Oleh |
Tol pengantin...( apa pendapat anda?) |
login
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 24883
Posting: 23
Dari: Bumi yang ku cinta
|
Posting pada: 19-06-06 17:40
 .. Berikut adalah petikan dalam paper UTUSAN... Surat 1 Terkilan di Johor ada adat kanak-kanak minta duit rombongan pengantin PADA cuti sekolah yang lalu saya mengikuti rombongan pengantin lelaki dari Perak ke majlis perkahwinan di sebuah kampung tidak jauh dari Johor Bahru, Johor. Sebelum hampir sampai ke rumah pengantin perempuan kami dijemput singgah sebentar di rumah saudaranya untuk berihat. Dua orang mak andam daripada pihak pengantin perempuan datang untuk mengandam pengantin lelaki. Kami diberitahu agar memberikan sedikit wang untuk beberapa kanak-kanak yang akan menanti di hadapan pengantin perempuan dan sedikit sagu hati kepada mereka. ‘‘Bagilah seberapa ikhlas untuk kanak-kanak dan patut-patut kepada dua mak andam tersebut.†Apabila kami sampai di rumah pengantin perempuan, lebih kurang 30 kanak-kanak di hadapan pengantin perempuan meminta duit. Apabila mereka membuka sampul dan mendapat cuma RM1 mereka menjerit-jerit minta lagi, manakala mak andam yang mendapat RM20 pula minta RM50. Juruacara majlis pula berkata di khalayak ramai: ‘‘Kedekutnya pihak pengantin lelaki bagi pun cuma RM1. Bagilah RM5 ke. Kami orang Johor RM1 tak mainlah.†Sebenarnya bukanlah pasal beri RM1, RM5 atau RM10 tetapi kami di Perak memang tidak ada adat mengajar kanak-kanak meminta-minta kepada rombongan pengantin. Kami menyangka sebagai rombongan tetamu yang sanggup datang menziarahi dari jauh dan banyak pula menghabiskan wang membayar tol, minyak kereta, masa dan tenaga sepatutnya sebagai orang Islam rai dan muliakanlah para tetamu. Walaupun dijamu hanya dengan sepinggan nasi kami amat menghargainya. Malangnya kami dihina sebagai kedekut. Adakah ini caranya untuk memeriahkan sesuatu majlis? Sebagai orang Islam kita tidak sepatutnya mengajar kanak-kanak meminta-minta kerana mereka bukan orang miskin. Sebagai orang Islam, saya berpendapat buangkanlah saja adat yang mengarut ini. Surat 2 Hapuskan adat ‘tol’ pengantin SAYA terpanggil untuk menyorot patah demi patah saranan oleh Al-Syed dari Kamunting, Perak (Forum, 16 Jun). Setelah memahami intipatinya, saya tersenyum dan bersetuju sepenuh hati perihal cadangan Al-Syed. Peristiwa yang menimpa Al-Syed juga telah saya alami sendiri pada tahun 1995. Semasa itu saya sendiri adalah pengantinnya yang datang lebih jauh dari Kamunting, iaitu Kedah. Kami datang dengan lima buah kereta dari Kedah tetapi yang sampai ke Johor hanya empat buah kereta kerana sebuah kereta lagi tidak dapat meneruskan perjalanan kerana rosak. Setelah sampai di Johor, keesokan harinya adalah majlis akad nikah di sebuah masjid berhampiran rumah pengantin perempuan. Manakala kenduri kahwin berlangsung sehari selepas majlis akad nikah. Saya telah dimaklumkan berkaitan adat ini dan diarahkan untuk menyiapkan ‘angpau’ berisi duit seberapa banyak yang boleh untuk dikenakan ‘tol’ atau diberi cukai kepada penyekat yang dipanggil sebagai ‘pagar’. Jika tidak diberi angpau, maka pagar tidak akan dibuka. Soalan pertama saya kepada wakil yang menyampaikan maklumat ialah, mengapa nak sekat saya sedangkan saya telah dinikahkan dan rumah itu adalah rumah mertua saya? Jawapannya ialah hanya untuk ‘suka-suka’. Saya katakan pada wakil tersebut bahawa amalan ini tidak betul dan wajar tidak dilakukan. Sungguhpun demikian, dalam diam-diam, pengiring saya telah menyiapkan sebungkus plastik angpau tersebut. Keesokan harinya, ketika kami tiba di hadapan rumah pengantin perempuan, kelihatan berpuluh kanak-kanak dan beberapa orang dewasa menyekat laluan masuk di pintu pagar rumah. Tanpa banyak soal, pengapit saya (orang Johor) menghulur angpau tersebut kepada setiap orang. Ada yang beredar dari situ setelah dapat dua. Setelah selesai lapisan pagar pertama, kami kena lalui ‘pagar kedua’ iaitu di pintu masuk rumah tetapi kali ini bukan lagi kanak-kanak tetapi penuh dengan mak dan bapak budak pula. Perkara yang sama dilakukan oleh pengapit saya. Ketika melangkah ke pelamin, kelihatan ada tiga lagi lapis pagar di setiap tingkat pelamin. Kali ini mak nenek pula yang penuh. Di sinilah peristiwa yang saya tidak akan lupa dalam hidup saya. Bagi sebungkus angpau berjumlah RM20 tidak diterima sebaliknya hendak RM50 untuk setiap orang. Dalam masa yang sama angpau sebungkus plastik yang dibawa oleh pengapit telah pun habis. Langsungnya pengapit saya pergi berbincang dengan ‘pagar-pagar’ tersebut tetapi mereka tetap tidak mahu turun. Perbincangan berlangsung lebih kurang 15 minit tetapi mak nenek tersebut tetap hendakkan cukai. Ketika ini, orang tua saya keluar dari rumah dan saya juga bergerak keluar dari rumah dengan rasa dimalukan. Seluruh keluarga saya yang datang dari Kedah (dua hari perjalanan) menitiskan air mata. Air mata ibu saya yang tidak dititiskan sejak sekian lama, menitis. Kenapa depa nak malukan kita? Itulah soalan yang ditanya oleh ibu kepada saya. Setelah kumpulan kami bergerak keluar ke laman rumah, suasana di dalam rumah menjadi kecoh. Kedengaran pertelingkahan berlaku di antara saudara mara pengantin perempuan. Bapa mertua saya pengsan. Suasana menjadi lebih kelam kabut. Marilah kita merenung kembali peristiwa yang berbekas di hati saya dan hingga kini saya masih ada rasa geram. Lihatlah peristiwa saya dan Al-Syed. Adat sebegitu rupa harus dibuang, tidak sesuai dipraktikkan dan bertentangan dengan tuntutan agama yang memudahkan urusan perkahwinan. Alasan suka-suka tidak boleh dijadikan sandaran kerana ia telah menukar majlis penuh berkat menjadi cuka.  So, apa pendapat kalian....  ----------------- و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى والسلا
|
nurul_iman87
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.11.2004 Ahli No: 12486
Posting: 39
Dari: KeLaNTaN
|
Posting pada: 19-06-06 18:20
assalamualaikum.. haram, ini very first time dengar adat yang lain macam.... betul tu... perkahwinan, acara yang dah simple nak ditambah..tmbah untuk kbaikn tak apa juga. ni, mnyusahkn dan hilangkn brkat majlis.... aduh.
|
nurul_iman87
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.11.2004 Ahli No: 12486
Posting: 39
Dari: KeLaNTaN
|
Posting pada: 19-06-06 18:24
ya ALLAH... bukan 'haram'... 'erm'... ei, pmbetulan singkatn2 yang ditaip agak lari la... lupa, ni bukan bersms
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 19-06-06 20:31
entahlah....jangan qasadkan dalam hati amalan tu seperti sesutu yang wajib, boleh jatuh haram. benda-benada yang bukan SUNNAH macam ini lebih baik dielakkan....pahala pun tak dapat.....silap2 dosa yang diterima
|
dhamiraqistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13287
Posting: 271
|
Posting pada: 19-06-06 20:39
ish..kalau cara macam tu memang dah melampau la...tak tahu pula tol kena sampai macam tu sekali...yang saya pernah dengar..setakat nak masuk pintu rumah saja..kalau setakat seorang saja tol tak apa lagi la kan..ni smpikn segal mak nenek..atok ..cucu semua nak duit..apa cerita ...??
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 19-06-06 20:57
jangan mnyusahkan sesuatu dalam urusan sesungguhnya Allah akan mnyusahkn lagi perkara yang kita ssahkn itu
|
nurulezzah88
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.04.2006 Ahli No: 24373
Posting: 31
Dari: tanah merah
|
Posting pada: 19-06-06 21:01
masyaAllah....ada jugak amalan macam ni ya?tapi tak patut la...sebab ni macam salah satu ajar bebudak minta duit atau m nak ajar budak tu cara yang tak bermoral.....erm,harap,amalan macam ni tak ada lagi...sebab kasihan la kat pihak tertentu yang kena keluar duit dah la yang datang jauh tu kena isi minyak la,jauh la......lepas itu sampai jadi macam ni...ini boleh menyebabkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua pihak kurang......
