Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 208
Ahli: 0
Jumlah: 208




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 35 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Melayu belanja RM4b judi, arak


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Melayu belanja RM4b judi, arak

Please Mendaftar To Post


Oleh Melayu belanja RM4b judi, arak

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 16:04


‘Melayu belanja RM4b judi, arak’


IPOH: Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa orang Melayu negara ini membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, RM1 bilion dihabiskan untuk meminum arak manakala RM3 bilion untuk judi.

“Kira-kira 75 peratus yang tikam ekor adalah orang Melayu,†katanya.

Beliau berkata statistik berkenaan beliau peroleh daripada laporan sebuah majalah yang dibacanya baru-baru ini tetapi tidak menyatakan nama majalah itu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian Dermasiswa Fisabilillah di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, Harussani berkata angka berkenaan menjadi satu contoh betapa sekularisme sudah menular dalam masyarakat Islam.

Aktiviti itu memberi gambaran orang Islam sudah tidak lagi menghiraukan soal halal haram, katanya.

Selain masalah sekularisme, beliau berkata empat lagi ancaman terhadap umat Islam ialah liberalisme, pluralisme, hedonisme dan soal khilafiah.

Beliau mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah diminta membawa masalah berkenaan untuk dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja tetapi ditolak.

Mufti Perak berkata beliau kesal kerana Jakim menganggap perkara itu tidak perlu dibincangkan.

“Jakim patutnya mesti buat ulasan, buat kajian... mesti dijelaskan mengenai mana bahayanya dan apa tindakan yang sepatutnya dibuat seperti nasihat kepada kerajaan,†katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Harussani berkata Perak adalah negeri yang paling banyak mengeluarkan bantuan dermasiswa daripada kutipan zakat iaitu RM5.2 juta.

Bagaimanapun beliau berkata kutipan zakat keseluruhan sebanyak RM30 juta tahun lalu menjadikan Perak antara negeri yang paling sedikit membuat kutipan.

“Sepatutnya lebih lagi kerana Perak sebuah negeri yang besar dan mempunyai ramai penduduk Islam iaitu 1.25 juta orang,†katanya.

Beliau berkata, kutipan zakat di Perak menunjukkan peningkatan 10 kali ganda dalam tempoh 20 tahun lalu.

Pada majlis itu 325 orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan dalam negara menerima bantuan dermasiswa dengan jumlah keseluruhan RM1,293,500. – Bernama


Sumber: Berita Harian Online


p/s: siapa yang "halalkan" judi dan arak ni?????


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 17:32


Assalamualaikum.

Beberapa hari sebelum tu, seorang menteri melayu beragama islam cadangkan agar operasi pusat hiburan dilanjutkan ke jam 5 pagi untuk tarik pelancong sempena tahun melawat malaysia 2007

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 18:25


Pada 07-07-06 16:04 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

‘Melayu belanja RM4b judi, arak’





p/s: siapa yang "halalkan" judi dan arak ni?????




-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 18:35


benar kita tuan...islam hadhari yang hebat dilaung-laungkan menerima industri arak & judi sebagai sumber ekonomi...nau'zubillah,ana bukan lah nak boikot mne2 pihak tapi,kalau kata-kata ulama tak diendahkan,berpandukan apekah islam yang depa dok laung-laungkan??dalam program debat perdana yang disiarkan tak lme dulu,rpenye kerajaan sekarang ni mempertahankan industri judi sebagai sumber utama pendapatan negara,kalau tak ada,negara akan lingkup.....apa semua ni??kenapa dok boikot ulama yang membetulkan kemungkaran yang nyata??nabi bersabda..'tahukah tuan ada orang yang masuk neraka percume? tanya sahabat 'siapakah itu ya Rasulallah?...nabi jawab...'bila mana dalam hati mereka ada sedikit bencikan ulama...' berilah mereka hidayahmu ya Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 18:37


*risau atas umat....*

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 19:50


mereka anggap judi dan arak tu adalah sumber pendapatan negara, mereka tak sedar yang sebenarnya kedua2 itulah punca kemunduran umat Islam, dan punca ekonomi negara kita susah nak berkembang.

macam mana nak berkembang kalau belakangkan ajaran Islam, Allah tidak bodoh untuk haramkan kedua2 itu kalau kita perlukannya.

kasihan masyarakat kita yang jahil dan diberi peluang oleh kerajaan untuk habiskan RM4b semata2 untuk arak dan judi... :-o


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 10-07-06 18:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 20:58


assalamualaikum....

erm... sebenarnya kalau difikir secara ilmiah... araklah ibu segala maksiat sebagaimana sabda rasulullah dalam hadis beliau...

manusia akhir zaman lebih memikirkan materialistik dari kesan yang akan melanda dikemudian hari kelak...

