-06 19:14 , masya_brywest posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...best cerita ini...tak sabar nak tau yang seterusnya...macam ni lah student unimas gemilang...bangganyaaaaaaaaa...


macam kenal saja.... :-di hihihi...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 14-07-06 10:38


wa...best!cepat-cepat lah sambung ye...tak sabar nak tunggu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 18:03


KT5_Vol.2
Episod 2


“Doktor… makcik nak balik lah…” Sayu matanya menagih simpati. Erm… rayuan biasa dari pesakit, terutamanya yang sudah sedikit berumur. Nak jaga ayam itik lah, lembu nak beranak lah, kambing nak kahwin lah… macam-macam alasan yang dibagi. Nak balik rumah cepat lah tu.
“Makcik… makcik tak boleh balik rumah lagi… tengok ini… suhu badan makcik ini tinggi lagi ini… makcik tinggal di sini dulu ye… bila dah ok nanti… saya janji bagi makcik balik rumah… boleh?” Senyuman manis dihulurkan sekuntum dua untuk memujuk hati makcik tua itu.

“Doc. Nurul… phone…” jerit suara jururawat dari kaunter.
“kejap… saya ambil blood ini… 2 minit setengah ok…” balas Doc Nurul selamba saja. Sebenarnya tengah borak-borak dengan makcik tadi.
“Urgent… from lab…” sambung jururawat tadi lagi.
Alah… ada-ada saja lah lab ini… time orang nak rileks saja ada saja benda nak kaco. Aku tidur kang padan muka aku… Doc. Nurul bermonolog sendirian.
“I’m coming…” ringkas jawapannya sambil melangkah penuh gaya menuju ke arah kaunter.

“apa pasal ini… sengih-sengih…” Tanya Doc. Nurul kehairanan melihat staff nurse tadi tersengih sumbing saja.
“Err… Doc. Nurul… bukan dari lab… tapi… Doc. Zainal…” balasnya. Doc. Nurul mengangkat kening dua belah. Walau pun sebenarnya dalam hati berbunga mekar mendengarkan nama Doc. Zainal Ariff.
“Isy… isy… dosa tau menipu ini…” balasnya sambil menepuk bahu staff nurse.
“Doc. Zainal yang suruh cakap cemtu…” balasnya semula tersenyum. Doc. Nurul turut menguntum senyum.

………………………..
“Assalamualaikum… tak elok senyum seorang-seorang tau…” suara Jenal mengetuk gegendang telinga Izzah.
“Waalaikumussalam… senyum kan sedekah… dapat pahala tau…” balas Izzah tersenyum lagi. Bahagia.
“Awak buat apa?” Jenal bersuara semula.
“Tengah ziarah patient.. Kenapa?” jawab Izzah.
“tak ada apa… saja nak tanya tu saja.. “ balas Jenal selamba.
“Ya Allah… awak call sebab nak tanya tu saja?” Kenapa lah suami aku ini… buang tebiat ke apa ini…
“A’ah… tu saja… marah ke?” sambung Jenal. Sah. Memang Jenal ini tak betul agaknya.
“Taklah… suka sangat… buatlah selalu macam ini… suka sangat…” balas Izzah.
“Alah… janganlah marah… malam ini jangan lupa dinner kat rumah mak long tau…” Jenal mengingatkan Izzah.
“InsyaAllah… awak ini… cakap kat rumah saja lah… awak tak ada kerja ek kat sana?” balas Izzah lagi.
“Garang siot… takutnya…” Usik Jenal.
“Dah… dah… pergi buat kerja tu… nanti merungut banyak kerja tak siap lah… banyak patient tak review lagi lah… saya tak nak balik lambat lagi tau hari ini… penat…” rungut Izzah. Semenjak dua tiga menjak ini, Jenal sibuk pulak. Kadang-kadang Izzah terpaksa tunggu di wad sementara Jenal habiskan kerja-kejenya. Nak bawak kereta sendiri, Jenal tak kasi. Jimat minyak.
“Ok… bye bye… mmmuah… Assalamualaikum… sayang…” balas Jenal.
“Isy… gatal saja bunyinye… waalaikumussalam…” jawab Izzah. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyum manis gula batu.

===========================================

Handphone di tangannya dibelek-belek. Seketika butang menunya di tekan. Kemudian di cancel kan. Kakinya mundar mandir. Masyarakat di sekeliling seolah-olah tidak wujud padanya. Mukanya gaya tak puas hati. Along ini…. Tak pernah berubah langsung… lambatnya mengalahkan mak nenek.. gerutu hatinya. Hujung tudung berbunga ros merah itu dipintal-pintal. Terasa bahangnya panas menunggu di pondok bas seperti itu.

“Pukul 2.30 petang???!” katanya sendirian.

Seketika kemudian Perodua Kembara berwarna hitam berlalu perlahan di hadapannya. Semua yang sedang menunggu bas di situ terpaku pada pemandunya. Wajah selamba dan tenang.

“Awak… nak pergi mana?” suara pemandunya bertanya.
Usu memandang ke arah lain. Malas nak layan. Sekali lagi pemandu itu bersuara dengan soalan yang sama. Tiba-tiba…

“Dik. Akak rasa pakwe adik tu tanya nak pergi mana tu…” sapa seorang kakak di sebelah Usu sambil menepuk pehanya.
Ha???!!! PAKWE???!!! Astaga… Zaman bila pulak aku berpakwe makwe bagai ini? Gerutu hatinya.
“Ha?!” Tak terkeluar sepatah kata pun dari mulut Usu kecuali itu sahaja.
“Tu… pakwe adik tu…” balas kakak tu sambil menuding jari ke arah pemandu Kembara hitam itu.
“Bukanlah akak....” jawab Usu sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal.
“Kan dia pandang dekat adik tu…” sambung akak tu macam tak faham saja dengan keadaan. Isy… orang kata bukan tu bukan lah… Kenapa degil sangat ini…? Usu melepaskan geramnya di dalam hati.
“Awak Zulfa Aiman kan? ex-SERATAS kan? Matrikulasi KMS…” Tiba-tiba saja lelaki tu terpacak depan Usu. Terkezut beruk lah jugak. Mana taknya. Dahlah tak kenal. lepas itu dia tahu nama penuh pula tu. Then, sekolah kat mana dulu pun dia tahu juga. Matrik kat mana pun dia tahu?
“Err… awak ini siapa?” Usu bersuara. Kalau tak, gamaknye segala-gala biodata Usu dikhutbahkan depan orang di perhentian bas tu.

…………………..
“siapa lagi… Kak Long lah…” Izzah menepuk-nepuk bahu Usu. Air teh ais di dalam gelasnya hampir tumpah.
“Ha?? Kak Long nak sambung study? Along dah tahu ke?” Usu menggoyang-goyangkan gelasnya. Nak sekatakan sejuknya. Remote control di hadapannya dipicit. Teng… Buletin Utama TV3 muncul. Kamarudin Mape dan Nor Azlina Redzuan membacakan berita malam itu. Karam Singh Walia belum keluar lagi tu. Hihihi.
“Belum lagi… Kak Long ingat nak discuss malam ini lah… Tak tau lah Along setuju ke tak…” balas Izzah.
Erk… Along pun nak buat surprise honeymoon dia malam ini jugak… Isy… isy… what a coincidence ini… Usu bersuara di dalam hatinya. Seketika kemudian dia tersengih.
“Hei… Kenapa ini sengih-sengih…?” Izzah mencubit lengan Usu.
“tak ada apelah..” balasnya sengih lagi. sama ada sedang berfikir tentang honeymoon spot tu atau may be ‘gembira’ sebab Karam Singh Walia dah keluar kejap tadi. Dengan pepatahnya yang entah dari kitab mana diambiknye tu.
“Kak Long…. Kita tukar topic kejap nak?..” Usu mengenyitkan sebelah matanya.
“Eiii tak senonoh lah Usu ini… Topik Kak Long kan best…” balas Izzah seolah tak puas hati. Izzah memperbetulkan duduknya.

=====================bersambung======================


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

masya_brywest
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2317
Posting: 107
Dari: TeLuK InTaN

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 21:00


hehe best ini...boleh buat novel rasanya...

just bagi pendapat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For masya_brywestProfil   Hantar PM kepada masya_brywest   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-07-06 22:18


not SUPERMAN RETURNS but MEOW RETURNS....

:-di

keep up a good work mr.meow...

tak sangka Kuliah Tahun 5 ada sambungannya.. :-)


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 15-07-06 22:41


good....tapi pnjang ke kali ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 14:30


Salam.
Alhamdulillah, doc meow sambung balik cerpen ni. At least there's something to look forward to bila bukak ukhwah hehehe. Teruskan berkarya, moga-moga Allah bagi ilham melimpah ruah kat doc. Boleh kami kat ukhwah ni tumpang baca, insyaAllah. Bila dah habis second volume ni, tak terpikir nak bukukan ke?


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-07-06 16:39


cerita macam ini rasanya tak laku agaknya buat buku... :-di :-di


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syila84
Warga Rasmi
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10698
Posting: 18
Dari: bumi jelapang padi ~ shah alam

Kedah  


posticon Posting pada: 18-07-06 00:07


kenapa tak laku pulak? belum cuba belum tau kan..

be confident.. sebelum ni pun saya pernah baca kuliah tahun 5 vol.1.. okla, not bad.. bahasa yang simple, ada unsur jenaka. mungkin boleh diperbaiki dr masa ke semasa.

apa-apa pun saya memang ejoy cerita ni..

teruska berkarya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syila84Profil   Hantar PM kepada syila84   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 01:20


dia dah maii balik dah.. hahaha. meow's back.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-07-06 15:19


alhamdulillah...nampaknya Meow RETURNS....seperti kata hudahasnan

moleklah kiranya doktor meow membukukan cerita best ni....

bahasanya mudah dan bersahaja...santai begitu....simple dan mudah faham....tak hairanlah ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan buku terbitan Doktor kita...ini...

i have 1 request : berdasarkan cerita doctor meow, meow pernah alami sesuatu yang istimewa ke?

sekian...
tak sabar nak baca sambungn cerita seterusnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 16:35


hmmm... memandangkan ramai yang PM saya... tanya tentang cerita KT5 vol1 and vol2 ini cerita benar ke... so mari sini saya nak bagitahu... ecewah... macam press conference pula... :-di

KT5 Vol 1 adalah kisah benar kawan baik saya... tapi watak dan beberapa jalan cerita diubah suai sikit untuk tidak menyinggung perasaan beliau...

KT5 Vol 2 adalah rekaan semata-mata... tiada kaitan dengan yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia atau pun yang belum lahir... kalau ada pun hanyalah kebetulan...

p/s untuk raudhahIzzah:

saya orang biasa saja... tak ada peristiwa istimewa pun dalam hidup... ;-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ynax
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.06.2006
Ahli No: 24695
Posting: 32
Dari: somewhere

malaysia  


posticon Posting pada: 18-07-06 17:27


dah lama tunggu samb. cerita ni. akhirnya dapat juga saya baca

Bookmark and Share

    


  Member Information For ynaxProfil   Hantar PM kepada ynax   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-07-06 00:06


Salam...doktor meow, bila nak sambung part3 ni... cepat lah sikit...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-07-06 10:08


assalamualaikum meow...
da lama tunggu smbungan cerita ni..
tak kering gusi dibuatnya..
teruskan berkarya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-07-06 12:45


...Alhamdulillah...best...teruskan dr meow...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

nahdatul_adawiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5697
Posting: 79

Selangor  


posticon Posting pada: 20-07-06 13:06


tak sabar nak tau ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nahdatul_adawiyahProfil   Hantar PM kepada nahdatul_adawiyah   Quote dan BalasQuote

raudhahIzzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14516
Posting: 216
Dari: Jazirah Lukluk

PulauPinang  


posticon Posting pada: 20-07-06 15:55


syukran jazilan buat doctor meow atas jawapan pada soalan ana....

sebenarnya bukan sahaja ana yang ingin bertanya tetapi ramai lagi sahabat ana yang ingin tahu sama ada cerita ini pernah berlaku pada doctor ataupn tidak....sekarang kami dah tahu...:-)

bukan apa selalunya penulis mengarang ceritanya berdasarkn pengalaman dan persekitaran atau kisah2 silam.....wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhahIzzahProfil   Hantar PM kepada raudhahIzzah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-07-06 00:56


hmm ye tak ye kan.. baru terfikir dari mana agaknya doc meow dapat cerita.. plot cerpen mantap gilerr. sebab memang yakin doc meow tak ada personal experience.

hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 23-07-06 16:17


.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-07-06 23:47


huhuh

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

masya_brywest
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2317
Posting: 107
Dari: TeLuK InTaN

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 01:27


ha kalau buat novel rasa-rasa kat muka surat belakang sekali boleh buat glosari...kan ke banyak pepatah or istilah kreatif yang direka oleh dr.meow dalam KT5 itu...

teruskan mengarang...kamek sik sabar gik mo nangga kesudahannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For masya_brywestProfil   Hantar PM kepada masya_brywest   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 12:08


KT5_Vol2_Ep3

..........................................

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Izzah baru sahaja selesai mengemas di dapur. Jenal duduk di depan TV. Usu naik ke biliknya di tingkat atas. Izzah mengelap tangannya dengan tuala bersih sebelum menutup suis lampu dapur.

“Awak…” Izzah memandang ke arah Jenal yang sedang bersandar di sofa.
“Ye…” balas Izzah ringkas. Jenal memberikan isyarat memanggil Izzah.
“Sini kejap… saya ada hal sikit…” sambung Jenal lagi. Remote control di tangannya diletakkan di atas meja.
“Hmmm?” Izzah mengangkat kening dua belah. Jenal menarik tangan kanan Izzah.
“Awak… nak pergi jalan-jalan tak?” Jenal sengih.
“Jalan-jalan? Malam-malam macam ini?” Izzah kebingungan.
“Aah… jom lah… jalan-jalan cari pasal…” pujuk Jenal lagi.
“Nak pergi mana?” tanya Izzah semula.
“entah… pergi saja mana-mana…” balas Jenal sambil merebahkan kepalanya ke bahu Izzah.
“Jom lah… erm… Usu?” tanya Izzah. Takkan nak tinggalkan seorang-seorang kat rumah pulak.

………………………..
“InsyaAllah… Usu boleh lah Along…. Lagi pun kan Usu dah besar…” Baju kurung berwarna krim itu dibelek-beleknya. Jenal yang sedari tadi sibuk menekan pad butang handphone nya.
“Along suruh Kak Azreen temankan ye… senang sikit” balas Jenal. Butang ‘send’ ditekannya.
“Along mesej dengan siapa tu?” Usu terperasan lah pulak. Jenal pun asyik dengan handphone dia tu.
“Tarappappa… macam mana? Kak Reen?” Jenal bertanya semula. Dua keningnya diangkat-angkat sambil tersengih macam kerang busuk.
“ok… tapi tak menyusahkan ke? Kak Reen kan kerja sekarang ini…” balas Usu semula. Azreen sekarang sudah pun menamatkan pengajiannya dalam bidang akaun.
“Ala…. Bukannya jauh sangat pun… pejabat dia dengan perumahan kita dekat lah…” balas Jenal semula.
“Along tinggalkan kereta ek…” tanya Usu.
“Dah tu… takkan nak angkut naik feri pulak? Hilang akal ke apa…” balas Jenal. “Ala… kalau teringin sangat nak drive kereta Along tu… cakap saja lah… kan.. kan..? kan?” sambung Jenal mengusik.
“Hi… mana ada… orang tak hairan lah… setakat MyVi Along tu… orang tak ksah pun kalau tak boleh drive…” sambung Usu.
“Elelele… majuk lah tu… ehehe… dah lah tu… kalau dulu boleh beli aiskrim… takkan dah besar macam ini nak Along belikan aiskrim lagi kowt…” Jenal memicit hidung Usu. Sempat juga dia mengelak.

“Ei… apa ni. main picit-picit hidung ni.?” suara Izzah mengejutkan kedua-dua beradik tu. Tercongok Izzah kat belakang Jenal.
“Eleh… Usu… ada orang tu jeles Along picit hidung Usu lah…” Jenal mengenyitkan mata ke arah Usu.
“Mana? Eh kat mana? Tak nampak pun?” Usu pulak buat-buat mencari-cari. Habis diselaknya baju-baju atas rak di hadapannya tu.
“Eleh… orang tak jeles pun… dah lah… nak balik lah…” balas Izzah.
“Alahai… dengan adik ipar pun awak nak jeles ke? meyh saya picit hidung awak… meyh lah…” Jenal membuat muka budak-budak. Pecah ketawa Izzah dibuatnya di tengah-tengah pasaraya tu.
…………………………………….

Usu melangkah seperti biasa keluar dari dewan kuliah. Langkah kakinya dilajukan memintas beberapa orang teman sekuliahnya. Jam di tangannya dijeling dengan ekor mata. 12.36 tengah hari. Petang ini tak ada apa-apa… study kat library saja lah… Dia bermonolog sendirian.

“Assalamualaikum… Aiman…” suara lelaki menegurnya dari belakang. Sepantas itu juga langkah kaki Usu terhenti. Paras adrenaline di dalam salur darahnya melonjak tinggi. Denyutan nadinya menjadi nadi kuda belang kena kejar harimau belang. Mamat mana pula buang tebiat panggil aku Aiman ini…? Gerutu hatinya.
“Waalaikumussala….m” Usu terpaku. Salam dijawab separuh di mulut separuh di hati. siapa pulak ini…? Macam pernah tengok… tapi di mana ya? Aiman? Isy… isy… hilang akal ke mamat ini… tak pernah dalam sejarah kehidupan aku ini orang panggil Aiman…
“Aiman…?!” lelaki itu memanggil Usu sekali lagi memandangkan si Usu ini tengah tercongok macam anak dara ternampak hantu pocong saja. Nasib baik mulutnye tak ternganga. Kalau tak, agaknya lalat dengan tungau dah buat konsert kat dalam tu.
“Erm… ye… awak ini siapa?” Terpacul soalan dari bibirnya. Cermin matanya dibetulkan sedikit.
“Saya… Asyraf… Khairul Asyraf…” jawabnya. Sekuntum senyum dihulurkan. Tapi Usu masih termangu kebingungan lagi.
“Asyraf..? Do I know you?” Usu bersuara. Buku di tangannya dibetulkan agar tak jatuh.
“We’ve met that day at the bus stop…. Remember?” balas Asyraf. Erk… alamak mamat ini speaking omputih lah pula. Aku ingat nak test saja tadi… dia lagi hebat dari aku lah pula…
“Oooo… ehe.. ermm… awak nak apa dari saya?” balas Usu semula. Kasar bahasanya.
“Nak kawan dengan awak…” Hmm terus terang betul si Asyraf ini. Ambik kau Usu.
“Ha?!!” Pulak dah.. Nak kawan dengan aku? tak ada ke minah lain yang anda nak kawan encik Asyraf oi. Aku ini bukannya jenis kawan-kawan dengan lelaki ini… Astaga… Terpele’ot usus betul lah kau ini…
“Kenapa? Awak tak sudi kawan dengan saya ke?” Asyraf merenung tepat ke arah Usu. Macam nak makan orang saja.
“Er… saya tak biasalah macam ini… lagi pun saya tak kenal awak…” balas Usu semula mengelak.
“Kita berkenalanlah… so… shall we?” Asyraf mengajak.
Shall we? Shall apa pula ini? Nak pergi mana pulak?
“Shall… we…?” Usu buat muka blur.. apa pasal lah gentleman sesangat mamat Asyraf ini...

………………………

“kau ikut saja? Astaga… apa dah jadi dengan Zulfa Aiman aku ni.?” Ecah teman baik Usu merungut.
“Tak nak… tapi… ermm…. Ecah… tolong lah. Aku tak tau Kenapa aku boleh pergi ikut saja dia minum kat cafeteria tu…” Usu menggaru-garu kepalanya yang tak gatal pun.
“apa yang kau bualkan dengan dia?” Tanya Ecah.
“tak ada apa… dia saja yang banyak cakap. Aku angguk geleng saja…” balas Usu.
“Jangan-jangan dia pukau tak? cuba tengok… ada apa-apa hilang tak?” Ecah menarik beg sandang Usu lantas dengan selambanya membuka segenap zip yang ada.
“Eiii… mana ada… dia baik jugak lah…” Balas Usu.
“Oi… cik kak… yang kau senyum-senyum tu Kenapa? Angau?” Cuit Ecah. Usu menseriuskan semula wajahnya.
“Kau ni. memang suka cari penyakit betul… tersangkut dengan mamat tu pulak… siapa susah. Aku…. Jugak..” Ngomel Ecah lagi.
“tak ada maknanya nak tersangkut-sangkut ni. …” balas Usu semula selamba.
“Eh… cerita lah apa yang kau bualkan?” Ecah menarik rapat tangan Usu.
“tak ada apa… dia just kenalkan diri dia saja… tapi kan… rupa dia tu ada iras-iras akak ipar aku lah… lepas itu macam pernah jumpa saja dulu-dulu…” Usu mengurut-urut dagunya.
“Dah lah tu… bawak-bawak lah bertenang… kau ni aku rasa dah start nak meragam lah ni. …” Kedua mereka tergelak serentak.
…………………………………………

“Astaghfirullah… Kenapa dengan kau ni. Asyraf….? kau tak rasa apa-apa pelik ke, ajaib ke, hairan ke atau yang sewaktu dengannya atas tindakan kau yang penuh sopan santun tu?” Azmil mengangkat keningnya dua belah. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal sambil memandang ke arah Khairul Asyraf yang tersengih sumbing di depannya.
“entah. Aku rasa ok saja… dia pun macam ok saja…” balas Asyraf semula. Macam ok? Ye ke? Bukan ke Usu tu dah jadi macam Doraemon tertelan dorayaki basi saja rupanya hari tu.
“ok? Kau baru jumpa… tak ada kenal apa… terus pergi makan sesama? Tu kau cakap ok?” balas Azmil semula kebingungan.
‘Kau ini Mil… kau tak faham ke? Tu lah namanya cinta pandang pertama… Eii payah lah cakap dengan orang konservatif macam kau ini…’ Gerutu hati Asyraf.

Asyraf berjalan mundar-mandir di hadapan pintu pagar fakulti. Jam di tangan dibelek berulang-ulang kali sambil mulutnya mengunyah chewing gum. Handsetnya dikeluarkan dari poket seluar dan segera dia menekan-nekan butang mesej. SMS dihantar. Seketika kemudian… Triiit.. (Macam biasa lah.. ini bunyi handset)

            Salam alaik…
            Maaf… saya tak boleh datang…
            ada hal…


Asyraf merungut sendirian. Kecewa? Marah? Geram? Atau… malu? Bermacam-macam jenis perasaan melanda dirinya ketika itu. Sesekali dia terasa seperti terlalu mendesak. Tapi sesekali dia rasa seolah-olah dia tidak bertepuk sebelah tangan. Atau mungkin dia sahaja bertepuk dengan tangan sendiri?
‘Ah!!! apa nak buat ni. …?’ Dia terasa kosong terpaku di situ. Langkah disusunnya dengan pantas menuju ke arah Kembara hitam miliknya di hujung parking lot. Tweet… tweet… kekunci di tekan dan seketika kemudian dia sudah berada di tempat duduk pemandu. Lagu Praise Be To The Prophet dendangan Zain Bikha menendang gegendang telinga. CD yang dihadiahkan oleh sahabatnya dari London itu sudah sebati dengan pemain cakera padat sama ada di bilik atau di dalam Kembara nya itu.

‘Mencari wanita solehah bukannya seperti mencari bunga di taman permainan. Mungkin kelihatan cantik di mata, tapi hilang serinya bila di sentuh. Selalu terjadi bunga yang di taman larangan menjadi santapan kumbang sahaja sedang bunga terbiar di hutan tetap terpelihara keindahan.. kesucian dan keasliannya… Begitu juga dengan wanita… Ingat… apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, bahkan apa yang kita tidak mahu mungkin yang terbaik buat kita…’

Tiba-tiba sahaja terngiang-ngiang suara Tok Aki. Allahyarham Tok Aki selalu berpesan padanya untuk menjadikan agama panduan utama dalam hidup. sama ada susah atau senang perjalanan hidup ini, bukannya hak kita untuk menentukannya. Allah swt juga yang berhak menentukan baik buruk sesuatu itu untuk kita. Bukannya kita tahu mana yang baik dan mana yang buruk pada kita. Sedang ilmu Allah swt meliputi urat nadi kita dan menjangkau ke alam yang tidak tertancap pada deria pancaindera.

Asyraf menghidupkan enjin Kembara nya. Dia terpaku seketika memandang ke arah hadapan sambil menarik nafas dalam-dalam. Gear reverse dimasukkan dan terus mengundurkan kenderaan ke belakang. Seketika kemudian, dia sudah pun berada di tengah jalan raya yang penuh sesak terutamanya di waktu puncak seperti itu.
………………………………bersambung...........................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 27-07-06 16:17


eh...boleh nak sambung

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 16:48


emmm:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 17:07


KT5_Vol2_Ep4

................................................................