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 19-06-06 21:03
hmm..first time juga tau ni..ni pun baca kat sini..hmm..
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 19-06-06 22:33
adat mana la yang bodoh sangat ni...
|
m_husna
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2006 Ahli No: 22606
Posting: 85
Dari: kepong
|
Posting pada: 19-06-06 23:22
melampau sgguh.. adat tu memang tak boleh dipkai.. nak sambut tetamu tapi minta duit daripada mereka. lebih baik jadi pengemis btauliah begitu..
|
fathurrahman
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2006 Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -
|
Posting pada: 19-06-06 23:44
!!! QUOTE !!! Perbincangan berlangsung lebih kurang 15 minit tetapi mak nenek tersebut tetap hendakkan cukai. Ketika ini, orang tua saya keluar dari rumah dan saya juga bergerak keluar dari rumah dengan rasa dimalukan.
Seluruh keluarga saya yang datang dari Kedah (dua hari perjalanan) menitiskan air mata. Air mata ibu saya yang tidak dititiskan sejak sekian lama, menitis. Kenapa depa nak malukan kita? Itulah soalan yang ditanya oleh ibu kepada saya.
Setelah kumpulan kami bergerak keluar ke laman rumah, suasana di dalam rumah menjadi kecoh. Kedengaran pertelingkahan berlaku di antara saudara mara pengantin perempuan. Bapa mertua saya pengsan. Suasana menjadi lebih kelam kabut.
bagus pengantin lelaki buat macam tu, sekali sekala kena ajar juga biar mereka sedar pada bakal2 pengantin lelaki, next time kalau ada yang kutip tol pakat2 lah beredar macam dalam kisah ni. esok lusa dah habis kenduri dtglah balik jumpa dengan pengantin perempuan  ----------------- "Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein [ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 19-06-06 23:45 ]
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 19-06-06 23:49
karang ada pulak yang tak jadi kawin. penindasan ni
|
kdinx
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.01.2006 Ahli No: 21823
Posting: 69
Dari: Moscow
|
Posting pada: 20-06-06 00:19
kesimpulan: jangan kawin dengan orang Johor..Kalau kawin dengan orang Terengganu kan..ada adat lain..tetamu pulak hulur duit kat tuan rumah(seringgit dua saja) tapi adat ni pun tak bagus...hehehehhehehehehehhe(gurau saja,orang Johor jangan marah pulak) Nway nder2 begini boleh dibincang awal2...salah laki tu jugak..pandai2 la tawar -menawar..
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 20-06-06 00:51
Pada 19-06-06 17:40 , login posting:!!! QUOTE !!!
Juruacara majlis pula berkata di khalayak ramai: ‘‘Kedekutnya pihak pengantin lelaki bagi pun cuma RM1. Bagilah RM5 ke. Kami orang Johor RM1 tak mainlah.â€
waA...ni ayat power ni! em...ingatlh wahai diri & sahabat-sahabat...Islam itu tidak susah & menyusahkn.. wallahua'lam..  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 20-06-06 03:27
Awat teruk sangat ini???makin lama makin teruk pula rasa??apa kena mengena nak bagi duit pula ini kat budak-budak??sagu hati apa pula ini?? tak masuk akal langsung laa..lain kali rombongan pengantin minta duit kat budak-budak itu atau mak andam itu...minta claim duit minyak,tol dll...hehehehe
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 20-06-06 03:30
!!! QUOTE !!! kesimpulan: jangan kawin dengan orang Johor..Kalau kawin dengan orang Terengganu kan..ada adat lain..tetamu pulak hulur duit kat tuan rumah(seringgit dua saja) tapi adat ni pun tak bagus...hehehehhehehehehehhe(gurau saja,orang Johor jangan marah pulak) wah, kiranya tak salahlah ye saya pilih orang terengganu  tak takut dosa ke mereka buat macam tu? merosakkan saat2 paling bahagia pengantin hanya untuk suka-suka, penting sangat duit tu eh  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 20-06-06 03:32 ]
|
kdinx
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.01.2006 Ahli No: 21823
Posting: 69
Dari: Moscow
|
Posting pada: 20-06-06 04:16
Yup..sdr ibnu musa...anda bertuah kerana memilh orang ganu. yang tetamu bagi duit kat tuan rumah tu optional la...tuan rumah takkan minta nya(tapi tetamu la kena buat paham2...nanti orang chop muka tebal pulak)..Kalau nak tolak pemberian orang pun tak apa..hehehhe
|
ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.11.2005 Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt
|
Posting pada: 20-06-06 05:46
assalamualaikum... dah kebiasaan dan ni merupakan adat.kat johor ni orang cakap salam keruk tak tahulah istilah ni ada juga kat negeri2 lain...ermm tapi janganlah sampai membebankan kita yang datang ini...saya ada dengar kalau kat MELAKA itu siap ada tabung besar lagi untuk para tetamu janganlah macam itu...kita sebagai tuan rumah anggaplah ia sebagai hadiah sahaja. k illalliqa maa salamah
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 20-06-06 08:02
Pada 19-06-06 22:33 , muslimin23 posting:!!! QUOTE !!! adat mana la yang bodoh sangat ni... memang bodoh pun.....terlalu cetek fahaman agama mereka ni ----------------- Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)
|
alawiyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24416
Posting: 122
Dari: melaka
|
Posting pada: 20-06-06 08:39
Tak sesuai buat macam itu
|
tulipsolehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.07.2004 Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore
|
Posting pada: 20-06-06 08:58
Kalau kawin dengan orang Terengganu kan..ada adat lain..tetamu pulak hulur duit kat tuan rumah(seringgit dua saja) >>kat kelate pun sam juga..Kalau tak bagi duit kat tuan rumah..di maki hamun dan dingumpat..ana dah kena.. >>sangat melampau..gilakan dunia..magsanya raja sehari..esok2.. kita jdi parents jangan duduk buat pekara macam ni..amat bodoh...
|
maruz
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2005 Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan
|
Posting pada: 20-06-06 10:12
tu hanya adat semata-mata, namun pada pndangan saya harus dihapuskan, sebab dalam membina masjid kita patut menyenangkan bukan menyusahkan... tetapi Jangan MARAH pada orang JOHOR.... bukan semua orang JOHOR sebegitu sebab; Johor mempunyai banyak keturunan (JAWA, BUGIS, BANJAR, MELAYU, BENGKULU dlln)....yang amalkan adat TOL tu tak silap keturunan BUGIS... CARI LA ORANG keturunan JAWA sebab ORANG keturunan JAWA BAIK TAU...hehe9 (Gurau saja,semua orang Johor baik,tapi ada yang POYO juga !!)
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 20-06-06 10:40
Wa'alaikumussalam wbt bagi salam yang tak terjawab... First, entah happa-happa entah... Pertama kali dalam hidup aku sebagai anak kelahiran Johor dengo benda macam ni. Buat malu saja. Nampak sangat kebulur duit, tak pernah jumpa. Budaya materialistik betullah.. Tak kiralah orang Johor ke orang negeri mana saja la, memang nampak sangat tahap kebangangannye tu Kalau buat lagu nihh.. Huh! Adat mengele pun tak ada laa sampai macam ini sekali.. ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor
|
Posting pada: 20-06-06 11:35
wahhh...dahsyatnya nak boleh duduk bersanding...berlapis2 pagar kena tempuh...pagar orang pula tu...kalau pagar kayu tak payah bagi duit... dah la kanak-kanak nak RM5 seorang...bukan seorang tapi berpuluh2 orang...mak2 pula nak RM50...fuh demandnyaa....kalau pengantin tu putera mahkota takpun anak perdana menteri ke tak mengapa juga...buatnya pengantin lelaki tu orang tak seberapa...tak ke kasihan...best saja depa minta duit orang, yang pengantin tu mungkin pasni kena bayar loan bank yang dia pinjam pula....isk...kasihan... tak patut...sampai tahap malukan kaum keluarga sebelah pengantin lelaki...pengalaman pengantin tadi tu kira ok la sebab sanggup tempuh pagar pertama dan kedua...kalau saya, dah lama ajak mak ayah balik...tak payah bersanding pun tak mengapa...hehehe...biar pagar2 tu tunggu sampai malam kat situ...hehe... ----------------- Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>
|
cipoi
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.05.2006 Ahli No: 24504
Posting: 242
Dari: seremban
|
Posting pada: 20-06-06 12:35
hissh! ni betul-betul mengarut adat ni... agaknya kalau aku la kan, mesti aku cerai terus time 2 juga... baru padan muka... geram betul... so pengajarannya carilah orang negeri sembilan.... orang kata orang ns ni romantik... terutama yang lakinye....hehehe
|
musafir_lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.09.2005 Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor
|
Posting pada: 20-06-06 12:47
kita sepatutnya memuliakan tetamu..bukan nya pergi hambat macam tu!nauzubillah min zalik..