negara mungkin boleh maju dari sudut ekonomi.. namun dari segi akhklak dan sosial negara akan merundum jatuh seperti negara amerika dan sebahagian negara eropah yang sudah tidak mampu membendung kes jenayah dan gejala negatif dalam hidup masyarakat mereka...

bak kata orang... kerana mahu mendapatkan emas yang sedikit sanggup menjual seluruh harta yang sedia ada...

pikir2kan lah...

salam ukhwah dan perjuangan...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 07-07-06 21:16


wah dahsyatnya... 4 billion kalau buat subsidi minyak pun bagus...

sayang sekali islam hanya dipergunakan untuk meraih undi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

farini
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16986
Posting: 17
Dari: planet bumi

Johor  


posticon Posting pada: 08-07-06 17:17


fuyoo dahsyat juga cara orang kita berbelanja. banyak tu kalau dilabur ke jalan Allah pasti terkejut orang-orang fahaman sekular ini.......if me nak jadikan umat Islam di Malaysia orang yang terkaya di dunia so kita yang akan perintah dunia ini dengan cara Islamic.....best kan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariniProfil   Hantar PM kepada farini   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-06 18:40


alangkah eloknya kalau duit yang berjuta tu disalurkan pada insan2 yamng memerlukan.. terutamanya saudara2 kita di palestin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-07-06 22:40


astagfirullahal azim....

malaysia sebuah negara islam yang hanya sekadar nama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 20:15


saya masih tertanya2, Kenapa susah sangat nak haramkan arak dan judi tu sedangkan kuasa kita yang pegang. tak percayakah pada janji2 Allah?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-07-06 22:41


assalamualaikum...

pendedahan mufti perak tu patut dipandang berat oleh pihak-pihak berkenaan.

cumanya SS Dato' patut dedahkan majalah mana yang sebutkan fakta mengejutkan ni termasuk sumber yang dedahkan bilangan orang Melayu yang murtad baru-baru ini.

pendedahan itu akan lebih bermakna dan SS Dato' tak perlu takut mendedahkan semuanya hingga ke peringkat mahkamah.

wa allahu a'lam bis sawab. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 00:15


lah..ibnu musa..kerajaan sekular mana yang nak haramkan arak dan judi..??anda nak mengharapkan orang-orang sekular haramkan arak dan judi??golongan sekular,liberal,artikel 11 ni kan satu geng..betul tak??takkan kita nak expect kumpulan artikel 11 haramkan arak dan judi??macam kamal artaturk lah...apakah kita expect kamal artaturk tu haramkan arak dan judi kat turki??tahu tak apa kerja golongan sekular..kerja mereka ialah hancurkan islam bukannya memartabatkan islam...dah tu..buat apa masih lagi nak tertanya2 Kenapa susah sangat nak haramkan arak dan judi??tak payah dok pelik dan tertanya2 lagilah..dah memang KERJA golongan sekular menghancurkan islam..so,menghalalkan arak dan judi tu kan kerja mereka..buat apa nak tertanya2 lagi??Kenapa orang tak pelik bila kamal artaturk menindas islam,memenjarakan ulama2 islam walaupun dia seorang islam??sebab kamal artaturk sekular..sekular ialah ejen kepada musuh2 islam yang bertugas untuk menghancurkan islam...so,kita tak payahlah nak pelik dan tertanya2 Kenapa islam tak dijalankan di negara kita sepenuhnya..sebab golongan sekular yang pegang..so,tak payah dok tertanya2 lagi...cuba bayangkan yang perintah negara kita ni golongan komunis...lepas itu kita masih tertanya2 Kenapa susah sangat nak haramkan arak dan judi..kan pelik pertanyaan kita tu??dah jelas aliran komunis ke,sekular,liberal,kapitalis yang selain aliran islam selama2nya tidak akan berhukum dengan hukum islam....JELAS..anda tak payah hendak tertanya2 lagi dengan pendirian mereka ni..tak payah lah pelik jika mereka tak haramkan arak dan judi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 00:36


anda tak pelik ke orang Islam sendiri bukan orang kafir, tapi berat nak ikut ajaran Islam, lebih2 lagi pemimpin yang melaungkan slogan Islam Hadhari, ada background pengajian Islam lagi. kalau anda tak rasa pelik, saya tetap rasa pelik, Kenapa boleh jadi macam ni...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 00:40


Kenyataan Mufti Perak berasas - profesional    
itu | Jul 11, 06 | 06:15:42 PM
Oleh Salmah Mat Husain


TUMPAT, 11 Julai (Hrkh) - Pelbagai pihak di sini mempertahankan kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria berhubung orang Melayu membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi.
Kata mereka, contoh mudah dapat dilihat terhadap kes bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Osu Sukam yang dilaporkan media berhutang jutaan ringgit akibat kalah judi di England, sebelum ini.

