Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 213
Ahli: 0
Jumlah: 213




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: haram tetap haram


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» haram tetap haram

Please Mendaftar To Post


Oleh haram tetap haram

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 00:05


Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria berkata, program konsert 'Sure Heboh' yang dianjurkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di negara ini tetap haram walaupun selepas ia ditukar nama menjadi 'Jom Heboh'.


Sebuah akhbar tempatan di sini melaporkan, Harussani menyifatkan program itu tetap haram kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan hiburan serta pergaulan bebas.

"Saya bersedih program itu masih diteruskan dan kini timbul pula Fiesta Hurra yang diterbitkan oleh televisyen milik kerajaan sendiriā€ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Keluarga Islam di Masjid Negeri Perak baru-baru ini.

Menurutnya, program yang diadakan bagi kempen pesta bola sepak Piala Dunia itu sudah bertukar menjadi pesta hiburan dan tarian tanpa mempunyai batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Beliau berkata, sebagai Mufti dan pemimpin Islam, beliau bertanggungjawab untuk membuat kenyataan seperti ini demi menjaga kehormatan umat Islam.

Katanya ketika orang lain sibuk membincangkan masa depan ekonomi, pendidikan dan kebudayaan masing-masing, umat Islam negara ini pula asyik memikirkan tentang hiburan.

Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' adalah haram di sisi Islam kerana ia melalikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.

Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan sesuatu yang melalaikan oleh itu ia wajar dihentikan.

Dalam perkembangan lain, Harussani berkata, umat Islam negara ini juga perlu serius dalam usaha menangani isu murtad kerana ia dikatakan telah membabitkan lebih 100,000 orang terutama remaja Melayu.

Harussani juga berkata, pihaknya juga baru-baru ini menerima surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa 40,000 orang Islam warganegara Malaysia telah memeluk agama mereka.

Umat Islam tidak boleh memandang remeh perkara ini atau bimbang untuk membicangkannya dengan alasan ia sebagai isu sensitif, lapor akhbar berkenaan.

sumber: www.ladang.net.my


-----------------
ALLAH IS ENOUGH FOR ME


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

syamil87
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15218
Posting: 70
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 00:44


nasib kat perak dah tak ada.....hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For syamil87Profil   Hantar PM kepada syamil87   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 01-06-06 00:53


alhmdulillah..
saya sokong Dato' Harussani,beliau merupakan satu-satunya mufti yang bsmgat dan bkobar2 dalam usaha mharamkan prog2 seperti tu.
shngga kan ada pmimpin2 yang kurang senang dengan tindakan nya tu.
pmimpin seperti tu la yang dprlukan dalam Islam..
Takbirr..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

raul_gonzalez
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-06-06 01:05


assalamualaikum...

mufti kata 'sure heboh' haram, dia tukar nama jadi 'jom heboh'..
tapi, acara yang menyebabkan pergaulan bebas tetap ada..
nilah salah satu contoh agama dipermaen-maenkan...
cakap mufti tidak diendahkan lasum...
seolah-olah mufti tiada kuasa langsung...

dah semua negeri 'sure heboh' dah jelajah kecuali negeri
KELANTAN...

bukan ke TERENGGANU juga tak pernah ada pun 'sure heboh'?
sebenarnya, 'sure heboh' dah diadakn kat TERENGGANU ni..
tapi name saja ditukar...
dulu PERKAMPUNGAN HADHARI...
sekarang ni di PANTAI BATU BUROK dah jadi tapak pesta...
macam-macam karnival dan konsert dianjurkan...
MAKSIAT!!!
[ Telah diedit oleh: raul_gonzalez pada 01-06-06 01:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For raul_gonzalezProfil   Hantar PM kepada raul_gonzalez   Pergi ke raul_gonzalez's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-06-06 01:28


dulu hari jumaat ana pergi makan2 dan shoping kat batu buruk..lening dah jadi tapak pesta rupanya.. ana dapat bayangkan apa akan jadi kat anak2 muda ganu yang begitu dahagakan hiburan bila diadakan pesta2 ni... makin hancuss la

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-06-06 01:29


perjumpaan mufti perak dengan ngo2 pasal isu murtad tu apa jadi erk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 07:14


hisss....tak tahulah apa dah jadi dengan umat hari ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ramadhan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4566
Posting: 32

Perak  


posticon Posting pada: 01-06-06 08:30


Assalamualaikum
Nak buat macam mana mufti pun hanya PENASIHAT. Mereka sebenarnya mempunyai kuasa yang terbatas. Kalau mufti kata haram pemimpin kata halal program tetap diteruskan.

bulan lepas ana ada menghadiri satu kuliah Dato' Harussani..katanya beliau dah banyak bincang dengan golongan pemimpin malah juga berdebat dalam dewan rakyat dan dewan negara tapi beliau dituduh sebagai penyokong parti pihak lawan kerana menentang program-program kerajaan dan kroni seperti sure heboh dan fiesta hurra. Disebabkan beliau tetap berpegang teguh nak tegakkan kebenaran maka beliau adakan suatu perjumpaan dengan semua raja-raja melayu yang merupakan Ketua Agama Islam(pada nama sahajalah). Tak semua raja yang hadir cuma hantar wakil(putera masing-masing) kecuali Johor yang tak ada wakil langsung.

