Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 42 hari yang lalu
al-biruni03: 71 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Rahsia Cintanya


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Rahsia Cintanya

Please Mendaftar To Post


Oleh Rahsia Cintanya

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 28-06-06 20:43


Hari ini hari gembira.Hari bahagia.Hari dua hati yang asing dipadukan serta disatukan sebagai suami isteri yang sah.Hari ini setiap wajah mengukir senyum dan mengucapkan tahniah kepada mereka.Hari ini begitu banyak sekali tangan-tangan yang perlu mereka sambut dan jabat,serta kadang-kadang perlu dikucup pula.Kelesuan yang terpancar daripada wajah mereka pudar diselaputi kegembiraan dan kebahagiaan.Hari ini hari bersejarah dalam hidup mereka.Hari yang menghalalkan segala milik peribadi mereka buat pasangannya.

Hari ini hari perkahwinan.Dan seperti hari-hari perkahwinan lain di kampung itu,mempelai sibuk melayan para tamu yang datang.Ainaa membenamkan dirinya didapur sambil melayan tamu-tamu wanita yang ada di situ.Adnan pula sibuk berbual dengan beberapa orang lelaki yang kelihatan agung dan segak dalam seragam hijau mereka.Kumpulan lelaki ini sebenarnya merupakan teman sekerja Adnan.Mereka datang sebagai wakil daripada Kem Terendak,tempat di mana Adnan bertugas.Dan mereka ini sebenarnya adalah anak-anak buah jagaan Adnan.Walaupun beberapa orang daripada mereka ini berusia lebih tua darinya,mereka tetap hormat dan patuh pada ketua mereka itu.Salah seorang teman Adnan yang memakai seragam celoreng yang di dada kirinya tertera RAJD menunjukkan dia bertugas dalam kor Rejimen Askar Jurutera Diraja.Manakala pada dada kanannya tertera namanya,ALI.Pada lengannya pula bersusun tiga tingkat huruf V terkangkang menandakan pangkatnya-Sarjan.

"Tak usahlah tuan susah-susah melayan kami.Tahulah kami mencari sendiri makanan.Bukannya tak biasa pergi kenduri,"Sarjan Ali menegur Adnan yang sedari tadi leka mengatur susunan lauk di atas meja itu.
"Ah,tak mengapalah Ali.Hari ini saja saya dapat melayan kamu semua.Lusa sudah mula bekerja.Hah,masa itu jangan pula kamu semua mahu bermanja-manja dengan saya."Balas Adnan berseloroh kepada anak buahnya itu.
"Singkat benar cuti yang tuan minta.Mengapa tak memohon cuti yang lebih panjang?"Koperal Azrul mencelah.Di tangannya sedah terkepit sebatang rokok yang sudah hampir separuh dihisapnya.
"Awak pun tahu.Kita ini pegawai baru,pegawai muda.Jadi banyak lagi yang perlu dipelajari.Kalau asyik bercuti saja,kerja tak jalan,kita juga yang susah."kata Adnan sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Sarjan Ali.
"Bukan selalu berkahwin tuan.Sekali ini saja,"giliran Lans Koperal Hashim pula menyampuk.
"Ah,bukankah kita ada peluang empat kali..Tak begitu tuan?"Sarjan Ali ketawa kecil mendengar kata-kata Koperal Azrul.Adnan hanya tersenyum melihat telatah anak buahnya itu.Dan perbualan disambung lagi.Tidak lama kemudian Adnan meninggalkan kumpulan anak buahnya itu untuk melayan tamu-tamu lain pula.majlis itu berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang menghalang.Dan petang merangkak terus menyambut malam yang setia berlabuh tanda akur pada fitrah yang ditetapkan oleh Maha Pencipta.

*******************************************************

Malam pengantin itu,Adnan terlalu letih.Aina awal-awal tadi telah dipeluk mimpi selepas meminta izin untuk tidur awal dan mengucup pipi Adnan.Adnan meletakkan tangan pada dahinya.Matanya terpaku pada siling yang terlindung oleh kelambu pengantin berwarna merah hati itu.Sebelah tangannya digunakan bagi memangku kepala isterinya yang menghadap ke arah dadanya.
"Ainaa tidur atas lengan abang sajalah."Adnan memujuk isterinya.
"Nanti kebas tangan abang.Kepala Na berat."Aina membenamkan wajahnya pada dada Adnan tanda manja.
"Ah,berat kepala Na,berat lagi raifal yang abang jinjing itu,tau?"Adnan mengusap kepala isterinya yang mula meletakkan kepala di atas lengannya.
Memang benar lengannya agak kebas sedikit kerana salur darahnya terkepit oleh kepala isterinya itu.Namun apa sangat kebas yang terasa pada lengannya itu kalau dibandingkan dengan sengal-sengal pada lengan akibat melakukan tekan tubi di padang kawad.Dalam latihan lapan bulan di Port Dickson itulah Adnan bertemu dengan Nurul Ainaa yang waktu itu masih belajar di tahun akhir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Universiti Malaya.

