Oleh |
TEKNIK MENGESAN PEMBOHONGAN |
zunah
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2003 Ahli No: 3189
Posting: 207
Dari: malaysia
|
Posting pada: 30-06-06 01:49
 .. Ana nak kongsi sartikel yang ana dapat dari mail mengenai... Teknik Mengesan Pembohongan Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah, menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Pinocchio". Teori ini terbukti dalam kes Presiden Clinton. Dalam segmen video 23 minit berkaitan skandal seks dengan Monica Lewinsky, Clinton telah menyentuh hidungnya lebih kurang sekali dalam setiap empat minit. Ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan keadaan beliau ketika bercakap benar, beliau langsung tidak menyentuh hidungnya sama sekali. Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan suatu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka-cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tand tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong. Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan 'tidak senang duduk' apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Kesimpulanya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Cara Untuk Memerangkap Orang Yang Berbohong Salah satu caranya ialah dengan meminta butiran 'cerita' dengan lebih lanjut. Pada lazimnya 'cerita' yang sedia direka dalam kepala si pembohong hanya setakat tertentu sahaja. Apabila ditanya mengenai butir-butir terperinci, mereka kerap terperangkap kerana belum bersedia. Inilah taktik yang biasa digunakan oleh para peguam dalam menyoalbalas saksi-saksi di mahkamah. (diubahsuai daripada petikan dalam Mutiara Malaysia, Ogos 1999) P/S: Kesimpulannya dcni janganlah suka berbohong... tapi macam MANA ye NAK MENGESAN PEMBOHONGAN DI INTERNET???
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 30-06-06 07:46
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 30-06-06 08:03
semoga dapat memberi pengajaran kepada kita semua...time kacih 4 di tips!!!
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 02-07-06 23:06
emmm macam tu ek... senang lah kalau saya nak berbohong.. saya cuma perlu elakkan buat apa yang dinyatakan
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 02-07-06 23:52
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah pandainyerr anakanda ana_anua ya nak elak  . Sebenarnya pergerakan itu spontan jadi insyaAllah mudah di kesan. Secara umum semua orang tidak gemar bila dibohongi. Jadi usahlah berbohong ya. Katakan yang benar walau pahit namun dalam Islam telah disarankan agar berhikmah. Sebab itu perlu mencari ilmu agar setiap niat, perkataan dan perbuatan kita selaras dengan Al Quran dan As Sunnah sehingga natijahnya adalah kebaikan belaka. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Siakap senohong gelama ikan duri Bercakap bohong lama-lama mencuri.
|
Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24825
Posting: 335
|
Posting pada: 03-07-06 00:02
salam.. info yang sangat bermanfaat... thank you banyak-banyak
|
kuahdurian
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2004 Ahli No: 9793
Posting: 312
Dari: UiTM Shah Alam
|
Posting pada: 03-07-06 00:09
posting yang bagus. ada lagi tak? ----------------- JANGAN AMBIL HATI, AMBIL ISI...
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 03-07-06 17:33
!!! QUOTE !!! Posting pada: 02-07-06 23:52
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt
Alhamdulillah pandainyerr anakanda ana_anua ya nak elak . Sebenarnya pergerakan itu spontan jadi insyaAllah mudah di kesan. Secara umum semua orang tidak gemar bila dibohongi. Jadi usahlah berbohong ya. Katakan yang benar walau pahit namun dalam Islam telah disarankan agar berhikmah. Sebab itu perlu mencari ilmu agar setiap niat, perkataan dan perbuatan kita selaras dengan Al Quran dan As Sunnah sehingga natijahnya adalah kebaikan belaka.
Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Siakap senohong gelama ikan duri Bercakap bohong lama-lama mencuri. acah saja ummimq
|
nazran7
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari
|
Posting pada: 03-07-06 19:40
|
syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.04.2005 Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar
|
Posting pada: 03-07-06 20:17
 -----------------  [ Telah diedit oleh: syahadah_muslimah pada 03-07-06 20:17 ]
|
nurlynn
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku
|
Posting pada: 03-07-06 21:37
jauhkanlah diri dari berbohong...
|
alan36963
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..
|
Posting pada: 03-07-06 22:16
Owhh.. Ni senang lah nak kena kan orang yang berbohong..
|
alan36963
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..
|
Posting pada: 03-07-06 22:29
Tapi macam mana kalau orang yang kita tanya kata "tak ada" Contohnya, sahabat saya buat salah dan saya dapat rasa sesuatu berlaku, bila saya tanya, dia kata tak ada buat apa-apa pun.. macam mana nak tau dia buat salah tak? Maaf bertanya... ----------------- Jarang orang malas itu berjaya, Jarang orang rajin itu gagal...
