Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 19 hari yang lalu
nur_takwa88: 25 hari yang lalu
kismis: 25 hari yang lalu
qaulah_atrah: 36 hari yang lalu
muaz9768: 40 hari yang lalu
Rashdin: 46 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kuala Lumpur bandar Biadab!!??!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kuala Lumpur bandar Biadab!!??!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Kuala Lumpur bandar Biadab!!??!!

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 17:28


apakah pendapat anda terhadap isu ini !!?/


-----------------
....%iMaN & aMal%....


Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 18:46


Assalamu'alaikum wbt...
Terpulang la...masing-masing ada pendapat sendiri...
Tapi...cuba perhatikan...kebanyakkn warga kuala lumpur ni datang dr mana?? Dr negeri2 lain yang datang ke sini untuk mencari rezeki... siapa yang salah bila jadi macam ini?? Diri sendiri.. Ana anak jati KUALA LUMPUR mesti la rasa terkilan bila dikata Kuala Lumpur bandar Biadab... tengok la juga negeri lain seperti Johor Selangor etc.... Sabah dan sarawak jangan dilupekan juga... Kelantan-wlp terkenal dengan agamanya...tapi cuba tengok kebanyakkan anak mudenya.... Ana bagi pendapat berdasarkan pengalaman.... Ana be;ajar di sarawak... di kampus ana macam-macam jns manusia ada...macam-macam negeri ada...
Paham-paham la sendiri...
WaAllahualam


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

farini
Warga Rasmi
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16986
Posting: 17
Dari: planet bumi

Johor  


posticon Posting pada: 22-06-06 18:57


assalamualaikum pembaca semua

saya rasa anak jati kl tak ada masaalah tapi yang merantau tu saja yang tak tau menyesuaikan diri. anyway kita orang timur memang terkenal sopan santunnya. kerajaan harus hebatkan usaha jadikan BUDI BAHASA BUDAYA KITA! kadang-kadang mulut ini berat nak senyum nak minta maaf nak tolong tunjuk arah jalan dan berbagai lagi lah. mgk dok kampung tak seramai di kl ini jadi tak biasa lah tu. harapan saya rakyat MALAYSIA DAN PENDUDUKnya bersikap terbuka dan ambil langkah positif. nak ngaku kesalahan pun bukan mudah. itu tandanya orang luar prihatin kat kita tau so ubah lah sikit perangai tu tak rugi pun tiada dikenakan caj!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariniProfil   Hantar PM kepada farini   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 19:13


bismillah....

alssalamualaikum....

tak benar....yang biadap adalah INSAN....
yang tak ada iman..tak ada amal...

pbangunn tiada kecelaan dalam Islam...
pbangunan dan peradaban insan yang tbaik..kita tengok contoh zaman Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat ra..

JOM BUAT DAKWAH IMAN AMAL...ALLAHU AKBAR..

ILA LIQA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 20:20


Kajian KL ketiga biadab dipertikai
Oleh Ahmad Naim Tahir dan Norfatimah Ahmad


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kaji selidik yang meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga ‘biadab’ di dunia boleh dipertikaikan.

gambar
TANDA KERJASAMA: Najib menerima cek daripada Pengarah DSA
and Confrerence Sdn bhd, Datuk Azzat Kamaluddin sambil
diperhatikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal
Abidin Zin (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian
Pertahanan, Tan Sri Subhan Jasmon, di Kuala Lumpur,
semalam.


Timbalan Perdana Menteri, berkata berita negatif itu bukan saja dilaporkan dalam majalah Reader’s Digest, malah disiarkan berulang kali menerusi Channel News Network (CNN), tanpa diketahui asas dalam kaji selidik itu.

“Apa yang mengejutkan, bandar New York dikatakan yang terbaik. Saya tidak tahu sama ada pandangan umum setuju atau tidak dengan penilaian ini,†katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan pada majlis penerimaan sumbangan dari DSA and Conference Sdn Bhd (DSA) kepada Yayasan Veteran di sini, semalam.

Kelmarin, New Straits Times menyiarkan laporan kaji selidik The Times of London yang meletakkan ibu negara ini di tangga ketiga dari bawah daripada 35 bandar raya di dunia.

Mengikut laporan itu, Kuala Lumpur memperoleh 37 peratus daripada markah penuh iaitu 100 peratus, diikuti Bucharest di Romania (35 peratus) dan Mumbai di India di tangga paling bawah iaitu 32 peratus.