“Mana awak letak? Dah merata saya cari… tak jumpa pun…” Suara Jenal merungut. Habis seluruh almari diselongkarnya. Sehelai demi sehelai baju yang terlipat rapi di dalam almari itu diselaknya. Masih tak jumpa.
“lah… awak ni. … penat saja saya susun baju-baju tu…” Izzah bersuara sambil bercekak pinggang. Dua belah keningnya diangkat.
“Ala… nanti saya susun balik lah… mana ni.?” Jenal masih mencari.
“ni. … saya dah keluarkan…” balas Izzah sambil memegang sehelai baju sejuk berwarna biru gelap yang dibuatnya sendiri untuk Jenal.
“Isy…. Suka tau sembunyi-sembunyi baju orang…” Jenal mengambil baju sejuk itu dari tangan Izzah sambil tersengih manja.
“siapalah nak sembunyi baju dia tu…” balas Izzah mencebikkan bibir.

Kedengaran dari tingkat bawah pintu hadapan ditutup dengan kuat. Izzah mengangkat bahunya memberikan isyarat bertanya pada Jenal. Jenal membalas dengan isyarat ‘entah’. Izzah menuju ke arah pintu bilik. Sebaik saja dibukanya pintu, terpacul Usu dengan muka masam mengalahkan asam jawa.

“Kenapa ni. …? Masam saja…” tanya Izzah.
“Usu geram betullah dengan driver bas tu… gatal nak mampos… tak sedar diri perut buncit macam mengandung 9 bulan… ada hati nak mengorat orang…” bentak Usu sambil menghempaskan punggungnya ke atas sofa di hadapan ruang rehat tingkat atas.
“lah… yang Usu pergi layan tu kenapa…?” Izzah tersenyum melihat gelagat Usu.
“Mana ada orang layan… dia tu melebih-lebih sangat… rasa nak penampar saja muka tu…” Usu melonggarkan keronsang bunga mawar yang tersemat rapi di tengah-tengah tudungnya. Zap… sekali tarik saja tudung merah lembut itu sudah terhampar di tepinya.
“Tu tandanya adik Along ni. ramai peminatnya… kan awak?” Jenal mengenyit sebelah matanya pada Izzah. Sebelah tangannya diletakkan ke atas bahu Usu sambil sebelah lagi menggosok-gosok lembut ubun-ubun Usu.
“Hmmm ye lah tu…” balas Izzah acuh tak acuh.
“Ye lah… tengokla abang dia saja… ramai yang minat tau… kalau tak takkan awak terpikat dengan saya… kan?” Jenal buat lawak Doraemon lagi. Usu diam memandang abang dan kakak iparnya.
“Dah… dah mula lah tu…” Usu mencelah sambil mencubit pinggang Jenal.
“Adoi… jaga-jaga Usu… hematoma buah pinggang Along karang… Adoi… awak… tolong…” Jenal mengusik Izzah.

Triit… triit…
Handset di dalam beg sandang menjerit-jerit lagu Kias Cinta. Usu cepat-cepat mencapai begnya dan mengambil handset di dalam. Kak Ita… Hatinya bersuara. Jenal dan Izzah berlalu meninggalkan Usu.

“Assalamualaikum… Kak Ita…”
“Waalaikumussalam… Zulfa… besok pagi datang tak?” Naqibah usrah kumpulan Mujahidah itu bersuara lembut di hujung talian.
“InsyaAllah… saya datang kowt… kalau tak ada aral… ada apa Kak Ita call ni.?” Usu bertanya semula. Dia bangun menuju ke arah tingkap. Pandangannya dilepaskan jauh menikmati pemandangan bukit di hadapan taman perumahannya itu.
“saja nak tanya khabar… dah dekat tiga minggu senyap saja Zulfa ni. …” Kak Ita tersenyum di hujung talian. Usu menepuk perlahan dahinya. Kesibukannya menyiapkan tiga assignments dan juga satu kertas kerja sambutan Israk Mi’raj membuatkannya betul-betul terlupa akan pertemuan usrahnya.
“Astaghfirullah… saya betul-betul minta maaf Kak Ita… sibuk sangat kebelakangan ini… sampai tak sempat nak join aktiviti…” balas Usu senada. Harap-harap alasannya itu munasabah.
“tak apa… urusan yang perlu siap dulu mesti utamakan… al-Quran dan terjemahan ada baca tak?” Kak Ita mengingatkan Usu kepada naskhah Tafsir al-Quran yang dihadiahkan oleh Kak Nuha pada hari Konvokesyen dua tahun lepas. Kitab tafsir itulah yang selalu ditatapnya sebelum melelapkan mata.
“Alhamdulillah… saya baca… semalam surah al-Mulk…” jawab Usu.
“Alhamdulillah…. Surah al-Mulk kalau selalu baca boleh selamatkan dari kezaliman, mudahkan perjalanan hidup, mudahkan kematian… eloknya kita hafaz…” terang Kak Ita lagi panjang lebar.
…

Handsetnya dilepaskan ke atas tilam. Cadar Doraemon dan Garfield membaluti tilam dan bantal kepalanya. Usu merebahkan badannya. Pelipisnya diurut-urut sambil memejamkan matanya. Tenang seketika. Usu membuka semula matanya. Jam di dinding direnungnya. 3.34 petang.

Malas dia bangun menuju ke arah bilik mandi. 20 minit kemudian dia keluar dengan sebungkus tuala kecil membaluti kepala dan rambutnya. Dia bersiap-siap sementara menantikan masuk waktu Asar. Laptop di atas meja belajarnya dihidupkan. Sementara menanti loading dia membuka beg sandangnya. Nota kuliah pagi tadi ditatapnya sehelai demi sehelai.

Usu membuka laman portal kesayangannya Ukhwah.com. Sudah hampir dua hari tidak dilawatinya. Mungkin ada perbincangan dan topik-topik baru. Usu beralih membuka peti emailnya pula. Tiada mesej baru. Hmmm… Dia mengeluh sendirian. Tiba-tiba…

k^@sh: assalamualaikum… kaifahaluki…

siapa pulak ini… siap berbahse arab dengan aku… ni nak test aku ke? Gerutu Usu. Hampir seluruh serebrum dia jelajahi untuk mencari-cari di mana tersimpan ketulan memori tentang k^@sh ini. Tapi tak ada dalam ingatannya. Siapa pula yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

puteri_aiman: waalaikumussalam… alhamdulillah… ana bikhair…
puteri_aiman: min fadhlik… masmuka/masmuki?
k^@sh: err… saya tak pandai bahse arab lah…
k^@sh: apa tu? :-di
puteri_aiman: siapa awak ini?
puteri_aiman: tak pernah kenal pun…
puteri_aiman: Sorry kalau bahse saya kasar sikit…
k^@sh: hamba Allah…
k^@sh: tak apa. … saya tak kisah…
puteri_aiman: ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?
k^@sh: ermm… Sorry kalau ganggu…
k^@sh: saya saja saja jalan-jalan dalam net ini…
k^@sh: tjumpa nickname awak…
k^@sh: :-)
puteri_aiman: :-)
apa aku nak cakap dengan dia ini… dah lah tak kenal… tiba-tiba saja jatuh dalam laptop aku…
k^@sh: rasanya dah nak asar…
k^@sh: saya keluar dulu ye…
k^@sh: assalamualaikum…
k^@sh: jumpa lagi…
puteri_aiman: waalaikumussalam…

Allahuakbar… Allahuakbar…. Software azan di dalam laptop Usu muncul serentak dengan itu azan dilaungkan. Usu menutup Yahoo! Messenger. Dia sempat menukar statusnya kepada ‘Solat Asar…’. Laptop ditinggalkan terbuka di atas meja. Dia melangkah ke arah bilik mandi. Seketika kemudian, bunyi air menderu dari paip. Solat Asar.

Naskhah al-Quran di atas almari dibimbitnya turun. Diletakkannya perlahan-lahan di atas rehal kayu. Usu menyelak helaian terakhir bertanda poskad kiriman teman baiknya Lubna dari Negara Mesir. Poskad yang menggambarkan pandangan Kaabah ketika matahari terbenam. Sunguh indah. Subhanallah. Usu memulakan bacaannya dengan surah al-Fatihah dan diteruskan dengan ayat 17 surah al-Ahzab.

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah.
…..

Jam menunjukkan pukul 10.27 malam. Usu meregangkan badannya. Terasa macam nak kejang otot-otot badannya. 2 jam menghadap buku, nota, tutorial dan macam-macam lagi. Tak termasuk lagi nota-nota online yang terpampang di dada monitor laptopnya. Belakang tengkuknya diurut-urut perlahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Jangan datang migraine aku dah lah… Getus hatinya.

Triit… triit… SMS sampai.

         Esok kuliah cancel…
                Mr Rahman emergency leave…
                bagitahu yang lain sekali ye.. thank you.


SMS dari ketua kuliahnya; Adib. Tersenyum lega dia membaca. Nampaknya bolehlah dia menghabiskan masanya untuk mentelaah sampai lewat malam. Kuliahnya dibatalkan. Malam-malam macam ni. pun Adib ni. boleh call Mr Rahman. Memang contoh ketua kuliah yang efisien betul lah. Berita terkini hiburan sensasi. Huhu.

Seketika kemudian handsetnya menyanyi-nyanyi lagu Mungkir Bahagia. Hmmm tandanya Ecah yang telefon.

“Assalamualaikum… belum tidur?” suara Ecah girang di hujung talian. Syok lah tu. Esok tak ada kuliah.
“Waalaikumussalam… kalau aku tidur… siapa yang jawab call ni?” balas Usu tersengih.
“I guess you know oledy kan… Mr Rahman cuti esok…” Ecah menduga.
“Well… of course lah… kau tau kan ketua kita tu terlampau efisien… berita al-Jazeera pun tak secepat ni. tersebar…” Usu melurut-lurut rambutnya yang melepasi paras belakang.
“So… any plan esok?” Ecah mencelah.
“Plan…? what plan? I guess I didn’t promise you anything…” balas Usu. Pen biru Kilometrico diketuk-ketuknya perlahan atas meja.
“Ala… kan ke cuti… taknak jalan-jalan ke?” tanya Ecah terus terang.
“Jalan-jalan cari makan?”
“Jalan-jalan cari pasal” Ecah tersengih.
“Aku rasa tak kowt… banyak tak stadi lagi ni. …” balas Usu.

................................bersambung...................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 17:27


KT5_Vol2_Ep5

.........................................................
Sebulan berlalu…

k^@sh: study?
k^@sh: ganggu ke?
puteri_aiman: kind of… but nop…
k^@sh: hmmm
k^@sh: got kelas esok pagi?
puteri_aiman: esok Saturday ma… cuti lah
k^@sh: oppsss… ooo
k^@sh: tak keluar ke?
puteri_aiman: tak…
puteri_aiman: tak tau nak pergi mana
k^@sh: bf tak bawak pergi jalan-jalan?
puteri_aiman: I’m single…
k^@sh: oppss… I see…
k^@sh: dah makan? :-di
puteri_aiman: hmmm typical question…
puteri_aiman: dah pukul 10 mlm lah…
puteri_aiman: if u ask dinner… already..
puteri_aiman: supper… nop
k^@sh: diet ke?
k^@sh: awak kan ke dah elok saja…
puteri_aiman: mana awak tau…
puteri_aiman: kenal saya pun tak…
k^@sh: follow my instinct…
k^@saya: :-di

………..
Usu membantu kakak iparnya Izzah menyiang ikan kembung di dapur. Kebetulan hari itu Izzah off day. Dapat juga Usu berteman di rumah. Jenal pula post-call hari ini.

“Usu buat apa semalam?” tanya Izzah sambil memotong sayur sawi di atas papan pemotong. Usu yang sedang membuang perut ikan di sinki menoleh ke arah Izzah. rasa macam dalam drama swasta lah pulak. seorang menghadap utara, seorang menghadap selatan. Lepas tu berbual.
“Semalam…? stadi…” balasnya ringkas. Sirip dan insang ikan dipotong berhati-hati.
“Sampai 3 pagi? ada test ke?” tanya Izzah lagi. Sabesen sayur sawi dibawa ke sinki bersebelahan Usu. Paip dibuka. Menderu air jernih turun.
“Erm… taklah… saja nak habiskan topik-topik yang dah lama Usu tangguhkan…” balasnya mendatar. Kalau lah Kak Long tau aku chatting semalam… mampos… erk… menipu ni. boleh ke Zulfa? Ermm… bohong sunat.. Isy… ada ke bohong sunat? Mana ada… Usu bermonolog sendirian.
“Kak Long ingat nak masak sayur lemak lah… ikan tu masak singgang pun best jugak kan..?” Izzah menukar topic. Sesuka hati saja. Macam tukar channel tv tu.
“Usu…?!” Teriak Izzah sambil mencuit lengan Usu.
“Hem… ye Akak… Kenapa…” balas Usu terkejut. Hancur lamunannya.

….

Usu merenung skrin laptopnya. Terpampang Yahoo Messenger di hadapannya. k^@sh sudah hampir setahun menjadi teman berbualnya. Semakin hari semakin rapat rasanya persahabatan mereka. Sudah pelbagai cerita menjadi bahan bualan. Dari cerita Doraemon dan Nobita kesukaan Usu sampailah ke cerita bola sepak kegemaran k^@sh. Peliknya, Usu boleh tahan bercerita tentang bola sepak. Sedang dia hanya tahu bola sepak tu sekadar sukan dengan 22 pemain mengejar sebijik bola. Itu saja. Tak lebih dari itu.

Kalau ditanya pasal Zinadine Zidane, Beckham ke, Owen ke apa ke… tentunya dia langsung tak tahu. Tapi semenjak mengenali k^@sh, dia sanggup melayari laman web bola sepak, semata-mata nak mencari maklumat tentang bola sepak. Semuanya supaya perbualan mereka nanti tak membosankan. Sekurang-kurangnya Usu tahu juga serba sedikit tentang suka kegemaran k^@sh itu.

k^@sh: lah… termenung ke tu?

Mesej dari k^@sh mengejutkan lamunan Usu.
puteri_aiman: taklah…
puteri_aiman: tengah tunggu awak reply
k^@sh: awak senyum ek?
k^@sh: :-p
puteri_aiman: mana ada?
puteri_aiman: memandai saja
k^@saya: follow my instinct… :-di
puteri_aiman: ye lah tu… tak habis-habis dr dulu lagi
k^@sh: lagi sebulan awak…
puteri_aiman: hmmm? sebulan?
k^@sh: saya akan tinggalkan Malaysia
puteri_aiman: tinggalkn Malaysia?
puteri_aiman: tak faham lah…
puteri_aiman: nak pergi mana? bulan? marikh? Pluto?
k^@sh: Australia…
puteri_aiman: ???
k^@sh: dapat twrn study kat sana…
k^@sh: MARA scholarship…

Entah Kenapa, tiba-tiba Usu terasa sunyi. Seolah-olah dia bakal kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya. Perasaan yang tak pernah terlintas di dalam hatinya. Usu cuba mencari alasan atau jawapan di sebalik rasa sunyinya.

k^@sh: awak….?!
k^@sh: are u still there?
BUZZ!!!
BUZZ!!!
puteri_aiman: ya.. I’m here
k^@sh: Kenapa senyap saja?
puteri_aiman: ermm tak ada apa…
puteri_aiman: saya pergi toilet tadi

Usu cuba berselindung.

k^@sh: Kenapa awak macam sedih saja…
puteri_aiman: xlah… I’m happy 4 u… :-)
k^@sh: kalau happy takkan masam saja muka tu?

Ha??!! Masam muka? Meleleh air mata lah kau ni k^@saya? Mana ada? Memandai saja kau ni. k^@sh... aku ni. perempuan kebal dan kental lah… tak main lah syahdu-syahdu ni. … Getus Usu menguatkan semangatnya. Sementelahan itu, setitis air mata jatuh di atas jari Usu.

puteri_aiman: mana ada saya masam muka
k^@sh: my instinct…. ;-)
puteri_aiman: sunyi lah saya nanti… :-di
k^@sh: saya YM! awak selalu…
k^@sh: boleh borak macam biasa…
puteri_aiman: sana ada YM! ke?
k^@sh: hahaha… awak buat lawak sinchan ke ni. …?
k^@sh: for sure ada YM!... its Australia… bukannya hutan Amazon…

Aduh?! apa jenis soalan yang aku tanya ini… Bengong dah lah ni.

puteri_aiman: hehe..
puteri_aiman: mesti busy kan…
k^@sh: I’ll find the time…
puteri_aiman: tak rasa rindu Malaysia ke nanti?
k^@sh: I’ll chat with u…
puteri_aiman: masa kita mesti beza kan…?
k^@sh: I’ll wait 4 u…
……………

.....................................bersambung.....................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 02:29


KT5_Vol2_Ep6

.....................................................................

15 bulan yang lalu…

Usu melangkah masuk ke dalam cafeteria fakulti. Berduyun-duyun manusia dengan satu tujuan. Makan. Usu seperti biasa mengambil tempat di sebalik tiang besar di hujung kawasan menghadap ke arah tasik. Beg sandangnya diletakkan di kerusi sebelahnya. Turut sama adalah teman baiknya Ecah dan Hana. Masing-masing dengan perut yang sedang rancak berkeroncong. Maklumlah, kuliah direct 2 jam setengah. Mana tak laparnya. Sarapan pun sekadar roti bakar dan jem strawberi. Sekeping pulak tu.

“Nak makan apa cik?” seorang pemuda 20an berdiri tercegat di sebelah meja dengan t-shirt tertera Q’s Cafeteria dengan topi Adidas. Sebelah tangannya memegang buku kecil dan sebatang pen manakala sebelah tangan lagi ligat mengelap meja dengan sehelai tuala kecil. Usu merenung dalam-dalam.
“Zulfa… kau nak makan apa?” tanya Hana sambil membaca menu yang tertera di dinding cafeteria.
“ada apa ek?” Zulfa memandang ke arah pemuda tadi. Dia yang tercegat di situ mengetap bibirnya sambil mengingati senarai menu istimewa hari itu.
“Hari ni special menu nasi ayam nusantara, mee goreng Vietnam, ABC Bukit Bendera dan ermm… yang lain-lain tu ada dalam menu tu…” jelasnya sambil menuding jari ke arah menu yang dipaparkan di dinding.
“Saya nak nasi goreng kampung dan teh ais..” ujar Ecah datar. Pemuda itu mengangguk sambil menulis pesanan di dalam buku kecilnya.
“Cik berdua ini…?” Dia memandang ke arah Usu dan Hana.
“Bagi saya ABC Bukit Bendera dengan mee hailam ye…” jawab Hana.
“Zulfa…! eh cepatla… dia tunggu lama dah tu… kau nak makan apa?” Ecah mendesak Usu. Pemuda itu masih berdiri tercegat di sebelah Usu. Tiada sepatah kata yang keluar atau reaksi wajah dipamerkan.
“Ala. Aku tak tau nak makan apa lah…” balas Usu.
“Punyalah banyak menu kat dinding tu… kau tak tau nak makan apa? kau makan angin saja lah…” protes Hana pula. Usu tersengih.
“Kalau macam tu… saya cadangkan cik cuba mee goreng Vietnam dan ABC Bukit Bendera…” tiba-tiba pemuda tadi bersuara. Agaknya dah boring menunggu Cik Zulfa Aiman memikirkan menu tu. Isy… memandai pulak mamat ini… tapi ok jugak cadangan dia tu… Getus hati Usu.
“Hmm… bolehla…” jawab Usu senafas.
…

Seminggu kemudian Usu datang lagi ke cafeteria. Bezanya kali ini dia seorang diri. Hana dan Ecah ada discussion. Itulah yang tak bestnya bila group discussion mereka berlainan. Namun, demi melayan keroncong di perutnya, digagahkan dirinya seorang melangkah ke cafeteria yang menyesakkan itu.

Buku notanya dihamparkan di atas meja bulat itu. Dia menyelak sehelai demi sehelai sambil membaca. Usu membiarkan segenap alam bercerita sendiri. Tak diendahkannya gelagat pelajar-pelajar yang sentiasa menyesakkan cafeteria itu.

“Nak makan apa cik?” pemuda minggu lepas berdiri menghadap Usu. Dia lagi… tak ada orang lain ke? Isy… bukannya kedai aku… nak pilih-pilih waiter sendiri… huhu… Gerutu hati Usu sambil matanya memandang ke arah menu di dinding.
“Mee goreng Vietnam tu ada?” tanya Usu.
“Er… minta maaf cik… itu special menu… once in a while saja disediakan…” balas pemuda itu mendatar.
“Tak boleh order ke menu tu…” suara Usu sedikit kecewa. Apalah cafeteria ini… menu best begitu pun taknak jual ke? Protes hatinya.
“Ermm… cik nak menu tu jugak ke? Menu lain tak nak cuba?” tanya pemuda itu lagi.
“Menu lain biasa saja… mee goreng yang awak cadangkan minggu lepas tu sedap… sebab tu saya nak makan lagi hari ini…” terang Usu. Harap-harap bolehlah buat special order… huhu… anda ingat anda VIP ke Zulfa?
“Kalau macam tu… saya buatkan untuk cik…” balas pemuda tadi selamba sambil menulis sesuatu di dalam buku kecilnya.
“Ha..?!” Usu terlopong.
“Saya buatkan mee goreng tu untuk cik…” ujar pemuda itu lagi.
“Awak tau memasak ke?” tanya Usu spontan. Tak percaya pemuda macam yang di depannya itu boleh memasak. Kalau mee segera tu mungkin logik lagi.
“Minggu lepas pun saya yang masak…” jawab pemuda itu lagi sambil berlalu meninggalkan Usu.

Seketika kemudian…

“Err… cik… lupa nak tanya… nak minum apa?” pemuda tadi tercegat lagi tersenyum.
“Ha… nasib baik awak tanya… ingatkan dah lupa pasal minuman…” balas Usu semula.
“Maaf lah… saya terlupa nak tanya tadi…” jujurnya jawapan.
“Nescafe ais ok…” balas Usu tersenyum. Pemuda itu mengangguk.

……………………………………………………………….





k^@sh: macam mana study? ok?
puteri_aiman: alhamdulillah… so far so good
puteri_aiman: awak?
k^@sh: hmm.. bolehla
k^@sh: tengah nak biasakn dengan Australian English…
puteri_aiman: beza ke dengan Malaysian English?
k^@sh: kat Malaysia bau belacan… sini bau cheese…
k^@sh: :-di
puteri_aiman: cuaca kat sana ok?
k^@sh: okla… Cuma sejuk lah sikit
k^@sh: ini pun macam nak demam saja
puteri_aiman: nak sangat pergi sana
puteri_aiman: terima lah.. :-p
k^@sh: awak tak suka saya datang sini?
puteri_aiman: taklah…
puteri_aiman: its your life… keputusan awak
puteri_aiman: I’m happy 4 u… :-)
k^@sh: ooo..
k^@sh: terima kasih…
puteri_aiman: for what?
k^@sh: being there 4 me
k^@sh: while nobody’s around me…
puteri_aiman: saya temankan awak dalam YM! ini saja
k^@sh: tapi meaningful 4 me
puteri_aiman: whatever… :-)
k^@sh: bila awak habis belajar?
puteri_aiman: next two months… hopefully
k^@sh: lepas tu… nak buat apa?
puteri_aiman: entah… kahwin agaknya… hehe :-di
k^@sh: oo dah ada calon ke?
puteri_aiman: saya main-main saja lah
puteri_aiman: siapa yang nak orang macam saya ni
puteri_aiman: garang, bengis, degil, ganaz…
k^@sh: saya nak…

Gurlppp!!! Usu menelan air liurnya membacakan ayat terakhir dari k^@sh. ‘saya nak…’ Bengong ke k^@sh ini? Tiba-tiba terus terang semacam saja. Kenal aku pun tak. Rupa dia pun aku tak pernah tengok. Jangan nak buat drama pulak. Ini bukan cerekarama TV3…

k^@sh: awak…?!!
k^@sh: Aiman….?! are u still there?

Aiman? Setahu aku ada seorang saja panggil aku Aiman.

BUZZ!!!
BUZZ!!!
puteri_aiman: saya kat sini…
puteri_aiman: Aiman???
k^@sh: ye lah… nick awak tu
k^@sh: takkan nak saya panggil puteri kowt? :-di
puteri_aiman: ooo…
puteri_aiman: panggil saja apa-apa…
k^@sh: apa-apa…
puteri_aiman: apa-apa apa?
k^@sh: awak lah…
puteri_aiman: saya?!
k^@sh: kan tadi suruh saya panggil awak ‘apa-apa’…
k^@sh: saya panggil ‘apa-apa’ lah…
puteri_aiman: isy… macam tu pulak
puteri_aiman: maksud saya panggil saja saya apa-apa yang sesuai…
k^@sh: tau…
puteri_aiman: tau tak apa… :-P

.....................................bersambung....................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 02:44


KT5_Vol2_Ep7

...............................................

Usu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hujung tasik. Kelihatan beberapa senior lelaki sedang berkayak di tengah-tengah tasik. Kocakan airnya mencetuskan gelombang hingga ke pinggiran. Ecah berjalan perlahan merapati Usu.

“Dah lama ke?” tanya Ecah. Usu memandangnya dengan senyuman.
“Setahun lebih dah…” balasnya ringkas. Tag namanya dimain-main dengan tangan.
“Setahun lebih… tak kenal siapa dia?” Ecah macam tak percaya. Setahun lebih berchatting dengan k^@sh tapi tak kenal antara satu sama lain.
“Borak pasal masalah Negara saja…” balas Usu
“I don’t think so… “ balas Ecah mendatar. Ketulan kecil batu sungai dilemparkan ke gigi air.
“Its up to you to judge. Aku memang tak kenal dia… in fact, nama pun tak tahu…” Usu meraup mukanya dengan dua belah tangan.
“So… he’s in Australia rite… study apa?” Ecah bertanya lagi.
“Engineering… tapi tak tau what kind of engineering…. may be civil… may be electrical… might also be mechanical… may be.. may be.. and may be…” balas Usu tergelak. Ecah memandang hairan.
“Why?” Ecah bertanya.
“Nothing…” balas Usu.
…..