" saudari,boleh saya tahu jam berapa sekarang?"
Begitulah ayat pertama Adnan kepada Ainaa.
Ainaa agak ragu-ragu semasa ingin menjawab pertanyaan Adnan itu kerana dia menyangka Adnan sengaja menggunakan alasan itu bagi mendekati dirinya.
"Err..Pukul tiga setengah,"jawab Ainaa lambat-lambat.
"Terima kasih,"balas Adnan.

Dan Ainaa melihat Adnan berlari memanjat tangga bas ekspres yang sudah mula bergerak mahu meninggalkan Terminal Bas Puduraya itu.Apabila melangkah dia tersepak sesuatu yang terjatuh di atas lantai.Sebuah dompet terkapar di situ.Ainaa mengambil dompet itu dan menyelaknya untuk mengetahui pemiliknya.Sekeping gambar lelaki segak dan tampan berseragam tentera mengukir senyum terselit padanya.

"Eh,ini beg duit abang tadi tu,bisik Ainaa sendiri.Ainaa teringat pada pemuda yang bertanya waktu padanya tadi.Dia pantas menyelongkar isi dompet itu untuk mencari sebarang nombor yang boleh dihubunginya.Sekeping kertas yang telah kusam terjatuh keluar daripada dompet itu dan Ainaa lekas-lekas memijaknya supaya tidak diterbangkan angin.

Mohd Adnan b. Hasnan
018-7474654

Ainaa segera mencari telefon awam untuk menghubungi nombor tersebut.Kesesakan Terminal Puduraya itu menyukarkan Ainaa untuk bergerak menuju ke arah telefon awam yang berderet setentang dengan barisan kaunter tiket di hadapannya.
".Adnan ya?"Aina memulakan perbualan sebaik sahaja telefon bimbit itu dijawab.
".Ya,saya.Siapa ni?"Suara Adnan menyentuh gegendang Ainaa.
"Saya budak perempuan tadi yang awak tanya pukul berapa tu..Tadi awak ada tercicir dompet.Mujur saya terjumpa.Sekarang beg duit awak ada pada saya."Aina menerangkan tujuannya menelefon kepada Adnan.
"Oh,iya?Syukur.Tak perasan pula saya.Nasib baik awak jumpa,"Adnan membalas nada gembira berbaur lega.
"Jadi bagaimana saya mahu memulangkan beg duit awak ni?"tanya Ainaa.
"Nanti saya akan ambil dengan awak.Boleh saya tahu macam mana nak hubungi awak?"
"ok,bila awak nak ambil nanti,awak telefon saya dulu.Saya belajar di Universiti Malaya.Tapi sekarang ni tengah praktikal di Hospital Universiti Malaya."Ainaa menerangkan.
"Baiklah,nanti saya hubungi awak lagi dalam beberapa minggu.Awak simpan dulu dompet saya.Nanti kita jumpa kemudian.Terimakasih ya..saudari.."
"Ainaa."Ainaa menyambut ayat Adnan.
"Ainaa.Saya Adnan."
"Tahu."
"Bagaimana saudari tahu...Oh..ya."Kedengaran tawa kecil daripada Adnan.
"Jumpa nanti ya.Syiling dah habis ni.."
"."

*******************************************************

Pertemuan kali pertama itu membawa kepada pertemuan yang seterusnya setelah masing-masing menyedari bahawa mereka sebenarnya berasal dari sekolah yang sama.Sewaktu Adnan di tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur,Ainaa juga menuntut dalam tingkatan tiga di sekolah itu juga.Adnan yang agak pendiam kurang dikenali ditambah pula dengan perubahan akibat kedewasaan,menyukarkan lagi Ainaa mengenali wajah Adnan.Namun Adnan memang pernah dilihatnya sewaktu Anaa menuntut dalam tingkatan tiga Abu Bakar dulu.Pertemuan itu,yang menagih kepada pertemuan yang lebih banyak,telah memupuk rasa rindu,sayang,dan seterusnya cinta dalam hati masing-masing.Maka janji diikat,dan termeterailah ikatan perkahwinan ini yang menyatukan mereka sebagai pasangan yang bergelar suami isteri.

