Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 154
Ahli: 0
Jumlah: 154




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: KASIHAN MAHASISWA !!


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» KASIHAN MAHASISWA !!

Please Mendaftar To Post


Oleh KASIHAN MAHASISWA !!

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 16:23


HADIAH DARIPADA KERAJAAN BN KEPADA SEMUA MAHASISWA dan juga sebab MENANGKAN PRO ASPIRASI:
1.MENGGANGGUR. lepas grade saja kena menganggur..sekarang dah dekat 60,000 yang menganggur....yang dah kerja pun kerja dengan gaji ciput.kerja kat pasaraya,jadi promoter dan entah apa-apa...(sekarang majikan lebih suka ambil budak diploma dari degree,ramai kawan kita terpaksa guna spm nak minta kerja sebab Kalau tunjuk degree memang kena tendang la.apa guna ada degree??)
2.KENA BAYAR PTPTN SEGERA dan FAEDAH 3% yang SANGAT MAHAL.
dah la tak dapaat kerja, gaji ciput, kena pulak bayar PTPTN dengan segra.dulu jani lepas 3 tahun kerja.APA NI?KERAJAAN BN MENIPU MAHASISWA HIDUP2!.faedah pun mahal nak mampus.....kata pinjaman cara islam,tapi ada faedah.nak cover konon cukai pengurusan.tu semua menipu!!!
3.HARGA BARANG NAIK
dah la gaji ciput, kena bayar pTPTN, harga brang pula naik,dah la petrol mahal, lepas petrol naik, harga elektrik pula, lepas ni air, gula, tol, cukat taksiran dan mcam2.....
4.NAK SAMBUNG MASTER DAH TERSEKAT...
dulu senang nak sambung master.jalan keluar kepada yang menganggur.tapi sekrang susah beb....ptptn dah tak taja master,geran untuk master pun dah kurang....apa nak buat???
5 dan macam-macam lagi lah....

TAHNIAH KEPADA SEMUA MAHASISWA KERANA MENYOKONG BN dan ASPIRASI kerana akhirnya anda juga yang merana dan merempat....KERAJAAN BUKAN NAK TOLONG ANDA PUN.PM/TPM sibuk pergi luar negeri,sibuk majlis KONGSI RAYA yang membazir berjuta....
UNIVERSITI PUN BUKAN NAK TOLONG...buat tak tahu saja...

Kalau SUDAH TAK DIBERKATI ALLAH, BUAT MACAM MANA PUN TAK KAN MENDAPAT MANFAAT....

SOKONG LA LAGI BN.SEBAB ANDA JUGA YANG MERANA.....

p/s:pelik betul orang yang sokong pembangkang senang betul dapat kerja.Kenapa ha? kerja kerajaan pulak tu. majikan swasta pun suka betul ambil pekerja yang masa kat U dulu pro pembangkang....
sebagai contoh saya dah kerja dengan kerajaan....
tapi perlu ingat kerajaan adalah milik rakyat!! BN tu hanya diberi peluang saja memerintah...siapa pun yang menang termasuk pas dia akan pegang kerajaan malaysia ni.nak tahu majoriti staf kerajaan adalah PRO PEMBANGKANG !!!....staf kerajaan yang sokong pembangkang, tetap sokong pembangkang sebab gaji kami ni yang bayar adalah RAKYAT bukan BN.duit kerajaan adalah DUIT RAKYAT/DUIT KITA bukan duit BN....pembangkang bravo...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-06-06 16:31


Pada 20-06-06 16:23 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!

HADIAH DARIPADA KERAJAAN BN KEPADA SEMUA MAHASISWA dan juga sebab MENANGKAN PRO ASPIRASI:
1.MENGGANGGUR. lepas grade saja kena menganggur..sekarang dah dekat 60,000 yang menganggur....yang dah kerja pun kerja dengan gaji ciput.kerja kat pasaraya,jadi promoter dan entah apa-apa...(sekarang majikan lebih suka ambil budak diploma dari degree,ramai kawan kita terpaksa guna spm nak minta kerja sebab Kalau tunjuk degree memang kena tendang la.apa guna ada degree??)
2.KENA BAYAR PTPTN SEGERA dan FAEDAH 3% yang SANGAT MAHAL.
dah la tak dapaat kerja, gaji ciput, kena pulak bayar PTPTN dengan segra.dulu jani lepas 3 tahun kerja.APA NI?KERAJAAN BN MENIPU MAHASISWA HIDUP2!.faedah pun mahal nak mampus.....kata pinjaman cara islam,tapi ada faedah.nak cover konon cukai pengurusan.tu semua menipu!!!
3.HARGA BARANG NAIK
dah la gaji ciput, kena bayar pTPTN, harga brang pula naik,dah la petrol mahal, lepas petrol naik, harga elektrik pula, lepas ni air, gula, tol, cukat taksiran dan mcam2.....
4.NAK SAMBUNG MASTER DAH TERSEKAT...
dulu senang nak sambung master.jalan keluar kepada yang menganggur.tapi sekrang susah beb....ptptn dah tak taja master,geran untuk master pun dah kurang....apa nak buat???
5 dan macam-macam lagi lah....

TAHNIAH KEPADA SEMUA MAHASISWA KERANA MENYOKONG BN dan ASPIRASI kerana akhirnya anda juga yang merana dan merempat....KERAJAAN BUKAN NAK TOLONG ANDA PUN.PM/TPM sibuk pergi luar negeri,sibuk majlis KONGSI RAYA yang membazir berjuta....
UNIVERSITI PUN BUKAN NAK TOLONG...buat tak tahu saja...

Kalau SUDAH TAK DIBERKATI ALLAH, BUAT MACAM MANA PUN TAK KAN MENDAPAT MANFAAT....