Jenal meluruskan hamparan meja di tengah rumah. Bunga sejambak diletakkan di tengah-tengah. Kesukaan Izzah. Dia melangkah ke arah set televisyen dan hi-fi. Belum pun sempat menekan butang remote controller, kedengaran bunyi posmen di luar. Jenal menjenguk di balik tirai sliding door. Kelihatan sekeping kertas keras dimasukkan ke dalam peti surat rumahnya.

Dia bingkas bangun menuju ke pintu.

“Awak… ambilkan mop kat luar boleh?” suara Izzah mengejutkannya. Izzah mengelap lelehan air di lengannya. Kerja-kerja mencuci dapur dilakukan ketika cuti sebegini. Jenal memandang dengan senyuman.
“ok…” balasnya.

Poskad. Nampaknya bukan dari dalam negeri. Australia. Setem pun tak pernah nampak kat sini. Dan sangat menakjubkan adalah… untuk Zulfa Aiman. Jenal membelek-belek poskad berlatarbelakangkan Sydney Opera House itu. Dia meletakkan poskad itu di atas meja dan berlalu ke dapur dengan mop di tangan.

“Usu… ada poskad… dari Australia..” suara Jenal mengejutkan Usu yang sedang melangkah naik ke tingkat atas. Dipalingnya ke arah belakang. Jenal sedang menonton tv.
“Australia? Mana?” tanya Usu. Memorinya mula menelusuri bait-bait mesej yang ditulis dalam YM! dua minggu sudah.

puteri_aiman: awak tak kenal saya pun
puteri_aiman: rupa saya pun awak tak pernah tengok…
k^@sh: I don’t care..
k^@sh: just tunggu saja…
k^@sh: the card will arrive
puteri_aiman: to where?
k^@sh: istana tuan puteri…

“No wonder lah adik Along ini asyik melamun saja semenjak dua tiga empat menjak ini…” Jenal mengusik. Sebelah matanya dikenyitkan.
“What? Along jangan nak merepek lah…” Usu berpaling. Poskad di atas meja dicapainya.

             I miss Malaysia a lot…

                                Regards,
                                k^@sh

Ringkas sahaja tulisan di bahagian belakang poskad itu.
“I miss Malaysian girl a lot… hah… so sweet ma…” Jenal mengusik sambil tersengih.
“Along! Sudah lah tu… He’s just a friend… ok…” balas Usu.
“Oho… its HIM… ha? Hmmm not bad adik Along ini…” Jenal berpura-pura menonton tv.
“Eiii…” Usu melangkah menaiki tangga semula.
“Bila nak bawak jumpa Along?” Jenal bersuara lagi.
“Shut up!…” balas Usu berlari-lari anak.
Usu menutup pintu bilik. Senyum segaris manis bak gula batu terlukis di bibirnya. Apa sebabnya? Entah. Mungkin tak bersebab. Sedekah? Kan senyum itu sedekah.. Hadith Nabi pun menyarankan. Tapi senyum pada siapa? Entah. Bersedekah mesti ada yang memberi dan menerima sedekah. Takkan sedekah pada angin lalu.

I miss Malaysia a lot…

k^@sh: rindu Malaysia lah…
k^@sh: sunyi kat sini…
puteri_aiman: perjuangan… kena tabah sikit
puteri_aiman: takkan nak give up macam tu saja..
puteri_aiman: be strong… :-)
k^@sh: its so easy to be said than done
puteri_aiman: I know u are strong
k^@sh: am I?
puteri_aiman: my instinct… ;-p
k^@sh: oho… that’s my word ma…
puteri_aiman: pinjam…
puteri_aiman: bila cuti?
k^@sh: end of year…
puteri_aiman: balik Malaysia?
k^@sh: belum tau lagi…
k^@sh: maybe yes…
k^@sh: may also be no…
puteri_aiman: bunyi macam no…
k^@sh: unless awak tunggu…
puteri_aiman: dreaming… :-p
k^@sh: :-p

.......................................bersambung.......................................



-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 03:08


KT5_Vol2_Ep8

..............................................................................

Buku Engineering Mechanics: Dynamics, Bedford : Fowler ditutup. Matanya terasa keras macam kayu. Dua jam menatap formula-formula dan nombor-nombor. Naik kejung kepala otak. Cepatlah habis exam…

Ashraf meraup wajahnya dengan dua tapak tangan. Allahuakbar. Terdetik di dalam hatinya. Bingkai gambar keluarganya direnung dalam-dalam. Matanya kemudian melihat keluar jendela. Cahaya lampu jalan menempiaskan cahaya ke dalam.

“Angau ke ini?” Bahunya ditepuk. Senyuman tawar terbit di wajahnya.
“Apekehal pula nak angau… muka aku ini macam orang angau ke?” Ashraf menghirup seteguk kopi dari mug.
“Sekilas ikan di air. Aku dah tau mana satu ikan kembung lah…” balas Imran.
“And aku bukan ikan kembung yang berkilas dalam air…” Ashraf melihat jam di tangan.
“Waiting for tuan puteri… I guess…?” Imran seolah memahami.
“Laparlah…” Ashraf bingkas bangun menuju ke arah pintu bilik. Imran memandang sahaja gelagat teman serumahnya yang angau tak pasal-pasal.
“Sudah-sudah lah tu… chocolate cake, nasi goreng, blueberry pancakes.. dah macam-macam kau makan… takkan lapar memanjang?” Gerutu Imran. Ashraf memandang sekilas. Lantas keluar menuju ke tingkat bawah.

Pintu bilik diselak. Terjengul Ashraf dengan roti dan jem sebotol di tangannya. Imran memandang penuh takjub. Kena sampuk jin makan ke roomate aku ini…

“Want some…?” Ashraf menghulurkan sekeping roti siap bersapu jem strawberry kepada Imran.
“No, thanks” ringkas jawapan dari Imran.

Skrin laptop ditenungnya. Macam nak makan saja. Nasib baik laptop. Kalau kek berbentuk laptop, dah lama agaknya jadi bahan hadam asid hidroklorik dalam perutnya.

puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: dah tidur ke?

Skrin laptopnya menayangkan tetingkap YM!. Ashraf tersenyum membaca mesej dari Usu.

k^@sh: waalaikumussalam…
k^@sh: tengah makan…
puteri_aiman: lewatnya makan…
puteri_aiman: awak sakit?
k^@sh: kind of…
puteri_aiman: sakit apa?
puteri_aiman: dah makan ubat?
puteri_aiman: doctor cakap apa?
puteri_aiman: ada orang jaga kat sana?
puteri_aiman: kuliah macam mana?
puteri_aiman: boleh bangun ke ini?
k^@sh: banyaknye soalan…
k^@sh: boleh pilih nak jawab mana satu ke ni… :-di
puteri_aiman: awak sakit ke ini?
k^@sh: I’m alrite…
k^@sh: Cuma…
puteri_aiman: Cuma apa?
k^@sh: tak ada orang jaga kat sini…
puteri_aiman: ngengada lah pulak…
puteri_aiman: mujahid mana boleh lemah
k^@sh: I need sayap kiri lah..
puteri_aiman: tak payah… pakai saja jet turbo…
puteri_aiman: sayap-sayap ini lambat terbang saja…
k^@sh: hmm…
puteri_aiman: thanks…
k^@sh: hmm…?!
puteri_aiman: postcard tu…
puteri_aiman: sampai semalam…
puteri_aiman: nice card…
k^@sh: my pleasure…
puteri_aiman: mana dapat alamat saya?
k^@sh: secret agency…
puteri_aiman: ooo… Am I listed?
k^@sh: first rank…
puteri_aiman: whatever…
k^@sh: awak… I’m still waiting..
puteri_aiman: for what?
k^@sh: your answer…
puteri_aiman: saya keluar dulu…
puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: nnn..

Ashraf merenung semula skrin YM!. Salah ke tanya soalan tu. Takkan salah kowt.

I’m sorry… saya minta maaf… My mistake… Please… jangan merajuk…

Regards,
k^@sh..

Ashraf menekan butang send pada Yahoo Mail. Sensitif melampau. Aku pula insensitive melampau… Getus hatinya.

‘You have 1 new mail in your inbox’,

Pesanan dari Yahoo untuk Ashraf. Segera dibukanya email.

From: [email protected]
To: k^ash@yahoo.com.my
Subject: Re: I’m sorry…

Is it so important for u to know the answer? saya masih belum membuka pintu hati ini untuk sesiapa pun. And I will… for my husband yang SAH only…

p/s: maaf diterima

Salam… puteri_aiman



.........................................bersambung.......................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 30-07-06 16:27


.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-07-06 18:39


best cerita ini..
rupe2 ashraf itu yang usu itu dok chat eh hehehe
sambung lagi dr meow :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 21:09


Subject: Penting …Petition bantah-IFC

wrbt
For those yang belum sign the above petition, you
can do it online at the following address :-
sign di sini -->

http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/


Pengenalan PEMBELA
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
(PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO
Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-
isu berkaitan dengan kedudukan Islam di
Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah
memutuskan untuk menubuhkan gabungan
tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama
organisasi Islam di Malaysia.
Laman web rasmi: http://www.myislamnetwork.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 00:17


hehehe..

i'm back doc!

some phrases sound familiar to me... kena virus hlovate juga ke?

hehe. well, Sorry ar sebab tak sempat nak sambung cerita bersiri man & muna. hu. i'll finish it later... insya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 01:39


Pada 31-07-06 00:17 , kinobaik posting:

!!! QUOTE !!!

hehehe..

i'm back doc!

some phrases sound familiar to me... kena virus hlovate juga ke?

hehe. well, Sorry ar sebab tak sempat nak sambung cerita bersiri man & muna. hu. i'll finish it later... insya Allah


lamanya tak nampak... ingatkan hilang dalam petala lapan belas dah... :-di :-di

ye ke? ada persamaan sikit lah kan.. saya pun baru tperasan ada phrases macam hlovate.... hopefully tak dikira menciplak... :-P really admire her bakat... marvellous... mantap...

eh kat mana man & muna? dah lama hilang...


selalu sangat orang kmplen... kenapa buat cerita pasal budak medic... so, saya ambil ashraf sebagai budak engine pula.. hehe.. kalau ada yang rasa pelik saja dengan istilah2 engine tu... sorile bebanyak... :-P :-P


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 31-07-06 01:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-07-06 10:08


nice story
good job..
keep up the good work!

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 02-08-06 10:39


adeh...ngah best sambung pula!adeh...cepat lah sambung...huhu...best gila citerni...cepat-cepat lah sambung...sampai teguling2 saya dan kawan saya baca...keep your job!kami akan sentiasa menyokong!chiok!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 11:40


KT5_Vol2_Ep9

............................................................................................

Musim silih berganti. Tahun berganti macam hari-hari yang berlalu. Semacam baru semalam dia menjejak kaki ke KLIA untuk ke Australia. Sebentar lagi dia akan tiba di KLIA pula. Dengan segulung ijazah. Sebuah kejayaan. Macam seorang mujahid baru pulang dari medan perang. Dengan rasa rindu pada kampung halaman, sanak saudara, rakan taulan dan… tuan puteri? Termasuk dalam senarai ke? Rakan taulan? Atau…

Setahun… sejak peristiwa insensitive melampau itu. Usu mendiamkan dirinya. Mesej Ashraf tidak pernah berbalas. Email… poskad… surat… YM!... sebut sahaja teknologi mana yang belum dicuba. Kecuali dia belum punya kekuatan untuk menelefon. Coward. Mungkin tidak. Kesopanan dan kesusilaan. Maybe. Takkan sesuka hati saja nak telefon anak dara orang. Dah lah kenal pun tidak. Siapa kata tak kenal? Tuan puteri tu saja yang tak kenal Ashraf.

“Encik… tolong tegakkan tempat duduk ye… kita hampir mendarat… terima kasih…” suara pramugari MAS mengejutkan lamunan Ashraf. Pandangannya dilepaskan jauh meniti awan dari dalam tingkap pesawat.

Setahun… Zulfa Aiman… setahun aku mati kutu seorang diri di bumi kanggaru tu. Merajuk ke marah ke. Konon hantar email ‘maaf diterima’. Takkan maknanya our friendship ends here? Mudahnya. Setahun aku tunggu jawapan dan berita dari kau Zulfa Aiman. Kenapa lah keras sangat hati kau tu.

……
“Along dah selamat… Achik pun dah selamat… Angah bila lagi?” suara ibu Ashraf mematikan lamunan. Spongebob Squarepants sedang beraksi di kaca televisyen.
“Bila apa ni mama?” Ashraf menoleh. Sudah beberapa bulan dia pulang ke tanah air.
“Mama teringin nak tengok menantu ketiga mama lah Angah…” suara Puan Zuraidah bagai menendang gegendang telinga Ashraf. Saraf di serebrumnya segera mencipta satu susunan nama. ZULFA AIMAN. Dia tersenyum.
“Lambat lagi lah mama…” balasnya mendatar. Aksi Spongebob di dalam tv seperti tidak mencuit rasa hatinya langsung. Setahun penantiannya bukan sekejap. Kalau kahwin dah beranak satu. Kucing dah tentu beranak empat lima ekor dah.
“Sampai bila lagi ni. Angah… takkan nak tunggu kucing beranak kowt…” Puan Zuraidah membuka sehelai demi sehelai lembaran Majalah Nur di tangannya. Gelagat Ashraf tidak dihiraukannya.
“Tunggu Acu lah mama… biar Acu kahwin dulu… Angah ni. last-last pun tak ada hal” balas Ashraf selamba. Bunyi semacam kecewa saja.
“Ke situ pulak… orang tanya dia… awak tu dah 24 tahun… tak lama lagi masuk 25 tahun… nak tunggu sampai beruban ke?” Ibunya bersuara lagi.
‘Nak tunggu tuan puteri mama…’ Nak saja dijawab semacam itu di hadapan ibunya.
“Macam menunggu tuan puteri…” balas ibunya mendatar.
‘Aah.. memang pun mama…’ Ashraf tersengih. Sekadar menjawab di dalam hati.

…………

Aku bukannya sengaja mendiamkan diri. Bukan niat diri ini untuk membuatkan kau ternanti-nanti. Tapi, demi masa depan dan arah tuju hidupku nanti aku terpaksa…

Usu merenung ke sudut tepi meja belajarnya. Poskad-poskad dan gambar-gambar pemandangan kiriman k^@sh disusun rapi. Sudah setahun lebih dia tidak mengirim berita pada bakal jurutera itu. Emm… agaknya sudah bergelar jurutera mungkin. Terasa kejam benar dirinya pada jurutera muda itu.

Usu melipatkan sejadahnya. Telekung putih di kepala ditanggalkan. Disidai ke birai katil. Rambut panjang paras belakangnya diraup-raup lantas diikat kemas dengan riben. Usu menghempaskan badannya ke atas katil. Patung Doraemon di sebelah dipeluknya erat. Siling biliknya direnung tajam. Bagai tembus dengan tujahan pandangannya.

Kenapa? Kenapa mesti rasa macam ni.? Dulu tak rasa apa-apa pun… Kenapa pedih dan perit rasa hati ini… Kenapa mesti sekarang?

Usu berteka-teki dengan perasaannya. Entah Kenapa selepas setahun, baru sekarang dia terasa kehilangan sesuatu yang berharga. Kenapa baru sekarang perasaan itu hadir. Dan Kenapa dia tidak dapat pastikan apakah yang hilang dari dalam dirinya. Sehingga perasaan pedih itu hadir.

We would never know that we love someone, until that someone has gone…

Usu bermonolog sendirian. Ah! tak mungkinlah. Aku bukannya jatuh cinta dengan sesiapa pun… Usu menafikan di dalam hatinya. Terasa seperti kartun saja. Kelakar. Zulfa Aiman sudah jatuh hati? Hahaha. Tak masuk dek akal betul. Dia gadis kental dan kebal lah. Bukan senang nak jatuh cinta.

“Orang macam kau ni. Zulfa… bahaya jugak tau…” Hana menghirup segelas air tembikai. Hanya mereka berdua duduk di situ.
“Apa pulak nak bahayanya. Aku bukannya Israel atau Bush tu… menyerang Negara orang sesuka hati mereka saja…” balas Usu.
“Eiii bukan tu maksud aku… orang yang payah jatuh cinta macam kau ini, kalau sekali jatuh cinta… mesti hardcore punya cintanlah…” Hana tersengih.
“Ello… tak ada maknanya… cinta mengusutkan kepala hotak saja…” balas Usu sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulut.

Tiba-tiba Usu teringatkan Hafizi. Lelaki yang pertama berjaya mengetuk pintu hatinya. Juga lelaki pertama menghiris dan menghancur lumatkan harapan dan cintanya pada kaum Adam. Pedihnya masih terasa dan berbekas sampai ke hari ini. Agaknya itulah maknanya hardcore cintan seperti kata Hana dulu tu. Lelaki kejam. Sia-sia saja menaruh rasa sayang. Astaghfirullah…

Tapi sekarang? Kenapa perasaan itu datang lagi? Malah lebih dalam dari yang pernah dirasakan dulu. Seluruh alam rasa sunyi. Setahun menahan rasa sunyi. Cuba menafikan kepedihan yang sengaja dicari. rasa bagai nak saja dijawab semua mesej-mesej yang sampai, tapi… takut… takut pada bayang-bayang sendiri.

...
k^@sh: assalamualaikum…
k^@sh: ….

Usu gamam. Kenapa tiba-tiba nama itu muncul semula? Saat dan ketika hati dan perasaannya menyebut-nyebut nama itu. Sudah enam bulan dia senyap tanpa sebarang mesej atau salam di YM! mahu pun email. Kalau dulu, walau pun Usu tidak menjawab sepatah, sesekali dalam seminggu, salamnya sampai jua. Jari jemari Usu bergetar menghampiri papan kekunci laptopnya…

puteri_aiman: waalaikumussalam…

Salam dijawab. Debar menantikan mesej seterusnya.

k^@sh: sihat?

Hati berbunga melihat jawapan dari balik sana.

puteri_aiman: alhamdulillah… awak?
k^@sh: alhamdulillah…

Suasana senyap kembali. 2 minit… 4 minit… 7 minit… Usu menggerakkan tetikusnya menghampiri butang ‘close’.

k^@sh: Kenapa senyap saja?
k^@sh: tak sudi berbual dengan saya lagi dah?

Allahuakbar… Menusuk ke hati. Tak tahu sama ada pertanyaannya untuk perbualan kali ini atau mungkin bertanyakan sebab Usu berdiam selama setahun.

puteri_aiman: …
puteri_aiman: tak tau nak cakap apa..
k^@sh: tak payah cakap…
k^@sh: taip saja… biar saya yang baca…
k^@sh: :-di

Masih nakal dan suka mengusik. Sama seperti setahun yang lepas.

puteri_aiman: nak taip apa?
puteri_aiman: awak marah saya?

Aduh… buntu kepala memikirkan ayat-ayat seterusnya. Kalau dulu belum sempat habis ditaip ayat pertama, isi ayat ketiga sudah terngiang di minda.

k^@sh: sepatutnya itu soalan saya…
k^@sh: awak marah saya?
puteri_aiman: tak…
k^@sh: tak juga…
puteri_aiman: hmm?
k^@sh: saya tak marahkan awak… :-)
puteri_aiman: dah makan?
k^@sh: awak nak masakkan ke? :-P
puteri_aiman: u are dreaming man…
k^@sh: mimpi boleh jadi kenyataan… :-P

Ah… apa lagi ayat yang perlu ditaipkan. Ke mana hilangnya keramahan dia? Kenapa monotonus sangat ni.

k^@sh: so..
k^@sh: where have u been?
puteri_aiman: hmmm?
k^@sh: what has happened to you for the last ONE year my princess?
k^@sh: missing in action?
puteri_aiman: I’m sorry…
k^@sh: u owe me more than that…

Kenapa ni.? Mendesak semacam saja.

puteri_aiman: mencari diri sendiri
puteri_aiman: awak takkan faham…
k^@sh: sebab awak tak nak explain
puteri_aiman: u don’t need that
k^@sh: I’m dying waiting…
puteri_aiman: saya tak minta awak tunggu…
k^@sh: saya nak kenal awak
k^@sh: saya nak jumpa awak
puteri_aiman: saya orang biasa saja
puteri_aiman: ….
k^@sh: saya tetap nak kenal awak…
puteri_aiman: then u better pray to Allah swt…
puteri_aiman: only He, has got the power to bring me to u…
puteri_aiman: gtg… ada hal…
puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: nnn…

...........................................bersambung.........................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 11:50


KT5_Vol2_Ep10

.........................................................................................................


Bismillahirrahmanirrahim… Sejadah dihamparkan. 3.35 minit pagi. Setitis air jatuh dari bawah dagunya. Tegaknya dibetulkan ke arah kiblat. Tenang hatinya damai. Allahuakbar! Dua rakaat solat. Tenang dan sejuk dinihari menusuk ke kalbu. Air matanya menitis di hadapan Tuhan Rabbul Jalil. Agaknya inilah kata orang, bukan mudah untuk melihat air mata lelaki menitis. Melainkan kerana Tuhannya.


Ya Allah Ya Tuhanku…
Ini aku di hadapanMu wahai Tuhanku…
Aku datang menghadap ke hadratMu yang Maha Agung…
Aku datang membawa sekeping iman dan amal yang terlalu sedikit…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku serahkan padaMu jua…
Segala rencana hidupku dan matiku…
Kerana hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui…
Baik dan buruk sesuatu pada diriku dan imanku…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku mohon petunjukMu yang Maha Benar…
Untuk merungkai masalah dan kekusutan di dalam jiwaku
Andai kiranya dia baik untuk diriku dan imanku…
Permudahkanlah…
Andai kiranya buruk untuk diriku dan imanku…
Maka jauhkanlah…
Ameen… Ya Rabbal A’alamin…


Tangannya diraup ke muka. Perubahan untuk kebaikan. Oleh seorang insan bernama wanita. Ashraf kini bukan lagi seperti Ashraf yang dahulu. Solatnya bukan lagi sekadar memenuhi arahan ibu. Kalau dahulu, solatnya tunggang langgang. Rekod terbaik adalah 4 kali solat sehari semalam. Subuh. Subuh gajah itu kebiasaan. Subuh dinasour pun pernah diamalkan. Solat sunat dan al-Quran jangan diharaplah. Setahun boleh dibilang dengan jari berapa kali dia membaca al-Quran. Itu pun sekadar di bulan Ramadhan sahaja.

Perkenalannya dengan Zulfa Aiman merubah dirinya. Bagai langit menjadi bumi. Api menjadi air. Ashraf kini bukan lagi seperti itu. Solatnya di awal waktu, cukup sehari semalam lima waktu, sunatnya sudah tentu belum dikira zikir dan al-Quran setiap waktu.


puteri_aiman: awak lelaki… ketua keluarga
puteri_aiman: macam mana nak jadi ketua kalau awak lemah?
puteri_aiman: macam mana nak jadi suami yang membimbing isteri?

dan kata-kata yang tidak dapat dilupakannya adalah…

puteri_aiman: awak tau ada pepatah berkata…
puteri_aiman: jangan bermimpi mendapatkan Khadijah, sekiranya diri tidak sehebat Muhammad
puteri_aiman: jangan berharapkan Fatimah, jika diri tak setimpal Ali…

Hatinya tersentak dengan luahan ikhlas dari Usu. Ketika itulah dirinya mula menyedari kesilapan dan kelalaian dirinya selama ini. Hatinya menjadi lembut dan mula menerima nasihat dan tarbiyyah. Wanita solehah untuk lelaki yang soleh.

Dari saat dan ketika itulah, dirinya mula menyimpan perasaan pada gadis manis bernama Zulfa Aiman itu. Gadis yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali ke jalan Allah swt. Saat dan tika itulah bunga cintanya mula beputik dan berkembang.

………

Dirinya terasa amat lemah. Langkahnya longlai. Terasa kepalanya berdenyut-denyut semenjak semalam. Mungkinkah kerana dia berhujan petang semalam ketika pulang dari pejabat. Atau mungkin juga tersalah makan sewaktu menjamah hidangan tengah hari di warung mamak tepi jalan itu. Ashraf melonggarkan tali lehernya. Dia sudah tidak betah untuk meneruskan tugasnya.

“Lina… masuk sekejap…” Ashraf memanggil setiausahanya masuk ke dalam bilik. Ashraf memicit-micit dahinya. Dia kelihatan sedikit pucat. Seketika kemudian gadis berusia awal 20an masuk ke dalam biliknya dengan diari berwarna maroon di tangannya.
“Ada apa encik Ashraf?” Lina berhenti betul-betul di hadapan meja Ashraf. Tudungnya dibetulkan sambil merenung tepat ke wajah Ashraf.
“Saya cuti separuh hari, hari ni. …. tolong bagitahu Datuk ye…” pesan Ashraf pada Lina. Dia menganggukkan kepala sambil menulis sesuatu di dalam diari.
“Baik encik Ashraf… ada apa-apa lagi?” soal Lina.
“Batalkan semua temujanji saya hari ni., anything emergency just SMS saya… ok” Ashraf menarik nafas dalam-dalam. rasa pening dan loya semakin menjadi-jadi pula. Tapi ditahannya.
“Baik encik… erm… encik tak apa-apa ke? saya nampak encik pucat semacam saja ni….”
“Saya ok… terima kasih…” balas Ashraf. Lina melangkah keluar dari bilik Ashraf.