Seorang profesional yang enggan mendedahkan identitinya berkata, statistik yang diberi Mufti Perak sangat munasabah sekiranya dilihat kepada masalah sosial yang melanda orang Melayu sekarang.

"Kalau hanya seorang bekas menteri dilaporkan media kalah berjudi di luar negara sampai jutaan ringgit, bagaimana pula orang Melayu lain yang juga mempunyai tabiat serupa.

"Pemimpin kerajaan terutamanya menteri yang menjaga hal ehwal agama perlu menerima kenyataan tersebut dengan terbuka dan bukannya mempamerkan keegoan bagi menolak fakta tersebut mentah-mentah," katanya di sini.

Baru-baru ini, Mufti Perak mendakwa orang Melayu di negara ini membelanjakan RM4 bilion untuk minum arak dan berjudi dalam tempoh setahun.

Menurutnya, daripada jumlah itu RM1 bilion dihabiskan untuk meminum arak, manakala RM3 bilion lagi dihabiskan di meja judi. Malah katanya, kira-kira 75 peratus mereka yang tikam ekor adalah di kalangan orang Melayu.

Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman berkata, fakta yang dikemukakan Mufti Perak tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh menjatuhkan imej Islam, lebih-lebih lagi Islam Hadhari.

Katanya, kepincangan tersebut adalah akibat kelemahan kerajaan kerana tidak mendidik rakyat sejak dari awal lagi dengan ajaran agama.

"Kerajaan langsung tidak menekankan pendidikan berasaskan aqidah, walhal ia menjadi kunci menutup segala pintu-pintu kemaksiatan. Oleh itu saya menyokong penuh pendedahan berani Mufti Perak," ujarnya.

Abdul Halim juga turut mencadangkan kerajaan memberi ruang yang lebih luas kepada golongan ulama bagi membetulkan banyak kesilapan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Hunaizah Mohd Nor turut mempertahankan kenyataan Mufti terbabit kerana ia mempunyai asas kukuh apabila dirujuk kepada masalah sosial dihadapi masyarakat Melayu sekarang.

Katanya, kerajaaan tidak boleh berlenggah lagi bagi mencari formula menyelesaikan masalah tersebut iaitu kembali semula kepada ajaran agama.

Beliau juga mencadangkan badan penyiaran milik kerajaan antaranya RTM memperbanyakkan lagi program bercorak agama seperti Bicara Mufti yang diadakan sekarang.

Bagaimanapun katanya, program tersebut yang disiarkan jam 6.30 pagi kurang ditonton orang ramai kerana ketika itu sebahagian besar mereka sibuk bersiap ke tempat kerja.

"Bicara Mufti yang memaparkan isu-isu semasa dikupas oleh mufti-mufti dari setiap negeri memang baik, bagaimanapun waktu siarannya kurang sesuai," ujarnya.


http://202.186.86.214/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=3157&Itemid=1


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 01:26


Pak Lah isytihar perang jihad terhadap dadah, Ku Adnan pertahankan pusat hiburan sampai 5 pagi.

Assalamualaikum.

Tidak lama dahulu Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengisytiharkan jihad memerangi najis dadah yang menjadi ancaman utama kepada negara, iaitu pengisytiharan jihad yang kedua selepas pengisytiharan jihad ekonomi. Namun begitu pada masa itu saya tidak pula berminat untuk mengulas tentang isu tersebut, walaupun sudah ada di fakulti minda komentar-komentar terhadap isu berkenaan.

Akhbar siang tadi sekali lagi Pak Lah menekankan kembali tuntutan jihad memerangi najis dadah ini dan ucapan Pak Lah ini telah disiarkan sewaktu upacara kemuncak siaran langsung perlawanan akhir piala dunia di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dari segi kaedah saya amat-amat menyambut baik dan memang kenalah pada tempatnya kerana jika ucapan tersebut di sampaikan di program-program motivasi atau ceramah agama di surau atau masjid, sudah tentulah pendengarnya golongan-golongan yang menjauhi amalan mengambil dadah.

Cuma apa yang ingin saya persoalkan di sini, seruan jihad memerangi najis dadah ini dilaungkan di kala kerajaan masih lagi berkira-kira dalam keputusannya terhadap cadangan Menteri Pelancongan, Tengku Adnan agar pusat-pusat hiburan dilanjutkan operasinya hingga ke 5 pagi dalam usaha menarik pelancong asing. Sedangkan seperti yang pernah saya nyatakan dahulu bahawa sudah jelas bahawa pusat-pusat hiburan sebeginilah yang menjadi sarang kepada pengedaran dan penagihan dadah. Sepatutnya bukan sahaja cadangan Tengku Adnan itu harus ditolak, malahan sepatutnya pusat-pusat hiburan itu juga harus ditutup terus.