SOKONG LA LAGI BN.SEBAB ANDA JUGA YANG MERANA.....

p/s:pelik betul orang yang sokong pembangkang senang betul dapat kerja.Kenapa ha? kerja kerajaan pulak tu. majikan swasta pun suka betul ambil pekerja yang masa kat U dulu pro pembangkang....
sebagai contoh saya dah kerja dengan kerajaan....
tapi perlu ingat kerajaan adalah milik rakyat!! BN tu hanya diberi peluang saja memerintah...siapa pun yang menang termasuk pas dia akan pegang kerajaan malaysia ni.nak tahu majoriti staf kerajaan adalah PRO PEMBANGKANG !!!....staf kerajaan yang sokong pembangkang, tetap sokong pembangkang sebab gaji kami ni yang bayar adalah RAKYAT bukan BN.duit kerajaan adalah DUIT RAKYAT/DUIT KITA bukan duit BN....pembangkang bravo...

tak faham pembangkang tu pas ke umno...


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 16:36


la pembangkang tu PAS/KEADILAN
la
tu pun tak tahu ke.....kena belajar lagi ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

Bi-klate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24818
Posting: 156
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 16:42


Sokong....bagus, begitulah fenomena yang melanda kita sekarang ni...

Mahasiswa yang keluar kbnykkan semuanya tanam anggur, Kalau anggur masak tak apa...
Sokonglah BN lagi...Parti yang menjadi kegilaan remaja..boleh lakukan aktiviti maksiat lagi..
Takbir......3x...teruskan perjuangan anda..mahasiswa patut dibela.
Sama la kita..keluar terus dapat krja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bi-klateProfil   Hantar PM kepada Bi-klate   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 20-06-06 23:28


tak patutlah isu mahasiswa menganggur pun hendak dipersalahkan kerajaan 100%. sebelum menyalahkan kerajaan, selidiklah dulu berapa CGPA yang majoriti dr kalangan yang menganggur tu dapat. sekarang ni graduan dah ramai tentulah persaingan sengit. kalau graduate tapi kelas ketiga, janganlah salahkan kerajaan juga sebab tak dapat kerja

adik ana hanya berbekalkan kelulusan sijil daripada politeknik, tak sampai 2 bulan dah dapat kerja & gaji yang alhamdulillah, disebabkan CGPAnya. sekarang ni nak sambung belajar ambil diploma pula

!!! QUOTE !!!

Jadi begini, untuk lebih jelas lagi, saya letakkan A dan B. A bertandan ke rumah B yang mempunyai seorang anak lepasan IPTA (tahap ijazah) yang belum dapat kerja manakala A mempunyai anak yang bakal menjejakkan kaki ke IPTA (tahap diploma) pada 2 Julai depan. Maka bertanyalah A kepada B mengenai anak beliau ke mana selepas menamatkan pengajian di IPTA. Lalu dijawablah B anaknya tidak mendapat pekerjaan walaupun telah beberapa organisasi dan firma “disinggah” anak beliau untuk ditemuduga. Dengan tak semena-mena terpancul ayat begini dari mulut B “sekarang ni budak-budak ijazah pun susah nak dapat kerja apatah lagi budak-budak diploma “Jadi persoalan sekarang apakah yang telah “diracuni” si B pada si A tadi? Inilah dikatakan “pre conceive concept” iaitu menerima sesuatu perkara sebagai “panduan” (ready in mind).

Kalau ada yang kurang jelas, begini. Andy cuba menyakinkan kawannya, Ahmad bahawa Cikgu Alias seorang yang garang walhal Ahmad tidak pernah bercakap apatah lagi bersua muka dengan Cikgu Alias, atau dengan kata lain Ahmad belum mengalami keadaan itu tetapi sudah dibobrok oleh Andy mengenai garangnya Cikgu Alias.

Berbalik pada hal tadi, si A akan balik ke rumah dan set pula ke dalam minda anak beliau yang berjaya mendapat tawaran ke IPTA tadi. Jadi apakah kesannya? Tanpa soal siasat di tambah dengan kekurangan ilmu pengetahuan am si A tentang pembelajaran atau sistem universiti berkaitan CGPA/PNGK, keadaan makin bercelaru.

Saya berkata begini kerana.. apalah salahnya kalau si A bertanya pada si B. “Berapa CGPA anak awak dapat masa kat universiti dulu?” baru gelabah B nak menjawab, silap-silap tukar topik set avon agaknya lepas itu. Tetapi seperti yang saya cakapkan tadi, kekurangan ilmu maka tidak mampu si A bertanya “soalan maut” tersebut pada si B. Jadi implikasi pada anak si A ialah semangat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA jatuh merudum. Dia pun dah set dalam kepala ”buat apa aku belajar rajin-rajin, bukannya dapat kerja pun, tengok anak jiran aku, tak lebih ada ijazah tetapi tak dapat jugak kerja. Inikan pulak aku setakat diploma” nampak kan. Jelas lagi nyata penyerapan yang berkesan dari “pre conceive concept” ini tadi.

Kesimpulan dari apa yang saya nyatakan di atas, perhatikan dan mintalah slip keputusan peperiksaan anak-anak anda yang belajar di institut pengajian tinggi baik awam mahupun swasta. Apabila anda dapat melihat slip keputusan peperiksaan anak-anak anda, akan timbul perasaan tidak menyalahkan kursus ataupun peluang perkerjaan yang tipis.