….

Dunia sekeliling kelihatan berpusing-pusing. Suara manusia di sekelilingnya kedengaran bercampur baur. Ashraf mula bingung. Ah… apa dah jadi dengan aku ini..? Gerutu hatinya. Lututnya terasa lemah semacam sahaja. Tiba-tiba…

“Encik…?! encik?!” Suara orang ramai memanggilnya. Namun dia tidak punya kekuatan lagi untuk menyahut. Matanya terpejam rapat walau pun telinga masih mampu menangkap suara-suara orang di sekelilingnya. Dia tidak pasti apa yang berlaku selepas itu. Hanya diserahkan bulat-bulat pada Allah swt.

Beberapa jam kemudian, Ashraf membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa sedikit pening dan sakit. Dia menyedari sedang terbaring di atas katil. Kipas angin berputar ligat di atas siling. Ashraf memandang ke tepi. Ibunya Puan Zuraidah setia dengan sekeping senyum terukir di bibir.

“Mama…” lemah suaranya.
“Angah pengsan di lobi hospital tadi, nasib baik Dr Nurul ada dekat-dekat situ tadi…” jelas ibunya sambil mengusap-usap helaian rambut anak terunanya itu.
“Thanks doctor…” Ashraf memandang lemah ke arah Dr Nurul. Dia tidak pasti siapakah namanya doktor wanita bertudung ungu di hujung katilnya itu.
“Nurul Izzah…” Dr Nurul Izzah menghulurkan sekuntum senyuman pada pesakitnya itu.
“Encik Ashraf hypoglycemic tadi… mungkin tak makan pagi kowt…” Izzah besuara semula. Ashraf tersengih lemah.
“Kan mama dah pesan pagi tadi untuk sarapan… Angah tak sarapan ye…” Puan Zuraidah bertanya. Ashraf menggelengkan kepalanya sambil memandang ke siling.
“Alhamdulillah… encik Ashraf dah sedikit stabil sekarang, tapi kami kena monitor lagi keadaan encik Ashraf… mungkin esok atau lusa baru boleh balik…” Izzah memberikan penjelasan. Ashraf mengangguk.
“Terima kasih doktor…” Puan Zuraidah bersuara. Izzah berlalu meninggalkan dua beranak itu. Ashraf mengeluh panjang sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Nafasnya ditarik dalam-dalam.
“Angah… Kenapa ni.? Mama tengok angah macam ada masalah saja?” Puan Zuraidah seolah-olah dapat mengesan perubahan riak laku anak terunanya itu.
“Tak ada apa Mama… Angah ok saja…” balasnya sambil menguntum sekuntum senyuman kelat.


..................................bersambung.................................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 02-08-06 15:38


wa best!teruskan usaha...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-08-06 16:15


chaiyo2 doc meow! :-di


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-08-06 23:15


tak sabar nak tau lagi....cepat ye sambungannya doc;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-08-06 00:53


Pada 02-08-06 23:15 , fishah posting:

!!! QUOTE !!!

tak sabar nak tau lagi....cepat ye sambungannya doc;-)


sabar... sabar.... :-di :-di :-di


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 21:49


KT5_Vol2_Ep11

..............................................................................................

Usu berjalan menuju ke arah wad Perubatan Lelaki. Hatinya menggumam. Kenapa lah aku ni. lemah ingatan sangat? Kunci rumah pun aku terlupa nak ambik… Langkahnya terhenti di hadapan lif. Dia menantikan pintu lif terbuka. Akhirnya, dia sampai ke tingkat 3. Dia membelok ke sebelah kanan setelah keluar dari perut lif.

“Hello, assalamualaikum Kak Long…” Usu menelefon Izzah dari bahagian luar wad. Dia mundar-mandir di situ.
“Waalaikumussalam…. ada apa ni. Usu?” tanya Izzah kehairanan.
“Kak Long kat dalam wad ke? Usu nak ambil kunci rumah… kunci Usu tertinggal di dalam rumah…” terangnya.
“Masuk saja… sekarang waktu melawat… Kak Long kat bahagian 1st class ini… bilik 3B sebelah kanan nurse station…” Izzah bersuara di hujung talian.

Usu melangkah masuk ke dalam wad. Dia melangkah menuju ke arah kaunter jururawat. Kemudian dia tercari-cari bilik 3B.

“Cik… cari siapa?” Seorang jururawat muda menegur Usu dengan senyuman.
“Err… bilik 3B dekat mana ye kak…” Usu bertanya.
“Oh… bilik encik Ashraf…. Cik jalan terus, pintu ke tiga tu bilik 3B”
Encik Ashraf? Ah biarlah. Aku peduli apa. Aku carik Dr Nurul Izzah lah… Gumam hati Usu.
“Terima kasih ye kak…” balas Usu ramah mesra. Sekuntum senyuman manis dengan gula tiga sudu diberikan pada jururawat itu.
…..

“Akak…” Usu memanggil Izzah dari luar pintu lagi. Izzah yang sedang menulis sesuatu di dalam fail pesakit menoleh. Izzah mengisyaratkan untuk menyuruh Usu masuk ke dalam dengan tangannya. Usu melangkah masuk.
“Eh!??!? Awak??!!” Usu seperti terkejut melihat Ashraf terbaring di atas katil. Izzah pula terkejut kerana Usu mengenali pesakitnya. Ashraf tersenyum datar. Masih lemah lagi.
“Usu kenal encik Ashraf ke?” Izzah bertanya melihatkan Usu asyik terlopong saja melihat Ashraf.
“Kenal dekat kolej…” Ashraf menyampuk. Usu diam mengangguk. Ye lah… memang kenal kat kolej… tapi dah berzaman aku tak jumpa mamat ini kat kolej tu… tiba-tiba saja muncul kat hospital ni. pulak… Getus hatinya.
“Oooh…”

………………………

“Lama tak nampak…?” Ashraf bersuara melihat Usu yang duduk di atas kerusi pelawat di sebelah katil. Alia, adik perempuan Ashraf turut menemani mereka sambil bermain game di dalam handphone Ashraf.
“rasanya saya lebih sesuai tanya soalan tu encik.. Ash..raf..” balas Usu. Ashraf ketawa memandang Usu.
“Tak payah lah nak berencik-encik dengan saya… panggil Ashraf saja atau pun Ash…” Ashraf merenung ke wajah gadis manis bertudung corak bunga-bungaan di sebelahnya. Usu tunduk memandang lantai.
“Dah tak kerja?” tanya Usu semula setelah melihat suasana antara mereka senyap sunyi beberapa ketika.
“Saya sambung belajar…” balasnya ringkas.
“Ooo…” Usu mengangguk. apa nak cakap dengan dia ini lagi… Takkan nak belah begitu saja kowt… dia kan sakit… melawat orang sakit ni. disuruh agama… ermmm melawat seorang-seorang macam ini?? Usu berteka-teki dengan dirinya sendiri.
“macam mana stadi cik sekarang?” Ashraf pula bertanya. Sekadar mengisi ruang masa yang kosong. Usu ketawa kecil sambil menutup mulutnya.
“Tak payah juga nak bercik-cik dengan saya… panggil Zulfa saja…” Usu melihat ke arah jam tangannya. Ingatkan nak suruh panggil puteri ke… Ashraf berbicara di dalam hatinya.
“Ooo ok… ingatkan nak suruh panggil tuan puteri ke…” Ashraf cuba mencari titik keakraban. Keduanya ketawa.
“Saya balik dululah ye Ash… lagi pun petang nanti saya kena pergi kolej semula…” Usu bangun mencapai beg sandangnya. Selepas memberi salam, dia berlalu meninggalkan Ashraf dan Alia.
“Err… Zulfa….” Ashraf mematikan langkah Usu di depan pintu bilik itu. Usu menoleh.
“ye…” Usu mengangkat keningnya seolah-olah bertanya.
“Friend…?” Ashraf bersuara semula sambil menguntum senyum.
“Sure… take care…” balas Usu sambil menghadiahkan sekuntum senyum. Ashraf membalasnya dengan senyuman.

.........

“Angah kenal kak Zulfa ke?” Alia adik bongsu Ashraf bersuara selepas Usu hilang dari pandangan.
“Kenal begitu-begitu saja… takdelah rapat sangat… Alia kenal dia ke?” Ashraf membetulkan selimut di hujung kakinya.
“Alia kenal kawan kepada kak Zulfa… nama dia kak Hana…” balas Alia yang masih sibuk bermain game.
“Ooo… kak Hana yang putih-putih selalu pakai tudung dengan keronsang kat atas kepala tu ke?” tanya Ashraf semula.
“Eh… mana Angah tau semua tu? Angah ini pergi kerja ke pergi mengintai anak dara orang?” tanya Alia tersengih memandang Ashraf.
“kerja lah… mengintai tu part-time saja…” Ashraf mengenyitkan sebelah matanya pada Alia.
….

“Iye… takkanlah aku ni. dah rosak bijik mata pulak Ecah oi… memang sah dia…” Usu bersungguh-sungguh menjelaskan pada Ecah.
“Ye ke? kau yakin tak salah orang? Dah lebih setahun dah dia tak ada kat kolej ini…” Ecah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Air kelapa muda yang dibeli dari gerai tepi jalan tadi disedutnya sedikit demi sedikit.
“Kalau kau tak percaya, kau ikut aku pergi melawat dia di hospital petang nanti… kau tengok sendiri dengan bijik mata kau tu…” saran Usu.
“Petang ni… ok.. aku tak ada benda.. set..” Ecah bersetuju.

........................................bersambung.....................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 21:56


KT5_Vol2_Ep12


....................................................................................

“Angah… rehatlah dulu dua tiga hari di rumah…” Puan Zuraidah mengangkat sedulang kopi diikuti di belakangnya Alia membawa semangkuk mee goreng.
“Ala… mama ini risau sangat lah… Angah bukannya sakit apa pun… hypoglycemic saja… Angah dah sihat lah mama…” Ashraf menuangkan air kopi ke dalam cawan kemudian menghulurkan kepada ibunya.
“Angah ini degil betul lah… nanti kalau sakit orang jugak yang susah…” Alia memprotes.
“habis tu… takkan Acu sanggup tengok Angah terbongkang kat hospital tu…” Ashraf menggosok-gosok ubun-ubun Alia. Sempat dia mengelak.
“Ala… kak Zulfa kan ada… Oppsss…. sowee… tak sengaja…” Alia menutup mulutnya dengan tangan sambil mengerutkan dahinya. Ashraf terbeliak memandang Alia.
“Oo… time mama tak ada di hospital ada orang lain lah yang jaga Angah ye…” Puan Zuraidah tersenyum sinis memandang anak terunanya. Darah terasa menyerbu naik ke muka Ashraf. Hampeh punya adik… tak reti menyimpan rahsia langsung…
“Mana ada… mama percaya sangatlah dengan Acu tu…” Ashraf mengerutkan dahinya. Mee goreng di dalam pinggan segera dihabiskan.
“Dah habis Angah….?” Puan Zuraidah bersuara lagi.
“Ermm dah habis… Angah naik atas dulu mama…” Ashraf segera naik ke atas.
“lah… mama belum habis cerita pasal siapa Acu..? Zulfa?” Suara ibunya dibiarkan sahaja Ashraf melangkah terus naik ke atas tanpa menoleh ke belakang.

…..

Usu melangkah seiringan dengan Ecah. Beg sandangnya dibetulkan agar tidak mengganggu langkahnya. Ecah menurutnya sambil melihat ke arah jam di tangan. Sesampainya di hadapan lobi lif, butangnya ditekan segera. Usu melangkah dahulu masuk ke dalam lif diikuti oleh Ecah.

Mereka melangkah masuk ke dalam wad Perubatan Lelaki. Usu melangkah terus ke bilik 3B. Kosong. Katil bersusun kemas. Selimut terlipat di hujung kaki katil Persis tiada yang mendiami bilik itu.

“Usu?! buat apa kat sini?” Izzah mengejutkan Usu yang terjenguk-jenguk ke dalam bilik 3B itu sambil Ecah mengerutkan dahinya.
“Opocot…!” Usu berpaling ke belakang sambil menggelengkan kepalanya.
“Usu cari siapa?” Izzah bertanya lagi.
“Tu…” Usu menuding jarinya ke arah katil di dalam bilik 3B.
“Oh… Ashraf?” tanya Izzah mendapatkan kepastian. Usu mengangguk.
“Dah balik dah pagi tadi…” jawab Izzah sambil tersengih.

.....................................


Usu merenung jam di dinding. Pukul 10.10 malam. Dia memandang kembali ke arah skrin laptopnya. k^@sh baru saja online.

puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: pergi mana dua hari tak online?
k^@sh: waalaikumusalam..
k^@sh: ada hal sikit…
k^@sh: tunggu saya ke? :-di
puteri_aiman: mana ada…
puteri_aiman: saja nak tau saja…
puteri_aiman: mana tau awak sakit ke.. apa ke…
k^@sh: does it really matter to u?
k^@sh: siapalah saya ni. …
puteri_aiman: kasarnye bahse…
puteri_aiman: sounds like awak masih marahkn saya..
k^@sh: sowee… no offense…
puteri_aiman: :-)
puteri_aiman: so… bila balik Malaysia?
k^@sh: hahaha….
puteri_aiman: why? apa ini? gelak2 pulak..
k^@sh: saya dah lebih 6 bulan kat Malaysia lah…
k^@sh: dah kerja pun…
puteri_aiman: apa?!!! biar betul?
k^@sh: betul lah… buat apa nak tipu…
k^@sh: tu lah…
k^@sh: orang tegur tak nak bls mesej…
puteri_aiman: tahniah…
k^@sh: terima kasih…
k^@sh: awak pulak macam mana sekarang?
puteri_aiman: saya smbung ijazah…
puteri_aiman: dalam negeri saja..
puteri_aiman: sekarang ini final year…
k^@sh: alhamdulillah..
k^@sh: congrats to u too..
k^@sh: stadi rajin2 key…
puteri_aiman: insyaAllah…
k^@sh: awak…
puteri_aiman: ye..?
k^@sh: Kenapa awak benci lelaki?
puteri_aiman: nonsense.. saya tak benci lelaki
puteri_aiman: saya berhati-hati…
k^@sh: sampai tak nak terima lelaki?
puteri_aiman: Kenapa perlu saya peningkan kepala
puteri_aiman: lebih baik single saja..

……………………

Izzah berlari-lari anak menuju ke arah telefon. Deringannya membingitkan telinga.

“Hello… assalamualaikum…” suaranya termengah.
“Waalaikumussalam… itu rumah Dr. Nurul Izzah ke?” suara lelaki menjawab salam Izzah.
“Ye… saya Dr Nurul Izzah… ada apa hal?” Izzah bertanya. Keningnya berkerut.
“Err.. saya Ashraf… patient Dr hari itu…” Ashraf berterus terang.
“Ohh.. Ashraf… ada apa hal Ashraf call ini..” Izzah kelihatan lega sedikit mendengar nama Ashraf.
“Erm… er…” Ashraf teragak-agak hendak mengutarakan hasratnya.
“Ohh.. nak cakap dengan Usu ke?” Izzah meneka. Sengih terlukis dibibirnya.
“Erm… dia ada?” Ashraf tak menjawab soalan Izzah tadi.


...........................................bersambung......................................


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-08-06 12:08


teruskan dr meow...!


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-08-06 14:52


cepat lah sambung Dr.Meow..huhu...tak sabar neh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 08-08-06 16:36


uit..sambung lagi...chiok2!dr.meow...sambung...huhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-08-06 18:39


hai...makin menarik cerita ni:-) cepat-cepat lah sambung ye...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-08-06 09:47


ha...smbung lagi ke???

cepat lah habis kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 10:35


cepat lah dr meow... jangan buat kami tertunggu2 :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 13:23


sabar ye... bukan tak nak smbung tapi ada masalah sikit dengan cerita asal dia... nanti bila saya dah edit dan susun semula plot seterusnya... saya post kan terus sampai episod terakhir... ok... minta maaf banyak-banyak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

azmir
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11296
Posting: 33
Dari: already transfer to malaysia,my hometown

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-08-06 22:13


meow itu doctor ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmirProfil   Hantar PM kepada azmir   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-09-06 10:09


Pada 22-08-06 13:23 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

sabar ye... bukan tak nak smbung tapi ada masalah sikit dengan cerita asal dia... nanti bila saya dah edit dan susun semula plot seterusnya... saya post kan terus sampai episod terakhir... ok... minta maaf banyak-banyak...


kalau boleh as soon as posible

da xsaba da ni..hehe


-----------------
2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 14:15


Salam

Doktor Meow adalah pelajar perubatan tahun akhir di U** (err.. tuan doktor, nak kena reveal ke?)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 15:16


Pada 02-09-06 14:15 , kinobaik posting:

!!! QUOTE !!!

Salam

Doktor Meow adalah pelajar perubatan tahun akhir di U** (err.. tuan doktor, nak kena reveal ke?)


Erm... BIARLAH RAHSIA.... :di :di :lol: :roll: :roll:


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 15:55


tahniah!!!...

tapi kalau dah bukukan nanti
jangan lupa kabo kat kitorang ye..

susah sikit lah nak mengadap komputer lama2...

caiyok!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

emi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4053
Posting: 139
Dari: Alor Setar, Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 13:03


bagus baca cerpen ini sebab dapat restkan fikiran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For emiProfil   Hantar PM kepada emi   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 22:03


BESTLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 21-09-06 12:43


dr.meow...boleh nak sambung???dah lama tungguni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 12:36


KT5_Vol2_Ep12


Usu mundar mandir di lobi fakultinya. Jam tangan jenama Casio direnung berulang-ulang kali. Sudah berapa lama dia tercegat di situ. Hampir sejam setengah. Dia sendiri tak faham Kenapa mesti dia turutkan arahan dari Ashraf. Bukannya dia kenal benar dengan lelaki itu. Kenal sekadar antara seorang pelayan cafeteria dan juga pelanggan. Tidak lebih dan tidak kurang.

Usu mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandang. Dia mencari-cari satu nombor dari dalam Phonebook.

“Assalamualaikum… Ecah…” suara Usu memecah gegendang telinga Ecah.
“Waalaikumussalam… kau pakai mikropon ke ini. Aku rasa dah nak pekak saja telinga aku ini..” Ecah bersuara dari balik sana.
“Dah.. tak payah nak perli-perli aku… kau kat mana ini?”
“Atas katil dalam bilik… apa hal?” Ecah membetulkan duduknya di atas katil.
“Datang lobi kejap…” Tegas suara Usu.
“ada apa?” Ecah mengerutkan dahinya.
“Datang saja lah…” jawab Usu ringkas.
“Hmm…” Ecah mematikan talian.

………

Meraba-raba sesuatu di atas lantai. Dalam samar-samar petang. Ashraf tidak betah dengan keadaan itu.

“Angah? buat apa ini? buang tebiat ke apa ini?” Suara Alia memecah keheningan petang. Suasana tenang sebentar tadi terganggu.
“Hmmm??” Ashraf mengerutkan dahinya.
“Carik apa atas lantai tu?” Alia memuncungkan bibirnya ke arah tangan Angahnya yang teraba-raba di atas lantai.
“Contact lense…” Ashraf ringkas menjawab. Perhatiannya tertumpu semula ke arah lantai parkir di dalam biliknya itu.
“Oooo…” Alia melangkah setapak ke depan.
“Stop!!!” Ashraf menadah tangan seolah-olah menghalang Alia dari bergerak.
“Kenapa?” Alia sedikit terkejut.
“Jangan masuk… nanti Acu terpijak contact lense tu…” terang Ashraf. Jam di dinding direnungnya sekali imbas. Erk… alamak mampus lah aku kena marah dengan dia… dah lewat gila ini..

……….

Usu merenung jauh di tepian tingkap bas. Saujana mata memandang terbentang luas sawah padi menguning. Seolah-olah menyambut kedatangannya. Tersenyum. Di hujung sana tersergam gunung Jerai dengan seribu satu misterinya. Kedamaian alam yang terlukis indah di hadapan matanya gagal memberikan ketenteraman pada hatinya. Benarlah kata-kata naqibah usrah group Mujahidahnya dulu ‘Hati adalah di bawah taklukan Allah swt… mana mungkin kita bergembira jika Allah melimpahkan duka pada hati kita semua… mana mampu kita bersedih jika Allah menentukan kebahagiaan buat kita… siapa kita hendak menentukan gembira atau tidak hati kita…’

“Ya Allah… yang kau datang sini buat apa?” Ecah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia membetulkan kembali tudungnya yang sedikit herot.
“Mmmm…” Usu sekadar menggelengkan kepalanya. Mana jin yang sudah merasuknya sehingga dia menurut sahaja permintaan Ashraf untuk berjumpa di lobi fakulti.
“Kau suka dia kan Usu. Aku dah agak dah… kau ini mesti dah jatuh hati dengan dia kan?” Ecah meneka. Walau pun dia tahu bahawa teman baiknya itu bukan senang untuk dirapati lelaki; inikan pula hendak bercinta.
“Taklah… mana ada aku jatuh cinta semua ini… tapi… eiii!!!! apa pasal ini. Aku tak faham lah Ecah…” Usu menghempaskan punggungnya di atas kerusi yang tersusun di tepi dinding. Pandangannya ditala ke arah Ecah yang masih berdiri tercegat di situ.
“apa yang kau nak hiraukan… dia bukannya tau kau datang pun hari ini…” balas Ecah yang dapat mengagak kata hati temannya itu.
“Eii kalau dia tau aku datang…. malunya… macam aku pulak yang terlebih-lebih sudu dari kuah ini…” Usu menyesali tindakannya yang mengikut kata hati tanpa berfikir panjang. Nasib baik Ashraf tidak datang petang itu. Kalau tidak, entah di mana hendak diletakkan mukanya itu.

Usu tersedar dari lamunannya kerana tiba-tiba drebar bas itu membunyikan hon. Dia cuba melihat ke depan tapi tak nampak apa-apa. Perjalanan selama 5 jam menaiki bas itu sungguh meletihkan. InsyaAllah dalam beberapa ketika lagi dia akan sampai ke bandaraya Alor Star. Dia akan menghabiskan cutinya di rumah atuk dan neneknya di sana. Cuba mencari sesuatu yang hilang dan mencari sesuatu yang tidak dapat dilihat di hadapan mata kasarnya. Usu mengeluh panjang. Jam tangan dijelingnya sekilas. 5.33 petang.


-----------------------------------bersambung-----------------------------------------



p/s: sebhg dr plot yang disusun semula setelah hilang akibat serangan virus... huhu... kesiannya daku kena susun semula.. hihi...


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 12:48


KT5_Vol2_Ep13



“Amboi… lamanya Tok tak tengok cucu Tok ini… besaq dah no.. “ nenek Aishah memeluk erat cucu perempuannya di dalam dakapan di tengah-tengah orang ramai di Terminal Bas Shahab Perdana. Semua mata seolah-olah sedang memerhatikan drama percuma di situ. Huhu.
“Isy… Tok ni… Usu kecik lagi lah Tok… Tok dengan Tokwan sihat?” Usu mencium pipi neneknya.
“Alhamdulillah… sihat… jom… Tokwan hang dok tunggu dalam kereta nun… buat lama-lama oghang tua tu sat lagi dia potpet lah… jom… mana beg?” Neneknya menunjukkan ke arah sebuah kereta Perodua MyVi di hujung tepi jalan bersebelahan dengan gerai menjual cendol. Usu tergamam. Tokwan aku ini sejak bila pulak pandai bawak kereta ini…? MyVi pulak tu… bior bebenor Tokwan aku ini… Usu bermonolog sendirian sambil mengangkat beg pakaiannya.
“Tok…” Usu bersuara seketika selepas mereka melangkah. Tangan kanan neneknya itu digenggam mesra. Cucu kesayangan. Cucu manja lah katakan.
“Hmm apa dia?” tanya neneknya.
“Tokwan dah boleh pandu kereta ke Tok?” tanya Usu selamba badak.
“Isy… Usu ini… Tokwan hang tu mutu dia gheti lah… kereta mana dia nak tau… kereta lembu tau lah…” balas neneknya. Pecah ketawa kedua-dua mereka.
“Dah tu Tok dengan Tokwan datang dengan siapa?” tanya Usu lagi setelah ketawa reda. Persoalannya masih belum terjawab lagi.
“Ada… lah… mana boleh habaq lah ini… sat lagi Tok ceghita… jom lah kaeh sikit…” neneknya menggesa.

Usu melangkah mengekori neneknya di belakang. Matanya melilau melihat wajah-wajah di sekitar gerai cendol itu. Manalah tahu ada wajah yang dikenalinya yang mungkin menjadi drebar kepada nenek dan atuknya. Tapi, semuanya wajah-wajah asing padanya. kecuali Tokwannya yang sedang tersenyum di tepi gerai itu sambil memegang sebungkus cendol pulut di tangannya.

