Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Angkara AS negara muslim diserang


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Angkara AS negara muslim diserang

Please Mendaftar To Post


Oleh Angkara AS negara muslim diserang

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 04:03


Angkara AS negara muslim diserang


imej
BAHAN letupan dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------



Susunan: SITI AINIZA KAMSARI
DAHI kita pasti berkerut apabila ada fakta yang menyebut bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) hanya membelanjakan RM2.16 juta (AS$600,000) untuk menyiasat punca bangunan World Trade Center (WTC) runtuh dalam tragedi 11 September 2001.

Mereka terpaksa berbelanja sebanyak hampir RM144 juta (AS$40 juta) bagi menyiasat skandal seks bekas Presiden Bill Clinton dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinsky yang kos akhirnya mencecah RM234 juta.

Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh AS untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama bin Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi 9/11. Namun, tentunya yang lebih ramai terbunuh hanyalah penduduk awam yang tidak berdosa terutama wanita, orang tua dan kanak-kanak apabila perkampungan-perkampungan mereka dibedil dan diserang tanpa sebarang ampun!

Perlu disebut juga ia bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas! Mungkin kita tidak ragu-ragu untuk mengatakan AS sanggup ‘mencipta’ satu tragedi bagi membolehkan dewan Kongres mereka pada akhirnya terpaksa membenarkan Presiden George W. Bush menyerang pengganas.

Perkara seperti ini sebenarnya bukanlah baru! Ini kerana teknik yang sama pernah dilakukan bagi membolehkan AS mendapat kebenaran untuk menyerang mana-mana pihak. Semasa meletusnya Perang Teluk sehingga Kuwait berjaya diceroboh oleh tentera Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein pada awal tahun 1990, AS beriya-iya mencari jalan bagaimana mereka dapat membantu Kuwait.

Kesempatan ini diambil oleh sebuah firma atau Konsultan Perhubungan Awam, Hill and Knowlton yang kemudiannya dibayar berjuta dolar AS bagi mencipta satu gelombang propaganda yang pada akhirnya memberi ruang kepada AS untuk menyerang Iraq.

Walaupun terpaksa membeli waktu-waktu siaran utama namun usaha mereka amat berbaloi. Bukan sahaja mereka kemudiannya dibayar dengan begitu lumayan tetapi yang lebih penting konsultan itu berjaya mengelabui pandangan orang ramai iaitu dengan menerbit dan menyiarkan pelbagai program TV termasuk menjual video-video berita atau video news release (VNR) yang memberikan 1,001 alasan mengapa Iraq mesti diperangi. Perang psikologi benar-benar meletus ketika itu.

Media telah diperalatkan untuk mempengaruhi audiens. Satu kajian Jabatan Komunikasi Universiti of Massachusetts mendapati “lebih banyak penduduk AS menonton televisyen, semakin tertutup minda mereka kepada fakta dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui. Apabila semakin kurang fakta yang mereka ketahui maka semakin mudah mereka menerima semua dasar-dasar pentadbiran Bush.â€

Hasil propaganda itu, rakyat AS akhirnya percaya bahawa Saddam Hussein sememangnya manusia gila yang dipercayai terlibat secara langsung dalam semua tindakan kejam sekalipun terhadap rakyatnya sendiri. Saddam mempunyai kuasa melakukan lebih banyak kerosakan dan rakyat AS percaya Saddam perlu disingkir.

Tetapi apakah faktor serta-merta yang dijadikan kempen oleh Bush untuk menyerang Iraq atau lebih tepat menyerang umat Islam? Sehari selepas tentera Iraq menceroboh Kuwait, firma Hill and Knowlton ditawarkan satu lagi projek propaganda bernilai RM3.6 juta sebulan bagi membantu Kuwait merampas kembali negara mereka daripada Iraq. Kontrak ini adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah perhubungan awam.