Hasil kaji selidik itu juga meletakkan New York di tangga tertinggi dengan 80 peratus diikuti Zurich di Switzerland (77 peratus) dan Toronto di Kanada pula 70 peratus.

Bagaimanapun, Najib berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penilaian itu sudah dibuat dan usaha perlu dilakukan untuk mengubah persepsi negatif itu.



“Oleh itu, kita mesti berusaha untuk menukar imej bagi menentukan sama ada imej itu satu persepsi atau realiti,†katanya

Mengenai kemungkinan kaji selidik itu berniat jahat terhadap negara ini, beliau berkata, ia sukar ditentukan kerana laporan itu juga kritikal terhadap Hong Kong dan Mumbai.

Ditanya sama ada imej negara terjejas berikutan laporan itu, Najib berkata, negara ini sememangnya menjadi tarikan di kalangan pelancong asing yang melihat rakyat Malaysia sebagai mesra pelancong.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang turut mempertikaikan hasil kaji selidik secara rambang itu, meletakkan laporan itu sebagai cabaran untuk memperbaiki imej negara.

“Saya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu. Begitu mudah untuk mereka menghasilkan laporan dengan berasaskan kriteria mereka sendiri, entah bagaimana mereka melakukannya,†katanya.

Beliau juga mahu mendapatkan maklumat terperinci berhubung kajian itu, sama ada ia dijalankan secara bersemuka dengan masyarakat setempat atau sebaliknya.

Malah, katanya, hasil kajian itu akan dianalisis dengan terperinci bagi memastikan negara ini tidak terus dikenali sebagai negara berimej buruk.

Sementara itu di SEREMBAN, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sikap terlampau manja menyebabkan banyak nilai kesopanan yang sebelum ini begitu menebal di kalangan rakyat semakin menghilang sehingga dilabel sebagai masyarakat biadab.

“Saya terkejut dan kesal apabila membaca laporan berkenaan dan terfikir apa yang menyebabkan masyarakat kita berubah sehingga demikian rupa. Jika nak ambil kira kerana kemajuan, negara lain pun maju, tetapi masyarakatnya masih mengekalkan nilai murni yang tinggi.

"Pada saya, rakyat terlampau manja. Longkang depan rumah tersumbat, minta kerajaan bersihkan, lalang dua tiga batang di depan rumah pun, minta kerajaan tebaskan. Kita rakyat paling manja di dunia," katanya, selepas mesyuarat Exco negeri, di sini semalam.


Sumber: Utusan Online


entahlah, tak tau nak komen apa, tapi rasanya tak patut... :roll:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

maqnawie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.09.2005
Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 20:26


BISMILLAH...

bila DAKWAH TELAH DIBUAT..IMAN MNENGKAT AMAL LEBIH SOLEH..TIADA MUSTAHI BAGI ALLAH SWT untuk MENGUBAH SEGALA bentuk KEMAJUAN, PEMBNGUNAN dan PERADABAN INSAN...

ILA LIQA...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maqnawieProfil   Hantar PM kepada maqnawie   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 21:45


boleh dikatakan la...bagi sebahagian penduduk nya....sampai orang-orang yang boleh dikatakan perlu hati-hati dalam apa situasi

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-06-06 23:05


Assalamualaikum.

     mungkin kalau dilihat dari segi trend pemanduan warga KL di jalanraya ada kebenarannya. Sikap ingin cepat, berlumba2, pentingkan diri sendiri, kurang sabar, tidak ikut peraturan masih menebal di kebanyakan pemandu dan penunggang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 03:34


dari segi kemajuan dah ok, maybe yang dikatakan biadab tu dari segi moral dan mentaliti masyarakat di KL yang suka berebut2, tak jaga kebersihan dan pentingkan diri sendiri.

walau apapun tak semua begitu, cuma sebahagian saja. fenomena seperti ini biasanya kita boleh nampak di pusat bandar.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fifi_183
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2006
Ahli No: 24264
Posting: 56
Dari: KL

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-06-06 12:36


Dalam kajian itu katanya, rumusan kajian dijalankan atas perilaku di mana seseorang sanggup untuk membuka pintu untuk orang yang tidak dikenali dan juga tolong orang lain, etc, kutipkan kertas orang lain yang terjatuh dan juga, sikap ramah peniaga kepada pelanggan.

Sikap-sikap ini yang kononnya dikatakan sopan bagi masyarakat barat tidak boleh disamakan dengan budaya melayu..sebabnya orang melayu terkenal dengan sikap pemalu dan penyegan..rasanya orang lelaki melayu segan untuk tolong bukakan pintu untuk wanita atau tolong angkatkan barang dan sebagainya..