Dan seperti yang saya harap-harapkan tidak akan ada lagi terdengar bunyi-bunyi burung belatuk (bunyi yang berulang-ulang). “Graduan ijazah pun susah dapat kerja“ tapi sebelum memanjang lebarkan belatukkan itu, cuba tanya anak-anak anda, “Zali… Zali, cgpa zali berapa eh, mak nak tau jugak “. Jawab si anak “err..err..2.44 “.. ambil! kelas ketiga! tapi minta jawatan pengurus…penemuduga mana yang tak gelak dengan tahap level general degree “cuba minta jawatan begitu, jadi tengoklah tahap anak-anak kita berada sebelum kita membelatukkan diri kita “memukul gong” mencanang anak kita tidak dapat pekerjaan dengan ijazah yang dia dapat…padahal kita tak tengok tahap apakah ijazah yang anak kita perolehi dan selidikilah CGPA anak-anak anda.

Wassalam


http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2564&Itemid=48


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 20-06-06 23:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-06-06 23:39


kadang-kadang salah yang empunya diri jugakkan?..saya tengok yang kelas pertama(terutama chinese)..baru habis belajar saja dah direbut majikan..


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

insan232
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18097
Posting: 72
Dari: malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 21-06-06 01:00


betul ke cgpa penentu untuk dapat kerja? senario syarikat sekarang, mereka lebih suka gajkan lulusan sijil dan diploma dari ijazah. tau kenapa? sebab ikut kelulusan, gaji mereka agak rendah, tapi kerja yang mereka buat same level dengan lulusan ijazah. satu lagi, kat malaysia ni monopoli bukan islam banyak dalam syarikat, orang islam result bagus pun belum tentu dapat kerja. sepupu saya sendiri dah terkena. dalam syarikat yang sama, lulusan yang sama, masuk sama, jawatan yang setara, tapi hanya kerana yang seorang lagi tu cina yang bukan islam, gaji dia lebih rm1000 dari sepupu saya. tu baru kira gaji, belum kira benda-benda lain. kena pulak syarikat orang melayu yang kononnya bertaraf korporat, tak nak pulak ambil local graduate, nak yang graduate oversea pula, konon care kerja lebih terbuka. kalau yang graduate cgpa rendah tu, jangan anggap orang begitu malas, maybe dia kurang dalam belajar, tapi rajin dalam bekerje, jangan pandang yang cgpa rendah tu malas, sistem kouta dalam setiap mata pelajaran di IPT sendiri kadang-kadang yang buat setengah orang terpaksa dapat result yang rendah. bagi saya tak ada salahnye kalau orang graduate balik kampung jual goreng pisang. dengan ilmu yang dia ada, dia boleh manage hidup dengan baik, dapat sikit belanje sikit, dapat banyak jimat cermat. jangan la nak ikut saja rentak hidup dunia sekarang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan232Profil   Hantar PM kepada insan232   Quote dan BalasQuote

Handzar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.06.2006
Ahli No: 24641
Posting: 48
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 01:27


Assalamualaikum....

Aduhai.. apa la nak jadi....

terlebih dahulu.. saya ingin minta maaf jika apa yang bakal saya katakan nanti menyakiti/mengguris perasaan. Jika anda tidak sudi memaafkan, tolong jangan baca ok...

Terus terang saya katakan bahawa saya benci manusia sebegini. Adalah salah untuk kita menyalahkan pihak kerajaan 100% berkenaan dengan masalah-masalah di bawah. Salahkan diri sendiri dahulu.. ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan kebanyakan masalah-masalah di bawah.
Ini tidak bermakna kita tidak boleh mengkritik dasar kerajaan.. kritikan itu penting. Saya pun tak berapa suka sangat sebenarnya dengan kerajaan yang ada sekarang kerana banyak dasar kerajaan boleh dipertikaikan (jika tidak boleh ditolak 100%). Namun demikian, kritikan juga perlu diikuti dengan tindakan dan kita tidak seharusnya bergantung kepada kerajaan 100% untuk menyelesaikan masalah-masalah di bawah.

Saya nak ulas bebrapa isu yang berkaitan dengan pendidikan.

!!! QUOTE !!!

1.MENGGANGGUR. lepas grade saja kena menganggur..sekarang dah dekat 60,000 yang menganggur....yang dah kerja pun kerja dengan gaji ciput.kerja kat pasaraya,jadi promoter dan entah apa-apa...(sekarang majikan lebih suka ambil budak diploma dari degree,ramai kawan kita terpaksa guna spm nak minta kerja sebab Kalau tunjuk degree memang kena tendang la.apa guna ada degree??).


Cara anda berkata-kata seolah-olah semua graduan yang dah grad akan menganggur.. salah wei.. ramai jugak yang dapat kerja.... kalau anda menganggur...fikir balik pasal apa anda menganggur...

Punca UTAMA. TIDAK MAHU BUKAK BISNES SENDIRI !!!

     Bidang yang cukup berkat... patutnya ramai yang ceburi bidang ni.. tapi trend sekarang.. ramai yang suka makan gaji. Orang islam di Malaysia patutnya lebih terdorong untuk bukak bisnes. Ini kerana.. ekonomi kita masih dijajah mereka yang bukan islam. Siapa yang ada kawan di pejabat pendaftar syarikat boleh semak dengan dia untuk buktikan apa yang saya cakapkan. Tanyalah mereka.

antara sebab tak mahu ceburi bidang ini... takut.. banyak risiko lah.. tak ada modal lah... tak ada tempat baik la... dan macam-macam lagi. Semua ini boleh diatasai Insya-Allah... usaha, doa, tawakkal..


!!! QUOTE !!!

2.KENA BAYAR PTPTN SEGERA dan FAEDAH 3% yang SANGAT MAHAL.
dah la tak dapaat kerja, gaji ciput, kena pulak bayar PTPTN dengan segra.dulu jani lepas 3 tahun kerja.APA NI?KERAJAAN BN MENIPU MAHASISWA HIDUP2!.faedah pun mahal nak mampus.....kata pinjaman cara islam,tapi ada faedah.nak cover konon cukai pengurusan.tu semua menipu!!!