|
nazran7
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2003 Ahli No: 5731
Posting: 83
Dari: B B Bestari
|
Posting pada: 20-06-06 13:12
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 20-06-06 15:28
Pada 20-06-06 04:16 , kdinx posting:!!! QUOTE !!! Yup..sdr ibnu musa...anda bertuah kerana memilh orang ganu. yang tetamu bagi duit kat tuan rumah tu optional la...tuan rumah takkan minta nya(tapi tetamu la kena buat paham2...nanti orang chop muka tebal pulak)..Kalau nak tolak pemberian orang pun tak apa..hehehhe promote orang terengganu pula!  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 20-06-06 15:32
Pada 20-06-06 13:12 , nazran7 posting:!!! QUOTE !!! DAH BUDAYA begitu... budaya yang elok tak apa...tapi kalau yang mengarut & menyusahkn, fikir2knlh kembali rasionalnya.. wallahua'lam...  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 20-06-06 15:42
bak kata pepatah..'biar mati anak jangan mati adat' tapi biarlah berseuaian...
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 20-06-06 15:52
kalau anak mati sapa nak teruskan adat???? merepek..... susah kalau orang xngaji agama...
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-06-06 04:13
Adat bayar tol tidak langgar syariat IslamOleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI KUALA LUMPUR 23 Jun - Adat ‘bayar tol’ yang dikenakan ke atas rombongan pengantin lelaki di Johor tidak bertentangan dengan syariat Islam kerana diadakan semata-mata untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, ia hanya sebahagian daripada adat perkahwinan masyarakat Johor yang masih diamalkan sehingga kini. Menurutnya, tujuan adat itu untuk menimbulkan keseronokan pada majlis perkahwinan dan tanda menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga pengantin perempuan. Harussani yang juga Mufti Perak turut menjelaskan bahawa beliau pernah berhadapan dengan adat bayar tol tersebut dan merasakan ia satu pengalaman yang unik bagi mengenali adat sesuatu negeri. ‘‘Saya juga kena bayar tol semasa mengahwini isteri saya dari Singapura, itu bukan satu perkara yang mengaibkan dan menyusahkan pihak pengantin lelaki tetapi bagi memeriahkan suasana perkahwinan itu. ‘‘Nak kahwin, apa salahnya seronok-seronok,†katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kritikan Al-Syed dari Kamunting, Perak dan Ahmad Albab dari Alor Star, Kedah terhadap adat bayar tol yang dikenakan ke atas rombongan pengantin lelaki di Johor dalam ruangan Forum Pembaca Utusan Malaysia minggu lalu. Kritikan itu menggesa supaya adat itu dihentikan kerana bertentangan dengan syariat Islam, mengaibkan dan menyusahkan pihak pengantin lelaki yang terpaksa membayar beratus-ratus ringgit kepada kanak-kanak dan mak andam yang menjadi ‘penjaga tol’. Mengikut adat itu, jika tol tidak dibayar, rombongan pengantin lelaki tidak dibenarkan masuk ke rumah pengantin perempuan. Menurut Harussani, bagi mengelakkan berlaku kekecohan semasa hari perkahwinan, sebaiknya pihak pengantin perempuan menerangkan kepada pihak pengantin lelaki terutamanya yang bukan berasal dari Johor mengenai adat bayar tol itu. ‘‘Berpakat-pakat supaya tidak ada pihak yang menerima beban ke atas adat itu,'' nasihatnya. Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut bersetuju dengan pendapat Harussani. Katanya, tujuan utama adat bayar tol adalah bagi menimbulkan kemeriahan dan keseronokan menerima menantu. ‘‘Bagaimanapun, penjaga tol perlu bersedia untuk menerima nilai wang yang dibayar oleh rombongan pengantin lelaki dan tidak terlalu meminta-minta kerana jika ini berlaku, suasana tidak akan menjadi meriah tetapi akan menimbulkan kekecohan dan pertelingkahan. ‘‘Keadaan ini telah lari daripada konsep asal dan bukannya sebagai suka-suka,'' katanya. Tambah beliau, adat yang telah menjadi tradisi dalam perkahwinan masyarakat Johor itu harus dijaga tata susila supaya orang luar tidak beranggapan ia membebankan dan boleh mengaibkan pengantin lelaki. Sumber: Utusan Malaysia Online----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 24-06-06 04:15 ]
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-06-06 04:14