“Assalamualaikum Wan…” Usu menghulurkan tangannya berjabat sambil mencium tangan Tokwannya.
“Waalaikumussalam… cucu tokwan ini sihat ka? amboi makin segak aih…” Tokwannya menyambut huluran tangan Usu. Ubun-ubun cucunya itu diciumnya. Usu pulak tersengih mendengar pujian dari Tokwannya itu.
“Usu sihat saja.. alhamdulillah.. Tokwan sihat?” Usu memimpin tangan Tokwannya sambil diperhatikan neneknya yang tersenyum melihat keletah cucu mereka.
“Tokwan lagu ni lah… sat ni batuk.. sat ni lega… lagu tu lah…” balas Hj Ibrahim.

“Dah siap ke semua Ustaz?”
Usu terpinga seketika. Senyuman dan genggaman tangan Tokwannya dilepaskan. Suara itu datang dari belakangnya. Segera dia mendapatkan neneknya yang masih lagi tersenyum. Usu tunduk.
“Ha… dah lah kowt… ada barang apa-apa lagi ka Usu?” tanya Hj Ibrahim pada Usu yang tersipu-sipu di sebelah neneknya. Usu menggelengkan kepala.
siapa pulak ini. Tak pernah tengok pun. Sejak bila mamat ini wujud ke alam maya ini? Usu berbicara dengan hatinya sendirian.

Sepanjang perjalanan dari stesen bas ke kampung atuk dan neneknya Usu lebih banyak berdiam diri. Ada juga sekali sekala dia mengiyakan kata-kata datuknya. Banyaknya dia mengangguk dan menggeleng kepala sahaja. Dia bukannya jenis pendiam, tetapi dia tidak selesa bila ada lelaki yang tidak dikenalinya ada di sekeliling.

Jangan-jangan aku kenal dia… manalah tahu kawan masa kecik-kecik dulu ke? Tak pun mamat ini jiran baru Tokwan dengan Tok agaknya? Isy… takkanlah.. Tokwan dengan Tok tak ada pun cakap ada jiran baru sewaktu aku call dua minggu lepas. Kalau betul ada jiran baru, mestilah Tok aku sibuk-sibuk bagitahu aku… siapa dia ni ek?

Usu memandang keluar tingkap. Dia menghela nafas panjang. Seketika dia memandang ke arah hadapan. Dah lama tak melawat Alor Star. Dah besar bandarnya, berstatus bandaraya rupanya. Matanya kemudian terhenti pada wajah pemandu MyVi hitam di sebelah datuknya itu. Orangnya nampak baik, berkaca mata dan penampilan kemas. Macam orang berstatus saja ini. Usu mengalihkan pandangannya ke arah cermin pandang belakang. Dia tergamam seketika bila melihat sepasang mata tepat memandang wajahnya. Segera dialihkan pandangan lantas memandang keluar.

Astaghfirullah… Ya Allah ampunkan aku ya Allah.. Janganlah kau duga aku dengan dugaan yang berat… Astaghfirullah…

Usu beistighfar di dalam hatinya. Kejadian tadi membuatkan jantungnya tiba-tiba rasa berdebar-debar. Takut pun ada juga. Nanti dikatanya mencuri pandang anak teruna orang pula. Eii.. janganlah. Minta dijauhkan.

Ke dia yang curi pandang anak dara orang? Eiii tak senonoh betul lah mamat ini… Usu bermonolog sendirian sambil tersenyum melihat sawah padi terbentang luas. handsome jugak mamat ini… hehe.. Terdetik di dalam hatinya. Tersenyum lagi sendirian.

………………………

Pagi yang indah. Usu ceria pagi itu. Awal pagi tadi Ecah telefon. Seronok betul dia bercerita tentang percutiannya sekeluarga di Sabah. Macam-macam yang dibualkannya. Selepas itu dia membantu Toknya memasak sarapan. Paling unik kehidupan di kampung adalah dapur kayu. Tradisional dan penuh nilai budaya. Walau pun di rumah itu ada dapur gas, tetapi neneknya lebih memilih untuk menggunakan dapur kayu. Pedih matanya terkena asap sabut. Sampai meleleh-leleh air mata. Huhu.

Neneknya memasak nasi goreng dan cucur ubi. Fuh.. walau pun yang ada di rumah itu hanya bertiga, tapi hidangannya mengalahkan sepuluh orang makan. Berselera benar Usu menikmati sarapan pagi tadi. Sempat juga dia menghantar sedikit juadah ke rumah Makcik Asa di sebelah rumah. Makcik Asa juga membalas dengan sedikit juadah karipap sardine. Huhu… macam bulan puasa saja rasanya.

Usu menyapu halaman rumah neneknya. Daun-daun mempelam bertaburan. Sambil menyapu dia memasang MP3 Player. Earphone disumbatnya ke dalam telinga. Tudungnya dibetulkan sedikit. Seketika kemudian Mestica memulakan ‘konsert’ di telinganya dengan lagu pertama Layar Keinsafan. Usu menyanyi-nyanyi perlahan sambil tangannya rancak menyapu halaman.

“Usu… oh Usu…” suara Toknya memanggil dari dapur. Usu menanggalkan sebelah earphone sambil memandang ke belakang.
“Ye tok… Usu di depan ini…” balasnya. Neneknya muncul di hadapan pintu.
“lah… toksah sapu lah daun tu… sat ni dia turun lagi tak larat nak menyapu… Mai sini tok nak sembang sikit…” Neneknya menghempas punggung di atas pelantar yang dibuat di bawah pohon cempedak di tepi rumah.
“ada apa tok..?” tanya Usu penuh suspen.
“Mai lah dok tang ini dulu…” Neneknya membetulkan duduknya.
“Usu mengaji habih ddak lagi?” tanya neneknya.
“Belum lagi tok… ada satu sem lagi… awat tok?” Usu bertanya semula.
“Usu dok ada bekawan dengan sapa-sapa ka lah ini?” tanya Hajjah Aishah semula. Dia melurut-lurut jari jemari cucunya.
“Ada… Ecah… Hana… Kak Mas.. ramai lah tok…” jawab Usu selamba. Dia faham maksud neneknya bukan begitu. Dia tahu neneknya bertanya tentang teman istimewa, bukannya teman biasa.
“Eih… bukan kawan hat tu… kawan lain ini…” balas neneknya semula.
“Takdak lagi lah tok.. sapa lah nak berkenan kat Usu ini tok…” balas Usu berseloroh.
“Ni.. tok nak habaq kat Usu ini… hari tu ada oghang habaq kat tok dengan tokwan… dia berkenan dekat Usu… tapi dia segan nak habaq sendiri kat Usu… pasai dia ni bukannya biasa sangat dengan Usu…” neneknya memandang ke arah Usu. Tenang.
“siapa tok?” tanya Usu semula. Dia dapat mengagak siapa. Tapi sengaja ditanya untuk kepastian.
“Tu lah… sapa lagi… hat pergi dengan tok masa ambil Usu di stesen bas hari tu…” jawab neneknya.


-------------------------------bersambung------------------------------


glosari bahasa kedah:

Shahab Perdana = Terminal Stesen Bas Utama di Bandaraya Alor Star
Kaeh = cepat
Mai = mari
tang = di (contohnya tang ini = di sini)

p/s: kalau tak faham bahsa kedah tu boleh tanya mana-mana ahli ukhwah dari utara... hehe :-di


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 06-11-06 22:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-09-06 08:53


he's back!!! :-di :-di cepat lah sambung agih..tak sabar2 dah ini nak tau siapa yang bawak kereta myvi tu..hehe.. :-P


-----------------
pregnancy


Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 25-09-06 10:49


wa...best!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 21:43


harap dapat sambung secepat yang mungkin

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-09-06 22:40


best cerita ni.....bila nak sambung....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 21:27


lambat lagi ke dr. meow....tak sabar nak tau ending...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

kamilla
Warga Rasmi
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26492
Posting: 9
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 07-10-06 16:35


chaiyok2!!!
apa seterusnya?
cik dah tak sabar.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamillaProfil   Hantar PM kepada kamilla   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 16-10-06 13:27


...???

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 03-11-06 14:51


dah sebulan lebih tak ada ... sibuk dengan ihya' ramadhan atau ada exam lepas raya barangkali ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 22:16


KT5_Vol2_Ep14



“Wah… lama betul tak jumpa oghang KL ini…” Humairah memeluk erat Usu. Sepupu paling rapat kepada Usu. Anak kepada Mak Su Aminah, adik ibunya. Mereka sebaya sahaja.
“Mai… kau ni makin berisi lah… ada apa-apa ke ini?” Tingkah Usu sambil mengenyitkan sebelah mata.
“Mana ada…?! Sama saja lah… dari dulu lagi lagu ini lah… hang tu aku tengok makin berseghi-seghi… macam seghi pengantin pun ada… tak lambat lagi dah kowt?” Humairah duduk di sebelah Usu di atas pelantar di rumah nenek mereka.
“Kau ini dari dulu tau… asyik-asyik mengusik aku…” balas Usu memuncungkan mulutnya.
“Weh… toksah lah nak buat muka sekupang hang tu…” Humairah menepuk bahu Usu. Kedua-duanya tertawa.
“Erm… apa cerita sekarang ini?” tanya Usu setelah tawa mereka sedikit reda.
“… kami ada menteri besaq baghu lani… Datuk Mahdzir ganti Syed Razak… padi depa tak mengerat lagi… baghu dok menaboq… lepaih tu… adik aku baghu masuk tingkatan 3… ha… tu ceghita paling baghu lah.. hang nak ceghita mana?” balas Humairah selamba dengan loghat Kedahnya.
“Amboi…. loyaq bughuk nampak?” balas Usu meniru loghat Humairah.
“Nii.. dengaq sini aku nak habaq kat hang… toksah lah hang nak cakap Kedah… bughuk hang tau… geli lubang telinga aku dengaq…” balas Humairah.

Triitt… triit… (bunyi handset Usu)

             Assalamualaikum…
             Balik kampung tak bagitahu saya pun…
             selamat bcuti… enjoy your holiday..

Usu terpinga menatap bait-bait mesej yang baru diterimanya itu. 012-789 1234. Usu merenung tajam nombor telefon yang tertera di dalam handphone nya. Entah siapa pula yang teringin nak menjadi pengacau kedamaian cutinya. Usu menekan-nekan butang di keypad telefonnya itu.

             Waalaikumussalam…
             kowt ye pun.. bagitahu lah siapa ini?
             Tak payah nak buat lawak antara benua kat sini..

“Eii hang nii bahasa kasaq lah Usu… cuba lah lembut sikit…” Suara Humairah mengejutkan Usu yang sedang leka menaip mesej.
“Oit… kau nii… tak malu betul… baca mesej aku…” Usu mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati.
“Ala… surat chenta aku pun hang belasah baca… takkan lah nak baca mesej sikit pun tak boleh.. kedeq lah hang ini…” Humairah tersengih sambil menampar peha Usu.
Keadaan diam seketika. Usu membaca mesej yang baru diterimanya.

            Sorry.. lupa pulak nak intro..
            saya chef mee goreng Vietnam.. :-di

Usu tersenyum sendirian. Dia kenal siapa chef mee goreng Vietnam. Makanan istimewa cafeteria fakultinya. Dia tersenyum lagi. Hati berbunga tanpa dipinta.

“Ehem… syok nampak? Dok layan angau lah tu… dah lah aku nak balik lah macam ini… buang karan saja aku dok melangut tang ni..” Humairah merajuk.
“Ala.. Mai.. rileks lah.. kau ini entah hape-hape… dah tua pun nak merajuk… ini kawan aku lah… kawan lama..” balas Usu sejujurnya. Tapi sebenarnya dia tidak pasti apa yang dikehendaki oleh hatinya.
“Dah tu… yang dok senyum sampai telinga tu awatnya? Hang toksah nak kelentong aku lah Usu… sekilaih ikan dalam bendang tu. Aku tau lah ikan puyu ka ikan sepat benua…” Humairah mengomel lagi sambil menuding jarinya ke arah sawah padi yang luas terbentang.
“Ha.. teka lah… ikan puyu ka sepat benua cik Mai oi…” Usu mengagah.
“Uh… ini ikan lain ini… ikan jaws ini… ikan ini istimewa ini.. pasai dia pandai mengacau anak dara oghang… lepaih tu dia pandai main-main telefon pulak..” Selamba Humairah menjawab.
“Huh.. dah lah tu Mai.. kau ini kalau dibiarkan.. merapu sampai besok pagi… jomlah masuk… tengok Spongebob lagi best… jom..” Usu menarik tangan Humairah masuk ke dalam rumah. Humairah bangkit mengikut Usu dari belakang.


--------------------------bersambung-------------------------------

Glosari:

kedeq = kedekut


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 22:27


KT5_Vol2_Ep15



Ashraf berjalan mundar mandir di dalam biliknya. Serba serbi tak kena. Apa sahaja yang dilakukannya selama seminggu itu dirasakan ada sahaja yang kurangnya. Ke mana sahaja dia pergi atau apa sahaja yang dilakukannya, nama itu sentiasa meniti di mindanya. Ashraf sedar dia sudah jatuh hati. Bukan semata-mata kerana dia bertemu dengan insan seistimewa ‘dia’, tetapi pilihan yang dibuatnya itu adalah dari hatinya. Pilihan hatinya sendiri.

Ashraf merenungkan ke arah komputernya. Rindu rasanya seminggu tidak berbual dengan ‘dia’. Ashraf seolah-olah mati kutu. Tapi, dia sedar bahawa dia bertepuk sebelah tangan. Kerana dia belum pernah menyatakan perasaannya yang sebenar terhadap ‘dia’. Ashraf menantikan saat dan ketika yang paling sesuai untuk meluahkan segala yang terbuku di dalam hatinya.

         Salam…
         Kau ada hal tak ptg nii? Jom.. main futsal..

SMS dari teman sepejabatnya Azlan. Ashraf membalas yang dia tidak ada mood untuk main futsal. Azlan faham. Ashraf membuka diarinya. Dia meandang ke muka surat pertama.

“U better pray to Allah… Only Him that has the power to bring me to u”

Kata-kata dari Usu disimpan kemas di muka surat pertama diarinya. Kadangkala Ashraf bingung. Berapa lamakah perlu ditunggu untuk Allah swt membawakan Zulfa Aiman kepadanya? Apakah dia bukan berjodoh dengan gadis manis itu? Atau mungkinkah perjalanan jodoh mereka masih jauh lagi..? Pelbagai persoalan menimpa pemikirannya. Apa pun dia redha dengan segala ketentuan Allah swt. Dia akan terima siapa sahaja yang dipilih oleh Allah swt untuknya.

Triiit… triit..

“Assalamualaikum…” Ashraf memasang hand-free device ke telefon bimbitnya. Sambil itu dia membetulkan duduknya di atas kerusi.
“Waalaikumussalam… Ashraf… kau ok ke ni?” Suara Azlan menerjah ke telinga.
“ ok rasanya.. mm aku ok..” balas Ashraf teragak-agak. Mampukah dia menipu sahabatnya itu? Azlan sudah masak benar dengan perangai Ashraf. A-Z segalanya diceritakan Ashraf pada Azlan.
“Dah lah tu. Aku on the way pergi rumah kau nii. Aku tau kau ada masalah… tak payah temberang dengan aku lah..” Azlan memberitahu.
“Aku ok saja… kau tak payah susah-susah…” balas Ashraf.

Perbualan dua sahabat itu tamat seminit kemudian. Ashraf masih enggan memberitahu masalahnya kepada Azlan. Dia banyak berdiam sahaja. Azlan bertegas untuk berjumpanya.

“Kau tak payah tipu aku lah Ashraf. Aku tau kau ada masalah…” Azlan melabuhkan punggungnya ke atas katil Ashraf. Kunci keretanya di letakkan di atas tilam. Dia merenung wajah teman baiknya yang tak ubah seperti kucing kematian anak.
“Hmm… entahlah. Aku tak tau nak cakap macam mana… kusut fikiran aku..” Ashraf meramas rambutnya beberapa kali.
“Aku rasa sebab Zulfa Aiman tu kan? Awek yang berjaya buat kau berubah 180 degree, turn upside down tu kan?” Azlan cuba meneka walau pun dia 99.9% yakin itulah jawapannya.
“ok. Aku mengaku… memang sebab dia…” Ashraf bersuara semula.
“So, apa masalahnya?” Azlan bertanya semula.
“Aku sayangkan dia… tapi aku rasa diri aku nii macam langit dan bumi dengan dia…” Ashraf mendiamkan dirinya seketika.
“Langit dan bumi lah pasangan yang ideal… macam bulan dan bintang, air dan api… saling lengkap-melengkapi… tak ada istilah berbeza dalam cinta lah wei… manusia mana yang 100% sempurna. Aku yakin dia juga faham semua ni…” Azlan meyakinkan Ashraf.
“entah lah. Aku mengaku aku rindu dengan dia sekarang nii… tapi aku tak berani nak cakap pada dia. Aku rasa rendah diri sangat… kau pun tahu aku macam mana sebelum nii kan? Bayangkanlah dia dengan usrah dia, tamrin dia, dakwah lah semuanya… dia sangat istimewa depan mata aku…” Ashraf meluahkan segala yang berbuku di dalam hatinya.
“Yang lepas tu biarlah lepas… kau pun berubah ke arah yang baik, bukannya kau jadi semakin teruk.. fikirlah untuk masa depan kau… sampai bila kau nak pendam rasa hati kau tu? Sekurang-kurangnya dia tahu perasaan kau terhadap dia… kalau kau diamkan saja macam nii, kau juga yang merana…” Azlan menyinsing lengan kemejanya.



-----------------------------bersambung------------------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 22:44


KT5_Vol2_Ep16


Usu memakai baju kurung yang dihadiahkan oleh neneknya raya tahun lepas. Baru beberapa kali dia pakai baju itu. Hari ini dia akan berjalan-jalan di bandaraya Alor Star. Dah lama dia tak berjalan-jalan di Pekan Rabu dan juga Pacific Hypermarket. Teringin nak makan mee goreng di Pekan Rabu dan juga bersiar-siar di Menara Alor Star. Usu membetulkan tudungnya di hadapan cermin sambil tersenyum seorang diri.

“Ehem… yang dok sengih soghang-songhang tu awat? angau?” Suara Humairah mengejutkan Usu. Dia menoleh sambil mencebikkan bibirnya.
“Masuk bukan nak bagi salam…” Usu memperli Humairah. Langkah Humairah terhenti pada jam tangan yang terletak di atas meja solek Usu.
“Wah… lawanya jam… sapa bagi nii…?” Humairah mengangkat keningnya dua kali.
“Mana ada sapa nak bagi kat chek cik Mai ooooiiii…” Usu mengacuh bahasa Kedah. Dia tersenyum semula memandang jam itu. Hadiah dari Ashraf sempena ulangtahun kelahirannya. Hadiah itu diberikan Ashraf. Tapi jarang dipakainya. Kata orang ‘tanda harga pun belum dibuang lagi’. Huhu.

Seketika kemudian Humairah melangkah keluar dari bilik diikuti pula oleh Usu. Sebaik sahaja Usu melangkah masuk ke ruang tamu, langkahnya terhenti seketika. Begitu juga dengan renung matanya terpaku pada sebatang tubuh yang tercegat di tepi tingkap ruang tamu itu. Serentak dengan itu, jantungnya berdegup kencang. Mukanya rasa seperti berpeluh. Aduh… buat apa pulak mamat ini kat sini..? Usu berkata di dalam hatinya. Humairah yang faham kekusutan di dalam hati Usu seraya menjelaskan.

“Usu… kenalkan.. yang nii abang Safuan… abang Safuan akan jadi pemandu pelancong hang… hehe” Humairah mengenyitkan sebelah matanya. Usu tergamam. Pemandu pelancong aku? Hilang akal ke hape minah nii? Usu mengomel di dalam hatinya. Kala itu mahu sahaja dia kata tak nak pergi. Tapi, nampak macam kurang ajar pulak. Dah lah mamat itu sanggup datang ambil di rumah, dah tu sanggup jadi ‘pemandu pelancong’ pulak. Nak tak nak terpaksa lah ukir senyum dan cakap terima kasih. Huhu.
“Terima kasih encik Safuan…” Gulp… Usu menelan air liurnya yang terasa macam ketul batu. Huhu… skemanye kau Zulfa Aiman.. terima kasih ENCIK Safuan.. haha lantak lah…
“Sama-sama” Safuan membalas dengan sekuntum senyum yang rasanya mampu mencairkan anak-anak dara. Ya Allah… tabahkanlah iman aku Ya Rabbi…
Masa rasanya macam terhenti seketika. Senyap sepi tanpa kata. Sama-sama diam. Hanya bunyi kipas angin di siling rumah sahaja yang kedengaran. Tak termasuk bunyi anak-anak ayam nenek Usu yang sedang menikmati juadah beras. Huhu. Humairah pula hilang di dalam rumah berjumpa dengan nenek Aishah. Usu rasa macam nak lari sahaja masuk ke dalam bilik.
“Zulfa cuti berapa lama?” Kesunyian itu akhirnya pecah juga dengan suara Safuan bertanya pada Usu. Seperti biasa Usu tunduk diam sambil memerhatikan kakinya yang dibalut stoking hitam.
“ .. tiga minggu kowt… tak pasti lagi… mungkin lebih..” jawab Usu ringkas. Wajahnya diangkat sedikit ke atas untuk menjeling ke wajah Safuan.
“Zulfa tak selesa ke saya di sini? tak apa.. saya turun ke bawah saja lah ye..” sambung Safuan semula selepas menyedari keadaan Usu yang sedikit gelisah.
“Eh.. takpelah.. biar Usu saja… eh.. er.. saya saja yang turun bawah… saya jumpa nenek kejap…” balas Usu sambil berpusing ke arah dapur. Merah padam mukanya ketika itu. Biar Usu saja… huhu hilang akal betul… tersebut nama glamer aku pula… Usu bermonolog sendiri di dalam hatinya.

………………………………….

Perjalanan ke Alor Star tidaklah mengambil masa terlalu lama. Tapi cukup membosankan bagi Usu. Nak pulak duduk di dalam kereta encik Safuan ini. Huhu.

“Hmm.. Usu.. abang Safuan nii mengaji tinggi juga hang tau… kat mana abang? apakenama entah universiti tu?” tanya Humairah kepada Safuan.
“University of Newcastle Upon Tyne” balas Safuan tersenyum sambil memandu. Usu hanya memandang selamba kepada Humairah yang nampaknya ramah tamah melampau tahap gaban tu.
“Abang Safuan nii arkitek… kerja kat KL nun… tapi lani ‘cuti panjang’… hehe kan abang kan?” Humairah tersengih.
“Cuti panjang?” Usu bersuara selepas beberapa ketika, tapi perlahan.
“Ofis saya nak reduce bilangan worker… so, pekerja yang baru grad semuanya diberhentikan kerja… so saya pun termasuk sekali dalam senarai tu…” jawab Safuan dengan nada seperti mengeluh. Baru setahun bekerja dah jadi macam itu. Sampai sekarang usahanya mendapatkan pekerjaan tetap masih tidak berjaya.
“Oic… kesiannya… then tak ada usaha cari kerja kat tempat lain?” tanya Usu. Humairah di sebelahnya sudah leka dengan MP3 player Usu. Agaknya nak bagi peluang Usu dan Safuan berbual tu.
“ada… dah merata tempat dah… interview saja dah berapa puluh kali… tapi still senyap macam tu saja…” balas Safuan sambil membelok ke kiri memasuki Lebuhraya Sultan Abdul Halim menuju ke bandaraya Alor Star.
“InsyaAllah nanti ada lah tu… jadi sekarang encik Safuan buat apa?” Usu kekok menyebut encik Safuan. huhu.
“Tak payah encik-encik… panggil saja Safuan atau Wan…” balas Safuan semula.
“Er.. ok…” balas Usu ringkas.
“Sekarang nii saya kerja admin di pejabat sekolah agama Darul Aman… kat depan tu saja sekolahnya… kejap lagi saya tunjukkan sekolahnya…” balas Safuan.
Kesiannye… belajar sampai negri omputih, kerja kat sekolah saja… tapi bagus lah mamat nii.. tak memilih kerja.. Getus hati Usu semula.
“Wan tak ada kawan-kawan kat KL yang boleh tolong ke?” tanya Usu sambil melihat ke arah jam tangannya.
“ada jugak mereka tolong… tapi belum ada rezeki lagi lah rasanya… sekarang nii saya tengah tunggu keputusan interview dari KL lah…” jawab Safuan.
“Oic… company mana tu?” tanya Usu berminat.
“Teguh-Bina Development Corporation… kawan saya ada kerja kat situ… dengar kata mereka kekurangan arkitek… so, saya cuba apply.. kowt-kowt ada rezeki kat situ pula ke..” kata Safuan.
“Teguh-Bina? Ofis kat kawasan Damansara sana tu ke?” Tanya Usu hendakkan kepastian. Teguh-Bina Development Corporation.. familiar sangat nama itu pada telinganya.
“Aah.. Ofis Damansara tu cawangan saja.. Wan interview di headquarters… eh Zulfa tau ke syarikat tu?” Tanya Safuan kembali.


----------------------------------bersambung----------------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 22:55


KT5_Vol2_Ep17



Usu membetulkan tudungnya yang sedikit senget itu. Ada tetamu di luar. Terpaksa bertudung walau pun di dalam rumah nenek sendiri. Dapur kayu di hadapannya galak membakar puntung-puntung kayu kering yang dijadikan kayu api. Sesekali Usu meniup api yang semakin terpadam. Dibukanya tudung cerek untuk melihat air di dalamnya sudah mendidih atau belum.