Yang peliknya, negara New York menduduki tangga teratas, padahal rasanya..di sana banyak sekali kejadian jenayah dan ada juga orang-orang yang bermulut celupar atau suka mencarut..dan tak lupa juga couple2 yang buat perkara tak senonoh depan khalayak...yang ni sopan pulak..hmm..Kenapa tak dipertikaikan..

Mungkin juga, di KL itu lebih ramai pendatang asing yang berkelakuan tak sopan...dan mungkin juga kajian ini dilakukan ke atas kes2 terpencil saja..di mana di tempat2 yang biasanya memang tak sopan..

Yang saya hairan dan agak 'bengang jugak, kat mhi baru-baru ni, ramai pulak rakyat Malaysia yang sokong kajian dari orang barat itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fifi_183Profil   Hantar PM kepada fifi_183   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 23-06-06 13:10


maybe salah pilih orang untuk kajian tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

nur_2110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2005
Ahli No: 18853
Posting: 187
Dari: infront of my 2313NLCi

Melaka  


posticon Posting pada: 23-06-06 13:11


yang pastinya kat mana-mana pun ada yang baik dan ada yang kurang baik kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_2110Profil   Hantar PM kepada nur_2110   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 15:46


No komen.......... kita brtanggungjwb untuk sebarkan dakwah sayap di kl. jangan simpan rasa benci,... tapi simpan rasa sedih dan kasihan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 23-06-06 16:13


definisi biadab tu sendiri subjektif...kita tak tau apa sebenarnya yang dimaksudkan biadab oleh tukang selidik...adakah berciuman di khalayak ramai tidak biadab?adakah kaji selidak ni mengira aspek sosio budaya bandar itu?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 16:35


orang yang cakap tu memang biadap..........propaganda yahudi semua tu........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 17:02


jangan lupa sahabat semua, bandaraya paling sopan santun telah diberikan kepada bandaraya New York.

ps: ada ke patut tak beri orangg tak dikenali kebenaran masuk ke dalam rumah juga dianggap biadap. bodoh.
[ Telah diedit oleh: mukasyaf pada 23-06-06 17:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

hafiz86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2006
Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah

Melaka  


posticon Posting pada: 23-06-06 17:42


saya rasa bukan bandaraya kuala Lumpur yang biadap,kenapa kena salah kan bandaraya tersebut,bandaraya itu tak berdosa tapi sesetengah orang saja yang berada di KL biadap hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz86Profil   Hantar PM kepada hafiz86   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 03:40


‘Kajian bukan gambaran sebenar’


KUALA LUMPUR: Kaji selidik Reader’s Digest yang meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga ‘biadab’ di dunia, tidak mencerminkan nilai kesopanan sebenar rakyat negara ini.

Ketua Pengarang Asia Reader’s Digest Asia Limited, Jim Plouffe, berkata kaji selidik berkenaan hanya dilakukan di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan bukannya bersifat saintifik.

“Kaji selidik ini dilakukan secara rambang di Kuala Lumpur dan kita tidak membuat kesimpulan seluruh rakyat Malaysia bersikap begitu,†katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kaji selidik tidak akan memberi kesan kepada industri pelancongan tempatan kerana ia menjurus kepada layanan sesama rakyat Malaysia sendiri.

“Rakyat Malaysia sememangnya bersikap baik terhadap pelancong asing tapi soalnya ialah apakah perkara sama akan dilakukan terhadap sesama sendiri,†katanya.

Kelmarin, akhbar tempatan melaporkan hasil kaji selidik yang dikeluarkan Reader’s Digest itu meletakkan ibu negara di tangga ketiga dari bawah dalam senarai 35 bandar raya di dunia.

Mengikut laporan itu, Kuala Lumpur memperoleh 37 peratus daripada markah penuh 100 peratus, diikuti Bucharest, Romania (35 peratus) dan Mumbai, India di tangga paling bawah dengan 32 peratus.

Apa yang memeranjatkan ialah hasil kaji selidik itu meletakkan New York di tangga tertinggi dengan 80 peratus, diikuti Zurich, Switzerland (77 peratus) dan Toronto, Kanada (70 peratus).

Sebanyak 2,100 kaji selidik dilakukan di seluruh dunia dengan menggunakan tiga keadaan untuk melihat sama ada mereka akan membuka pintu untuk orang lain, mengucapkan terima kasih selepas menjual barang di kedai dan membantu mengutip kertas terjatuh.

