Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: 30,000 graduan ditawar kerja


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» 30,000 graduan ditawar kerja

Please Mendaftar To Post


Oleh 30,000 graduan ditawar kerja

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 01:43


30,000 graduan ditawar kerja
Oleh Kadir Dikoh


JPA, SPA segera isi kekosongan jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam

PUTRAJAYA: Sebanyak 30,000 kekosongan jawatan peringkat pegawai dalam perkhidmatan awam akan diisi segera, sekali gus mengurangkan separuh daripada jumlah graduan menganggur sekarang.

imej

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Mengenai Masalah Siswazah Menganggur dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak (gambar) semalam meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mempercepat proses pengambilan siswazah untuk mengisi kekosongan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keseluruhannya perkhidmatan awam kini ada 70,000 kekosongan di pelbagai kementerian dan agensi tetapi kira-kira 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi graduan.

“Kita meminta JPA berunding dengan SPA untuk mempercepatkan proses pengambilan siswazah bagi mengisi kekosongan itu, yang jumlahnya agak besar.

“Kalau dapat disegerakan dan memang boleh disegerakan, kita boleh mengurangkan dengan begitu ketara masalah siswazah yang tidak ada pekerjaan, selain menambah keberkesanan khidmat kerajaan terutama di jabatan yang amat memerlukan tambahan pegawai,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam itu.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendi Norwawi; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yasin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Najib berkata, siswazah menganggur ketika ini mencecah 60,000 orang dan kemungkinan besar 70 peratus daripadanya Bumiputera dan 70 peratus keseluruhannya pula wanita.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, golongan itu mencakupi tiga kategori, iaitu benar-benar menganggur, separuh menganggur dan yang bekerja tetapi pekerjaan itu tidak menepati setara dengan kelayakan.

“Jadi kalau kita gunakan angka 60,000 ini, kita mesti faham di sebalik angka ini. Jangan kata 60,000 menganggur, itu tidak betul melainkan kita mendefinisikan dalam tiga kategori ini,” katanya.

Mesyuarat itu turut membuat beberapa ketetapan bagi menangani atau mengurangkan jumlah siswazah menganggur yang bertambah setiap tahun, antaranya:


Menyerapkan mereka sebagai pendidik jika ada keperluan untuk menambah guru;


Menggalakkan mereka membuat kursus pasca siswazah;


Program latihan keusahawanan akan memberi tumpuan kepada siswazah;


Mewujudkan latihan profesional bagi memudahkan graduan mendapat kerja;


Lebih banyak kiosk untuk program mencari pekerjaan akan diwujudkan di tempat awam, seperti pasar raya;


Meminta Kementerian Pengajian Tinggi mengkaji semula sesetengah kursus supaya memenuhi permintaan di pasaran;


Mengehadkan pengambilan pelajar untuk kursus yang tidak begitu relevan;


Mengkaji semula kurikulum di universiti supaya mencerminkan kehendak pasaran kerja;


Mengatasi masalah kurang kemahiran dalam bahasa Inggeris dan berkomunikasi melalui kurikulum dalam sistem pendidikan sama ada di peringkat sekolah dan universiti; dan


Program latihan graduan eksekutif yang diberi pengecualian potongan cukai dua kali seperti digariskan dalam Bajet lalu, dilaksanakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama yang mendapat kemudahan kerajaan melalui program penswastaan.

Najib berkata, GLC dikehendaki mengambil graduan untuk program itu, bukan sebagai ‘tempelan’ tetapi satu latihan yang lebih tersusun supaya siswazah dapat latihan serta pendedahan secukupnya.

Sehubungan itu, katanya, Nor Mohamed akan menemui semua GLC dan syarikat swasta untuk memastikan pihak berkenaan mengambil langkah susulan mengenai perkara berkaitan.

FAKTA NOMBOR
Graduan menganggur
60,000

18.6% - Graduan pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia
16.3% - Graduan komputer dan teknologi maklumat (IT)


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Mukadepan/20060711234746/Article/


p/s: alhamdulillah, satu perkembangan yang baik...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 08:53


dah lebih setahun saya isi borang SPA dan jabatan buruh,tapi tak ada jawapan pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

wufi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3225
Posting: 158
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 11:00


Pada 13-07-06 08:53 , tornado posting:

!!! QUOTE !!!

dah lebih setahun saya isi borang SPA dan jabatan buruh,tapi tak ada jawapan pun..


sabar sabar sabar....Rezeki Allah tu ada dimana2 bukan hanya pada satu bahagian sahaja..dah cuba berniaga?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wufiProfil   Hantar PM kepada wufi   Pergi ke wufi's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 13-07-06 12:30