“Cerek tu kan berbunyi kalau dah mendidih air dalam tu… tak payah lah tengok lagi…” Satu suara yang rasanya dikenali telinganya memeranjatkan Usu. Hampir sahaja dia terlepas tudung cerek di tangan. Usu menoleh ke belakang. Gulp. Dia menelan air liur. Dia nii lagi…
“Masuk rumah orang mulakan dengan salam…” balas Usu membelakangi Safuan.
“Assalamualaikum…” Safuan memberikan salam. Terukir senyum di bibirnya.
“Hmmm…” Usu menjawab salam di dalam hati sahaja. Suasana diam seketika. Masing-masing leka dengan alam sendiri.
“Berapa lama lagi cuti?” Safuan memulakan semula perbualan setelah melihat Usu seolah-olah diam membatu.
“2 minggu…” balas Usu. Kayu api di bawah para diambil satu persatu.
“Lepas nii… ada berapa sem lagi?” tanya Safuan seperti Inspektor Polis bertanya pada suspek jenayah. Huhu.
“Final sem…” balas Usu ringkas. Dia menjeling ke arah pintu dapur. Kelihatan Humairah sedang berbuai di atas buaian kain berhampiran pokok Cempedak tidak jauh dari situ. Humairah tersengih memandang Usu. kurrenng punya Mai… Sengihkan aku..
“Lepas tu.. nak sambung belajar lagi ke? atau nak kerja?” Safuan menyusun cawan ke dalam talam.
“Belum fikir lagi…” balas Usu.




…………………………………………

Usu bingkas bangun. Segera dicapainya jam tangan di atas meja solek di tepi katilnya. Dalam samar-samar pagi dia membuka matanya untuk melihat jam. 6.30 pagi
“Ya Allah… dah 6.30 pagi. Aku dah lewat nii…” Usu menjerit sendirian di dalam biliknya. Segera dia berlari mendapatkan tuala di atas meja. Dia berlari ke bilik mandi. 15 minit kemudian dia sudah sedia di atas sejadah. Solat Subuh.
Usai solat dia menadah tangan memohon doa kepada Yang Maha Esa. Mudah-mudahan dia mendapat rahmat dan barakahNya selalu. Tidak lupa juga memohon ampun atas kelalaiannya sebagai hamba.

Ayam itik sudah berbunyi. Burung-burung berkicauan riang menikmati keindahan pagi. Sesekali kedengaran bunyi katak di dalam bendang memanggil hujan. Selalunya kalau sebelah malamnya hujan, pasti katak-katak bendang akan galak memanggil hujan di sebelah pagi. Usu membuka daun tingkap biliknya. Pagi yang hening. Kelihatan anak-anak jirannya bergandingan berbasikal ke sekolah. Ada juga yang membonceng motosikal dengan ibu atau ayah mereka. Usu tersenyum sendirian melihat gelagat mereka. Teringat juga pada waktu dia bersekolah dulu. Hanya berjalan kaki sahaja. Bukan tak mampu memiliki basikal, tetapi sekolahnya terlalu dekat. Ayah menyuruhnya ke sekolah sambil ‘bersenam’. Hehe.

Cuti Usu tinggal seminggu lagi. Selepas ini dia akan pulang semula ke rumah abangnya Jenal untuk menyambung lagi pengajiannya. rasa tak sabar mahu menghabiskan pengajian. Mudah mudahan dia lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan akhir nanti. Ameen. Usu melangkah menghampiri almari pakaiannya. Di sebelahnya terdapat bakul pakaian kotor. Dia mengangkat bakul tersebut dan melangkah keluar menuju ke mesin cuci di dapur.

“Assalamualaikum tok… selamat pagi…” Usu memberikan salam sambil tersenyum menyapa neneknya yang sedang menyalakan api di dapur kayu. Nenek Aishah menoleh ke arah Usu sambil di tangannya sepuntung mancis yang sedang menyala.
“Waalaikumussalam… Usu nak makan apa pagi nii?” tanya neneknya.
“apa-apa saja lah tok… Usu tak kisah…” balas Usu sambil memasukkan pakaian ke dalam mesin cuci.
“Hari ni tokwan hang dia bawak balik ikan puyu… kita masak pedaih sedap tu…” nenek Aishah meletakkan cerek ke atas dapur yang sudah menyala.
“Isy… lama jugak Usu tak makan ikan darat nii tok… sedapnya..” balas Usu tersengih.
“Macam mana Usu denga Safuan?” tiba-tiba suara neneknya bertukar serius. Nenek Aishah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Usu tergamam seketika.
“Macam mana apa tok?” tanya Usu seolah-olah tak faham persoalan di benak neneknya.
“Tok tengok hangpa dua nii serasi saja… Safuan takdak kata apa-apa ka?”
“Tok ni pandailah buat cerita.. Usu dengan dia takdak apa-apa lah Tok…” balas Usu semula. Memang kalau dari segi fizikalnya, rupa parasnya, budi pekertinya; Safuan amat menarik di pandangan mata Usu. Tetapi, hatinya tidak langsung terusik untuk menyintai arkitek muda itu. Hatinya seolah-olah merindui seseorang yang lain. Seseorang yang lebih istimewa dari Safuan. Seseorang yang lebih dikenalinya melalui hati. Seseorang yang fizikalnya, rupa parasnya dan budi pekertinya hanya dapat dilihat oleh mata hatinya.
“Takpa lah Usu… Tok ni bukan nak tentu hala tuju hidup anak cucu Tok… dah oghang tu mai habaq kata berkenan kat cucu Tok ini, Tok habaq lah kat Usu… Ikut suka Usu lah… pilih yang berkenan di hati…”
Usu mengangguk.
“Tok sebagai oghang tua-tua nii… teghima saja… yang penting pilihla yang jaga agama… ibadat tak lupa… tanggungjawab… tu yang penting…” sambung neneknya lagi.
“Usu faham Tok…” balas Usu semula.
“Erm.. Tok… Usu nak tanya sikit boleh tak?” Usu tersenyum manja.
“Apa dia?” Neneknya memicit hidung Usu yang mancung itu.
“Tok bercinta dengan Tokwan macam mana ek?” Usu tersengih.
“Isy… kami oghang dulu-dulu mana gheti nak bercinta nii… bukan macam oghang lani… bercinta ke hulu ke hiliaq..” balas neneknya semula.
“habis tu… Tok takkan tak kenal Tokwan langsung?” tanya Usu beriya-iya.
“Kenai nama sajalah… rupa tu bukannya kenai sangat…” neneknya bangun mengangkat cerek yang dijerangnya tadi.
“larrr… habis tu macam mana Tok kahwin kalau tak kenal orangnye?” Usu mengambil jug plastic untuk membancuh air kopi.
“Nak kawin ni kerja Tuhan… kenai ka tak kenai ka… kalau dah berjodoh sampai ke mana pun tetap menikah dengan oghang tu jugak… bercinta lah sepuluh kali pun… menikah dengan jodoh kita jugak Usu oi…” balas neneknya panjang lebar.
“Jadi… masa tu Tok tak kisahla kawin dengan siapa pun? “ tanya Usu semula.
“Nak kisah apa… Tok anggap Tokwan hang tu suami Tok yang dipilih oleh Allah Ta’ala mai bagi kat Tok… jadi Tok redha saja… taat pada Tokwan hang…” balas neneknya semula.

Kedengaran bunyi motosikal Tokwannya di halaman rumah. Lewat pulak Tokwannya pulang dari masjid hari ini. Takkan solat Subuh begitu lama. Hj Ibrahim adalah Imam Besar Masjid al-Irshad. Dia dilantik sebagai Imam Muda masjid semenjak berumur 27 tahun lagi. Sekembalinya dari Mesir. 10 tahun kemudian setelah Allahyarham Lebai Sulaiman; Imam Besar masjid ketika itu meninggal dunia, Hj Ibrahim dilantik mengambil alih jawatan Imam Besar. Dua bulan lagi genaplah 20 tahun Hj Ibrahim menjadi Imam Besar masjid itu.

---------------------------bersambung------------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 06-11-06 23:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 21:56


thanks dr.meow...dah lma tunggu.....akhirnya muncul...huhu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 22:48


tak sabar nak tunggu sambungn seterusnya.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

mashitah_izzati
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.06.2006
Ahli No: 24677
Posting: 69
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 13-11-06 00:46


betul-betul... suka sangat cerita ini....
tahniah

Bookmark and Share

    


  Member Information For mashitah_izzatiProfil   Hantar PM kepada mashitah_izzati   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 16-11-06 20:07


huhu bila nak sambung ni huhu da lama tunggu.... :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-11-06 23:22


jap2...jangan sambung lagi...saya baru nak baca volume 2 ni...dr dulu asyik save saja...baru ingat nak baca.hehehe...nway,chaiyo2 dr.meow! 8-)


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 09:31


lambat lagi ke??

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

guelderose
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.05.2006
Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-06 12:15


bila nak habis cerita ni..??hihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For guelderoseProfil   Hantar PM kepada guelderose   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-11-06 18:06


Pada 28-11-06 12:15 , guelderose posting:

!!! QUOTE !!!

bila nak habis cerita ni..??hihi


Sorry ye guelderose dan sahabat yang lain... cerita KT5 vol 2 ni memang panjang sangat... saya pun tak sempat nak uploadkan ke ukhwah ini... insyaAllah bila saya dah sedia nanti, saya uploadkan.... buat masa ini saya busy nak exam... :-)

p/s: doakan saya lulus exam minggu depan.. :-D :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  


posticon Posting pada: 01-12-06 10:48


ooo baru nak exam ke...semoga berjaya :) jangan lupa usaha diiringi doa dan lastly tawakkal :) lepas itu cepat-cepat posting hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 08:58


:lol: ....cerpen ini memang ada potensi untuk di lamar oleh Alaf 21, kerana ceritanya 'cahaya sanubari'..... :-D
Selain itu ia nya juga banyak mengunakan perbagai variasi ketawa..
1) hehehe
2)kuikuikui
3)kehkehkeh ;-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 10:13


Pada 10-12-06 08:58 , awan_biru85 posting:

!!! QUOTE !!!

:lol: ....cerpen ini memang ada potensi untuk di lamar oleh Alaf 21, kerana ceritanya 'cahaya sanubari'..... :-D
Selain itu ia nya juga banyak mengunakan perbagai variasi ketawa..
1) hehehe
2)kuikuikui
3)kehkehkeh ;-)



ai... perli nampak? :-D :-P


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 10:29


KT5_Vol2_Ep.18


Jam di dinding berdetik tak pernah berhenti. Masa yang telah lalu, datang dan pergi seperti aliran air sungai. Datang tidak pernah kembali lagi. Sudah hampir sebulan dia tidak dapat melelapkan matanya. Walau pun hari-harinya dipenuhi dengan mesyuarat, melawat tapak projek, bertemu pelanggan dan bermacam-macam lagi tugasan, di sebelah malamnya dia masih tak mampu melelapkan mata. Kalau pun terlena, mungkin dalam beberapa minit sahaja. Seperti pada malam ini. Kemudian dia akan terjaga. Setiap malam hanya beberapa jam sahaja dia tidur.

T-shirt Adidas putih yang dipakainya dilurut-lurut. Malam sunyi sepi. Hanya bunyi alat pendingin hawa sahaja yang kedengaran. Selain itu, bunyi dentingan jarum jam. Ashraf membetulkan baringnya. Dari melentang kemudian mengiring ke kanan dan akhirnya ke kiri. Kemudian melentang semula. Ashraf meraba-raba di dalam kesamaran cahaya lampu tidur mencari MP3 Player. Earphone dilekatkan ke telinga. Seketika kemudian Unintended berlagu di telinga memecah keheningan malamnya. Ashraf menyanyi perlahan sambil memicit hidungnya, kemudian melurut kelopak mata.

Triiitt (macam biasa.. ini bunyi handphone)

     Aku tau anda xtido lagi time ni.…
         dah buat yang aku cdgkn tu?


Ashraf termenung sendirian. Mesej dari Azlan direnung dalam-dalam. Teringat dia pada cadangan Azlan tempoh hari semasa makan tengahari di warung Mak Esah. ‘Kau cuba solat istikharah… minta petunjuk dari Allah… kan ke ada jalan selesainya…’. Solat Istikharah.

     Aku belum buat lagi…
         Nantilah…
         Kau buat apa tengah malam macam ni xtido lagi?


Ashraf membalas mesej Azlan. Dia bangun dari baring. Melangkah terus ke arah bilik mandi. Berus gigi di atas meja dicapainya. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi handphonenya. Ashraf terus menggosok gigi dan mencuci muka. Dia kemudian mengambil wudhu. Keluar sahaja dari bilik mandi, handphone di atas katil diambil lantas kotak mesejnya dibuka.

     Aku tengah chat dengan Ilham…
         dia kan tengah siang time ni.…
         Bawak2 lah tidur wei..


Ashraf tersengih melihat mesej tersebut. Bertuah Azlan. Ilham adalah teman baik mereka semenjak di bangku sekolah lagi. Cantik orangnya, secantik budi pekertinya. Kalau semasa sekolah dulu, Ilham selalu digosipkan dengan Ashraf; bukannya Azlan. Pernah satu ketika mereka dipasangkan bersama sebagai pengantin dalam malam budaya sempena program pertukaran pelajar Malaysia-Korea. Merah padam muka mereka berdua ketika berada di atas pelamin.

Ilham melanjutkan pengajiannya dalam bidang Psikologi di United Kingdom. Sudah di tahun akhir. Semasa cuti semester tahun lepas, Ilham dan Azlan ditunangkan. Terkejut juga Ashraf mendengar berita itu. Mana tidaknya, dalam diam-diam rupanya kedua-dua temannya itu menjalin hubungan yang lebih dari seorang kawan.

Ashraf membentangkan sejadahnya. Surah an-Nas dibaca perlahan-lahan. Hatinya diselubung rasa syahdu dan tenteram. Takbir dilafazkan bagi memulakan ‘perbualannya’ dengan Allah Yang Maha Agung. Titisan airmata mengalir di pipi ketika di dalam sujud yang akhir. Banyak sekali dosa yang telah dia lakukan selama ini. rasa seperti terlalu berat bebanan yang ditanggungnya.
Usai solat tahajud, dia meneruskan pula dengan solat sunat taubat dan hajat. Akhirnya dia melakukan solat sunat Istikharah. Dia inginkan kepastian. Apakah pilihannya bertepatan dengan pilihan Allah swt. Inilah kali pertama di dalam hidupnya, dia melakukan istikharah. Untuk membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya nanti di masa depan.



……………………………………

Pintu bilik diketuk perlahan. Kelihatan dari balik cermin sebatang tubuh lelaki berdiri di hadapan pintu. Ditangannya beberapa gulung kertas. Ashraf mengangguk tanda membenarkan lelaki tersebut masuk ke dalam.

“Assalamualaikum Ash…” Azlan menyapa teman sepejabatnya.
"Waalaikumussalam… ada problem ke ini? Sampai kau bawak sebakul pelan-pelan ni.…” Ashraf menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
“Ye lah. Aku nii arkitek saja… kalau aku tak tunjuk kang melampau-lampau pulak kau fire aku dalam discussion..” Azlan meletakkan gulungan pelan yang selesai dilukisnya di hadapan Ashraf.
“Ala.. kita kan professional… takkan kau ambil hati pulak.. hehe..” Ashraf buat muka seposen.
“Dah tak ada hati dah aku…” balas Azlan selamba. Sementara itu, Ashraf meneliti pelan-pelan yang dibawakan temannya itu.
“So far aku rasa tak ada masalah nii… tak tau lah pulak kalau Datuk tak puas hati…” Ashraf bersuara sambil menggulung semula helaian-helaian pelan.
“Eh.. kalau Datuk tak puas hati… kau pujuklah orang tua tu ambil assistant untuk aku… naik kejung mata aku hari-hari menatap pelan-pelan nii… habis projek nii. Aku kena buat untuk Plaza Saujana pulak kau tau… menimbun kerja tak habis-habis…” Azlan mengomel.
“Dah tu sapa suruh kau ambil jurusan arkitek dulu… ngadap lah pelan.. takkan nak buat pembedahan pulak…” Ashraf selamba membalas keluhan temannya.
“Ewah… ewah… sedap mulut saja kau nii… Kalau kau kat tempat aku baru kau tau…” Getus Azlan semula.
“Ala… sabarlah sikit Lan… Datuk dah inform aku pasal arkitek baru lah… ada tiga orang…” balas Ashraf mengukir senyuman.
“Ye ke?.. Alhamdulillah… ringan lah sikit kerja aku… hehe… budak oversea ke?” tanya Azlan semula.
“Dua orang dari UTM, seorang lagi tu oversea.. Newcastle Upon Tyne… kampus Ajai tu…” balas Ashraf. Azlan mengangguk.
“Aha.. Ajai apa cerita ek? Lama gila dah tak jumpa..” Azlan bersemangat mendengar nama teman lama mereka Ajai.
“Aku dengar dah pindah J.B. dua bulan lepas… wife dia kerja kat sana… tu yang dia pindah ke sana tu…” Ashraf mengetik tetikus di atas meja. Senyum terukir dibibirnya.
“Woi… senyum soorang-soorang…” Azlan mengejutkan Ashraf.
“Eh kau dah tak ada apa-apa lagi kan..? apa lagi.. blah lah.. aku ada hal ini…” Ashraf beriya menyuruh Azlan kembali ke biliknya. Gulungan pelan di atas meja dikumpul dan diserahkan kepada Azlan.
“Ooo nii lah kawan… kalau puteri hang tu hantar apa-apa. Aku nii kau buang ke tepi.. huh..” rungut Azlan.
“Eiii cepatlah balik bilik kau.. Pelan Saujana tak siap lagi kan? pergi buat sekarang ini…” Arah Ashraf. Azlan berlalu meninggalkan Ashraf.


     From: [email protected]
     To: k^@[email protected]
     Subject: Salam Ramadhan al-Mubarak…

     Assalamualaikum…

     Sibuk ke tu? Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..
     Semoga Allah memberkati Ramadhan awak tahun nii..

     Regards,
         puteri_aiman…

Ashraf tersenyum sendirian memandang ke arah email yang diterimanya itu. Tiba-tiba sahaja Zulfa menghantar ucapan kepadanya. Ashraf menaip semula jawapan kepada email tersebut.

     From: k^@[email protected]
     To: [email protected]
     Subject: Re: Salam Ramadhan al-Mubarak…

     Waalaikumussalam warahmatullah…

     Saya tak sibuk mana pun… erm.. salam Ramadhan juga dari saya… semoga Allah berkati kita…
     Dah habis cuti ke ini? Best balik kampung? Jumpa siapalah kat sana tu ye.. hehe..

     ash…

Ashraf menekan butang Send. Dia termenung sambil melihat email itu dihantar. Tiba-tiba…


puteri_aiman: assalamualaikum…
puteri_aiman: apa kabar?
k^@sh: waalaikumussalam..
k^@sh: eh awak..? kat mana ini?
puteri_aiman: kat rumah lah..
puteri_aiman: Kenapa? tekejut tengok hantu ke?
k^@sh: eh kan awak di kampg?
puteri_aiman: ingat kpg ni tak maju ke?
puteri_aiman: saya mgganggu awak kerja ke ini?
k^@sh: tak..
k^@sh: saya dah habis kerja dah ni…
k^@sh: tengah bkemas nak balik kejap lagi..
puteri_aiman: oic…
k^@sh: bila balik KL?
puteri_aiman: hujung minggu nii..
puteri_aiman: Kenapa?
k^@sh: tarappapa.. :-)

Hati Ashraf berbunga mekar. Senyum terukir dibibirnya tanpa diminta.

k^@sh: awak…
puteri_aiman: ye.. ada apa?
k^@sh: erm… tak ada apa lah..
k^@sh: nanti2 lah saya ceritakan..
puteri_aiman: suspen saja bunyinye..
puteri_aiman: awak nak kawin ke? hihi..
k^@sh: biarlah rahsia.. hehehe..
puteri_aiman: iyolah tu jang oi…
puteri_aiman: eh cakap nak balik tadi?
k^@sh: macam mana nak baliknye.. tuan puteri dok mengacau..
puteri_aiman: ooo okehlah…
puteri_aiman: tuan puteri berundur dulu lah ye..
puteri_aiman: ayam itik tak minum petang lagi nii..



---------------------bersambung lagi daaa------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 10:43


KT5_Vol2_Ep.19


6 bulan kemudian…

Zulfa Aiman kelihatan sungguh manis. Kacamata tanpa bingkai, tudung ungu muda dan jubah labuh berbunga ungu. Dia kelihatan matang dalam usianya yang masih muda. Bunga sejambak di dalam dakapan di peluk erat sambil bibir mengukir senyuman manis. Gembira. Bahagia. Bersyukur. Sayu. Rindu. Segala macam jenis perasaan membanjiri pantai hatinya ketika itu. Namun dia yakin, hari-hari mendatang bakal lebih mencabar kewibawaannya dan keteguhan dirinya.

“Erm… dah grad nii kena fikir pasal kerja lah pulak…” Nurul Izzah memeluk adik iparnya penuh erat. Usu tersengih sendirian. Matanya meliar melihat teman-temannya yang lain sedang bergembira dengan keluarga masing-masing.
“Lepas tu kena tunggu encik Australia tu meminang lah pulak, ye tak?” Jenal mengusik. Usu tersenyum tanpa berkata apa-apa. Nak kata suka, biasa saja rasanya, nak kata benci… entahlah.
“Along ini merepek saja tau…” balas Usu membela diri.
“Along cakap betul apa? Takkan sampai tua nak tinggal dengan Along kowt?” Jenal mengenyit matanya. “Takkan tak teringin nak ada suami pulak…” Sambung Jenal.
“Orang muda lagi lah… lain lah macam seorang tu, belum habis belajar lagi dah nikah…” Usu mencebik bibirnya.
“Epp… ni macam perli Kak Long saja lah pulak…” Izzah menyampuk. Mereka saling berpandangan. Ketawa berderai di tengah padang konvokesyen.

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula…

Fitrah insan kurniaan Tuhan yang amat istimewa. Terjalin rasa dua hati yang tidak pernah mengenal antara satu sama lain. Rindu dan cinta bak kuku dan isi. Di mana adanya cinta, di situ rindu berbunga. Di mana rindu memekar, di situ cinta berdahan.

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biar pun sengsara
Berkorban segala-gala

Bahagia di dalam sengsara. Cinta itu bahagia dan rindu itu sengsara. Cinta itu nikmat dan rindu itu kelat. Tapi bila cinta dan rindu bersatu, bahagia menjelma. Tidak pernah meminta tetapi memberi. Tidak menerima tetapi menyua. Itulah tandanya cinta sejati. Tidak semestinya cinta yang dihulurkan perlu berbalas. Cukup sekadar keikhlasan memberi cinta.




Usu melangkah penuh yakin menuju ke arah bilik temuduga. Berbekalkan kelulusannya dan juga doa kepadaNya. Hatinya berdebar-debar. Kali pertama menghadiri temuduga. Inilah yang bakal menentukan masa depannya kelak. Bukan seperti temuduga sebagai Pengawas semasa di sekolah dulu; atau seperti temuduga sebagai calon Ketua HELWI fakultinya dahulu. Apa yang bakal dihadapinya nanti bakal menentukan sama ada dia akan berkerjaya atau menjadi penganggur.

Usu mengetuk pintu bilik temuduga. Dia berdiri terpacak di depan pintu. Jantungnya sudah berdegup kencang semenjak masuk ke kawasan pejabat itu lagi. Usu membacakan sedikit doa penenang hati. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik… kalau kau ada rezeki Usu… insyaAllah tak ke mana… rileks.. rileks… Getus hatinya.

Seketika kemudian seorang wanita membuka pintu. Dari riak wajahnya, seperti sebaya sahaja dengan Usu. Erm mungkin tua setahun dua sahaja. Dia tersenyum manis. Hati Usu lega sedikit.

“Assalamualaikum…” sapanya penuh sopan. Tangan dihulurkan. Senyum terukir di bibir.
“Waalaikumussalam…” balas Usu.
“Cik…. Zulfa Aiman?” tanya wanita itu lagi.
“Ye.. saya Zulfa Aiman…” Usu mengangguk sambil menyedekahkan lagi senyumnya.
“Sila masuk dulu ye Cik Zulfa… pegawai temuduga masih meeting lagi… sekejap lagi habis lah tu…” pelawanya.
“Terima kasih…” balas Usu sambil melangkah ke bilik temuduga.
“Cik Zulfa isikan borang ini dulu ye…” Kata wanita itu sambil menghulurkan sekeping kertas.

Seketika kemudian, kedengaran suara lelaki bercakap-cakap dengan seorang wanita di luar pintu. Usu semakin berdebar. Agaknya penemuduganya sudah sedia. Dia membetulkan duduknya. Tudungnya dibetulkan. Bismillah dan doa dibaca tenang di dalam hatinya. Ya Allah, permudahkanlah segalanya untuk hambaMu ini. Ameen.