Kalau tak hendak terlibat dalam riba.. pilih la biasiswa lain.. bukan satu saja biasiswa kat Malaysia ini... JPA contohnya, tak payah bayar pun.. Tapi ada yang merungut kata susah nak dapat.. saya jawab, salahkan diri anda sendiri sebab tak berusaha. Nak dapat benda Free memanglah susah...

kalau tak mampu dapat biasiswa.. buat lah kerje sambilan... bisnes kecil-kecilan ke... FIKIR.. manusia dikurniakan akal untuk berfikir... Allah maha pemurah.. pintu rezeki-Nya luas terbuka.... terpulanglah kepada kita untuk BERUSAHA. Jangan nak senang lenang saja kalau dah tau diri tak cukup duit untuk biayai kos pendidikan...

Cukup la setakat ni...

Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For HandzarProfil   Hantar PM kepada Handzar   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 21-06-06 01:32


Isu ini lagi ke en maruz??

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 03:49


siapa kata CGPA tidak memainkan peranan penting? if there's an open spot in a company and 80 candidates with the same qualifications & who are equally capable apply for the same position (let say all of them are fresh graduates), adakah pihak majikan sanggup nak interview kesemua 80 calon?

first & foremost employer akan tapis calon2 tersebut berdasarkan keputusan terakhir peperiksaan mereka, the next step barulah panggil interview. jika CGPA 'kurang' daripada candidates yang lain2, awal2 lagi dah sangkut. tak kira lagi jika ada antara calon2 yang apply terdiri daripada pegawai yang dah kerja bertahun2 dan berpengalaman, makin tipislah peluang

jika pihak majikan lebih suka mengambil calon2 diploma atau sijil, takkan nak salahkan kerajaan juga. lagipun tengoklah pada jawatan yang ditawarkan. takkan jawatan2 seperti pembantu juruteknik atau kerani nak bagi pada pljr2 ijazah pula


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 08:23


en.handzar,
ewah senang nya ada bercakap nak buka bisness...
tahukah anda masalah yang paling besar ialah modal...
dan masalah yang besar pasal modal, tiada siapa yang nak bantu....
BANK..pernah anda minta? begitu sukar untuk mendapat pinjaman dari bank..KERAJAAN..lagi la sukar nak minta...
sebab tu ramai kes orang pinjam along !!! so macam mana nak buka perniagaan?sedangkan bila grade hutang dah menimbun...

benci orang kutuk kerajaan/salahkan kerajaan?
saya nak tanya...apa yang kerajaan buat untuk kebaikan rakyat khususnya orang MELAYU ISLAM?
boleh senaraikan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

rajanazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24728
Posting: 123
Dari: n9

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-06-06 16:59


sokong mariz....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rajanazriProfil   Hantar PM kepada rajanazri   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-06-06 17:05


Pada 21-06-06 08:23 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!

en.handzar,
ewah senang nya ada bercakap nak buka bisness...
tahukah anda masalah yang paling besar ialah modal...
dan masalah yang besar pasal modal, tiada siapa yang nak bantu....
BANK..pernah anda minta? begitu sukar untuk mendapat pinjaman dari bank..KERAJAAN..lagi la sukar nak minta...
sebab tu ramai kes orang pinjam along !!! so macam mana nak buka perniagaan?sedangkan bila grade hutang dah menimbun...

benci orang kutuk kerajaan/salahkan kerajaan?
saya nak tanya...apa yang kerajaan buat untuk kebaikan rakyat khususnya orang MELAYU ISLAM?
boleh senaraikan?


1stly, maafkn saya mr.maruz...mungkin saya tak cukup arif daripada mr.maruz...

tapi, bagi saya, tu adalah cadangan & pandangan mr.handzar, jadi perbahaslh seeloknya..

wallahu'alam.. :roll:


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-06-06 17:08


Pada 21-06-06 01:32 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Isu ini lagi ke en maruz??


:roll:

saya ingat, saya saja yang perasan...

cadangan : teruskan topic terdahulu (yang sewaktu dengannya)

wallahu'alam... :roll:


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 17:08


huda dah elok la bhasa tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

Asmiedi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.08.2005
Ahli No: 18490
Posting: 39
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 17:12


CGPA memang memainkan peranan penting........
tapi kalau mahasiswa telah terdidik dengan cara kerajaan yang ter bukti dan nampak jelas takut dengan gerakkan agama ini menyebabkan mahasisiwa lembab......
tengok mahasisiwa yang aktif dalam gerakkan agam... meraka lebih diterima kerana tarbiyah yang diterima membawa kecermelangan.... bukannya asyik bersosial.. seperti yang selalu group aspirasi selalu buat.....
sudahla takperlu nak dipersoalkan lagi dah terang - terang kerajaan takut dengan kebangkitan mahasiswa...
cara mereka nak menghalang adalah dengan kacau demokrasi universiti... buat pesata sana pesta sini bagi student seronok...
halang gerakkan islam dan macam-macam lagii....
sapa yang mempersoalkan lagi ana boleh katakan mereka ini susah buta hati dengan keseronokkan dan kesenangan sokong kerajaan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsmiediProfil   Hantar PM kepada Asmiedi   Pergi ke Asmiedi's Website   Quote dan BalasQuote

ummi_walid
Warga Rasmi
Menyertai: 05.03.2006
Ahli No: 23184
Posting: 8
Dari: penang

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-06-06 21:41


Maaf la ana mencelah ye. Sebenarnya ana tertanya-tanya Kenapa en maruz mengutarakan isu ini? Adakah anta salah seorang daripadanya? Saya tak nak kata siapa salah siapa yang betul tapi saya ada pendapat saya sendiri. Saya sendiri tidak menyokong mana-mana parti politik baik kerajaan atau pembangkang. Bagi saya siapa yang saya rasa elok saya terima tapi kalau rasa tak elok jangan diikut. Aktiviti sosial yang berlaku atas individu itu sendiri. Fikir mana yang baik atau buruk.

