Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: 'DUNIA BARU' rancangan kehidupan siswa di tv3..ish,sedihnye.


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» 'DUNIA BARU' rancangan kehidupan siswa di tv3..ish,sedihnye.

Please Mendaftar To Post


Oleh 'DUNIA BARU' rancangan kehidupan siswa di tv3..ish,sedihnye.

faislamy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11229
Posting: 93

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-06-06 11:05


joewings menulis "Anda mungkin biasa menonton drama "Dunia Baru" yang ditayangkan di TV3 pada setiap malam Jumaat?

Assalamualaikum w.b.t

Kepada para pembaca yang budiman sekalian,

Anda mungkin biasa menonton drama "Dunia Baru" yang ditayangkan di TV3 pada setiap malam Jumaat? Mungkin sedar atau tidak, kita digambarkan dengan keadaan anak-anak muda di negara kita sedang leka dihanyutkan dengan budaya hiburan melampau...dan terus terlampau.................meskipun di sebuah tempat yang dihormati dan dikagumi sebagai sebuah gedung ilmu; universiti.

Saya sudah 6 tahun bertugas di universiti di selatan tanah air, dan saya sudah masak dan mendalami kehidupan sebenar seorang siswa dan siswi yang penuh dengan cabaran, meskpun saya bukan kelulusan dari universiti. Saya mempunyai ramai kawan-kawan yang belajar di situ dari pelbagai peringkat, dari sekaya-kaya manusia sehingga yang miskin....

Apa yang saya ingin kaitkan dengan sitkom "Dunia BAru" ialah betapa kita digambarkan siswa dan siswi universiti bebas berpakaian, sehingga men'dye' kan rambutnya berwarna kuning, pakaian seperti bohsia dan berambut panjang....sedangkan universiti mempunyai kod etika berpakaian yang agak ketat, sehinggakan kalau seseorang siswa/siswi yang pergi ke bilik kuliah dengan memakai selipar akan dihalau keluar oleh lecturer? Saya mungkin tidak tahu di IPTS akan tetapi di IPTA sememangnya ada kod berpakaian yang telah ditetapkan(kadangkala ada segelintir siswa/siswi yang melanggarnya dan ini melibatkan kes-kes terpencil).

Dalam sitcom tersebut lebih ditunjukkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas, berdating seperti belangkas dan merenyam seperti 'kera kena belacan' untuk memikat si buah hati? Lebih dipaparkan daripada aktiviti yang menunjukkan pembelajaran, atau seumpamanya? Takut-takut orang akan salah anggap "pergi universiti ke, nak pergi enjoy?" atau "nak belajar ke, nak cari jantan?"

Dalam siri pertamanya pun dah menunjukkan 'belangnya',; ibu si Adif (lakonan Khatijah Tan) yang berwatakkan seorang wanita yang wara' menasihati anaknya sehingga ke khalayak ramai, dan menegur rakan sebiliknya secara direct....takut-takut orang akan salah faham yang para ustaz dan ustazah berdakwah dengan cara sedemikian rupa tanpa hikmah.........

Sememangnya sitcom tersebut lebih memaparkan budaya hidup bebas siswa dan siswi daripada menggalakkan anak muda/mudi kita agar bersungguh-sungguh menimba ilmu....

Apa yang dipaparkan mereka hidup didalam kemewahan, enjoy dan hiburan semata-mata, sedangkan hakikatnya, mungkin sama atau mungkin tidak dengan alam realiti.....

Secara tidak langsung, sitcom tersebut seolah-olah memperlekehkan institusi pendidikan dengan memaparkan pelakonnya berpakaian entah-apa-apa, bebas sebebasnya...sedangkan di IPTA mempunyai undang-undangnya sendiri, yang perlu dipatuhi oleh semua orang....Sudahlah nilai keIslamannya tidak ada, bahkan kalau adapun, diperlekehkan lagi pula....pakai tudung dengan keadaanya terjulur jambul, pakai ketat sehingga menampakkan susuk badan, yang lebih teruk lagi, minah yang berpakaian seperti itulah bercakap tentang Islam, masuk dalam kumpulan usrah dan sebagainya....

Susah nak cakap...kita renungkanlah sendiri...

copy paste dr www.tranungkite.com..


-----------------
~Hidup dan Matiku hanyalah untuk ISLAM...~

American


Bookmark and Share

    


  Member Information For faislamyProfil   Hantar PM kepada faislamy   Pergi ke faislamy's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 12:05


Assalamualaikum.

    gambaran salah tentang dunia kampus ni rasanya dari dahulu lagi. ingat saya masa kecik2 dulu, masa zaman2 rock dulu. sampai saya fikir universiti ni tempat paling indah untuk bercinta, best gila kata saya masa tu.

tapi sebaliknya bila saya masuk universiti tahun 1999, lain pula yang saya nampak, iaitu perjuangan mahasiswa terutama sekali mahasiswa islam. alhamdulillah, saya masuk universiti pada masa ledakan kebangkitan mahasiswa ekoran dari isu anwar ibrahim, syukur2 sangat sebab Allah bagi peluang untuk saya sedar. kalau tidak mungkin sekarang ni saya masih dengan fahaman sosialis

sebenarnya sedikit sebanyak racun media ini berjaya meresap ke minda anak2 muda yang baru melangkah kaki ke kampus. sebab itu la perlunya ada golongan mahasiswa islamis seperti PMI dan pelbagai lagi gerakan islam dikampus untuk laksanakan amal maaruf nahi mungkar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 17-06-06 12:09


Kalau nia nak suka-suka.. maka lainlah yang dikejar tapi kalau niat nak menimba ilmu, insyallah Tuhan tolong dan dipermudahkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-06-06 12:17


m...saya stju sangat dengan faislamy

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 16:39


assalamualaikum

bagi ana cerita ni memang melampau. ana tak preferlah kalau ada yang jadikan ia sebagai cerita kegemaran. memang merosakkan minda dan prinsip orang islam. banyak sekarang ni cerita2 yang menunjukkan budaya hedonisme dalam dunia remaja.. dari segi pakaian, masya Allah.. tak taulah nak gambarkan bagaimana. kesimpulannya itulah contoh cerita maksiat. cerita ni lebih kurang lah macam filem gol gincu, sepet, dan yang seangkatan dengannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-06-06 16:43


baru apa?
tu mundur namanya.
tak cukup kain.
kasihan..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 16:49


memanglah cerita tu tak mengambarkan situasi sebenar kehidupan kat U sebabnya orang yang berlakon tu pun tak pernah masuk U? mana mereka tahu keadaan sebenar...macam cerita 'kuliah cinta' jugak..buat malu budak U saja...ada ke perangai budak U macam tu?tak matured langsung, lepas itu macam tak ada kerja lain, asyik nak dok bercinta saja.....
kalau nak buat cerita pun agak-agaklah...bagilah nampak real sikit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-07-06 17:33


2 orang member saya berlakon dalam cerita itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-07-06 17:51


betul tu....ada ke patut dia buat yang bertudung tu macam kolot saja.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113798 saat. Lajunya....