Adat bayar tol perlu diabaikanKUALA LUMPUR 23 Jun - Adat ‘bayar tol’ yang dikenakan ke atas rombongan pengantin lelaki di Johor perlu diabaikan kerana ia tidak memberi sebarang kebaikan kepada sesiapa dan boleh menyusahkan sekiranya bayaran terlalu tinggi. Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid berkata, dalam Islam, sesuatu perkahwinan itu perlu dipermudahkan dan kadar mas kahwin tidak membebankan. Menurutnya, walaupun adat bayar tol tidak bertentangan dengan syariat Islam namun jika sehingga menganiayakan pengantin lelaki dengan bayaran tol yang tinggi kepada penjaga-penjaga tol, maka perkahwinan itu telah diremehkan. ‘‘Sehubungan itu, adat ini perlulah diabaikan kerana tujuannya pun hanya untuk seronok-seronok dan bukannya wajib dilakukan supaya pihak pengantin lelaki tidak rasa terbeban. ‘‘Sudahlah terpaksa menyediakan wang hantaran, ini pula wang tol yang harus diberi bukan kepada seorang tetapi berpuluh-puluh orang,†katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kritikan daripada dua orang pembaca yang menggelarkan diri sebagai Al-Syed, Kamunting, Perak dan Ahmad Albab, Alor Star, Kedah terhadap adat bayar tol dalam ruangan Forum Pembaca Utusan Malaysia minggu lalu yang dikenakan ke atas rombongan pengantin lelaki di Johor. Kritikan itu menggesa supaya adat itu dihentikan kerana bertentangan dengan syariat Islam, mengaibkan dan menyusahkan pihak pengantin lelaki yang terpaksa membayar beratus-ratus ringgit kepada kanak-kanak dan mak andam yang menjadi ‘penjaga tol'. Jika tidak dibayar, penjaga tol tidak dibenarkan masuk ke rumah pengantin perempuan. Sumber: Utusan Malaysia Online----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-06-06 04:22
saya setuju dengan pendapat Dato' Mahmood Zuhdi, buat apa nak susahkan pengantin lelaki pula, dahlah ada yang datang dari jauh, sepatutnya mereka disambut secara aman bukan disusahkan dengan benda macam ni. p/s: apa kata orang Johor? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
zaidakhtar
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool
|
Posting pada: 24-06-06 11:27
tak payah. jangan mengada
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 24-06-06 13:42
adat yang menyusahkan.....itu adat orang sebelah selatan saja.....memang menyusahkan....... alhamdulillah orang pantai timur tak ada adat macam itu.. islam itu mudah..janganlah nak menyusahkan...........
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 24-06-06 15:52
bubuh penampar saja..melampau2...
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 24-06-06 17:54
Adat yang tak sesuai lagi buat apa nak diteruskn..tambahan pula ia membebankn..buat apa nak diikut..Kalau pihak lelaki tu ikhlas nak bagi angpow tkpelah..terima sajalah..ni main paksa2 pula..ni yang tak sesuai ini..gamaknye lagi ramai la golongan sederhana yang fikir beribu kali kalau nak kahwin  ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
ABg_IMaM
 Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 24-06-06 18:20
 ... pada ana lah, kedua-dua kes ini berlaku kerana keluarga bakal pengantin lelaki tak dimaklumkan tentang adat 'tol' ni terlebih dahulu. tambahan pulak pengantin lelaki sendiri tak buat apa-apa persiapan...lagilah haru dibuatnya... apapun, dalam majlis pernikahan yang penting ialah persefahaman antara kedua-dua pihak agar majlis tu berjalan dengan baik...adat tol tak ada masalahnya sebenarnya kerana ia memeriahkan suasana... cuma semua pihak mesti faham-memahami... apa perasaan kedua2 penulis dari Perak dan Kedah dalam akhbar tu kalau orang mengkritik suasana kenduri kahwin di tempat masing-masing?...sebagai contoh kadar hantaran di Kedah adalah yang termahal di Malaysia, kalau setakat RM7000-RM10000 tu kadar gadis kilang...hah nak komen apa? di Perak pulak, maskahwin sampai RM500, macam mana tu?...bertimbang rasa skitlah dengan pengantin lelaki...bagi kami di Negeri Sembilan, selalu ditanya oleh pihak pengantin lelaki dari sebelah utara...'pakai lagi tak adat?' maksudnya Adat Perpatih. bagi kami ini adalah satu penghinaan kepada orang Negeri Sembilan yang berpegang dengan Adat Perpatih yang sebenarnya cukup cantik kerana adat bersendikan syara' syara bersendikan Kitabullah syara mengata adat menurut jadi sebenarnya persefahaman tu sangat penting...jadi saya minta sesiapa ahli ukhwah yang kenal kedua2 penulis dalam akhbar berkenaan supaya hubungi saya melalui talian 013-3031703 atau 017-3793731 untuk penjelasan lanjut. wa allahu a'lam bis sawab. wassalam...  [ Telah diedit oleh: ABg_IMaM pada 24-06-06 18:20 ]
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-06-06 19:20
kalau ada persetujuan antara kedua2 keluarga tak ada masalah nak buat, sebelum buat tu biarlah diadakan perbincangan terlebih dahulu sama ada pihak lelaki setuju atau tidak nak buat. kalau pihak lelaki taknak buat pihak perempuan tak berhak paksa. yang menjadi masalahnya bila berlaku sebagaimana 2 kes yang disebutkan itu, pihak lelaki tak setuju pun nak buat tapi mereka tetap disekat daripada masuk ke rumah pegantin perempuan. bayangkan kita dah sampai luar rumah isteri tapi tak dibenarkan masuk, bukan ke malu besar. itu dah dikira dimalukan dikhalayak ramai namanya. nak ikut adat pun biarlah berpada2, kalau menyusahkan tak payah buat, abaikan. Islam itu memudahkan, bukan menyusahkan, tapi adat yang entah apa-apa tu yang banyak menyusahkan kita. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 27-06-06 00:11
1st time baca kes macam ni... tak molek la di amalkan.