*******************************************************

"Tuan,menung panjang nampaknya?"Lamunan Kapten Adnan terhenti sebaik Leftenan Muda Zaini menyapanya.Kenangan sebulan lebih lalu di Malaysia itu berkecai ditembusi suara pegawai muda itu.
"Ini airnya tuan.Jemput minum tuan,"pelawa Leftenan Muda Zaini.
"Terima kasih Zaini.Macam mana anggota kita?"Adnan menyambut cawan atau 'tea-pan' besi daripada tangan Leftenan Muda Zaini dan air kopi berbusa pekat itu dihirupnya sedikit.
"Baik tuan.Sarjan Ali memimpin seksyen tiga mengawal dan membersihkan pos kawalan di sebelah utara daripada sebarang jerangkap samar kerana petang ini C.O (Comissioner Officer) nak melawat kem ini."Leftenan Muda Zaini memaklumkan kepada ketuanya tentang perkembangan aktiviti anggotanya.
"Bagus Zaini.Jangan lupa petang ini roll-call(berbaris untuk tujuan pemeriksaan oleh pegawai atasan).Saya nak awak beritahu pada Koperal Majid,suruh dia gantikan awak periksa budak-budak tu.Awak ikut saya pukul 1730 ni.Kita kena buat pembersihan di kawasan selatan.Esok anggota MALBAT (Malaysia Batalion) akan menggunakan jalan tersebut untuk memasuki bandar Bosnia.Kita kena pastikan laluan tu bersih daripada sebarang periuk api dan jerangkap samar yang lain."Kapten Adnan memberikan arahan jelas kepada pegawai mudanya itu.
"Baik tuan,"balas leftenan Muda Zaini.

*******************************************************

"Abang jangan lupa solat,jaga diri,berhati-hati jalankan tugas.Ingat Allah,ingat Na,ingat anak kita dalam kandungan ni.Abang mesti balik tengok Na,teman Na bersalin.Sekurang-kurangnya tengok anak kita."Ucapan Ainaa yang tersedu-sedu berbaur tangisan itu menepis cuping telinga Adnan.Ungkapan Ainaa itu mengusik hati wajanya.Menyentuh jiwa perwiranya.Namun air mata yang mahu mengalir itu ditahan.Biar dia menangis dalam hati saja.
"Ainaa tak usah risau.Doakan abang pergi dan pulang dengan selamat.Ya,sayang?"Adnan memujuk buah hatinya itu.Ainaa merangkul erat Adnan bagai tidak mahu melepaskan dia pergi.Namun tugas negara perlu diutamakan.Dan Ainaa faham itu.Sejak dia menerima lamaran Adnan,yang merupakan seorang pegawai tentera,dia harus menerima bahawa tugas suaminya itu memang menuntut pengorbanan.Dan pengorbanan itu yang paling tidak direlakannya adalah pengorbanan nyawa.

"Abang jangan tinggal Na,abang.."Tangisan Ainaa makin tidak tertahan dan tidak terkawal.Pelukannya pada Adnan terlalu erat.Ibu mertua Adnan terpaksa membantu meleraikannya.Dan akhirnya Ainaa melepaskan sendiri setelah perasaannya agak reda.

Sewaktu pesawat pengangkut jenis Hercules itu mahu berlepas dari Lapangan Terbang TUDM,Adnan memejamkan mata.Air mata mengalir lesu di pipinya.Segera dikesat.Kasih sayangnya terhadap isteri tercinta dan anak dalam kandungan Ainaa itu disimpan dibahagian terdalam pada hatinya dan dikunci dengan semangat waja untuk berbakti pada negara.

*******************************************************

"Zaini,awak bawa satu platun tinggal di sini membersihkan kawasan ini.Sarjan Ali ikut saya."Kapten Adnan mengarahkan anak buahnya dengan tegas.
Kapten Adnan dan Sarjan Ali terus berjalan di hadapan sementara anggota yang lain sibuk membersihkan dan mengesan jerang samar yang mungkin wujud pada laluan tersebut.