Salam
rasanya kebanjiran banyak sangat ipts yang focus kepada course pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia serta komputer dan teknologi maklumat (IT) menyebabkan lambakan graduan menganggur dikalangan mereka.saya sarankan supaya kerajaan mengkaji setiap course yang ditawarkan untuk mengurangkan masalah ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 12:43


anta kena sabar dan cuba lagi...mungkin ada kriteria yang anta tak penuhi..dan jangan lupa ikhtiar dengan yaqen pada Allah 100%++....cbe amalkan baca ayat 1000 dinar 3kali sehari atau lebih insyaAllah peluang akan terbuka...bagus usaha kerajaan dalam mengurangklan tahap pengangguran negara...ana memang solute psal ni..tapi dari segi pembinaan akidah dan pencegahan gejala sosial masih lemah dan boleh diusahakan....

yaqen Allah 100%++

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 12:46


entah betul entah idak tu...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 13-07-06 12:48


dah tak larat dah nak isi borang spa ni..naik muakk dah pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 22:36


SPA tidak berkompromi


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak akan berkompromi terhadap kualiti graduan menganggur yang akan diambil mengisi 30,000 kekosongan jawatan peringkat pegawai dalam perkhidmatan awam.

Sumber suruhanjaya itu berkata, hanya mereka yang berkualiti akan benar-benar layak akan diambil untuk menjamin perkhidmatan awam yang cekap dan bermutu serta menyumbang kepada peningkatan sistem penyampaian.

“Dalam soal memilih graduan menganggur mengisi jawatan perkhidmatan awam ini, kita sama sekali tidak boleh ketepikan soal kualiti. Pegawai perkhidmatan awam mestilah yang terbaik.

“Jadi pemilihan mesti berdasarkan calon yang benar-benar layak. Jika kita mahu mengisi jawatan pegawai penyelidik, maka CGPA (Gred Markah Keseluruhan Terkumpul) mereka mestilah tiga atau lebih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyebut kerajaan akan segera mengisi 30,000 kekosongan jawatan peringkat pegawai dalam perkhidmatan awam bagi mengurangkan masalah graduan menganggur.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20060713095720/Article/


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

waddafillah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25172
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 23:07


moga-moga ada peluang untuk ana pasni...
doakan ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For waddafillahProfil   Hantar PM kepada waddafillah   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 14-07-06 00:43


30 K BETUL KE..ATAU OMONGÂČ O SAHAJA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Nazri
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2003
Ahli No: 4023
Posting: 427
Dari: Arau, Perlis

Perlis  


posticon Posting pada: 14-07-06 00:50



FAKTA NOMBOR
Graduan menganggur
60,000

18.6% - Graduan pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia
16.3% - Graduan komputer dan teknologi maklumat (IT)



Macam mana pula dengan graduan dari bidang 'art'...
Huhuhuuuu.......tipis lah harapan.....
:hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer::hammer:



-----------------
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata...


Bookmark and Share

    


  Member Information For NazriProfil   Hantar PM kepada Nazri   Pergi ke Nazri's Website   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 10:20


Pada 13-07-06 11:00 , wufi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-07-06 08:53 , tornado posting:

!!! QUOTE !!!

dah lebih setahun saya isi borang SPA dan jabatan buruh,tapi tak ada jawapan pun..


sabar sabar sabar....Rezeki Allah tu ada dimana2 bukan hanya pada satu bahagian sahaja..dah cuba berniaga?

terima kasih..sekarang saya dah kerja tapi dengan swasta.kalau ikutkan nak juga kerja dengan kerajaan tapi rezeki saya dengan swasta agaknya.sekarang ni try mohon dengan GLC pula,harap-harap ada rezeki..


-----------------
Biar selekeh asalkan bijak,
daripada macho gila tapi bangang!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 12:47


disarankan graduan menganggur ni cari kerja kat oversea

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 15:37


30,000 segera ditemuduga: KSN
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim


Pemegang ijazah dan diploma diutamakan


KUALA LUMPUR: Proses temu duga calon bagi mengisi pelbagai jawatan perkhidmatan awam, khususnya 30,000 kekosongan membabitkan kelayakan ijazah dan diploma akan dilakukan segera, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menyegerakan proses pengambilan dengan kaedah terbaik.

“Permohonan jawatan boleh dibuat bila-bila masa secara online di internet. Jadi, apa yang mereka (suruhanjaya) perlu buat adalah memanggil calon temu duga dan membuat pemilihan.

“Kita akan beri tumpuan kepada jawatan yang kelayakan masuknya ijazah dan diploma. Ini macam operasi isi penuh, kita mahu cepat maka proses temu duga kena dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Melalui Pelaksanaan masa ISO 9001:2000 Peringkat Pentadbiran Daerah dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini, semalam.

