KOSONG
Episod 1
Mataku tepat memandang sepasang manusia yang pasti aku kenal siapa mereka,senyuman dari jarak 20 meter darinya membuatkan aku sekadar senyum 5 mm dari hujung kiri dan kanan bibirku.Rupanya mereka senyum sesama mereka. Aku terkena lagi. Dari dulu hingga sekarang memang aku selalu silap senyum, bukan apa sebab salah aku, rabun tapi cermin mata kadang-kadang pakai kadang tak…rimas rasanya, letih macam angkut kayu api dekat bukit..letih, tapi apakan daya itu juga anugerah tuha. Aku tetap redha macam aku buat cermin mata baru ni habis duit hampir RM ratus-ratus jugaklah ingat boleh pakai 24 jam tut-tut pakai tak kena dengan muka siap kena komen dengan anak buah umur 5 tahun kecewa tu, ni lah alamatnya kalau tanya tukang jual ok, ok padahal k.o nak pakai kanta lengkap. Aku bukannya jenis orang yang cermat sangat alamat terus butalah jadinya, entahlah asyik tak kena dengan muka aku yang tak seberapa cun ni tapi boleh tahan jugaklah…orang kata..tapi jarang la…orang nak puji aku pasal cantik tapi aku redha jugak, pastinya yang cantik itu bidadari di Syurga kan.
Maknanya jarang lagilah aku pakai cermin tu terpaksalah berabun lagi semasa berjalan hanya waktu-waktu kritikal yang perlu aku pakai cermin tu contohnya semasa membaca, makan kenduri…eh..tak boleh..nanti banyak orang tegur lagipun semasa menghadiri kenduri mestilah sentiasa tersenyum jadi tak payah pakai cermin mata senyum saja kat semua orang
Ha..paling penting waktu guna kereta, kereta kesayangan ku kelisa maroon…ingat nak tukar warna lain, nak buat corak batik biar semua orang kenal, bunyi macam seronok saja…tapi takut riak pulak tarik baliklah….duit pun tak ada nak tukar cat baru….servis pun dah tertunggak, semalam bila aku tengok kepala exzos kereta aku hilang, agaknya dah hagus terbakar sebab dah 3 bulan tak mandi, bukan apa sekarang ni kat tempatku hujan …jadi biarlah dia mandi hujan janji dalam mesti wangi sewangi orangnya.Anak-anak buah yang selalu cakap wangi orang lain tak ada pun…tak kisah pun janji semua produk penjagaan kebersihan dan kecantikkan aku guna.
Ahh…letih pulak cerita pasal kereta, rasanya aku dah jatuh cinta kat kereta tu, kereta aku saja..duniawi tu…Subhanallah..harap sekadar cinta monyet saja…sebab cinta ku hanya untuk yang Esa….mudah-mudahan..aku tak lupa janjiku kepadanya sebelum aku diberi nikmat melihat dunia dengan kelahiran yang begitu sempurna, syukur,syukur,syukur kepada mu ya Allah.

!! Termenung nampak ingat kat Mat ke?
Tanya si polan anak Pak Baki tukang jaga bagunan pejabatku…merangkap bos aku jugaklah, dekat dia yang aku senyum tadi...berkepit dengan permaisuri hatinya, sapa lagi isteri dia…dulu kawan baik aku sekarang kawan-kawan begitu saja maklumlah, dah jadi menantu orang kaya. Aku belum jadi menantu sapa-sapa lagi…harap-harap lagi kaya dari bapak mertua dia, bukan kaya harta kaya khazanah ilmu yang boleh sama-sama bawa bekal masa di suatu tempat yang telah dijanjikan.
Eh…panjang pulak mukadimah nya…nak jawab pertanyaan Aiman Takeshah…ha!ha!ha!…nak ketawa aku dengan nama dia sedap sebab mak dia Jepun,kira ‘mixer familyâ€..lah…tapi kalau kita pernah dengar iklan Aiman tak kisah macam seakanlah…betul tak….hehehe harap Aiman tak kisah.
“Yelah lapar ni, Mat Stor buka tak gerai dia ingat nak makan lontong goreng aaaâ€.
“Buka..pergilah kami baru saja balik dari gerai diaâ€. Jawab selamba.