"Tak rindukan isteri,tuan?"Sarjan Ali cuba memecahkan ketegangan dengan memulakan perbualan dengan ketuanya.
"Ah,sedangkan orang berkahwin bertahun-tahun lagikan rindu.Inikan pulak saya yang baru sebulan lebih.Hai,tak terkata Sarjan.Macam mahu pecah saja dada ni menahannya.Rindu."Sarjan Ali tersenyum mendengar kata-kata ketuanya itu.Sebagai orang tua yang lebih dulu makan garam,dia mengerti perasaan orang muda seperti ketuanya itu.
Ketika dia mahu menyambut kata-kata ketuanya itu,tiba-tiba Kapten Adnan menjerit,"Sarjan,jangan bergerak!"
Sarjan Ali terpaku dan tergamam.Dengan tidak sengaja dia bergerak terkebelakang sedikit.Sepantas kilat juga Kapten Adnan menyambar tubuhnya menolaknya dihumban ke tepi.Serentak itu kedengaran bunyi KLIK! dan letupan itu terjadi.

"Tuan!!!"Leftenan Zaini yang berlari ke arah ketuanya itu sebaik letupan itu bergema bertempik.Dia sedang sibuk menyusun atur anggota platunnya ketika letupan itu terjadi.Seluruh anggota tentera yang berada di situ meniarap sambil mucung senjata dihalakan ke arah yang sepatutnya.

"Tuan.."Kedengaran suara lemah Sarjan Ali memanggil ketuanya.Matanya kabur akibat kehilangan banyak darah.Kakinya tercedera.Pergelangan kakinya hampir putus.Terkulai.Serpihan-serpihan tanah merah menutupi tubuhnya.Beberapa orang anggota perubatan bergegas mendapatkannya.

Leftenan Zaini yang mula-mula melihatnya.Dia melihat Kapten Adnan yang tertiarap.Tubuhnya hampir terkopak.Lengan kanannya terkulai mengalirkan darah yang membasahi bumi Bosnia.Bukan tanahairnya sendiri.Pada dada bumi asing ini darahnya tertumpah.Mengalir dari celah-celah luka yang terbuka,menitis ke tanah dan kemudiannya bersatu meresap ke dalam perut bumi.Dan darah itu pula nanti menjadi baja,penyubur kepada tanah Bosnia.

Adnan merasakan sengal-sengal dan ngilu pada segenap tubuhnya.Dia cuba menggerakkan tubuhnya,namun segala saraf yang selama ini setia mematuhi arahan otaknya bagai mati.Anggota badannya sudah tidak berfungsi.Hanya bebola matanya yang meliar menatap langit.Pendengarannya jadi tuli.Gema letupan periuk api tadi memecahkan gegendang telinganya.Adnan menjadi pekak.Dan kesakitan itu sebenarnya sudah tidak dirasakannya lagi.Lantas tanpa disedarinya,dia sudah tidak menghembus atau menarikkan nafas lagi.

Dan akhirnya tubuh itu kaku menatap langit yang selama ini menyaksikan pelbagai peristiwa dan kemusnahan yang dilakukan manusia.Bumi yang selalu melapangkan dadanya untuk menerima segala hujan,peluh,air mata,dan semua yang tercurah padanya setia menerima tumpahan darah pekat berbusa hangat yang mengalir petang ini.Darah yang tertumpah beratus ribu kilometer daripada tanahairnya.Darah seorang anak Melayu,yang setia menjalankan tugasnya demi menyahut seruan berbakti kepada negara tercinta.

*******************************************************

"Aduh,"Ainaa mengaduh apabila kakinya tersepak lantai tandas hospital yang memang sengaja dibuat tinggi sedikit dari pada lantai di luarnya ketika mahu melangkah ke dalamnya.
Ainaa yang hanya memakai sandal ketika itu melihat-lihat ibu jari kakinya yang berdarah sedikit akibat terhantuk tadi.Serta merta bayangan wajah suami tercinta,Adnan berlari dalam fikirannya.Suaminya itu kini sedang bertugas di bumi Bosnia Herzegovina.Beratus ribu kilometer jauh dari tempatnya berdiri.Dan kerinduan mula menjalar pada hatinya.Kerinduan seorang isteri kepada suami tercinta.Petang nanti Ainaa tahu,Adnan selalu menghubunginya.Walaupun masa untuk berbual terlalu singkat,memadai untuk dia mendengar suara lelaki yang dicintai sepenuh jiwa dan hatinya itu.Dan anak dalam kandungannya yang baru berusia sebulan itu tentu nanti mahu lekas dibelai oleh ayahnya.Tentu rindu pada ayahnya.Seperti dia rindu pada Adnan.Mungkin lebih lagi.