Dan dalam kerajaan masih lagi terkial-kial menghalusi cadangan tersebut, berita tv malam tadi menyiarkan kenyataan Tengku Adnan yang bertegas mempertahankan cadangannya itu dengan alasan bahawa lanjutan operasi pusat hiburan tersebut adalah untuk pelancong asing, bukan untuk orang tempatan, khususnya umat islam. Sebenarnya Tengku Adnan boleh buat cadangan yang sebegitu, boleh dengan mudahnya memberi alasan-alasan yang sedemikian kerana kesan-kesan negatif seperti pengambilan dadah dan alkohol ini belum kena lagi pada anak beliau sendiri.

Akhbar siang tadi juga menyiarkan tentang betapa kecewanya seorang pengarah drama dan filem bertaraf Box Office, berpangkat dato' apabila anaknya sendiri ditangkap dalam serbuan di pusat hiburan kerana disyakki mengambil dadah. Jika perkara yang sama terjadi kepada Tengku Adnan, adakah beliau masih lagi mahu mempertahankan cadangannya itu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

fi_shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah

croatia  


posticon Posting pada: 12-07-06 04:36


Pada 12-07-06 00:36 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

anda tak pelik ke orang Islam sendiri bukan orang kafir, tapi berat nak ikut ajaran Islam, lebih2 lagi pemimpin yang melaungkan slogan Islam Hadhari, ada background pengajian Islam lagi. kalau anda tak rasa pelik, saya tetap rasa pelik, Kenapa boleh jadi macam ni...






Memang pelik lagi ajaib.."


-----------------
Impianku menjadi lelaki acuan Al-Quran..
Doa-doakanlah ek..
Hidup dan matiku kerana ilahi..


Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_shattirProfil   Hantar PM kepada fi_shattir   Quote dan BalasQuote

Yob
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 11:14


Mereka itu islam dan berilmu tetapi sekdarmenyelam dan tak amalkan ilmu itu sebab itulah buat kenyataan yang pelik - pelik malah ternyata sombong macam seorang menteri tu....dengan sombongnya berkata " saya tak perlu respon kepada harussani ..harusani yang perlu respon kepada sya.." begini kah pemimpin...wahai saudara saudari yang telah memilih orang sebegini dan konco-konconya untuk memerintah negara..fikirkan tidak adakah saham anda nanti di akhirat..kerana menyokong puak - puak ini..dan terus menyokong sedangkan dah ramai yang menunjukkan jalan yang perlu di lalui yang perlu di pilih...
saya cukup bimbang apkah akan jadi dengan generasi akan datang....umat islam mungkin boleh tukar agama macam tukar baju...berjudi macam di las vegas..pelacur jadi kerja profesional yang di iktiraf...mustahilkah ini semua..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For YobProfil   Hantar PM kepada Yob   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 13-07-06 13:17


assalamualaikum...

inilah manefestasi kehancuran sosial orang Melayu di negara kita...

kalau tengok di pekan2 kecil yang banyak beli no ekor orang kita jugak... :-? :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

farini
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16986
Posting: 17
Dari: planet bumi

Johor  


posticon Posting pada: 14-07-06 19:53


ibnu_musa hilangkan lah rasa pelik awak tu.......akhir zaman ini macam-macam ada tak ada yang peliknya!!!! memang betul Malaysia negara Islam tapi hanya pada nama saja.....maaf ya kalau kurang setuju tapi hakikatnya begitu. Ustazah saya kata hanya bila IMAM MAHDI DAN NABI ISA ada baru lah umat Islam boleh rasa nikmat pemerintah cara Islam yang sebenar. jadi awak tak perlu rasa pelik ek....... sekarang Baitulmaqdis jadi rebutan jadi agak2 siapa yang dapat?!?!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariniProfil   Hantar PM kepada farini   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 17:52


sorry sebab saya masih tak dapat nak hilangkan "rasa pelik" itu, mungkin sebab perkara begini saya tak boleh terima dalam prinsip dan pemikiran saya.

p/s: rasa pelik saja, bukan tak percaya :lol:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 15-07-06 17:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-07-06 21:54


Pada 07-07-06 17:32 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.

Beberapa hari sebelum tu, seorang menteri melayu beragama islam cadangkan agar operasi pusat hiburan dilanjutkan ke jam 5 pagi untuk tarik pelancong sempena tahun melawat malaysia 2007


ni antara idea "terlampau bijak" pihak yang ada agenda tersendiri... :oops:


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126 saat. Lajunya....