Hill and Knowlton kemudian memperalatkan seorang gadis warga Kuwait bagi membohongi dunia, di sebalik perkataan ‘hak asasi’ yang kononnya cuba mereka perjuangkan.

Seorang wanita, Lauri Fitz Pegado adalah orang yang diberikan tanggungjawab oleh pihak konsultan tersebut untuk ‘melatih’ gadis itu.

Pada 10 Oktober 1990 di dalam dewan Kongres AS, atas nama Kaukus Hak Asasi Manusia mereka membawa masuk gadis yang dikenali sebagai Nayirah atau Naira berusia 15 tahun yang berjaya menjadikan seluruh dewan itu terpaku sepi.

Dewan itu mendengar testimoni yang sungguh emosi yang disampaikan oleh gadis itu mengenai pengalaman ngeri beliau dengan tentera-tentera Saddam Hussein. Seluruh anggota dewan itu hanya mengetahui nama Nayirah kerana nama keluarga gadis itu dirahsiakan kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Sambil menangis, Nayirah menceritakan apa yang berlaku di hadapan matanya ketika tentera Saddam dikatakan menceroboh masuk sebuah hospital di Kuwait iaitu Hospital Al-Addan. Ketika itu, gadis berkenaan mendakwa bertugas sebagai sukarelawan di hospital itu.

“Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri askar-askar Iraq dengan senjata masing-masing menceroboh masuk ke dalam hospital.

“Mereka kemudian bertindak kejam dengan mengeluarkan semua bayi-bayi yang berada dalam inkubator dan diletakkan di atas lantai yang sejuk dan dibiarkan di situ sehingga mati,’’ katanya sambil menangis teresak-esak.

Ketika Nayirah membuat pengakuan itu, di luar beribu-ribu risalah atau press kit diedar yang mengandungi semua ‘pengakuan’ gadis itu. Semua perkataan bagai dirancang kerana tidak ada bezanya apa yang diluahkan oleh gadis itu di dalam dewan dengan apa yang tertulis pada risalah.

Apabila pungutan suara dan undian dibuat, akhirnya semua anggota kongres dan pihak keselamatan AS setuju membenarkan Presiden George Bush (ayah George W. Bush) menyerang Iraq!

Ini kerana mereka percaya bulat-bulat kepada cerita dan air mata Nayirah. Bush sendiri menjaja cerita gadis itu dalam setiap kempennya bagi mendapat sokongan padu rakyat AS bagi membolehkannya menyerang Saddam!

Di sebalik skandal Incubator Lie atau Baby Incubator Fraud ini, fakta menunjukkan Naira atau nama sebenarnya Niyirah Al Sabah ialah anak Duta Kuwait ke AS. Semasa Kuwait ditawan, Nayirah sebenarnya berada di AS kerana tidak ada bukti yang menunjukkan gadis ini bertugas sebagai sukarelawan sebagaimana yang diceritakan.

Ini kerana beberapa kakitangan terutamanya jururawat yang sudah lama bertugas dan tinggal di sekitar hospital itu mendakwa tidak pernah melihat Niyirah. Sebelum itu, selain pengakuan Niyirah, kenyataannya diperkuatkan lagi dengan dakwaan seorang lagi saksi iaitu Dr. Ebrahim.

Dr. Ebrahim bukan sahaja menyokong dakwaan Niyirah malah dia sendiri kononnya menguburkan 40 mayat bayi yang menjadi mangsa deraan dan seksaan tentera Saddam itu.

Beliau juga memberitahu pihak keselamatan AS bahawa dia seorang pakar bedah. Namun, selepas perang tamat, Dr. Ebrahim kemudian mengaku bahawa beliau sebenarnya doktor gigi dan tidak pernah menanam bayi-bayi tersebut.

Rupa-rupanya teknik pembohongan seperti ini diguna pakai lagi. Tidak salah untuk kita mempercayai tragedi 11 September 2001 juga adalah satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam.

Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri dalam peristiwa 9/11 itu yang tidak mustahil adalah angkara licik pihak Yahudi!