“Assalamualaikum…” Darah menyerbu ke muka Usu. Serentak dengan itu jantungnya meningkatkan degupan. Kalah jantung kuda yang berlari. MasyaAllah. Suara itu pernah didengarnya. Usu berpaling.
“Waalaikumussalam…” Mata Usu terlekat pada seiras wajah yang berada di hadapanya. Dia berjalan dengan tenang mengambil tempat di hadapan Usu. Seorang gadis berdiri di sebelahnya memegang sebuah fail. Di dada tudungnya terlekat tag nama Nur Halina. Usu menelan air liur perlahan. Tangannya mula seram sejuk. Air liur dah seperti pasir. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menarik nafas dalam-dalam sambil membaca surah al-Insyirah perlahan-lahan di dalam hati.
“Cik Zulfa Aiman… baru lepas grad saja kan?” tanya pemuda berkaca mata di hadapannya itu. Aik.. buat-buat tak tau pulak dia ini… dalam borang tu dah tulis semua lah… Gerutu Usu di dalam hatinya.
“Ye…” balas Usu sambil menganggukkan kepalanya. Dia tak kenal aku ke buat-buat tak kenal? Getusnya lagi.

“Err.. encik Ashraff… tapi Datuk pesan….” Lina, Setiausaha Ashraff bersuara. Tapi belum sempat dihabiskan sudah dipotong Ashraff.
“Awak duduk saja di situ… Ini kerja saya…” balas Ashraff serius. Lina mendiamkan diri di sebelah. Isy.. Kenapa ini, macam berlakon drama pula mereka ini… ni interview betul-betul ke main-main.. takkan aku nak kena tipah tertipu kowt? Usu bermonolog sendirian sambil memandang ke arah dua pelakon drama swasta di hadapannya.

“Erm.. maafkan saya Cik Zulfa… err kita teruskan interview…” Ashraff merenung ke arah Usu. Gulp. Usu menelan air liur lagi. “Kenapa cik Zulfa berminat nak bekerja di syarikat ni?” sambung Ashraff lagi.
Belum sempat Zulfa hendak membuka mulut, pintu bilik temuduga dibuka. Seorang lelaki separuh abad dengan seorang wanita dalam lingkungan 40-an masuk diikuti pula oleh seorang gadis sebaya Lina.

“Ashraff… ?? Apa awak buat di sini?” suara lelaki itu bertanya. Usu semakin bingung.



…………………………………………………

“Angah ini jahat tau… tak baik buat Kak Zulfa tu macam tu…” Acu menghempaskan bantal peluk ke riba Ashraff.
“Ala… rileks lah… Angah just nak mengusik saja lah…” balas Ashraff semula. Tersengih.
“Kak Zulfa macam mana time tu?” Acu tersengih berminat.
“Gabra lah jugak… Angah cool saja..” balas Ashraf tersenyum.
“Mesti dia marah… habis lah Angah kalau dia kerja kat situ…” Acu menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Entah… tak marah kowt… dia kan suka Angah…” balas Ashraff tersengih sambil mengenyitkan sebelah matanya.
“Eiii… menyampah betul.. perasan lah Angah ini…” Acu bangun melangkah keluar dari bilik Ashraff sambil menjelirkan lidahnya.



……………………………………………………..

Eiii Ya Allah… panasnya hatiku… kurang assam punya Ashraff… dia main-mainkan aku rupanya. Aku dah sejuk membeku menggeletar kat situ, sesia saja. Sia-sia saja aku kuatkan degup jantung aku. Padan lah si Lina tu pelik semacam saja tengok mamat tu. Eii…

Usu menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kepalanya dipicit-picit. Hati masih panas. rasa mahu saja dilanyak si Ashraff tu. Geram betul.


k^@sh: assalamualaikum…
puteri_aiman: waalaikumussalam…
k^@sh: awak marah saya ke?
puteri_aiman: taklah.. suka sangat..
puteri_aiman: buat lah selalu…
k^@sh: ok… nanti saya buat lagi…

Ya Allah… apa pasal lah dengan mamat sekor ini… bengong tahap cipan betul..


puteri_aiman: awak dah tak ada kerja lain ke?
k^@sh: hmmm?? tak faham
puteri_aiman: dah tak ada kerja ke dari mengaco saya?
k^@sh: er.. tak ada…
k^@sh: hehe
k^@sh: saya nak minta maaf…
k^@sh: I was just joking this morning..
puteri_aiman: interview perkara serius lah
puteri_aiman: perkara masa depan saya…
puteri_aiman: senang macam tuu saja buat lawak murahan???
k^@sh: saya faham..
puteri_aiman: apa yang awak faham??
puteri_aiman: awak tak faham apa-apa pun
k^@sh: I’m very sorry…
puteri_aiman: senangnye
puteri_aiman: sesikit minta maaf…
k^@sh: awak nak saya buat apa
k^@sh: saya betul-betul minta maaf ini




---------------------bersambung---------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 11:05


KT5_Vol2_Ep.20


Usu melangkah masuk ke dalam bilik pantri. Lina sedang membuat secawan Milo. Berasap-asap kecil mug di atas meja sambil isinya dikacau olehnya. Usu senyum. Terdetik di hatinya. Ada chance nak start World War ini… Usu merapati Lina.

“Assalamualaikum Lina…” senyum segaris diukir. Usu melabuhkan dirinya ke atas kerusi di sebelah Lina.
“Waalaikumussalam… Kak Zul… nak buat air jugak ke?” lembut suara Nur Halina melayan Usu. Dia membalas senyuman Usu semula.
“A’ah… dahaga jugak duduk dalam air-cond ini kan?” Usu tersenyum lagi. Otaknya ligat memikirkan idea ‘bernas’. “Eh… Lina suka minum Milo ke? Sama lah macam akak…” Usu menyambung ayatnya.
“Lina tak minum Milo akak… Lina suka Teh ke.. Nescafe ke begitu…” balasnya. Usu terfikir sejenak. Kalau bukan untuk dia, untuk siapa? Si mamat cermin mata tu agaknya… Usu tersenyum lagi.
“habis tu Milo tu untuk siapa?” tanya Usu.
“Ohh… ni untuk encik Ashraff… kegemaran dia ini… hari-hari minta saya sediakan Milo…” balas Lina semula. Tiba-tiba wajah Lina sedikit berkerut. Dia seperti menahan sesuatu.
“Eh.. Kenapa ini Lina? Lina sakit ke ini?” Usu kaget. Lina menekan-nekan perutnya.
“Akak tolong masukkan gula sikit ye dalam Milo ini…. Lina sakit perut lah akak… kejap lagi Lina datang balik…” jawab Lina segera bergegas menuju ke arah tandas di sebelah belakang bilik pantri itu.
Huh… tenkiu lah Lina oi… inilah masanya untuk aku mulakan serangan pertama… Ashraff… ini bukan sebarang Usu.. ini Usu keturunan Tun Teja tau…

Seketika kemudian…

“Dah ok ke Lina?” Usu menghirup air Milo yang dibancuh untuk dirinya. Lina berjalan menuju ke arah Usu.
“entah lah akak… macam ada sikit lagi saja ini… belum stabil lagi ini…” balas Lina tergelak kecil. Usu turut sama tergelak. Lina memandang ke arah mug Milo untuk Ashraff.
“tak mengapa Lina… air tu biar akak hantarkan kejap lagi… Lina take a rest dulu ok… akak tolong…” balas Usu semula.
“Eh tak menyusahkan ke ni akak? tak mengapa lah… biar Lina saja hantarkan…” katanya.
“tak ada hal lah Lina… akak boleh handle lah…” kata Usu berkeras nak hantarkan Milo itu kepada Ashraff.
“Thanks ye kak…” Lina tersenyum memandang Usu.
“No problem…” Usu bangun untuk pergi menghantarkan Milo tersebut.

Usu melangkah berhati-hati menatang mug berisi air Milo itu untuk Ashraff. Dia tersengih sendirian. Rasakan bom atom pertama buatan Tun Usu cicit Tun Teja wahai Laksamana Ashraff… Dia mengetuk pintu bilik Ashraff.

“Masuk…” suara Ashraff menjawab dari dalam. Usu memulas tombol pintu seraya dikuaknya. Ashraff ada tetamu. Usu memandang ke arah tetamu itu. Alamak… dia kerja sini jugak ke? Adoi… Datuk Bendahara Hang Safuan ada kat sini lah pulak… Usu memberikan sekuntum senyum pada Safuan yang duduk berdepan dengan Ashraff.
“Ehem…” Ashraff berdehem memandang Usu. “Air tu… tumpah pulak nanti…” sambungnya.
Kau ini memang nak cari nahas lah Laksamana Ashraff…
“Err.. ini air Milo nya… Lina tak sihat… saya tolong buatkan…” Usu senyum tawar. Safuan memandang sahaja gelagat mereka berdua.
“Terima kasih…. er.. Wan… kau minum Milo kan? Kau ambil air ini…” Ashraff menolak mug di hadapannya mendekati Safuan.
Ya Allah… astaga… plan aku gagal pulak… serangan pertama aku tersasar… adus… mampos aku… hadoi lah… Usu mula gelisah.
“Erm.. kenalkan… ini Safuan… arkitek baru di sini… hah Safuan.. ini Zulfa Aiman… Ketua Pegawai Pemasaran kat sini…” Ashraff memperkenalkan.
“Usu kerja sini jugak?” Safuan tersenyum. Adoi… air liur aku dah jadi pasir gurun Sahara dah ini… kantoi lah aku kejap lagi.. Nak buat apa ini… Tolloooongg..
“Ah… aeh ye.. ye.. saya kerja sini jugak…” balas Usu tergagap.
“Eh, kau berdua dah kenal ke?” Ashraff kehairanan.
“Kitorang sekampung…” balas Safuan. Ashraff ternganga. Safuan sengih. Mug diangkat menuju ke mulut.
Oh Bendahara Hang Safuan… maafkanlah diri Tun Usu… bukan Bendahara yang jadi sasaran utama… tapi Laksamana sewel kat depan ini… Ya Allah… selamatkanlah hambaMu ini… Usu bediri tegak tak bergerak. Matanya tertancap pada gerak geri Safuan yang mula menghirup Milo berperisa garam itu.
Gulp! Usu menelan air liurnya melihat perubahan riak wajah Safuan. Perit rasanya minum Milo berperisa masin ini. Berkerut wajah Safuan menelan. Ashraff terperasan dengan perubahan Safuan. Dia diamkan saja. Nak kenakan aku ye Puteri Aiman? Hehehe… Ini Putera Ashraff lah… bukan senang nak kenakan aku… I win.. 1-0.. Getus hati Ashraff. Dia tersenyum sinis memandang Usu. Usu masih terpacak macam tiang lampu lagi.
“Sedap airnye Safuan? Kenapa semacam saja aku tengok kau ini…?” Ashraff mengagah sambil menjeling ke arah Usu. Kurang hassam… dia kenakan aku balik…
“Erm. Aku ok.. huk huk…” Safuan terbatuk sedikit. “Sedap jugak air Milo cik Zulfa Aiman kita ini…” balas Safuan sambil tersenyum manis memandang Usu. Aduh… pedihnya ayatmu Bendahara… ampunkanlah diri patik ini… Usu masih tercegat.
“Erm… ye ke… kalau macam tu aku pun nak order jugaklah… boleh?” Ashraff mengenyitkan sebelah matanya pada Usu. Terbeliak Usu melihat Ashraff. Dia mengetap bibirnya. Tapi tidak dijawabnya persoalan Ashraff tadi.


..............................................


     To: Zulfa Aiman
     Wanita solehah umpama mawar berduri…
     Tingkah lakunya dari hati yang murni…
     Kata-katanya umpama puisi abadi…
     Senyumnya semanis seharum kasturi…
     Jaga diri, hiasi peribadi

Usu membaca sekeping nota kecil terselit bersama sejambak mawar merah di atas mejanya. Dia membelek-belek kad itu. Mencari nama pengirim. Tapi tiada. Siapa pulak buat lawak antarabangsa dengan aku pagi-pagi ini? Jiwang segala.. Usu bermonolog.

     To: Zulfa Aiman
     Pandangan seorang wanita adalah pisau
     Kata-katanya adalah tombak
     Jagalah pandangan, hiasi kata-kata
     Moga menjadi hiasan terindah di dunia…

Sudah berkali-kali mendapat jambangan bunga. Usu bingung. Jambangan bunga tanpa nama pengirim. Biliknya sudah menjadi seperti kedai bunga. Segenap ceruk berhias mawar merah, lili dan bermacam-macam bentuk kad berisi kata-kata pujangga. Dia sendiri masih tercari-cari mungkin ada clue pada bait-bait puisi yang selalu diterimanya. Tapi, tak ada. Mungkinkah Laksamana Ashraff? Tak mungkin agaknya. Mamat sewel tu bahasa Melayu pun tak berapa betul… inikan nak menulis pujangga gurindam bagai…

Usu mengetuk-ngetuk hujung pen di atas meja. Matanya melirik setiap kuntum bunga yang ada di dalam biliknya. Hendak dibuang saja bunga-bunga tu, rasa sayang pula. Lebih baik dijadikan hiasan biliknya. Tapi sampai bila nak terima jambangan misteri seperti itu? Jangan-jangan Datuk Bendahara tak?? Isy… bior betul… takkan Wan yang hantarkan bunga-bunga ini semua? Nampak gaya tak macam mat romeo pun… Pakcik jaga kat depan tu agaknya? Usu tersengih teringatkan pada Pakcik Usin. Jaga di pejabatnya itu. Selalu saja mengusik Usu sejak kali pertama dia bekerja di pejabat itu.

“Kalau cik Usu ini solo lagi… Pak Usin pun solo jugak.. Cuma terlajak sikit saja…” Sengih Pakcik Usin. Giginya yang sudah berlopak sana sini itu kelihatan makin jelas.
“Mengarutlah Pakcik ini…” balas Usu serius.
“Siti pun kahwin dengan Datuk… cik Usu kahwin dengan Tokwan lah…” balas Pakcik Usin lagi. Entah mengapa ketawa berderai. Mungkin terusik jugak hati dengan kata-kata jenaka Pakcik Usin.


“Ehem… jauh menung nampak?” Usu menoleh ke arah pintu. Dijegilkan matanya yang bundar itu. Tak ada kerja lain lah mamat ini..
“Sampai ke mana lah gamaknya tu… entah-entah dah sampai Kedah agaknya…” sambung Ashraff sambil mengacau air Milo di dalam mug. Asap nipis berterbangan naik dari bibir mug merah itu.
“Awak ni tak ada kerja ke? pergi buat kerja sendirilah…” balas Usu buat-buat sibuk dengan kertas-kertas di atas mejanya.

Semakin hari semakin dia tidak selesa dengan kehadiran Ashraff. Bukan membenci. Lain rasanya bila menatap wajah lelaki itu. Sesekali rasa muak, sesekali rasa suka. Hati berbunga bila bersua, tapi menguncup bila diusik. Tapi, lelaki itulah yang menjadi teman berbualnya semenjak di university dulu lagi. Walau pun pada mulanya dia tidak langsung kenal siapa yang selalu berbual dengannya di YM! itu, tapi dia rasa serasi berbual apa sahaja topik. Dari kisah zaman kanak-kanak hinggalah masalah pelajaran melarat kepada hal-hal peribadi.


Usu menguis-nguis kentang goreng di hadapannya. Matanya tertunduk memandang aiskrim sundae berperisa coklat. Aina Natalia di sebelah memandangnya pelik. Ashraff menyedut air oren di dalam gelas kertas. Keadaan senyap sepi seketika. Usu kematian ayat. Ashraff kehilangan idea. Aina Natalia; adik bongsu Ashraff tidak mengerti bahasa dua insan di dalam pandangannya.

“Zulfa… saya nak berterus terang…” Ashraff memulakan bicara. Alia merenung wajah Angahnya.
“Hmmm…” Usu menjawab.
“Saya nak berkawan dengan awak… saya betul-betul nak berkawan dengan awak…” Satu persatu keluar dari mulut Ashraff. Dia mengunyah kentang goreng perlahan-lahan.

Usu pula menelan air liur. Serasa perit semacam. Tidak pernah di dalam sejarah hidup Zulfa Aiman Binti Hj Ahmad keluar bertemu dengan lelaki melainkan ditemani Alongnya atau pun saudaranya yang lain. Dulu semasa hangat bercinta dengan Hafizi, Usu keluar ‘dating’ ditemani Ateh. Kali ini dia tega melanggar prinsip yang kuat dipegang selama ini untuk bertemu dengan Khairul Ashraff Bin Kamarul Bahrin. Nasib baik Aina Natalia Binti Kamarul Bahrin ada di sisinya. Setidak-tidaknya ada juga peneman yang dikenalinya bersama. Tak sangka pula Alia yang rapat dengan teman baiknya Hana itu adik kepada si tukang masak Mee Goreng Vietnam.

“Saya tak biasa berkawan dengan lelaki… nak pulak saya tak kenal awak… tiba-tiba saja muncul depan saya… nak berkawan…” balas Usu meluahkan rasa.
“Tapi… masa di wad dulu…” Ashraff merenung wajah Usu. Segera Usu mengalihkan pandangannya ke arah kaunter McDonald’s yang sedang sesak dengan pelanggan itu.
“Saya tak jangka yang awak nak berkawan seserius ni ketika tu…”balas Usu monotonus.
“Saya harap awak tak salah faham… saya bukan berniat tak elok… tapi ikhlas…” Ashraff meneruskan lagi perbualan. Alia memandang tak berkedip.
“Tapi saya tak kenal awak…. yang saya tahu awak just seorang lelaki yang pernah bekerja di cafeteria fakulti, pandai masak mee goreng Vietnam, dan kemudian menyambuung pelajaran… and one more pernah masuk wad sebab hypoglycemic attack… tu saja..” jawab Usu. Dia juga sebenarnya bingung dengan gerak hati sendiri. Kenapa mesti dia turutkan kata-kata Kak Longnya yang menyuruh dia berjumpa Ashraff.
“Zulfa… saya nak awak tahu tentang satu perkara… sebenarnya Ashraff yang selalu berbual dengan awak tu adalah saya… Khairul Ashraff is equal to k^@sh and k^@sh is Khairul Ashraff in reality…” kata Ashraff berterus terang.

Usu terpinga. Masakan lelaki di hadapannya itu adalah k^@sh. Tapi mungkin juga benar. k^@sh pernah sambung belajar di Australia. Khairul Ashraff juga menyambung belajar. k^@sh dikenalinya sebelum Khairul Ashraff ‘hilang’ dari cafeteria fakulti. Bila k^@sh memberitahunya nak sambung belajar di Australia, Khairul Ashraff tiada di cafeteria lagi.

“Whatever pun… saya tak biasa dengan persahabatan macam ini…” tegas Usu.
“Saya nak bersahabat dengan awak di alam maya dan juga reality Zulfa…” Ashraff meneruskan katanya lagi. Usu sudah mati ayat nak melawan. Khairul Ashraff yang ada di hadapannya itu adalah teman maya yang sudah berkongsi pahit manis suka dukanya. Dan Usu juga sudah tahu kelat masamnya kehidupan k^@sh a.k.a Khairul Ashraff yang sudah lama dikenali tapi baru bertaaruf itu.


“Panjangnya melamun…” suara Ashraff mengejutkan sekali lagi. Usu diam mengetap bibir. Mamat ini memang nak kena bom lagi ini… Ashraff tersengih. Sumbing di mata Usu.
“Saya tau bunga-bunga ini semua awak yang hantar kan? Awak ingat dengan hantar semua ini boleh buat saya lupakan apa yang awak buat time interview tu ke? Ini Zulfa Aiman lah… tak semudah tu nak lupakan apa yang awak buat tu..” Lancar sekali kata-kata yang keluar dari mulutnya. Usu sendiri hilang punca, dari mana kekuatan yang diperolehinya untuk berhujah sedemikian. Yang pasti, kata-katanya itu menjatuhkan rahang bawah Ashraff dan membuatkan jurutera muda kelulusan Bumi Kanggaru itu terpana seketika.

Ashraff berlalu meninggalkan Usu yang masih panas hatinya itu. Dia juga bingung. Salah ke apa yang aku dah buat?? Aku rasa tak ada lah salah di sisi mana-mana undang-undang pun… Ashraff bermonolog sendirian. Datang bulan agaknya… mengalahkan orang PMS saja…


-------------------------bersambung-----------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-12-06 11:36


bersambung lagi...hehehe :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-12-06 11:46


Pada 10-12-06 11:36 , sutera_kasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

bersambung lagi...hehehe :-D


:-D


-----------------
BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-06 14:50


KT5_Vol2_Ep.21


“PMS? Maksud kau Perimenopausal Syndrome?” Afifah bertanya mendapatkan kepastian dari Ashraff yang diam tak beriak. Doktor muda itu tergelak. Ashraff memandang selamba. Dahinya berkerut.
“PMS tu kalau dah 40 plus lah wei…” sambung Afifah.
“Mana aku tau… dulu dia lain… tak macam tu…” balas Ashraff. Afifah merenungnya.
“Kau ini macam kenal lama saja dengan dia…?” tanya Afifah. Nasi goreng Pattaya disuap sesudu ke dalam mulut.
“Aku kenal dia dah lama… selalu chat…” jawab Ashraff.
“OIC…. so apa jadi?” tanya Afifah lagi.
“Entahlah… salah aku agaknya… dia macam marah sebab aku buat joke melampau masa first time datang interview dulu…” Ashraff menarik nafas panjang. Kedinginan sikap Zulfa Aiman merunsingkan dia. Takkanlah marah sampai begitu sekali?
“Kau ini kena belajar ilmu perasaan perempuan lagi lah Ashraff…” Afifah tertawa kecil.
“Maksaud kau?” Ashraff bingung dengan kata-kata Afifah. Nak minta nasihat, tapi makin diminta makin tak faham jadinya.
“Orang perempuan ini sensitive… kadang-kadang tu benda kecik pun boleh jadi besar di mata kitorang… lelaki tak bolehlah nak ambik mudah saja…” jelas Afifah.
“Tapi aku dah try minta maaf banyak kali… even dia buat macam-macam nak sakitkan hati aku balik. Aku terima saja… dengan harapan dia boleh maafkan aku”
“Ambil masa lah Ash… insyaAllah… lama-lama tu okehlah..” Afifah menenangkan Ashraff.
“Hopefully…”


-------

“Assalamualaikum… busy ke?” suara Safuan di tepi pintu bilik Usu.
“Waalaikumussalam… tak ada lah busy sangat… ada apa-apa yang boleh saya tolong ke Wan?” balas Usu semula.
“Erm.. nak minta tandatangan dalam borang ini…” Ashraff menghulurkan sekeping kertas kepada Usu.
“Minta cuti? Kenapa?” Usu bertanya sambil meneliti isi kandungan borang di tangannya. Safuan mengangguk.
“Saya nak balik Kedah kejap… nak lawat mak… dah dekat 6 bulan tak tengok mak di kampung..” jawab Safuan. Baiknya mamat ini. Aku dah berapa lama tak balik rumah… tanya khabar mama dengan ayah pun dalam telefon saja…
“3 hari cukup ke?” tanya Usu. Safuan memohon cuti 3 hari sahaja untuk pulang ke Kedah. Biar betul.
“Cukuplah tu… lagi pun banyak lagi kerja yang kena siapkan kat sini…” balas Safuan.
“Pergi rumah Tok dengan Tokwan tak?” tanya Usu tersenyum. Safuan mengangguk.
“InsyaAllah… nak kirim apa-apa ke?” Safuan menguntum senyum lagi.
“tak ada apa-apa agaknya… sampaikan salam assalamualaikum saya pada mak Wan ye… Tok dengan Tokwan sekali…” jawab Usu.
“InsyaAllah… nanti saya bawakan pekasam ikan keli untuk Zulfa…” sambung Safuan. Usu teringatkan pekasam ikan keli kegemarannya. Selalu saja dia dapat makan juadah tu setiap kali balik ke Kedah. Tapi semenjak bekerja ini, dia jarang dapat peluang untuk bercuti apa lagi balik kampung. Kali terakhir pun semasa dia cuti semester dulu sahaja.
“Eh buat susah-susah saja…” balas Usu. Bawak banyak-banyak pun tak apa…
“tak apa…”
“Terima kasih in advance…”
“Bilik Zulfa ini dah jadi macam kedai bunga nampaknya…” tegur Safuan.
“A’ah tu lah pasal… dah tiap-tiap minggu dapat bunga.. tak ada tempat dah nak letak… tu pun ada yang saya bagi dekat Lina…” jelas Usu sambil memerhatikan keadaan biliknya yang disimbah rona merah hati mawar-mawar.
“Masalah juga kalau ramai peminat ni ye…” Safuan tersengih sambil membetulkan kaca matanya.
“Mana ada peminatnya Wan… tu lah engineer sebelah sana nun punya kerja lah tu…” balas Usu.
“…” angguk Safuan.
“rasa nak saja bagi balik bunga-bunga ini…” getus Usu.
“Tak baik lah… orang dah nak bagi.. ambik saja… dah layu buang… nanti dapat lagi…” balas Safuan. Usu tergelak.
“Ada-ada saja lah Wan ini… harap-harap dia tak bagi lagi dah…” sambung Usu semula.


------

Usu memberhentikan kenderaannya di tempat meletak kereta seperti biasa. Kawasan di situ sudah biasa baginya. Setiap pagi dia meletakkan kenderaan ketika ke pejabat. Kawasan itu dijaga oleh beberapa orang Jaga yang digaji oleh syarikat tempat Usu bekerja. Selalunya pagi-pagi begini kawasan itu agak sibuk dengan kenderaan. Triitt… telefon bimbit Usu menjerit memberitahu bahawa ada mesej yang sampai. Usu menyeluk beg tangannya untuk mengambil telefon tangan.

