Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 15 jam, 41 minit yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: CINTA ANTA & ANTI.....???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» CINTA ANTA & ANTI.....???

Please Mendaftar To Post


Oleh CINTA ANTA & ANTI.....???

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 15:25


Memang kena baca artikel ni!! Memang tepat pada waktunya!DI PETIK DARI MAJALAH I,KELUARAN FEBRUARI 2006,OLEH USTAZ MASZLEE MALIK,...

'CINTA ANTI & ANTI...'


Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai
peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman
muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka
bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah
persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para
remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya,
cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank,
institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta
ukhwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk
menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di
kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah
usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah
menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana
tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu
membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang
berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak
muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata
tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar
wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan
juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif
berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan
sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda
dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh
nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video
nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya,
fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang
berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan,
dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah
maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham ukhwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang
mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir,
kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan
oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat
terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di
jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "ukhwah fillah kekal
abadi..".sekali lagi makna ukhwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila
dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak
sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah
melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga
satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story"
yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi
tema "ukhwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua
jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat
penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama
dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak
lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan
"ukhwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi
tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga
mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si
siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan
golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di
bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil
dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si
naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan
tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung,
siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah
sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka
lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an
dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal
menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan
kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena
cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul
dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini.
Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat
kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk
menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi
desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun
emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku
bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya,
tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "ukhwah fillah membawa ke
Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau
penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa
kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan
perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat
untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik
ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau
tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat
memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Wallahu'alam..


-----------------
Salam KASIh SayanG..
Kita MemunGkinkan SegaLa ikatan Dan Kita MeMunGkinkan Segala Ukhwah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

ayesha1511
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24823
Posting: 34

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 15:31


Persoalannya, adakah fenomena ini sihat?

tak..tak cukup sihat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayesha1511Profil   Hantar PM kepada ayesha1511   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 15:39


erm...:)
ana sebenarnya tabik dekat anta2..maksudnya sahabat2 jemaah ana, yang setakat ini tak pernah nak buat benda-benada macam ni..terutamanya nak masing-masing ukhwah fillah ini...tak ada pun..cuma bertanyakan khabar berita..dah kerja ke?itu saja....:)alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

comel21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22777
Posting: 90

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 16:29


ya salam..

saya pun jadi tak pasti..

betul tak pasti..

ada tak sesiapa yang tau dengan jelas tentang hukum couple islamic ni..

saya betul nak tau..

Bookmark and Share

    


  Member Information For comel21Profil   Hantar PM kepada comel21   Quote dan BalasQuote

zahrahtunnur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.12.2003
Ahli No: 5786
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 17:58


Assalamualaikum...

semuanya bermula dan bgantung pada NIAT. innamal a'malu binniat setiap sesuatu pkara itu bmula dgnn niat...so, suluh diri tanya hati, soal iman. apa, Kenapa, sebab apa....benda seperti itu 'cinta anta anti' boleh mracau hati kita....esspcially pada sahabat yang tlibat dalam jemaah.
ikhlaskah ukhwah seseorng itu kerana, hanya dan semata2 untuk ALLAH...kita sebagai manusia tidak dapat menerokai hati manusia lain....hanya ALLAH sahaja yang tahu.
so...nasihat ana pada yang mahu bjuang tapi pyakit hati enta enti tidak dapat diubati.....akan pincanglah gerakan itu. jangan kerana kita, thalang rahmat ALLAH, sukar untuk kita mlaksanakan dakwah. cb-cblah pbaiki diri, dakwahlah hati sendiri....

tanpa cinta enta enti pun masih boleh kawin, baitulmuslim kan ada.

maafla..kalau tsalah kata.
ilaliqo' wassalam
[ Telah diedit oleh: zahrahtunnur pada 23-06-06 18:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrahtunnurProfil   Hantar PM kepada zahrahtunnur   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 18:32


topik ni dah dibincangkan..
janganlah jadikan istilah ukhwah fillah tu sebagai batu loncatan penggalak hubungan lelaki dan wanita...ikhlaskanlah hati untuk berda'wah...kelak landasan da'wah tersasar...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-06-06 08:41


tapi musykil lah.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

rajanazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-06-06 09:53


macam pernah dengar saja segmen cinta anta nanti. sokong la..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rajanazriProfil   Hantar PM kepada rajanazri   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-06 10:49


Pada 26-06-06 08:41 , qudwah_mardihah posting:

!!! QUOTE !!!

tapi musykil lah.......


qudwah_mardihah cuba semak posting2 yang lepas.banyak perbincangan dalam tu..insyAllah, mungkin boleh membantu...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 30-06-06 11:19


dah ada pandangan...................tapi dalam kepala.....................cuma boleh ringkaskan..............ermmm, gunakanlah ilmu agama yang ada...............ilmu yang kita dapat adalah untuk dipraktikkan..........

yang jadi macam tu, sebab ilmu tak dipraktikkan dalam kehidupan.........

betul tak....