“Temah, teman aku makanâ€. Saja aku ajak Temah bukan kerja pun hanya memenuhkan pejabat bapak mertua dia.
“Ops…tak payah nanti gemuk isteri akuâ€.
“Eee…kepo lah si mamat niâ€.
Aku tinggalkan depa kat depan pejabat tu tanpa menoleh ke belakang pun, biar aku makan berteman si Senah kucing siam kesayangan Mat Stor pasti setiap pagi sarapan kat kedai tuan nya.Marah jugak la,yelah tak semestinya makan. Aku hanya ajak teman saja, manalah aku ada teman lain selain Setemah Saridan…hahaha…maaf..ek Temah, lupa kau kan keturunan Jawa tambah Bugis…lainlah aku malayu tulen , nak tahu ke nama aku yang sebenarnya..orang kampung panggil Peah. Keluarga panggil Piah nama betul lebih kurang nama tu lah, yang paling terharu mamat seorang tu panggil aku Sekedeng sebab aku kurus kering…huaaaahuaa!!!!..benci..lepas pada hari tu, terus aku tak suka dia semua yang dia suka aku tak suka sampai sekarang termasuk kereta yang dia guna sekarang Grand Vitara sekadar dengar saja dari teman yang pernah kenal dia.…lagi pun aku tak mampu nak guna kereta tu, hanya mampu naik saja, semasa pameran kereta Suzuki lima bulan lepas di Jalan Pasar Lama Taman Delima Batu Hitam.
Entahlah .sebenarnya aku rasa orang pertama yang. Aku suka adalah dia sampai hari ni. Aku masih ingat bunga plastik yang dipetik dari pasu mak dia lalu dibalut dengan kertas bunga adik dia lepas tu dimasukan dalam plastik bising warna merah bekas bawang yang bapak dia beli kat kedai runcit semalam dan disangkut pada tombol pintu rumah sewa tempat aku menginap bersama 5 orang perempuan semua di ruang seluas 5 meter persegi…kecil sangat rumah tu, tapi kami syukur sebab semuanya boleh serasi hingga hari ni, tapi dah bertukar situasi.
Semasa pagi hari lahir ku. Aku nampak bungkusan yang disangkut tu aku pun ambiklah takut jugaklah manalah tahu orang niat tak berapa elok, buka-buka untuk aku rupanya ,tapi hanya tanda tangan dia tanpa sepatah ayat yang boleh aku kenang habis nak baca apa tapi aku senyum lalu ambil bunga plastic tu nampak ada habuk sikit dan agak pudar harap dia ikhlas bagi bunga tu tak kisahlah dari warna pink dah jadi pink muda seakan putih aku terima seadanya bunga tu walaupun tiada bau yang perlu aku hidu nasib baik jugak kalau tak kena selsema aku hari tu.Seronok bukan kepalang, walaupun aku tahu risiko yang bakal ditempuhi nanti almaklumlah disoal siasat oleh mak dia nanti, biarlah dia buat hal dia tanggunglah, lagipun tu mak dia belum jadi mak aku lagi.
Itulah kisahnya bunga tu pun aku tak tahu pergi mana hilang tanpa berita seperti dia juga.tetapi entahlah sejak sms agak setahun lepas membuatkan aku tak suka 2 tak 50 dekat dia..sebab dialog macam ni lebih kurang dalam sms tu
“Hari ni kenduri nikah sayaâ€..ah…luluh rasanya hati ku..boleh di buat masak cili padi tambah ikan bilis makan dengan nasi putih tambah kicap kipas udang, bersama teh tarik kurang manis kat warung Mak Mun belakang Pejabat.
Harap tak jumpa lagi dia walaupun berharap itu hanya sms layang dan mengharapkan mudahan akan diketemukan dengan insan lain yang boleh diharap.semoga dia tu bahagia bersama isterinya dan anak-anak yang dikasihi. Apa yang perlu aku cari adalah diri aku yang kosong seperti kosongnya episod cerita kali ni, serta cerita-cerita yang akan datang semuanya kosong.Tetapi aku bersyukur kekosongan ini tepat waktunya untuk diisi dengan sujuk dan rukuknya bersama zikir dan doa-doa indah yang pasti tidak akan aku tinggalkan disetiap pertemuan dengannya.
Bersambung…
-----------------
Tiada kata seindah kalimah Allah SWT.