Sumber: Utusan Malaysia Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

nurul_iman87
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12486
Posting: 39
Dari: KeLaNTaN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 08:49


Assalamualaikum...

syukran kerana post article ini dan mendedahkan perkara ini kepada kita semua....

ana baru saja dapat tahu yang 9/11 itu kemungkinan besar adalah dirancang oleh george w. bush dan rakan2nya sendiri di satu cramah yang ana hadiri minggu lepas...

penceramah hari tu ada sebut yang pakar2 scientist telah kaji benda ini dan according to bukti, sampai sekarang memang tak ada proof yang boleh tunjukkan yang 'terrorist' 9/11 tu adalah dari negara lain... kalau tak ada proof, smstinya AS la yang buat sdiri....
lepas itu, scientist2 juga cakap it's impossible for the whole PWTC building to fall all at once if it was only hit at the top of the building... kalau tengok rakaman2 dulu, apabila kpal terbang kena bangunan tu, kan satu bgunan macam meletup... itu buktinya yang mungkin ad explosive yang dah sedia ada di dalam bangunan tersebut.....

memang zalim la george w. bush, sanggup mengorbankan nyawa2 rakyat sdiri seterusnya mmbohong kepada org2nya sdiri just to kuatkn propaganda dia untuk mdptkn apa dia nak.... this world is full of LIARS, therefore kita semua kena sangat lah prihatin dan mtk2 xterpengaruh dengan tipu daya orang zalim ...

..wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_iman87Profil   Hantar PM kepada nurul_iman87   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 14:53


:-) Assalamualaikum...


    

     Inilah permainan kotor mereka...sanggup membuat apa sahaja untuk menghancurkan ISLAM....namun..kebenaran akan mengalahkan pembohongan..yang haq akan menang.....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-06-06 15:48


kat tv3 pun turut mendedahkan perbuatan hina amerika ni yang mendakwa islam sebagai pengganas......banyak unsur penipuan yang mereka lakukan unutk menjatuhkan islam...

sama-samala kita berdoa,semoga ALLAH membantu umat ISLAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-07-06 20:22


Masyarakat AS dituduh celupar


LONDON: Penduduk Britain berpendapat Amerika Syarikat adalah masyarakat celupar dan diketuai Presiden yang tidak cekap serta gagal dalam dasar Iraqnya, menurut kajian sebuah akhbar yang disiarkan, semalam.

Amerika bukan lagi dipandang sebagai satu simbol harapan kepada British dan mereka tidak lagi yakin terhadap sekutu seberang laut mereka untuk memimpin hal ehwal dunia, lapor kajian oleh The Daily Telegraph.

Kajian YouGov itu mendapati, 77 peratus responden tidak setuju dengan kenyataan bahawa Amerika adalah harapan kepada dunia.

Ketika penduduk Amerika bersiap sedia menyambut ulang tahun ke-230 kemerdekaan mereka hari ini, kajian mendapati hanya 12 peratus penduduk Britain percaya Amerika bertindak adil di pentas dunia.

Sebanyak 83 peratus daripada mereka ditanya berkata, Amerika tidak peduli dengan pandangan penduduk dari rantau lain.

Kebanyakan kritikan mensasarkan pentadbiran Amerika dengan menunjukkan 70 peratus penduduk Britain membenci negara yang digelar ‘sahabat’ itu.

Presiden Amerika, George W Bush hanya mendapat satu peratus yang mengundi beliau sebagai pemimpin terbaik berbanding 77 peratus mendakwa beliau sebagai pemimpin yang sangat teruk. – AFP


Sumber: Berita Harian Online

--------------------

p/s: itu baru pendapat penduduk britain, belum pendapat penduduk2 yang dah jadi mangsa mereka lagi... :roll:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 04-07-06 20:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 17:20


hmmm,dah sah kita ditipu dengan pnipuan yang terbesar dalam sejarah peradaban manusia

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107504 saat. Lajunya....