lelaki dan perempuan bagaikan magnet..........senang terpaut.......so, masing-masing kena jaga........'keinginan' akan Allah balas di alam perkahwinan nanti, percaya lahh.......peringatan untuk na juga.............Allahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 01-09-06 18:39


ukhwah fillah? apa tu? memang kisah ni realiti...bagi saya, cinta anta-anti benda yang remeh tapi taktaula orang lain bagaimana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 01-09-06 19:30


ana tak paham dengan konsep cinta anta anti ni...siapa yang ketengahkan isu ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

laylee
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.01.2004
Ahli No: 6452
Posting: 55
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-06 19:36


ana setjuuuuu sangat dengan qudwah_mardihah.
nak tambah sikit...kalau sesama muslimah suka cakap mengenai muslimin.
muslimin pun sesama muslimin pun suka cakap pasal muslimah.
kakau sesama kita yang satu fikrah ni boleh lah consider atas alasan manusia ada naluri.tapi kalau diketahui oleh golongan bukan dari fikrah kita, mereka yang mula2 hormat, sanjung dan segan kat kita tu nantu..sure akan kutuk habis2an.dah lah golongan tu memang sengaja cari kelemahan kita.

kuatkanlah iman.
dekatkan diri dengan Allah.
Allah akan melindngi kita kalau kita nak.
wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For layleeProfil   Hantar PM kepada laylee   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 01-09-06 22:26


Pada 01-09-06 19:30 , farah_hanan posting:

!!! QUOTE !!!

ana tak paham dengan konsep cinta anta anti ni...siapa yang ketengahkan isu ni??


Cinta anta anti ni macam cinta biasa saja.Yang lain sikitnya tukar panggilan awak kepada anta dan anti.Anta dan anti ni bahasa arab..nampak islamik sikit kalau guna bahasa arab ni.Konsepnya sama sahaja..bermula dari mata dan turun ke hati..in sya Allah ana betul agaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 02-09-06 12:34


semua manusia punya nafsu.......

pepandai lah kawal....
kepada ustaz2 &ustazah di luar.....cpat2 lah kawin kalau da tak tertahan sangat...
untuk mengelakkan fitnah......

Kalau tak mampu, sila lah berpuasa....
jadilah lone ranger.....ahax!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

elmifaiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22925
Posting: 41
Dari: Brickfields

Selangor  


posticon Posting pada: 02-09-06 12:39


alhamdulliah

ada sahabat kita berkahwin melalui ukhwah.com....

tahniah kepada warga johor tersebut....

semoga diberkati allah....

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For elmifaizProfil   Hantar PM kepada elmifaiz   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 16:28


jangan manyalahgunakan konsep dakwah untuk bercinta.
please!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 18:50


Barangkali kalau kita hubungi calon istri/suami untuk bincang tentang nikah, bila, b.mana, berapa, barangkali harus ya? ana sendiri tidak faham... tolong betulkan ya?

barangkali juga..ada di antara kita yang sudah terlajak..jadi kita sama-sama belajar untuk perbaiki..mana yang dilarang kita tinggalkan saja kan? mahu menghukum serta merta juga barangkali perlu kita selidiki hinggalah ianya benar-benar sahih dan tepat kan?

ana ini baru belajar2 tuan2...perbetulkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 04-09-06 22:02


????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 23:10


remaja lah katakan...hai anta anti...anta anti

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Minur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24249
Posting: 100
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 23:22


tak faham lah... topik ni bincang pasal apa?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For MinurProfil   Hantar PM kepada Minur   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 00:15


kadang-kadang percintaan dua orang yang bukan ahli jemaah lagi bagus daripada percintaan ahli jemaah.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 00:39


tu lah tertubuh baitul muslim...untuk mengelakkan hal ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-09-06 00:54


ana setuju kata jubah_hijau...

macam kakak ana dan abang ipar join BM(Baitul Muslim)..
alhamdulillah amat terjaga...terkawal..INSYAALLAH..


-----------------
SENYUMSOKMO (^_^)
[ Telah diedit oleh: Norhaslina pada 05-09-06 00:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 08:14


aah...ana dah buka isu ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

zahratul_nisaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24493
Posting: 48
Dari: penang darul mutiara

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 11:07


salam..
ismahli..ana jahil kit bab2 ni..baitul muslim tu apa ek?
objektif dtubuhkn nya apa? memang ada kat ipta2 ka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_nisaaProfil   Hantar PM kepada zahratul_nisaa   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 18-09-06 11:13


Hipokrit betul anda semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-09-06 11:19


percintaan perlu,sebab itulah ALLAH jadikan setiap insan itu berpasangan.Tapi.......carilah cinta yang lebih utama,iaitu cinta illahi.berusaha ,pasti dapat.insyaallah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

zahratul_nisaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2006
Ahli No: 24493
Posting: 48
Dari: penang darul mutiara

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 16:36


salam..
tak ada sp lagi yang jawab soalan ana tadi..huhuhuhu..
baitul muslim apo dio ek?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_nisaaProfil   Hantar PM kepada zahratul_nisaa   Quote dan BalasQuote

narutomaster
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.09.2005
Ahli No: 19202
Posting: 46
Dari: Damansara

Johor  


posticon Posting pada: 22-09-06 16:43


sebenarnya ini dah jadi lumrah manusia,cuma yang penting tau batas agama.....


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Silalah ke http://www.maskahwin.com/index.php?ref=mahalil

Bookmark and Share

    


  Member Information For narutomasterProfil   Hantar PM kepada narutomaster   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 16:45


hmmm......
:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-09-06 16:54


kawin cepat2la.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14775 saat. Lajunya....