Seminar sehari itu dihadiri kira-kira 500 pegawai termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pengarah Tanah dan Galian, Pegawai Daerah serta Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Mengenai Masalah Siswazah Menganggur, Selasa lalu dilaporkan berkata, 30,000 kekosongan jawatan peringkat pegawai dalam perkhidmatan awam akan diisi segera oleh graduan menganggur.

Keseluruhannya ada 70,000 kekosongan di pelbagai kementerian dan agensi tetapi kira-kira 30,000 daripadanya terbuka untuk diisi graduan.

Samsudin berkata, JPA baru-baru ini membuat kajian keperluan termasuk menambah perjawatan dan mengisi kekosongan jabatan dan agensi kerajaan khususnya di pejabat daerah dan PBT selaku agensi hadapan kerajaan dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan kejayaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20060713230217/Article/


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 14-07-06 16:39


Pada 14-07-06 10:20 , tornado posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-07-06 11:00 , wufi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-07-06 08:53 , tornado posting:

!!! QUOTE !!!

dah lebih setahun saya isi borang SPA dan jabatan buruh,tapi tak ada jawapan pun..


sabar sabar sabar....Rezeki Allah tu ada dimana2 bukan hanya pada satu bahagian sahaja..dah cuba berniaga?

terima kasih..sekarang saya dah kerja tapi dengan swasta.kalau ikutkan nak juga kerja dengan kerajaan tapi rezeki saya dengan swasta agaknya.sekarang ni try mohon dengan GLC pula,harap-harap ada rezeki..



Bukan GLC lagi susah nak dapat ke?
Apapun rezeki lah kan..lain orang lain rezeki nya..yang penting biarla pekerjaan tu selari dengan tuntutan sebagai orang Islam...gaji puluh ribu pun kalau solat jemaah setahun sekali tak guna juga kan. Pada-pada lah dengan dunia yang sifat dunia ini sementara!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 00:16


SPA keluarkan 252 jawatan penuhi 70,000 kekosongan


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) semalam mengeluarkan senarai pertama jawatan kosong membabitkan 252 jawatan dan 13 latihan sebagai langkah segera mengisi 70,000 kekosongan di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Senarai itu, masing-masing membabitkan 83 jawatan bagi kumpulan pengurusan dan profesional, kumpulan sokongan I, dan 86 jawatan bagi kumpulan sokongan II serta 13 tawaran mengikuti latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil.

Berdasarkan senarai yang diiklankan di media cetak, jawatan yang ditawarkan itu bertaraf tetap, sementara dan kontrak membabitkan bayaran gaji mengikut skim perkhidmatan masing-masing.

Jawatan kosong itu terbuka kepada semua pemohon berusia 18 tahun ke atas dan pegawai kerajaan yang dalam perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara lantikan. Bekas tentera yang berusia bawah 45 tahun juga layak memohon mana-mana jawatan sesuai.

Pemohon boleh mendaftar sebagai calon melalui borang permohonan SPA 8 Pin.1/2005 yang boleh didapati di semua kaunter khidmat pelanggan SPA negeri dan juga Jabatan Tenaga Kerja Negeri/Daerah di seluruh negara mulai semalam dan boleh dihantar pada bila-bila masa.

SPA juga tidak menetapkan tarikh tutup permohonan kerana menggunakan sistem pengambilan secara berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) yang membabitkan pendaftaran sepanjang tahun.

Sehubungan itu, SPA menggalakkan pemohon supaya mendaftar secara talian terus melalui laman web www.spa.gov.my dan hanya pemohon yang melepasi tapisan awal akan dipanggil untuk temu duga.

Sebelum ini, mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Mengenai Masalah Siswazah Menganggur dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak mengenal pasti 70,000 kekosongan jawatan dan 30,000 daripadanya terbuka kepada graduan. Kekosongan itu dilihat antara langkah segera mengurangkan separuh daripada graduan menganggur di seluruh negara.

Berikutan itu, kerajaan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera berunding dengan SPA untuk mempercepatkan proses pengambilan siswazah menganggur membabitkan kemungkinan besar 70 peratus daripadanya Bumiputera dan 70 peratus keseluruhannya wanita.

Antara jawatan terbaru yang ditawarkan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Sains, Pegawai Penguat Kuasa manakala jawatan bagi kekosongan Kumpulan Sokongan I pula ialah Jururawat, Pembantu Farmasi, Penolong Akauntan.

Jawatan bagi Kumpulan Sokongan II, antara jawatan ditawarkan ialah Ahli Fotografi, Juruteknik (elektronik), Pembantu Penerangan dan Pembantu Tadbir (kesetiausahaan).