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-07-06 19:15
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah apabila berlaku sesuatu pertembungan maka jalan keluarnya ialah berdoa. Berdoalah depan orang itu dan sebut - "Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kepadaku akan kebenaran kata-kata si polan ini sama ada dia berkata benar atau tidak." Umi rasa si polan tu akan ketakutan kalau masih ada iman dalam hatinya dan kalau selamba juga maka biarkanlah Allah yang memberi ganjaran setimpal dengan pembohongannya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak diterimanya".
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-07-06 00:08
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah anakanda alan36963 dah cuba buat ke? Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - sekali bohong maka akan terus berbohong sebab nak tutup bohong yang pertama itu.
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 07-07-06 00:17
Pada 03-07-06 22:29 , alan36963 posting:!!! QUOTE !!! Tapi macam mana kalau orang yang kita tanya kata "tak ada"
Contohnya, sahabat saya buat salah dan saya dapat rasa sesuatu berlaku, bila saya tanya, dia kata tak ada buat apa-apa pun.. macam mana nak tau dia buat salah tak? Maaf bertanya...
Di atas hanya tips saja..rasanya tips ini pun valid pada orang yang tak biasa menipu, so bila dia nak tipu memang ada unsur2 diatas...tapi zaman sekarang penipu semua taraf profesional...ehehehe..memang tak boleh detect nya dia tipu kita...dalam kata lain...ayat manisss saja... kalau dah sampai tahap macam ini, tak boleh buat apa lah..serah lah pada ALLAH melalui doa, kalau kita teraniaya Mudah-mudahan ALLAH bantu kita tapi jangan lah nak dok bersangka macam-macam..nak dok 'rodok' jugak supaya dia mengaku dia bersalah...kalau dia kata tak apa-apa...tak ada apa-apa lah itu..bersangka baik lah...yang lain serah pada ALLAH..Wallahu'alam
|
nur_2110
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2005 Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi
|
Posting pada: 07-07-06 01:06
great info..thanks 2 all...
|
mardhoti
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.07.2005 Ahli No: 17396
Posting: 201
Dari: kelantan
|
Posting pada: 07-07-06 02:40
ya betul
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-07-06 06:56
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah nak ingatkan diri dan juga pada yang sudi baca bahawa Kenapa mesti nak berbohong? Mana ada istilah bohong sunat kecuali dalam peperangan dan juga yang dibolehkan apabila suami yang berpoligami demi kebaikan rumahtangga? Bercakap benarlah kerana apabila mati orang tidak akan ingat lain kecuali baik budi bahasa termasuk tidak berbohong. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Akhlak mulia adalah lambang Islam sejati
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 08-07-06 12:42
posting yang bagus...info yang ada manfaat...teruskannn....ana sokong 100%++
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 08-07-06 13:01
ye ke..tapi ada lagi satu tektik kalau berbohong....taktik dia dia diam saja.....siapa lah agaknya tu ek????
|
jejakaislam
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.05.2004 Ahli No: 8875
Posting: 167
Dari: gombak
|
Posting pada: 08-07-06 13:52
kalau terpaksa boleh ke bebohong...?
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-07-06 19:33
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah masih ingat tak kisah Imam Syafe'i pergi mengaji dan dibekalkan wang yang diikat dalam bajunya tu? Apabila pencuri bertanya dia beritahu tentang wang tersebut sebab dia ingat pesan ibunya supaya jangan berbohong. Dan akhirnya pencuri itu menjadi seorang Islam yang baik. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Tiada paksaan dalam agama ditujukan kepada orang yang baru nak mengenal Islam bukan yang sudah mengucap dua kalimah syahadat lama sejak lahir!
|
alan36963
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 7711
Posting: 71
Dari: TeMpAt mENcArI iLMu..
|
Posting pada: 10-07-06 11:17
Terima kasih ummimq sebab beritahu.. Sebenarnya perkara tu tak terjadi lagi tapi senario tu terlintas di fikiran yang sempit ini..
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 26-07-06 21:44
|
hangkas
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.08.2006 Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat
|
Posting pada: 27-08-06 13:18
terima kasih sahabat. nasihat dan kenyataan mu mengajar erti hidup bersahabat. moga-moga ana berhati-hati dalam mengungkap kata dan becakap. Wallahu alam
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 27-08-06 13:33
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 28-08-06 13:26
orang yang bohong bila kita tanya dia balik apa yang dikata pada kita,pasti jawapannya tak sama!!! mesti berbelit punya kalau kita tanya dia berkali kali...dan jawapan kali kedua takkan sama dengan jawapan yang pertama..it's truth!!! so,jangan sekali kali cuba nak berbohong..sekali kita bohong,orang takkan percaya pada kita ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 28-08-06 13:56
siakap senohong....gelama ikan duri.....
|