Mengenai pinjaman tu, itupun terpulang kepada individu itu sendiri. Kita semua bukan dari kalangan orang berada yang dapat menanggung perbelanjaan semasa belajar. Sama seperti ana dan ana sendiri menggunakan PTPTN semasa belajar. memang sudah adat meminjam kita perlu bayar. 3% yang dikenakan adalah sebagai cara perniagaan mereka. memang kita rasa terbeban, tapi kalau mereka tak buat macam tu, macam mana adik2 kita nak dapat duit pinjaman juga sebab abang-abang dan kakak2 tak sempat bayar lagi sebab tak ada kerja lagi. itu sebagai pulangan modal mereka. jadi terima saja laa... dan satu lagi pandai2 la berjimat dengan duit pinjaman, mungkin kelak tak terbeban. siapa kat tak boleh? ana boleh menyimpan sebanyak rm3ribu dr duit pinjaman ana. dan rm3ribu itu ana pulangkn balik pada PTPTN.

mengenai CGPA tu memang ramai yang kata penting untuk dapat kerja. memang ana tak nafikan tu. itu salah satu tiket. tapi tidak semestinya orang yang ada CGPA tinggi sahaja akan dapat kerja. seperti ana, bukan la tinggi sangat CGPA ana. tapi kita kena pandai rebut peluang yang ada. peluang ada di mana-mana. atas usaha kita untuk mencapainya. pengalaman ana, semasa di sem akhir ana sudah sibuk menghantar resume untuk minta kerja. cara penulisan resume kena betul. application letter mesti kemas, elok bahasa. pikat hati orang yang menilai kita. pas tu berdoa banyak-banyak biar nama kita terpilih untuk ditemuduga. bila dah dapat temuduga, prepare elok-elok. pikat hati penemuduga. pakaian mesti kemas. dan jangan lupa minta padaNya. kita tak ke mana tanpa pertolongan dariNya. confident mesti ada. jangan takut mencuba. Alhamdulillah, ana hanya menghadiri 3 temuduga sahaja dan ana dah dapat kerja sebelum ana habs belajar. bayangkan hari ini ana habis exam, esok ana dah kena start kerja. itulah rezeki yang Allah berikan. Ana bukan ingin bermegah atau apa-apa tapi sebagai panduan untuk adik2 atau kawan-kawan yang bakal menamatkan pengajian atau sedang mencari kerja. nak mencari kerja juga bergantung kepada diri kita sendiri.

Wasalam..


-----------------
Hidup ibarat rama-rama di dalam tangan, jika dilepas, maka hidup bebas lah ia, jika ditekup, maka matilah ia... peluang berada ditangan kita.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummi_walidProfil   Hantar PM kepada ummi_walid   Quote dan BalasQuote

Handzar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.06.2006
Ahli No: 24641
Posting: 48
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-06 03:02


Pada 21-06-06 08:23 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!

en.handzar,
ewah senang nya ada bercakap nak buka bisness...
tahukah anda masalah yang paling besar ialah modal...
dan masalah yang besar pasal modal, tiada siapa yang nak bantu....
BANK..pernah anda minta? begitu sukar untuk mendapat pinjaman dari bank..KERAJAAN..lagi lah sukar nak minta...
sebab tu ramai kes orang pinjam along !!! so macam mana nak buka perniagaan?sedangkan bila grade hutang dah menimbun...

benci orang kutuk kerajaan/salahkan kerajaan?
saya nak tanya...apa yang kerajaan buat untuk kebaikan rakyat khususnya orang MELAYU ISLAM?
boleh senaraikan?


Ha..ha..ha.. :lol: pelik kan.. ?

Nak tanya sikit.. anda ada pengalaman ke nak bukak business? kalau anda tak berjaya... anda kena BELAJAR. Tahukan anda antara kesilapan kita orang ISLAM dalam nak bukak business ialah tak mahu BELAJAR cara nak ber business.

tak kan lah saya nak bagi idea... tak apa lah.. just nak memenuhi permintaan? pernah tak saudara try bukak secara kecil2an.

Saya pasti.. nanti ada yang terdetik untuk kata,

"business yang saya nak buat ni mana boleh start kecil2 an... belanja nak beli peralatan pun dan dekat puluhan ribu..."

hendak seribu daya... why not bukak busines lain.. kecil2-an untuk dapat duit... Dan... nanti pulak ada yang akan kata,

"Cakap senang lah.., anda pernah try tak?"

hehe.. itulah yang saya sedang buat sekarang...


En. maruz ni rasanya kurang pendedahan... dia tanya saya

"saya nak tanya...apa yang kerajaan buat untuk kebaikan rakyat khususnya orang MELAYU ISLAM?
boleh senaraikan?"

hehe.. lucu nya... nak gelak saya bila mula2 baca statement ini. Malas cakap banyak... antaranya:
http://www.mara.gov.my/BPU/
http://www.mecd.gov.my/index.php?option=com_content&task=category§ionid=4&id=51&Itemid=107

ada lagi rasanya.. cuba cari kat internet (USAHA lah sikit...)

kalau tak silap saya ada lagi skim khas untuk usahawan IT tapi saya tak ingat lah... Sorry ek...