Ainaa kembali menjalankan tugasnya.Dia memasuki bilik yang dikhaskan untuk doktor.Waktu rehat akan tamat dalam lima minit lagi.Ainaa tidak mahu terlambat.Dia menghenyakkan punggung pada kerusi empuk berwarna biru tua itu dan membuang pandangan jauh ke luar.

Sebuah jip milik Tentera Darat Malaysia memasuki perkarangan hospital besar Melaka.Ainaa melihat dua orang anggota polis tentera yang memakai topi merah keluar dari jip itu.Seorang yang berbadan sasa mengepit sebuah fail,manakala seorang lagi bertubuh kecil tetapi tegap dan gagah berjalan di hadapannya.Selepas itu pandangan Ainaa terlindung oleh bangunan wad pesakit luar yang terletak bersebelahan wad kecemasan tempat Ainaa bertugas itu.

Ainaa kembali menghadap meja kerjanya.Gambar suaminya memakai seragam istiadat tentera menghiasi mejanya.Pada kedua-dua bahu suaminya itu masing-masing tersusun tiga tanda seperti pentagon menandakan pangkat yang disandangnya-Kapten.

Pintu bilik Ainaa diketuk.Seorang jururawat masuk.
"Doktor,ada dua orang anggota tentera ingin berjumpa doktor."Jururawat itu hanya menjengukkan kepala pada celah daun pintu yang dikuakkan sedikit itu.
"Okay."Ainaa senyum kepada jururawat itu tanda dia senang menerima tetamu-tetamu itu.
Kedua-dua anggota tentera itu masuk setelah dipersilakan oleh jururawat tadi.
" puan,"anggota tentera berbadan kecil itu menyapa Ainaa.
","balas Ainaa disulami senyuman.Dan senyuman ini dibalas pula oleh kedua-dua anggota tentera tadi.
"Ini ada kawat (telegram) dari markas MALBAT di Bosnia dialamatkan untuk puan."Anggota tentera berbadan kecil tu meminta fail yang dikepit oleh temannya yang seorang lagi.
"Silakan puan."Anggota tentera bertubuh kecil itu menghulurkan sekeping kertas kepada Ainaa.
Ainaa menyambut pemberian anggota tentera itu.Tiba-tiba dia menjadi kaget dan takut untuk membaca isi telegram tersebut.Namun jemarinya tanpa sedar menyelak dan matanya membaca huruf-huruf yang tertulis dalam telegram tersebut.

1806

6904322 ADNAN B. HASNAN TERKORBAN KETIKA BERTUGAS

Ainaa betul-betul terkejut.Jantungnya tersentak kuat.Dan serentak itu jeritan yang maha kuat bergema keluar menembusi tiap ruang di dalam wad kecemasan hospital besar Melaka itu.Beberapa orang jururawat dan petugas hospital menyerbu ke dalam biliknya.Penglihatan Ainaa jadi kabur.Ainaa pengsan.

*******************************************************

Ainaa terbaring di atas katil hospital.Ibu,ayah,dan sebilangan ahli keluarganya menanti di sisi katil.Sebahagian daripada mereka menunggu di luar kerana bilik yang kecil itu tidak mampu menampung bilangan ahli keluarga yang hadir sejak khabar kematian Adnan itu tersebar di kalangan mereka.
Ainaa terus mendakap ibunya.

"Mak,abang Adnan mak..Abang Nan.."Airmata Ainaa yang sedari tadi terkumpul bagai empangan pecah mengalir membasahi pipinnya.Hidungnya berair dan tangisannya tak dapat ditahan-tahan lagi.Ainaa mengongoi seperti anak kecil dan membenamkan wajah dalam dakapan bonda tercinta.Ainaa sudah tidak mampu meluahkan perkataan lagi.Hanya air mata mengalir membasahi bahu bonda.Bondanya hanya diam mengusap belakang Ainaa.Air mata ibu yang mahu anaknya hidup dalam bahagia juga mengalir tidak putus-putus.Cuma suaranya saja yang tidak kedengaran.Kedua-dua anak beranak itu berpelukan erat.Ayahnya hanya tunduk kaku di sisi bondanya.Ayah dan ibu mertua Ainaa belum tiba lagi dari Kuala Lumpur.Berita kematian anak lelaki mereka itu telah pun disampaikan oleh pihak tentera kepada mereka.Bilik itu diselubungi suasana muram dan suram.