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 27-06-06 10:04
pada pendapat saya yang cetek ni....lebih baik saya utamakn yang syarian dan sunnah Nabi....kerana keberkatan dalam rumahtangga bermula dari awal perkahwinan lagi....bila kita ikut adat, secara automatik kita telah menolak sunnah Nabi SAW kerana dalam sunnah tak ada adat2 tol ni. Bukan ke sepreti mengada2akn sesuatu yang baru dalam agama tu? Perkahwinan tu bukankah agama, jadi ibadah jika dibuat dengan mengkuti al Quran dan sunnah?
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 27-06-06 10:04
pada pendapat saya yang cetek ni....lebih baik saya utamakn yang syarian dan sunnah Nabi....kerana keberkatan dalam rumahtangga bermula dari awal perkahwinan lagi....bila kita ikut adat, secara automatik kita telah menolak sunnah Nabi SAW kerana dalam sunnah tak ada adat2 tol ni. Bukan ke sepreti mengada2akn sesuatu yang baru dalam agama tu? Perkahwinan tu bukankah agama, jadi ibadah jika dibuat dengan mengkuti al Quran dan sunnah?
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 27-06-06 10:04
pada pendapat saya yang cetek ni....lebih baik saya utamakn yang syarian dan sunnah Nabi....kerana keberkatan dalam rumahtangga bermula dari awal perkahwinan lagi....bila kita ikut adat, secara automatik kita telah menolak sunnah Nabi SAW kerana dalam sunnah tak ada adat2 tol ni. Bukan ke sepreti mengada2akn sesuatu yang baru dalam agama tu? Perkahwinan tu bukankah agama, jadi ibadah jika dibuat dengan mengkuti al Quran dan sunnah?
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 27-06-06 10:46
Pada 24-06-06 18:20 , ABg_IMaM posting:!!! QUOTE !!! ... sebagai contoh kadar hantaran di Kedah adalah yang termahal di Malaysia, kalau setakat RM7000-RM10000 tu kadar gadis kilang...hah nak komen apa?
yekeeeee????Rm10000 gadis kilang??? ye keeee...?? salah tuu
|
virtualmovement
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7206
Posting: 141
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 27-06-06 10:49
|
ayang2roses
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::
|
Posting pada: 27-06-06 10:49
assalamualaikum ingatkan LebuhRaya saja ada TOL.... Pengantin pun ada TOL juga ke ?????
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 27-06-06 11:02
Pada 27-06-06 10:49 , ayang2roses posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum
ingatkan LebuhRaya saja ada TOL.... Pengantin pun ada TOL juga ke ?????
 iye la if tol lebuhraya dah tau bape kena bayar... tapi tol pengantin tak tau lagi... tak boleh nak budget berapa...  ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
hafiz86
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2006 Ahli No: 24920
Posting: 253
Dari: Bumi Hang Tuah
|
Posting pada: 27-06-06 11:26
Mana lebih mahal tol orang kawin ke tol lebuhraya ehh,saya rasa lebuh raya agaknya
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 31-07-06 16:10
Pada 27-06-06 11:26 , hafiz86 posting:!!! QUOTE !!! Mana lebih mahal tol orang kawin ke tol lebuhraya ehh,saya rasa lebuh raya agaknya tunggu dan lihat....
|
Qibas
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.07.2006 Ahli No: 25060
Posting: 81
Dari: Pahang
|
Posting pada: 31-07-06 16:15
tol pengantin memang mengarut, dan memang tak patut. Membebankan saja.