Pesanan kepada saudara maruz:
Ada tak saudara buat research/persedian tentang tujuan, skop, objektif, misi, pelan pembangunan perniagaan, pelan malapetaka, peluang, bantuan, risiko , pasaran, permintaan dan produksi, jangkaan pasaran, peluang meluaskan pasaran, pelaburan jangka pendek dan jangka panjang... dan sebagainya...
Nak busines ni kerana merancang dengan teliti.. rancang habis2-an dulu.. cari segenap peluang yang ada.. eksplotasi semua sumber yang boleh diperolehi... dan kalau nak business start sekarang.. walaupun masih belajar...

Kalau nak dunia... cari ILMU
kalau nak akhirat ... cari ILMU
nak dunia dan akhirat... cari ILMU

-----------------
Kalau nak bina rumah.. kena rancang dulu.. jangan rasa nak bina rumah .. terus beli bata.. beli simen.. lepas tu... terus pasang...
sesetengah orang mungkin berjaya buat rumah dengan cara tu.. tapi RAMAI yang tak akan berjaya buat rumah tetapi mereka berjaya buat.... hehe.... buat perabih duit (kata orang kedah).
[ Telah diedit oleh: Handzar pada 03-07-06 09:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For HandzarProfil   Hantar PM kepada Handzar   Quote dan BalasQuote

farabi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9005
Posting: 247
Dari: kelana jaya

Pahang  


posticon Posting pada: 03-07-06 11:29


sedihnya...=( =(.... saya yang study kat kusza ni lagi sedihhhh!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For farabiProfil   Hantar PM kepada farabi   Pergi ke farabi's Website   Quote dan BalasQuote

Linn
WARGA SETIA
Menyertai: 14.04.2004
Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 11:31


assalamualaikum...

pada saya, semua terletak atas usaha individu tu sendiri.. saya pun graduan universiti, CGPA tak laa terlalu bagus tapi berbekal dengan sijil2 kokurikulum & kemahiran, alhamdulillah... saya dah bekerja tetap & selesa dengan kedudukan sekarang...

jangan menunding jari menyalahkan orang lain... lihat keupayaan diri sendiri. sabar & terus berusaha adalah jalan yang terbaik untuk mengubah masa depan.. jangan terlalu memilih pekerjaan & yakin dengan kebolehan diri sendiri... contohi rakan2 yang lain... jika mereka mampu lakukan, Kenapa tidak kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinnProfil   Hantar PM kepada Linn   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 14:22


ada kerja kosong ke?
alam sekitar

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-06 15:17


kita yang menentukan hidup kita.....kita dah dapat peluang belajar kat universiti, so belajarlah sungguh-sungguh...biar pointer tinggi....apa kaitan kerajaan dalam hal ni....percaya lah kalau pointer tinggi senangla dapat kerja...kalau pointer tinggi....akan ada pihak yang akan taja kita....so kita tak terlibat dengan PTPTN...PTPTN pun dah tetapkan syarat kalau kalau kita dapat first class pinjaman akan ditukar kepada biasiswa so tak payah bayar....
apa kaitan dengan kerajaan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 16:18


UNTUK PERHATIAN:
syarat yang mengatakan first class honour dapat tukar PTPTN jadi biasiswa telah pun dimansuhkan......

memang berkait dengan kerajaan kerana;
1.kerajaan bertanggungjawab terhadap pendidikan rakyat....
2.kerajaan bertanggungjawab terhadap peluang rezeki rakyat....
3.kerajaan bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat...

kerajaan dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat....
tugas kerajaan bukan semata-mata untuk membina KLCC, KLIA, PUTRAJAYA, F1, RUMAH TERBUKA PERAYAAN...
tetapi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat....
(sediakn khidmat pendidikan, kesihatan, pekerjaan, hak asasi dan macam-macam kepada rakyat)

ingat balik apa fungsi kerajaan...siapa kata kerajaan tiada kaitan???????????????
kalau tiada kaitan buat apa jadi kerajaan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 03-07-06 16:22


saya setuju dengan maruz...ingat senang ke nak dapat jpa tu? kalau ada link senanglah...
p/s: every and each person has a right to education...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 03-07-06 16:54


Pada 03-07-06 16:18 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!

UNTUK PERHATIAN:
syarat yang mengatakan first class honour dapat tukar PTPTN jadi biasiswa telah pun dimansuhkan......

memang berkait dengan kerajaan kerana;
1.kerajaan bertanggungjawab terhadap pendidikan rakyat....
2.kerajaan bertanggungjawab terhadap peluang rezeki rakyat....
3.kerajaan bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat...

kerajaan dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat....
tugas kerajaan bukan semata-mata untuk membina KLCC, KLIA, PUTRAJAYA, F1, RUMAH TERBUKA PERAYAAN...
tetapi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat....
(sediakn khidmat pendidikan, kesihatan, pekerjaan, hak asasi dan macam-macam kepada rakyat)

ingat balik apa fungsi kerajaan...siapa kata kerajaan tiada kaitan???????????????
kalau tiada kaitan buat apa jadi kerajaan......


Mungkin betul tapi untuk menyalahkan kerajaan 100% adalah tidak wajar sama sekali. Mahasiswa juga salah kerana tidak mahu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan. Di Universiti mahasiwa yang bergelar melayu Islam ini lebih gemar mengamalkan konsep 'cukup makan' dan 'janji grad sudah'. Pointer bagaimana pun xkesah walhal untuk bersaing ke peringkat multinasional pointer yang diperlukan adalah sangat tinggi. Jika anda pernah berada bekerja di INTEL satu syarikat mutinasional yang terbesar di negara ini anda akan dibayar gaji mengikut pointer anda. Mengikut sahabat ana yang telah bekerja di situ bagi fresh graduate;

Pointer 3.0 hingga 3.9 - sekitar RM 3,000 ke RM4,000
Pointer 2.75 (minimun yang kebanyakan nya orang melayu) hingga 3.0 - sekitar RM 1,800 - RM 2,500

Adakah pointer masih tidak penting? Adakah menyalah 100% kerajaan dianggap berbaloi??