     Assalamualaikum…
     Aku dah dapat kerja… huhu bestnya..
     tak sabar nak jumpa kau…
     banyak story ini…

Mesej dari Hana. Gadis itu baru sahaja mendapat kerja. Alhamdulillah. Berbulan lamanya Hana berusaha, kini usahanya telah terbalas. Bukan senang nak cari kerja di Bandar besar seperti Kuala Lumpur ini. Kalau tak betul kuat semangat, memang susah kehidupan di sini. Usu tersenyum membaca mesej daripada Hana sambil melangkah menuju ke arah pintu ke lobi lif. Krrreeeettt…… Usu terkejut. Bunyi tayar kenderaan itu rasanya terlalu dekat dengannya. Dia menoleh ke kiri.

“Zulfa!!!!!! Ke tepi!!” Itu sahaja suara yang sempat didengarnya. Dia pasti itu suara Ashraff. Tapi dari arah mana tidak dapat dipastikannya. Belum pun sampai beberapa saat, kakinya terasa dihentam suatu benda keras. Usu tercampak ke tepi.

Peristiwa itu berlaku terlalu cepat. Terlalu pantas. Apa yang dia sedar adalah dia sudah terdampar di atas jalan. Darah merah mengalir membasahi kawasan kakinya. Tangan kanannya terasa perit. Terasa bagai disiat-siat pisau tajam. Kepalanya berpinau. Penglihatannya kabur. Hanya suara Ashraff dan beberapa orang lain sahaja yang dapat didengarinya sayup-sayup.

“Zulfa…. Zulfa… are you ok?” Dia mendengar suara Ashraff memanggilnya. Terasa bahu dan kepala diangkat ke atas ribaan. Dia tidak berdaya lagi walau untuk membuka matanya. Suaranya juga serasa serak. Antara keluar dan tidak digagahi juga menyahut.
“Saaa…kitt…” Usu menggagahi diri bersuara. Hanya nama Allah sahaja meniti difikirannya ketika itu. Hanya Dia yang Maha Menguasai segalanya. Usu kemudian tidak sedar lagi apa yang berlaku. Alamnya terasa gelap gelita. Tiada lagi suara Ashraff. Tiada lagi bahu hanyir darah. Segalanya gelap gelita dan kaku. Apakah dia bermimpi??? lah Ilaha IllALLAH...

Ashraff menggoyang-goyangkan bahu Usu. Kaku. Tiada sebarang tanda-tanda pergerakan badan. Semakin ramai penonton yang menyaksikan. Itulah yang selalu terjadi di kalangan manusia yang bernama rakyat Malaysia. Rakyat yang kononnya peramah dan suka tolong menolong. Sekarang nii di depan mata Ashraff mereka sekadar melihat dan memandang dengan penuh minat. Mana bantuan yang sepatutnya dihulurkan? Hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul membantunya.

Ashraff sudah hilang upaya. Fikirannya kusut. Dia tidak dapat bertindak. Kejadian itu berlaku terlalu cepat. Terlalu cepat sehinggakan dia sendiri seperti bermimpi. Usu yang tadi ceria membaca mesej, kini kaku tidak bergerak lagi. Mujurlah ada Jaga yang tolong menelefon ambulans. Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan oleh Ashraff.



-----------------------------bersambung------------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 12-12-06 20:19


erm...ciannye usu...eksiden pula...makan best r cerita ini...tak sbar pula nak tau ending dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1898
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-12-06 21:48


erm...apa yang akan jadi kat usu agaknya??? kasihan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-12-06 22:21


Pada 13-12-06 21:48 , qudwah posting:

!!! QUOTE !!!

erm...apa yang akan jadi kat usu agaknya??? kasihan...


hehe saspen ini.... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 22:26


KT5_Vol2_Ep.22




Mimpi gelap gelitanya semakin diterangi cahaya. Derianya mula bekerja semula. Terasa sejuk mencengkam kulit. Suara-suara dan bunyi mula menerjah gegendang telinganya. Hidungnya mula mengesan bau ubat-ubatan. Kelopak matanya cuba dibuka sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan alam sekelilingnya semakin jelas di pandangan mata. Usu menoleh ke kiri dan kanan. Tengkuknya terasa pedih. Dia cuba mengangkat tangannya. Terasa sakit menikam. Dicuba pula menggerakkan kakinya. Berat seperti menggerakkan batu. Terasa pedih dan tajam sekali. Dia mengaduh. Nafas ditarik dalam-dalam. Dilepasnya perlahan. Dia mengeluh. Di mana aku?

“Usu…? Usu di hospital sekarang ini…” suara Ateh di sebelahnya. Usu berpaling ke arah kakaknya itu. Senyum kelat dibungakan ke bibirnya yang masih pucat. Ateh mengusap-usap lembut kepala Usu. Manik-manik jernih menitik dipipinya. Usu cuba menyeka dengan tangan kirinya. Segera disambut oleh kedua tangan Ateh seraya diletakkan ke sisi.
“A..teh…” suara Usu serak. Ateh mengangguk sambil menunjukkan dengan jarinya ke arah ahli keluarga Usu yang berada di sisi ketika itu. Along, Kak Long, Angah, Alang, dan juga Ayah tersenyum memandang Usu. Mama duduk di kerusi di sebelah kanannya. Manik-manik jernih masih jelas kelihatan di kelopak mata Mama. Tapi tetap tabah menghadiahi sekuntum senyum kepadanya.
“A..pa dah jadi?” Usu berusaha mengeluarkan bait kata-kata walau pun nyatanya dia masih terlalu lemah. Dia terpaksa dimasukkan Normal Saline beberapa botol bagi mengekalkan tekanan darahnya yang jatuh akibat kehilangan banyak darah. Kaki kirinya patah. Dia menjalani pembedahan kecemasan bagi menyambung semula tulang pehanya yang patah semasa tiba di hospital. Sementara itu, tangan kanannya juga cedera akibat terjatuh semasa dilanggar tempoh hari.

-----------




Tengahari itu Usu terjaga dari lenanya. Pendingin hawa di bilik itu menyedapkan lagi tidurnya pagi tadi. Tiada siapa di sisinya ketika itu. Dia faham. Semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Kebiasaannya mereka datang menemani Usu di sebelah petang hingga malam. Itu pun sudah memadai bagi Usu. Dia tidak mahu menyusahkan adik beradiknya; juga Mama dan Ayah. Dia tidak berkecil hati sedikit pun.

Tok..tok..tok…

Pintu bilik diketuk. Usu berpaling memandang pintu. Daun pintu dikuak seseorang. Ah.. mungkin sedara patient sebelah aku ni agaknya... Usu memandang ke arah tirai yang memisahkan antara katilnya dan katil pesakit sebelahnya.

“Assalamualaikum…” Senyum terukir di bibirnya. Sejambak bunga dipegang di tangannya. Usu hanya membalas senyuman. Salam lelaki itu dijawab di dalam hati sahaja. Usu agak terkejut dengan kehadiran tetamu tak diundang itu.
“Masuklah… jemput duduk…” kata Usu. Lelaki itu menghulurkan jambangan bunga itu kepada Usu.
“Saya tak boleh angkat tangan lagi… Sorry… anyway thanks…” balas Usu berterus terang. Ashraff meletakkan jambangan bunga itu di atas meja kecil di sebelah katil. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Macam mana hari ini? ok?” Ashraff memulakan perbualan. Senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya.
“Alhamdulillah… macam ini lah…” balas Usu sambil memandang ke arah tangan dan kakinya yang berbalut.
“Sabarlah… insyaAllah… tak lama lagi awak akan sembuh..” Ashraff menala pandangannya ke arah bekas makanan di tepi.
“Belum makan lagi ke?” Ashraff bertanya melihatkan bekas makanan Usu masih belum terusik.
“tak ada selera… takpelah.. nanti-nanti saya makan…” balas Usu. Mulut kata lain, sedang perut menjerit-jerit kelaparan. Namun Usu cuba menahan rasa laparnya. Sabar lah perut… petang nanti Alang datang suapkan makanan… Usu memujuk dirinya.
“Nak makan?” Ashraff seraya bangun mengambil Tupperware berisi nasi putih dan juga kari ayam bersayurkan sayur kangkung goreng. Tudungnya dibuka. Wap panas nasi menyerbu ke muka. Isi ayam dilenyek-lenyek dan dicampur dengan kuah kari. Disudunya nasi dan isi ayam itu lalu dia mendekatkan hujung sudu ke arah Usu.

Usu tergamam. Arrghh... Biar betul ini… tak payah lah susah-susah sampai macam ini… Darah merah terasa menyerbu ke muka. Malu ada. Segan pun ada. Lapar juga ada. Mana satu nak diikut? Dia menggelengkan kepala tanda menolak. Ashraff memejam matanya sambil menggelengkan kepala.

“Makan sikit… nanti lapar perut tu…” Ashraff menutur datar. Sudu berisi nasi masih tercegat di depan mata.
“Saya boleh makan sendiri…” sekuntum senyuman kelat cuba diukir. Perlukah dia menolak bantuan lelaki itu?
“Nah… cubalah…” Ashraff menghulurkan pangkal sudu kepada Usu. Bibir pucatnya diketap. Macam mana aku nak ambil sudu ini… tangan berbalut macam ini… Usu bermonolog sendirian. Ashraff tersenyum lagi.
“Awak ingat lagi cerita Ked’s Story? cerita Nawal dan KedFlop yang awak paksa saya baca dulu tu? Sekarang ini kita tengah praktis part finale tu…” satu apa satu ayat keluar dari mulut Ashraff.


k^@sh: saya lelaki lah…
k^@sh: tak baca novel2 ini…
puteri_aiman: apa salahnya…
puteri_aiman: cute cerita ini…
puteri_aiman: karya hlovate… mantap cerita dia…
k^@sh: nak buat apa saya baca?
k^@sh: taknaklah…
puteri_aiman: saya dah send ke email awak URL dia…
puteri_aiman: saya nak awak baca jugak…
puteri_aiman: kalau tak baca siap awak…
k^@sh: ye lah… nanti saya baca


“Cuma bezanya sekarang ni bukan ‘KedFlop’ yang terlantar, tapi ‘Nawal’…” sambung Ashraff semula. Ketawa berderai. Usu menggelengkan kepalanya.
“Tak payah lah susah-susah…” balas Usu semula.
“Zulfa Aiman! Say ‘aah’…” Ashraff mengulang semula bait-bait di dalam cerita Ked’s Story itu. Akhirnya Usu mengalah juga. Perlahan dia membuka mulut. Namun matanya tak mampu memandang ke arah Ashraff. Merah padam wajahnya. Ashraff tersenyum sambil menyuapkan Usu.

Ashraff menyusun bekas makanan tadi ke tepi. Dalam kata tak nak, habis juga nasi dijamah Usu. Perut kata lapar, mulut kata kenyang. Mana yang menang? Dah tentu perut. Huhu. Usu memandang ke wajah lelaki itu yang sedang leka menyimpan bekas-bekas itu. Kenapalah kau ini baik sangat Ashraff? Kenapa kau datang lawat aku hari-hari? Kenapa kau tak jemu-jemu temankan aku di sini? Bukankah aku yang koyakkan surat khabar kau dulu? Bukankah aku yang sengaja tumpahkan sos ke atas baju kau dulu semasa majlis keraian di rumah Datuk Hashim? Kau juga tahu akulah yang sebabkan tayar kereta kau kempis dan aku juga yang menghamun kau dalam meeting admin…

Dalam tak sedar, airmata jernih menitis ke pipinya. Usu menyesal dengan sikapnya selama ini terhadap lelaki itu. Usu seolah-olah sudah menjadi sebahagian plot kehidupan Ashraff. Baik buruk, kelat masam, manis dan pahit semuanya ditelan tanpa banyak songeh.

“Awak….? apa pasal ini? Awak sakit ke?” Ashraff tersedar dengan tangisan Usu. Usu menggelengkan kepalanya.
“Ashraff… Kenapa awak datang sini? Kenapa awak temankan saya tiap-tiap hari?” Usu bertanya. Kalau sekadar atas nama kawan, Safuan juga kawan Usu. Lina juga kawan Usu. Hana, Zulaikha, Aishah, Kak Huda dan ramai lagi juga kawan Usu. Tapi mereka hanya datang sesekali melawatnya. Sesekali sahaja.
“Awak tak suka saya datang sini?” Ashraff datar bertanya. Persoalan Usu tadi tidak terus dijawab. Dibiarkan saja soalan-soalan itu tidak berjawapan.
“Bukan macam tu… tapi…” belum sempat Usu menamatkan kata-katanya Ashraff mencelah.
“Dulu saya berjanji nak jadi sahabat awak… dan saya ikhlas nak jadi sahabat awak di alam maya dan reality… saya hanya tunaikan tanggungjawab seorang sahabat… bukankah sahabat tak akan pernah tinggalkan sahabatnya keseorangan…?” jelas satu persatu kata-kata Ashraff terpahat di dalam minda Usu. Aku pulak dah tunaikan tanggungjawab sahabat aku ke? Usu bertanya pada dirinya sendiri.


--------------------bersambung-----------------------




Nota:

Ked's Story adalah sebuah karya tulisan panulis terkenal Hlovate. Nawal dan KedFlop adalah watak utama di dalam cerita tersebut. :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 14-12-06 22:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 22:40


KT5_Vol2_Ep.23




Matanya menala ke arah wajah lelaki di hadapannya itu. Dia buat hal lagi.
“Taknaklah… nanti jatuh…” Usu memejamkan matanya di birai katil. Pengalaman dilanggar kereta tempoh hari menjadi trauma kepada mindanya. Dia takut sekali kepada jatuh. Takut teramat sangat jika kakinya patah sekali lagi.
“Cuba dulu… try sikit-sikit… bukannya terus berlari… awak ni mengalahkan budak kecik lah” Ashraff tersengih sambil memegang tongkat.
“Awak tak rasa sakitnya… cakap senanglah…” protes Usu lagi. Ashraff mendekati Usu. Tongkat besi itu dihulurkan kepada gadis itu. Ashraff menganggukkan kepala tanda ‘pasti boleh’.
“Taknak…” kata Usu lembut.
“Nak..” tegas Ashraff mendatar.
“Tak… nak!!”
“Nak!!”
“Tak naaaaaakkkk…”
“Naaakkk” balas Ashraff berdegil memaksa Usu untuk cuba berjalan dengan bantuan tongkat besi itu.
“Sampai bila nak duduk atas kerusi roda saja? Awak mesti berjalan semula…” tegas Ashraff lagi. Sekali lagi tongkat besi dihulurkan kepada gadis itu. Usu memandang sekilas. Degil! Engineer sewel yang degil tahap Gaban! Bentak hati Usu.
“Saya taknak berjalan… saya takut… kalau kena duduk atas kerusi roda seumur hidup pun takpelah.. saya rela..” Usu memalingkan wajahnya tepat ke arah Ashraff.
“Astaghfirullah… Zulfa Aiman… Awak bukannya cacat… patah kaki saja… lagi pun doktor dah cakap tulang tu dah bersambung semula… Along pun cakap macam tu.. KakLong awak pun cakap macam tu…” Suara Ashraff naik senada. Dia tak faham dengan gadis di hadapannya itu. Takutnya melampau-lampau.
“Saya takut jatuh…”
“Saya ada…” balas Ashraff. “Cuba dulu… tak payah jalan jauh-jauh… dari sini pergi ke sofa tu… guna benda alah ini…” Ashraff memujuk. Tongkat besi bertukar tangan. Sekali lagi Usu menurut kata Ashraff.

Bismillahirrahmanirrahim… Usu membaca Basmalah di dalam hati. Dalam mahunya, masih terselit rasa ragu-ragu. Manalah tahu tiba-tiba terjatuh. Patah semula. Hah. Siapa yang salah? Paling ngeri kalau… Ah… cuba dulu Zulfa… Usu menenangkan fikirannya. Kaki kanannya dirapatkan ke lantai. Kemudian diikuti pula kaki kiri. Ashraff memerhati setiap gerak geri Usu. Tongkat besi itu diletakkan ke bawah dua ketiaknya. Dia cuba menopang. Terasa sengal-sengal pada peha kirinya. Mungkin masih baru parut luka.

“Ha… kan dah boleh berdiri tu…” Ashraff tersenyum melihat Usu berjaya berdiri dengan bantuan dua tongkat. Walau pun masih senget-senget. Usu turut senyum.
“Thanks a lot…”
“Untuk apa?” Ashraff bertanya mendatar.
“Being here for me…” Usu sebak. Di kala beginilah manusia kenal siapa lawan siapa kawan. Di saat susahlah ujian persahabatan yang paling besar. Manusia memang ramai di masa senang, tapi bila susah, sakit, miskin, papa kedana; berapa kerat sangat yang tetap teguh bersama mengharungi ujian itu? Dan Ashraff telah lulus ujian itu dengan cemerlang.
“Its ok… hmm… ujian belum habis lagi… awak kena jalan ke sofa tu..” sambung Ashraff sambil menuding jari ke arah sofa berwarna coklat di tepi dinding.

Usu melangkah setapak demi setapak perlahan-lahan. Dia semakin yakin untuk mengatur langkah kembali. Zulfa Aiman akan kembali ‘berlari’ semula. Yey. Hatinya berbunga mekar. Gembira tak terkira. Bukan senang nak dapatkan semula keyakinan itu. Dia perlukan semangat yang kuat. Semangat yang telah diberikan oleh Ashraff kepadanya.

“For you… buat melayan boring kat ward…” Ashraff menghulurkan senaskhah buku kepada Usu yang masih berdiri di tepi sofa. Nyanyian Tanjung Sepi karya NoorSuraya. Novel idaman Usu, dari penulis yang dikaguminya. Usu tersenyum.
“Terima kasih Ashraff… awak dah banyak berbudi pada saya… tak tau macam mana nak balas lagi dah…”
“Hari ini hari awak… mana tau esok lusa hari saya pulak…” Ashraff mengukir senyum manis.


---------------------



“Bolehlah Zulfa…. please…” Usu menatap wajah teman sepejabatnya itu dari atas ke bawah. Pelik. Memang pelik benar. Agaknya dah tak ada orang lain yang boleh dibuat teman.
“Saya seganlah…” balas Usu mengelak. Kalau boleh dia ingin jarakkan sedikit keintiman persahabatan mereka berdua. Tak manis dipandang orang.
“Bukan kita berdua saja… Acu ikut sekali…” jawabnya dengan wajah yang amat mengharap. Acu ikut sekali. Aduh, apa lagi alasannya yang logik dek akal untuk diberikan kepada si Ashraff di hadapannya itu.
“Erm… lepas Asar…” Usu mengalah lagi. Ah, sudah banyak kali Usu kalah di tangan Ashraff. Dia selalu sahaja buat Usu rasa serba salah untuk menolak permintaannya.
“Thanks…” Senyumnya menjangkau telinga. Usu membalas sekadarnya sahaja.



Kaki melangkah dari satu gerai ke satu gerai. Dari satu pasaraya ke pasaraya yang lain. Sudah sejam lebih mereka merayau di kota metropolitan itu. Usu masih bingung. Apa yang dicari Ashraff? Susah benar nak jumpa barang yang dicarinya. Mahal sangatkah? Atau istimewa sangatkah? Mungkin juga satu dalam seribu? Uh… bosannya mencari benda yang tidak diketahuinya.

“Ashraff… awak nak cari apa sebenarnya ini?” Usu bersuara setelah melihat Ashraff yang masih termangu-mangu.
“Erm…? entah lah…” Usu terpinga. Benarkah jawapan yang didengarnya dari mulut Ashraff itu. Alia di sebelah juga memandang tak puas hati. ‘Entah’. Maknanya mereka merayap tak bertujuan rupanya selama sejam lebih.
“habis tu awak ajak saya ini untuk apa?” Usu merenung jejaka berkaca mata di hadapannya itu. Ashraff tersengih.
“Saya nak beli hadiah… tapi tak tau apa yang sesuai…” Ashraff menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Angah ini pun… cakaplah nak beli hadiah… dah tu datang sini buat apa?” Alia memprotes Angahnya. Mana mungkin ditemui hadiah di kedai menjual surat khabar dan majalah. Huh.
“Untuk siapa?”
“Kawan saya… baru balik dari Ireland… esok nak jumpa dalam re-union…” balas Ashraff.
“Lelaki?”
“Perempuan..”
“Re-union berapa ramai?” Usu bersoal jawab seperti seorang pakar hendak mendiagnosa penyakit sahaja.
“5 orang saja…” balas Ashraff yang terkebil-kebil melihat Usu yang sedang mengetap-ngetap bibirnya. Berfikir mungkin.
“Beli perfume saja lah…” cadang Alia.
“Dah biasa orang buat lah…” jawab Ashraff.
“Teddy bear?” sambung Alia.
“Macam budak-budak pulak…” balas Ashraff. Usu masih diam membisu.
“Coklat?” Alia separuh berteriak.
“Melambak kat Ireland nun…” kata Ashraff datar.
“Bunga…” Alia bersuara lagi.
“Hmmm…” Ashraff menggaru-garu dagunya seperti sedang mempertimbangkan cadangan Alia tadi.
“Yes….” jawab Ashraff.
“No!” Suara Usu mengejutkan kedua beradik itu. Mereka saling berpandangan. Usu sengih.
“Ikut saya…” Usu melangkah keluar dari kedai surat khabar itu melalui kaki lima. Ashraff dan Alia hanya menurut di belakang.


Seketika kemudian...

“Here we are…” Usu menoleh ke arah dua beradik itu.
“Kedai KEK??!!” serentak Ashraff dan Alia bersuara. Juruwang di kaunter memandang gelagat mereka bertiga. Pelik agaknya.
“Yes… tunggu kat sini…” Usu melangkah masuk ke dalam kedai. Dia menuju ke bahagian kek. Diperhatikannya satu persatu kek-kek yang ada di atas rak. Jurujual di depannya memandang sahaja tingkah Usu itu.
“Yang ini…” Usu menunjukkan jari telunjuk ke arah sebiji kek Blueberry di atas rak. Jurujual itu mengeluarkan kek tersebut dengan berhati-hati. Usu membelek-belek kek tersebut. Cantiknya… kalau makan pun sodap ini… Usu bermonolog sendirian.
“Nak tulis apa cik?” tanya jurujual di hadapannya. Ashraff dan Alia berdiri di sebelah Usu. Memandang pelik. Sejak bila pula orang belikan hadiah kek ini?
“Nama dia siapa?” Usu memandang Ashraff yang diam membisu semenjak tadi.
“Ibtisam Humairah” jawab Ashraff pendek. “Err Dr Ibtisam Humairah” Ashraff membetulkan nama temannya. Hmmm Dr rupanya… sedap pulak tu namanya.. Getus Usu di dalam hati.

Nama Dr Ibtisam Humairah diabadikan ke atas kek Blueberry yang dipilih oleh Usu itu. Ashraff membayar harganya. Sementara itu, Usu membelek-belek kek-kek lain yang ada di atas rak. Pandangannya terhenti pada kek coklat berhias strawberry. Wah seperti kegemaran Siti Nurhaliza lah pula. Strawbery cecah coklat. Usu yang leka melihat kek-kek di situ tidak perasan gelagatnya di perhatikan Ashraff.

“Suka makan kek coklat ke?” tanya Ashraff.
“My favourite…” balas Usu tersenyum.
“Oh ye ke…”
“Kek coklat dengan strawberry ini sedap tau… pernah makan sekali dulu…” Usu menerangkan tanpa dipinta. Ashraff mengangguk.
“Nak?” Usu seperti dengar tak dengar perkataan yang keluar dari mulut Ashraff. Wajah pemuda itu ditenungnya sekilas.
“Dik, Chocolate Strawberry tu ye..” Pantas Ashraff membaca fikiran Usu. Kalau aku tanya lagi pun, mulut cakap taknak, tapi hati kata nak.. Ashraff bermonolog sendirian sambil memandang ke arah jurujual yang sedang mengeluarkan kek tersebut. Usu terlopong melihat Ashraff.
“Awak…” Usu memandang Ashraff. Ashraff pula memandang Usu.
“Ye…” Usu memandang ke arah kek yang sedang dibungkus jurujual itu, kemudian memandang Ashraff semula. Untuk siapa?
“Untuk awak...” Ashraff dapat membaca minda Usu.
“Tak payah lah… saya bukan suruh belikan…” jawab Usu serba salah. Dia risau kalau-kalau kata-katanya tadi menyebabkan Ashraff menyangka Usu minta dibelikan kek itu.
“Tanda terima kasih…” balas Ashraff seraya menyerahkan bungkusan kek itu kepada Usu. Nak tak nak terpaksa diambil juga. Orang dah belikan, takkan nak tolak. Rezeki.



--------------------bersambung-------------------------


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-06 23:49


yeah.. karya hlovate yang sangat best..
doc meow sedang mengikut jejak langkah hlovate..
hehe
buat lah blog macam dia doktor oi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-12-06 00:12


Pada 14-12-06 23:49 , kinobaik posting:

!!! QUOTE !!!

yeah.. karya hlovate yang sangat best..
doc meow sedang mengikut jejak langkah hlovate..
hehe
buat lah blog macam dia doktor oi..


alahai hlovate tu tahap gaban punya... ini baru tahap doraemon saja... :D

p/s: alamat blog boleh tengok kat profile saya... ;-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Kuliah Tahun 5 (Vol. 2)

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.192191 saat. Lajunya....