*******************************************************

Tembakan tiga das berturut-turut dilepaskan ke udara tanda penghormatan terakhir kepada Allahyarham Kapten Adnan b. Hasnan.Pengebumian jenazah suaminya itu dilakukan dengan penuh istiadat ketenteraan.Ainaa sudah tidak mampu menangis lagi.Matanya bengkak dan jiwanya sunyi.Fikirannya kosong.Ainaa berdiri di sebelah ibu,ayah, dan ibu serta ayah mertuanya.Ibu mertuanya sendiri kelihatan lemah dan terpaksa dipimpin kerana masih tidak dapat menerima kematian anak tunggalnya itu.

"Nan nak masuk tentera mak.Dulu mak suruh Nan belajar sampai Universiti,dapat ijazah.Nan ikut cakap mak.Nan tolak tawaran ke Kolej Tentera Darat itu.Sekarang biarlah Nan yang tentukan haluan hidup Nan mak."Adnan meminta ibunya merestui hajatnya untuk menjadi seorang pegawai tentera kira-kira setahun lalu sewaktu Adnan masih berumur 24 tahun.
"Banyak lagi kerja lain,Nan.Mengapa kerja itu yang kau mahu?"ibunya menyangkal kata-kata Adnan.
"Ayah izinkan Nan tidak?"Adnan mengalih perbualan kepada ayahnya pula.
"Kamu dah dewasa Nan.Ayah yakin kamu mampu menentukan hidup sendiri."Kata-kata ayahnya inilah yang membuatkan Adnan meneruskan impian dan cita-citanya itu.
Dan ibunya akhirnya terpaksa akur dengan kehendak anak bujangnya seorang itu.

Hari ini,hari kesedihan.Hari berpisahnya dua jasad.Namun hati yang pernah disatukan tetap akan bersatu dan selalu bersama.

"Er,puan Ainaa?"seorang lelaki berpangkat kapten menyapa Ainaa.
"Ya,saya?"balas Ainaa.
"Maaf.Saya Zainal,rakan setugas Adnan di Bosnia.Ini ada surat daripada Adnan yang saya kira tidak sempat diposkan kepada puan."
Ainaa menyambut surat ditangan Kapten Zainal itu.Setelah itu Kapten Zainal meminta diri dan hilang dicelah-celah orang ramai yang bersesak-sesak di Makam Perwira itu.

Ainaa menyelak surat itu,dan meneliti isinya,

buat isteri tercinta yang jauh di Malaysia.Abang di sini alhamdulillah sihat-sihat sahaja.Abang harap Ainaa juga sihat dan bahagia di sisi keluarga.Anak dalam kandungan itu bagaimana?Ainaa jangan makan jeruk banyak-banyak.Nanti mudarat pula pada anak itu nanti.Takut wajahnya jadi masam seperti wajah ibunya ketika abang terlupa membelikan jeruk mangga dulu.

Ainaa,

Abang rasa rindu sangat pada Ainaa dan saudara mara di Malaysia.Namun apakan daya,tugas negara juga penting bagi diri abang.Hari ini abang akan bertugas melakukan perbersihan periuk api bagi keselamatan laluan tentera kita.Ainaa usah khuatir.Abang berjanji akan berhati-hati.

Ainaa,

Abang harap Ainaa tabah menanti abang.Ingat janji kita dulu Na.Apa pun yang terjadi,abang takkan menduakan Na,dan Na takkan menduakan abang.Pelihara anak kita baik-baik.Insya-Allah kita akan bertemu lagi.Ainaa doakanlah keselamatan abang di sini.Sehingga itu,tabahlah menjadi isteri seorang pegawai tentera.

Biar jenazah tak berkapan,
Pantang undur anak watan.


Peluk cium dari kanda,

Kapten Adnan b. Hasnan
6904322
Rejimen Askar Jurutera Diraja
Tentera Darat Malaysia


Surat yang belum sempat ditandatangani itu dilipat semula oleh Ainaa.

Biar jenazah tak berkapan,
Pantang undur anak watan.


Ungkapan ini biasa dilihatnya sewaktu zaman persekolahan dahulu.Ya,ungkapan inilah yang tertulis pada buku nota Bahasa Arabnya yang ditinggalkan di bawah meja di dalam kelas 3 Abu Bakar dahulu.Ainaa menjadi marah kerana ada tangan yang berani menconteng buku notanya itu.Kata-kata selain ungkapan itu berbunyi,

.Boleh saya berkenalan dengan saudari?