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-06 16:54


kerajaan dah sediakan universiti dah sediakan peluang-peluang pekerjaan.....kita lah pula yang kena usaha.....
lagi pun rezeki seseorang allah yang tetapkan.....bukan kerajaan....allah suruh kita berusaha...orang yang rajin berusaha akan dapat ganjaran....masalah graduan sekarang suka memilih, nak yang gaji mahal.....konon konon bila ada sijil degree nak gaji rm1600 ke atas....siapa nak bagi.....mula kan kerja dari bawah.....insyallah dah ada pengalaman boleh lah demand gaji tinggi sikit......

saya pun graduan juga.....saya start dengan gaji rm500 tau....selama setahun gaji saya rm500 saja....dah setahun kerja saya apply kerja yang lebih baik....alhamdullillah mungkin dan rezeki saya....daya dapat kerja saya sekarang.

nak seribu daya..

mari saya cerita pengalaman saya....
lepas konvo saya hantar resume ke semua audit firm kat kota baru....alhamdullilah ada yang sangkut satu.....dapat interview...rupanya company tu teruk juga lah sebab tiap bulan tukar staff baru.....gaji lambat kadang tu 15hb bulan seterusnya baru dapat....kena kerja lebih masa...tapi ot tak dibayar....
tapi saya tetap bertahan sebab nak pengalaman....dekat setahun juga kerja kat situ....then saya apply kat internet....di samping berdoa moga dapat kerja baru...tak tahan sangat kerja situ....file dibaling ke muka perkara biasa....
takdir ilahi..saya dapat temuduga kat KL....saya tak kenal sesiapa kat KL tau...datang KL dengan adik lelaki saya (buat teman) gamble saja.....sampai kat hentian putra sebelum subuh...lepak kat surau....dah cerah sikit naik LRT ke wangsa maju.....then naik teksi....siap kena tipu dengan orang teksi....lalu jalan jauh..padahal dekat saja tempat di tuju.....interview pukul 3,tapi 10.30 dah sampai dekat ofis tu.....tak pergi ofis lagi...kebetulan depan ofis ada masjid....stay kat masjid.....

bak kata orang niat baik di balas baik....kebetulan terjumpa lah untuk siak dan untuk imam kat masjid tu.....berlaku lah sesi soal jawab.....asal mana, buat apa datang...semua sekali lah....
lepas itu untuk siak tu tanya dah ada rumah ke kalau dapat kerja kat sini.....saya jawab tak ada lagi.....dia pun ofer bilik kosong kat rumah kawan dia......kebetulan ustazah sekolah agama......siap bagi contact number, kalau dapat kerja call dia.....

Alhamdullilah saya berjaya masa interview....sebab dah ada pengalaman buat full set of account (masa di company lama)
and here i am.....

bak kata orang kalau kita ikhlas dan niat kita baik..........
Allah akan tolong kita.....
Alhamdullillah lepas konvo saya mengangur 2 bulan sahaja.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-06 17:31


memang takdir di tangan tuhan...
tapi kita dituntut untuk berusaha......
apa pun untuk yang masih belajar...usaha sungguh-sungguh
mantapkan result dulu.....insyallah....akan dapat juga kerja yang baik.....kalau pun tak dapat result yang baik....satu saja cara...janga memilih kerja....jadi kerani pun tak mengapa....janji ada pengalaman....sebab kalau kita jadi kerani di syarikat....katakan lah syarikat kontraktor.....kita boleh belajar dengan engineernya atau managernya......setidak-tidaknya dapat juga pengalaman...

masa saya interview tu..bos langsung tak tengok sijil saya tau....
bila saya tanya Kenapa......bos jawab, bukan sijil yang buat kerja untuk saya,tapi awak......bila awak boleh jawab maknanya boleh buat kerja lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

Qibas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2006
Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 05-07-06 10:52


Mmmm, untuk pengetahuan semua, pendidikan peringkat tinggi dah jadi bisnes yang menguntungkan. Lagi ramai budak cemerlang, lagi banyak loan application. lepas itu kenakan interest sikit. Takpun Kalau tak bayar, dapat surat court, tak begitu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For QibasProfil   Hantar PM kepada Qibas   Pergi ke Qibas's Website   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-07-06 13:13


macam ni lah....kalau tak nak PTPTN tu pun tak apa.....sebab bukan wajib pun.....cuba cari pinjaman lain.....kalau keluarga yang berkemampuan.....boleh tanggung sendiri......
sebab tak elok lah kan.....kita dok cakap PTPTN macam tu macam ni....tapi kita ambik juga.....bila kita ambik, kita seolah-olah menggalakkan wujudnya PTPTN....tapi orang susah macam saya tak boleh tak ada PTPTN....bayang kan dulu adik beradik saya 5 orang masuk universiti sekali gus....mana nak cari duit banyak-banyak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 30-07-06 01:38


kasihan sekadar kasihan saja lah pun....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 04-08-06 19:21


Huhu..nak buat macamana Saudara saudari,tension2 memanglah tension....Pakai duit tu tiap2 hari....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-08-06 00:58


Pada 20-06-06 16:36 , maruz posting:

!!! QUOTE !!!

lah pembangkang tu PAS/KEADILAN
lah
tu pun tak tahu ke.....kena belajar lagi ni....


perghh...boleh tahan hang ni wak...huhu...menghangatkan ukhwah.com... :lol: :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 23:47


Tujuh elemen punca siswazah gagal dapat pekerjaan

SEREMBAN: Tujuh elemen termasuk lemah sahsiah diri dan tiada hala tuju jelas dikenal pasti antara punca sebahagian besar siswazah Melayu, terutama lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) gagal mendapat tempat di pasaran kerja.