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 31-07-06 16:46
macam-macam komen ya. yang mengutuk orang johor pun ada  dah nama adat...benda ni dah lama, cuma setengah orang baru tahu. bagus didedahkan kerana saya pun tak setuju. tapi saya memang tak fikir banyak tentang adat tol ni..bukan apa... setahu saya ia dilakukan sebahagian dari adat persandingan. masing-masing ngaji agama kan...tau apa hukum sanding? boleh buat ke tidak? saya memang tak berangan dan tak setuju adat nak bersanding. jadi kira tol ni termasuk sekali tak setuju lah. kalau mereka yang nak abaikan adat tol ni, saya cadangkan abaikan sekali sanding. kadang-kadang mereka bangkang sebab rasa menyusahkan. tapi bab yang tak boleh tapi tak menyusahkan dia...dia senyap saja. ha... prejudis pada hukum kan tu namanya? tapi mungkin juga ada kawasan yang tak sanding tapi ada tol tapi saya tak tahu dan tak pernah jumpa. kalau sebagai pihak perempuan tak mampu nak mengubah / hapus adat tu.... (kadang-kadang kita tak setuju tapi orang mendesak sampai boleh bergaduh -tak boleh elak sangat-sangat lah...) explain lah elok-elok kat pihak satu lagi. bukan menghalalkan tapi.... mengelakkan perkara memalukan. ini kes orang yang dilema sangat-sangat lah. banyak lagi adat yang kita tak tahu yang diamalkan keluarga pasangan. kena ambil tahu. kalau adat tu tak tentang syara' tapi kita buat tak tahu pun boleh jadi gaduh dan masalah. kena pandai2 lah ye. jangan kerana diri tersepit baru nak halang tapi... benda yang tak patut...tapi kita tak terkena, kita senyap saja. walaupun saya johor dan dapat orang johor, insyaAllah kami elak benda ni.  so what? kalau dah jodoh  [ Telah diedit oleh: muslimah_johor pada 31-07-06 17:37 ]
|
seri_utama
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.07.2006 Ahli No: 25293
Posting: 69
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 31-07-06 17:31
Terkejut jugak saya baca surat2 tu..sedih rasa sampai jadi macamtu...pada asalnya adat tol tu bertujuan memeriahkan majlis saja tapi manusia tu sendiri yang merosakkan adat.. Bagi saya jumlah yang diminta tu memang melampau dan tak sepatutnya berlaku...kebiasaannya dalam anggaran lebih kurang RM50-RM60 saja tapi kalau dah mencecah ratusan tu dah kira melampau..tak tahulah pulak belah mana yang minta sampai macam tu sekali..terkejut juga saya mendengarnya..biasanya bahagian mak andam bagi lebih sikit..setahu sayalah...sepatutnya berapa jumlah nak bagi tu terpulang pada pihak lelaki..cuma kenalah pandai tawar menawar...part itulah yang dikatakan memeriahkan majlis...tapi kalau area orang kaya mungkin jumlah yang diminta mencecah ratusan..kiranya ikut tempat jugaklah..bukan semua tempat minta jumlah yang bukan2.. Tapi yang sedihnya ada mak andam yang tetapkan jumlah tol..kalau sikit tu takpelah jugak tapi sampai RM70..melampau betul!dulu mana ada mak andam tetapkan benda-benda tu semua cuma mak andam sekarang saja yang dah melampau...perkara ni berlaku kat Johor..dan.... saya sendiri yang terkena..hehehe..siap suruh pesan awal2 lagi kat pengantin lelaki..melampau betullahh!!
|
sap
Warga Rasmi Menyertai: 06.12.2004 Ahli No: 12856
Posting: 13
Dari: bangi
|
Posting pada: 31-07-06 18:23
apelah orang johor...Allah dah kata kawin tu mudah, kenapalah yang nak di susahkan...bagi ana, berbincang antara dua pihak mungkin salah satu jalan penyelesaiannya...
|
PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia
|
Posting pada: 31-07-06 20:17
contohilah perkahwinan di zaman rasulullah...
|
stitch
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.04.2005 Ahli No: 16190
Posting: 24
Dari: singapore
|
Posting pada: 31-07-06 22:01
Setelah membaca ... saya pun tak setuju dengan adat itu..... mereka mengambil kesempatan ... dari suka-suka menjadi satu kemestian... ia harus dihapuskan.... budaya kita tak mengajar kita mengecilkan tamu sebaliknya menjaga hati tamu....
|