-Secret Admirer-
1609

Dan hari ini baru disedarinya.16/09/1983,tarikh lahir Adnan,suaminya yang dikasihi.Rupanya selama ini Adnan telah menyimpan perasaan terhadapnya.Dan dompet itu sengaja dijatuhkan Adnan untuk membuka peluang mengenali dirinya.Kerana itulah dompet itu tidak mengandungi sebarang pengenalan diri kecuali gambar,beberapa keping resit bank,dan kertas yang tertera nombor telefon bimbit Adnan serta namanya sekali.

Ainaa menangis kembali.Kali ini tangisannya tidak bersama raungan lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-06-06 22:14


huhuu cerita yang best...penuh bermkna..teruskan usahamu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 28-06-06 22:31


adnan dan ainaa -satu gabungan yang baik hehe...
p/s: dulu pernah teringin nak kekasih hati seorang tentera..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 23:02


syahdunyer....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-06-06 23:43


ye sedih.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-06 00:56


sedih......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 02:56


nice story...tapi ending sedih..huhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

faina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 607
Posting: 151
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 08:04


huhu...really touch deep of my heart...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainaProfil   Hantar PM kepada faina   Quote dan BalasQuote

mashitah_izzati
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.06.2006
Ahli No: 24677
Posting: 69
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 29-06-06 08:11


menyayat hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mashitah_izzatiProfil   Hantar PM kepada mashitah_izzati   Quote dan BalasQuote

Maisarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2803
Posting: 205
Dari: Singapore

singapore   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 09:39


Salam.
Syahdu dan.... best... ;-)
[ Telah diedit oleh: Maisarah pada 29-06-06 09:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaisarahProfil   Hantar PM kepada Maisarah   Quote dan BalasQuote

ynax
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.06.2006
Ahli No: 24695
Posting: 32
Dari: somewhere

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-06 18:05


sedih...kasihan ainaa.tapi, saya tabik kat adnan sebab sanggup berkorban untuk negara

Bookmark and Share

    


  Member Information For ynaxProfil   Hantar PM kepada ynax   Quote dan BalasQuote

comel21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22777
Posting: 90

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 18:36


touching..tiba-tiba teringat kat seseorang yang jauh..ya ALLAH..lindungilah dia..AMIN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For comel21Profil   Hantar PM kepada comel21   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 21:45


sedih bangat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

ana_anua
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK

Perak  


posticon Posting pada: 29-06-06 22:37


em kejojez_sensei83 ada hantar cerpenni kat mana-mana majalah tak?rugi rasanya kalau cerpen bagus dengan bakat terpendam hanya dibaca warga ukhwah sahaja.
menulis menjana minda puitis dan kritis

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_anuaProfil   Hantar PM kepada ana_anua   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-06 22:54


takdok..suka-suka saja menulis..bahasa pun bahasa lama..minat sangat usman awg,a.samad said,kris mas..dan yang seangkatan..support sasterawan negara kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 23:20


karya yang menarik. syabas

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 30-06-06 08:32


isk...sedihnya!teruskan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 30-06-06 10:12


syahdu gila....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 11:30


sedihnya... :-(


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

ibnusina
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.07.2004
Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-06 22:30


syahdunyer.....

ada bakat ni...

bagus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnusinaProfil   Hantar PM kepada ibnusina   Quote dan BalasQuote

qarlena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.01.2005
Ahli No: 13844
Posting: 69
Dari: perak darul Rizduan

Perak  


posticon Posting pada: 02-07-06 00:07


emmm..
ramai betulyg berbakat dalam ukhwah ni eh...
syabas....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qarlenaProfil   Hantar PM kepada qarlena   Pergi ke qarlena's Website   Quote dan BalasQuote

fi_shattir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24949
Posting: 163
Dari: Bumi Allah

croatia  


posticon Posting pada: 02-07-06 06:50


cerita yang menarik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_shattirProfil   Hantar PM kepada fi_shattir   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 02-07-06 17:22


beshhhh2..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 22:00


sad story

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

aina_2410
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 3350
Posting: 45
Dari: j-town

malaysia  


posticon Posting pada: 10-07-06 22:23


Pada 29-06-06 18:36 , comel21 posting:

!!! QUOTE !!!

touching..tiba-tiba teringat kat seseorang yang jauh..ya ALLAH..lindungilah dia..AMIN..


betul-betul..memang sedih...erk..ameen-kan same..hehe ;-)