Elemen lain ialah tiada ketrampilan, kurang keyakinan diri, lemah keupayaan berfikir, lemah kemahiran berkomunikasi serta kurang inisiatif.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pendidikan) Mara, Datuk Nam Mathinin, berkata kelemahan itu menyebabkan ramai pelajar Melayu gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

"Kenapa siswazah ini tidak dapat kerja sedangkan ada yang belajar dalam bidang sains atau bidang kritikal lain yang dianggap berpotensi cerah memperoleh kerjaya.

"Kajian mendapati puncanya kerana mereka gagal memenuhi kehendak pasaran kerja dan tidak memiliki ciri-ciri diperlukan majikan," katanya pada Seminar Hala Tuju Kecemerlangan/Pengajian Tinggi Pelajar di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 23:48


persediaan tu penting

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-07 15:59


Pada 03-07-06 16:22 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

saya setuju dengan maruz...ingat senang ke nak dapat jpa tu? kalau ada link senanglah...
p/s: every and each person has a right to education...


maaf ye mencelah..
rezeki tu kan di tangan Allah..
usahlah dipertikai ada link atau tak walaupun itu hakikatnya dunia sekarang..

p/s:
pandangan ana..ana tak selesa kalau dapat sesuatu yang ana minta melalui link/org tengah..kerana ana tak mahu org pandang ana kerana org lain,kerana ana ada link dengan orang-orang tertentu..ana nak org lihat ana kerana performance atau usaha ana..be d best is d best way if we get it with d best effort..insyaAllah..


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

insan232
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18097
Posting: 72
Dari: malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 10-09-07 16:21


rezeki org dengan rezeki kita tak sama, adil dalam ISLAM bukan 1=1

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan232Profil   Hantar PM kepada insan232   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-09-07 17:41


!!! QUOTE !!!

memang berkait dengan kerajaan kerana;
1.kerajaan bertanggungjawab terhadap pendidikan rakyat....
2.kerajaan bertanggungjawab terhadap peluang rezeki rakyat....
3.kerajaan bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat...

kerajaan dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat....
tugas kerajaan bukan semata-mata untuk membina KLCC, KLIA, PUTRAJAYA, F1, RUMAH TERBUKA PERAYAAN...
tetapi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat....
(sediakn khidmat pendidikan, kesihatan, pekerjaan, hak asasi dan macam-macam kepada rakyat)


si maruz ni kalau boleh dia nak ibaratkan kerajaan pun kena tentukan tandas awam bersih.kalau dia nak basuh berak pun kerajaan kena tolong basuhkan.pendek kata,dia tak payah buat apa-apa lah.pasal kerajaan kena memastikan yang dia hidup aman bahagia selesa tanpa perlu usaha.KLIA,KLCC dan bermacam prasarana lagi.berapa banyak rakyat yang dapat bekerja kat situ?sektor pengangkutan,perlancongan,makanan dan pelbagai lagi dapat habuan juga.siapa usaha dia pasti dapat.

bila dibuat bermacam prasarana,skim,pinjaman dan sebagainya,orang bukan melayu nampak peluang,orang melayu nampak masalah.yang tau nak makan gaji sambil jadi robot sampai lah dah pencen.tak pernah belajar nak positive thinking.penakut nak ambil cabaran dan teroka bidang baru.kalau ada seorang meniaga nasi lemak,maka berduyun-duyun lah ramai pakat buka nasi lemak.dah lah tu bukan nak tolong bangsa melayu tapi dikutuk balik.kerajaan ke pembangkang ke orang melayu ke sama saja.bila ada member yang meniaga,maka member lain pakat dok kutuk,bukannya nak tolong.lepas tu sanggup pelingkup bisnes member sendiri semata-mata dalam hati dengki takmau tengok member ada duit lebih sikit.kalau mentaliti yang payah nak berubah,sampai bila pun dok macam tu jugak.


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-09-07 13:46


salam
ni lah mentaliti org kita,selalu menuding jari kat orang.salah sendiri tak nampak ,salah org lain nampak.sini saya nak habaq sikit......saya ni bukan penyokong mana-mana tapi saya tengok kerajaan tak pernah pilih kasih.kalau kerajaan pilih kasih,rasanya ramai saja anak2 dan penyokong pembangkang yang tak dapat masuk U,ramai saja yang tidak dapat pinjaman sebab dia pembangkang.pernah ke masa kita isi borang apapa ke,ada kolum mengatakan kita perlu tick kita nipembangkang atau kerajaan,tak dekan.macam kerajaan tidak menggalakan mahasiswa terlibat dengan politik,itu yang saya tahu.fokus dekat study...dapatkan CGPA baik.kalau tak dapat kerja jangan salahkan kerajaan ataupun companies,even u got high cgpa kalau communication u tak baik,org tanya lain jawab lain,how u want to get suitable job then u afraid to master other language especially english.
apa kerajaan provides untuk saya student IT?
we get to learn profesional program certificate for free.u know how much it's cost?
rm7000 apa head.
a lot of programmes done for the ICT students so that they will easy get job and enter the work market. a lot of efforts to reduce the no of unemployment among graduated students.
tak baik ke kerajaan lagi?
so....cermin diri sebelum menuduh.........
menfitnah lebih buruk daripada membunuh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.980708 saat. Lajunya....