Bagi latihan separa perubatan pula, 10 latihan ditawarkan bagi peringkat diploma iaitu Jurupulih Perubatan (anggota), Jurupulih Perubatan (cara kerja), Jururawat, Jururawat Pergigian, Juruteknologi Makmal Perubatan, Juruteknologi Pergigian, Juru tak-ray, Pembantu Perubatan dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Latihan bertaraf sijil membabitkan Jururawat Masyarakat, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Kesihatan Awam Pelatih.

Sementara itu, SPA dalam laman webnya mengumumkan berlaku gangguan dalam capaian portalnya berikutan kerja penyelenggaraan peralatan rangkaian di Putrajaya selama dua bermula Jumaat lalu, dipercayai bagi mengemaskini senarai kekosongan yang ditawarkan.

Berdasarkan maklumat itu, tempoh gangguan pada Borang Permohonan Online akan bermula dari jam 10 pagi pada 14 Julai dan gangguan secara keseluruhan pula akan bermula dari jam 5.30 petang hari sama sehingga 11 pagi semalam. Bagaimanapun, sehingga malam tadi, borang permohonan online itu masih belum dapat digunakan.


http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060716225115/Article/


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 01:06


em.. usaha tangga kejayaan..
jangan lah sekali minta..... dah patah hati..
cuba.. cuba.. dan terus cuba..
rezeki ALLAH ada di mana-mana..
kalau sekali cuba.. tak dapat.. tak bermakna
kali ke 2.. pun tak dapat.. :roll:

ana baru saja lepas isi dalam spa.. saja isi..
spa.gov
satu lagi..jobsdb.com

em.. ana sekadar mencuba..
tapi.. nawaitu more nak future master..
moga ALLAH permudahkan urusanku...
amin...amin...

:lol: :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..
[ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 18-07-06 01:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 18-07-06 16:53


Pada 13-07-06 12:30 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

Salam
rasanya kebanjiran banyak sangat ipts yang focus kepada course pentadbiran, perniagaan dan sumber manusia serta komputer dan teknologi maklumat (IT) menyebabkan lambakan graduan menganggur dikalangan mereka.saya sarankan supaya kerajaan mengkaji setiap course yang ditawarkan untuk mengurangkan masalah ini.

kenyataan yang tepat. kerajaan patut tumpukan pada sektor pembangunan kemahiran industri dan pembuatan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-07-06 17:07


Pada 14-07-06 16:39 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-07-06 10:20 , tornado posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-07-06 11:00 , wufi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-07-06 08:53 , tornado posting:

!!! QUOTE !!!

dah lebih setahun saya isi borang SPA dan jabatan buruh,tapi tak ada jawapan pun..


sabar sabar sabar....Rezeki Allah tu ada dimana2 bukan hanya pada satu bahagian sahaja..dah cuba berniaga?

terima kasih..sekarang saya dah kerja tapi dengan swasta.kalau ikutkan nak juga kerja dengan kerajaan tapi rezeki saya dengan swasta agaknya.sekarang ni try mohon dengan GLC pula,harap-harap ada rezeki..



Bukan GLC lagi susah nak dapat ke?
Apapun rezeki lah kan..lain orang lain rezeki nya..yang penting biarla pekerjaan tu selari dengan tuntutan sebagai orang Islam...gaji puluh ribu pun kalau solat jemaah setahun sekali tak guna juga kan. Pada-pada lah dengan dunia yang sifat dunia ini sementara!!!

GLC lagi susah ke?aiyak!dengar cerita petronas nak rekrut 5000 orang tahun ni,untuk carigali saja dah cecah 2000 orang.tapi tak tau betul ke tak,maklumat tak sahih.. ;-) ;-)


-----------------
Biar selekeh asalkan bijak,
daripada macho gila tapi bangang!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 19-07-06 17:01


30,000 tawaran kerja tu masih menjadi tanda tanya
sebab 30,000 jawatan itu ialah termasuk jawatan ijazah dan diploma...
(Bagi ijazah Gred 41 ke atas, bagi diploma gred 27 sampai 40)

persoalannya berapa kekosongan untuk ijazah dan berapa untuk diploma?
setahu saya jawatan untuk ijazah di jabatan kerajaan amat terhad...

so saya rasa ia macam retorik kerajaan...
entah lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

sahabat83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-07-06 17:10


saya pun ada juga interview bulan lepas kat kl...jwtn pegawai sains..harap-harap dapat...saja nak cari pengalaman...nak memilih kerja sekarang ini pun tak boleh..graduan yang dah grad bertambah dr semasa ke semasa...jangan mengharap..yang penting jika cari peluang..jangan nak cari peluang datang bergolek....apa-apa terserah kat kita..betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat83Profil   Hantar PM kepada sahabat83   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 1.711827 saat. Lajunya....