Apabila ditanya apakah keadaan yang digunakan sudah cukup untuk membuktikan nilai kesopanan setiap orang, Plouffe berkata, ketiga-tiga keadaan itu adalah asas untuk menilai kelakuan sopan di seluruh dunia.

“Kaji selidik ini hanya dilakukan 60 kali di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tidak bermakna hanya 60 orang saja yang ditemui kerana kaji selidik ujian menjatuhkan longgokan kertas itu dilakukan di tempat yang ramai orang, pastinya sesiapa saja melihat kejadian itu,†katanya.

Sementara itu, Chan berkata, kaji selidik yang dilakukannya bersama seorang wartawan lelaki itu dilakukan selama lima hari di lima kawasan iaitu Damansara Uptown, KLCC, Bukit Bintang, Pandan Indah dan Gombak.

“Kami melakukan 60 kali pada waktu puncak dan tidak puncak di kedai besar dan kecil, di bank dan beberapa tempat lain,†katanya yang mengelakkan tempat perhatian pelancong.


Sumber: Berita Harian Online


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|
[ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-06-06 03:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

fifi_183
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2006
Ahli No: 24264
Posting: 56
Dari: KL

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-06-06 08:58


Ketiga-tiga kelakuan itu tidak boleh diterima pakai sebagai asas perilaku di seluruh dunia..kalau macam tu buat dekat negara eropah saja la yang mana mereka menyifatkan itu sebagai sopan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fifi_183Profil   Hantar PM kepada fifi_183   Quote dan BalasQuote

fifi_183
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2006
Ahli No: 24264
Posting: 56
Dari: KL

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-06-06 09:03


Tak boleh nak kata yang ini 'tidak akan menjejaskan bidang pelancongan di Malaysia' kerana ramai orang di seluruh negara yang menjadikan Reader's Digest sebagai bahan bacaan..dan mungkin bahan dalam majalah itu dijadikan rujukan bagi orang asing yang tidak tahu tentang Malaysia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fifi_183Profil   Hantar PM kepada fifi_183   Quote dan BalasQuote

nurul_iman87
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.11.2004
Ahli No: 12486
Posting: 39
Dari: KeLaNTaN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-06-06 09:29


Pada 24-06-06 03:40 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

‘Kajian bukan gambaran sebenar’


Sebanyak 2,100 kaji selidik dilakukan di seluruh dunia dengan menggunakan tiga keadaan untuk melihat sama ada mereka akan membuka pintu untuk orang lain, mengucapkan terima kasih selepas menjual barang di kedai dan membantu mengutip kertas terjatuh.



...entah la nak kata apa... memang benda ini subjektif sangat, so mestila banyak pendapat...

kalau pasal bukak pintu untuk orang lain tu, ana setuju dengan fifi_183... memang xselaras dengan sifat orang melayu untuk buat sedemikian... tapi perkara slaen tu; mengucapkn terima kasih slepas jual brg di kdai dan membantu mengutip kertas terjatuh, bagi ana ialah benda yang memang ssape yang sopan akan buat...

memanglah xbetol Reader's Digest buat begitu, saja saja letak Malaysia kat bwh2 tu...tapi, kalau dah berlaku nak buat bagaimana kan... ambil sajalah sebagai teguran and cuba untuk baiki diri msing mnjdi lebih 'sopan'..

wallahu'alam.


-----------------
~*`*~ HaTiKu iNi MeRiNDu~*`*~
~*`*~SiNaR CinTaMu YaNg aGuNG~*`*
~*`*~PaSRaH MeRayu ReDhaMu ~*`*~


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_iman87Profil   Hantar PM kepada nurul_iman87   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-06-06 15:40


Pada 24-06-06 09:03 , fifi_183 posting:

!!! QUOTE !!!

Tak boleh nak kata yang ini 'tidak akan menjejaskan bidang pelancongan di Malaysia' kerana ramai orang di seluruh negara yang menjadikan Reader's Digest sebagai bahan bacaan..dan mungkin bahan dalam majalah itu dijadikan rujukan bagi orang asing yang tidak tahu tentang Malaysia..


betul juga.....


-----------------
....%iMaN & aMal%....


Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 26-06-06 15:54


sekadar kajian rambang...cuba baca majalah reader's diget dengan sepenuhnya...jangan main hentam sahaja...
baca dulu....saya setelah membacanya, saya sedikit bersetuju dengan kajian rambang tu...memang tak sepenuhnya betul...tetapi ada yang betul dan kita sebagai warga malaysia dan KL perlu perbaiki...
baca dulu ya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

azimat87
Warga Rasmi
Menyertai: 26.06.2006
Ahli No: 24972
Posting: 5
Dari: Bumi Tuhan

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-06-06 16:04


Ya. Kajian ini tidak boleh lari dari bias. Kerana pengkajinya adalah dari barat dan apa yang dianggap sebagai sopan dalam kajian ini adalah dalam konteks kaca mata seorang barat. Terdapat perbezaan apa yang kita anggap sopan dan apa pula yang barat anggap santun. Jadi, tidak hairanlah New York menjadi bandaraya paling sopan santun dalam kajian ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azimat87Profil   Hantar PM kepada azimat87   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-07-06 07:50


tak benar tu... yang biadap cuma segelintir saja penduduk ibukota. benar lah kata peribahasa melayu, nila setitik, rosak susu sebelanga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-07-06 08:26


sebagai umat islam ana cadangkan supaya kita tak terima bulat2 apa saja informasi yang datang daripada barat,kerana orang-orang barat(yang kafir sahaja) sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan umat islam dengan mengadakan bermcam jenis propaganda yang mengelirukan...selepas perang salib,orang-orang barat berpendapat bahawa orang islam ini tidak harus diperangi lagi,memadailah dirosakkan akidahnya..iaitu dengan menghantar pelbagai jenis hiburan dan budaya yang merosakkan...oleh itu kita kena kuatkan akidah bagi menangkis cubaan-cubaan yang merosakkan...insyaALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

kasih2006
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.06.2006
Ahli No: 24992
Posting: 118
Dari: Kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 04-07-06 08:40


mukasyaf
hang tak baca reader's digest ke? ke tak faham english??
bukan bagi orang tak kenal masuk rumah lah....

kajian dia ada 3 komponen:
1. sukarelawan akan buat-buat jatuhkan /buku paper di kawasan sibuk (contoh:hentian LRT) dan lihat sama ada rakyat kl akan tolong orang yang terjatuh buku/paper.
2. sukarelawan akan beli barang paling kecil dan murah disesuatu kedai dan lihat sama ada cashier ucapkan terima kasih atau tidak....
3. sukarelawan akan masuk ke dalam sesuatu bangunan umum (contoh:shopping mall/bank/kedai-BUKAN RUMAH ORANG) dibelakang seseorang dan lihat sama ada orang didpn akan pegangkan pintu dan bagi orang dibelakang masuk tanpa pintu tu terkena orang dibelakang...

keputusannya orang KL selfish......
1.cashier tak ucapkan thanks...masam mencuka...
2.tiada orang yang bantu orang yang terjatuh buku-bukunya di kawasan umum..
3.orang didapan tak pegangkan pintu bagi orang belakang masuk sampai pintu tu hampir terkena orang dibelakang...

so memang orang malaysia rude...

p/s:lain kali baca dulu...jangan main komen saja...
tak faham english pergi belajar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih2006Profil   Hantar PM kepada kasih2006   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-07-06 14:37


istiqamah diri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-07-06 14:41


kuala lumpur taK biadap, tapi kita yang menjadikan bandar ni biadap......so ubah lah diri kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-07-06 19:27


susulan dengan posting kasih2006...ana ada terbaca di beritaharian online..surat dr pelajar malaysia yang pernah belajar di UK....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

SAYA pernah belajar di United Kingdom (UK) pada peringkat ijazah sarjana muda selama lima tahun dan kini kembali ke UK untuk meneruskan pengajian pada peringkat sarjana.

Saya ingin mengambil beberapa contoh supaya menjadi teladan kepada rakyat Malaysia dan agar kita tidak mendabik dada dan menyatakan kita rakyat paling berbudi bahasa.

Di UK, petugas yang melakukan urusan di kaunter sentiasa menyambut pelanggannya dengan senyuman dan mereka juga akan memastikan pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama. Layanan mesra sudah sebati dengan perkhidmatan mereka.

Tetapi lain pula halnya di Malaysia, herdikan dan sindiran menjadi pembuka kata perkhidmatan. Jauh sekali untuk kita mendapat senyuman mesra. Tidak boleh silap sedikit, pelanggan pastinya diherdik tidak kira usia, walaupun di hadapan orang ramai tanpa menjaga air muka pelanggan berkenaan.

Sering juga kita terpaksa tunduk kepada kerenah kerani dan penjaga kaunter yang berlagak seperti pihak berkuasa yang perlu dihormati dalam menentukan kelicinan sesuatu urusan.