-----------------
Mendidik manusia tanpa nilai agama
akan menjadikan seseorang itu
iblis yang bijak


Bookmark and Share

    


  Member Information For aina_2410Profil   Hantar PM kepada aina_2410   Quote dan BalasQuote

aina_2410
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 3350
Posting: 45
Dari: j-town

malaysia  


posticon Posting pada: 10-07-06 22:23


ehek..same pulak namanya ye?=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aina_2410Profil   Hantar PM kepada aina_2410   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 01:06


kojez ni banyak buat cerita tentera lah... kojez sendiri minat bidang tentera ye.

pandai lah buat cerpen. TAHNIAH!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 11:37


bagus cerita ni....:)
tapi sedih laaa... :(


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-05-07 02:38


alhamdulillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

alliaazam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2007
Ahli No: 28915
Posting: 159
Dari: Damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 03:07


aku menangis???:-(
best...huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For alliaazamProfil   Hantar PM kepada alliaazam   Pergi ke alliaazam's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 10:47


Aku pengemis,
Pengemis cinta suci,
Perayu cinta sejati,
Aku pengemis,
Yang dahagakan kasih sayangNya
Hanya mengharap pada Maha Pencinta.

Nyah kau cinta dunia,
Pergi kau cinta fantamorgana,
Aku tak perlukanmu,
Cintamu terlalu palsu,
Cinta murahan,
Penuh dengan kepura-puraan.

Aku merayu,
Nyah kau cinta fantamorgana,
Baru saja aku bebas dari cengkamanmu,
Baru sebentar jiwa ini girang,
Riang dengan hanya kasihNya,
Belum sempat putik tumbuh mekar di taman hati,
Tanpa diundang kau muncul kembali,
Lewat hanya untuk sementara,
Mengundang fitnah pada sang jiwa,
Hadir untuk melalaikan aku,
Membawa cita dan harapan palsu.

Aku merayu,
Nyah kau cinta manusia,
Jangan goda nafsu ku ini,
Jangan dekati iman mudah goyah ini,
Pergi!
Mengapa kau tak mengerti?
Tiada ruang untukmu di sudut hati,
Belum tiba masanya lagi,
Mungkin suatu hari nanti,
Pabila cinta Agung lagi pasti telah bersemi,
Hidup subur menjalari hati,
Teguh bertahkta di sanubari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 07-06-07 19:18


susah ya nak menolak cinta?:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 10:09


Pada 29-06-06 22:54 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

takdok..suka-suka saja menulis..bahasa pun bahasa lama..minat sangat usman awg,a.samad said,kris mas..dan yang seangkatan..support sasterawan negara kita..


patutlah rasa macam kenal cara garapan cerita awak...rupa-rupanya kita minat sasterawan yang sama...memang sokong punya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-07 12:39


peh........cara garapan..hehe.da lama xgune ayat tu..ye lah agaknya..boleh geng lah:)


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 14:23


Pada 29-06-07 12:39 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

peh........cara garapan..hehe.da lama xgune ayat tu..ye lah agaknya..boleh geng lah:)



hehe yela..garapan?? perkataan yang biasa..tapi saya suka guner..
yela perkataan yang org lain jarang guner..tapi penuh bermakner.. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 16:35


waaaah sedehnye yang sangat-sangat amat..aargh sebab ni lah saya tak suka sad ending.. :'( nice story anyway.. waaaaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 17:02


sedihnya......

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-07 21:12


bolehlah tapi mesti cerita cinta, secret admirer dari zaman sekolah
ada jugak sekolah yang satu jenis saja.sekolah perempuan saja or sek lalki jee.bosan

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

NisaAdDeen
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2008
Ahli No: 32631
Posting: 92
Dari: ulu kinta,perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 02:14


Ya Allah...sedihnyaa....bgitulah hidup, akan kembali kepadaNya..beruntunglah para isteri bagi semua mujahid...bayangkan sejenak, para2 isteri mujahid pada zaman Rasulullah SAW..ramai yang berglr janda namun terselit kesyukran kerana suami berglr syahid..bagi semua wanita, sayangilah lelaki berglr suami seadanya, jangan sampai melebihi cinta kita kepada Allah dan RasulNya...kerana disinilah kekuatan kita apabila diuji dengan pemergian orang yang tersyg...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NisaAdDeenProfil   Hantar PM kepada NisaAdDeen   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 22-03-08 03:26


:cry: :cry: :cry: :cry: :cry:
touching betul story ini.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122373 saat. Lajunya....