Dalam perjumpaan tersebut Dato' Harussani jelaskan panjang lebar tentang program yang bertentangan dengan hukum malah membangkitkan soal murtad dan macam-macam lagi masalah yang mengancam akidah umat Islam. Diakhir perbincangan tahu apa kata raja-raja melayu kita kepada beliau? "Kenapa kamu bawa perkara begini kepada kami? Kami TAK tahu apa-apa dan kami TAK BOLEH buat apa-apa..kami hanya ada gelaran tapi kami TAK ada kuasa langsung."

Mufti tak ada kuasa, Raja-raja pun tak ada kuasa walaupun mereka ketua Negara..Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam..Habis apa gunanya kerajaan wujudkan mufti dan raja sebagai wakil serta kuasa menjaga agama Islam? Bermakna yang ada kuasa menjaga serta memelihara Islam dalam negara adalah YB-YB yang bukan semuanya beragama Islam malah kalau Islam pun tak berniat nak jaga Islam melainkan periuk nasi masing-masing sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ramadhanProfil   Hantar PM kepada ramadhan   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 11:23


itulah akibatnya bila orang jahil yang pegang kuasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 01-06-06 12:48


Hmmm...selagi ada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan,semua konsert tak kira sureheboh,fiesta hurra tetap tak ikut batas-batas syariat.Tok sah pergi laa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 14:37


mufti perak gerun dengan ancaman Allah.. dan takut dia akan disoal di akhirat kelak jika beliau tidak sampaikan kebenaran.. kerana itulah tanggungjawab beliau.

pemimpin malaysia, menteri2 pulak gerun dan takut nak laksanakan syariat islam sebab takut habis rosak periuk nasik. tak ada pesta dan hiburan, tak ada program2 maksiat, tak sah dan tak cukup syarat... nanti kuranglah pengundi dan penyokong mereka

pesta hiburan dan maksiat umpama umpan. kasihan mereka yang terumpan dan kasihan juga mereka yang mengumpan. tersiksa hidup.jiwa tak tenang... mereka rasa seolah-olah rezeki tu bukan datang dr Allah.. tapi datang dr material dan kebendaan semata-mata

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 14:53


Assalamualaikum...


"yang berkata akan ditanya apakah yang dia telah lakukan"

bagitaulah keluarga , kawan-kawan, sedara mara agar jangan support program macam tu....sesiapa yang punya sedikit upaya dan kuasa beri tekanan kepada pihak yang berkaitan supaya program macam ni di hentikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 15:03


walaupun mufti dah isytihar haram, konsert tu tetap ramai yang datang....
mereka pun agak bijak dengan menukar nama untuk mengelirukan rakyat setelah nama yang asal telah diharamkan..

dunia oh dunia.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

msyahid
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12302
Posting: 70
Dari: simpang renggam

Johor  


posticon Posting pada: 01-06-06 15:42


kuatkan iman dalam diri suatu usaha yang perlu.....disamping berdakwah dengan rakan2 yang terlibat. kita cuma mampu memberi nasihat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For msyahidProfil   Hantar PM kepada msyahid   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-06-06 16:00


'BERKATALAH BENAR SEKALIPUN PAHIT"

" SEMULIA2 JIHAD, BERKATA BENAR DI DEPAN PENGUASA YANG ZALIM"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

khuwailid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.11.2003
Ahli No: 5241
Posting: 139
Dari: marakka, mareisha

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 16:22


dah haram pun depa dok tukar name...
apa nak jadi dengan anak bangsa kita ni... islam lagi itu...
apapun kalau dah pemerintah bagi green light nak buat guane juga...
pangkah hok lain kali.

Bookmark and Share

    


  Member Information For khuwailidProfil   Hantar PM kepada khuwailid   Pergi ke khuwailid's Website   Quote dan BalasQuote

jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-06-06 19:16


Assalamualaikum...

mereka2 tu tak boleh berhenti daripada terus menganjurkan pesta2 semacam itu disebabkan pulangan yang lumayan...macam durian runtuh...

hairan takut hilang untung daripada takutkan kemurkaan Allah...konon nak memeriahkan dan menghiburkan masyarakat...tapi mereka terlepas pandang implikasi2 yang timbul sepanjang konsert diadakan...kita sedia maklum kan keadaan berhimpit2...masalah sosial dan sebagainya...untung nak, apa jadi lepas tu tak kisah...

sedih sebab datuk harussani zakaria pernah dikecam hebat kerana mengiystiharkan konsert sureheboh dan seumpamanya haram...
dan tak lain tak bukan orang yang memutar belitkan kenyataan beliau adalah astora jabat dalam majalah al-islam...

Wallahu A'lam...


-----------------
.::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For jAiLuL_mAnsHuDaHProfil   Hantar PM kepada jAiLuL_mAnsHuDaH   Pergi ke jAiLuL_mAnsHuDaH's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.160325 saat. Lajunya....