Budaya membuka pintu untuk mereka di belakang kita dan tolong memegang pintu untuk orang lain adalah amalan biasa di kalangan masyarakat di UK dan ini akan disambut dengan ucapan terima kasih serta senyuman.

Oleh kerana sudah biasa dengan cara demikian, saya melakukan perkara sama di Malaysia tetapi malang sekali, ketika saya memegang pintu untuk orang di belakang saya, dia dengan selambanya melalui pintu berkenaan tanpa sedikit pun memandang saya yang masih memegang pintu untuknya, malah dia tidak langsung mengendahkan saya.

Menggunakan perkhidmatan bas di UK adalah pengalaman menarik kerana setiap penumpang tidak berat mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada pemandu sebelum turun. Ia tidak mungkin dialami di Malaysia kerana bukan saja penumpang tidak berbudi bahasa, malah pemandu bas juga sering bersikap kasar.

Sebagai contoh, saya pernah diherdik dan dihalau turun dari menaiki bas Intrakota di Kuala Lumpur hanya kerana saya tidak mempunyai wang kecil. Di UK pula, pemandu sentiasa ingin membantu penumpang dalam memastikan penumpang mendapat perkhidmatan terbaik.

Satu lagi perkara yang saya perhatikan di kalangan rakyat Malaysia adalah sikap membeza-bezakan di antara pelancong atau rakyat asing dari negara Barat dengan rakyat sendiri.

Sepanjang perjalanan dari London ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), saya memerhatikan pelancong asing berkenaan diberi layanan mesra dan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan selesa sedangkan rata-rata penumpang warga Malaysia mendapat layanan ala-kadar saja.

Berdasarkan pemerhatian di atas, cuba kita tanya diri kita sebagai rakyat Malaysia, adakah kita benar-benar berbudi bahasa? Saya bukan cuba mengagungkan rakyat UK tetapi saya perhatikan rakyat Malaysia terlalu taksub dan meletakkan diri sebagai rakyat yang sangat berbudi bahasa.

Untuk mereka yang lekas melenting dengan laporan Reader’s Digest baru-baru ini, ambillah peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di negara seperti UK.

RENDAH DIRI,
Pembroke College, Oxford.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 11-07-06 00:28


rakyat malaysia mudah melenting disebabkan "tuduhan tak berasas" ini eyh? sampai dalam satu program ni ada pengacara sampai koyakkn reader's digest dan tetamu dia cakap rakyat malaysia berbudi bahasa...yeah rite berbudi bahasa sangatlah rakyat malaysia terutama kat kl ni kan? fikir dahulu sebelum cakap...ramai yang biadap dan kuang ajar terutama kakitanagn kerajaan, tak kiralah tua atau muda...dan bacalah reader's digest sebelum kuarkan kenyataan yang tak ada kaitan...memanglah kategori dia macam lain tapi tak slhkan nak ikut yang baik dan buang yang negatif?

[ Telah diedit oleh: ladybirdy pada 13-07-06 11:05 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 10:36


:roll: saya setju dengan wan_andmawaddah,mungkin disebabkan terlalu ramai percampuran orang dekat KL,macam-macam ada,PATI ada,Indon,Bangla,Pakistan,Myanmar,Nepal...macam mana KL tak jadi bandar ke-3 biadab di dunia.....logik.... :oops:


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 13:18


Pada 11-07-06 00:28 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

rakyat malaysia mudah melenting disebabkan "tuduhan tak berasas" ini eyh? sampai dalam satu program ni ada pengacara sampai koyakkn reader's digest dan tetamu dia cakap rakyat malaysia berbudi bahasa...yeah rite berbudi bahasa sangatlah rakyat malaysia terutama kat kl ni kan? fikir dahulu sebelum cakap...ramai yang biadap dan kuang ajar terutama kakitanagn kerajaan, tak kiralah tua atau muda...dan bacalah reader's digest sebelum kuarkan kenyataan yang tak ada kaitan...memanglah kategori dia macam lain tapi tak slhkan nak ikut yang baik dan buang yang negatif?



kalau dah sampai koyakkan buku tu kan dah nampak sangat kebiadaban tu..!! lagilah kuat orang luar ingat kita biadab,, sebab dah buat perkara yang biadab, memang ternyata lah kebiadaban orang malaysia.


-----------------
....%iMaN & aMal%....


Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 15-07-06 17:05


memang btullh apa yang orang buat kajian tu cakap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148067 saat. Lajunya....